Pages

Tuesday, March 24, 2009

Easy Feng Shui Tips, Take It Or Leave It

Feng Shui. Sebenarnya, cara kita melihat Feng Shui yang menjadikan ia sahih atau tidak. (Okay kenapa bahasa skema macam kat belog Model 80an sekarang). Contohnya, satu tip Feng Shui yang saya selalu amalkan, jangan tidur di depan pintu. Tip ini bukan dicipta sesuka hati, tapi asas Feng Shui adalah tenaga dan alam. Kiranya, the way I see it, kalau kita tidur depan pintu, bila orang buka tutup pintu waktu kita tidur, kan terganggu tidur kita? Seterusnya will result in lack of sleep which will then lead to crankiness. Atau dalam Bahasa Melayunya, bila tidur terganggu, tidur menjadi kurang lena dan bangun pagi kita akan berperangai tua yang kuat merungut dan sering sakit lutut dan kuat membebel sambil muka berkerut sepanjang hari macam masa Spongebob keluar dari Bikini Bottom pergi darat, lepas tuh muka tak kena air jadi tua. Betul tak konsep Feng Shui kat sini? Tenaga dan alam. Dan bila kita tidur tak lena, tenaga pun kurang. Dan bila tenaga kurang, kerja pun tak produktif, maka semua rakan sekerja benci tambahan pula muka tua yang kita bawa ke office/sekolah/KULIAH adalah sangat annoying sampai kawan-kawan rasa macam nak hadiahkan SK II masa birthday (eh ini bagus ini!).


Lagi satu tip Feng Shui yang saya tahu ialah, jangan letak katil di tengah-tengah bilik, kiranya, tidak disandarkan ke dinding lah, sebab menurut buku Feng Shui yang saya baca, nanti tenaga tidak akan stabil sebab dinding memberikan kestabilan etc. Maksud kat sini ialah, bila kita tidur, kita mesti nak membelakangi dinding supaya kita rasa selesa, sebab kita tahu hantu jembalang perempuan anggap batu nisan sebagai bayi semua takkan muncul kat belakang sebab ada dinding. Tapi kalau kita letak katil tengah-tengah alam, kan ke tidur kita tak lena, pelbagai jenis spekulasi-spekulasi bermain di minda? Jadi memang tidur dan kepentingan tidur amat ditekankan dalam konsep Feng Shui. Pikir-pikir kan lah. Yang bantal dah leper-leper takde struktur, kalau angkat boleh layu tuh, tukar lah segera kepada bantal yang baik untuk leher anda, yang penting sekali, baik untuk tidur anda.


Feng Shui juga sering menekankan konsep warna. Kalau dalam Feng Shui, pemakaian warna-warna ceria adalah amat digalakkan, terutama warna merah. Warna merah dianggap sebagai warna yang menguntungkan. Kenapa? Sebenarnya, ini semua berkaitan dengan psikologi minda. Warna merah ini adalah warna yang garang, galak dan lain daripada yang lain. Ingat senang ke orang nak pakai warna merah? Orang yang memakai warna merah dianggap sebagai berani dan yakin diri. Kalau nak ambil orang bekerja, nak tak ambil orang yang berani dan yakin diri? Haaaa. Jeng3. Sekarang pula, fikir kenapa orang-orang emo dan gothic, bergerak secara pasif dan bermata kuyu dan suka letak caption suicidal seperti "My bleeding heart" "Tonight is suicide" "I stabbed my cat yesterday" etc, dekat Myspace? Sebab tenaga yang ada dalam warna hitam, kan diorang suka sangat warna hitam. INI CONTOH JELAH JANGAN LAH PERGI BUANG SEMUA BAJU HITAM HABIS NAK SILAT TAKDE BAJU DAH.


Sebenarnya Hamis Jalikha ada pengalaman nak dikaitkan dengan Feng Shui nih. Hehehe. Dalam Feng Shui, apa-apa barang yang mempunyai tenaga yang buruk dianggap malang. Sebab itu orang Cina jarang membeli rumah lelongan bank, sebab rumah yang bank lelong bermakna, tuan empunya sebelum itu, tidak mampu bayar atau apa-apa malang lah yang menimpa sehingga menyebabkan pelelongan. Makanya, barang-barang secondhand, harus diteliti dahulu sejarah pemilikkannya sebelum dibeli bagi mengelakkan tenaga yang buruk untuk sampai kepada kita, kononnya. Tapi Daddy mana tahu semua ini. Dia kalau tahu pun dia tidak kisah haha.


Cerita bermula bila Daddy ber-bos-kan seorang cina kaya mendapat projek yang agak besar. Dijanjikan sejumlah wang yang banyak andai kata Daddy berjaya melaksanakan projek tersebut. Tapi Daddy mengidam benda lain. Daddy mengidam kereta Jaguar bos dia yang tersadai dalam garage buruk entah berapa tahun tah, memang tak boleh start dah memang tak digunakan. Bos dia pun macam, OKAY YOU DAPAT BUAT PROJEK INI, I BAGI YOU ITU JAGUAR DENGAN HARGA YANG MURAH. Wah bersemangat Daddy cari client untuk projek besarnya itu. Akhirnya, dengan kebijaksanaan Daddy yang dikagumi ramai, Jaguar tua buruk tak boleh nak start yang dijanjikan itu pun menjadi miliknya bersama sejumlah wang yang besar.


WAH APA LAGI DADDY TERUS MAKE OVER JAGUAR ITU DENGAN WANG TERSEBUT SEHINGGA KALAU PENGACARA PIMP MY RIDE TENGOK PUN DIA PASTI BERASA BANGGA WALAUPUN DALAM BONET JAGUAR DADDY TAKDE PEMBUAT GULA-GULA KAPAS ATAU SPEAKER SEBESAR KUALI ATAU MESIN PENGGILAP BOLA BOWLING ATAU ATAU OKAY DAH.


Jaguar tua buruk bertukar wajah menjadi JAGUAR SOVEREIGN HANDSOME PEWIT PEWIT.


Yang lawaknya, mula-mula kami satu keluarga poyo gila seperti "Okay Jaguar ini takleh guna selalu, nak pergi buffet hotel boleh lah bawa" hahahaha dan "Kena jaga elok-elok takyah travel jarak jauh" hahahahaha. Hmph lepas tuh, Hanis pergi sekolah balik sekolah pun naik Jaguar, poyo gila je, pergi hotel je boleh haha. Sumpah bangga kembang kempis hidung bila tunggu Daddy kat pintu gate sekolah, dari jauh dah nampak Si Kacak Sovereign kemudian kawan-kawan semua "HANIS HANIS BAPAK KAU DAH SAMPAI" kemudian Hanis yang poyo "Eh ye ke?" CEH CEH CEH PADAHAL 2BATU SEBELUM ITU DAH NAMPAK DAH SENGAJA BERLAGAK TIDAK JAKUN TERHADAP JAGUAR KEPUNYAAN BAPA. Lepas tuh yang lebih poyo, mama ngan daddy nak melawat kakak Liana kat MATRIK CHANGLUN KEDAH pun naik Jaguar haha comel gila macam dua pasangan orang tua lama naik kereta lama hahaha kata je tak boleh jarak jauh, ha hambek kau sampai nak dekat sempadan Thailand terus. Memories memories. SILA KIRA JUMLAH PERKATAAN POYO DALAM PERENGGAN INI.


Tapi downside kereta klasik ialah maintenance maintenance maintenance! Memang sebulan Daddy habis more than a bloody 30 thousand Ringgit Malaysia on that bloody Sovereign that is bloody old. Haha asal cranky sekarang. Then our restaurant business starts to collapse. Then ada family member yang jatuh sakit. Banyak lah kejadian malang selepas itu. Kewangan pun semakin ketat. Naik Jaguar balik sekolah pun dah tak best bila pintu Jaguar tak boleh buka, degil sungguh, so kena duduk belakang, haha dengan Daddy sedaya upaya buat muka paling seksi sekali supaya tak macam drebar haha DADDY COMEL! Then bila terbaca buku Feng Shui yang pasal secondhand item and bad energy, semua benda makes sense. No wonder, such handsome Jaguar dibiarkan tersadai di dalam garage buruk oleh bos Daddy, no wonder dia senang-senang let it go. Sebab Jaguar itu barangkali telah memberi bad luck kepadanya.


Sehingga hari ini, kami masih perlahan-lahan bangkit dari kejatuhan kewangan suatu ketika dulu, TAPI APA TIBA-TIBA KEGAWATAN EKONOMI PULA TAK BEST LAH MACAM NI NAJIB. Daddy pun jual Jaguar itu kepada Uncle Rafael. Kemudian, bukan nak percaya Feng Shui lah, ini semua ketentuan Allah, selepas beberapa bulan Uncle Rafael beli Jaguar Handsome itu, dia jatuh sakit, terlantar di hospital. Something to do with his veins and arteries and it went on for quite sometimes. So yeah, itulah pengalaman hidup saya yang banyak cabarannya. Kalau anda mahu, saya ada banyak tips Feng Shui yang boleh dikongsi, yang makes sense dan logical lah, bukan yang letak patung naga warna emas dekat pintu semua itu taknak lah sampai syirik. Tsk. Tapi tips-tips macam macam mana nak pilih persekitaran rumah yang baik. Kedudukan tingkap yang elok untuk bilik. Sharing is caring (haha nyampah gila bila kita beli McDonald tiba-tiba kawan datang kata sharing is caring djhfmcniwedjck haha).


I miss you, handsome. Daddy too, I'm sure.

46 comments:

  1. hye. i admire your writings like seriously, its impressive. u r one funny girl! thanks for the tips n thanks for the laughter :D

    ReplyDelete
  2. INI CONTOH JELAH JANGAN LAH PERGI BUANG SEMUA BAJU HITAM HABIS NAK SILAT TAKDE BAJU DAH.

    lawak dohh.guling2 bace belog nh~

    ReplyDelete
  3. chinese mmg percaya pasal badluck.
    kalau ada yang bunuh diri kat rumah dorg, dorg akan sedaya upaya serta merta jual rumah tu dgn tanggapan membawa badluck. actually apa yang dikatakan sebagai feng shui, kita mmg dah tahu logiknya cuma bila ada amalan mistik tu, cm x bagus. x dinafi ada logik disebalik amalan tu. hehe

    ReplyDelete
  4. Kalau kereta jaguar tu adalah robot macam transformer tu mesti dia sedih.

    Oh, i pernah dengar cerita pasal katil dan dinding ni. Orang cakap bila kita mimpi seram atau panik, contoh macam kena kejar jembalang @ anjing, mimpi accident ke etc. Kalau nampak dinding dalam mimpi tu, cepat-cepat lari ke arah dinding tu dan sentuh. Pasti terus tersedar - dengan tangan kat dinding juga.

    Misteri?

    ReplyDelete
  5. aik.. just now, still no commentator. i tought i am the one the first to comment. tiba-tiba bila hidung dah kembang kempis nak taip komen, dah ada dah dua tiga orang komen.huhuu.

    anyway, just want to say that jag is awesome.

    ReplyDelete
  6. u sure have gone through a lot while growing up. but I guess that's what make u the Hanis Zalikha that you are rite now. U should be thankful to that handsome Jaguar as it teaches u a lot about life :)

    ReplyDelete
  7. hanis hanis.. hamis hamis jalikha... guyu2 wae yer adik manis..hehhe (isk apa aku ngarut ni)...

    p/s : PA Model 80an pesan, link itu sudah putus (baca : broken) :D

    ReplyDelete
  8. wuuuuu

    i love the jaguar color la hanis

    ngancam habess

    ReplyDelete
  9. bagi saya, apa jua yang terjadi dalam hidup kita adalah ketentuan Ilahi. Apa yang perlu, lihat perkara yang terjadi dengan skop yang lebih luas. Bak pesanan org tua, setiap perkara ada hikmahnya. Yang penting kita berusaha dan terus usaha.

    Harap cik hanis selalu bahagia... :)

    ReplyDelete
  10. cakap pasal silat, aku nak bagitau kau adik aku ihsan masuk silat dekat sekolah menengah seafield. kau dah boleh bayangkan dia bersilat sekarang lepastu carik baju lama aku sebab konon konon masa first day AGM dah terus pakai baju silat supaya nanti semua orang amaze wtf kan. comel lah adik aku ni.

    ReplyDelete
  11. OH LUPA, TOLONG LAH LETAK KAN IKLAN NUFFNANG YANG TABUNG PEMBEDAHAN BUASIR DEKAT BLOG AKU BALIK SEMULAAAAA

    ReplyDelete
  12. Salam Hanis..
    ceritalah lagi fasal fung shui ni..yg logik boleh terima akal lah..minat nak tau..pasal susun atur meja makan dan meja kerja ker..

    Apapun pergantngan pada Allah amat penting,bukan pada yg lain..

    ReplyDelete
  13. hehhe..hantu jembalang tkleh blah btul..katil tepi dinding pon die dtg jgak.cube tgk jgn pndang belakang ;)

    ReplyDelete
  14. haha..mmg lawak bab baju silat tu. ekeke...

    nice entry, hanis. i loike!

    thanx for sharing.. ape slhnye sharing mcd jugak. haha

    ReplyDelete
  15. cerita pasal jaguar tu macam cerita christine lah..

    ReplyDelete
  16. serious..i suka tido depan pintu..n yes..lapan puluh kali tido terganggu..
    n aku menjadi badmood 24.7..asyik nak marah2..sampai bertanya dgn diri sendiri..'apesal aku ni'
    owh baru la tau..feng shui..thanks..

    ReplyDelete
  17. kamu funny!
    tapi cite kamu mmg menarik lor..

    hah!hanis zalikha jgn kembang kempis hidung plak!hehe

    ReplyDelete
  18. masih hidupkah Jag itu?
    sayanglah kalau dah terbengkalai balik..

    barang-barang antik ni ada soul..
    jangan dibuang..

    ReplyDelete
  19. woh.sebab kereta eh.
    tp perenggan akhir mmg ada point-jgn percaya sgt.

    ReplyDelete
  20. sile la buat post pasal feng shui~
    nak tahu kedudukan dirumah sendiri~ hihi~

    ReplyDelete
  21. "tidur di depan pintu" bagi orang cina ialah funeral. sebab mayat during funeral manghadap pintu... but in general pun memang tak brapa elok tido dekat ngan pintu.

    ReplyDelete
  22. hye hanis.. suka sgt ur writing.. njoy gle baca ur blog.. byk info2 penting.. i nak link ur blog 2 my page k.. so, njoy writing k.. :)

    ReplyDelete
  23. i heart u n ur blog....
    n i link urs...boleh?

    ReplyDelete
  24. i have an 1991 mercedes 190e yg di bawa dari US..

    memang best and bergaya bwk, but like any other european car, memang mantanence tinggi giler..

    ReplyDelete
  25. jangan ada rumah di hujung simpang, nanti ada lori masuk rumah kamu.

    mak saya yang cakap.

    ow jaguar feveret saya.. berapa hinggit dady awak jual?

    ReplyDelete
  26. hahah...dah jadi model a.k.a. feng shui guru plak...anyway,anything happen for a reason.feng shui actually sama jer dgn kita baca horoscope...its like general action and effect,mcm yg u tulis psl tido dpn pintu.kalo beli umah ngadap bukit,of cos umah tu panas sbb xde angin.and org yg dok dlm umah tu pon senang je panas ati.kalo beli keta 2nd hand,esp yg dh lama x pakai,of cos u kena expect mcm2 prob,e.g engine dh karat,pintu ketat etc

    anyway,rajin2 la hang tulis kt belog ni!

    ReplyDelete
  27. hey.
    i adore ur blog,like a lot,coz its so funny smpi terguling2 ketawa and its very insightful,very everday kinda life kind.
    thanks for entertaining!:D

    ReplyDelete
  28. adoyai..
    dahsyat betul jag kamu tuh.
    ber...pe orang kata AURA.

    ReplyDelete
  29. i think feng shui is juz pure crap.
    however i do believe that certain objects, given its history, can bring bad luck to the owner.

    i would interpret the financial crisis differently. maybe the business opportunity offered by the chinese man wasnt good?

    28:76 (Malay) "Sesungguhnya Karun adalah termasuk kaum Musa, maka ia berlaku aniaya terhadap mereka, dan Kami telah menganugerahkan kepadanya perbendaharaan harta yang kunci-kuncinya sungguh berat dipikul oleh sejumlah orang yang kuat-kuat. (Ingatlah) ketika kaumnya berkata kepadanya: ""Janganlah kamu terlalu bangga; sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang terlalu membanggakan diri""."

    and the crisis suffered was a way to cleansed it.

    bout 40 years ago, my dad was the first malay teen to own a sports car. at that time, everyone else was dating with their bicycle. heh my late grandpa had to ask for tun hussein's help juz to get the car into malaysia.

    the thing is, the business dealing that brought us wealth may not be entirely good in term of its purity. so everything collapsed.

    the way i see it, better to be reprimanded here rather than later.

    ReplyDelete
  30. Haha seriesly Hanis?
    Mungkin boleh masuk Keliwon cerita ini.
    Sila hantar ke TV 3.

    ReplyDelete
  31. Hi Hanis !
    I really adore u :D
    Adik Hanis mmg sgt2 manis,adorable+gorgeouslah sesangat !
    Pls update your blog as frequent as u can because I can wait to read whatever u write,it's HILARIOUS !!!

    ReplyDelete
  32. i beat u can be like Lilian Too in the future...

    ReplyDelete
  33. haha,,,
    u are so sweet darl,,,
    seriously,,,
    u make me laugh with your writing,,,
    and you make me impress,,
    hahaha,,,,

    ReplyDelete
  34. hanis,just curious,

    u pakai SK II ke?
    and what course r u taking?

    ReplyDelete
  35. you make me laugh yet again girl! i heart your writing...

    ReplyDelete
  36. hehehe..nice story pasal Jaguar cabuk tu..

    ReplyDelete
  37. nak mintak toong bleh?....nak tanye je...camane nak train kucing supaya menggunakan litter box drpd melepaskan hajat merata rata....maaf xde kaitan ngan entri...saje tanye sbb I know you have cats at home....

    ReplyDelete
  38. giv some more tips, like tuition class here

    ReplyDelete
  39. Lerr. Hanis.. kalo beli baju bundle cemana pulak?

    padanla sial berat badan tak turun2 sejak thn 2000 hahahahaha...

    ReplyDelete
  40. nak tips feng shui utk meja ofis boleh?..email me alexnonong@hotmail.com

    ReplyDelete

No proper ID, no proper comment, down you go the freaking spam drain. Receiving happy vibes!