Pages

Hanis Zalikha in the Media

Google Malaysia Top Searches 2010
based on Google Zeitgeist.


Biggest achievement to date, Hanis Zalikha is listed amongst the Top 10 Fastest Rising People in Google Malaysia Top Searches (2010), according to annual trend analysis by Google Zeitgeist .



Source: Google.



 

Cover Story in Berita Harian newspaper 
by Siti Nur Almizan Aripin snur@bharian.com.my


Hanis Zalikha miliki ribuan pengikut setia TAIP www.inibelogsaya.blogspot.com, hayati bait demi bait dan ayat demi ayat yang dikarang. Selepas sekali bertandang tanpa jemputan, pasti anda akan ketagih untuk berkunjung lagi ke laman sesawang peribadi milik model sambilan, pelakon dan pelajar, Hanis Zalikha Zainal. Bukan sekadar mengisi masa lapang membaca kisah hidupnya, tetapi melalui blognya juga, pengunjung berpeluang mendapat manfaat melalui panduan dan juga berita terkini mengenai peraduan menerusi online dengan tawaran hadiah lumayan.


Baru-baru ini, blog gadis jelita berusia 19 tahun itu dicalonkan untuk kategori Best Celebrity Blog di Nuffnang Asia Pasific Blog Award yang berlangsung di Singapura. Tidak pernah terduga mampu berada di dalam senarai ‘Top 5’, beliau sendiri tidak pernah meletakkan dirinya sebagai orang yang layak meraih gelaran itu disebabkan tidak bergiat aktif di dalam bidang peragaan atau lakonan. Namun, Hanis yang pernah membintangi filem Momok the Movie bersama juara Raja Lawak, Nabil, Faizal AF dan Mama Rina akur dengan kenyataan daripada penganjur yang meletakkan syarat kelayakan bertanding jika ada deretan peminat setia yang mengikuti setiap post terbaru berkaitan kerjaya atau kisah peribadinya.


“Malam gala diadakan pada 23 Oktober lalu, selang lima hari sebelum peperiksaan akhir, tetapi saya beruntung kerana keluarga tidak pernah membantah atau meletakkan syarat jika ingin menghadiri sebarang acara. “Pada mereka, saya sudah cukup matang untuk memikirkan baik dan buruk dalam setiap perkara. Lagipun saya sudah memperuntukkan waktu tertentu untuk fokus kepada pelajaran sebelum memikirkan aktiviti sampingan seperti bidang peragaan, lakonan atau aktif berblog,” kata pelajar tahun dua jurusan Pengajian Perniagaan dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) cawangan Segamat itu. Bertuah menjadi Hanis Zalikha kerana bukan hanya cantik, malah santun gadis Melayu masih terserlah di dalam dirinya. Tidak hanya itu, Hanis juga adalah pelajar bijak tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA). Baru-baru ini, Hanis turut membanggakan keluarga apabila memperoleh keputusan cemerlang dengan nilai CGPA 3.94 pada peperiksaan akhirnya.


Melalui entri berjudul Tips Belajar Bersama Hamis, beliau turut berkongsi beberapa petua yang diamalkan untuk cemerlang di dalam pelajaran. Antaranya, Hanis sendiri mengamalkan diet ikan seminggu sebelum peperiksaan berdasarkan fakta diperolehnya menerusi iklan memberitahu, pengambilan ikan akan memberi Omega kepada otak. “Bagaimanapun, saya percaya pada doa sendiri, ibu dan ayah, doa guru juga rakan. Jangan lalai untuk selalu doakan kejayaan orang sebab bila kita doa untuk orang, kita mendoakan untuk diri kita sendiri,” katanya. Sehingga artikel ini ditulis, blog milik Hanis mempunyai seramai 6,204 peminat dan 3,780 pengikut yang sentiasa tertunggu-tunggu entri terbaru daripadanya. Tidak keterlaluan jika dikatakan wajah jelita dimilikinya menjadi penyumbang kepada pertambahan bilangan pengunjung ke blog ini, manakala konsep blog yang lebih terarah kepada gaya hidup membuatkan pengunjung tertarik untuk menjadi pengikut setia. Kata Hanis, beliau mula membina laman blog sendiri sejak dua tahun dulu kerana minatnya dalam bidang penulisan. “Ketika di bangku sekolah pun saya sudah punyai blog sendiri, tapi ia tidak dipamerkan kepada umum kerana blog itu saya bina hanya sebagai medium untuk meluahkan perasaan yang bergolak dalam jiwa seorang remaja,” katanya sambil tersenyum manis.


Kali ini, Hanis cuba menzahirkan budaya baru di kalangan penduduk negara ini iaitu blogging sebagai satu kaedah meluahkan rasa hati dan juga agenda terbesarnya, meningkatkan jati diri. “Bila dapat e-mel daripada pengunjung yang berpendapat cerita atau panduan dikongsi melalui blog boleh dijadikan sumber inspirasi kepada mereka, ia secara tidak langsung akan meningkatkan keyakinan untuk saya terus berusaha menjadi lebih baik,” katanya.


Selain itu, Hanis juga tidak lokek berkongsi ilmu yang diperolehnya sepanjang berkecimpung di dalam bidang peragaan misalnya ketika disolek jurusolek berpengalaman. “Sambil disolek, saya akan tanya cara solekan yang betul atau petua tertentu diamalkan mereka. Seronok sebab masing-masing ada pengalaman dan kaedah solekan tersendiri dan bagi mereka yang berani mencuba, saya kongsi semuanya di blog,” kata Hanis yang memperuntukkan tiga atau dua jam sehari untuk menulis di blog. Melalui agensi perhubungan awam yang menguruskan kerjayanya, Hanis turut berpeluang menerima jemputan untuk membuat liputan acara berkaitan fesyen, pelancaran produk kecantikan dan peraduan ditawarkan dalam talian. “Secara tidak langsung, saya berpeluang mendapat ramai kawan selain merasai keseronokan mencuba produk kecantikan sebelum dikongsi bersama rakan di blog. Memang seronok kerana bidang kecantikan antara cabang minat yang saya suka,” katanya sambil melabel diri sebagai ‘tikus putih’. More on the news, here.





Teen Models Making Waves
Article in the New Straits Times newspaper : by Latifah Azlan, Kuala Lumpur


WHEN we think of supermodels, the first names that usually come to mind are people like Tyra Banks, Heidi Klum or Gisele Bundchen. However, did you know that there are teenagers, just like you and me, who were as young as 15 years when their careers first started! Here are some of top teenage models both locally and overseas, and their many achievements.


[extract]... Another prominent face in the Malaysian fashion industry would be Hanis Zalikha, who recently turned 20. With a sweet and innocent look, Hanis Zalikha has walked on the runway for numerous designers and been featured in magazines such as Remaja and Wanita. Similar to Melissa Campbell, Hanis Zalikha has also expanded her wings to include acting in her resume. You can get updated on her recent work and exploits on her entertaining blog, www.inibelogsaya.blogspot.com, which features many pictures and updates on her busy life.


[contd]... If in Malaysia, more money comes from commercial modelling than fashion modelling, the opposite is true for those in the modelling industry overseas.  More on the news, here.




Cover Story in KOSMO! newspaper


GADIS yang mempunyai ketinggian 168 sentimeter, Hanis Zalikha Zainal mempunyai daya tarikan tersendiri. Justeru, tidak hairanlah penuntut Universiti Teknologi Mara (UiTM) Segamat, Johor ini berjaya mencuri perhatian ramai untuk melayari blog peribadinya. Sekiranya anda berkesempatan untuk singgah ke laman http://inibelogsaya.blogspot.com, ia adalah blog yang menceritakan hal-hal kehidupan biasa yang dilalui Hanis. Apa yang membuatkan pengunjung leka melayari blog tersebut adalah gaya penulisannya.


"Saya gemar menulis sejak kecil. Untuk penulisan blog, saya pastikan ia tidak membosankan. Sebab itulah, ayat yang digunakan agak 'berterabur'. Ini kerana saya merasakan ia sesuai dengan laman blog berkonsep santai dan sederhana.

"Mungkin sebab itulah, ramai yang gemar mengikuti perkembangan isi kandungan blog saya dari semasa ke semasa sehinggakan mampu mencapai 3,725 pengikut setia," katanya kepada Kosmo! di Bukit Jelutong, Shah Alam baru-baru ini.

Namun, Hanis telah menetapkan pendirian bahawa dia tidak akan berbicara mengenai cinta di dalam blognya. Ini kerana dia berpendapat, coretan sebegitu akan menimbulkan jemu.


Jadi katanya, cukup sekadar dia mempa
merkan gambar dan kisah-kisah menarik dia bersama keluarga dan rakan-rakan. Mengakui lebih banyak menghabiskan masa bersama keluarga berbanding dengan rakan-rakan, Hanis berkata: "Waktu cuti, saya suka duduk di rumah dan tolong emak membuat kuih. Saya juga suka ambil alih tugas emak untuk menjaga anak kawan baiknya," katanya sambil meriba bayi perempuan tersebut.


Baru berusia 19 tahun, Hanis yang mempunyai perwatakan agak matang dari usia sebenar, langsung tidak pernah menyangka blog yang berusia hampir setahun itu mampu menarik minat pengunjung.


Lebih membanggakan, jumlah peminat yang berjaya diraih oleh Hanis setakat hari ini adalah seramai 5,840. Biasanya, jumlah tersebut amat jarang diperoleh oleh blog-blog lain yang memilih konsep perihal peribadi empunya diri.



 Anugerah blogger: Pencapaian itu melayakkan Hanis menerima pencalonan dalam anugerah selebriti terbaik anjuran Nuffnang Asia Pacific Blog Awards. Walaupun tidak menang, anak kedua daripada enam adik-beradik itu masih mampu tersenyum.


Keputusan pertandingan itu tidak pernah mematahkan semangatnya untuk terus menyajikan cerita-cerita menarik kepada para pengunjung. Hanis merupakan salah seorang blogger dari Malaysia yang bersaing dengan blogger Filipina, Thailand dan Singapura. "Mungkin masih belum ada rezeki untuk saya raih anugerah sebegini. Saya akui, saingannya sangat sengit memandangkan peserta dari Singapura merupakan selebriti blogger yang dikenali ramai.


"Saya masih lagi mentah dan perlu banyak belajar. Nama pun belum dikenali ramai," jelasnya yang juga seorang peragawati sambilan. More on the news, here.




Listed in InTrend fashion & lifestyle magazine:
Top 50 Malaysian Best Blogs 2010.





Big thanks to the awesome media teams
that have featured me in their publication.
2010. All photos here are of own collection hee :)