Tuesday, September 30, 2008

Persiapan Raya 2008

This is how we get ready for our raya eve. Picture says a thousand word. Stay tune for my raya updates! At each and every pitstop! Have a great month ahead!




Selamat Hari Raya Aidilfitri from Hanis Zalikha and family, and maaf zahir batin from the bottom of my heart.

Yours truly.

Saturday, September 27, 2008

Listen to your daddy




Ive always had the strongest antibodies in my family. When everyone around me is sick, I’d be the only one skipping happily inside of my house (why so annoying I know). But when I was 14 (or was it 15?), my family (each and every member) and most of my classmates were sick, so unfortunately, I got sick as well. My dad brought me to the doctor and he (the doctor not my dad) gave me few meds and of course, Antibiotic was included. I felt a lot better the next day and like most of you out there (heh), I did not finish my Antibiotic as instructed. YES DONT HAVE TO TELL ME ANYMORE THAT ITS A BIG MISTAKE BECAUSE I KNOW ALREADY TSK AND NOW I DON’T HAVE THE STRONG ANTIBODIES ANYMORE LESSON OF THE DAY IS LISTEN TO YOUR DOCTOR AND DAD BUT MOST IMPORTANTLY, DAD T_T


My body is weak, my head is heavy, my throat pharynx is sempit (narrow wtf) so I couldn’t swallow properly (but how come I ate 3 plates of Nasi Beriyani semalam?? Haha tembam) and and RAYA IS VERY NEAR TSK TSK TSK. How am I supposed to gobble up all my mom’s cooking with all of these going on is what I would like to know?! On a happier note, I bought my baju kurung for RM39.00 only! BANGGA AKU BERJIMAT AMALAN MULIA.


And and my kittens are growing gorgeously :’) Not to mention, their poops are getting bigger alkdowkmiqwkdoxlk (-_-“)





Chilling out *background song "we ride~ we ride we ride until the day we die~"*



Caption: Marriage, we're doing it right. Haha (eh gelak kat lawak sendiri, keluar sekarang)



OhSoRandom: Thanks everyone for your Selamat Hari Raya emails and all ze hampers :') But how come I did not get a single raya card the old fashion way?! HA?! Fine lah Jebon datang rumah aku takde nak selit kad raya kat peti surat hmph.


Monday, September 22, 2008

Turning legal on 9th of October




Ya saya masih 17 tahun. Okay saya bukan nak beritahu kat sini macam mana nak aturkan majlis harijadi untuk orang tua pula. Tapi saya nak beritahu tentang lagu tema hidup saya.

Saya ada satu lagu yang saya sangat teramat paling terlalu suka gila bapak. Lagu yang saya minat dari muda. Lagu itulah yang bila saya sedih contohnya sebab tak dapat strike bila main bowling, saya akan jadi gembira sebab dengar lagu itu. Lagu itulah yang bila saya dengar walau dalam keadaan apa sekalipun, saya akan menari ditambah dengan loncatan seperti bermain teng-teng dan beberapa head bangs. Lagu itulah yang membuatkan saya minum Red Bull sahaja dan tidak pernah sentuh minuman keras. Lagu itulah yang akan mengelakkan saya menuju ke kelab malam (haha kelab malam, kalau dalam bahasa Inggeris, night clubs, macam cool gila) hanya untuk berparti. Lagu itulah yang kalau dimainkan lebih dari 43 kali pun tidak mengapa. Lagu itulah yang bila waktu hujan, saya hampir nak terlayan jiwang, bila saya dengar, tak jadi layan. Lagu itu jugalah yang kalau didengari bila bersenam, akan memaksa untuk teruskan walaupun sudah berpeluh dan bernafas dalam-dalam hanya untuk mendapat badan seperti Ciara dalam Like A Boy. Lagu itulah, yang bila balik kampung, tengok keluar tingkap dan berangan bagaimana ia dijadikan videoklip, starring diriku (eceh korang pun selalu buat aku tahu). Lagu itulah lagu paling best untuk didengar sebelum mandi, masa mandi, sebelum tidur okay senang, setiap masa lah! Tak ada lagu yang akan dapat tandingi lagu ini di dalam hati saya. Lagu ini mencoci semua masalah saya dalam sekelip mata.

Lagu itu ialah Orson, No Tomorrow.
Apa lagu tema hidup anda? Whats the theme song of your life?



OhSoRandom:

For you people out there, if you miss me (si hidung kembang), in motion.

Wednesday, September 17, 2008

How to organise birthday party for kids!



OhSoRandom: Life update, buka puasa with Julie's Biscuit and Media Hiburan at Vistana Hotel.






Was seated next to the most gorgeous chatterbox Ive ever met, Sarimah Ibrahim.







Aunty Nana as one of the biggest sponsors of the event.






And surprise surprise, guess who I bumped into, going out with Lash from Goda, 8tv??






My sizzling hot friend.




Bak kata Azwan Ali, AMBOI AMBOI AMBOI.


Today is Hafiiz's 10th birthday, so I would like to dedicate this entry to him. Happy birthday to Hafiiz, the boy who cries himself to sleep whenever he misses me :') Im so lucky to have a little brother like him. Hafiiz has a superpower: he can remember things like no other. If I lose something in the house I'd just ask him where is it, and he would recall back the last time he saw that thing and pheeewsh up up and away he gets it for me. Wouldnt you want a little brother like this? Last year we threw an awesome birthday party for him and Alisya (double duo). So I'd like to share with you guys, (and educate some) on how to throw a good party for kids.



To be able to throw a good party for kids, first you must know the age group of the people youre inviting (ours were 7-10). Prepare a guest list. Make sure the birthday boy and birthday girl prepares the guest list first before you start doing anything else, so you would know how big the party you'll be hosting. You wouldnt want to know that your kid only has three friends of the same class and one from the same bus, the hard way (ha party lah engkau lima-lima orang tuh.) Tsskkk.


Once you know that your kid is the popular kid in school, unlike other kid of his age that only has friends of the same gender, then only you decide on the seating plan. Usually, girls and boys of this age group are quite shy and need more time for ice breaking. So you seat them separately. And since they just love to act grown ups, arrange tables as if theyre eating at a restaurant. But this restaurant dont have waiter please. Dont so diva ah.







Guest list checked. Seating arrangements checked. Next, food. No, this is not the time to show off your cooking skill, so save your knowledge on Gulai Kawah or Ikan Siakap 27 Rasa for the in-laws. Put yourself in their shoes and you would realise that all they want is to eat predictable fried food such as nuggets, fries, and little sausages. For something slightly heavier, prepare Fried Bee Hoon or Fried Rice.







Keep the dishes simple unless of course, you invite their parents as well (this is highly recommended and by doing it, you might get nicer presents). Serious. Ada yang datang sendiri pastu bagi magic pen YANG DAH GUNA. Okaylah at least bagi (cover).



Bukan budak ini yang bagi magic pen yang dah guna tu tau.



This is the right time to show off your baking skill though. Kids love pastries! We did cute cupcakes and the little ones had fun decorating it the night before. All sort of patterns can be seen, and they showed it off to their friends. Ha such proud moment for them.






My mom also baked the birthday cake as well. Its the chocolate cake in the picture below. Damn gorgeous I know because its decorated with chocolate chips!





If any of your guest happens to get your child a birthday cake as well, do cut it during the party, along with the original birthday cake so that the kids would have more choice, not everyone loves chocolate or cheese okay or combination of chocolate and cheese or or okay you get it already.








Whats a party without party games right? Selection of games is as important as everything else. This is what the kids going to talk about the next day at school. For our party, we chose Limbo! That was the best part of the party and the kids had so much fun, we played it for more than three times. The prizes offered must also be good lah. Siapa nak main kalau menang dapat pensel khat (-_-")



The girls were cheating wtf.



But you musnt forget this ever. Ever. The key to success:





A hit on sunny days! Popsicles tube (or nama lebih glemer, eskrem 30 sen). Its better than ice cream because theyre easy to handle and doesnt create so much mess and the kids totally dig this.




Last time, our goodie bag/door gift/party pack/doggy bag contained chocolate chips, candies and some cheap toys (a must!). But I suggest you try something new and 'in'. And no you dont have to go to Bijou Bazaar to get/borong this.




Kedai mamak jual RM2 je untuk saiz budak-budak.



Monday, September 15, 2008

Diari Ramadhan Hanis



Baiklah walaupun saya tidak puasa, saya nak juga buat Diari Ramadhan. Ah saya tak kira.



Okay kita teruskan. Saya akan dibantu oleh gambar-gambar dari ICANHASCHEEZBURGER.COM. Harap maklum.


4.30 pagi: Terbangun walaupun tidak dikejut kerana terkejut diri sendiri setelah mengunci jam di dalam hati.


4.35 pagi: Perlukan lima minit untuk betul-betul buka mata. Perlukan 15 minit untuk betul-betul bukakan 3 pasang mata yang lain, mata Alisya, Imran dan Hafiiz (nama diletak mengikut turutan kesenangan untuk dikejut).


Karakter Hafiiz dilakon semula oleh kucing kelabu.


4.50 pagi: Tolong emak (comelnya panggil mama emak) menyediakan sahur. Selalu dapat tugas sediakan air atau cedok nasi. Tugasan lain yang tak perlu disuruh merangkumi letak kurma atas meja dan bersahur sekali.





5.00 pagi: Masih bersahur sekali.


5.20 pagi: Jerit "SEMUA MINUM AIR KOSONGGG" agar rumah sebelah pun dengar. Padahal rumah sebelah cina tapi takpe.


5.30 pagi: Duduk di kusyen sambil menonton Hafiiz pasangkan PS2.


5.31 pagi: Duduk di kusyen sambil menunggu Hafiiz passkan controller kelabu. Orang lain semua guna controller hitam, saya sorang special kaler kelabu. Ini rutin kami sementara tunggu waktu Subuh masuk, main game Thrillville atau BloodyRoar (tapi BloodyRoar tak best boleh main dua orang je dah la penat tangan tekan semua butang dalam satu masa sebab tak hafal combination butang apa jadi move apa).


5.43 pagi: Menari gumbira sebab menang MiniGolf. Siapa menang dapat pilih game apa nak main seterusnya.


5.45 pagi: Pilih game MiniGolf lagi.


6.00 pagi: Semua siap-siap nak sembahyang Subuh, saya siap-siap nak tidur. Kalau hari biasa selalu takbleh tidur lepas Subuh sebab nanti syaiton selimutkan dengan kulit babi, tapi bulan ini takpe syaiton kena ikat. (COMELNYA SEBUT SETAN, SYAITON)


9.30 pagi: Sebenarnya dah bangun tidur, tapi emak tidak boleh tahu, kerana perlukan 30minit untuk betul-betul bangun. Alamak emak akan tahu setelah baca ini. Redha~


10.00pagi: Turun bawah setelah mandi pagi. Muka ceria segar sentiasa.


10.30 pagi: Dah tahu kena kemas meja dan basuh pinggan tapi akan tunggu emak suruh juga.


10. 33 pagi: Emak suruh kemas meja dan basuh pinggan. Terasa Deja Vu (sebab semalam emak dah suruh dan esok akan suruh lagi).


{17 minit kemudian}


10.50 pagi: Saya basuh pinggan dan kemas meja. Eh terbalik. Saya kemas meja dan basuh pinggan. Ya interval masa antara 'emak suruh' dan 'Hanis buat' agak jauh, di sini dicatatkan intervalnya hanyalah 17minit walhal selalunya boleh mencapai 55minit.


11.20 pagi: Mengecheck e-mail dan membalas email. Menolak pelawaan buka puasa dan peluang pekerjaan dengan cara baik. Alisya hampiri dan berkata "Kakak Hanis, malam nih kitorang ada pertandingan Guna Muzik Lagu Yang Kitorang Pilih Tapi Tukar Lirik, Kakak Hanis judge". Saya mengangguk. Dah biasa sangat kena jadi judge tak berbayar seumpama ini. Teringat, patutlah bangun2 laptop dah on, ada window Youtube-Fergalicious. Ini mesti kerja Hafiiz, lagu nak lagu Fergie aje. WACHEH GILA.


12.30 tengahari: Emak suruh tolong buat kuih atau kek.


{Interval masa 17 minit}


12.47 tengahari: Tolong emak buat kuih atau kek.





1.00 tengahari: Hafiiz dan Imran tiba dari sekolah. Teruja tunggu Hafiiz pasang PS2 lagi. (Obvious tak yang saya kuat main tapi malas nak pasang ish ish ish padahal reti). Berdoa agar main game MiniGolf.


1.12 tengahari: Menang. Dapat pilih MiniGolf.


2.00 petang: Curi-curi pergi fridge untuk minum air susu cokelat. Harap-harap Alisya tidak perasan.


2.07 petang: Sambung main PS2.


3.40 petang: Terpaksa berhenti main PS2 kerana kena kopek bawang. Kadang-kala teruskan main sambil kopek bawang. (Multitasker siot)


4.20 petang: Berhenti main PS2 completely sebab mahu (eh terpaksa) tolong emak di dapur sediakan juadah berbuka. Tahukah Anda? Puasa kali ini, saya tidak pernah lagi jejak bazaar Ramadhan. Hebat tak hebat?


5.00 petang: In charge buat air minuman dan dadih.


5.01 petang: Membuat pilihan sama ada mahu buat air bandung, air laici atau air bandung laici.


5.05 petang: Buat air teh ais sahaja.


5.20 petang: Jenguk adik yang sedang bergumbira bermain PS2. Duduk kejap. Tengok kiri kanan. Emak sibuk masak. Main satu game kejap. Kalau menang dan dapat pilih game, terpaksa main dua game kejap.


5.49 petang: Buat dadih sebagai pencoci mulut.


6.00 petang: Emak panggil ke dapur untuk rasa masakan sebab hanya saya seorang tidak puasa. Akur dan terus merasa. Suruh tambah garam.





6.30 petang: Sediakan meja makan. Sediakan tuh macam letak pinggan, cawan, lauk semua. Bukannya macam sediakan, buat kerusi, pasang meja, bukan.





7.00 petang: Tonton Upin dan Ipin di TV 9, channel 119 (Jumaat-Ahad) kerana suara anak saudara (Tiah) digunakan sebagai suara karakter Upin dan Ipin. Sejurus selesai cerita tersebut tukar ke channel 715 untuk menonton Dragonball.


7.15 petang: Sambut buka puasa bersama. (Tidak tahu malu). Okay selalunya malulah tapi nanti daddy kata takpe makan je sekali, so malu tuh semua dah hilang dah masuk hari tak puasa yang kedua.


7.30 petang: Lepas makan kitorang semua tengok cerita Yakitate-JaPAN, channel yang sama dengan Dragon Ball. Cerita ini best sebab biasanya saya tak suka cerita-cerita Animax ini semua, gila wannabe tetapi cerita ini tentang roti. YA! ROTI!


7.50 malam: Emak menjerit suruh semua sembahyang Mahgirb tetapi tidak diendahkan sebab iklan kat Animax sekejap sangat. Nostalgia menonton Anak-anak Sidek waktu Mahgrib bermula kembali.


8.20 malam: Semua bersiap untuk ke masjid. Saya sayu bakal ditinggalkan dan tidak dapat bersama-sama tarawikh dan moreh.





10.00 malam: Mereka pulang, gembira kembali kerana akan bermain PS2 sehingga tidur di depan tv.


Hmm I wonder bagaimanakah hari esok? (CHEH PADAHAL ULANG2 JE SETIAP HARI. TAPI MALAM INI DIFFERENT SEBAB PERTANDINGAN GUNA MUZIK LAGU YANG KITORANG PILIH TAPI TUKAR LIRIK AKAN BERLANGSUNG, I CANT WAIT).


OhSoRambang: Kamu pasti wonder kenapa adik-adik saya tidak bermain di luar bersama budak-budak di neighbourhood kami. Kalau main di luar pun main di tasik (memancing) bersama adik-beradik sendiri sahaja. Kalau saya tanya mereka akan jawab "Taknaklah, anak orang depan tuh nakal, selalu petang2 main kat taman pastu calar-calarkan kereta orang lah, pastu spray2 dinding belakang rumah orang guna spray paint lah". Pergh gila nakal budak-budak zaman sekarang. Saya dulu nakal takdelah sampai macam tuh. Tahu tak kuih cina yang macam pau bentuk teratai tuh? Dulu ada display kat Giant, saya masa kecik kalau nakal sangat pun, setakat cucuk benda tuh dengan jari je. Ish ish ish.

Thursday, September 11, 2008

BEST COOK BOOK/BUKU MASAKAN TERHEBAT



I MUST I MUST I MUST
SHARE THIS WITH ALL THE FOOD LOVERS AND OVEN LOVERS OUT THERE.



If you love good food and would like to try and make some, and able to read malay, this book is for you! Only selling at RM8.90 (super cheap compared to other cook book, that usually would cost you around RM35-RM70), definitely worth it. Why? BECAUSE GOT 250 RECIPES IN IT AND MY MOM IS ONE OF THE CHEFS THAT CONTRIBUTED 10 RECIPES (ALL TYPE OF HER FAMOUS CAKES) SO YOU MUST CHECK IT OUT. RASA MAG SPECIAL EDITION, YES, VERY SPECIAL. SOME OF THE RECIPES, WE'VE ALREADY TRIED AND TESTED FOR OUR BREAK OF FAST AND DAMN AMAZING AND DO NOT LIE OR CHEAT YOU WITH NICE PICTURES ONLY LIKE OTHER COOK BOOKS AND AND ALL THE INGREDIENTS ARE EASY TO FIND YA ALLAH OMG OKAY OKAY.




Can you imagine what it was like when my mom had to do this cake spread for the mag? She baked 10 different cakes in one day. Such a lovely week it was.

End of informative mode.







OhSoRambang: BORING GILA MENSTRUASI. Terkilan tau I tengah teguk air Pepsi kemudian terdengar suara kecil berkata eee tidak puasa. SUARA KECIL SIAPA LAGI KALAU BUKAN ALISYA T_T





Sunday, September 7, 2008

Poket penuh sinaran matahari dan mentol bercahaya



Di atas motivasi anda, saya lebih dari gembira untuk menulis dalam Bahasa Ibunda. Eh bahasa Ayahanda (sebab bahasa ibunda yang sebenar, bahasa jawa). Apa-apa sahaja demi pembaca saya, yang menyumbang kepada lalulintas di belog tersayang. Tapi saya tahu, ada segelintir pembaca saya yang tidak tahu langsung berbahasa Melayu, salah satunya kerana beliau orang German (Im sorry Sybille, but this entry has to be in Malay). Jadi apa kata saya didik mereka berbahasa melayu.



Penyedut hampagas: Vacuum cleaner.



Okay dah penat mendidik, mari teruskan entri ini.
Puasa memang kadang-kala membosankan. Tapi ia memang sepatutnya begitu, sebab bulan inilah kita beribadah semampu-mampunya. Satu hari, tahap kebosanan adik-adik saya melampaui batas, mereka mengambil flyer Giant dan mengadakan pertandingan melukis flyer Giant terbaik menggunakan MS Paint. Ya saya terharu kerana mereka seakan-akan berusaha ingin mewarisi kehebatan saya dengan MS Paint. Lawak sangat mereka kerana begitu bersemangat siap ada had masa (30minit seorang) lagi semua. Haha. Tapi setelah beberapa ketika, menampal gambar cili kering dan kubis segar di MS Paint tidak begitu menarik lagi, maka Hafiiz didatangi mentol bercahaya di atas kepala (idea), dan berkata "OKAY JOM KITA LUKIS BANNER BELOG KAKAK HANIS, SIAPA PALING TEPAT AND CANTIK DIA MENANG." Diikuti oleh "SIAPA MENANG HAFIIZ MASAKKAN UNTUK DIA" (sebab risau tiada siapa nak turut serta pertandingan beliau). Haha sayang adik aku.



Pertandingan pun bermula. Tiba-tiba mereka tersedar yang memori mereka tidaklah sekuat mana untuk mengingati setiap butir yang ada pada banner yang saya pernah lukis suatu ketika dulu. Alisya hampir menangis, tapi dimarahi Hafiiz. Fierce gila pertandingan tersebut. Okay saya tahu kamu semua tidak sabar melihat hasilnya.



Mempersembahkan (skema wtf):








Oleh: Alisya.

Kenapa ianya comel: Sumpah tiba-tiba ada arnab besar sebelah handbag.









Oleh: Hafiiz.

Kenapa ianya comel: Ultraman gemuk.







Oleh: Imran.

Kenapa ianya comel: Amat terperinci. Walaupun Hanis nampak macam ngandung dalam baju biru, tapi takpe, keterperinciannya mengaburi segala.



Apa yang lebih lawak, ketika Hafiiz hampir siap lukisannya, dia sedar dia ada peluang untuk menang, maka tiba-tiba sahaja dia "Kakak Hanis kalau Hafiiz menang dapat apa?". Saya yang tergamam pun menjawab "Hafiiz dapat masak untuk diri sendiri, bukan untuk orang lain, isnt it great?!" Haha bangang. Okay ya, saya harus reward mereka kerana kecomelan ini.



TAPI BAGAIMANA SAYA HENDAK REWARD HAFIIZ UNTUK KECOMELAN INI?!



Wednesday, September 3, 2008

How to mother kittens



Its been a sad day yesterday. I burried two kittens at the back of my house. One was Audy's, another one was a stray kitten from the the back alley. Audy has been diagnosed with Sporox, few years back, however still managed to give birth to healthy kittens of Baby Phat's batch. This time around however, we're not so lucky. There used to be 5, and now there are 2.



On a happier note, kittens do act like human babies! Too cute!

Sometimes they give you a stare as if they're trying to recognise you.


Sometimes they just want to roll around all day long.



Sometimes they just dont give a damn to the surroundings.




Sometimes, they pretend like they're going to cry.



There are times when they want to play with you.




But most of the time, they just want their mother.





And mother cat do act like a human mother as well.

Sometimes things get out of hands.



And they just want to get a good stretch.




Rest in peace, August Kiss.




Ada juga yang layan blues sebab tidak diendahkan.




OhSoRandom: I had the best Sambal Paru for sahur today. Yes my mom makes the best Sambal Paru in the world, envy me.