Pages

Saturday, December 15, 2012

Benda Kecil Dipandang Besar


Sedar tak yang kita ini adalah superhero kepada seseorang?

Dulu masa kecil, kami selalu balik Johor ke kampung Parit Tengah (kg Mama saya). Perjalanan dari simpang pintu gerbang kampung, sehingga ke rumah nenek saaaaangat jauh. Kadang-kala rasa macam tak sampai-sampai. Sehingga kami adik-beradik selalu bertanding teka pukul berapa dan minit keberapa kami akan tiba di pintu rumah nenek (*syaratnya, kiraan masa cuma dihentikan betul-betul waktu pintu kereta dibuka LOL macam-macam).

Waktu-waktu lain, kami sebenarnya tidur saja dalam perjalanan nak sampai rumah nenek itu. Dalam lena dan jaga, sambil kebil-kebil mata, I selalu tanya Daddy, "Daddy, kita sampai pukul berapa?". Jawapan yang Daddy bagi selalu TEPAT. Yang amat tepat. Gila amazing my Daddy, terlalu hebat! Dia ada superpower nak estimate jarak dan masa. Kadang-kadang, bukan nak tahu sangat pun sampai pukul berapa, tapi sengaja tanya supaya boleh tengok Daddy tunjukkan superpower dia. Macam tuh seorang anak tengok bapa dia, walhal bapa dia boleh kawal speed kereta nak sampai pukul berapa and he's been driving to that very house for at least 10years.

Lagi satu kehebatan Daddy, dia boleh tahu bila kereta patut keluar kat roundabout. Terer seh, macam mana estimate supaya kereta mendatang tak langgar??? I selalu terpikir, bila besar nanti, aku akan diberikan skill macam ni tak? Berdoa harap-harap mewarisi kecekapan Daddy.

Mama pula, pernah I tanya padanya "kenapa Mama tak jadi doktor?". Sebab selalu kalau sakit apa pun, mesti dia tahu ubat apa patut makan atau sapu. Kalau lebam/luka kena sapu minyak gamat, kalau sakit perut kena sapu minyak angin, kalau batuk kena minum Bena, kalau gastrik kena minum ubat putih macam susu, kalau demam makan Paracetamol. Like whoa... macam mana boleh hafal semua ubat oh?! Kenapa tak jadi doktor buka klinik? Mama boleh rawat semua pesakit supaya diorang baik! Macam Mama ubatkan Hanis sampai baik...

Bila dah besar dan teringat flashback ini semua, mesti I rasa hek'elehhhhh.......... setakat macam tuh je pun dah pandang Mama Daddy hebat gila.

Dan hek'eleh itu jugalah yang kita selalu beri pada anak-anak kecil. Sebab semakin kita dewasa, benda semakin dipandang remeh. Kadang-kadang kita tak sedar, betapa tingginya anak-anak atau adik-adik kita pandang kita. Bila ditanya sesuatu, boleh tanpa sedar kita terjawab "Cuba Google, kan senang". Kalau diminta penjelasan atas sesuatu hal, boleh pula kita terjawab "Susahlah nak explain, nanti kat sekolah ada ajarlah. Atau nanti dah besar, tahulah". Cuba kita sedar, kalau dia tak pandang kita tinggi, dia tak tanya kita. Baik dia tanya bibik jer.

I tulis semua ini sebab I sendiri bersalah. Adikku Hafiiz teringin nak ada blog sendiri untuk tulis resipi  dan catatan hariannya. Dah seminggu dah di mana setiap malam I balik rumah, mesti Hafiiz akan ajukan "Keknis, dah pikirkan nama blog Hafiiz ke belum?". I akan jawab "Nanti Keknis pikirlah" *dalam nada lesu letih*. Tapi si Keknis nih tak pikir-pikir pun. Dia tak register langsung dalam kepala otak dia, untuk peruntuk satu time, timbulkan idea untuk nama-nama sesuai bagi blog adik lelakinya nih. Permintaan adik dia tuh macam hembusan angin saja, yang bila tiada, dia tak terasa. Dia terlupa betapa tinggi adik dia letak kakak dia, sampai nama blog pun nak kakak dia yang namakan, nak idea itu datang dari kakak dia. Walaupun dia dah tingkatan 2, kakak dia masih jadi rujukan untuk sesuatu yang melambangkan dirinya. Sigh, nasib aku tersedar cepat.





Jadi renungkan, macam mana kita treat anak kecil / adik kita? Ingatlah, benda yang tak penting buat kita, mungkin means the world to them. Don't just hear them, but listen to them (jangan sekadar dengar, cubalah untuk mendengar).


p/s: here's a video update about my #WorldClassChocProject by Baskin Robbins!

37 comments:

  1. betul2...dulu semua nak fikir kenapa boleh jdi mcmtu knpa jd mcmni...rupa2nya dah beso barulah faham..teringat iklan burung murai tu..hihi

    ReplyDelete
  2. Waahh . Betull laa . Skarang baru saya tersedar . Thanks kak hanis :)

    ReplyDelete
  3. Yup... Its true!!! Tringat mse kecik2 duk tny itu ini kt parent sy.. Tp bila da meningkat dewasa.. Ad je trsrmpk ngn bdk2 kecik duk tny itu ini kt sy... kalo rajin,sy jawabkn... Kalo xrajin...em... Lalalala... N..no wonder ad sstgh bdk da xdtg cari sy nk tny itu ini lps tu...huhu

    ReplyDelete
  4. yap ! perkara yang selalu iolls buat !! ~ sorry my dear sister ..

    ReplyDelete
  5. Hahhaha hanis rasa serba salah kat Hafiiz.. So dah ada nama utk blog Hafiiz?:)

    ReplyDelete
  6. Mmg cam iklan burung masa raya tu la. Betul sgt..

    ReplyDelete
  7. Keknis try 'hafiiz2i' sebab nama dia ada 2 i :-D

    Ada ex-staff tanya psl gaji dia yg masih pending. Nak cuba mendengar bila org sms psl keje pada mlm Ahad :-P

    ReplyDelete
  8. apename bloh nye?? maybe ''inibeloghafiz'' hihi . its similar with your blog hanis

    ReplyDelete
  9. So, hafiz punya blog apa namanya? *pressure pressure*

    ReplyDelete
  10. So, hafiz punya blog apa namanya? *pressure pressure*

    ReplyDelete
  11. Setuju. Saya anak tunggal, takda adik dan tak pernah ada pengalaman layan adik2. Tapi bila start keja, saya dikelilingi anak2 majikan saya dan jujur saya selalu bagi dorang jawapan. "Ntah cuba google" sedangkan most apa yg dorang tanya saya tau. Terima kasih sebab sedarkan saya and promise lepas ni saya akan beri perhatian lebih utk "adik2" saya ni. Tq again :')

    ReplyDelete
  12. Nice..hope cpt2 la mendengar rintihan adik mu itu..

    ReplyDelete
  13. oo ooo... thnax for this entry..
    mcm terjaga dari tido....
    musti berubah!
    n lebih peka...
    i will listen to them after this..

    ReplyDelete
  14. Tiba2 akak tersedar. I have one officemates yang much more senior tapi segala benda pun nak kena tanya akak. The most recent question was, potassium tu apa, and apa fungsi dia. And I said, if I want to answer that, I need to Google it. So, might as well you google it yourself. And she didn't google it until I googled for her and explained to her.

    You go girl... u look ok dalam seluar corak2 tu. Tak nampak macam pijama langsung pun... And I loveeee you being Mariam in Kg Putat. Superb! Owh..akak buat entry ok, pasal Mariam nie. Suka sangat.

    ReplyDelete
  15. Saya ada jiran kecik umo 4 thn, saya 27. Kitorang selalu cycling sama2 dan 'hapuskan monster' selain mengelak 'api dan musuh'.
    Takpun, kitorang lumba basikal dlm 'perlumbaan yang sangat sengit'. Dan mak saya selalu tanya kenapa jiran kecik saya suka cari saya..

    ReplyDelete
  16. Saya ada jiran kecil umo 4 thn, dan saya 27. Kitorang selalu cycling sama2 dan 'menghapuskan monster' selain 'mengelak api dan musuh'.
    Takpun kitorang lumba beskal dlm satu 'perlumbaan yang sangat sengit'. Dan mak saya tanya kenapa jiran saya suka cari saya..

    ReplyDelete
  17. cepat cepat carik mak!!...:)))...

    ReplyDelete
  18. Bru tersedar jugak..
    Tengs hanis sbb ingatkan (;

    ReplyDelete
  19. thanks hanis. untung u sedar cpt. I de anak sendiri baru sedar.

    ReplyDelete
  20. thank you hanis, it's true.
    I ada anak sendiri baru sedar benda2 camni.Untung hanis awal2 dah sedar n ingatkan kami semua :)

    ReplyDelete
  21. yes betullah tu adik selalu tanye mcm2 to me. kdang mls nk jawap soalan mudah kdang jawapla kesian...hi3

    ReplyDelete
  22. ha3 its true mase kecik semua tak tau bile dah besar macam berlagak tau plk hihihi

    ReplyDelete
  23. yes betullah tu adik selalu tanye mcm2 to me. kdang mls nk jawap soalan mudah kdang jawapla kesian...hi3

    ReplyDelete
  24. yes betullah tu adik selalu tanye mcm2 to me. kdang mls nk jawap soalan mudah kdang jawapla kesian...hi3

    ReplyDelete
  25. tnpa sedar gugur airmata sy bila bc entry nih..honestly sy pn terkadang treat my doter cm tuh...

    ReplyDelete
  26. Betul lah hanis..i pun selalu fikir mcm tu dulu!!! My parents are the best!!! Bila flashback rasa klakar pn ada

    ReplyDelete
  27. Kampung parit tengah yong peng ke? Nenek saya masih disana. Arwah atok pon baru meninggalkan kami Januari lalu.

    ReplyDelete
  28. Parit tengah yong peng. Kampung saya di parit tengah yong peng.

    ReplyDelete

No proper ID, no proper comment, down you go the freaking spam drain. Receiving happy vibes!