Thursday, October 31, 2013

Cara Memberi Berita Buruk

Okay hari ini Keknis nak kongsi cara memberi berita buruk supaya tak kena penampor/masih disayangi.

Cerita dia begini, ramai yang nak sponsor Keknis macam-macam supaya dipromote tapi Keknis tak mampu terima semua jadi Keknis pun letak terma dan syarat yang agak ketat dan tinggi untuk dipenuhi oleh bisnes yang betul-betul serious nak invest sahaja. (Kita sekarang bercakap tentang iklan di Instagram dan blog, hello anda bersama saya ke tidak?). Jadi bila mana-mana bisnes yang tak mampu penuhi tuntutan Keknis, terpaksalah memberi mereka berita kurang enak, "sorry I can't help you to promote your product". Tak best kan nak cakap camtu? I hate to be the one (or in this case, Melle, my stylist) to deliver the bad news so it has become a problem.

Keknis berpegang kepada, a problem remains a problem when there is no solution.

Jadi? Solution yang Keknis carikkan untuk semua online bisnes yang baru nak bertatih di Instagram ialah, Keknis buat ruang dan hashtag #SayaJual . Jadi bila Keknis terpaksa deliver the bad news, I can always recommend them another solution which is to be a apart of #SayaJual . Ia adalah satu Instagram post (seminggu sekali) yang semua bisnes boleh spam mengajak orang ke acc mereka, dan hashtag itu pula meletakkan semua bisnes dalam satu tempat yang ramai orang boleh browse. Jadi siapa nak browse instashop di Malaysia, search saja hashtag #SayaJual. Alhamdulillah I am glad I could help. Tapi ini cuma mukadimah kepada apa yang Keknis nak kongsi hari ini.

A problem remains a problem when there is no solution.

Berita buruk benci untuk didengari kerana ia adalah satu masalah. Berita buruk benci untuk didengari kerana ia adalah satu bebanan untuk mencari jalan keluar. 

Contoh berita buruk ; "Mak saya failed paper BM untuk trial SPM". NAK MATI EH DATANG KAT MAK KAU CAKAP CAMTU? 6 MINGGU PUN TAKKAN HABIS BEBELAN MAK KAU SIAP QUESTION ASAL USUL LATAR BELAKANG KAU.

Contoh berita buruk ; "Adik, akak terlanggar penyet anak kucing adik sebab dia duduk dekat tayar". MENANGIS SEMINGGU WEH ADIK TUHHH BIADAP PUNYA KAKAK TAK CHECK DULU SEBELUM GOSTAN.

Contoh berita buruk ; "Salmon kita dah habis hari ini". WOI INI KEDAI SUSHI KE KEDAI APA WEH SALMON PUN HABIS TAK RETI BAJET KE NAK TANGKAP BERAPA SALMON DI LAUT SETIAP HARI *API KELUAR HIDUNG BULU HIDUNG TERBAKAR*

Contoh berita buruk ; "Sayang, abang nak kahwin lain". Cubalah try cakap, CUBA.

Jadi cara yang terbaik dan penuh hormat untuk beri berita buruk adalah to cushion its impact with a solution. Dengan mengurangkan impak berita buruk itu apabila ia didatangkan sekali dengan beberapa cadangan penyelesaian. 

First, kita kena paham dari mana kemarahan itu datang. Dari situ kita akan mendapat idea bagaimana untuk meredakannya. Contoh berita buruk yang fail paper BM untuk trial SPM. Mestilah kemarahan emak itu datang dari satu kekecewaan dan ketakutan. Mesti dia takut anak dia fail terus untuk SPM yang sebenar. Bila dah faham sumber kemarahan itu, kau datangkan penyelesaian yang terbaik untuk meredakan hatinya. "Mak saya failed paper BM untuk trial SPM, *tapi* saya dah daftar kelas tambahan setiap hari Sabtu dan saya dah duduk dengan cikgu bincang bahagian yang saya lemah jadi lepas ini saya nak beli novel BM untuk improve kosa kata saya". Okay. Camtu (provided kau dah setelkan semue benda yang kau cakap tulah). Mak kau still akan marah. Tapi dia marah je pastu dia buntu nak bebel apa dah sebab bebelan biasanya adalah satu keluhan kesalan. Tapi kau dah matikan point dia bila kau beri dia jalan penyelesaian atas inisiatif kau sendiri. Paham?

"Adik, akak terlanggar penyet anak kucing adik sebab dia duduk dekat tayar *dan* akak tahu adik sedih tapi dia sekarang dekat syurga kucing tengah makan tuna atas dulang emas, nanti hujung bulan akak belikan kucing baru sebab akak tahu adik suka peluk kucing time tidur."

"Salmon kita dah habis hari ini, *jadi* kita akan pergi Cold Storage sekejap untuk beli, provided cik mampu tunggu lama sikit, boleh? Nah macha ice cream semangkuk sementara cik tunggu"

"Sayang, abang nak kahwin lain *maka* abang dah belikan sayang Lamborghini sebijik"

Camtu. Okay yang last tuh mungkin takkan berhasil gak, sorry. 


Monday, October 21, 2013

Letting Go

Sepertimana yang semua tahu, Mad Markets dah masuk musim kedua, Keknis dah jelajah Taiwan, Bali dan Korea, dan hujung minggu ini episod Korea (daerah Busan) yang terakhir dengan Keknis sebagai host. Kemudian akan diterajui my adik-adik Akhmal dan Elfira. I love Mad Markets dan of course berat hati nak tinggalkannya tapi sebab komitmen untuk Akademi Fantasia yang tinggi, Keknis cuma dapat selesaikan half of the season but I hope you guys have enjoyed it! Jangan lupa tengok Mad Markets, Sabtu 7.30 malam di TV9 (Astro 119).

Sebenarnya perenggan tadi cuma mukadimah (amboi dah lama tak menulis dah pandai bermukadimah dulu sebelum straight to the point) kepada apa yang nak diketengahkan untuk tulisan ini. Sebenarnya...

You have to let go of what you think is GOOD, in order to get something BETTER, because you'll never know what's BEST for you until it has arrived. Ini adalah pegangan Keknis dalam hidup. Dan inilah benda yang berulangkali Keknis akan bebelkan bila ada kawan-kawan yang putus cinta atau dapat boyfriend tak guna tapi tak sanggup nak berpisah. LOL.

Seriously.

Let's be honest, berapa ramai yang ada cinta pertama pastu perasan yang it is the best thing in the world dan perasan yang omg inikah yang dinamakan jodoh, hati gembira rasa, takde satu yang hodoh. Pastu your next boyfriend gets better and better pastu your husband is the best ever. Okay mungkin belum tahap kahwin maka tak sampai sejauh itu boleh diperbincangkan. Tapi ini pemerhatian Keknis akan sekelilingku.

Kalau dalam perhubungan (atau kerjaya, boleh digunapakai kedua konteks) yang mana kita:
 1. Sentiasa resah
2. Tak rasa gah
3. Terasa kecil dan direndah-rendahkan
 4. Sering dipersalahkan
5. Tidak harmoni,
6. Yang ada cuma 'cinta'.

Tinggallah. Tak perlu buktikan pada diri sendiri yang itu cinta. Tak perlu buktikan pada sesiapa yang itu cinta. Orang boleh nampak sendiri, and deep down, you yourself know.

Nanti bila dah dapat kebahagiaan yang sebenar baru korang cam LOLOLOL I WAS SO BODOH. Awat aku tak tinggal dia awai-awai? Pastu kawan-kawan sekeliling korang pun cam LOLOLOLOL KAU WERE SO BODOH. Sorry kitorang tak berani cakap sebab orang bodoh takleh tegur, orang bodoh kena biar dia sedar sorang-sorang.

Terlintas nak menulis ini sebab ada dua orang yang paling rapat denganku yang pernah dalam hubungan merosakkan emosi (cemburu melampau, bergaduh perkara paling kecil, saling menghina dan merendahkan) sudahpun melepaskan ikatan yang mereka pikir kuat dan selamanya. They left the abusive relationship and they are glad. Orang yang paling bersyukur akan perpisahan itu adalah diri mereka sendiri. Sebab takde orang paling berpengaruh atau nasihat paling hebat dalam dunia yang mampu membentuk keputusan itu. Hanya tuan empunya diri dan kesedaran akan harga diri.

Let go. Sebab kalau kita sedang genggam tahi, macam mana nak kutip makanan? Buanglah tahi dan cuci tangan bersih-bersih dulu.



Friday, September 27, 2013

Confession Time : Online Shopping

Hai. Confession time. Dalam kesibukan Keknis, I still peruntukan masa nak bukak laptop dan duduk mengadap untuk satu hal. Online shopping. Maap, mesti korang harapkan blogging, tapi Keknis nak limitkan menulis blog untuk benda-benda yang fun and evergreen macam Jenis-jenis Bekas Kekasih (that was fun innit?) atau Tips Maintain Berat Badan (hope it helps) alike. Kalau korang nak update macam what I wear & wear I go serta tips-tips pendek untuk kehidupan #TipsKeknis , semua itu berbaloi untuk Keknis update saja di Instagram dan Twitter okay, jemput follow @haniszalikha . I membebel a lot there, no less. Untuk tulis article with substance yang korang boleh enjoy, gimme more time and space, love you my readers!

Online shopping baru buat semalam, berjam-jam mengadap online mall, magaddd I'll tell you one thing; being a 'public figure' is demanding oh. Mesti korang ingat bestnya celebrity banyak baju, banyak sponsor, tapi paham-pahamlah, kita ni perempuan, 3gerabak baju pun mesti duduk tercangak depan almari pikir nak pakai apa. And you have to look good ALL THE TIME. It's expected of you. That's one thing. Pastu baju yang kita pakai keluar tv obviously takleh ulang-ulang. Why not??? Terima jelah 'public figure' pun manusia, pun suka pakai satu-satu baju yang paling selesa yang dia rasa paling hot tuh *ehem* banyak kali. Bila dia pakai baju berulang just drop the 'eh bukan dah pakai ke baju ni'. What the... some people are so silly, its cute :'D

Hahaha saja nak let you in on the unglamourous part of the whole scene. Imagine Miley Cyrus duduk tercangak dalam walk-in closet dia yang 3km tuh pun taktau nak pilih pakai baju apa. Eh tapi dia tak selalu pakai baju. Scrap that.

Ada beberapa online malls yang Keknis suka sangat, samada servis dia laju, barang dia banyak pilihan, atau kedua-dua sekali. Macam FashionValet.com memang dua-dua dia perfect! Hampir semua brands ada, dari yang termurah ke yang paling ekslusif, pastu penghantaran dan customer service tip top. Pastu owner hot, laaah sempat bodeks. Vivy Yusof kot! Gila tak hot.

Dahlah hot, kreatip pulok. I simply love the Black&Gold collection she designed for Downy. Check em out.


Kalau korang berani, jemputlah usha FashionValet.com . Alaaaaaa window shopping je dulu. Alaaaaaa tak lama pun cuci mata jerrr. Hewhewhew *keluar tanduk devil wears Prada*.


GOODLUCK...




Siapa browse malam, jemput pakai eye cream eye mask semua k.

Thursday, September 5, 2013

Positively Malaysia

I need to write this. I need to always be reminded of my beautiful country and its beautiful people, supaya tak senang bermegah dengan negara asing. 

Semenjak dua ini Keknis asyik tekankan dan galakkan korang sebar tentang kebaikan rambang atau random act of kindness , yang mana kita buat sesuatu tanpa mengharapkan balasan apa sekalipun, sekadar nak buat orang gembira. Contoh paling koman dimaksudkan dengan 'random act of kindness' ; bagi bunga kat orang yang tak dikenali. Kelakar tapi itulah konsepnya.

Bila Keknis travel terlalu banyak belakangan ini, Keknis tersedar akan satu hal, melakukan kebaikan rambang memang budaya kita. Budaya orang Malaysia. Tanpa perlu dikempenkan lagi, it's in us, it's the values we've been brought up with. Nilai masyarakat kita yang kita cuma akan lebih hargai bila kita berada dalam kalangan masyarakat yang takde amalkan nilai-nilai itu. Keknis takkan specify negara-negara mana yang berlaku hal ini, tapi ia berlaku waktu Keknis travel back-to-back to all these different countries lately. Dan bila jadi hal camtu, terserlah terus kelebihan orang kita yang buat Keknis rindu sangat Malaysia. Rindu untuk berada dalam kalangan orang kita.

1. Berlebih-kurang. 
Bila dekat negara sendiri dimanjakan dengan; duit tak cukup berapa puluh sen untuk beli satu benda kecil kat kedai runcit, terus dihalakan dengan "Okay takpelah, bolehlah *sambil tuan kedai terima berapa banyak saja yang kita ada*". Bila dekat negara asing, tak cukup 20sen, sambil seluk kocek seluk beg, kutil-kutil duit syiling yang nak dibayar tuh, kira betul-betul, memang nampak kesungguhan nak membeli dan membayar, tapi memang short 20sen, terus cashier simpan balik barang tuh dan pulangkan duit. SOBS SOBS

2. Berkongsi.

Dalam flight nak pulang ke tanah air, duduk sebelah orang negara asing. Pastu tengah bosing boran, ushalah magazine pouch dekat depan seat tuh kan, pastu nampak in-flight magazine jer boringgg, tiba-tiba nampak magazine cover Zhang Ziyi dekat magazine pouch orang sebelah, tangan main ambek jer tak terfikir langsung tuh dia punya, tiba-tiba orang tuh kata "That's mine". Pastu terasa diri ini macam rude sangat, teruslah cakap "OMG I am so sorry, I am so sorry, I didn't know".  Dia reply "It's okay". Tu jer. Noktah. Noktah. Nok-freaking-tah. Takde pun kata "You can read it first" ke..."It's okay if you want to read it" ker... Walhal sampai touchdown dia tak baca pun magazine tuh! Kalau orang Malaysia sure dah buat kebaikan rambang dengan bagi kita baca magazine dia. Awkward moment gila. Dah lama dimanjakan oleh masyarakat Malaysia, culture shock kejap I dengan masyarakat luar yang kedekut nih LOLOLOLOL.

3. Menjaga hati.

Kadang-kadang kita tak suka pun nak penuhi sesuatu permintaan yang kita tak gemar. Tapi sebab orang dah request elok-elok, kita mesti nak jaga hati orang tuh dan iya kan saja. Tak sampai hati nak tolak. Contoh paling senang; bila orang mintak nak dukung baby kita (eh sejak bila aku ada baby nih, oh contoh je rupanya). "Can I hold your baby?" atau "Boleh dukung tak?" mesti dapat jawapan, "eh dukung jelah" atau "boleh tapi dia tak berapa suka dengan orang". Tak pernah dapat jawapan "Sorry no you can't" atau "Engkau jangan sentuh baby aku". Sebab ia adalah salah satu kebaikan rambang yang kita buat bila kita ceriakan hari orang dengan beri dia peluang dukung bayi kita. Kan? Orang Malaysia dah lama hidup dengan aman dan harmoni dan penuh kebaikan rambang. Sebab orang Malaysia memang berbudi dan kuat jaga hati. Sebab tuh orang kita kalau nak menegur pun dia tegur dalam sinis. Berpantun berperibahasa bagai.


Every time I travel, I come back to Malaysia loving it even more. I can't help it. Malaysian courtesy can't be found elsewhere. Positively Malaysia.

Please kongsi apa kebaikan rambang yang korang lakukan atau rasai (atas jasa orang lain) lately ini. Jalan lupa guna hashtag #PositivelyMalaysia dan tagkan negeri korang, macam Keknis akan tag #Selangor . Kalau takde hashtag tak dapat nak kongsi dan galakkan orang lain buat benda sama dekat website http://www.malaysia.my/positivelymalaysia

Sebarkan!!! Jadikan Malaysia satu negara yang terpuji.


Monday, August 19, 2013

Cari tempat makan?

 Dengan RHB Debit Cash-Connect Visa sekeping pastu suruh cabar diri sendiri dan spend dekat tempat paling UNIK. Alahai senang sangat nak cabar diri. Bawa jer diri pergi makan. Eh? Ambil kesempatan sangat.

Tempat paling unik----Picknik! Wah berpantun dua kerat.
Siapa ingat Nik dari Masterchef yang muka handsome sikit dari Rob Kardashian tuh? Sikit jelah tapi. Dia bukak restaurant atau dia sendiri panggil ‘comfort food café’ yang superb gila best makanan dia. I am a regular there balik-balik muka si tembun ini datang bawak orang yang berlainan setiap kali walhal bukan Nik bagi komisyen pun. Yes, the food is THAT good.

Cuma satu masalah, orang taktau mana nak carik Picknik bila dah sampai Publika. Senang jer! Dia restoran yang mengadap jalan besar tuh, tingkat UG1!


Berbaloi kalau korang carik sampai dapat sebab tengok yaaa makanan dia (pastu mesti nanti korang pun jadi agen tanpa komisyen macam I gak lepas ni).







Ini semua hasil tangkapan (tanpa filter) bawak kumpulan orang berlainan tiap kali, itupun kalau ingat nak tangkap gambar. Yang bestnya suka try menu berasingan setiap kali tanpa ragu. Tanpa ragu! So much love for this comfort food café lah!!!

Sebabkan Picknik buat open kitchen, korang boleh pilih untuk ngadap orang yang masakkan makanan korang tuh kalau korang taknak duduk meja biasa. Ha nah mengadap…



Hot chefs alert! Leena (Masterchef) pun ada. Siap ber-ponytail action di situ! (By, the way, Lenna is the go-to-girl when it comes to amazing dessert!!!)

Dah cukup unik dah tempat ini sebab belum ramai yang tahu kesedapan setiap hidangannya! Dimajukan oleh adik lelaki Kim K! Dan waktu makan boleh ndagap muka dia! Bahahahahaha!

Amount spent kat Picknik setiap session. Kira-kira RM50++ lebih seorang kalau gelojoh sangat nak try 2-3 hidangan.

Tempat unik kedua, Bonjour Garden, Bukit Jelutong, Shah Alam. Ya, masih tempat makan. Hahahahahahaha! Memang cara berbaloi habiskan wang!

Unik sebab berkonsepkan kantin sekolah, beratur nak order makanan pastu kalau apa benda kita nak makan boleh mintak dia panaskan!

Yang penting makanan kena sedap baru layak masuk belog ini kehkehkeh.





Makaaaaaaaaaaaaaan! Pastu bayar guna RHB Debit Cash-Connect Visa!

Bil 2 orang hanya RM35++!

Dasarkan spending habit ku menggunakan RHB Debit Cash-Connect Visa, diriku sudah layak untuk 2 contest entri untuk memenangi: 

·         1x Kia Rio 1.4 SX (Grand Prize)
·         RM 200 setiap hari untuk 100 hari (Consolation prizes)


Kalau digunakan online / overseas, setiap RM30 dibelanjakan layak untuk 2 contest entri


Selamat berjaya (melawan entriku)!

Friday, August 9, 2013

Siapa Ingat Lagi?

Kegilaan mengumpul sedar atau tidak, semua orang ada. Kumpul setem (so cliché lah kau), kumpul helicopter mainan, kumpul awek (pang!), kumpul tahi mata (tidoq), kumpul kasut dan sebagainya. Tapi tak semestinya sebagai satu hobi, kadang-kadang lebih kepada ikutan. Mengikut trend atau peer pressure. Tengok kawan kumpul soft toy pasangan Hello Kitty terus nak jugak LOL ingat tak ingat tak ingat taaaaak? Ada yang pakai cheongsam, pakai baju sekolah, pastu my favourite yang pakai baju kahwin Melayu songket ada tanjak siap hahahahahaha cute gilos! Pastu setiap minggu lain-lain pasangan keluar, so takleh kumpul sekaligus walaupun tamak.

Gambar dari: agnesmaurice.com

Pastu ada satu fasa lain dalam hidup; suka kumpul mainan bawah bekas eksrem. Ingat tak?! Yang lelaki collect Digimon, yang girlish (tak kira lelaki atau perempuan LOL) collect Hello Kitty and friends. Bukan nak sangat pun makan eksrem dia (halah rasa vanilla biasa sajork), yang penting mainan dalam tuh, tak sama dengan apa yang kita dah ada sebelum ini. Kalau sama, beli lagi sebekas. Pastu beli dan beli lagi. Gila bhai.


Source: rinacat.deviantart.com


Source: purebunny.blogspot.com

PERGHHHHH MEMORI! Tapi sekadar terbuku dalam kotak memori dan boleh belek gambar jelah. Sebab mana lah terpikir nak simpan barang-barang ini semua dan jual kat Ebay! Tiba-tiba. Mata duitan tak sentimental langsung.

Sekarang fasa lagi satu dah tiba, fasa collect charms (keychain tecik-tecik pakai kat gelang) untuk charm bracelet. Tapi tak suka yang mewah-mewah flashy loqlaq tuh semua. Masih nak ikut trend muda-mudi dengan mengumpul Hello Kitty 7-Eleven charm bracelet. Okay kali ini janji simpan tak hilangkan supaya takdelah dok google gambaq nak go down memory lane macam tadi.

Nak tengok rupa dia, camnilah! *goda* *supaya tak sorang2 kumpul*    


Nampak tak yang omey angat kat pergelangan tangan Keknis tuh? Itu baru tiga bijik dah comel camtu. Kalau berbijik-bijik, dia jadi camni…


WAHAHAHAHAHAHAHA TAKYAH JEALOUS PLEASE. Ada doploh charms korang boleh collect. Sorry sebab dah lama dah boleh start collect tapi baru ada kelapangan nak war-warkannya.

Cara nak kumpul sangat mudah, cuma pergi beli barang dekat mana-mana 7-Eleven seluruh Malaysia,


Setiap pembelian satu resit berjumplah RM5 ke atas dapat satu sticker!  


Kalau beli barang terpilih (dah macam game dah kalau jalan-jalan dekat dalam 7-Eleven pastu carik sticker barang terpilih), dapat extra!


Bebel banyak, baiklah korang tengok sendiri dekat www.7eleven.com.my .

Like facebook www.facebook.com/7elevenmalaysia . Selamat menyertai fasa keriangan yang anda tidak akan mahu terlepas!


Tengok Keknis beraya dengan Hello Kitty charm bracelet weeeeeee!

Wednesday, August 7, 2013

Beraya dengan Keknis dekat dua shows ini!

Nervous gembira cuak teruja bersyukur semua bercampur-baur! Doakan yang terbaik, Raya Dam Dam Dum Paknil adalah live show yang Keknis diberi amanah untuk co-host! Don't pengsan Keknis. 

Pastu Mad Markets Raya is my baby! Harap semua terhibur dengan apa yang the team and I sudah hasilkan, serta tunggu surprise dari Keknis untuk Mad Markets season 2! Gasp! 

Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin buat semua! Jom 0-0 kerana kita haruslah memaafkan bagai kita yang menanti kemaafan itu. InsyaAllah!

Save the dates! 

Thursday, August 1, 2013

Kebaikan Rambang

Random Act of Kindness, atau Keknis translate terus kepada Kebaikan Rambang. Kebaikan rambang ini macam, kita buat sesuatu kebaikan kepada orang yang kita langsung tidak kenal, tanpa mengharapkan apa-apa balasan selain kegembiraan orang itu. Macam tiba-tiba je nak buat orang happy. Contoh yang selalu kita tengok ala-ala cliché; bagi bunga kat strangers. Macam eh? Ye ke ada camni dalam kehidupan sebenar? Ya, jom adakan.

Dulu tak pernah tahu pun ada label ‘random act of kindness’ ni semua. Masa kecik dulu, naïve, kalau nak buat baik terus buat jer pastu dah besar baru tahu oh itulah yang omputeh panggil ‘random act of kindness’. Ingat lagi dulu selalu datang awal kat sekolah (sebab naik bas annoying yang route dia panjang so dia terpaksa hantar kita dulu hergh), jadi bila takde apa nak buat, suka gila masuk kelas orang  lain pastu susun meja bagi straight. Mungkin it’s a part of my OCD takleh tengok meja senget LOL, susun-susun pastu berharap agar budak kelas tuh yang bertugas susun meja dan kawan sekelasnya yang lain happy tengok kelas diorang dah kemas.

Pastu sekolah menengah, teringat pergi tandas dengan Ein ke Hazirah (lupa), pastu tandas busuk. Hairan sebab setiap cubicle tergantung ubat gegat besar warna pink yang keluarkan bau wangi tuh, bila belek-belek, rupanya makcik cleaner tak bukak pun plastic dia (aii jimat ke?), manalah ada bau! Jadi suruh kawan tunggu kejap, dan beria bukak plastic setiap ubat gegat dan gantung balik. Tandas terus wangi, harap semua masuk tandas lepas tuh happy :’)

Lately nih, dah dewasa, bila terlalu occupied, jarang terdetik nak buat kebaikan rambang. Paling last sekali, drive nak ke KL guna Federal Highway, instead of guna lane Smart Tag, saja lalu lane tunai, pastu bayarkan 10 kereta kat belakang. Tak banyak, cuma RM11 (RM1.10/kereta) tapi berharap semoga hari ini, aku dah tolong pakcik yang berkira-kira duit lunch dia, atau kakak kesempitan yang tengah jimat nak beli susu anak. Entah. Rambang.

Nampak macam kebaikan rambang ini kita buat untuk orang lain, tapi sebenarnya, kepuasan itu adalah untuk diri sendiri. Rasa sangat terkesan bila kitalah punca kegembiraan/kesenangan seseorang. Kalau pencinta haiwan pun boleh buat kebaikan rambang pada haiwan, dengan simpan makanan kucing/anjing dalam bonet kereta atau handbag, dan hulurkan pada yang liar tanpa kasih sayang. Sobs.

Memang usaha itu sangat-sangat kecil dan kita tertanya apakah signifikannya perbuatan tak seberapa itu, tapi percayalah, kesannya tidak terhad pada seorang itu saja. Bila dia happy, mungkin dia akan happykan orang lain. Elok-elok dia PMS dan bersedia nak menyusahkan hari orang lain, terus terbatal mood buruk beliau dan dia bernyanyi gembira! Vibe positiv dari kebaikan rambang bukan saja mengimpak penerimanya, orang di sekeliling juga akan terasa kesannya.  Macam satu gelombang kegembiraan yang sangat besar, dan wow, ia bermula dari anda bila anda belikan makcik cleaner dekat LRT tuh cupcake! Contoh. Rambang.

Dan sebab Keknis bersalah dah lama tak buat kebaikan rambang, siapa cadang kebaikan rambang yang kreatif tapi tak begitu menyusahkan (LOL tiba-tiba suruh bersihkan tingkap KLCC) , Keknis akan jalankan. Korang pun jomlah please. Jadikan negara ini penuh dengan orang gembira. Kita sebagai Malaysians memang terkenal sebagai warm and kind. Muncullah Malaysian Hospitality! #PositivelyMalaysia untuk Malaysia yang lebih gembira! Tweet atau tag insta Keknis di @haniszalikha dengan hashtag #PositivelyMalaysia bagi setiap kebaikan rambang yang korang jalankan atau korang rasai dari orang lain. Kenapa kena ada hashtag (?), supaya orang tertanya dan kita boleh educate lebih ramai untuk buat benda sama. Ingat pasangkan geolocation for your updates dan semua yang kita bincangkan dengan hashtag #PositivelyMalaysia, termasuk cadangan, lokasi dan gambar kebaikan rambang yang anda post, akan keluar di website http://www.malaysia.my/positivelymalaysia.

Who’s with me?


Cadang kebaikan rambang untuk Keknis buat J

Wednesday, July 31, 2013

Iftar With Keknis

Untuk yang dah lama mengadap setiap bait kata yang datang secara rambang (tapi tulus ikhlas) oleh buah fikiran tak berapa nak ranum Keknis selama ini. Untuk yang mencari positif dalam setiap tutur, tingkah, dan pilihan Keknis, every-freakin-time. Untuk yang setia mahu lagi dan lagi, apa lagi yang Keknis akan buat selepas ini. Untuk yang nak berdepan semeja menjamu selera dan bergebang gembira dengan si penyentuh sanubari/lifestyle korang (harapannya) selama ini. Keknis teruja nak jumpa please! 


Nak tak? Jom. RM70/seorang, Keknis terhadkan tempat supaya menang tangan nak layan semua yang sudi hadir! Yeay! Siapa bayar dulu dapat book tempat dulu, whatsapp 0124880651 (Shiron) untuk keterangan lanjut. Really hope to see the loyal faces behind all the kind words of encouragement all these years. Love and light, Keknis.



Tuesday, July 30, 2013

Resepi Mee Udang Sedap dan Mudah

Ewah tajuk. Nak bolot keyword search lettew.
Tapi serious aaa sedap, kita guna resepi Mama kita. Dah takmo banyak bunyik terus ke resepinya. Let's jom!


Bahan-bahan (untuk celur dalam air mendidih beberapa minit, pastu letak tepi)
1. Mee kuning
2. Bihun (kalau Mee Udang original ada bihun sekali, tapi lupa beli lulzy)
3. Fishball (atau orang Jawa panggil pisbbol, b tuh pekat sikit sebutan dia k)
4. Fishcake
5. Taugeh
6. Kangkung
7. Tauhu
8. Udang 20 ekor (ini saja yang bukan dicelur tapi direbus asing, jangan buang kepala udang dan air rebusan udang)

Bahan-bahan (untuk dikisar lumat dan ditumis)
1. Cili kering yang dah direbus, dibersih dan dikisar. Dalam 1 cawan (takde sukatan sebenarnya, roughly jer, saya tak suka sukat bila masak, kena feel masa tuh gak)
2. Belacan sebesar ibu jari. LOL boleh tak sukat camni. Ala bolehlah bolehlaaah.
3. Taucu satu sudu.
4. Udang kering dua genggam, kalau genggaman anda kecil seperti Keknis.
5. Bawang merah 3bijik. *maaf tertinggal bawang tadi.
6. Bawang putih 5ulas.

Bahan-bahan lain
1. Air asam jawa sebanyak suku cawan.
2. Air rebusan udang tadi yang dikisar bersama kepala udang pastu ditapis. Ini kuantiti air rebusannya semangkuk besar.
2. Limau kasturi untuk dipotong bontotnya dan letak tepi mangkuk waktu makan.

Langkah-langkah
1. Celur semua bahan yang perlu dicelur pastu letak tepi suruh dia duduk diam-diam.
2. Kopek kulit dan kepala udang pastu sisa kulit dan kepala tuh semua letak dalam air rebusannya tadi dan kisar air udang tuh. Udang yang dah togel tuh letak tepi untuk hias mee udang nanti (garnish).
3. Kisar semua bahan yang perlu dikisar (cili,belacan,taucu,udang kering,bawangs) pastu tumis!
4. Tumis sehingga naik minyak dan bau semerbak satu kampung pastu letakkan air asam jawa, disusuli dengan air rebusan udang yang telah ditapis. Kalau tak tapis nanti rasa ngeres kat lidah bila makan. Ngeres tuh maksudnya berpasir-pasir.
5. Masak masak masak pastu tambah air, ikut kesesuaian texture kuah mee udang, masukkan pisbbol dan fishcake.
6. Tambah garam, ajinomoto dan gula. Sukatan dia banyak gaklah, sebab kuah tuh akan jadi banyak, hampir penuh kuali sederhana besar, maka perasa pun kena banyak. Tambah jugak stok ayam.
7. Godek-godek sampai sedap, pastu hidangkan!

Mari kita zooooooooooom in!



Siap! Bye.