Pages

Tuesday, January 11, 2011

Cermin Bestfriend

Selalunya kita failed untuk cermin diri kita sendiri. Bukan sebab kita ingat kita dah bagus, tapi hanyalah kerana kita terlupa atau lalai. Dan bila bergaul pun, kawan-kawan paling rapat tidak dijamin akan menegur kesalahan/kelemahan/kealpaan kita kerana:

a) tahap toleransi mereka tinggi
b) susah nak tegur takut kecil hati dan emo
c) tak perlu kot tegur kau, cermin diri kau sendiri, dan kalau tak berubah jugak, kita putus kawan
d) aku dah tegur berapa kali dah tapi kau tak makan saman sebab sebagai Melayu aku tegur berlapik



Susah, kan? Jadi hari ini kita akan main game yang saya cipta. Nama game dia:




What do you need?

1. Laptop, buka laman inibelogsaya.blogspot.com tajuk entri Cermin Bestfriend .

2. Seorang bestfriend. Sama ada dia memang sedia ada bestfriend anda, atau sesiapa yang sanggup main game ini dengan anda, boleh diconsider nak jadikan dia bestfriend mulai sekarang.


How does it work?

1. Ada set soalan yang anda perlu tanyakan satu-persatu terhadap bestfriend atau soon-to-be bestfriend anda.

2. Kalau dia mahu kata ya sebagai jawapan soalan itu, suruh dia guna perkataan 'sikit'.

3.Kalau dia mahu kata tidak, suruh dia guna perkataan 'memang tak'.

4. Take note nombor soalan yang dia jawab 'sikit'.

5. Selepas selesai tanya soalan, giliran dia pula nak tanya soalan kepada anda.

6. Check your result at the end of this game!


Who should play this game?

1. Sesiapa yang nak cermin diri.

2. Sesiapa yang nak address sesuatu kepada bestfriend dia tapi nak langkah yang selamat dan tidak kecilkan hati.




The Questions.



Personaliti.

1. Rasanya aku cakap terlalu banyak tak masa kau tengah cerita?
Ya. Kau pendengar yang teruk lain kali taknak cerita apa-apa kat kau.

2. Bagi kau, aku kalau pinjam duit lambat sangat ke nak bayar?
Ya. Kau masih ada hutang aku. Sila tanya berapa dan langsaikan sekarang.

3. Rasanya selalu sangat tak aku terasa benda kecil?
Ya. Kerja kau asyik nak emo je, kau pikir kau sorang ada perasaan.

4. Agak-agak mulut aku celupar sangat tak?
Ya. Kau memang mulut longkang, kuat maki orang, goodluck cari pasangan hidup.

5. Rasanya aku selalu tak cerita benda terlalu mengarut?
Ya. Benda remeh -temeh pasal pakwe/makwe/kucing sekali sekala laratlah orang nak dengar. Kalau selalu, muntah.

6. Ada tak aku terlalu calculative (berkira) bab2 duit atau apa-apalah?
Ya. Barang orang kau nak, barang kau sendiri kau kedekut tahi hidung masin. Tahi hidung masin kau pun kau kedekut kot.

7. Bila aku cakap telefon, gedik sangat tak?
Ya. Kau cakap telefon ke, luar telepon ke, tepi telefon ke, telefon dalam beg setkan vibrate ke, bottom line cara kau cakap memang gedik. Okay bye.

8. Adakah kau akan kategorikan aku Drama Queen?
Ya. Kau suka besarkan hal sebesar zarah. Kecoh je, orang lain banyak lagi masalah lebih besar, masalah takde laki, takde kaki, takde etc.

9. Adakah aku orang terakhir yang kau akan minta tolong waktu dalam kesusahan?
Ya. Kau tak boleh harap.

10. Mungkinkah aku kadang-kadang terbangga lebih dengan apa yang aku ada? Pasal pasangan hidup ke atau barang-barang aku ke?
Ya. Kau memang jenis show off, orang sekeliling kau tahan je senyum dengar kau berlagak.


Kebersihan & kesihatan.

1. Kau rasa aku patut tukar deodorant yang lagi bagus tak?
Ya.Kau busuk bila berpeluh. Usahakan sesuatu.

2. Kan orang kata kalau gigi rosak akan affect bau nafas kita. Kau rasa aku ada tak gigi rosak?
Ya. Kau kalau cakap ngan aku tolong jauh sikit. Gosoklah gigi 3kali sehari dan banyakkan makan sweets atau chewing gum k?

3. Ada tak kadang-kadang baju aku yang bau kepam?
Ya. Semua baju kau bau kepam.

4. Kau tak selesa ke kalau aku share makanan atau air dengan kau?
Ya. Aku geli share apa-apa dengan orang. Tak suka tukar2 air liur jadi please stop.

5. Bila kulit kepala gatal, aku takut gak ada dandruff. Kau rasa aku ada dandruff tak?
Ya. Aku boleh nampak penuh kat bahu kau dan telinga kau ewwww. Tukar shampoo!



Rambang.

1. Kau rimas ke bila aku pau rokok?
Ya. Bukan rimas lagi dah, aku rasa kita tak patut lepak bersama.

2. Kadang-kadang aku gurau ngan kau, kasar sangat ke?
Ya. Ada yang aku boleh terima, tapi ada yang sensitif dowh. Sila tanya which one yang aku sensitif sekarang.

3. Kalau aku bukan kawan kau, dan kau tak perlu ambil aku masuk dalam team kau, kau rasa kau nak tak ambil orang lain selain aku?
Ya. Kau teamwork hancus. Malas.



Result?

Selesai bertanya dan menjawab, sila tengok nombor soalan mana yang bestfriend anda jawab 'sikit'. Sila highlight petikan untuk check jawapan bawah setiap soalan (ia dalam font putih). Atau (right click dan tekan) 'select all' untuk lihat maksud tersirat (itu yang saya berikan ya, jangan marah bestfriend pula).


Contoh untuk orang yang tak reti
'Select All' atau CTRL + A.

Mula-mula right click, pilih select all. Right click tahu tak? Kat mouse tuh, kalau selalu tekan yang butang kiri, sekarang masanya nak tekan butang kanan also known as right click.


Sekian, macam tulah nak baca font putih. Cuba sekarang.




Sebab saling sayang-menyayangilah anda berdua telah lalui Cermin Bestfriend bersama. Sekarang masa untuk perbaiki diri jadi yang lebih baik! XOXO.

156 comments:

  1. kalau tak ada bestfren macam mana?? tsk2~

    ReplyDelete
  2. cam best nak join nih,.huhuhuh...bila nak mula nih...syok nyer cuti...:)

    ReplyDelete
  3. err, ta faham sangat lah. pasal result tu. :)
    cane eh?

    ReplyDelete
  4. TAK PAHAM LA CMNE NAK DAPAT RESULT BEST FRIEND TU.

    ReplyDelete
  5. Is my ayat for the result too complicated or memang ramai tak reti select all?

    ReplyDelete
  6. Haha. Macam kisah puteri yg dengan cermin tu. Ape entah name die.

    Psst! : Girls Favourite Quotes!

    ReplyDelete
  7. wah best nie.. nanti akak try buat dengan bestfriend. lepas tu letak kat belog ek..
    tq hanis :)

    eh tapi mmg select all tu akak tak berapa paham lah..

    ReplyDelete
  8. Haha, ohh dah nampak! CTRL + A je kut. Baru dorang faham nanti.

    "Ya. Semua baju kau bau kepam." T_T

    ReplyDelete
  9. hahaha.. ok! aku agk, yg jwpn hanis pya 2 msti ur bestfren bg kan? jujurnya dia!! bhahaha.. :P

    ReplyDelete
  10. u shud've said pilih semua.. hehe.. atau suruh buat a bit magic..

    press ctrl + a

    ReplyDelete
  11. saya pun tak paham ayat last tu...pasal result.

    ReplyDelete
  12. dah try dah..wah mmg jujur gile..hahaha

    ReplyDelete
  13. i copy kat notes fb eh? tapi i dah link you. thanx hanis!!

    ReplyDelete
  14. Hanis Zalika memang ratu game. hihi ..

    ReplyDelete
  15. hoho..tq atas jawapan jujur tu HZ....XOXO to you too...

    ReplyDelete
  16. Hahaha. Yeah bakar laptop! Right click pun tak faham. Zaxzxzx


    Psst! : 90's Baby!

    ReplyDelete
  17. waha!! nak maen nak maen,, tp sy xde besfren,, so pity of me,, hehe,, nak ambik cousin la,, hehe

    ReplyDelete
  18. But thank you for your feedbacks! Kalau tak, tak ramai paham pastu I syok sendiri cipta game T_T

    Thanks everyone.

    ReplyDelete
  19. takyah ajk besfren join ni, buat sorg2 pon lyn gk..

    ReplyDelete
  20. kreatif btl hanis zalikha ni...sgt pnjg lebar..masih xphm ni..kena study betul2..haha

    ReplyDelete
  21. nak try main games ni.. then we ca know how far diri kita di pandangan mata org;)

    ReplyDelete
  22. sedang menanti rakan menjawab.
    nerves. HHA :)
    btw nice game.
    thankyou hanis

    ReplyDelete
  23. he he he... amek masa nak men game ni.. pepun very interesting! i like.

    ReplyDelete
  24. i will try dis letter..got something 2 do now..;) thanks hanis!

    ReplyDelete
  25. HEHEHEH.. NAK TRY NIH GAME NI.. CAM BEST JE ^^

    ReplyDelete
  26. eh..later ok later..bkn letter..;p malu ahh..

    ReplyDelete
  27. nie kuiz terbaek dari ladang nie.. hahaha...

    ReplyDelete
  28. its good....salam perkenalan

    http://thegoldenrosereturn.blogspot.com/

    ReplyDelete
  29. hakhakhak.tervaekkk you hamis.nampak da tulisan putih tuh!

    ReplyDelete
  30. kesian kat k0rang yg x faham..
    baca sntri tu balik2x ea..
    hehe

    best game ni, nnti m0 try gak ^^

    ReplyDelete
  31. haha mcm best je......
    nak try la

    ReplyDelete
  32. Insyallah akan try n jwpn tsirat pun dh dpt..

    ReplyDelete
  33. hanis, jwpn 'sikit' je ke yg kena select all ???

    ReplyDelete
  34. xpyh jwb mmg jwpn dh ade kat ctu kan..ahaks..pndi la hanis wt jwpn tuh..konon mcm kwn kita yg jwb..

    ReplyDelete
  35. i got it...syg kamu hanis zalikha...;')

    ReplyDelete
  36. hehehhehe...org nak copy..nak wat kat beshfrennn laaaa....

    tq hanis...

    ReplyDelete
  37. hanis, can i copy or repost this? suka lak. need ur permission first. :)

    ReplyDelete
  38. cermin oh cermin..
    sape pling chanteq di dunia..


    hanis zalikha!
    hahaha

    ReplyDelete
  39. cool jugak ni :) thanks for the idea!

    ReplyDelete
  40. best teka teki nih.. jawapannye "ayam tambatan berlari di sebalik gunung"

    ReplyDelete
  41. You can link me and republish this entry in your blog. But it'd be best if you don't do it straight away today. Because thats my publishing date.

    ReplyDelete
  42. rse nk try..tp tkt kne mrh ngn besfren sy..die pns baran..hahhaha

    ReplyDelete
  43. alaa,kena cari org utk jadi bakal bestfren la pulak sbb currently xde bestfren nak maen game ni sesame.heee ;D

    ReplyDelete
  44. woahh.. topic hari ni adalah PALING BEST di dunia.. cayalah hanis... ;)

    ReplyDelete
  45. game baru nih leh gak tau hati budi sendirik

    ReplyDelete
  46. OK,select ALL dah reti tapi wah, macamna nak buat font putih tu? *terkesima plak*

    ReplyDelete
  47. kalau buat test ni confirm hilang bestfriend..haha..tak la..bagus la ko buat test cenggini...at least bleh tau kelemahan diri..salah satu cara nak muhasabah diri..:D..

    ReplyDelete
  48. ko memang hebat la hanis.. ini sangat menarik.. aku suke.. :)

    ReplyDelete
  49. apesal jawapan semua negatif negatif ? LOL

    ReplyDelete
  50. Wahhh...macam menarik jew...tp xleh nak cube skrg..huhuhu...kne tgu balik kampus dulu nt...mber lain dah balik suda..aiiyaakkk

    ReplyDelete
  51. this is sooooo cool. where on earth do you get this idea from lah hamis? -___-''

    ReplyDelete
  52. NADIA: I pun taktau. Tiba-tiba malam tadi sebelum tidur I told myself to get it done in the morning. Sebab nanti tak teruja dengan idea sendiri kalau tunggu lama sangat.

    PEOPLE PEOPLE, YOU HAVE TO HAVE TO HAVE TO PLAY THIS GAME WITH SOMEONE ELSE. IT DOESNT WORK MAIN SORANG2. NAK MUHASABAH DIRI KE TAAAK?

    ReplyDelete
  53. wah best betul topik ni... bagus2

    ReplyDelete
  54. dah terbaca semua jawapan from the beginning... -_-'

    ReplyDelete
  55. macam kejam je jawapan dia. papepun best!

    oh lagi satu, no need to say right clicks sebab org maybe susah nak faham. maybe kalau cakap 'highlight'kan semua maybe mereka akan faham :)

    ReplyDelete
  56. haniz - Thanks dear really good i'll do :)

    ReplyDelete
  57. wah terkene truk ngan kawan..huhu

    ReplyDelete
  58. hahaha...funny la this thing.. i didnt try..but i think, it will work.. haha..tp mcm x klakar lak tang org yg x reti right-click tu..harharhar

    ReplyDelete
  59. Ha! Mungkin highlight will work! Kejap I edit.

    ReplyDelete
  60. memang tersirat. kihkihkih.
    tapi lagi elok kawan biasa je dari kawan baik ann.

    ReplyDelete
  61. at last...berjaya gak menempuh 3 minggu di opis menelaah belog nih...
    dan kije opis manyak dah bertimbun...cehhh...esk tgu update baru..
    neway, blog sgt best sempoi gaban...

    ReplyDelete
  62. Brilliant,absolutely brilliant hanis!especially part result, kena highlight then bru nmpk d answer...i'm not talking about the quiz,i'm talking about the whole idea.mna u dapat this kind of idea huh?anyway superb,2 thumbs up!request to re-publish on my blog,ok ;-)
    http://tekok-beriuh.blogspot.com

    ReplyDelete
  63. hahahah!!! cool giler game kau, hanis! :D

    ReplyDelete
  64. ingatkan entry pasal cermin ajaib. haha

    ReplyDelete
  65. hanis zalikha gune font putih utk jawapan tu...just select all je lorrr...tol x hanis?? hehe :) nice game btw!

    ReplyDelete
  66. great hanis..giler slute kat you...nak cuba nie to my bf but need to consider kejujuran derang menjawab..

    ReplyDelete
  67. best friend brings out the best in each other

    ReplyDelete
  68. Finally dpt pun belajar something useful/interesting from your blog. (font putih). Thanks babe

    ReplyDelete
  69. Memang org Melayu selalu ckp berlapik. Haha

    ReplyDelete
  70. berkatalah benar walaupon pahit. sbb yg pahit tu la yg cukup payah nak diluahkan sebenarnya

    ReplyDelete
  71. HUYOOO KO MMG KRETIP DOWH TAK PERNAH TERPIKIR SAL GAME NI...CERMIN KU RETAK SERIBUUUU


    ENTRI MANTAP & MELETOZZ :
    # RAKAM VIDEO PEREMPUAN KENCING#
    # HAPUSKAN RASA BENCI#
    # CAWAN AJAIB UNTUK PEREMPUAN SAHAJA#

    ReplyDelete
  72. adoi.banyak pulak jawapan "sikit".
    huhuhu :)

    ReplyDelete
  73. amazing!!mana hanis dpt idea nak buat niee???nak try la nnti

    ReplyDelete
  74. eh,pas baca komen2 pun stil x phm bab result tu.bkn x reti right click oke

    ReplyDelete
  75. hahaha..tang nak cakap gg busuk tu mmg berlapik habis hanis...

    ReplyDelete
  76. Errr....

    saya tak faham la cikgu...!!

    Camner nak main game ni ehh.. huhu...

    ReplyDelete
  77. Saya tak ada kawan... sob,sob,sob...

    ReplyDelete
  78. hanis memang brilliant.. best kot..!

    good idea babe..!

    ReplyDelete
  79. Hanis kite ngan partner dah cuba game ni..tp tk sure betul tak...hahahahah :D

    ReplyDelete
  80. hanis,that jawapan should 'sikit' or 'memang tak' kan? and not bagi reasons or else kan kan?

    ReplyDelete
  81. Rules memang kena guna 'sikit' & 'memang tak' SAHAJA. Takleh bagi-bagi alasan. Eppppp!

    Result itu sekadar maksud tersirat di belakang jawapan 'sikit' oleh kawan anda. Anda gunakannya untuk cermin diri.

    It's a really simple game if you take the time to baca satu-persatu :) Have fun!

    ReplyDelete
  82. HANIS I HAVE LINKED YOUR BLOG TO MY RECENT POST. If you're free, i feel honoured if you take a look and leave your footprint there :)

    Thank gorgeous. :)

    http://yuyul-a-l-a.blogspot.com/2011/01/kena-paksa-follow.html

    ReplyDelete
  83. saya pernah main macam ni dng kawan-kawan rapat masa kat U dulu. Kami buat setiap kali habis semester. Tapi dia punya bahagian ada dua; satu perkara negatif satu lagi positif pasal kawan kita. Setiap orang kena komen baik/buruk semua kawan. Kemudian Siapa yang dapat komen yang sama dua tiga kali dari semua orang kami anggap betullah itu keburukan/kebaikan dia. kalau sekali aje mungkin orang yang komen tu aje yang anggap begitu. So time tu semua orang memang betul2 buat dan bestnya dpt terima keputusan masing2 dengan terbuka. Dengan cara itu juga saya dpt mengesan kekurangan dan kelebihan diri yang tidak saya sedari.:)

    ReplyDelete
  84. interesting game!
    thanks for sharing this hanis.

    ReplyDelete
  85. wahh nak ltak jugk la..tp nk edit cket2 sbb ada yg x bkaitan, mcm rokok hehe

    ReplyDelete
  86. syok2.. nk try t... jgala... hehe.. tq v m...

    ReplyDelete
  87. pergh. pedih hanis.

    tapi kalau tanya soalan2 macam ni, orang yang dah memang self-conscious bertambah-tambah laa self-conscious nye.... -___-" aduss

    ReplyDelete
  88. lps ni cipta cermin nak ukur hensem pulak hanis. aku amat memerlukan cermin tu. hahaha...

    ReplyDelete
  89. this is such a good tip in making us realize and change us who we are into a better person :)

    good job!

    ReplyDelete
  90. huhu nice info...im very appreciate it....keep it up mrs hanis zulaikha..

    ~http://kampungfootball.blogspot.com~

    ReplyDelete
  91. Best friend is forever, tanpa ada kepentingan. Dikatakan teman krn dia menghargai dan menyenangi kita, sedia berkongsi dalam senang dan susah. Jangan sampai lupakan teman udah le.

    ReplyDelete
  92. kenapa jawapan tulis 'Ya'... awal2 game cakap suh jawab 'Sikit' camner ni... saya da konpius.....

    ReplyDelete
  93. kenapa jawapan tulis 'Ya'... awal2 game cakap suh jawab 'Sikit' camner ni... saya da konpius.....

    ReplyDelete
  94. benda nih betul2 ada la dlm my life ok...kiranya btl2 terjadi pa haku pd bln january nih...heee...

    ReplyDelete
  95. such an interesting game!

    bole muhasabah diri hehe ^_^

    ReplyDelete
  96. u pakai pencuci muke ape eh?lawa laaa ur skin..sgt flawlesss...cleanser,toner,moiturizern make pakai brand ape? :)

    ReplyDelete
  97. ahahhaa. baru inbox bestfriend soalan2 ni :P

    ReplyDelete
  98. best2...xbuat lg tapi terus baca jawapan..hehe :)

    kreatif... :))

    ReplyDelete
  99. kene set date la nak wat kuiz ni...oh ye kene ty bespren dulu bile dier free eh?? hikhik


    http://akutakperasan.blogspot.com/

    ReplyDelete
  100. hanis you comel... saya minat kamu....
    anda lagi comel bila follow saya
    http://alya-husna.blogspot.com/

    ReplyDelete
  101. HAHAHAHAHAHA.

    jwpn tu mmg kelakar.

    ReplyDelete
  102. mcm besstt jer...akan cuba...ahakss

    ReplyDelete
  103. hahah .. best !
    na maen game nie !
    HOHOHO =D

    ReplyDelete
  104. klu xde bestfren = diri sendiri..

    sendiri tanya sendiri jawab...tak ke angau sorang2 gitu...huhuhuhu

    ReplyDelete
  105. entri pnjg sgt..xlarat nk baca..hahaha

    ReplyDelete
  106. entri keknis tak payah susah nak link ke hapa. tengok komen je dah berapa orang. tambah silent readers. tu tu yang nak dekat 20,000 ketul, mak datokk..

    :) memang berlapik

    ReplyDelete
  107. Thumbs up untuk game yang superb camni! Hihi

    ReplyDelete
  108. so,this is d game yg my friend dok kecoh kat fesbuk.heee

    ReplyDelete
  109. JYEEAHH.CERMIN IS MY TOTALLY BESTFRIEND.I CANT LIVE WITHOUT IT T_T

    ReplyDelete

No proper ID, no proper comment, down you go the freaking spam drain. Receiving happy vibes!