Friday, October 29, 2010

Relatable Occurrences


Hahahahaha I baru send out these tweets semalam ramai yang boleh relate dengan ini. Ada yang reply kembang kempis bila kawan cakap bapa muka macam Halim Othman, muka macam Hishamuddin, etc hahahaha. Semua bangga kan masa kecil-kecil kat sekolah bila ibu bapa datang. As for me, setiap kali lepas call Daddy suruh datang/ambil, mesti doa kepada Tuhan, harap-harap Daddy pakai baju kerja and bukan baju rumah. LOL!




Bila pikir balik, sebenarnya banyak perihal orang sekeliling yang sangat orang ramai boleh relate to. These are some of mine, relatable occurrences:



1. Pergi shopping jalan dengan emak dan jurujual tanya ini emak ke kakak? Hek eleh agak2 sket, kalau betul kau rasa tu kakak kau takdenya nak tanya. Tak pernah aku jalan dengan Kekna, ada nak tanya ini emak ke kakak? Okay memang takkan tanya sebab I nampak lagi tua dari Kekna, but that's not the point! Hahahahaha. Point is, KAU TAKYAH LAH POYO NAK LAKU KAN BARANG SAMPAI CAMTU. CAKAP MAK I NAMPAK MUDA JE DIA DAH KONFIRM BELI DAH. KAH KAH KAH.



2. Lecturer yang suka bercerita. Itu takpe lagi. Tapi ada hari yang dia akan cerita benda yang sama dia pernah cerita macam kita belum pernah dengar je cerita dia tuh. Adeh, semua pelajar stok pandang sesama sendiri nak hint suruh cakap weh dia dah ceritalah yang ni gi ah bagitau dia, taknak ah kau lah bagitau dia yang dia dah citer mende nih, ah asal aku, kau ah kau kan selalu macam rapat ngan dia, weh memang tak, kau ahh pergi oh okay dia dah habis cerita. Fuh cepat fake our expressions macam baru first time dengar cerita dia, waaaaaaaaaaaaaaah XD Hahahahahahaha. Kalau lecturer suka bercerita, kami sebenarnya appreciate kalau setiap kali nak mulakan cerita, sila cakap "Saya pernah cerita tak pasal.." untuk tidak menyusahkan kami cucuk-cucuk satu sama lain suruh beranikan diri bagitau.




3. Melayan orang tua. Orang tua semua suka mengomel, untuk jadi orang muda cemerlang terpaksalah layan dan cuba sebaik mungkin nak ikhlaskan hati melayan. Tapi kadang-kadang dia baru je cerita saya dah space out. Awememetuhabedumbedum *mumbling tua*. Apa benda dia cakap ni? Takpelah reply jelah: Oh ahh yer *angguk2*. Lepas beberapa ketika baru betul-betul masuk dalam otak apa yang dia cerita. Sabar jelah. Kalau dua tiga je orang tua macam tuh dalam hidup takpe, ini semua orang tua jumpa kat hospital, pejabat pos, bangunan KWSP semua sama. Tapi kalau taknak layan, nanti terpiker kang aku tua aku cakap orang tak layan kang sedih gila. So teruskan ohhh ahh yerr *angguk2*. Murni betul perangai.




4. Dapat pasangan yang kawan tak suka, lepas dah break baru diorang "Ha tulahhh aku dah lama nak cakap dengan kau yang kau sebenarnya deserve lagi baik, dia tuh memang ah.. aku tengok macam tak boleh pakai/ kedekut/ tak handsome/ tak lawak langsung/ tak reti jaga kau /tak matang /kuat jeles susah kita nak keluar etc". Asal kau baru nak cakap sekarang?! Habis tuh kalau aku tak break, kau nak biar jelah aku tunang kahwin dengan orang macam tuh?! Teruk.. teruk.. *geleng kepala*. Tapi sebenarnya kalau cinta, kau cakaplah apa, cinta jugak kah kah kah buta mata rabak T_T




5. Jumpa kawan kepada emak/ makcik yang suka kita pastu nak jodohkan dengan anak lelaki dia. Setiap kali jumpa jadi malu-malu padahal tak suka pun anak dia. Masa belum pernah nampak mungkin suka. LOLOLOLOLOL.




6. Kalau nampak polis tepi jalan tiba-tiba weh mana kad matrik aku eh apa bodoh.




7. Kalau nampak polis tepi jalan, manusia paling skema tak ada satu kesalahan pun akan rasa cuak. Yang duduk sebelah takde lesen *ehem* ini pun cuak. Apa ni, pakai guna-guna ke apa semua polis ni? Paling tak boleh belah, kadang-kadang bukan polis pun, mamat mana tah naik motor pakai jacket kuning neon tuh. Tak pun JKR tengah angkat kon. Penat je jantung berhenti berdentum. Rasa tertipu siut T_T




8. Pergi klinik, dapat doktor miang.




9. Jumpa orang Nepal, nak berkomunikasi dengan dia, kita pun berpenat-lelah hempas pulas cakap bahasa baku yang Anwar Ibrahim suruh guna, pastu dia buat muka blur, kita pun blur, OH DIA RETI ENGLISH RUPANYA, OKAY OKAY.. *start speaking speakang*.



Dah tak boleh pikir lagi sebab lapar. Kalau ada yang korang rasa boleh tambah, saya mahu baca!

65 comments:

  1. bab nombor 8 yang tak boleh blah tuh.

    ReplyDelete
  2. LOL!!
    gelak sampai berair mata nih hah..

    dah lama xde entry canni.. :)

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. Hai hanis, kalau situasi macam ni boleh ke?

    kalau tertidur di khalayak ramai (contoh dalam bas/dalam kelas/depan tv) tetiba terbunyi krohhhhhh!!! Mesti orang perasan kan! Lepas tu buat2 la terbatuk sikit, berdehem sikit (kengkonon nak bagi sama bunyi tu dengan bunyi mula2 tadi..). Kalau orang tegur konon2nya tersedak la tu..gagagaaa...ingat orang tak perasan ke or tak boleh beza ke bunyi dengkur dengan tersedak / batuk..hahahah (ermm penah jadi ke?)..hehehe

    ReplyDelete
  5. suke yang no.3 tu..
    memang sebijik la ngan experience sy..
    haha!!

    ReplyDelete
  6. wahhh betoi2 tu sokong sesangat coz memang happen kat saya :)
    ermmm sy plak selalu ditanya...
    "ermm macam pernah nampak awak lah@ macam kenal je... muka awak sama macam....dot..dot..dot"

    kalau kat shopping complex dokong anak org dan eksplain kan..jurujual akan ckp "oooo patut lah xsama muka..dah agak dah"

    :)

    ReplyDelete
  7. HAHAHAHHHAHA.. no 2.. sangatlah selalu berlaku kepada lecturer malaysian studies saye.. sangat suke membebel.. dan beliau tidak suke dicelah ketika sedang menyampai cerita.. kalau cerita yang same.. terpaksa dengar sampai habes.. haha..

    ReplyDelete
  8. 10. Bila jumpa orang bangsa lain, kita sibuk nak cakap pelat diorang.

    Jumpa orang cina : Boss aaa, lu x makan meh?

    Jumpa orang india : Aci, itu aa u punya kerete kasi parking tepi sikit la. x boleh la parking ini macam.

    ReplyDelete
  9. saya kalau ada hati pada seseorang lelaki, saya akan diam. tapi tak lama lepas tu, tak sangka yang dia akan luah perasaan pada saya. tapi dia tak tahu la saya menyimpan hati pada dia. is it dikira RELATABLE OCCURANCES?

    saya dilamar 3 lelaki serentak

    ReplyDelete
  10. kalau kawan ada taik hidung tak sanggup cakap tapi tunduk tak tengok muka padahal berdoa tuhan selamatkan diri ini. lepas itu kawan suruh pandang muka dia sebagai tanda serius. lepas itu pandang sekejap terus tunduk balik. doa buat kali kedua.

    tak pun masa kawan ada hingus. Y_Y

    ReplyDelete
  11. OMG OMG HAHAHAHAHAHA BOLEH RELATE BOLEH RELATE! SELALU JADI!

    ReplyDelete
  12. betul2. semua tu aku setuju. hahaha... xleh blah kad matrix tu. tp seyes, aritu ternampak kreta wira putih dari jauh, kelamkabut nak pakai tali pinggang. ingatkn polis (".-) ngek

    ReplyDelete
  13. NO 7 paling beshhh...Dulu penah naik moto bonceng pakwe..Sekali ade road block. Time moto berenti tiba2 org kat blakang (ai ler..) pi hulor IC kat abang polis. Apekah??

    ReplyDelete
  14. LOL@ no.2.
    sib baik akak selalu tanya students "saya pernah citer tak psl...."
    hehehe.selamatttt

    ReplyDelete
  15. hehe..suke entry ni..selalu jadi..penjual gas tanyer ni anak ke adik..ayoyo..sape yang lagi tua..sape yang nampak mude nie..

    ReplyDelete
  16. haha! pasal polis tuh. macam betul. lol..

    yg nih kamu boleh relate tak?

    mase sembahyang jemaah.[slalunye time semayang jumaat utk lelaki]. mase Imam habis bace al-Fatihah sume senyap tunggu Imam nak mula bace surah lain. sunyi jek. kite rase nak batuk. kite batuk skali. then makmum lain pun batuk jugak. then penuh ngn bunyik batuk atau org betulkan suara. sume takut nak batuk dulu. takut nak memecah kesunyian. lol.

    dalam lecture hall pun slalu jadi gak.

    ReplyDelete
  17. Hahaha hulur IC tak boleh belah.

    Oh pecah kesunyian waktu habis solat berjemaah eh? Saya selalu jadi, kadang-kadang berangan then semua tak tahu eh dah angkat tangan untuk doa ke belum, pestu jeling2 orang tengok time bacaan mana nak angkat tangan tadah doa -_-

    ReplyDelete
  18. hahaha!

    kalau saya ternampak polis, terus gelabah tarik seatbelt sampai tersentak-sentak benda tu. jantung macam nak tercabut takut kena saman. padahal polis tu ntah-ntah buku saman pun tak bawak. hampeh gila.

    ReplyDelete
  19. lucky u hanis. parents i dah divorce masa i form 1, jeles je tgok member2 lain mak bapak amik diorang balik sekolah sedangkan i naik beskal je balik rumah.

    ReplyDelete
  20. kalau orang puji cantik/handsome eceh tak mengaku.

    sepuluh minit kemudian sudah belek cermin. =_="

    ReplyDelete
  21. kalau tido dekat dalam flight/bas ke. then ade stranger duduk dekat sebelah. tiba2 kita tersenggok dengan kuatnya. lepas tu terus mata segar bugar dan terus pandang tingkap. haha i selalu buat.

    hanis, nak minta pendapat hanis pasal this video. do we should treat him like this?
    http://diannasgtbaik.blogspot.com/2010/10/sepak-terajang-pijak-kepala.html

    ReplyDelete
  22. pernah jadi tak macam ni:

    contoh kita nyanyi dalam hati...suddenly org sebelah kita pn nyanyi lagu sama tapi nyanyi kuar suara...pernah tak pernah tak

    ReplyDelete
  23. kalo isu membebel ni mak angakat adalah no 1 aku rase..

    ko bayangkan die boleh membebel and ulang ayat yang sama tanpa ade salah satu pon ayat cth:

    "hah tak pegi meeting pagi tadi, bangun lewat lagi la zana.. "

    dia boleh ulang banyak kali ayat ni sampai lebam.. tanpa tertinggal satu pon ayat..

    pastu da ulang dua kali ayat yang same..dia ulang.. bangun lewat lagi la zana 2kali.. then ulang balik ayat tadik..

    mmg berdarah telinga....

    ReplyDelete
  24. hahahha!! related!! related!!

    ada juga pasal tido. kalau dalam kelas, rasa ngantok sesangat. pastu tertido. tidak semena-mena terjaga terkejut. cover malu buatlah mcm nk tukar posisi duduk. dalam hati, malu nak mampuih. hahaha!!

    ReplyDelete
  25. @JULYA@penah2! and banyak kali jd mcmtu. i and my sis, i nyanyi intro dalam hati, selambe je dia sambung chorus kuat2.heheheeh

    ReplyDelete
  26. hahaha...
    bab lec & polis tu slalu kena..
    lagi 1 bila bunyi siren. samada ambulance or polis or bomba or raja sure mengelabah itik. ape2 bunyi tetap anggap ambulance.. related ke??

    ReplyDelete
  27. dah nampak polis baru gelabah nak cari seat belt..

    ReplyDelete
  28. time sekola smpi kat kolej, sgt vangga bila ayh dtg jenguk..hehe~ =P

    ReplyDelete
  29. masa lecture class, tersenguk senguk kepala sampai cecah boleh cium meja. nak cover malu punya pasal, buat buat cek permukaan meja ada conteng ke tidak. lepas tu membebel bebel dekat orang sebelah. T__T

    ReplyDelete
  30. haa, nombor dua paling relate sekali.

    kadang-kadang kita semua kat belakang ikut ulang sekali cerita dengan dia.

    ReplyDelete
  31. sebut pasal student tertido time kelas, teringat kes my student. she fell asleep lentok sampai stok terus jatuh ke lantai. lepas tuh dah malu terus buat2 pengsan buat aku panik je. panggil2 tepuk2 tak bangun. dengar je aku suruh kawan dia call ambulan dia pun buat muka terpisat-pisat konon baru tersedar dari pengsan. takleh blah betul.

    ReplyDelete
  32. klu berdengkur masa tengok wayang lagi teruk?? dapat lak yang berdengkur tu duk satu baris ngan kita... abis satu line kena suspect, cehhh

    ReplyDelete
  33. KORANG NI BUAT LAWAK AH. Dah gelak gelak dah kat sini.

    ReplyDelete
  34. Hahaha... entry mcm nielah yg buat aku tak boleh tak bukak BELOG hanis setiap hari!!! cerita dari comen pun tak kurang.. terutama pasal tahik hidung... waaaaa

    ReplyDelete
  35. ini semua benarrr belaka...

    itu semua sifat ada pada semua orang..

    ReplyDelete
  36. Saya lak mmg sejak 7-8 tahun nie mmg memandu kereta sendiri... kadang tu time tumpang keta member, tengah gayut ngan HP tetiba nampak Polis... cepat2 campak HP celah kangkang.. pastu kena GELAK BESAR ngan kawan yg memandu... "Ngko ape hal??" nak jawab apa ek??

    ReplyDelete
  37. Lagi satu time memandu gak... Maklumlah kat Kota Raya nie banyak sangat Tol, pastu Smart Teg taruk dalam Deshboard. Pas tu kebetulan nak masuk uitm S.Alam lalu kat pintu depan sambil berborak dalam HP, nampak pintu gerbang, kepit HP kay leher, bukak deshboard mbik Smart Teg terus tala ker tingkap.. Cis!! nasib tak ader kawan kat sebelah.. kalu tak teruk aku kena Bahan...

    ReplyDelete
  38. pasal kad matrix, bila masuk bangunan cancelor or admin office baru lah nak mencari kad matrix, then bila tertinggal mula lah keluar sumpah seranah padahal salah sendiri. Dah lah berjalan kaki dari hostel nak ke cancelor or admin office. Dah lah jauh gila. Penat tahu -_-"

    ReplyDelete
  39. eh hanis pernah kena yg ini tak?

    Bila bangun tengok jam. Eh dah pukul 6.30 la. damn, lambat dah pergi sekolah.Bangun-bangun, terus mandi.Mengelabah giler. Eh lepas itu baru tersedar diri, rupanya tertidur petang.

    or ini, masa kecil dahulu. Selalu mimpi buang air dekat tandas tapi sebenaranya kencing atas katil.

    ReplyDelete
  40. a)bila budak sebaya or lagi muda dr kita panggil mak kita kakak, pdhal dh konfem muka mak kite tu makcik2..

    b) bila terkentut pastu wat batuk2 cos nk cover

    c) bila tertido dlm kelas n then wat2 picit kepala kononnye pening, pdhal nk cover terlelap

    ReplyDelete
  41. yang no 4 mmg btul!dan juga yg jumpe polis tu

    ReplyDelete
  42. bila kuar dgn kwn2 g jnjln or window shopping cuci2 mate
    pastuh dgn konfidennye ckp kuat smbil glk2. kuat plak tuh.bjet kngkwn ade kt sblh r...
    tgok2 sblh mkcik indon tkpon brader ensem ngah glk2 hina smbil pndg ats bwh. tgok blkg kwn tgh bratur amek duit kt atm tkpon ngah cangkung btolkn tali kasut. gile bnci ah. rase berasap tbl jer muke mcm bwu pas kne lmpang. malu amat. ;)

    ReplyDelete
  43. totally relate to no 7!!!!

    tengah gelak guling2 ni.. hahahaha..

    ReplyDelete
  44. saye ngan kwn tgh benti kt traffic light, dok denga radio pastu nyanyi2. biaselah kan. pastu kepale tertgk kt keta sbelah nampak mulut deorg pon mcm dok miming lagu same. pastu 2-2 gelak. "wey,deorg dok denga hot fm jugak lah. hehe"

    ReplyDelete
  45. sy penah tgk wayang dgn 3 org ne. mula2 org sebelah kanan sy tido.. kemudian, 2 org lg d kiri ikut tido skali. sy tegak sorg2 tgk cite. sgt malu dengan org2 yg ad dlm wyg tuuuuuu.... -klaka-

    ReplyDelete
  46. korg penah x ms klas tgh senyap ps2 tibe2 dgr bunyi perut.ps2 mule la bwt2 bunyi lain xpun dgn jujurnye jwb..lapar gile weyh ble nk abes klas ni? -,-"
    hahaha xpun pandang kiri kanan tgk org lain punye perut siap tnye "lapar ke weyh?aku pun lapar gak ni" kuikuikui lg teruk ble lecturer pun notice bnde tu.
    tp yg best nye ble dgr lecturer ckp "okay la since kte sume dh hypo kte smbung nex time pulak lah" ps2 sume pndg sesame sendiri menandekan yeayyy cafe sye datang!!

    lg teruk ble tgh exam confirm r sunyi sepi ps2 perut bunyi.dlm hati cissss!!menyesal study last minute klau x mesti sempat bfast td! kohkohkoh

    ReplyDelete
  47. perasaan bila ada yang tanya kat kita,'apsal tak makan?diet lah tu!" -_-"

    perasaan seorang yg berbadan kecik makan sikit, then ramai yg kta"ptotla kcik,mkn pn sikit,cmne nk bsar?"
    perasaan bila org kecik mkn byk then ramai ckp "bdn je kcik tp mkn byk.ish3!"
    -_-"

    ReplyDelete
  48. no.2 tu slalu jdi kt i..huhu..erm..mula2 xksah la nk dgr..tp klu dh slalu jdi mnympah lak..tp bila nk ckp ngn lecturer..tkut trase lak..hurm..kne than je la telinga ni..

    ReplyDelete
  49. macam mana pulak dgn orang yg terkentut depan kipas yg tengah pusing, then terus bangun pegi tempat lain meninggalkan sisa-sia bau. last2 org yg masih ada kat situ dituduh bersalah.

    ataupun. kt sek dulu, kalau terlepas kentut, mulalah buat bunyi, 'ahem ahemmmm! kononnya itu bkn bunyi kntut tp berdehem. paling dsyt, time nk kentut, buat2 bunyi bising cam ketuk2 meja. wth punye prangai.wakaka!

    eh bukan saya. bukan2. bye

    ReplyDelete
  50. LOL!

    yang nombor 2 tu kak memang ah. ada lecturer yang dia cerita benda yang sama boleh sekuel dengan lagi dua cerita stok 'ha kau dengar eh kau dengar lepas ni dia mesti cerita yang dia dulu ada pelajar gini gini. lepas tu dia dapat itu ini.ha kan betul!' budak budak ni siap boleh sambung ayat dia. punyalah dah banyak kali dia cerita tapi takde yang nak bagitau. saya syak dia memang dah tau dia cerita banyak kali tapi nak juge cerita lagi. T.T

    ReplyDelete
  51. mase kecik dulu suke lari2 dalam shopping mall. pastuh terjumpe mainan best. sambil pegang mainan sambil tarik baju ayah. "ayah! nak ni! nak ni!".. angkat kepala.. rupenye pakcik jambang lebat pakai baju sebijik cam ayah. demn!


    tak pun time buat assignment. bukak MS Words.. bukak Winamp. pastuh start taip taip taip tiru jawapan dari buku teks. buat ayat gempak sket2. bile cam dah rase puas. tengok monitor.. kosong je.. upenye lupe nak klik kat ms word tuh. [tu laaa memula dulu mane reti taip tengok screen]


    pegi McD. kaunter dia budak baru belajar kerja sambilan. kene tunggu dia punch key satu-satu sambil diperhatikan supervisor. lagi lambat kalau time tuh kite nak order byk2. demn! lapor nih.


    cucuk kunci umah gune kunci krete?


    taip entry blog baru. habis. bace balik. rase cam tak best. delete. buat esok lah.

    ReplyDelete
  52. Orang tegur kita, siap boleh panggil nama penuh dengan nama bapak sekali tapi kita macam tak pernah jumpa orang tu. Lepas tu buat-buat nak save no hp dia, cakap nak letak nama awak ape ehhh :p

    ReplyDelete
  53. gelak gak tengok komen2 kat entri ni..
    terkena gak kat batang hidung ni..
    mengantok sangat la kan.. cover line la konon tengah berpikir letak la tangan ni kat kepala... alih2 bole plak lena tak ingat sampai tersengok2.. sedar2 je buat muka poyo.. padahal member sebelah dah gelak dah...
    tapi tuh la memang lumrah manusia..
    nak2 laie jumpa polis.. bukan tuh je klu jumpa penguatkuasa dbkl yg tengah ronda pun.. cepat je lari ke kereta takut kena saman.. padahal dorang tuh nak p minum je kat mamak...
    kelakarr2....

    ReplyDelete
  54. adoilah , nak tergelak je baca semua tu. hahaha.

    ReplyDelete
  55. Owh, point nomber satu tu selalu berlaku pada saya. Mak sendiri di kata kakak..

    ReplyDelete
  56. tergelak baca komen2 korang, dah tak ingat saya nak komen apa tadi.. heheh

    ReplyDelete
  57. HAHAHAHA. LOL!

    THIS IS REAL FUNNY!

    ROFL.

    thumbs up hanis zalikha!

    ReplyDelete
  58. hahahaahah!nice one!!! i can imagine that in real life u're really a talkative & bubbly person.. =)

    ReplyDelete

No proper ID, no proper comment, down you go the freaking spam drain. Receiving happy vibes!