Wednesday, July 31, 2013

Iftar With Keknis

Untuk yang dah lama mengadap setiap bait kata yang datang secara rambang (tapi tulus ikhlas) oleh buah fikiran tak berapa nak ranum Keknis selama ini. Untuk yang mencari positif dalam setiap tutur, tingkah, dan pilihan Keknis, every-freakin-time. Untuk yang setia mahu lagi dan lagi, apa lagi yang Keknis akan buat selepas ini. Untuk yang nak berdepan semeja menjamu selera dan bergebang gembira dengan si penyentuh sanubari/lifestyle korang (harapannya) selama ini. Keknis teruja nak jumpa please! 


Nak tak? Jom. RM70/seorang, Keknis terhadkan tempat supaya menang tangan nak layan semua yang sudi hadir! Yeay! Siapa bayar dulu dapat book tempat dulu, whatsapp 0124880651 (Shiron) untuk keterangan lanjut. Really hope to see the loyal faces behind all the kind words of encouragement all these years. Love and light, Keknis.



Tuesday, July 30, 2013

Resepi Mee Udang Sedap dan Mudah

Ewah tajuk. Nak bolot keyword search lettew.
Tapi serious aaa sedap, kita guna resepi Mama kita. Dah takmo banyak bunyik terus ke resepinya. Let's jom!


Bahan-bahan (untuk celur dalam air mendidih beberapa minit, pastu letak tepi)
1. Mee kuning
2. Bihun (kalau Mee Udang original ada bihun sekali, tapi lupa beli lulzy)
3. Fishball (atau orang Jawa panggil pisbbol, b tuh pekat sikit sebutan dia k)
4. Fishcake
5. Taugeh
6. Kangkung
7. Tauhu
8. Udang 20 ekor (ini saja yang bukan dicelur tapi direbus asing, jangan buang kepala udang dan air rebusan udang)

Bahan-bahan (untuk dikisar lumat dan ditumis)
1. Cili kering yang dah direbus, dibersih dan dikisar. Dalam 1 cawan (takde sukatan sebenarnya, roughly jer, saya tak suka sukat bila masak, kena feel masa tuh gak)
2. Belacan sebesar ibu jari. LOL boleh tak sukat camni. Ala bolehlah bolehlaaah.
3. Taucu satu sudu.
4. Udang kering dua genggam, kalau genggaman anda kecil seperti Keknis.
5. Bawang merah 3bijik. *maaf tertinggal bawang tadi.
6. Bawang putih 5ulas.

Bahan-bahan lain
1. Air asam jawa sebanyak suku cawan.
2. Air rebusan udang tadi yang dikisar bersama kepala udang pastu ditapis. Ini kuantiti air rebusannya semangkuk besar.
2. Limau kasturi untuk dipotong bontotnya dan letak tepi mangkuk waktu makan.

Langkah-langkah
1. Celur semua bahan yang perlu dicelur pastu letak tepi suruh dia duduk diam-diam.
2. Kopek kulit dan kepala udang pastu sisa kulit dan kepala tuh semua letak dalam air rebusannya tadi dan kisar air udang tuh. Udang yang dah togel tuh letak tepi untuk hias mee udang nanti (garnish).
3. Kisar semua bahan yang perlu dikisar (cili,belacan,taucu,udang kering,bawangs) pastu tumis!
4. Tumis sehingga naik minyak dan bau semerbak satu kampung pastu letakkan air asam jawa, disusuli dengan air rebusan udang yang telah ditapis. Kalau tak tapis nanti rasa ngeres kat lidah bila makan. Ngeres tuh maksudnya berpasir-pasir.
5. Masak masak masak pastu tambah air, ikut kesesuaian texture kuah mee udang, masukkan pisbbol dan fishcake.
6. Tambah garam, ajinomoto dan gula. Sukatan dia banyak gaklah, sebab kuah tuh akan jadi banyak, hampir penuh kuali sederhana besar, maka perasa pun kena banyak. Tambah jugak stok ayam.
7. Godek-godek sampai sedap, pastu hidangkan!

Mari kita zooooooooooom in!



Siap! Bye.


Saturday, July 6, 2013

Lagi satu online shop baru!

Seqoci.com , check them out for beautiful pieces yang selalu dilihat sebagi persalinan saya!

Kenapa saya Keknis suka Seqoci:

1) Servis laju, hari ni beli esok dapat.
2) Model kat website dia tidak rendah. Bila beli dress/seluar, no senteng-senteng.
3) Koleksi yang tidak sama dengan online stores lain!








Suka taaaaaaaaak? Mestilah, perempuankan suka bersiap molek dengan baju-baju menarik.Duh, lagi nak tanya. Jom www.seqoci.com !