Pages

Wednesday, April 8, 2009

Tips kecantikan dan solekan


Sila jangan harapkan apa-apa sangat dari entri ini kerana menanyakan saya tips kecantikan adalah seperti meminta ketam ajar anda tuition catwalk. Gambar di atas ini pun nampak mulus sebab cameraphone yang membuat wajah tampak sesuai untuk iklan Safi Balqis :')

Atas sebab permintaan ramai, marilah saya kongsi tips 'grooming' yang sesuai untuk lelaki dan perempuan. Sebelum mula, saya sedikit terkilan bila ada yang meminta saya menyediakan entri 'tips bersolek' walhal, entri itu telah lama saya buat dahulu ketika menjadi model untuk Lancome. Maka tips solekan boleh didapati di entri How To Do Proper Make Up. Harap dapat membantu :)

WAJAH
Toner/penyegar merupakan bahan terpenting dalam satu 'skin regime'.

Toner/penyegar berfungsi untuk menutup liang roma anda. Sebelum skrub muka, harus menutup liang roma dahulu, untuk mendapatkan pengelupasan sel kulit mati yang optima.

Sebelum bersolek juga harus tutup liang roma dahulu untuk mengelakkan make up termasuk ke dalam liang roma dan menyebabkan ianya kekal di situ hingga bulan depan. Eh maksud saya, untuk mengelakkan liang roma tersumbat dan menambahkan jeragat.

SEBELUM PAKAI PELEMBAP JUGA HARUS PAKAI TONER KERANA PELEMBAP HANYA PATUT BERADA DI PERMUKAAN KULIT, TIDAK PATUT DISERAP OLEH KULIT.

Secara kronologinya begini:

1. Cuci muka dengan pencuci muka dan bilas.
2. Pakai toner/penyegar.
3. Skrub muka menggunakan facial skrub yang ada jojoba beads.
4. Cuci muka dengan air.
5. Pakai toner lagi.
6. Pakai mosturizer/pelembap.
7. Mula solekan!

Hanya dengan regime di atas barulah solekan anda stay di muka dengan jangka masa yang lebih panjang :)

Kening harus sentiasa dijaga rapi untuk menonjolkan mata, bentuk muka dan hidung anda.

Skrub muka 3 kali seminggu. Skrub yang wajar dipromosikan di sini ialah Syahirah: Gel Pengelupasan.

Tidur awal. Ini bukan sahaja merehatkan kulit, tetapi telah menambah ketinggian kepada saya dan ramai rakan tinggi saya. (Kecuali anda dah cecah umur tumbesaran sudah berhenti).

Lindungi wajah dari matahari. Paling penting, sebab jikalau kulit diabaikan dan terdedah kepada pancaran matahari, memang muka cepat kering seterusnya berkedut dan berbintik hitam. Cara lindungi: Pakai bedak asas ikut ton warna kulit anda. Sunscreen tipu jangan pakai.


BADAN
Beli 'body scrub' dan skrub kulit yang kusam. Yang orang paling selalu terlepas pandang ialah keperluan meng-skrub siku dan lutut!

Buat bicycle kick sebelum tidur untuk kaki cantik. Maaf tiada video demonstrasi ya.

Memakai kasut sepatu tinggi sebenarnya banyak membakar lemak kerana otot-otot yang terpaksa digunakan untuk menstabilkan badan.

Jangan cukur bulu ketiak kerana ia akan menggelapkan kulit di bahagian tersebut. Sebaiknya pergilah wax. Kesakitannya setimpal dengan keputusan akhir. Memang berbaloi (tagline Kamdar).

RAMBUT
Cuci selang sehari, bukan hari-hari, untuk mengelakkan rambut kering dan rambut senang gugur.

Jangan kedekut untuk lumur conditioner/perapi rambut setiap kali cucian. Lumur banyak-banyak tetapi elakkan bahagian akar rambut, kerana minyaknya boleh menyebabkan rambut cepat gugur.

Tabur bedak talkum di bantal sebelum tidur. Untuk rambut wangi dan tidak berminyak esok hari! Dilarang tabur di rambut selepas bangun dari tidur, sebab ia tidak ada masa untuk sebati, maka akan kelihatan seperti anda mahu berlakon tua dalam sketsa depan kelas, atau anda pengeluar terbesar kelemumur.

Jangan ikat rambut atau pakai tudung ketika rambut masih basah.

Untuk elak rambut nampak penyek, ikat tinggi sebelum sarungkan tudung. Lagi vogue nampak macam orang Arab :)

Lindungi rambut dari terik mentari.



Baiklah itu sahaja yang saya sempat compile di tengah-tengah busy schedule ku ini. Semoga berjumpa di lain hari. Ingat, yang paling penting, jaga pemakanan! Kalau taknak boikot McD sebab tak berapa relevan dengan Israel, boikot lah ia untuk kesihatan dan kecantikan anda! BUKAN MCD JE, MAGGI KFC SEMUA PUN. Amalkan pemakanan dan peminuman yang halal untuk cantik semulajadi ya. Untuk masakan rumah berkhasiat, cekidaud belog emak saya :) Sempat lagi.

100 comments:

  1. oh... yang lain dah cuba.. yang belum cuba adalh tabur bedak di bantal.. habislah bedak johnson anakku lepas ini :D

    ReplyDelete
  2. kesimpulannya penggunaan toner amat penting...ade suggestion toner yang baik tak??

    er, umo 25 tahun cam sy ni tumbesaran dah terbantut ke belum ek??

    ReplyDelete
  3. hoh..banyak tips jugak ni..thanks u bebeh..

    ReplyDelete
  4. Bagus tips ni. Nak praktis sekarang jugak!

    p/s : kalau guna tips nih boleh jadik cantik cam hanis ker? kalau tak boleh taknak cuba

    bye

    ReplyDelete
  5. owh saya akan cuba ikut dat beauty regime.salu lupa nak toner.huhu

    ReplyDelete
  6. salam alaik

    saya mempunyai masalah jerawat
    adakah pemakaian toner dan scrub sesuai dengan kulit sebegini?

    ada tips/pantang larang yang lebih khusus untuk mereka yang mempunyai kulit berjerawat + berminyak tak?

    terima kasih :)

    ReplyDelete
  7. hey girl!i think tat tips might be useful to me since I'm always ignoring facial regime.Thanks anyway! :)

    ReplyDelete
  8. xde org komen lg ker?
    weeeeeeee~~~
    (bangge giler being the 1st comment)
    nway hanis,best giler all ur tips!
    i want more!i want more!i want more!
    hanis rawk lahhh!

    ReplyDelete
  9. Waahh.. sukanya =)
    Tak kesah lah mak ketam ajar catwalk ke hapa ke kan.. tips berguna nih.. sharing is caring.. TQ Hanis.

    Take care.

    ReplyDelete
  10. thanx 4 ur tips hanis...=)

    actually, u still study kan..
    amek kos ape??

    ReplyDelete
  11. halu...kalo awak ader twitter lagi best..join la twitter.. http://twitter.com/akusape ni twitter sayer..

    ReplyDelete
  12. hanis, sila letak gambar step by step mcm dlm majalah, wah demand, huhu, announcement: kepada sesapa yg blom add Hanis Zalikha fan group, boleh la meng add kan nyer di facebook, juz search/wings pon bestgak, ok just search 'hanis zalikha', thankkk

    jgn cukur ketiak berbulu
    thankiyuu

    ReplyDelete
  13. hehehehhe...
    bagus r hanis nie..
    ngeee love it!!!

    bagus bagus bagus..
    boikot mcd...
    hei tak relevan ke??
    bukan relevan ke??

    ReplyDelete
  14. haii salam kenal..selalu peek ur blog hahaha....first time nak comment ni...thanks for the tips...byk sgt yg i tak tahu nampaknyee (nampak sgt tak rajin baca majalah) silalaa buat lagi entri2 seperti ini yer..

    ReplyDelete
  15. hanis, and the best toner is..?

    tq!;)

    ReplyDelete
  16. yeye, suke tips macam ini.
    nanti boleh jadi cantik macam hanis okeh;p

    ReplyDelete
  17. sejak buat bisnes mekap..banyak keluar tips ya...

    ReplyDelete
  18. Good stuffs hanis! :)
    Okay nak try jugak letak bedak kat bantal sblm tido. Compact powder boleh guna tak ;ppp

    ReplyDelete
  19. alo..
    1. nice blog!
    2. good entry

    will share this with my wife, dia minat dengan make-up tips.. tp dia cuma cuci muka dengan air putih je..

    ReplyDelete
  20. erm body scrub apekah yg paling mujarab?blh suggest tak?

    ReplyDelete
  21. oh...
    begitu...
    saya baru tahu perlu sapu toner sebelum scrub muka...
    selama ni saya ingt perlu pastikan liang roma terbuka , then scrub supaya dapat mengeluarkan segala kotoran yang tersumbat dalam liang pori..
    salah yer??
    huhuhu...
    baiklah...
    terima kasih byk2 utk tips anda !!!
    anda mmg rajin berkongsi tips...
    teruskan usaha...
    semoga anda dimurahkan rezeki lagi...
    :)

    ReplyDelete
  22. dengar kata talcum powder blh cause cancer.... BUT I STILL DO THE TALCUM FOR THE HAIR THING... tak mkn saman...

    ReplyDelete
  23. tips yang i rasa unik tp i akan follow gak: tabur bedak kat bantal sebelum tido..sumpah mmg tak penah dgr or baca or tahu pasal tips tue..

    thanks hanis! :)

    ReplyDelete
  24. Betul ke guna Syahirah tu? Ke buat lawak? Haha

    ReplyDelete
  25. salam.. uihh baguih baguih..tips dari sumber yang blh dipercayai ni (err u la..)..leh ikut..thanx ya.. btw tips utk diet xde ke? how to be slim as HAnis Zalikha etc..

    ReplyDelete
  26. i really like the tips pasal
    pakai toner dulu baru skrub muke and also pasal letak bedak kat bantal.

    malam nti nak try..


    thanks a bunch hanis

    ReplyDelete
  27. Truly an educational entry! Thanks for sharing even though dah dengar LIVE from you last Friday huhu.

    P/S: Tergelak baca that part pasal talcum in your hair :P

    ReplyDelete
  28. Jangan cukur bulu ketiak kerana ia akan menggelapkan kulit di bahagian tersebut...

    *tengok ketiak sendiri*

    Haaaa. Yee laaaa

    ReplyDelete
  29. nice tips hanis. sincerely xpenah tahu pun kena pakai toner dulu. main pakai je make-up. sgt noob.. =.=!

    btw, sorry for asking u make-up tips.
    xter-belek post lama.my bad..

    *suka baca blog kamu =)

    ReplyDelete
  30. mekasih cik habis yang cantek molek kiutt miutt (sila belanja makan aiskrim)

    ReplyDelete
  31. thanks for da tips... omg... byk yg saya sudah terlepas pandang... harap2 masih tidak terlalu tua utk start...

    tip paling best - letak bedak di bantal tido.... bkn sahaja rambut x berminyak dan berbau wangi, tp suami pon makin hari main sayang... ngeeee....:D

    ReplyDelete
  32. walahweh..tips dari seorang model paling famous kat blogger malaysia.

    tenkiuuu babe

    ReplyDelete
  33. Kakak Zalikha!
    Hyeee..
    I love to read ur blog!
    byk sgt useful info!
    thank u for that!
    ara harap, ur next entry akan menyebut psl tips menjaga bdn agar tetap langsing!
    hihi!
    coz ara senang gumuk but susah kurus!
    or or entry bout how to kawal nafsu makan!
    Hahaha!
    =)
    Harap kakak dpt tunaikan hasrat ara!

    ReplyDelete
  34. "Untuk elak rambut nampak penyek, ikat tinggi sebelum sarungkan tudung. Lagi vogue nampak macam orang Arab"

    Macam unta daa.

    ReplyDelete
  35. sy nk tmbh satu tips....
    time cuci muka 2,selawat n baca doa tgk cermin...
    insyaAllah muka berseri-seri n tampak muda...
    apa yang penting niat anda...
    tp x slh mencuba something new in our life...
    i like your blog with those useful tips...
    thanks hanis..

    ReplyDelete
  36. sy nk tmbh satu tips....
    time cuci muka 2,selawat n baca doa tgk cermin...
    insyaAllah muka berseri-seri n tampak muda...
    apa yang penting niat anda...
    tp x slh mencuba something new in our life...
    i like your blog with those useful tips...
    thanks hanis..

    ReplyDelete
  37. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  38. melon.: baiklah.

    C!kPuanMuda: haha nanti tiba-tiba anak bontot ruam selalu.

    cujen: toner yang baik adalah toner yang tidak berminyak muka selepas kita pakai. belum discover the best lagi. sekarang pakai clarins. 25 tahun? hmmmmmmmmmmm. haha.

    peej: your chemmot is so bloody comel! eh is that what you call it?

    inn: woh ingat sekop kepala je boleh ketat. sayang pun boleh ketat woh.

    Chooyaya!: haha kalau muka jadi macam wajahku, jangan menyesal, tak boleh patah balik *takut2kan*

    f.i.e.z.a: bagus good girl.

    Ibnu AbRaawi: berjerawat? jangan scrub! nanti merebak dan kemerah-merahan. tapi amalkan pakai toner ya! selalu jemur dan tukar sarung bantal. dan detect makanan apa yang setiap kali makan, jerawat naik. detect mulai sekarang dan hindari :)

    Ariana Naziha Aris: glad i could help :) kita orang perempuan nih..*ceh dah nak start membebel*

    ucu adah: best bila ada orang appreciate :)thanks!

    Tny: sharing is caring betul betul betul.

    violet: business study! :)

    akusape!: satu hari kalau saya join, adalah sebab teringatkan komen ini.

    Abby ♥: oh em ji, my own fan page :') youre the best babe! haha amboi step by step nanti jemu tengok muka nyah.

    NIMI♥ Co.: rasanya relevan, but since ramai orang tak rasa begitu, so buat disclaimer awal2.

    Farah: kena bayar. haha jk.

    SoFiA.opY: belum jumpa lagi! tapi the best toner ialah bila kita pakai, muka rasa sejuk dan tidak berminyak.

    riri: anda sure anda nak macam saya? sure?? sure gila???

    ajai arif: hehehehehe

    Aida Narina: kalau nak rambut perang gunalah compact powder. *nada serious sebab nak menipu*

    Asraf Sani: good! oh air putih? air wudhuk! thats great :)

    H a n e y: pilih yang banyak beads! body shop boleh :

    Hunny MJ @ PinkyRetro: alhamdulillah kepada ayat terakhir.


    Aphra_(T)Bandaran: true!


    Shikin Hambali: yang penting jauhi semburan2 beracun.


    .i.z.z.a.t.i.: ingat, sebelum tidur!


    Ayyman Rahim: betul.


    iQa: wah. okay! insyallah coming soon. tell all your friends and semua orang kampung all.


    faradeeba: semua i belajar masa modeling dulu :)


    Izuan: hahahaha sambil makan puding enak.


    1412: hahahahahahaha


    Safira HaSSan: *angguk kepala dengan laju seperti patung kepala besar yang letak di dashboard kereta*


    a n o n: its alright. then i tahu what my reader wants :)


    LiLacFlA: ya allah tak cukup dengan tips T_T haha.


    Oyis: OMG NAK JUGAK ADA SUAMI.

    bvlgarigirl @ Arianna: LAMA TAK DENGAR PERKATAAN WALAWEH, MUNGKIN SEBAB LAMA TAK BERGAUL DENGAN CINA :'(


    Farah Wahida: insyallah coming soon aite? tungguuuuu.


    slmba's: unta kan cun. panjang bulu matanya. kalau tak cun, takdenya dia jadi duta bank :B


    CDA: me giving out tips dapat more tips in return! thanks!

    ReplyDelete
  39. arigatoo gozaimasu Hanis sensei (^_^), informasi yang baik dan akan dicuba!

    ReplyDelete
  40. hi hanis,
    tips ni semua sgt berguna.thanks.

    oh btw, just nk share,skrg ade krim Erisya untuk cerahkan ketiak dan celah peha sekali.

    hihi.

    Q:suggestion body scrub yg bagus ape dia ek?

    ReplyDelete
  41. ooooo baru akak tau...
    ada menda baru yg telah adik manis kongsikan ..

    ReplyDelete
  42. okeh! (dengan determation melampau)

    boikot mcd untuk chantek! HAHAHA

    ReplyDelete
  43. toner tanpa alcohol jer yaaa

    alcohol with make your skin dry and make you break out....

    ReplyDelete
  44. Hanis, beautician/sa C*linique cakap scrub muka dulu, lepas tu baru cuci muka dengan pencuci muka.Yang mana satu ni hanis?

    ReplyDelete
  45. hey..great tip about kronology tu.i didnt know put on toner b4 scrub.thanks a bunch..no wonder im getting fugly.hahaha

    ReplyDelete
  46. wahwah.mksey tips kamu cik anes~

    ReplyDelete
  47. thanks hanis.
    hihi.
    suka btul entry ni.
    =D

    em nak tanye bole?
    hanis pakai toner ape?

    ReplyDelete
  48. hmmm x bley basuh rmbut tetiap hari ke..sy basuh n shampoo tetiap ari nk bg rmbut segar n bouncy...x bagus rupanya..anyway i love reading ur blog...full of interesting posts :)

    ReplyDelete
  49. eh gila, teringat aku time mpt5 mama (kau) mekapkan adik (koni). Huh. geli tak baca komen kali ini. Tapi yes KAU MEMANG PANDAI MEKAPKAN ORANG. SAMPAI TINA WANI SEMUA MASUK BILIK NAMPAK AKU TERUS INGAT NORJUMA VERSI PENDEK TSK.

    ReplyDelete
  50. syahirah ok erk?
    ari tu t'tgk gk produk tu..
    tp x sure nk bli ke x..
    huhu..
    stil searching 4 prfect product 4 me..
    nk ilangkn scars mOstly..huuu~
    ade cadangan membina x?heee~
    tq!

    ReplyDelete
  51. terima kasih atas tips tu ya hanis
    saya dah lawat blog mak awak
    best cite-cite dia
    santai sangat

    nak sangat jumpa mak awak
    blaja wat kek
    (saya cuma pandai buat kek coklat samada kukus atau baked dan kek biasa)

    terima kasih sekali lagi~

    ReplyDelete
  52. adakah penggunakan susuk digalakan oleh anda?....hahaha

    ReplyDelete
  53. patutlah rambut saya senang gugur, hari2 syampu..

    thanks for the tips Cik Pretty!

    ReplyDelete
  54. Hak hak hak.
    Ni untuk lelaki pun boleh pakai ke ni :p

    ReplyDelete
  55. wahh patutla muka saya tumbuh jeragat ><

    terima kasih sangat2 hanis! banyak tips ni huhuhuhu

    ReplyDelete
  56. owh.. tips kecantikan... nice...

    ReplyDelete
  57. omg baru perasan ada spelling error dalam my previous comment malu2

    i meant to say "determination" bukan "determation"

    EXCITED SANGAT DAPAT TIPS BARU SAMPAI SILAP TAIP HAHA

    ReplyDelete
  58. hanis..
    u ade cakap pasal wax kan...
    mcmane nak buat ea??
    ley xplain lgi...?

    hope sangat...=)

    ReplyDelete
  59. saya ada masalah kulit berminyak.
    dah banyak kali tukar jenama tapi asyik bermasalah je.
    btw, ada tips nak hilangkan jerawat dengan parut jerawat x?

    ReplyDelete
  60. YEAH! I'LL BE WAITING!!! =) THANKS!

    ReplyDelete
  61. siapa nak nampak macam unta boleh lah ikat rambut tinggi-tinggi agak-agak dalam setengah meter macam perempuan arab. kalau boleh biar sampai boleh teka rambut panjang mana.

    eh. tak payah pakai tudung lah gitu.

    haha

    ReplyDelete
  62. huhu betul2 berguna la bukak page ni. tak rasa menyesal. :)
    maybe hanis ni tertinggal satu lagi benda. Kita kena minum banyak air suam. Kalau kat kedai2 makan pun, mintak je air suam. Sebab air suam ni elok untuk membersihkan badan. Ramai orang tanya, kenape saya makan byk coklat n kacang tapi takde jerawat, rahsia die air suam je la. Perasan kan budak2 chinese selalu bawak air kosong? huhu.. daa

    ReplyDelete
  63. baaabe..thanks for the useful tips..

    selama ni tak tau pun kene letak toner dulu sebelum gune scrubs!!!

    ReplyDelete
  64. hanis pnah ada parut tak?
    de idea cmne nk ilangkan parut?
    n 1 more thing..
    mmbe i malu nk tnye u,so die suruh i tnyekan?(sila abaikan prnyataan td..)
    klo bwh lengan dh itam cmne?die pkai wax n kulit die menggelupas pastu..

    ReplyDelete
  65. hanis..xplain la bicycle kick tu cmne?curiously na tawu criusly na buat huu

    ReplyDelete
  66. oh btw, bicycle kick tu adalah dengan me-six inches kan badan anda. terkujur seperti tidor namun angkat kedua2 kaki dan mengayuh mcm basikal. takkan kayuh perahu kan?. akan terkesan pada peha dan abdomen.
    make sure more than 20 per set. utk rasa the muscle pull.

    ReplyDelete
  67. hye ..
    can u give an advice to be fit like you..??
    please. you are so gorgeous..

    ReplyDelete
  68. pky toner byk2 x hakis kulit ke? kalo kulit sensitif cmne doc??hehe

    ReplyDelete
  69. tido ada kaitan dgn pnmbhan ktggian ker?? xtau plak..huhu

    ReplyDelete
  70. Salam sejahtera..Boleh x cik hanis sertakan disini jenama toner,pelembap,pencuci serta alat2 mekap yang cik hanis pakai?

    ReplyDelete
  71. Salam sejahtera..Boleh x cik hanis sertakan disini jenama toner,pelembap serta alt2 mekap cik hanis pakai?

    ReplyDelete
  72. salam

    wha! such an informative entry.
    baru tau! thnx!

    tapi nak tnya
    i have skin problem problem. dah agak lama. my skin quite sensitive and currently i'm using pencuci muka yang di prescribe oleh specialist.
    tp, xde toner2, scrub2 sume ni.
    if lets say i guna juga toner (macam hanis cakap, the best toner is Syahirah kan), ada side effect ke?
    meaning i campur2 brand?

    tq! :D

    ReplyDelete
  73. salam kenal cik hanis yg cantik lagi rupawan

    owh saya mmg pemalas nsb baik bkn pengotor hehe

    nice to meet u,nervous nya first time komen kat blog hanis ni

    ReplyDelete
  74. i like ur blog....like almost bout u...hi5

    ReplyDelete
  75. Assalamualaikum...
    Tips kecantikan 1 - amalkan meminum susu TANPA gula. Tips 2 - perbanyakkan minum air suam JANGAN bermanis gula. Tips 3 - elakkan menghisap rokok atau mengambil bahan2 berunsur dadah dan kimia. Tips seterusnya untuk kecantikan sejati:

    Tips Kecantikan Sejati

    Semoga dpt memeriahkan lg dunia kecantikan yg masih tk seberapa di internet ni...(melayu la...)

    ReplyDelete
  76. hei hei jangan pakai tudung sanggul tinggi cam owg arab tuh. dose2!

    tak cium bau syurga..!!

    ReplyDelete
  77. yang penting.. rajin basuh muka.. minum air yg banyak bg mengurangkan masalh JERAWAT :D beri ruang untuk muka kita bernafas.. kurangkan penggunaan make up....

    ReplyDelete
  78. salam kenal...blognya asyik...!!!

    ReplyDelete
  79. salam kenal cik hanis yg cantik lagi rupawan

    ReplyDelete
  80. hi cik hanis zalikha ..psl lumur bedak kt bantal tu .pg2 bangun rambut x putih ke ? hehe

    ReplyDelete
  81. mencari petua untuk kelemumur..Ada? Sekarang hari-hari memang terpaksa bersyampu:(.

    Mujurlah jerawat dah hilang sebab makan herba DHEMO.
    http://ffbeauties.blogspot.com/

    ReplyDelete
  82. akak,nak tanya,kalau muka jenis berminyak still kena pakai toner jugak ke??dengan krim malam kalau muka berminyak x perlu pakai hari2 ke?? coz ada pharmacist kata x perlu nanti muka tambah berminyak...sya pkai safi balqis perfect 10..

    ReplyDelete
  83. akak,kalau muka jenis berminyak perlu pakai toner lagi ke coz pharmacist kta x prlu sebb nnti muka tmbah berminyak..krim malam pn ktanya x perlu pakai setiap hari....musykil la kak

    ReplyDelete
  84. WANT TO HAVE A FAIR SKIN?
    INGINKAN KULIT CERAH?
    CALL / SMS 016 271 5447

    - Can be applied all over the body - face, hand, leg etc.
    - No exfoliation
    - Organic & Halal
    - Special Promotions offered

    ReplyDelete
  85. Salam uols!

    Syarikat kami adlh Produk Kecantikan Dr Nabisar Natural yg berasaskan 100% HERBA semulajadi, tiada bahan KIMIA. Pasti SELAMAT & yg plg penting tue adalah SIHAT!!!
    Buat masa skrg, kami tgh buat promosi raya haji dgn memberi diskaun sbyk 55% modal hanya RM 299 utk menjadi AGEN produk kami... cepat tau!

    yg berminat boleh pm di www.facebook.com/pages/DR-NABISAR-NATURAL, kilik LIKE sama yer.. atau layari website kami: www.drnabisar.com

    10Q sudi baca :)

    ReplyDelete
  86. assalamualaikum...wah ..terbaiklah kak hanis! memang tak lokek kongsi ilmu..good! :)

    ReplyDelete
  87. terimakasih ya atas tipsnya .. :)
    oya lain kali klo ada tips memilik kaos kaki wanita wan ting bagi juga ya...
    Mega sukses dan kami tunggu artikel berikutnya ...

    ReplyDelete
  88. thank ya sangat membantu


    kalau mau tau rahasia cantik para artis main ke web ku yaa ^_^
    beauty water

    ReplyDelete

No proper ID, no proper comment, down you go the freaking spam drain. Receiving happy vibes!