Pages

Sunday, January 20, 2013

Preparations for Gunung Kinabalu Hike

Preparations for Gunung Kinabalu Hike
Persiapan untuk Mendaki Gunung Kinabalu


Alhamdulillah, puncak Gunung Kinabalu telah saya tawan, permulaan paling woah untuk tahun 2013.


Training: I have none. Kinabalu Climb memang dalam list perkara yang nak dibuat sebelum 30tahun, tapi I didn't know the opportunity would come knocking so soon? Allah and His timing for rezeki... Abang Mat Jepp (my director for Samsung Galaxy Camera tv capsule) tahu my passion for outdoorsy stuff, so bila suddenly ada kekosongan yang tak diduga (al-fatihah to Abang Rabbani), he immediately thought of me. "Adik, kitorang ada shooting kat Gunung Kinabalu, ada satu tempat kosong nak ikut tak? Semua dah dibayar cuma beli flight tix sahaja" HOI NAK! Terus beli flight ticket LOLOLOLOL.  Terus suruh my PA postpone semua shoots yang I ada dalam tarikh itu. Maka bayangkan betapa takde trainingnya diri ini (cuma mengharapkan daki Broga dua kali seumur hidup, dan senaman menari-nari sebelum mandi yang selalu buat 2kali seminggu).

Jadi, ya. Training saya sekadar daki Broga dua kali, dan senaman nari-nari sebelum mandi, 2kali seminggu. Itu saja, jujur. Oh tapi agak intensive tau senaman nari-nari sebelum mandi itu, ehem.

Mentally: I was up for it! I was passionate about it! Mungkin sebab itu I managed to do it. I tidak ditakut-takutkan dengan "beraninya, kau tahu tak nak climb kena ada training?", sebab my abang-abang semua (Abang Mat Jepp, Azrin, Zul, Halim dan Wan) jenis rilek jer. Biasanya orang yang takut-takutkan ini adalah tour guide / facilitator yang malas nak bawa orang lembik. Yang malas nak tunggu kau cungap-cungap. Yang cuma nak bawa orang fit dan senangkan kerja dia. Jadi jangan letak sedikit gentar pun dalam diri sebelum daki Gunung Kinabalu. Buat rilek jer, sure sampai puncak.

Monetary: Untuk flight ticket MAS I paid pergi balik roughly dalam RM700. Pernah naik Air Asia (if you can bear with it, clap clap) dalam RM400. Bila sampai di sana, takkanlah nak climb terus kan, tidurlah satu malam di Kundasang (sediakan budget untuk ini), kemudian bila dah daki, kena bermalam di kilometer 6 iaitu di Laban Rata (RM350/malam). Bermalam kat Laban Rata tuh macam cabin/hostel lah, sebelum teruskan pendakian selebihnya lagi 2km ke puncak. Makanan semua disediakan. Sebenarnya semua ini dah dipakejkan kalau taknak pening-pening, contact saja Sutera Sanctuary Lodges. Boleh anggarkan dalam RM700 lah seorang untuk satu pendakian (tak termasuk flight tix dan Kundasang stay). Sediakan jelah seorang RM2000, senang to be safe. Tapi takde sampai cecah pun RM2000, most probably around RM1600.

KLIA

KKIA


Hiking gears: Ha ini part yang paling exciting! Membeli-belah. I akan listkan benda yang you patut ada, kalau takde sila pergi beli. Kalau you beli semua ini, ada suara sumbang poyo yang akan kata "weh takyah beria lah dol, orang Kadazan Dusun daki pakai kasut getah jenama Abibas pastu pakai singlet je woi". Sila mute orang-orang begini. Sebab in the long run, ankle, lutut, stamina, paru-paru anda yang terjejas kalau tak fully-equipped, bukan mereka. Diorang dah terer, biarkan mereka. Kita tak terer, kita shopping puas-puas. Eh? Hewhewhew.

1. Hiking shoes: Okay kena beli yang tapak dia getah dan sangat-sangat grip. Ringan. Tak serap dan simpan air. Beli size yang memuatkan stoking tebal plus ankle guard, dan sedikit ruang di hadapan jari supaya tak sempit di kuku waktu turun gunung. 

2. Glove: Pilih yang bukan cotton takut nanti serap air jadi sejuuuuk. Tengok bahagian tapak tangan, perlu ada grip getah, sebab nak daki gunung guna tali di kilometer 7.


3. Ankle guard, knee guard, semua guard lah. Shin guard takyah. Beria ekau, siapalah yang nak sepak kaki ekau masa daki tuh. Just kidding, shin guard cuma akan menambahkan berat, and the point here is to be as lightweight as possible to ease the climb.

4. Socks tebai: Make sure tebal! Supaya selesa gebu gebu.

5. Jacket: Beli yang water resistant dan tebal. Sentiasa ingat yang kat atas tuh sejuk, kalau sejuk lagi cepatlah kita lembik sebab lapar, so protect yourself. Jangan lupa beli yang ada hood/tutup kepala. Sentiasa anticipate hujan ya kawan-kawan. *tambahan, boleh beli baju hujan plastik kalau nak.

6. Seluar: Beli seluar kalis air, jenis track suit tebal tuh. Lebih elok yang ada zip kat lutut, boleh jadikan seluar pendek atau panjang. Sebab throughout the climb, kalau sakit otot, boleh buka zip terus, pastu spray betis dengan Salonplas Pain Relieving Spray (wah iklan ke apa).

Tapi for me, I pakai dua lapis leggings. Satu leggings Uniqlo (yang ada heat-tech, mengumpul haba badan, diorang jual time winter season saja), lapisan luar pakai leggings biasa. Senang bergerak dan ringan. Hujan pun, dia tak menyerap banyak air. Paling penting, jangan pakai yang terlalu ketat sampai susah nak bergerak. Yang seluar tights ketat tebal memang susah nak bergerak.

6. Lampu kepala: What is it called? Ahhh you know which one. Sebab dari Laban Rata, nak daki ke puncak adalah pada pukul 2pagi (kejar sunrise). Gila kau kalau takde lampu kat kepala.

7. Backpack: Paling ringan, kalis air yang boleh dijumpai. Kalau dia kata ada waterproof lining ke apa semua, jangan percaya, still bungkus barang dalam plastik kay. Eiii cakap macam ada experience barang lenjun jerrr T_T

8. Topi: Apa-apa topi pun boleh. Tapi sebab poyo, haruslah beli topi kalis air bertutup telinga atau selalunya dipanggil bomber cap.

Poyo level: Friend.

Poyo level: Remove from Myspace Top 8.
(Bermalam di Kundasang dan ini di waktu paginya sebelum check out dan bertolak ke Kinabalu Park).


Apabila sampai di Kinabalu Park, bagaimana pula barang-barang anda, dan barang-barang lain untuk bermalam/menginap di Laban Rata? Nak angkut semua?

Servis 1: Ada servis locker/simpan barang di kaki gunung, don't worry. Tinggalkan luggage anda yang berat-berat itu. Bawa yang perlu sahaja.

Servis 2: Porter, orang yang angkatkan beg dan daki bersama anda. RM13/kg of isi beg. Yang anda boleh galas, sila galas, tapi tolong ingat untuk daki secara paling ringan yang anda mampu. So take the porter service (untuk barang keperluan menginap di Laban Rata). You will thank me later. Or now. Because this is the end of Kinabalu entry 1.


Stay tuned for Kinabalu entry 2 : The Climb!

17 comments:

  1. Alhamdulillah impian hanis tercapai^-^

    ReplyDelete
  2. Bestnyer... Kids memang dah lama ajak daki mendaki Mt. Kinabalu niii... Masa & ketika Jer belum sampai... Thanks for da info Hanis...

    ReplyDelete
  3. keknis membantu sngt. :) now dah tahu nk book siape je senang nak naik sana. before this google2 terlalu banyak jawapan. haha. mekasih !! one day akan ku jejaki kau kinabalu.

    ReplyDelete
  4. Good info! Memang satu hari impian nak adik Gunung yang tertinggi di Asia Tenggara! :)

    ReplyDelete
  5. hanis kalau overweight serupa tenuk agak2 dapat tak sampai kat atas nun? nak suruh porter angkat macam tak manis pulak

    ReplyDelete
  6. i loike your hiking boot! super nice! my target dis yr 2nd time naik kinabalu! congrat dpt 2 sijil :)

    ReplyDelete
  7. Tips dah hebat...motivation dah bagus...tapi dik..for me cam dah lewat sangat nak try..bukan give up tapi...huhu..i am proud of you n whoever yang dah pernah daki...thumbs up...lioke sangattttttttt

    ReplyDelete
  8. Mahal lah rm1600. Kat sini 250 je tau

    ReplyDelete
  9. Insyaallah team kita org akan menawan mt kk sept. 2015 ni...

    ReplyDelete

No proper ID, no proper comment, down you go the freaking spam drain. Receiving happy vibes!