Pages

Wednesday, March 13, 2013

Perempuan dan Insecurities


Perempuan.

Sentiasa insecure. Tak pernah puas. Kurang bersyukur.

Even Gisele Bundchen yang serba-serbi sempurna pun mengaku tanpa Photoshop tanpa airbrush siapalah dia… wehhh Gisele Bundchen insecure wehhh, apatah lagi kita-kita yang takkan keluar rumah tanpa tepek BB cream ini.


Tanda-tanda Insecurity Parah Kepada Jiwa dan Adab Anda:
Satu.
Ada saja anggota badan kepunyaan diri yang mahu dikritik setiap pagi, setiap kali melintasi cermin, setiap kali minum petang melantak froyo/durian crepe/cuppacakes bersama rakan-taulan (sambil mulut mengomel omg babes perut aku dah berlipat). If you’re not doing anything about it, stop saying it out loud. Elok-elok orang tak perasan, now itu saja yang orang ingat tentang dirimu.

Dua.
Kalau pasangan kita mention ada perempuan yang dia anggap cantik, terus FUWAHHH YOU SUKA DIA YOU PERGILAH KAT DIA!!! Padahal mamat tuh mention eh cantik Lisa Surihani/Megan Fox/Selena Gomez/perempuan2 yang luar gapaian dia pon. Insecure sangat sampai merajuk, sampai you rasa dia lagi cantik dari I ke, you pergilah kat dia I nak tengok you boleh dapat ke dia… Hahahahahahahahahahaha boleh tahan nak kena tunjal dahi tuh. Hashtag insecurity parah. Kalau awak bersama lelaki yang tahu menghargai kecantikan wanita, syukurlah dia memilih awak. That man got taste!

Tiga.
Meraikan dan meng-highlight cela dan kelemahan fizikal wanita lain. Inilah shout out I-AM-INSECURE yang paling tak boleh dibendung. Case in point, (contoh paling berleluasa) cuba usha bahagian komen selebriti wanita yang upload gambar dia sendirian. Tengok jantina mana yang paling banyak komen “kenapa kurus sangat ni” “eh besarnya pores” “eyebags tuh nampak sangat awak penat”. Kalau upload berdua bersama wanita lain pula “mmmm dia lagi cantik dari awak” “kenapa awak nampak pendek sangat ni” "hahaha duduk sebelah terus obvious gemok" .

Bila berjumpa dengan saudara mara atau kenalan lama, siapa lagi nak buat komen-komen lazim atas fizikal each other? Pastilah para wanita. "Dah naik eh badan kau" "Asal kau makin gelap" "Dulu seingat aku kulit kau licin". Again, meraikan dan meng-highlight cela dan kelemahan fizikal wanita lain. Benar-benar terpancar insecurities melalui adab percakapan.


Why is it always a beauty contest? Why? Cukup-cukuplah itu sebagai perlakuan/akitiviti para lelaki (bila diorang duduk di kalangan mereka) yang buat kita rasa teruk. Kenapa kita pun nak jalankan aktiviti macam tu? Kenapa kita tak henti membandingkan? Kenapa kita tak lari dari saling mengutuk? Kenapa kita nak rate-kan semua wanita yang kita jumpa? Kenapa kita nak satu dunia tahu #insecurityparah kita tuh?

Sigh.

Kenapa kita tiada sisterly bond (one woman to another), untuk menaikkan semangat masing-masing? Untuk menutup kelemahan masing-masing? Untuk menyokong kebaikan dan kelebihan masing-masing dan menepis segala gundah dan insecurities yang kita tahu kita masing-masing ada?

I am insecure. You’re insecure. We don’t need any more of it. Kita sama-sama perempuan. Maka dari seorang perempuan ke seorang perempuan yang lain, saya rasa awak cantik.



21 comments:

  1. Kadang kadang takut juga dengan apa yang dipanggil beauty. Takut dengan menjadi cantik.

    Sebab dunia gilakan kecantikan fizikal. Sampai sanggup buat apa je..... even sane people kill...

    ReplyDelete
  2. Yeah right! Tak perlu nak mengeluh dgn apa yg ada pada kita. Redho jela... #lawakkeder2

    ReplyDelete
  3. True! Terima kasih keknis, keknis cantik juga :)

    ReplyDelete
  4. I love post like this from you =D Very real life, very human, very you, very inspirational, thank you very much =D You rasa I cantik? Good taste! =P

    ReplyDelete
  5. Dan saya rasa awak tersgt lah cantik. Nice post you have here. "reality button" hit! Tersedar yg I dulu adalah semua yg di atas.

    ReplyDelete
  6. Awak memang cantik haniss...

    Selalu berlaku penyakit ni pda wanita yang cantik...tp awk tak...baguslahh...

    Keep it up...sy suke entri ni... walaupun cantik tp masih lagi low profilee...sweet..take caree xoxo

    ReplyDelete
  7. I am beautiful, so are you. We are indeed!

    ReplyDelete
  8. Well said, Hanis. A woman should appreciate another woman, because no one knows how it feels to be a woman, accept a woman herself.

    ReplyDelete
  9. Sisterly bond.. way to go hanis.. u gorgeus u know.

    ReplyDelete

No proper ID, no proper comment, down you go the freaking spam drain. Receiving happy vibes!