Thursday, January 29, 2009

Nabil Raja Lawak tidak berbaju

Bajet tajuk ala-ala Mangga ini dapat tambah trafik ah? Ya.

Haha. Kepada yang semangat call-call untuk mengetahui perkembangan, dan kepada peminat majalah Mangga, entri ini khas buat anda semua. Kelmarin bermulalah satu pengalaman baru untuk yostruli, Hanis Zalikha. Walaupun tidak pernah mahu menjadi pelakon apatah lagi mengisi ruangan cita-cita dalam buku biodata sebagai pelakon, alhamdulillah Hanis Zalikha telah selamat menjalani penggambaran di hutan tanpa di baling selipar mahupun terung oleh kera-kera dan orang-orang kampung yang turun padang untuk menonton Nabil Raja Lawak beraksi. Marilah kita ikuti perjalanan Hanis Zalikha dari Kuala Lumpur ke Temerloh, Pahang dan menyaksikan sendiri pengalaman sekali seumur hidup Hanis Zalikha sebagai pelakon. Zassss wtf.




Ini diambil ketika dalam kereta (courtesy of Uncle Iskandar), sewaktu menuju ke Temerloh. Baju yang dipakai adalah Tshirt Muay Thai berserta jacket tersayang yang dibeli di Sg. Wang yang diberi nama Sg. Wang Sayang. Semangat berjacket merah meraikan Tahun Baru Cina, ceh padahal dalam kereta sejuk.


Pertama kali melihat dengan mata kepala sendiri, berhala tinggi ini yang terletak di Batu Caves. Masih dalam perjalanan ya rakan-rakan. EH ASAL NADA AKU DAH TAK MACAM MELODI.




Setibanya di Temerloh, mula menangkap gambar seperti pelancong. Ini salah satu daripadanya.


Kemudian straight pergi ke Sri Malaysia untuk check in dan rehat-rehat. Setelah bergolek-golek di atas katil bersama ibu yang redha sahaja di sebelah, mula mandi dan siap-siap nak hafal skrip. YA BARU NAK HAFAL.



Mungkinkah muka ku menghafal Periodic Table suatu ketika dahulu seayu ini? KAHKAHKAH.



KAU INGAT COMEL AH MUKA TAK HAFAL SKRIP KAU?!


Jam menunjukkan sudah tiba masa untuk tidur. Jarum panjangnya di nombor dua belas dan jarum pendeknya di nombor sepuluh. Maka Hanis dibuai mimpi indah yang langsung tidak ada kena mengena dengan kerjanya di Temerloh. Esok pagi-pagi lagi kami diarah ke base camp di kampung isteri director dan breakfast nasi lemak Mak Tam yang terhebat di alaf ini. Dari situ terus ke lokasi pertama.


Rambut sejurus membuka topi memang loser. Memakai Sg.Wang Sayang kerana bakal ke kaki gunung.


Di sambut anak-anak M.Jamil yang cantik-cantik belaka.



Tanpa menunggu nasi lemak hadam, Hanis Zalikha terus dimekapkan dengan harapan dapat merubah raut wajahnya kepada raut wajah yang lebih disenangi.




Lokasi pertama, Sungai Pahang.




Nabil sebagai wallpaper dekstop M.Jamil. EH EH TAK HAHA. Ya Nabil sedang beraksi.




Sementara itu Hanis Zalikha berjalan-jalan lebih lanjut dan menemui pokok kekabu buat pertama kalinya dalam autobiografi hidup.



Bertindak jakun mengalahkan Jakun.

Setelah selesai scene-scene tanpa diriku, dahku pun bersiap sedia untuk mengambil tempat di dalam hutan






Sedang memasang mic agar tidak perlu terjerit-jerit hingga terkeluar suara garau semulajadiku.




Nampak macam dalam hutan padahal belakang rumah siapa je.





Dengan hanya satu take, director sudah kata "CUT, OKAY NEXT SCENE". Serious shit me and Nabil were like APAKAH?? ITU SAHAJA?? TAKNAK BUAT SEPULUH KALI LAGI?? I hated it. Benci sial dah lah first scene ever in my first film ever.

Tapi kami akur walaupun dalam hati mahu menyuarakan "Ala Uncle Jamil buat lah lagi sekali kot-kot yang tadi tak cukup perfect ka, kot-kot jambul Hanis out of place ka, suara garau semulajadi terkeluar ka". Tsk. Maka ke next scene lah kami seterusnya. Which is Rumah bunian!




Oh ini kah kereta Nabil yang kau gembar-gemburkan itu, babe?





Ke mana-mana sahaja yang Nabil pergi, pasti orang kampung turun padang bawa kamera, kipas, tikar dan kerepek. Serious. DI KETIGA-TIGA LOKASI. Hanis yang tidak famous ini pun membawa diri ke tepi sungai eh eh haha wtf.

Tapi ada few groups budak kecil, gadis desa dan lelaki yang ingat dirinya lebih muda, yang comel yang nak juga tangkap gambar dan ambil tandatangan tetapi tidak tahu nama maka "Kakak, boleh tak, nak tangkap gambar dengan kakak." Haha.





Sewaktu menghafal dialog bersama sering di interupt untuk bergambar. Tahukah anda, Ahmad Nabil b. Ahmad adalah orang yang sangat bertenaga dan hyper? Walaupun dia bertolak dari KL pukul 4 pagi dan tiba pukul 6 pagi, mulutnya dari lokasi pertama hingga yang terakhir tidak berhenti-henti melawak. Gila lah mamat ni.




Tengok itu, betapa aktif.



Rolling in 5.


Saya ingin menyatakan hasrat untuk meminta maaf kepada Farhana dan Sit kerana tidak sempat mendapatkan tandatangan Nabil disebabkan jadual kami yang ketat. Mahu tanya makanan favourite dia lagilah tidak sempat. Maka dengan ini, seperti yang aku janjikan, nah gambar Nabil tidak berbaju.



Photobucket
Maaf anda berdua masih kecil, maka harus dicensored dengan tuala.

Tapi saya sudah cukup dewasa dan matang. Maka tidak apa,

Photobucket

Hehehe.


Lokasi seterusnya ialah Gunung Senyum yang BOLEH TAHAN JAUHNYA.


Tak senyum punnnnnnnnnnnn *nada annoying yang budak kecil selalu buat bila dapat mainan percuma KFC yang tidak berfungsi seperti dalam iklan*





Tengok bila muka saya dah penat macam haram, mamat ini masih hyper. TENGOK TENGOK. Dengan dia ni, memang gelak je sepanjang-panjang penggambaran. Nasib baik agak fokus.

Setelah berjaya menyelesaikan tiga-tiga lokasi, kami pun bertepuk tangan tanda gembira. Kalau teringin nak tengok bakat lakonan saya yang hanya sehebat bakat berenang saya (note: saya tidak pandai berenang. Nabil pun!), kunjungilah pawagam berhampiran Disember 2009 nanti yeah!
Selesai segalanya, kami ke base camp lagi untuk menikmati juadah makan malam beramai-ramai. Di sini baru saya perasan, budak kecil yang jadi anak bunian mengaji ramai-ramai itu ialah pelakon kesukaan saya dalam cerita Lima! SUMPAH I STAR STRUCK GILA OKAY.



I heart Farah Nadia!




Bergambar dengan anak Uncle Jamil, sebelum bergambar saya arahkan mereka buat ekspresi senyum penat. Tapi kenapa mereka buat ekspresi ngongong-punya-kakak-orang-penat-dia-nak-suruh-tangkap-gambar-buat-senyum-penat-ah-ape-jadah-ah.

Pengalaman ini takkan saya lupakan sampai bila-bila dan akan tersemat di dalam hati saya. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat, M.Jamil, Uncle Iskandar, bapaku, ibuku, orang-orang kampung yang bergambar denganku, crew-crew production yang ramah-tamah dan caring-caring belaka.




Salam sayang dari kami. Kita kembali ke Angkasapuri.

Sunday, January 25, 2009

Bikini Bottom kena tolak atas keputusan Patrick

I've got so many things to do and I'm such a nerd that I will be bringing my assignments to Pahang. I miss everyone but I just couldnt bring myself to go out and chill. Even when my mom and sibs wanted to go for a movie I told them I prefer to stay at home and sleep on my sheetless bed or tie a ribbon on my cat's tail and watch him as he chases the ribbon or watch The Simpsons while eating kerepek eventhough I really cant because of shit loads of work. If you ever wonder why I love Segamat so much, its because little things amuse me. Like the time I was walking back to my room from my friend's room at another block, it was early in the morning and I saw bunch of monkeys leaving the block to go back to the jungle, and one particular monkey slided down from the second floor to the ground floor using the water gutter/pipe/pole as if he's a fireman. I laughed hard.


Friends, I'll be meeting you guys when I have the time and money. TIME AND MONEY. TIME IS GOLDEN. Eh ke silence is golden? Haha. I hope it wont be too late. I was uploading pics from my digi cam the other day when I saw pics of my Segamat preparations/farewells. I really do miss you guys :'(



Plaza Alam Sentral. Yang macam langsir cotton di belakang itu ialah Iz sedang tukar baju seperti budak kecil try baju raya di Kamdar.



Nabil memang suka barang-barang perempuan. Lihat saja ekspresi muka melihat tanda RM50.00. MACAM DIA YANG NAK BAYARKAN JE.



Kurang pasti kalau Tina sedang menyepit rambut atau on the phone. Yang pasti kita bertiga sedang Wanna Be On Top.



Sebab aku perasan kulit glowing dalam gambar ini, aku terpaksa letak juga despite Iz tengah hidung kembang gelakkan Nabil. IZ JANGAN MARAH OKAY OKAY AKU LETAK GAMBAR AKU BURUK JUGA.



Ha nah, suka kau.

HAHAHAHAHAHAHAHAHAHHAHAHAHAHAHAHAH.



Okay fine kita dua-dua buruk so letak ini sekali untuk neutralkan keadaan.

Cool jangan nak deny.



Bora Ombak/Baro Ombak? First time biasalah mana hafal.


Penuh 47belas meja kot.



Nak duduk depan yang paling best saja. Haha :P


Atas keprihatinan kami yang melampau, semua kena tunggu semua orang dapat makanan sehingga daging tenderloin gw liat.



Padah bermain dengan kamera bukan kepunyaan sendiri.



Bukan juadah sendiri tapi sekali sekala tebalkan muka.



Liat tapi berbaloi.



Delicious, Bangsar. Tempat sangkar burung berlampu.



KENAPA KORANG VOGUE BERDUA JE TAK ACI.



Aku selalu nak buat muka vogue terbuat muka nigga senyum.



YA ALLAH COMELNYA MUKA DIA TERUJA.
Tuh tuh yang si baju petak merah itu.
EH ADA DUA BAJU PETAK MERAH.
Ala yang nampak muka tu lah.



Kesian Nabil macam pervert kena tangkapkan gambar ini.



Haha aku nak show off pamphlet tak perasan terpegang terbalik.



On the way to ToysRUs, Subang Parade.



ASAL AKU JE PEGANG MAINAN?!



Haha dah tukar tempat dan lighting pun masih pegang mainan sama. Obvious kempunan masa kecil.


Marlisa in front of my house, after a day out with me. Sila mandi dahulu kalau nak pegang belon sebegitu gaya.



Kedai Kopi. Semua tengok muka Ein.



Rindu akan pipi gebu diri sendiri. Okay boleh diam sekarang.



OhSoRandom: Obvious betul, tak consistent punya budak. Start entry dengan Bahasa Inggeris, akhiri entry dengan memuji diri sendiri menggunakan Bahasa Ayahanda.