Pages

Friday, September 17, 2010

Menyambut Hari Raya

Hanya entri kontot untuk 'separuh hari beraya di rumah' event coverage. Dengan lafaz bismillah..

Kita makan. Hehehe taklah, dengan lafaz bismillah, kita mulakan entri ini, doa tak banyak merapu. Amin.


Wahai diari, bunyi gedegang di pintu bilik anak-anak memecah keheningan pagi Syawal tahun ini. Ayah kedengaran beriya-iya benar mengetuk pintu bagi mengejutkan sekalian anak yang tidur lambat maka bangun lambat dan hello it's 7.00 am you guys haven't Subuh yet, OPEN THE DOOR. Lol. Sesudah terjaga, mata sepet ciptaan Allah setiap satu kami digosok-gosok seperti terlupa itu adalah pagi Raya dan masih blur-blur otak tak center. Setelah tersedar, terus melompat dan beratur untuk mandi. Bukanlah bermakna tandas hanya ada dua sahaja di rumah ini, satu di dalam dan satu lagi di luar rumah maka semua beratur untuk mandi di tandas dalam. Tetapi memang menjadi kebiasaan adik-beradik kami menggunakan hak milik orang lain, jadinya tandas ibu bapa yang berbau wangi dan penuh dengan produk adalah pilihan hati dan sanubari.


Baju raya siap digosok telah bersusun di tepi papan seterika. Ironing board papan seterika kan? Ke meja seterika? Yang penting di situlah tempat tersusunnya ia malas nak cari translation ironing board. Sementara adik-adik kecil duduk melangut menunggu bilik air ibu bapa kosong, saya dan kakak sudah siap berwangi-wangian. Sementelaah itu, Ibu dan bibik di dapur sedang sibuk menyiapkan juadah terakhir, lodeh enak lemak berkrim disukai Hamis. Maaf kerana sungguh tiba-tiba memasukkan watak bibik tanpa pemberitahuan awal. Tapi anda patut dah boleh jangka sewaktu terserempak dengan ayat 'baju raya siap digosok bersusun di tepi papan seterika'. Kerana tanpa watak bibik, takde makna nak susun baju raya lepas gosok macam susun kat butik, sendiri nak pakai sendiri gosok, lepas gosok terus bawak masuk bilik, mandi siap. Tahun ini sungguh terasa kelainannya. Hahahaha. Okay berhenti gelak sekarang.


Hamis hanya mampu melihat kesibukan Ibu dan bibik kerana tak menang tangan dia mencedok ayam merah dan rendang untuk dijamah. Ketupat dipotong dua biji buat makan adik-adik sebelum ke Masjid. Semuanya bergerak laju mengejar masa. Hamis duduk di kerusi meja makan yang dekat dengan tangga sambil semangkuk besar berisi juadah berat Hari Raya di tangan. Siapa yang lalu bakal disuap. Yang paling banyak kali singgah untuk disuap pastilah Imran. Khairi yang sibuk menyusun kuih raya di dalam balang, dikunjungi kakaknya Hamis sekali sekala dan disua makanan ke mulut. Afdal kan makan sebelum solat Raya? Alisya dan Hafiiz berselang-seli mengunjungiku manakala Kekna awal-awal dah setel makan sebelum mandi lagi. Daddy menolak pelawaan untuk disuap, cover macho barangkali, mentang-mentang sudah siap bersampin bersongkok.



Kami pun tuju destinasi beramai-ramai. Walaupun belum puas makan, yang penting perut sudah teralas untuk menunaikan solat 2rakaat itu. 2rakaat je, ngada-ngada nak alas perut segala. Khutbah Raya tahun ini sedikit garang, takdelah saya cebik-cebik muka nak nangis macam tahun lepas *malu*. Adik-adik kelihatan teruja untuk pulang ke pangkuan juadah Raya.



Teruja. Setelah bersalaman bermaafan berpelukan berkasihan bersayangan berberi berduit berayaan, kami terlupa untuk mengambil family potrait -_-.



Juadah wajib setiap Raya, ketupat nasi, ayam merah, rendang daging, lodeh, kuah kacang semua hasil air tangan ibu. Gambar ini tak lengkap tanpa..



Model sekalian. TENGOK MUKA SORANG-SORANG POSING MACAM CATALOG SAMSUNG RAYA AIDILFITRI.



Sekian, begitulah separuh Hari Raya pertama saya, di waktu petang sibuk pula menerima tetamu. Bakal saya taip pula pengalaman beraya di rumah sekalian rakan taulan.

Selamat Hari Raya!
Raya molek-molek!

45 comments:

  1. raya kita lebih kurang sama saja, hanis.
    tapi kami banyak bergambar dari makan.
    mgkin parents dh kecil hati tunggu kami bergambar utk makan bersama.

    ReplyDelete
  2. wah2...
    sungguh seronok...
    happening betul...=)
    selamat hari raya hanis...

    ReplyDelete
  3. sedap-sedap juadah yang terhidang tu, hanis...

    terliur dni dibuatnya. nyumnyumm...


    kalolah dni boleh nelan makanan2 tu. gulppp...


    p/s:

    cepat update, hanis.. dni nak tengok baju raya. hehe

    ReplyDelete
  4. Ohohoho, itula trick dia habiskan makanan yang dia ambik banyak2! Suap orang ropenye..

    ReplyDelete
  5. enuLwanie: Ahah! Terbalik dengan kami :) Selamat Hari Raya!

    Aizat Shafiq: Happening sebab dengan satu keluarga :') Selamat Hari Raya!

    ardinihumaira: Sabar tahan nafsu makan :) Baju raya kiter yang hitam tu lah. Dah tunjuk before Raya haha.

    ReplyDelete
  6. kak hanis ! nak ketupat ngan rendang kak hanis buat .. hihihikk ~ =p

    ReplyDelete
  7. setiap kali baca entri hamis mesti senyum ;) slamat hari raya!

    ReplyDelete
  8. kesian bibik you tak balik raya.hari tu kan mereka di hantar beramai-ramai naik tongkang?hee.
    btw selamat hari raya maaf zahir batin

    ReplyDelete
  9. the girl who inside ur car is zana?

    ReplyDelete
  10. juadah raya yang banyak sama mcm mira kat rumah..smpai tak tahu nak makan yang mana dulu....heppy eid mubarak hanis!

    ReplyDelete
  11. Selamat ari raya Hanis & Family ..

    Tlg bagitau mak .. esok2 Kak Ela dtg, ambek kueh raya yg sedap dan molek tu. Hehe ..

    ReplyDelete
  12. 1st raye memang best .raye tak ingat dunia .heheh >_<

    ReplyDelete
  13. meriahnya makanan.
    ayam merah.
    woooo...terliur,

    ReplyDelete
  14. happy raya, hanis!! hv a blast one!! xD

    ReplyDelete
  15. hehehe...seronok baca kisah Hanis beraya!;p

    ReplyDelete
  16. btul lah..gambar family kat meja makan tu macam model iklan katalog hari raya! heheh..

    selamat hari raya hanis zalikha:)

    ReplyDelete
  17. mangkuk hidang di tepi sekali gambar itu sama dgn my mom's ..ehh ke situ pula !

    seronok kan raya adik bradik ramai n close ? envy with that..so menumpang dgn family in laws lah...huhu

    happy eid hanis!

    ReplyDelete
  18. oh, setiap kali nampak makanan pun sampai lupa bergambar family potrait.

    sama la kat sini pun. lebih2 lagi bila terjah umah orang pun tuan umah sibuk ambik gambar tetamu tapi tetamu buat2 tak layan dan makan dengan penuh konsentrasi.

    ReplyDelete
  19. bile agak2nya kak nani ada umah?? nak dtg kolek duit raye nih.. huhu

    ReplyDelete
  20. toilet ibubapa jugak yang menjadi pilihannya. hik3..memang masyuk..

    ReplyDelete
  21. Selamat Hari Raya...Blog Walking...

    ReplyDelete
  22. wah meriah!
    paling tak tahan tengok mkanan penuh 1 meja,,
    umah cik Yana pun tak camtu :P

    ReplyDelete
  23. salam...

    tuan rmh xbuat open house ke? sambil makan, blh kolek duit raya.. :-D

    ReplyDelete
  24. muka khairi yang last tak tahan. terus nak gi rumah kau besok. omg bila pakai tudung, kekna dgn kau umpama kembar!

    ReplyDelete
  25. makanan raya tu semua selalunya raya pertama je yg ada.skrang ni dah susah nk dapat.rindu oh raya pertama.makan macam2.;)

    ReplyDelete
  26. Selamat Hari Raya Kak Hanis! Can't wait for your next entry :D

    ReplyDelete
  27. selamat hari raya hanis!
    cant wait to read ur next entry :p

    ReplyDelete
  28. Masa kecik2 dulu susah nak sebut perkataan 'seterika', so sebut 'striker' jer.....

    ReplyDelete
  29. yang tak tahan penuh 1 gerabak kereta 2..;p
    Selamat Hari Raya...

    ReplyDelete
  30. wah, sedapnya makanan/juadah raya tu. sedang mengidam ketupat segera dan ayam (paha) masak merah. slurrrppp...

    erm, tahun ni takde sekeping pun gambar raya yang diri ini ambil.. huhuhu...

    ReplyDelete
  31. happy betul raya kan, itulah raya kena bergembira bukannya dengan cerita sedih2

    M Rajoli Meninggal Dunia

    ReplyDelete
  32. raya saya...sob..sob..
    parents beraya di KL sementara saya dan adik beraya di kampung di Texas (oke tipu kampung kat klate je)

    tapi takpeeeee raya ke-4 mereka balik kampung dan beraya sepuasnya woohoo!

    ReplyDelete
  33. selamat beraya.. op.. dah sekolah pun dah... kena masuk kelas balik..

    ReplyDelete
  34. dengan lafaz bismillah..

    hanis comel pakai tudung.. nampak macam hamis.. T_T

    ReplyDelete
  35. suka sangat baca entry raya hanis .
    tak sabar nak tunggu next entry
    btw ,
    selamat hari raya :)

    ReplyDelete
  36. hanis cun lah pakai tudung :) tetiba terasa lapar tengok gambar juadah raya T.T

    ReplyDelete
  37. meriahnyer...

    http://yoishme.blogspot.com

    ReplyDelete

No proper ID, no proper comment, down you go the freaking spam drain. Receiving happy vibes!