Friday, November 28, 2008

Dorky and proud of it



When some of you warned me about Segamat being a small town, I didn’t feel the need to change my campus to Shah Alam at all. The nice kampong environment is what I look forward to, as a homey girl at heart. Im not the type of people that’d spend time and money to search for clubs or beaches haha. I hope I’ll made loads of dorky but fun friends once I’m there. The type of friends I really adore. Just like what I have right now. Before I go, I thought why not I make one last video of my bestfriends and I, and since Kakiis is running contest on Who’s Got The Best Buddies Around, might as well I upload it for a chance to win Macbook Air and Ipod Touch. Mari-mari join juga.


I had Marlisa and Iz over last Sunday because my neighbourhood was organizing a post-raya potluck. Haha ajak sekampung untuk join sekali. My friends should thank me for this.






You’re probably guessing why Marlisa was only in some of the pictures. THAT’S BECAUSE SHE WAS TOO BUSY INDULGING FREE FOOD AND DIDN’T HAVE TIME FOR US AND THAT WE MADE HER TAKE ALL THE DESSERTS FOR US WHILE SHE WAS AT IT HAHA.

After the fun and tummy-filling gathering, we headed off to my house and made a complete fool of ourselves on video cam. Video will be out soon.

More about Kakiis at www.kakiis.com.

Thursday, November 27, 2008

Menuju puncak



Saya dah dengar dah semua. Semua.

Banyak lalat. Checked.

Paling skema, peraturan ketat. Checked.

Takkan ada benda nak buat selain halau lalat dan belajar. Checked.

Didirikan atas tanah perkuburan. Checked.

Berhantu. Checked.

Dekat dengan train station. Checked.

6 batu dari rumah mak Normala Samsuddin. Checked.

Terbaik untuk bidang Business Management. Checked.

Dewan makan lelaki dan perempuan asing. Checked.




Ah. Yang penting,


Saya dah bersedia.



OhSoRandom: Ketahui hala tuju saya di sini .



Tuesday, November 25, 2008

The day you went away



Remember you guys, behave well when I'm not around. Tsk.



And you guys too. Hmph.





Eh did you heard? She asked us to behave.
Could you just shut up for awhile, I see something. Its moving. Its moving.




Saturday, November 22, 2008

Perempuan juga minat perempuan cantik

Selalunya seorang perempuan, mesti tertanya-tanya akan taste seorang perempuan yang lain terhadap kaum perempuan. Sila pahamkan ayat ini sebelum anda proceed. Maka dengan ini, saya akan reveal taste saya, terhadap kaum perempuan. Sebab kalau terhadap kaum lelaki boring ah David Beckham David Beckham David Beckham. Sigh.





Sejujurnya, tiada benda spesifik yang saya guna untuk mengukur kejelitaan seorang perempuan (kecuali muka lah, ini kunci kejayaan ke ape tah). Sebab ada perempuan mata besar yang saya rasa lawa, selalu perempuan mata sepet saya rasa seksi, terdapat perempuan gempal yang nampak ceria, banyak perempuan bertubuh langsing hebat mengenakan pelbagai pakaian, perempuan kulit sawo matang memang kelihatan mengasyikkan, si kulit putih gebu sentiasa diminati tapi bukan yang putih seakan kertas A4 tulah, dan sebagainya.




Tapi saya boleh listkan benda spesifik yang di mata saya, boleh mengurangkan (mengurangkan saja, bukan melenyapkan) kejelitaan seorang perempuan itu.


1. Sengau.

2. Tahi lalat di tempat-tempat tertentu.


3. Hisap rokok.


4. Malas.

5. Perasan.

6. Bosan tahap guru matapelajaran Geografi.


7. Suka curi lawak orang.








Mungkin sebab emak selalu sangat pesan kat saya yang sebaik-baik seorang perempuan, jangan expect orang pandang dia baik kalau dia hisap rokok. Ini fakta ke apa doh.



Sebab taste saya tak berapa spesifik, saya akan tunjukkan perempuan yang saya rasa lawa sangat.









Taken from here






Kenapakah ada makhluk secantik ini?! Kate Bosworth ini adalah contoh terbaik perempuan lawa semulajadi yang bangun tidur lepas mandi sidai kain angkat berat bertani sawah masak nasi pun masih cantik lagi. Saya takkan jemu akan perempuan ini.






Tapi belum ada yang dapat tandingi perempuan kesukaan saya. Tahukah anda, di Malaysia terdapat perempuan secantik ini?!






Awesome photo by him







Pergh ini perempuan. Sempurna semua segi ke apa ni weh???! Rozita Che Wan adalah perempuan yang tak perlu berpakaian seksi kerana muka dan badan dah sememangnya seksi maka tak perlu buktikan lebih lanjut. Emak juga selalu cakap, orang kalau muka buruk pasti suka pakai seksi untuk tunjuk tempat-tempat lain yang dianggap lebih elok dari wajah. Maka marilah kita tidak memakai seksi kerana perasankan muka kita cantik. Marilah kita ewah *dikir barat kejap*.






Contoh kedua kebenaran kata-kata emak saya adalah perempuan ini.















Tapi kata-kata ini hanya applicable kepada perempuan melayulah. Sebab perempuan kafir kalau muka cantik badan seksi, mesti nak tunjuk semua jugak contohnya Monica Belluci PERGH. JANGAN GOOGLE. Ingat Allah.




Perempuan-perempuan cantik lain yang layak dinyatakan sebelum beredar: Catherine Zeta-Jones, Aisywarya Rai, Gisele Bundchen, dan Nani Rostam.




Monday, November 17, 2008

Kisah cinta terhebat







Semalam menangis lagi, sedih sangat. Ini semua salah Babuji yang lambat call menyebabkan saya godek-godek talipon bimbit hingga terlihat videoklip adik-adik. Hujung tahun ini nak pergi belajar dah. Tinggalkan rumah, membawa harapan, membawa impian dan membawa baldi. First time seh travel bawak baldi. Mari raikan.



Waa cakap merapu-rapu pun tak dapat hilangkan kesedihan saya! Tolong! Sedih gila tak dapat melihat setiap saat tumbesaran/perkembangan adik-adik. Tak dapat nak siapkan steps lebih lanjut tarian Low Flo Rida dan T-shirt. Eh T-Pain. Tak dapat nak gelakkan Alisya sama-sama bila dia perasan Ming Lee padahal lubang hidung serupa Aoki Lee. Perangai lagilah. Tak dapat nak nasihatkan Hafiiz "Ala kawan sekolah rendah tak bawa ke mana" atau "Hafiiz takyah nak buat Facebook, tuh untuk orang besar je". Tak dapat dah nak puji tulisan Imran cantik atau rasa masakan lazat-lazat oleh adik kakak yang berbakat ini. Akan rindukan Bun Roti Yakitate yang korang selalu buat. Banyak benda yang kakak Hanis akan miss out dan rasa kesal sangat tak dapat paham benda-benda baru nanti contohnya yang sekarang kita-kita je paham iaitu pencuri gonggeng, Ayam KLG, wababu dan terahu.





Tarian Low untuk mengaut duit raya.



Dari kiri: burger_deal@yahoo.com, peneraju Ayam KLG, perasan Ming Lee.




*mutiara jernih membasahi misai*



Bila kakak Hanis dah jauh nanti, jangan selalu gaduh-gaduh, sebab nanti kakak Hanis dah takde dah nak marah siapa yang salah atau nak selesaikan dengan menyuruh OneTwoJus. Kalau makan atau minum jangan lupa basuh pinggan dan gelas korang sendiri sebab bila kakak Hanis dah takde takkan nak suruh mama. Hafiiz jaga Agustus jangan biar dia kencing tepi grandfather clock. Alisya kalau balik sekolah terus naik salin baju jangan nak tunggu Dragonball start. Jangan nak tinggal beg sekolah pink yang Amirah hadiahkan tuh merata-rata sebab kakak Hanis dah takde nak sangkut beg tuh kat leher Alisya sambil membebel-bebel. Imran next year dah nak UPSR. Belajar elok-elok dan ingat, jadi contoh dekat adik-adik. Imran tuh abang, so selalu mengalah. Ajak Hafiiz liat gemuk tuh sembahyang sekali bila Imran nak sembahyang. Alisya takyah ajak pun memang sembahyang, suka sangat telekung Barbie dia. Alisya kalau pergi sekolah ikat rambut tinggi-tinggi, jangan suka ikat rendah-rendah kampuang tuh. Kalau Zainina kata jangan kawan Zainab takyah dengar. Zainina yang gedik ada dua boyfriend padahal darjah 2. (Omg darjah 5 nanti 5 boyfriend? Wah.)

Oleh Zainina.


Hafiiz ingat tak Hafiiz gaduh dengan Abang Im pastu stress2 nangis kat dapur, then kakak Hanis cakap dengan adik-beradik takyah gaduh, sayangkan adik-beradik, kawan tak selamanya kawan tapi adik -beradik akan selamanya adik beradik. Lepas tuh Hafiiz degil nangis-nangis lagi sambil salahkan Abang Im. 7MENET SELEPAS ITU KORANG BUAT ROTI SAMA-SAMA SAMBIL GELAK-GELAK. SANGAT POYO DRAMA DI DAPUR TADI. Kakak Hanis suka lah macam tuh. Gaduh setakat gaduh je, tapi tak dendam. Alisya pula takyah nak kuat jealous dengan adik-beradik, tak elok. Apa yang adik-beradik kita dapat, kita juga yang untung dapat kongsi. OH MAIN PLAYDOH YANG KAKAK HANIS DAN BABUJI HADIAHKAN JANGAN LUPA KEMAS.




Harap-harap Abang Khairi jadi tukar sekolah kat KL so dia dapat duduk rumah, takdelah korang sunyi sangat bertiga. Kalau jadi, Alisya belajarlah bahasa Arab dengan Abang Khairi supaya tak loser sangat Bahasa Arab dapat 48%. Teringat malam-malam peperiksaan korang. Kakak Hanis ajar semua sekali go dengan harapan semua dapat absorb dalam satu malam. Tahun depan taknak last minute macam tuh lagi dah tau. Belajar rajin-rajin siapkan semua homework. JANGAN JADI MACAM ZAININA GEDIK SURUH ORANG BUATKAN HOMEWORK DIA, EEE TOLONG SIKIT SURUH AH BOYFRIEND DIA BUAT, DAH LAH ADA DUA, TAK GUNA BETUL DUA-DUA. Pastu selalu practice English korang sebab kalau tak, nanti lawak macam Alisya cakap I hate it when Abang Khairi fart at we. Haha. FART AT WE??! Haha. PASTU JANGAN NAK DENGAR CAKAP ABANG KHAIRI GEDIK YANG NAK MENG-INGGERISKAN SEMUA PERKATAAN SAMPAI CICAK JADI CAICERK.



Bila kakak Hanis dah takde, rajin-rajinlah bagi makan Monster Jambu, so kakak Hanis boleh tengok perkembangan dan cerita terbaru tentang korang dari jauh :') Jangan berebut nak post dan jangan lupa post pasal Alisya cakap 10 THINGS THAT I HATE dan salah satunya I hate it when Abang Khairi fart at we. HAHA.



Kakak Hanis sayang korang semua dan akan sentiasa ingat korang dalam jaga dan tidur kakak Hanis. Tidur pun akan ingat sebab ada satu masa Hafiiz tidur kat katil kakak Hanis pastu kakak Hanis buat benteng tinggi dengan bantalbantal sebab khuatir Hafiiz akan kencing. Esoknya Hafiiz memang kencing pun, pastu benteng tuh useless haha. Alisya kalau malam-malam nak tidur, dah takleh cari kakak Hanis, cari kakak Liana pula, lagipun kakak Liana rajin pasang ubat nyamuk. Okay dah banyak gila membebel tapi memang patut pun sebab korang akan rindu bebelan ini. I LOVE YOU KAKAK LIANA, KHAIRI, IMRAN, HAFIIZ, AND ALISYA. I love you guys so much and I'm gonna miss you. Pergh sedih gila seh.



Friday, November 14, 2008

Think about the children! Chey.





Let me tell you a story about a maid.

I hope Aunty Elaine is not reading this because I’m going to talk about her maid. Okay what the hell she probably hates her maid too but secretly holding on haha.

Aunty Elaine has this beautiful garden at the back of her house. We do too, but ours is still new and the plants are still short. Anyway, her maid got these long beans seeds from some maid friend of hers so she planted them in Aunty Elaine’s garden. At the same time my mom also bought seeds to be planted so that we will have fresh supply of long beans, everyday for the rest of our life. The maid noticed and I bet the maid thought of it as a race to the top most long beans championship wtf. What the maid didn’t know is that the seeds my mom bought were from some different rare breed of different rare type which is RARE. That explains why it does not produce as much long beans as the maid’s plant does. Moving on, let us discuss how annoying the maid is. Every bloody evening, when my mom is cooking at the back, the maid would suddenly (like tiba-tiba gila) pop up (like those annoying pop ups with virus all, but much more annoying till cannot describe) and say to my mom “ AKAK TENGOK POKOK SAYA AKAK, BANYAKKAN KACANGNYA KAK, TAK MACAM POKOK AKAK”. She would say the same thing the next day, only change the sentences a bit, so that she would appear less annoying BUT STILL CANNOT STILL ANNOYING WHYYY T_T. Maybe its not a big deal, but I cannot tahan people annoying to my mom like that. I must show her that I have green hand (Incredible Hulk wtf) too. Thumb whatever.

I’m on a mission. I’ve been on this mission long before Aunty Elaine even hired her annoying maid but anyway, I shall plant more trees for my kids! I think of it this way, the more kids I want, the more trees I should plant so they wont fight for air to breathe haha. And of course, I will also be taking part in most long beans championship so please vote for me (-_-“)




Will I be able to top this?





This is my mom’s rare species of long beans plant!





Rare long beans to be used in tonight’s Chicken Turmeric dish.



IM ON A MISSION.





Ive picked a spot at the back of my house and set up this cute square space for my long beans. But I’m still waiting to get the same cheap long beans seeds from the same maid that gave the long beans seeds to Miss Annoying 2008. So first, I need to make friend with her. This might take some time.


Meanwhile, I shall plant a tree for my second daughter, Audylia! OMG WHY IS MY DAUGHTER’S NAME SO CUTE LIKE MY CAT (and Aud).





Hanis Zalikha and her cute and young tower tree (planted for her second daughter’s oxygen). The tall and beautiful tower trees are expensive. You can buy young ones and it will only take few years for it to grow tall and beautiful. FEW YEARS WEH T_T


I know that the ice in the North Pole is melting, but what am I doing about it?

I know that the air I breathe in is getting dirtier by day, but what am I doing about it?

I know that its too hot to play outside but what am I doing about it?

I plant a tree. You?




Do your part and and share your environtmental activities at this fun webbie!

It’s simply awesome to see how many people have already uploaded their environmental activities there. Check out what others are doing for the environment (and go ahead, feel bad for being lazy)! But of course, nothing is impossible nowadays so it’s no surprise that you can also do your part for the environment with just having an online saving account. An online eco-friendly saving account that is! Find out more about it here! :)





Wednesday, November 12, 2008

Ugly Bedah





The best thing about not having internet for a few days is that as soon as youre back online, all the blogs that you love, have updated with at least two entries :) I’ll be blogmunching if you need me, in the mean time, enjoy.

If youre into hot chicks and flawless skin, youre at the wrong blog , however, if youre into nostrils and roller coaster,

Welcome.

My ultimate bestfriend, Marlisa crashed my house last weekend (it’s a beautiful daaay *crash*) and we had a jolly good fun together. The thing about Marlisa is, just like Izdiyani, she’d make a perfect daughter in-law (sopan, berakhlak, kelakar, suka menyapu) and that’s why she’s my bestfriend (because my parents love them so its easier to get around haha). Its important for me that my parents approve my close friends because they know whats best for me cheyy and and I just love being stress-free, guilt-free and carefree (jenama pad). I know teenagers with raging hormones are ridiculously rebellious out there but trust me, your parents do know whats best for you when it comes to choosing friends and, in future, YOU WOULD WANT YOUR CHILDREN TO LISTEN TO YOU, so yeah.


Apart from gossiping, snacking, and helping me around the house for my weekly housecleaning, just like any other typical bff would do, we camwhored. Unfortunately for me, I was having my period with complete package of stomach cramp, pms and pimple on upper lips. PIMPLE ON UPPER LIPS PEOPLE. I used to have this problem of not taking people with mole on the upper lips seriously and now, I know what it feels like (for people not taking me seriously T_T). Karma is real.





Wear your shades people because here we go!






This is me while waiting for Marlisa to finish her breakfast. And that’s my pimple saying HELLO WORLD.







This me, again, before realizing that side ponytails make me look like a maid.







After a while it(looking like a maid) got boring.






So I let go of my hair and kacau-ed Marlisa eating.

Oh takde beza rupanya. Masih maid.




Naturally, Marlisa joined me after finishing her meal.
We tried so hard to look vogue that its annoying.






This is what we’d look like on a roller coaster.

Sumpah dah takde siapa nak naik roller coaster dengan perempuan ini lepas nih.





What a show off.


HELLO WORLD!







Hyper mode.


Mungkin akan hilang pembaca dengan kehodohan ini tapi sebab nak tunjuk rambut best, takpe.




Being a true camwhore at heart, we shifted spot and took more pictures. That’s when my neighbour came back home from somewhere, resulting this picture.


Gambar menyapa jiran.



In the evening we got all dolled up and went to Ikea to grab couple of hotdogs and ice cream.

Saved by the power of make up.



But no amount of concealer could cover this baby up "HELLO WORLD!" ey jerawat jangan menyampuk. Haha enough said.






OhSoRandom: RINDU RINDUAN.



Saturday, November 8, 2008

My favourite local movie



Okay, no. This is my favourite movie ever. Call it drama made into movie whatsoever, you cannot change my mind. M. Subash and Ruminah Sidek, you guys are awesome actors! This movie touched me in so many ways I cannot describe. Do yourself a favour and call 03-7494 5050 to subscribe Astro Box Office for only RM 5.95. (Wtf I'm not promoting Astro, but this brilliant movie okay haha). Its a Malay movie but ANYONE CAN WATCH IT, AND CRY YOUR HEART OUT BECAUSE THEY HAVE SUBTITLES :D Even my sister Liana, who is hardcore-ish cried watching this, and this is the girl who didnt shed a single tear watching Lion King. My goodness! Imagine how touching this movie is.



BM: Okay saya bukan lah pengulas filem yang pro (malah bukan pengulas filem pun heh). Tapi movie ini adalah sesuai untuk tontonan umum. Kira family movie lah. Terlalu banyak pengajarannya tapi saya taknak huraikan cara pengulas filem dan menggunakan ayat-ayat seperti "mengungkap percintaan wtf". Saya akan senaraikan pengajaran dari filem ini dengan cara tersendiri dan mudah difahami. Selamat bermotivasi.

1. Sesiapa pun di dalam dunia ini tidak patut dihakimi (judge) secara luarannya. Obama mungkin hensem, tetapi siapa yang tahu bau nafas beliau (contoh). Oh tapi dia memang handsome.

2. Hargailah orang yang menjaga kita dari kecil, walaupun dia bukan ibu kita dan apatah lagi kalau dia ibu kita!

3. Budi baik, kalau tidak dibalas manusia, akan dibalas Allah. So jangan stress kalau cekodok kita bagi jiran dia taknak balas, pastu bagi balik pinggan je.

4. Bila kita fikir kita tiada siapa di dunia ini, ingatlah kita ada tuhan kita (Allah).

5. Kalau kita senang, kita tolong orang susah dan memerlukan, sebab kita bukan sentiasa senang.

6. Sejahat-jahat seorang ibu, syurga tetap di bawah tapak kakinya.

7. Allah mencurahkan rezeki seperti hujan, gigih atau tidak kita mencarinya, terpulang.

8. Orang baik selalu wonder, kenapa ada orang selamba buat dosa-dosa besar, jawapannya, orang itu sebenarnya tenang aman damai membuat dosa, sebab dia belum dapat hidayah Allah.

9. Orang yang banyak bersabar akan terima terlalu banyak kebaikkan dari pelbagai cara.

10. SAYA SUKA MOVIE INI BYE.

OH DAN DENGAN RM5.95 ITU, ANDA JUGA AKAN TERIMA CERITA SEPERTI 40 HARI BANGKITNYA POCONG DAN AWARD SHOW HINDUSTAN (DAN TENGOK BAJU CANTIK2 BANYAK LABUCI) ETC. ASTRO BOX OFFICE MURAH MURAH MURAH (dengan nada penjual di bazar sambil mengibas-ngibas kayu yang hujungnya diikat plastik)



Wednesday, November 5, 2008

Gorgeous dresses





Just did another fabulous photoshoot with a fabulous duo. The outcome? Coming soon.

Stay tune people.



OhSoRandom: I seriously do not have what it takes to be a model. A decent model. I'm not photogenic (I pick my pictures very carefully heh), I dont have the required height of a model (170cm ++) and I just couldnt bring myself to throw cellphone at people networking is so hard when youre not a clubber. I'll continue my study soon, but I do not know what course should I take. I want to take up Business Study but I'm so lame in Math (B3 is lame okay) that I think I'll give up easily. I want to take up Graphic Design but there's just too many people doing it already. I want a job thats always hot on the market OTHER THAN ACCOUNTANT (-_-"). One more thing is that, Ive always wanted to be a teacher for Standard One pupils haha. Or (or! *excited*) open a daycare center! Wouldnt it be awesome? I get to design the wall murals! Because I always see murals for kindergardens and think to myself how I can do better and why the monkey shouldnt be purple (-_-") And I get to decide what the kids will eat, last time when I was small I went to Tadika Impian where they served biscuits dipped in Sirap drink. Talk about tragic childhood. Okay I think I dont want to be Standard One teacher anymore because I just remember my friend used to shit in his pants and the teacher had to clean it wtf. WHY AM I SO INDECISIVE?!

Tuesday, November 4, 2008

Kawan baik perempuan sepet itu



Pernah tak saya cerita tentangNor Izdiyani. Rasanya pernah beberapa kali. Tentang bagaimana Nabil Dambaan Pilu minatkan beliau sebelum kewujudan saya, etc, dan hari ini, saya akan ceritakan tentang beliau yang cool lebih lanjut.


Kamu mesti terfikir, siapakah yang begitu cool sehingga dapat tidur sebantal dengan saya, meletakkan saya dipangkuannya pada waktu2 sejuk dan berpeluang melihat saya menangis sehingga hingus terkeluar 2cm??? Ya inilah beliau.




Hesh comelnya saya ini, kawan baik saya adalah perempuan molek bertudung di atas.



Kami sangat berlainan tapi kami sangat serasi. Dia perempuan molek bertudung yang mantap dan tidak tinggi, tetapi saya sebaliknya. Tapi kami share satu benda, sense of humour. Okay lah tipu je share satu benda, padahal share tilam, kucing, brooch dan rumah tapi yeah you know what I mean. We complete each other.



Salah satu contoh, saya ingat lagi masa sekolah menengah dulu, ada satu ketika, pengusaha kantin sekolah ingin menonjolkan kepelbagaian maka beliau memperkenalkan Air Batu Campur dalam menu. Ah tentunya si gemuk berdua ini menerima baik berita tersebut. Maka setiap hari kami akan ke kantin untuk beli benda yang sama, ABC. Kami tak pernah beli dua ABC berasingan, mesti nak share, sebab kami memang jimat, sebab takde duit tapi berangan nak main futsal, maka kena saving untuk bayar court.


Jenis saya, kalau makan ABC mesti makan part AB sahaja (iaitu Air Batu) dan dia lah yang akan makan part C (iaitu crap/serdak) menjadikan kami, partner sejati makan ABC sekolah. Ingat lagi dulu, setiap kali sebelum beli ABC sama-sama, mesti kami gelak-gelak dulu sebab saya sememangnya tak boleh nak beli ABC dan deal dengan Abang Takde Expression, sebab terlalu lawak situasinya, maka Iz lah yang selalu beli ABC, saya teman. Sebelum beli, baca bismillah supaya tak gelak besar kat kaunter. Abang itu amat melawakkan. Dia takde ekspression, tak kira apa yang terjadi di hadapan beliau. Dah lah ada tahi lalat besar dan leper di pipi kiri. Iz kau pasti sedang gelak aku tahu. Oh we read each other's mind too.


Cakap pasal tahi lalat, teringat kat kampung, saya tengah duduk-duduk berangan sementara Aunty Nana sibuk memasang ubat nyamuk. Secara tiba-tiba Aunty Nana menjerit "HANIS HANIS PUKUL TUH DEKAT LEHER HANIS NYAMUK BESAR", saya yang bendul baru habis berangan ini pun memukul nyamuk di leher saya sekuat hati atas dasar geram, dan bertanya "Dah?" kepada Aunty Nana. Kemudian dia jawab "Lah Hanis ada tahi lalat kat leher??" Ha ha l a w a k. Bunuh saya sekarang.


Berbalik kepada topik sebenar, saya dan Iz sangat rapat sehinggakan rumahnya menganggap saya penghuninya sendiri. Setiap kali saya datang pasti gate tak berkunci (haha padahal Iz memang tak pernah kunci gate ke hape ntah). Dan saya dan Iz begitu rapat sehingga saya telah tertukar nama kucing beliau dari Lady/Laydee kepada Emperor secara permanent. COMEL SANGAT KUCING GEMUK GEBU BESAR MACHO KALER OREN DINAMAKAN EMPEROR. Nama Lady sangat bapuk, dahlah kucing tuh jantan. Identity crisis gila. Kami juga sangat rapat sehingga Iz akan melayan kerenah saya seperti terjaga tengah malam dan meminta Maggi. Atau kejang lutut seperti warga emas dan meminta urut. Iz selalu panggil saya tua. Saya pun tidak tahu mengapa. I mean orang muda pun ada kejang lutut, hilang ingatan dan sakit belakang kan? Kan?? Pernah sekali kami bergurau Iz tercubit saya lalu saya menangis. Saya pun tidak tahu apa motif saya beritahu anda itu. Nak tunjuk softer side saya ke? Hmm.


Kami begitu rapat that recently we got married to each other. Tapi Iz je sempat pakai inai sebab kami kahwin sambil berlari. (Kahwin lari) (Lame joke)



Walaupun Iz muslimah dan bertudung anggun, dan saya pula brutal dan berambut gerbang, tapi kami still guide each other on our personal style. Selalu kami MMS each other untuk fashion consultation.


Contoh MMS.

Subject: Skarf baru oleh yang tersayang!


First slide: Memakai skarf petak-petak piknik sebagai tudung.


Second slide: Tapi style aku pakai beginilah.



Third slide: Untuk mengubat hati kau yang luka, kau bakal terima selendang di atas. (Waktu ini Iz sedang bersedih atas pemergian selendang kesayangan beliau kepada kakak senior pembuli).



Fourth slide: Ini masa aku lawak, baru start nak stylekan first-first, geleber bodoh.

End of MMS.


Dan kami selalunya jujur kepada diri masing-masing dan membalas MMS dengan ayat2 seperti:

Tua gila kau bertudung guna karpet piknik.
Atau.
Apa dah jadi dengan kau Iz?


Sayang betul saya kepada Nor Izdiyani Musawir. Saya terlalu banyak memori lawak dengannya tetapi kalau saya nak share semua, harus dedicate satu belog untuk beliau. Dan belog itu mungkin kami berdua sahaja yang baca.

Anda ada gambar cool begini dengan sahabat handai anda?




Monday, November 3, 2008

Perhatian Pembaca



Saya tag: Ramai orang untuk membuat Senarai Kesyukuran.
So kalau nama anda Ramai Orang, sila buat.



Caranya mudah:
1. Tajuk, Senarai Kesyukuran {insert nama anda, nama glemer atau tidak, terpulang}
2. Tuliskan semua benda tentang hidup anda, baik atau buruk.
3. Letakkan Saya bersyukur di hadapan setiap ayat tadi untuk mengubah semua ayat baik atau buruk kepada ayat baik dan positif.
4. Boleh dibuat dalam semua bahasa.
5. Saya bersyukur boleh ditukar kepada Saya gembira atau Saya bernasib baik. Tapi kalau begitu lebih baik tajuknya Senarai Kegembiraan atau Senarai Kenasib Baikkan. So jangan susahkan diri.




Sunday, November 2, 2008

Senarai Kesyukuran dan kenapa semua orang wajib wujudkannya.



Senarai Kesyukuran Hanis Zalikha.



1.Saya bersyukur atas kewujudan broadband di rumah.

2.Saya bersyukur saya dilahirkan sempurna fizikal dan mental. Sihat walafiat.

3.Saya bersyukur saya dah timba banyak pengalaman dalam usia yang muda.

4.Saya bersyukur saya selalu didatangi kesedaran untuk berhenti modelling.

5.Saya bersyukur saya tak anti-sosial mahupun batak-sosial.

6.Saya bersyukur kucing saya gebu dan bulu tidak gugur dan melekat di bibir saya apabila cium.

7.Saya bersyukur saya tidak menghidap penyakit kronik.

8.Saya bersyukur emak memberi nama Hanis dan bapa memberi nama Zalikha. Instead of Sofea Natasya yang mereka hampir beri. Pergh.

9.Saya bersyukur saya boleh duduk paling belakang dalam kelas, dan tak perlu ke depan setiap kali nak menyalin sesuatu (tajam penglihatan).

10.Saya bersyukur saya dapat kongsi senarai kesyukuran saya dengan raaamai orang.

11.Saya bersyukur belog saya boleh diterima ramai.

12.Saya bersyukur followers saya ada 129 orang.

13.Saya bersyukur fashion sense saya at least boleh digunapakai.

14.Saya juga bersyukur sense of humour saya atleast boleh digunapakai dan sesuai untuk semua lapisan masyarakat.

15.Saya bersyukur saya boleh kata didikan ibubapa saya bagus.

16.Saya bersyukur adik-adik lelaki saya masih suka bercerita perihal sekolah kepada saya setiap kali pulang dari sekolah, dan suka dengar nasihat saya tentang yang mana boleh kawan dan yang mana bakal pengaruh buruk.

17.Saya bersyukur saya reti hargai makanan enak-enak dan mampu makan tanpa risau berat badan.

18.Saya bersyukur jerawat hanya selalu timbul di dahi, bukan di hidung dan badan.

19.Saya bersyukur emak hias bilik Alisya sangat cantik dan girlish macam saya idam masa kecil dulu tapi tak mampu, maka sekarang suka sleepover di situ.

20.Saya bersyukur bapa belum/tidak kahwin empat.

21.Saya bersyukur hidup saya penuh dengan cinta dan kasih sayang.

22.Saya bersyukur ibubapa memberi peluang bagi saya mencuba benda-benda baru dan memberi kepercayaan kepada saya untuk menjaga akhlak.

23.Saya bersyukur kakak saya pemurah dan suka belanja McD breakfast.

24.Saya bersyukur saya pernah pakai pemeluk/pendakap gigi.

25.Saya bersyukur umur saya baru 18 tahun.

26.Saya bersyukur dalam keadaan kesempitan wang, emak hebat mengolah bahan makanan dan setiap hari still mampu makan sedap-sedap.

27.Saya bersyukur Mohammad Khairi seorang yang lawak.

28.Saya bersyukur ps2 boleh main empat controllers.

29.Saya bersyukur saya pernah masuk Malaysian Dreamgirl dan timba pengalaman, dan jumpa ramai orang yang best.

30.Saya bersyukur dapat duduk di kawasan perumahan yang amai damai, di mana semua jiran saling kenal-mengenali, bertukar-tukar makanan, kunjung-mengunjung dan bergosip.

31.Saya bersyukur walaupun saya tak berapa cantik, tapi masih ada angle muka saya yang boleh digunapakai bagi bergambar untuk tontonan umum.

32.Saya bersyukur walaupun bibir saya dan pipi selalu kena gigit nyamuk, tapi saya tidak hidapi demam denggi.

33.Saya bersyukur saya dapat kongsi kisah hidup di belog ini dan pembebelan saya masih dilayan.

34.Saya bersyukur masih ada orang di luar sana yang ambil masa seketika untuk menghantar email-email menceriakan hati saya.

35.Saya bersyukur saya ada tempat untuk mengadu dan berkongsi suka-duka.

36.Saya bersyukur saya berpindah ke sekolah Seksyen 9 dan di tempatkan di 5 SC 2.

37.Saya bersyukur ditemukan dengan The AGz, iaitu kumpulan rakan-rakan saya yang alim, pandai, baik tetapi lawak dan havoc dengan caranya tersendiri.

38.Saya bersyukur saya seorang yang pemaaf.

39.Saya bersyukur Allah letakkan ketakutan dalam diri saya.

40.Saya bersyukur saya masih tinggal di Malaysia dan mempunyai kewarganegaraan Malaysia.

41.Saya bersyukur saya masih dara.

42.Saya bersyukur dilahirkan dalam keluarga Islam.

43.Saya bersyukur mempunyai bapa yang sangat reasonable, rasional dan wise.

44.Saya bersyukur kita boleh ke hotel-hotel di Malaysia tanpa risaukan pengeboman.

45.Saya bersyukur akan kewujudan Nor Marlisa dan Nur Izdiyani.

46.Saya bersyukur Fatihin Husna dan saya sudah suka chat tengah malam.

47.Saya bersyukur ada 6 orang adik beradik dan dapat melancong dengan begitu meriah hanya dengan keluarga.

48.Saya bersyukur saya pernah menonton Ada Apa Dengan Cinta untuk berasa bangga mempunyai datuk warga Indonesia.

49.Saya bersyukur dengan memori saya yang agak kuat (walaupun pendek) dan mampu skor peperiksaan dengan baik walau hanya belajar satu malam.

50.Saya bersyukur emak saya seorang yang gigih dan suka belajar. Kami untung sebab ibu kalau cuba apa-apa makanan baru, pasti dia pulang ke rumah dan buat yang lebih baik.

51.Saya bersyukur tiada cikgu yang pernah palang saya atau baling buku saya ke luar kelas yang mungkin akan membuat saya benci alam persekolahan.

52.Saya bersyukur saya seorang perempuan. Boleh pakai make up tanpa dicemuh.

53.Saya bersyukur rambut saya wavy/berombak? Dan rambut bangun tidur saya boleh dibawa ke majlis.

54.Saya bersyukur walaupun saya gemar gila menyakat adik perempuan saya, dia masih cari saya untuk tidur malam.

55.Saya bersyukur belog-belog yang saya suka, rajin diupdate.

56.Saya bersyukur dengan tubuh badan yang saya miliki.

57.Saya bersyukur ramai orang rajin layan kerenah saya.

58.Saya bersyukur yang saya bersyukur saya seorang perempuan dan tidak memberontak dengan rambut cacak serta suara kasar.

59. Saya bersyukur anda masih membaca.

60. Saya bersyukur saya selalu berpeluh kerana saya tahu badan sedang berfungsi dengan baik mengeluarkan toksin.

61. Saya bersyukur saya pernah bekerja di Marc by Marc Jacobs di bawah manager dan supervisor terhebat di dunia yang belanja makan setiap hari dan selalu belikan jajan dan benarkan orang bawahan bermain salon2 di dalam setor ketika pelanggan tiada dan belikan saya high-waisted jeans yang berharga rm200 dari Pull and Bear bila saya nak berhenti kerja. Oh belanja makan sekali pada malam terakhir saya, di The Loaf. WALAUPUN BARU KERJA 3BULAN.

62. Saya bersyukur saya selalu bersyukur.

63. Saya bersyukur saya tidak boleh nampak benda ghaib.

64. Saya bersyukur saya tidak tinggal di tepi loji lagi dah. Eh pernah ke? Takpe bersyukur je.

65. Saya bersyukur benda yang saya masak selalunya boleh dimakan.

66. Saya bersyukur yang saya sebenarnya ada banyak lagi benda untuk bersyukur walaupun dah penat nak tulis. Harap dapat selalu buat Senarai Kesyukuran Hanis Zalikha dan kongsi bersama awak.


Andaikata saya diuji dan salah satu dari nikmat di atas ditarik dari saya, saya bersyukur saya masih boleh kata, atleast saya masih ada 65 perkara untuk disyukuri. Kongsi kesyukuran anda kerana kesyukuran anda mampu jadi inspirasi untuk orang lain. So, apa yang anda syukuri?