Pages

Tuesday, March 31, 2009

Rahsia tahi lalat di muka yang anda nak tahu sangat


Selalu curious kan nak tahu macam mana penilik nasib suka-suka hati predict future pelanggan? Kadang-kadang dia tengok tahi lalat dan kedudukannya. Dia bukannya tilik nasib pun, dia tengok personaliti kita berdasarkan kedudukan tahi lalat, kemudian terus bayangkan future macam mana yang kita akan tempuhi mengikut personaliti kita. Contohnya orang malas, mungkin akan jatuh miskin atau orang yang degil akan selalu bergaduh dengan suami etc. Ek eleh itu I pun boleh buat. TUNJUK TAHI LALAT DI BADAN ANDA DAN I AKAN PREDICT YOU NI SEKSI KE TAK. Hehehe *gelak malu*.


Okay-okay teruskan dengan maksud tahi lalat di muka mengikut pandangan orang cina. Ada yang ridiculously specific maka saya malas nak bagitahu sebab nanti ada yang eh dosa ini semua tahyul etc. Maka saya akan pilih maksud2 yang general dan berkaitan dengan personaliti sahaja. YANG TAHI LALAT KAT BAWAH BIBIR BERMAKSUD SATU HARI AKAN MATI KERACUNAN MAKANAN SEMUA I TAK INCLUDE SEKALI TAU. Okay kita mulakan.




Kalau orang muka takde tahi lalat, takde personaliti ke?! T_T



CUBA PEREMPUAN INIH PERGI KAT PENILIK NASIB TENGOK DIA NAK PREDICT MACAM MANA. HAHA.


Okay okay fokus. Hish Hanis nih dari tadi main-main.

Tahi lalat di tengah dahi: Macam yang orang Melayu percaya, kalau ada dua pusar di kepala, orangnya degil. The same applies to tahi lalat di tengah dahi. Orangnya degil juga. Tengah dahi je tau. Yang sipi-sipi dahi tuh takyah nak emo.

Tahi lalat di antara dua kening (bahagian nande'): Orang yang selalu tak berfikir bila ambil tindakan. Susah nak hidup bersama orang sebegini.

Tahi lalat atas kening: Susah nak berjaya secara kewangan kerana cara dia dibesarkan. INI TAKYAH PERCAYA. SUKA-SUKA HATI JE NAK CAKAP MACAM TUH. Kan boleh usaha dan tawakal :)

Tahi lalat tepi mata (ekor mata): Gentleman! Lemah-lembut dan dahulukan perempuan. Dan seksi. Dan dan. Okay ya Hanis semua tahu tahi lalat tepi mata seksi jangan nak gatal sangat.

Tahi lalat di kening (dalam kening, celah-celah bulu kening): Pandai, bijak dan artistik. Bertuah dalam soal kewangan. OKAY SEMUA CHECK BULU KENING MASING-MASING SEKARANG.

Tahi lalat di hidung: Tak kira di mana part of hidung pun, selalunya maksud tak berapa nak elok. Tapi sebab bukan boleh percaya sangat benda ini pun, so malas nak elaborate.

Tahi lalat di dagu: Sentiasa bergerak. Aktif.

Tahi lalat di bawah mata: Selalu risau tentang anak-anak. Hmm nak kena check nih, nenek ada tahi lalat bawah mata ke tak.

Tahi lalat di telinga: Berpendidikan, berakhlak mulia dan sangat bagus. Macam susah je kalau nak check semua calon isteri ada tahi lalat di telinga ke tak.


Rahsia dan maksud tahi lalat yang kelakar dan tak masuk akal. Haha mulanya taknak sertakan sekali. Tapi sangat tempting tahu!



Tahi lalat di bawah bibir/bawah mulut: Akan mati keracunan makanan. Baik korang makan kat rumah mulai sekarang. Order McDonald Delivery tak termasuk dalam 'makan kat rumah' eh.

Tahi lalat di antara mata dan kening atau kelopak mata: Selalu bergaduh dengan ahli keluarga. Bernasib malang dengan kewangan.

Tahi lalat di atas mulut (bahagian misai, tengah-tengah): Tidak akan dapat ramai anak lelaki atau menantu lelaki.

Tahi lalat di tepi bibir: Kalau seronok berpesta sangat, akan ditimpa malang. HA TAKOT TAKOT TAKOT.

Tahi lalat di garis anak rambut (hujung2 dahi): Harus berhati-hati apabila mengembara ke luar negara. Yang nak jadi pramugari pramugara pilot jadah tuh semua, delete application sekarang.

Tahi lalat di antara hidung dan mulut, tetapi sebelah kiri atau kanan, bukan tengah: Akan mempunyai masalah kaki dan harus berhati-hati selalu supaya tidak lemas. Jangan hantar anak anda pergi berenang dengan orang ini.

ALRIGHT THATS ALL FOR TODAY. HOPE YOU WONT TAKE THIS SERIOUSLY AND WENT ALL OUT IN SEARCHING FOR FUTURE PARTNER BASED SOLELY ON THEIR MOLE.

Itu dia tadi, maksud tahi lalat di muka. Mungkin di entri akan datang saya akan membebel tentang tahi lalat di badan pula (tengoklah sambutannya). Tapi tahi lalat di badan yang bahagian depan biasanya membawa maksud baik, tuah dan bagus. Di bahagian belakang badan pula sebaliknya.



Hehe bagus-bagus.

53 comments:

  1. my tahi lalat in a place where the light never shine

    does that mean i shit gold?

    HA HA

    ReplyDelete
  2. weih..di tepi dahi yg x rasa emo sngt itu mahu tahu..aperkah rahsianye..hehe..dan juga di pipi montel..

    ReplyDelete
  3. wah...bestnye...sila teruskan dengan tahi lalat di bahagian2 yang lain.

    ReplyDelete
  4. haha kalau tahi lalat di bontot macam mana? LOL

    ReplyDelete
  5. wah2 hanis..tahi lalat yg tu samala kita! sy pn ada btl2 kat tmpt tu, cuma letak kat sblh kanan la. hehe

    ReplyDelete
  6. Tahi lalat di kening = pandai bijak dan artistik

    yeaaayyy!!!

    ReplyDelete
  7. hanis sapa ada taik lalat kat leher means pengasih dan penyayang. aku ada satu. tapi aku tengok ko cam ada 2-3 bijik jer.

    p/s: ko mengingatkan aku pada Zetty Zaihasra :) (2001-2004), dia dok Intan dulu. try tanya sapa2 kenal 'siapa minah Zetty bagai nih..'

    ReplyDelete
  8. Hanis... nuffnang bayar u jgn lupa belanja saya.. sebab saya suka baca blog awak nih!! hehe *gurau saja ok.

    anyway... nice post!

    ReplyDelete
  9. haiih...taik lalat kita yg dekat celah2 kening tu...pandai,bijak dan artistik. yeah, bertuah dalam soal kewangan ces padahal selalu je duit job mekap abis camtu jer...hahahaha...

    ReplyDelete
  10. i punya kat bawah mata.

    apa. anak sorang pun takde lagi.

    pentipu. pulangkan balik wang saya!

    ReplyDelete
  11. tahi lalat ku di dalam kening~~betul ke bertuah pasal duit?insyaallah~~hehe

    ReplyDelete
  12. aku harap eskandar baca ini. dan bagaimana kita stalk dia sampai tahu bilangan tahi lalat di muka dia ada sebelas. sebab tu jersi bola tampar aku sebelas. nampak tak kaitan gatal di situ? gatal kan.

    ReplyDelete
  13. err...
    saya ada banyak tahi lalat di muka...
    banyak sgt smpi dh tak tahu berapa...
    hahaha...
    (over la tu )

    ReplyDelete
  14. ak tak pcayalah..

    aku ade tahi lalat kat hidung, atas mulut, kat telinga, bawah mata, hujung dahi@dekat rambut...

    aku juga ade due pusar, dan tahi lalat di tengah dahi..

    aku tak percaya! degil aku ni...

    nasib baik smua tahi lalat aku kecil belaka

    ReplyDelete
  15. terima kasih lalat kerana melawaskan isi perut anda di dagu dan celah kening dan di ekor mata dan di merata muka saya..

    ye.. saya ada iras seripahaini.

    ReplyDelete
  16. nasib baik lalat tak pernah berak di atas muka saya..haha! oh pembersihnya saya. haha!

    ReplyDelete
  17. kalau tahi lalat di bibir mata? huuuu **tak tau apakah pekataan yg sesuai**

    er... mksudnya tmpt yg pakai eyeliner tu? adakah akan mati tertusuk pensil eyeliner,hanis? mungkin akan mati ketika kerlipan mata yg ke-8375639826591771098047569657273 puluh juta kali?

    ahh kenapa mesti kaitkan dgn mati, mungkin ianya sebuah keseksian yg sejati, siapa tau....

    ReplyDelete
  18. hahahaha. bagus ni. akiss kt muka je ada lebih 10 tahi lalat taw x. haha..kdg rase semak pon ade heheh

    ReplyDelete
  19. alamak akak ada tahi lalat kat tepi bibir...hahahaha

    ReplyDelete
  20. okies hanis sila teruskan dengan entri ketuat pula lain kali..
    hehehhehe!!

    ReplyDelete
  21. taik lalat di bawah sanggul (atas sikit daghi tengkok / bawah sikit daghi anak rambut belakang, pompuan tu bawa rezeki... (Lekaih sughuh kawan belek)

    ReplyDelete
  22. i haf one sebijik mcm u kt gambar last tu. apakah maknanya???

    ReplyDelete
  23. kalu hujung kening..apa maksud

    n last sama ngan pix kat bawah skali..??

    ReplyDelete
  24. xya la carik isteri tahik lalat kt tlinge
    aku da ade neh
    hahaha
    ;D

    ReplyDelete
  25. salam kenal dari akak dik....si comel empunya blog...

    klu tahi lalat kat ujung idung lak...hish memacam kan....

    ReplyDelete
  26. salam kenal dari akak dik....si comel empunya blog...

    klu tahi lalat kat ujung idung lak...hish memacam kan....

    ReplyDelete
  27. cute je. tapi kalau ada banyak tahi lalat pun tak best jugak.

    btw, personaliti kan kita yang bentuk.

    menarik la info kamu ni hanis.

    suka2. heee.

    tahi lalat saya banyak kat kaki.

    hm2. mak saya cakap berjalan jauh (traveller's mole). ahax.

    bye hanis~~

    ReplyDelete
  28. aku ade tahi lalat dekat ketiak dengan atas kemaluan. ape personaliti die? hahaha.

    ReplyDelete
  29. baru perAsan muka hanis ada iras2 ekin mawi

    ReplyDelete
  30. Salam Kak Hanis...
    Akak Artis kew?
    Nape Daus x penah nampak akak Kat TV?

    http://daus.via.my

    ReplyDelete
  31. Takut aku nak makan luar sbb ada taik lalat di bibir. Haha.

    ReplyDelete
  32. oooh...i nye mole mcm hanis nye..bwh leher..tp kat kanan..!!

    ReplyDelete
  33. dua pusar di kepala degil ka?

    degil kah daku ni?! (ok mungkin sedikit.takpun banyak)

    ehehe nnti hanis buat pasal tahi lalat kat badan pulak eh.tambah2 yang sama tempat ngn kat gambar hanis tu.(kita sama tempat. :D)


    :)

    ReplyDelete
  34. wah seriusly kita punya tahi lalat di tempat yg sama..adakah ini jodoh? hehehe.. just joking..anyway i'm a new blogger and hope i can learn lot of stuff from u. ececececehhh...hhehehe

    ReplyDelete
  35. kalau kat bahu?

    byk tanggungjawab kn?

    ReplyDelete
  36. hai nasib la kena tahi si lalat, kalo la si langau yg berak mesti besar giler bertepek kat dpn muka huhu...

    ReplyDelete
  37. hai nasib la kena tahi si lalat, kalo la si langau yg berak mesti besar giler bertepek kat dpn muka huhu...

    ReplyDelete
  38. hai nasib la kena tahi si lalat, kalo la si langau yg berak mesti besar giler bertepek kat dpn muka huhu...

    ReplyDelete
  39. heee.comei n klaka~

    ReplyDelete
  40. betul ke semua ni.... cam pelik jer....

    ReplyDelete
  41. BETUL KE SEMUA NI? CAM PELIK JER..

    ReplyDelete
  42. tempat tahi lalat hanis tu same dengan kite lah

    ReplyDelete
  43. kawan alisya kata kalau tahi lalat kat pipi....dah besar dia cantik

    ReplyDelete
  44. Erk..samalah lokasi tahi lalat kita tu Hanis, kat depan tepi leher..seksi wooo..hehe..

    ReplyDelete
  45. rentikanlah percaya pd perkara nih...khurafat nih..cuba chek lek

    ReplyDelete
  46. amalan khurafat nih...jauhilah..cuba chek lek

    ReplyDelete

No proper ID, no proper comment, down you go the freaking spam drain. Receiving happy vibes!