Assalamualaikum. Anda berada di Jurnal Raya Hanis Zalikha. Anda bakal dipertontonkan di mana, apa dan mengapa Hanis Zalikha beraya. Harap anda sudah kenyang. Kita mulakan sekarang.
Pagi raya.
Nama tempat: Masjid berdekatan rumah. Tidak begitu dekat hingga mampu berjalan kaki sahaja, tapi cukup dekat untuk bermoreh setiap hari di situ. Heh.
Bapa segak bergaya ketika memandu tanpa menggunakan telefon bimbit.
Masjid indah yang ringkas dan kadang-kala dipanggil surau.
Seterusnya.
Nama tempat: Rumah ibubapa yang juga rumah sendiri buat masa sekarang.

Akibat gelojoh, hanya gambar ketupat yang mampu ditangkap walhal lodeh, ayam merah, rendang daging dan kuah kacang lebih photogenic.
Meminta maaf sambil bergelak ketawa?!
Ibu, harap lebih kusyuk memaafkan pada tahun depan. *Rujuk pada gambar.
Nota (rujukan untuk tahun depan).
Perkara yang dilakukan: Selain makan, bermaafan dan minum air ialah, menerima kunjungan tetamu.
Duit raya: Tidak dapat. Malah akibat telah bekerja sambilan, memberi duit raya kepada adik-adik dan seorang kakak yang masih belajar di menara gading.
Mengapa wajib datang tahun depan: APA SOALAN INIH?!
Seterusnya.
Nama tempat: Rumah Uncle Ali:

Kek Lapis yang harus minta resipi.

Disajikan dengan makanan enak-enak pergh.
Rendang Kupang yang menjadi igauan setiap kali raya.
Nota.
Perkara yang dilakukan: Menerangkan perihal dunia belog kepada orang-orang tua. Membincangkan betapa kita boleh memperolehi wang tanpa keluar rumah pada zaman sekarang.
Duit raya: Tidak dapat akibat tinggi. Eh. Dah kerja.
Mengapa wajib datang tahun depan: Minta resipi kek lapis dan bungkus rendang kupang dalam handbag.
Seterusnya.
Nama tempat: Rumah Sahabat Handai.
Sahabat handai yang memakai baju kebaya, bukan yang tersengih gembira.
Adik-adik sudah lama tidak bertemu buaian besi. Buaian tayar apatah lagi.
Membunuh masa sambil menunggu duit raya.
Kek hebat.
Bapaku dan bapa sahabat handai. Apalah yang digebang bapaku sehingga bapa sahabat handai tersenyum lebar.
Nota.
Perkara yang dilakukan: Bermain teka-teki "Rumah nenek Fiqa di PJ, dan neneknya berada di PJ, raya aidilfitri dia di PJ dan Aidiladha dia balik Kelantan, berapa nenek yang Fiqa ada kalau nenek Cinanya di Sabah?" Takyah jawab.
Duit raya: I refuse to talk about it. Haha.
Mengapa wajib datang tahun depan: Eh siapa kata wajib? Haha kidding babe :P
Seterusnya.
Nama tempat: Rumah Dato Hassan.
Pergh tersergam indah rumah jurubahasa negara.
Juadah yang memanggil-manggil.
"Mari-mari", kata balang kuih ketiga dari kiri.
Nota.
Perkara yang dilakukan: Menonton Spongebob iaitu episod yang dah hafal dialog, pergerakkan dan warna awan berbentuk bunga.
Duit raya: DAPAT! DAN WARNA DUIT YANG HEBAT!
Mengapa wajib datang tahun depan: Sila baca keterangan di atas.
Kami juga sempat ke Ipoh untuk melawat nenek yang pastinya akan meghulur duit raya selagi cucu belum kahwin serta muka cucu masih muda/gebu.
Nama tempat: Rumah Uncle Hasyim.
Ya, inilah rumah beliau. Jangan dangdut di sini.
Seterusnya.
Nama tempat: Rumah Syaf, masih di Ipoh.
Juadah raya tersusun rapi sehingga takut hendak sentuh.
Biksut raya dari Bread Talk, bagi yang belum beli oven.
Nota.
Perkara yang dilakukan: Makan masakan kampung yang lazat oleh emak Syaf.
Duit raya: Dapat. Dua. Angpau. Weh.
Mengapa wajib datang tahun depan: Dilayan seperti raja sehari dan masakan yang dijamu enak-enak belaka. Tapi takde tembikai yang ukir-ukir tulah.
Keesokkan paginya, kami ke Johor, di mana kemeriahan raya yang sebenar dapat dirasai.
Nama tempat: Rumah Nenek Johor.

Nenek saya memang pandai pilih warna dinding.

Kuih raya yang kami selalu habiskan dan tidak isi kembali.
Seperti biasa, setiap kali pulang ke Johor, pasti beraya dirumah orang-orang kampung. Atau bapa selalu panggil, Rumah Burung Wak-Wak (ya ini perkampungan Jawa).
Rumah Wak Yam.

Mahu masuk.

Telah keluar.
Rumah Wak Mat.

Disambut oleh kera yang tidak senonoh.

Gabungan warna pagar yang harus diberi pujian.
Sebab mengapa wajib datang tahun depan.
Rumah Wak Kardi.

Kini anda tidak ada alasan untuk tidak menghantar kad raya.
Kalau tidak patah, telah naik.
Anak itik Tok Di.
Rumah Kenik.

Okay dah penat nak cakap pasal gabungan warna. Ini bukan belog guru seni.
Nota tambahan: Rumah ini hidang F&N Orange.
Rumah Wak Temah.
Rumah paling bersih.

Bertindak jakun terhadap rempeyek mini.
Rumah Wak Sarip.

Tunggu selama 6minit sebelum dijemput masuk.

Baiklah.
Rumah Wak Kasirah.

Menuju ke rumah yang bakal memberi 50 sen dalam kertas berwarna merah jambu. Sangat teruja *tak ini bukan perli.

Maxis anda sudah boleh siapkan draft pemasangan pencawang di sebelah rumah ini.

Sila cari saya. SILA CARI SAYA. Tsk.
Keesokkan harinya, kami beraya di Singapura.
Rumah Cik Normah.

Sangat selesa.

Gambar tiada motif sebegini selalu dijadikan wallpaper dekstop.
Kucing berbadan pendek ini diberi nama Mau Mau.

Makan ketupat atas ini memang thrill.
Pergh panjang gila aku mengomel. Okay itulah dia 3 hari beraya bersama Hanis Zalikha. Harap anda masih membaca haha. Eh tak. Harap anda terhibur dan menjadikan raya anda lebih meriah dan sakan. Sebelum anda keluar belog ini untuk pergi Google Map bagi mengintai rumah bekas tunang, saya hadiahkan anda gambar ini:
Raya takkan lengkap tanpa minuman gas berjenama yang mudah dilupakan.
Update: Okay sebab ada yang tanya, total semua duit raya (keluar dan masuk) tahun ini, berjumlah jengjengjeng, mari kita kira sama-sama.
Duit keluar:
Liana Rm20
Khairi, RM 20
Imran RM10
Hafiiz RM10
Alisya RM10
Duit masuk:
RM 119.
Balik modal?
Ya.
Haha okay bye.