Kulit yang cantik menjadi idaman kalbu setiap makhluk. Sebab itu dari kecil, ibu bapa akan pakaikan anak lotion berbotol-botol sebab kulit anak sangat cantik, maka mereka nak jaga dan harap ia akan kekal begitu selamanya. Tapi bila dah besar sikit, start main panas kat luar tak peduli terik mentari. Terus kulit gelap. Orang kata jangan basuh muka waktu berpeluh, basuh juga. Terus kulit berpanau. Orang kata jangan basuh muka untuk dapatkan panau banyak-banyak satu muka supaya putih seluruh wajah, degil. Terus kulit dapat 3 panau.
Bila dah besar sikit, konon ada kesedaran, tapi lepas mandi sapu losyen kat muka sahaja. Bila ambil gambar, tengok muka putih leher hitam, terus delete. Bila pergi mandi-manda laut duduk tepi pantai konon nak dapat sun-kissed tan macam artis Hollywood lalu tidak mahu pakai sunblock, terus kulit hitam legam dah boleh audition watak dalam God Must Be Crazy. Dah dewasa ingatkan dah tengok semua iklan pencerah wajah, kalau tak putih tak menang award, ingatkan dah sedar akan kepentingan penjagaan kulit, tapi pergi kuliah wah jalan bawah panas terik takde nak cover-cover muka dengan buku. Bawa payung ke kelas apatah lagi, memang takkan jadi reality sebab takut budak lelaki ejek gelabah ke hulu ke hilir pakai payung. Padahal lelaki-lelaki itu semua adalah lelaki yang sama yang mencari awek berdasarkan keputihan kulit.
Kenapa malas nak jaga kulit? Tak paham betullah. Ini bukan pasal warna kulit dah ni, tapi kesihatan dan rupa kulit anda. Kalau licin berseri kan molek, tak kisah warna apa. Tapi berapa ramai je yang sebelum tidur sapu losyen satu badan sampai wangi satu katil? Kenapa kita kena sapu losyen, nak tahu? Sebab nanti kering, lagi-lagi zaman sekarang air cond satu rumah 8 bijik, air cond tempat kerja 17 bijik, memang mengeringkan kulit. Bila kulit kering cepat tua ha ha padan muka. BARU TERBACA DALAM MAGAZINE: Kalau secara tiba-tiba anda terperasan kulit mempunyai tahi lalat baru yang aneh, sila jumpa doktor untuk check sebab itu salah satu tanda kanser kulit.
Sekarang rasa nak lumur losyen satu badan ke tak? Pemakanan pun tak jaga, langsung tak menyumbang kepada kesihatan kulit. Yang dah kahwin pulak, kan elok lumur losyen wangi-wangi untuk suami, cantik-cantik untuk suami. Suami tak kahwin dengan muka anda, dia kahwin dengan satu badan anda, kenapa limit letak moisturizer kat muka je? Tak puas hati betullah jadi suami kalau cmni.
Tangkap guna talipon bimbit waktu nak pergi event Vaseline dekat Villa Manja. First time pergi event rambut basah. Kau pandai cakap orang malas jaga kulit, kau dah nak keluar pergi majlis baru bangun mandi cuci rambut.
Event Vaseline yang saya pergi adalah pelancaran rangkaian produk ‘Kulit Yang Mengagumkan, Vaseline’. Ada 4 jenis body lotions:
“Total Moisture menjamin sepuluh kali lebih pelembapan dan perlindungan, yang dirumus khas untuk kulit kering. Diperkaya dengan vitamin E, soya dan oat.
Intensive Rescue mengandungi Gliserin, dengan tiga kali lebih lembapan dan Oklusif, yang membantu mengunci kelembapan sepanjang hari. Formula dipertingkatkan ini dirumus khas untuk memberi kelembapan yang berkesan membantu memulihkan kulit kering.
Aloe Cool and Fresh diperkaya dengan ekstrak aloe vera dan timun untuk memberi penghidratan yang menyegarkan. Formulanya yang ringan memastikan kulit sihat, lembut dan selicin sutera.
Healthy White mengandungi serum yogurt dan vitamin B3 dengan tiga kali perlindungan tabir suria untuk menyihatkan, menghidratkan dan mencerahkan kulit, menjadikannya berseri secara semula jadi. “
Door gift best oh. Sekarang saya sedang lumur Healthy White (warna pink) dan baunya sungguh mengasyikkan.
“Rangkaian produk Kulit Yang Mengagumkan Vaseline menawarkan lembapan yang tahan lama dan memastikan kulit sihat dan dilindungi selama 24 jam. Ia boleh didapati di semua kedai farmasi dan pasar raya pada harga RM3.90, RM13.00, RM18.10 untuk saiz pek 120ml, 250ml dan 400ml”.
SEKIAN, JAGALAH KULIT ANDA SEBELUM TERLAMBAT.
dni suka vaselin!
ReplyDeletelosyen dia sangat best... kulit rasa lembap sepanjang masa...
pastu [elembap bibir dia pun best!
suka semuanya ;)
i pun gune gak vaseline..
ReplyDelete( tetibe ade kesedaran nak jage kulit mcm u.. )
saya pun pakai vaseline jugak, yg kaler pink healthy white.. sedap je pakai nk tido malam2... =))
ReplyDeletememang sekarang pakai lotion ni..
ReplyDeleteade 1 yang kuning botol paling besar kat rumah
ade 1 yang kuning botol kecik kat ofis
ade 1 yang pink botol kecik dalam kete.. huhuhuuu~
bleh sapu kat muka ke hanis?
ReplyDeletemy favourite warna kuning..mmg kulit terasa lmbut sangat....byk terdedah panas kena jaga....terdedah byk aircorn pun kena sapu losyen jugak
ReplyDeletewahhh vaseline ada lotion gak ekkk...hanis pakai ni ekkk kulit jadi mulus? :-D akak pakai lip balm dia ja. nak try gak lah losennya! sure lepas ni hubby dok berkepit ja ngn akak! muahahahahahhaha
ReplyDeletehttp://twinkywinkystars.blogspot.com
hahaha..kan dah kena bebel dengan hamis jalikha..
ReplyDeletent akan lumur satu badan..;)
ReplyDeletedoor gift tu terbaik! :)
ReplyDeletesaya lelaki boleh pakaikan ? ;D
ReplyDeleteala,i guna baby johnson jerk...xley ke????
ReplyDeleteowhh saya pakai vaseline yg botol kuning tuh!! hehe
ReplyDeletewah.. door gift gedabak tu?
ReplyDeleteuntung besar la mcm ni.. :p
pelembap bibir vaselin the best
skrg pakai losyen nivea, nk try la vaselin ni... hehe
ReplyDeletesaya pakai yg hijau...kalau beli losyen mesti tahan 1 tahun.sebab pakai bile teringat jeh
ReplyDeletengeh3
lotion vaselin yg wane hijau mmg sgat best :)
ReplyDeleteSaya pakai strawberry shortcake lumur 1 badan sebelum tido...sangat best dan menyamankan...
ReplyDeleteVaselin pernah cuba yang kunin tapi tak sedap huhu nanti sy try yg pink okay....
jgn lupe....petrolium gel die yg baik utk bibir sebelum tido~
^_^
I always have the Vaseline's Total Moisture with me. Everywhere I go. :)
ReplyDeletemmg lotion ni ja yg dicari wat stok utk satu sem. :)
ReplyDeleteyea
ReplyDeletei pown guna vaseline
total moisture. but, jarang2 apply
bila terasa nak pakai baru pakai
but saya harus pakai losyen lepas basuh baju
sbb takut tgn kasar -__-"
ak berasa pelik apabila housemate ak menghabiskan berjam2 dalam bilik air utk memakai pencuci muka....sebab ak x pki bende tu....hahaha
ReplyDeleteberseri2 la muka nanti kan..
ReplyDeleteFDI Malaysia Catatkan Penurunan ?
wow promosi yang sangat ceronok utk dibace ! :D
ReplyDeletesalu guna vaseline. tp nape rase mcm dia a lil too oily ea? xsesuai ke?
ReplyDeleteHanis ni, iklan punya post pon dia pandai reka kasik sempoi and menarik. im adoring you =).. muah!
ReplyDeletedulu2 suka vaselin sekarang dah lama tak pakai...betula hanis suami kawen satu badan kan bukan muka je...hehe
ReplyDeletehanis tak pakai lotion pun dah lawa...
ReplyDeletewah pandai nye wat putar belit ayat untuk perli orang.. hehe suka suka..
ReplyDeletemenarik ar , tibe2 tersuka ngn losyen.
erm, nt balik msia nk beli ar. erm, kene gune 4 4 losyen vaseline ni ke??
ade step x ??
besh dapt gift free,,nak gak
ReplyDeletevaseline mmg da bst,
bau amat mengasyikkan
ari tu bli yg mix aloe vera
cpat kering,menyerap in skin trus..
shuke2 gune..oh malam yg damai..
erk...tapi kalau lelaki dah over sgt nnti dh jadi metroseksual plak..
ReplyDeleteada perempuan yang geliii
jenguk2 lah blog saya k;)
http://amarhaziq-ceritasaya.blogspot.com/
wah, perempuan je ke..laki pon kn jg kulit gk lol..heheheh
ReplyDeleteyeay! saya mmg pakai vaseline! yang kaler pink tu, sama cam hanis pakai. heeee~ :P
ReplyDeleteTinggal kat oversea kena lumur lotion satu badan tiap2 hari sebab cuaca di sini kering. Tak seperti di Malaysia, 'panas dan lembap' high humidity. Saya belajar dari kengkawan mat saleh kat sini supaya sapu lotion pada badan sebaik-baiknya selepas mandi sebab masa tu kulit masih lembap. So lotion akan 'seal' kelembapan kulit. Kalau kulit berminyak, gunalah lotion yg 'light', easily absorb, non-greasy feeling. Thanks Hanis on your cute advise! ;-)
ReplyDeleteyg kaler ijo tu pun wangi jugek.. aloe bera kan ijo tu... penah bau2 kat kedai je.. last2 i pilih nivea.. ngehehe.. takpe2 abis sebotol ni i try vaseline plak...
ReplyDeleteFirst time jumpa Hanis masa kat event tu terkesima jap. Haha!
ReplyDeleteGod Must Be Crazy. hehe.. lucu seh cerita tu. last tgk masih di bangku sekolah. nak kena cari cerita ni semula :)
ReplyDeleteperempuan je ke boleh komen sini..? hahha.. nice entri.. =)
ReplyDeletehuhu...bes nyer..patutlah kulit kak hanis comel jep..hehe=)
ReplyDeletepadan lah skali pandang macam maggie Q. :)
ReplyDeletegadis losyen rupanya.
macam aku keja buruh, agak2 boleh tak cerah kalau jaga betul2?
ReplyDeletehah bagus, murah jugak lotion nih..
ReplyDeletekulit kaki pun mmg dah bercerakah mengalahkan bukit cerakah sri alam...haha
kulit u cantik u pakai vaseline ke hanis??
ReplyDeletekulit u chantik ni u pakai vaseline ke hanis?
ReplyDeletekulit u chantik ni u pakai vaseline ke hanis?
ReplyDeleteowh..patut la kulit hanis cantik..kalo lelaki pakai vaselin ni boleh jadi kacak tak?
ReplyDeletelol. God Must Be Crazy.
ReplyDeleteive watched that one.
hopefully, kulit takkan jadi segelap mereka.
yeahhhh i like =)
ReplyDeletebtul..soffya pn prefer jg kulit bdn dr kulit muka...
ReplyDeleteitu lg pntg..n mknn kesihatan kena amik selalu..:)
vaseline best tp kolej panas takde air-cond kalau pakai nanti berminyak la kak hanis...
ReplyDeleterase mcm ade tanda tahi lalat baru tu lah. alamak! kne jumpe doc! ke?
jom follow blog saya http://syikinpictography.blogspot.com/
ReplyDeletesalam kenal...
ReplyDeleteteruja plk dgn lotion ni..sblum ni pakai lip balm je..nnt nk try gak laa..thanx!!
Something wrong with the pricing.
ReplyDeleteHaritu pergi Watson, nak beli yang 250 ml, harga RM 11+ while 120 ml RM 3.51, which kalau beli 2 bottle baru RM 7.02 (240 ml). Beza 10 ml je tapi beza harga RM 4.
So girls out there, beli la 2 bottle kecik, save your money for makeup. Hehehe
OooOOoo. patut laa kak niss lawaa :O
ReplyDeletelepas ni hana nak gune veseline jugak laaa :D
*pengaruh kak nis kuat tu! thee hee :)
OooOOoo. patut laa kak niss lawaa :O
ReplyDeletelepas ni hana nak gune veseline jugak laaa :D
*pengaruh kak nis kuat tu! thee hee :)
OooOOoo. patut laa kak niss lawaa :O
ReplyDeletelepas ni hana nak gune veseline jugak laaa :D
*pengaruh kak nis kuat tu! thee hee :)
yes..i pun pakai vaseline..
ReplyDeletevaseline lotion & intensive care..best!
boleh juga penjagaan kulit dari dalam.. lebih menjamin kesihatan kulit.
ReplyDeletejom singgah
www.bio-asli.com/?id=anaisme
ramuan asli estrak semulajadi
tak bhya ke sapu losyen badan kat muka kita?
ReplyDelete