Friday, February 27, 2009

14 Tips Menjadi Blogger Masyhur/Terkenal Seperti Saya



Seringkali dihujani emel (dan juga titisan hujan, tapi itu lain cerita) dengan soalan-soalan seperti bagaimana caranya untuk menambah trafik blog saya, atau apakah langkah yang boleh saya ambil bagi menarik pembaca ke blog saya atau Hanis, bolehkah anda berkongsi rahsia menjadi seorang blogger yang masyhur atau Hanis sudikah anda mengahwini saya, nama saya Jordan Chan. YA T_T Okay mungkin terlalu obvious soalan yang last itu cipta sendiri.


Maka dengan ini, saya dengan murah hati (tangan yang memberi adalah lebih baik dari tangan okay okay cukup) untuk berkongsi perkara-perkara yang saya pelajari sendiri setelah sekian lama bergiat (lama? 9bulan lama? lama lah, kalau bayi, dah pandai menggeliat dah) dalam dunia belog, menceritakan perihal sehari-hari kepada yang jauh dan yang dekat (dan tak sangka kepada, yang berminat), seterusnya mengglamourkan blog ini, disamping mendapat pendapatan sampingan darinya (kini anda juga boleh!).


Walaupun pada awalnya, hanya berbelog untuk mengekspresi dirimu, tapi alhamdullillah, saya dikurniakan rezeki darinya dan kini pendidikan saya dibiayai oleh wang pendapatan dari belog :') Saya sangat teringin jikalau lebih ramai orang dapat merasai sendiri manfaat dari dunia belog. Sumpah teruja sangat okay ketika dalam usaha mengkompilasikan tips-tips untuk pembaca tersayang! Ingat, jangan kedekut ilmu pengetahuan :)



Mempersembahkan (sumpah kenapa teruja gila siap mempersembahkan segala, malu I), tips-tips menjadi blogger berjaya yang anda mungkin terlepas pandang.



1. Perihal alamat surat-menyurat.
Alamat belog haruslah sesuatu yang amat senang diingat dan difahami tetapi unik/catchy. Dan anda juga harus senang sebut in order to promote your blog. Kalau boleh guna word typical yang orang tak perlu tanya "Eh macam mana nak eja?". Tak kiralah kalau itu adalah nama panggilan masa kecil atau nama anda di chatroom@15, tetapi kalau ianya menyusahkan untuk dieja dan diingat, IA SANGAT TIDAK SESUAI UNTUK DIJADIKAN ALAMAT BELOG. Contoh:

www.zejendulhotstuffxz.blogspot.com

OKAY CUBA HAFAL SEKARANG. OKAY DAH FAIL. NEXT.


2. Tajuk belog hebat.
Tajuk belog haruslah sesuatu yang menarik perhatian orang, bagi menyinarkan belog anda ketika berada selari dengan belog-belog lain di dalam senarai belog seseorang. Seperti tajuk belog saya ialah 'Hanis Zalikha'. Adalah sangat annoying kepada orang-orang yang tidak mengenali saya untuk melihat link saya berada di mana-mana. SIAPA HANIS ZALIKHA NI DOH ASAL SEMUA ORANG NAK LINK DIA *click belog Hanis Zalikha untuk mengetahui lebih lanjut*. Ha macam itulah contohnya, ngerti? Cuba kalau saya letak The Diary Of My Life atau My Lifez Dairy (tenusu) atau My Little Footsteps atau Hanis's Own World/Mind, ada mahu click? JUJUR LAH WEH.



3. Tajuk entri mengancam
Ini seperti tidak perlu diberitahu lagi (common sense), tapi takpelah, beritahu juga. Tajuk entri sangat, malah paling penting, lagi-lagi kini, blog list disertakan sekali dengan option mempamerkan tajuk entri, maka di sinilah peluang anda untuk menonjolkan kehebatan entri anda, dimulai dengan tajuk yang hebat. Tahukah anda, hanya dengan tajuk entri "Nabil Raja Lawak Tidak Berbaju", trafik saya naik kepada 15%?



4. Isi entri setimpal.
ISI ENTRI BIAR SETIMPAL DENGAN TAJUK. JANGAN GEDIK BAGI TAJUK 14 TIPS MENJADI BLOGGER BERJAYA YANG ANDA MUNGKIN TERLEPAS PANDANG LEPAS TUH RUPANYA CERITA PASAL HARI INI NAK PERGI BELI J.CO DONUT. Atau tajuk Model Juga Tidak Memerlukan Ijazah rupanya cerita pasal peluh petani. Tsk T_T



5. Perkara yang harus dielakkan.
Elakkan mengeja perkataan dengan ejaan pasar seperti MACHAM DAN PUNYE DAN CAKAB DAN DAN, OKAY DAH. Elak juga mengeja dengan short form seperti saya dieja sebagai sy, aku dieja sebagai ak, engkau dieja sebagai kau, eh itu takpe. Kenapa harus elak? Kerana tiada siapa cari bahan di Search Engine dengan menggunakan short form. Ingat, isi-isi dalam blog anda mungkin akan timbul di carian jika perkataan yang dicari terdapat dalam entri anda. Contohnya, I nak search lirik lagu Aku Cinta Padamu, takkan lah nak taip "Lirik Ak Cinta Pdmu".



6.Lirik lagu.
Peluang untuk blog anda timbul dalam carian cerah adalah bila anda meletak lirik lagu terbaru. Ingat lagi dulu, di blog lamaku (HANIS DULU ADA BLOG?! Ya. Waktu muda-muda dulu), lirik lagu My Heart telah dipamerkan selesainya menonton cerita Heart. Berjayalah tambah pembaca, dalam 2 orang (mari gelak). Selain lirik lagu, alternatif lain adalah resepi kek cawan dan guitar chords lagu-lagu rock kapak.



7. Kosa kata yang luas.
Rasanya ini boleh fikir sendiri kenapa ianya penting. Ingat: Search Engine.



8. Perihal gambar.
Adalah sangat malang sekiranya gambar yang blur juga anda mahu letak. Ini adalah major turn off. Jangan risau, saya sendiri pernah melalui fasa ini ketika Digital Camera rosak, dan Cellphone ku hanyalah 1.3 megapixel, sumpah pathetic kejap belog ini.



9. Perihal gambar 2.
Lumrah manusia sukakan benda cantik. Jadi carilah background yang cantik-cantik untuk anda bergambar. Rasanya, adalah tidak perlu untuk memaparkan betapa tidak putihnya cadar katil anda yang putih. Cari lighting yang cantik dan have the effort to look good on camera, tak kira kau cantik goddess mana, mungkin tidak patut jika gambar muka baru bangun tidur, bertahi mata dipampangkan. Anda nampak malas dan apakah motif gambar tersebut sebenarnya, again? (Unless nak tunjuk gambar sebelum selepas mekap/pembedahan/slimming, ini dikecualikan, tapi kalau nak kata good morning world atau nak tunjuk teddy bear boyfriend baru bagi siap letak sebelah muka, harap hindari). Tapi ke tahap mengphotoshop kulit, hidung, bulu mata, adalah agak over dan tidak jujur ya.



10. Tema.
Tema belog adalah berbeza mengikut citarasa, tapi apa yang penting (BUKAN KERJASAMA, TAK HABIS-HABIS BENDA NIH MUAK KAU PAHAM TAK), jangan menyakitkan mata pembaca dengan font berwarna neon dengan background YANG NEON JUGA. Ini juga common sense, tetapi selalu terlepas pandang. Simple but nice, cliche but true.



11. Pendapatan(wang,duit,ringgit) dari blog.
Untuk menjana pendapatan dari blog, sila daftarkan diri dengan Nuffnang di www.nuffnang.com.my, dan jikalau trafik anda memberangsangkan, anda sudah boleh mula diberi advertorial iaitu membuat product reviews dan dijemput ke produk launch etc!



12. Carutan dan kutukan.
Semua orang ada pendapat masing-masing, tapi cara anda menyampaikan mesej kepada pembaca itulah yang penting. Sebagai pengiklan, mahukah anda mengiklankan produk anda di sebuah blog yang penuh dengan benda-benda negatif, kutukan, dan carutan? Jangan buang masa dengan bahan sebegini lagi wahai pembacaku, buka minda anda dan tingkatkan pendapatan dengan belog anda sekarang! Pengiklan juga jarang memberi perhatian kepada anonymous blogger, no matter how famous you your blog is, please take note.



13. Psikologi minda.
Sebelum terlupa, adalah sangat penting anda menganalisa minda pembaca/pengguna internet. Contohnya, yang mana anda lebih cenderung untuk klik, www.hansisaac.com atau www.hansisaac.blogspot.com ? Perkataan ".blogspot", sedar atau tidak, adalah satu perkataan yang sangat berpengaruh dalam dunia IT. Kenapa? Lagi sekali, lumrah manusia, suka sangat tahu perihal hidup orang lain. Kalau '.com' biasanya website rasmi di mana hanya akan muncul profil lengkap atau online portfolio Hans Isaac, tetapi apabila wujud perkataan blogspot, sah-sah ditulis sendiri (first hand) pengalaman hidup/diari seharian etc. Bila anda nampak perkataan '.blogspot.com', sure anda mahu cekidaud. Betul? Eh macam tak sesuai je guna Hans Isaac sebagai contoh, sebab rasanya, ada blogspot ke takde, pasti klik juga :B Okay tak kisahlah, saja nak bincangkan pengaruh perkataan tersebut. Unless anda sudah ada steady traffic, bolehlah beralih kepada '.com'. TERIMAKASIH KEPADA PENCIPTA www.haniszalikha.com, JASA ANDA AMAT DIHARGAI :)



14. Variasi topik.
JANGAN MEMBORINGKAN ORANG RAMAI EVEN
KAWAN-KAWAN SENDIRI DENGAN PERKARA YANG SAMA SAHAJA. INGAT VARIASI! VARIASI! VARIASI! Contoh topik/tajuk: Perkara menarik di website kegemaran saya, kemudian lusa pula: Jejaka idaman saya yang nescaya saya takkan dapat dalam kehidupan sebenar (kemudian senaraikan berserta gambar), dua hari selepas lusa: Surah-surah yang boleh diamalkan untuk mendapat anak sehensem Nabi Yusuf, insyallah. Tajuk-tajuk menarik sebegini bolehlah diselangi dengan catatan aktiviti seharian anda :)




Saya akhiri entri ini dengan:

Please please please ambil lah perkara yang saya kongsi ini (bukan dengan cara terasa hati atau apa-apa pleasee) dan aplikasikannya sedikit sebanyak. Saya sangat ingin membantu supaya orang ramai tidak lagi berbelog kosong dan membuang masa, memanglah nak share knowledge/experiences etc or so you claimed, but if you can earn extra income from it, then why sumpahseranah not? Saya dah susah payah luangkan masa untuk semua ini, saya harap sangat dapat membantu para penanya di luar sana, dan orang yang baru nak mulakan blog. Kiranya ini Tips Untuk Mula Blog jugalah ya. Okay kan semua? Paham? Okay nanti Buku Nilam hantar kat bilik saya. Haha tiba-tiba.

Sebarang pertanyaan tentang aplikasi belog, sila sertakan SEKARANG. Ada masa, saya cuba jawab perlahan-lahan, jangan putus asa andai terabai sebentar di comment window saya, saya cuba sehabis baik okay? Ke arah kemajuan bangsa! Bangsa Malaysia! KEJAP LUPA NAK CAKAP, TAJUK ENTRI YANG MENJENGKELKAN INI HANYALAH CONTOH UNTUK MENUNJUKKAN BETAPA KUATNYA PENGARUH TAJUK ENTRI KEPADA SUMBANGAN TRAFIK. ITU SAHAJA. SAYA BUKAN MASYHUR/TERKENAL PUN. OKAY BYE.





201 comments:

  1. girl, you're always funny. (huh ni mesti kaya dapat duit nuffnang nih =p)

    ReplyDelete
  2. hahaha. sangat suka apabila dapat memberi komen yg pertama. tahniah kepada sy. eh eh. saya.

    ReplyDelete
  3. Babe, you're SO beauty with brain. Love your idea, they're brilliant.

    ReplyDelete
  4. weh! sy pakai camera VGA sajer skrg ni tau

    :p

    ReplyDelete
  5. tips yang mantap...baguih2..ilmu kalau dikongsi akan lebih bertambah berkatnya....

    ReplyDelete
  6. tips yg bagus...thanks ya cikgu anis...cikgu anis,saya ingin menanyakan bagaimana cara2 saya nk jd model...agak2 lepas x?model gigi pun jd la...huhuhu T_T

    ReplyDelete
  7. Maksudnya kitorang kena letakkan sebuah lirik di tepilah ya ? Haha.




    Sayang,
    Hafiizhullah Ariif

    ReplyDelete
  8. stuju, 99% setuju.

    tajuk menarik mmg menaikkan trafik. lagi2 kalo awak tulis, "i met someone" atau "perkenalkan, my boyfriend". hehehe.

    love you hanis. awak btul2 inspired me taw!

    *mana gamba main kompang niiii....

    ReplyDelete
  9. nice... err ini ape ekk "kulit hidung bulu mata"

    ReplyDelete
  10. wahh bagus!bagus!sangat berguna..

    awak!!leh tak awak listkan shopping blog saya kat blog awak??
    www.nimicompany.blogspot.com

    ReplyDelete
  11. owww..mcmtu ye nk jd blogger mcm kamu...
    thanx dear sbb kongsi...
    eh2..kucing kamu mcm kucing saye..
    tp x segebu kucing2 kamu T__T
    take care =)

    ReplyDelete
  12. cik hanis zalika..terima kasih atas khidmat nasihat ini..(trying to do my best in spelling~)

    ^^

    ReplyDelete
  13. THANKS EVERYONE FOR COMING DOWN HERE LEAVING PRECIOUS COMMENTS. IT MEANS ALOT TO ME AFTER BERHEMPAS PULAS MENGHASILKAN ENTRI INI SEMALAMAN. I REALLY HOPE IT WILL HELP :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yes it helps a lot.
      Thanx..
      http://drshikinzainal.blogspot.com
      (newcomers in blogging).

      Delete
  14. Wah, hanis.
    terima kasih untuk tips itu.
    Rasa macam sangat berguna.

    I'm trying to do my best.

    thank you again

    =)

    ReplyDelete
  15. yelah, saya tgk painting kat ats tu pun dh tertanya2 budak manalah yang terel sgt ni, saya yg ada kelolosan IT pun terketar2 nk buat hehehe...btw very nice blog, and ur mom too.

    ReplyDelete
  16. kau cantik, boleh la jadi terkenal

    ReplyDelete
  17. ahah...
    great + superb tips hanis...
    hahaha...
    thanx for sharing anyway..
    :)

    ReplyDelete
  18. berhempas hampagas, hehe,
    for me sebab i suka bertandang kat belog ini aderlah kerana anda seorang yang kelakar, kelakar yg penuh warna, bukan kelakar kosong, hehe, paham tak? abaikan kalau x paham

    ikan yu ikan pari
    saya baca setiap hari

    (=';'=)

    ReplyDelete
  19. semalamam buat entries ni???
    wahhhh
    impress...
    sya akan try all ur tips...

    hmmm yeah mcm mane nat wat trafic tu?
    xphm...

    hmmm
    mgkin kah sya memang seseorang yg pending ble bace blog awak kat library?

    atau sye lg pickup bce entries awak kt bilik je mggunakan broadband si latip???

    nice tips btw...
    =)

    ReplyDelete
  20. great entry u got there. =)

    p/s- tak tau pulak boleh buat duit eh. best ni, harus ditimbangkan kembali untuk mempunyai blog semula.

    ReplyDelete
  21. owh ye...
    ble eh pertandingan kompang tu?
    gudluck then...
    harap2 zamrud dapat no 2...
    =p

    ReplyDelete
  22. tq 4 the info... mmg terbaik la...suka baca blog u..

    ~p-na mama oja~

    ReplyDelete
  23. sy blogger yg br berjinak2..tq utk tips tuh..akan sy manfaatkan

    ReplyDelete
  24. wah...tips yg mnarik...aku akan cuba mengubah diriku slps ni..:)
    oit..duit nuffnang tu simpan ckit..blh blanja aku bler aku blik malaysia nnti...
    p/s: apsal dkt blog link aku, aku nerd?..oh, sampai ati kamu..

    ReplyDelete
  25. clap3.

    saya memang suka beloghaniszalikha.

    malah saya telah linkkan kepada blog saya.

    terima kasih kerana homour relief.

    ReplyDelete
  26. clap3.

    saya memang suka beloghaniszalikha.

    malah saya telah linkkan kepada blog saya.

    terima kasih kerana homour relief.

    ReplyDelete
  27. and slh satu sebab hanis punya traffic yg melambung2 adalah hanis kelakar dan sempoi. he3.

    ReplyDelete
  28. taknak komen, sebab kau cakab bahasa i pasar tsk

    ReplyDelete
  29. sungguh rasa teruja dan terinspirasi apabila membaca entry ini. dengan itu say amengambil inisiatif untuk mengambil tauladan daripada apa yang telah di perbincangkan

    -seriously, ini lah pertama kali menaip tanpa menggunakan short form- ;)

    ReplyDelete
  30. you're too cute hanis! you crack me up. seriously! thanks for the tips. i just started my blog to get my business running. thanks again.

    ReplyDelete
  31. boleh jana pendapatan melalui blog sendiri ker???

    mcmanne??

    can u teach me,,,=)

    ReplyDelete
  32. silent reader je selama ni..
    tak dpt tahan utk bg komen..
    mcmana hanis boleh trace ada 15% increase dlm visitor blog kita..bole bg tips?

    ReplyDelete
  33. boleh jana pendapatan melalui blog sendiri ker???

    mcmanne??

    can u teach me,,,=)

    ReplyDelete
  34. dengan berblog ley wat duit ker??

    mcmane caranye??

    ley tlg aja =)

    ReplyDelete
  35. my nuffnang is still at 40+. wonder when i'm going to get my first cheque :P

    anyways, love reading your blog. keep on writing!

    ReplyDelete
  36. macam aku letak entri tajuk "MISAI"..
    NANIROSTAM komen...bila tgk sape NANIROSTAM...owh..mak ko ropenye..

    dan ropenye..ayah ko ada MISAI...
    yup..tajuk itu daya penarik...

    ReplyDelete
  37. oh, cik hanis. Saya baru je mahu tulis tips tips blogging. tapi kamu sudah kacau daun. ha ha. tapi seriusli, nama blog kitorang sangat bosan. Mahu ditukar, tapi tak ada idea. Apa kata kamu tolong guna otak kamu yang sengal dan best tu, tolong kasik idea.

    Hanis Zalikha: Cheyy, banyak cengkadak nak mintak nasihat free??

    And seriusli, thanks for the tips.

    ReplyDelete
  38. Hey! u forgot tips no 15! ( kedekut yer..) gurau jer...

    I guess no 15 is..just be yourself (betul kan?)

    btw thanks for tips!(very useful for blogger br 2 bulan mcm i);-)

    ReplyDelete
  39. nice blog...intersting sgt.sy akan terus follow ur blog.tp utamakn studi dulu k? :)

    ReplyDelete
  40. berguna,berguna ! boleh try nanti.thanks btw ;)

    ReplyDelete
  41. wahh..thanx haniz

    byk lg nak kene blaja

    kui2

    ReplyDelete
  42. yup suke belog hanis sbb kurang carutan or makian..=p

    ReplyDelete
  43. Kan saya dah ajar cara jana duit dalam entri ini. Cuba tengok betul-betul. Daftar Nuffnang. Di situ kamu boleh tengok berapa ramai orang view kamu, berapa banyak peratusan trafik naik, dari negara mana orang datang blog kamu etc. SEMUA ADA PERGI DAFTAR SEKARANG.

    ReplyDelete
  44. Satu perkongsian yang baik sekali.. terima kasih.

    ReplyDelete
  45. ho ho ho entry yang menarik! tak ramai orang ingin berkongsi rahsiah... trimas!

    ReplyDelete
  46. http://fzalah.blogspot.com/2009/02/aku-berbelog-bukan-kerana-nama-terkenal.html

    oopsie. baca lah. pffft

    ReplyDelete
  47. oh.
    entri ini sangat lah berguna.
    seperti TIPS pensyarah-pensyarah kepada mahasiswa untuk final exam di universiti-universiti awam dan swasta.

    terima kasih.
    HAHA.

    ReplyDelete
  48. Hi HANIS....
    Thanks for the tips...

    ReplyDelete
  49. huhu! akhirnya ade juga insan yg ambil berat dengan kaedah2 seperti ini. thnx hanis :)

    ReplyDelete
  50. baiknya hanis..tips yg sangat bagus. tq very much! memang best baca blog hanis, tajuk saja sudah buat orang teruja...

    ReplyDelete
  51. hanis zalikha..
    tq for the tips ya..

    ReplyDelete
  52. wowww.... berapa lama daaa hanis mengarang entry nih...really appreciate it..thanx a lot...satu lagi.. rajin2 visit blog2 lain n tinggal jejak (komen) for sure tuan umah nak tahu kan tetamu mana dtg... hiksss... so...jemput2 ler to my place... huhu

    ps: hanis dah jumpe ngan prof kamil yg sgt hot tuu??

    ReplyDelete
  53. Hanis Zalikha,thx for the tips.
    you're the best! (:

    ReplyDelete
  54. antara sebab blog kamu Jam (traffic) sebab kamu cantik.

    *tak ada unsur-unsur pengoratan di sini ya.

    =)

    ReplyDelete
  55. hanis!
    thanks for the tips. but i did folow but i didnt know what else to do with my blog. could u give any idea. if u free chck out mine and tell me what i need to make it to make it better.

    ReplyDelete
  56. I am 4 months late and i am regretting it. Great tips girl, thank u so much.

    ReplyDelete
  57. smart tips..
    indeed smart

    CONGRATS TO U.. YEA..

    :D

    ReplyDelete
  58. gud2..sgt bagus tips ni..hehe

    ReplyDelete
  59. wah. tips yang menarik dengan gaya tulisan bersahaja. thanks 4 the tips. =D

    ReplyDelete
  60. saya copy ini di blog saya! =)

    ReplyDelete
  61. tq chumell...tips yang berguna untuk semua manusia... :)

    ReplyDelete
  62. thankz coz sudi kongsi tips2 yang berguna utk bloger yang beru berjinak2 utk terus berbloger ni erk...
    sudikn lah melawat blog sy yang baru berjinak ni...
    "aku-aril.blogspot.com" n comment la nnt k...

    ReplyDelete
  63. salam..good tips sis!!!!

    baru rasa muhasabah diri balik dan motivated again after entry sis ni...

    ReplyDelete
  64. huhu..best2.
    tolong tengok-tengokkan blog saya.
    tolong komen,kritik and ape-ape saja lah

    http://applerepublica.blogspot.com/

    ReplyDelete
  65. u're so funny... ur posts reveal who u r. takde tipu2 pun macam blogger lain. haha...

    ReplyDelete
  66. wahhh! banyak lah tip.. hehe ;) thanks btw.

    ReplyDelete
  67. Hanis,
    first time ni nak komen. Nervess sehh, habis berpeluh dahi.
    hihih
    jemput komen layout blog saya..
    nak jugak tahu komen blogger famous cam hanis nih.. isk isk ...

    ** orang kata tips seterusnya, komen lah banyak-banyak di blog yang high traffic nescaya, blog kamu akan kena tempiasnya jugak. Wihihihihih

    my blog link : http://www.queenlyana.com
    (takde choice utk dot com nampaknya..huhuhu)

    ReplyDelete
  68. wah anda ni pemes eh... caya la..

    ReplyDelete
  69. salam hanis.
    sudah ler chantik...tak kedekut ilmu..:) goodluck girl~!

    ReplyDelete
  70. hye akk hanis . sye nie bole dikatakan baru la dlm dunia blogspot nie . Nak mintak tlg akk beri cmnt ttg my blog n bgi idea untuk mencantikkan blog . tips akk sgt bgus . bole x bgi sekali link2 yg bole menambah cantikkan my blog ?

    tlg ekk akk .
    my blog-simplenadzrin.blogspot.com

    ReplyDelete
  71. ade blog bole dapat duit ke kak hanis?

    ReplyDelete
  72. Kak Hanis,rasenye saya dah adapt semua tips tu tapi nampaknya masih tulis post yang mengarut2 lagi. Nampaknya saya masih kena belajar banyak. =(
    Anyway feel free to read nukilan ku http://nyonyasari.blogspot.com/

    Semoga Kak Hanis tak muntah2 baca =)

    ReplyDelete
  73. salam eiduladha.
    time ksh byk kongsi tips ni.
    gaya tulis bersahaja n funny..n nk tulis begitu mesti hev a lot effort kn as u told so.
    boleh buka minda akk wlupn majoriti tips tu dh tahu.
    n dlm byk2 search,tips hanis yg thumbs up! good work:) moga Allah memberkati usaha murni hanis.

    ReplyDelete
  74. bagus tips ni.. thanks..

    love,
    rabiatul adawiyah zakaria

    ReplyDelete
  75. awww..teringat time kaw bagi aku tips2 ni masa kita shopping di bangsar..memories sangat..

    ReplyDelete
  76. Tambah sikit.. Kalau muka cun leh letak kat dlm blog tapi kalau kureng.. Lebihkan gambor lain..
    He hehehe...

    Zool Blogger Tak Popular Langsung
    ligakampung.com
    ohpemandu.com

    ReplyDelete
  77. Hanis,

    Terima kasih kerana berkongsi tips. Been reading your blog for quite some time now (1st time was thru a link at one of my friend's blog). Siap jadi follower kat facebook lagi.
    First entry Hanis yang saya baca adalah something tentang your results, yang masa u tak score 4 Flat, tapi 3.9x,I was like, WOW! Budak ni, totally a beauty with brain. Good work Hanis, and keep it up!

    ReplyDelete
  78. hanis zalikha.
    i xtaw pon u sape actly. but afta reading ur blog (baru first time today) i da taw. u famous n cantik :)
    i suke care u tulis blog. sangat best.
    keep up ur good work n i love ur attitude for being humble. <3

    ReplyDelete
  79. hanis zalikha ,

    i'm Zallika...
    xserupe dan xsame...tp bile disebut ade bunyi yg same...

    hahahah..
    anyway, nice tip...
    tq!

    ReplyDelete
  80. hanis zalikha ,

    i'm Zallika...
    xserupe dan xsame...tp bile disebut ade bunyi yg same...

    hahahah..
    anyway, nice tip...
    tq!

    ReplyDelete
  81. salam..

    thanx a lot 4 d' tips..
    will try to improve my spelling hahahah...no shortform anymore!
    kamsahamnida ^_^

    ReplyDelete
  82. Sokong 200% pasal penggunaan short form ! Tapi masih yg terlampau 'slang' blog dia ~ ~ ~

    ReplyDelete
  83. thanx gila sbb kasi tips ni..
    my blog slalu xde org bace pun..HUHU

    ReplyDelete
  84. akak ni lawak la. Thanks for the tips!
    kalau akak ada masa, sudi-sudilah datang baca blog ini pula? Thank you!
    http://blognisayayangpunya.blogspot.com/

    ReplyDelete
  85. serius... i gelak baca entry ni. HAHA..

    ReplyDelete
  86. harus creative to attract org baca kan..
    anyway, sharing is caring..link my blog http://hayrelaida.blogspot.com

    ReplyDelete
  87. Terima kasih ats tips yg sgt2 berguna nie..

    ReplyDelete
  88. tips terbaek hanis..
    thx! =D
    *ouhhh, lame mencarik baru jmpe blog u! sbb asyik lupe..maaf! =.='
    hehehe..sory bermasalah sikit..=P
    nice one!

    ReplyDelete
  89. bestnya layan blog hanis.
    sempoi je..mcm dgr hanis bcakap dpn mata ayat2 dia..
    nway,i dh try byk kali utk masukkan Nuffnang Ads dlm blog,tp xpenah jd.xpaham gak nape..

    ReplyDelete
  90. oh oh.. terima kasih ye.. lepas ni buat entry dengan tajuk "14 Tips Menjadi Blogger Comel Seperti Saya" ...boleh?

    ReplyDelete
  91. thanks for sharing


    www.yanmieonline.com

    ReplyDelete
  92. Hai hanis.. Kalau saya dah Ada URL blog >> http://chu-wawa.blogspot.com Dan saya ingin menukarnya ke Nama yang lebih senang orang ingat boleh ke?? Or saya kena create blog baru??

    Thanx hanis

    ReplyDelete
  93. hanis, thanks a lot for your great tips. i juz really felt encourage with your blog. sangat menarik! saya tak popular macam awak, tp awak boleh kenal saya melalui link saya kan?, klik je.. pasti takde nye bomb jatuh kat kolej zamrud tu. hihi.. thanks a lot!

    http://vintageachna.blogspot.com

    ReplyDelete
  94. respek sama awak Hanis..!

    -novice blogger-

    ReplyDelete
  95. suke-suke...
    tenkyu 4 the tips...
    duit nuffnang tu dapat every month ke?
    akaun nuffnang i baru 75 sen..

    ReplyDelete
  96. kak hanis,thanx!
    saya orang baru kat sini..
    still tak tau cane nak wat duit through blogging..kene wat kat Adsense ke?
    help!

    ReplyDelete
  97. hie hanis,

    love your entry...tapi nak tanyer ad yg u pilih dalam nuffnang tue ad yg mana satu... default ker CPC ker aper...confuse kat situ..help help..

    http://tintakumerah.blogspot.com

    ReplyDelete
  98. haha..bagus tol tips kat atas..aku pon bru gk jinak2 kt dnia blog ni,,,support la aku gak mmbe2 sekalian.. akukeini.blogspot.com

    ReplyDelete
  99. terima kasih kerana sudi berkongsi TIPS ni. Akan saya gunakan sebaik yang mungkin.

    ReplyDelete
  100. hai Hanis.. tq, bagus banget tips2 ni, aku bru nak berjinak2 dgn Blog ni.. tq2..

    ReplyDelete
  101. u lupa no.15! Must have GSOH. Good sense of humor :)

    ReplyDelete
  102. Dah dua tahun saya berblog, saya ada 4 orang pengikut setia ;boyfriend saya, ex- boyfreind saya, gurlfriend ex-boyfren saya(mengintip) dan ex cikgu saya. Azam saya bulan ni adalah untuk mengembangkan blog saya. What shall i do to kickstart the promotion?

    ReplyDelete
  103. hai..i follow u..thanks bg tips

    ReplyDelete
  104. advise yg sgt baik...sy cube...

    ReplyDelete
  105. waaaa...tq chekgu hanis. saya pun baru buat blog. saya terpengaruh. its all ur fault. hehe.

    ReplyDelete
  106. ok,akan dipertingkatan mutu blog saya :)

    thanks a lot Hanis

    ReplyDelete
  107. alamak dah terpengaruh...dlm level beginner ni mmg susah kot..nak kene survey sikit2, nak survey sikit2 tu maknya dah kena dok depan laptop/pc lama2 utk baca ttg blog ni je.tapi xpe, at least dpt knowledge kan..Btw, thanx for this older post..hehe..

    ReplyDelete
  108. its a gud advise & tips sis.. hope lepas ni lagi banyak tip-tip yang berguna utk blogger..

    ReplyDelete
  109. terus insap neh ble bce.huhu.
    sy ade mslh nk wat header kt blog sy la.leh tlg takk ? ^_^

    ReplyDelete
  110. hai..i like ur blog content..hihi..hope one day i can be like u..check out my blog...'merduyaty'

    ReplyDelete
  111. saya ada masalah nk paste kan nuffnanag tu..after sy paste..'Error matching blog to blogger entry. If you are the owner of this blog, please check that there is no typo in your blog address and that you have pasted the code from the Add Ads page correctly..'sy xtua ape masalh nye..sy rase da buat dgn betul da...tlg kak hanis

    ReplyDelete
  112. terima kasih daun keladi..nanti bg nasihat lagi..

    ReplyDelete
  113. Thanx hanis.....a very good tip especially for new blogger like me...

    ReplyDelete
  114. Askm,
    Hanis, kamu ni tak padan dengan usia yg msh m
    uda, dah boleh bg tips bermanafaat pd kami. untie ni br beberpa minggu join blokspot ni, berguna la tips kamu ni, untie nak guna .. TQ

    ReplyDelete
  115. sangat funny dan berguna..thanks Hanis

    ReplyDelete
  116. Thanks for the tips Hanis.
    Love it so much!

    ReplyDelete
  117. thx :) it helps a lot . saya bru nak berjinak2 dlm dunia ni . dpt guideline cmni rase teruja lah . :D

    ReplyDelete
  118. walau agak lambat comment aku ni, anyway aku nk say thnx for the tips girl.. hehe i'm your diehardfans..

    ReplyDelete
  119. Wah... terornya kak hanis! Tau pasal akak dari kawan. Sahlah dia tak tipu tentang keasyikan membaca kat blog akak.

    p/s: Saya penulis novel. *tiba2. sorry... hehe

    ReplyDelete
  120. thanks kak hanis for the tips...
    sekarang dah tau mcm mane nak jadi blogger yang bagus macam kak hanis..

    ReplyDelete
  121. thanks kak hanis for the tips..
    sekarang baru la tau macam mana nak jadi blogger yang bagus macam kak hanis..

    ReplyDelete
  122. tips yang sangat berkaliber? *ada ke ayat tu? hahah. btw, thanks ;p

    ReplyDelete
  123. tq hanis!! selepas baca rase nak wat belog plak!

    ReplyDelete
  124. terima kasih.info2 ni mmg bagus.nanti sy ikut secara perlahan2...:)

    ReplyDelete
  125. bgs tips2 ni. klo wt novel b'episod sambung2 bile free, bole wt duit gk ker? hik3x

    ReplyDelete
  126. Hi ... artikel dan posting yang serius memberikan idea kepada saya. Saya baru sahaja menulis entry di blog saya - bagaimana nak menjadi penulis blog disegani menerusi menjadi penulis blog jemputan.

    ... dan saya kagum dengan Hanis yang punyai pengikut yang ramai.

    hasrulhassan.blogspot.com

    ReplyDelete
  127. Hanis, awak ni memang best la... I love your blog. Thanx so much for the tips.

    ReplyDelete
  128. akk hanis..

    belog akk terbaek..SEMPOI.

    mmg BESH ! !

    ReplyDelete
  129. Hi Hanis,

    thanks for the tips. Untuk nak dapat traffic daripada Search Engine, kita boleh belajar SEO nye.

    Regards

    MaLiK

    SEO Satu Kepuasan :)

    ReplyDelete
  130. uiyo. baru saye tahu. terima kasih for the tips tips tips :)

    ReplyDelete
  131. Wow!! hebat!! selepas baca blog hanis saya terus teruja nak buka belog... Bukan utk keuntungan or pubisiti tapi sekadar mengisi masa lapang... Terima kasih diatas segalanya...

    ReplyDelete
  132. Saya tidak tahu, tapi, yg saya pasti, saya jumpa belog kamu (yg sangat mencuit hati)ni ketika saya menggunakan Google, Search, Image "Burung Wak Wak ". Good ! Keep it up.

    ReplyDelete
  133. Tips yang sangat berguna... terima kasih yea....

    ReplyDelete
  134. Tips yang sangat berguna... terima kasih yea...

    ReplyDelete
  135. hye hanis..love read ur blog...I br dlm berblog ni..feel free to view my BELOG ya..hhehe

    erynasir.blogspot.com

    and I br buat lg satu blog for my bisnes...

    korg2 n hanis bleyh la dtg k..
    eccfashionpolice.blogspot.com


    tq..for the tips also..

    ReplyDelete
  136. tips yang sangat membantu. thanks hanis sebab sudi share :)

    ReplyDelete
  137. HANIS SAYA COPY ENTRI NI TAHU. UNTUK SHARE PADA YANG LAIN. JANGAN SAMAN OKAY?

    http://negative46.blogspot.com/2010/12/latest-rahsia-dan-tips-menjadi-blogger_28.html

    *komen kat post tu kalau nak suruh delete. Thanks btw. Dan selamat bercuti! :p

    ReplyDelete
  138. tq
    msti brtmbh lg nuffnanfg lps ni

    ReplyDelete
  139. bagus awak ni.tak kedekut ilmu...thanx haniz

    ReplyDelete
  140. waaa..bestnya banyak tips..
    makasih tuan tanah..

    ReplyDelete
  141. terima kasih .sharing is caring.mintak dishare dlm blog sya.tk

    ReplyDelete
  142. now you are one of the most famous bloggers in asia! =D

    ReplyDelete
  143. Dear hanis zaliikhaaa..tq 4 the tips..mohon sharing ye

    ReplyDelete
  144. hehehe..aku baru buat blog demi hanis (stelah sekian lama semenjak terlihat hanis dengan ibu hanis kat tv3)..huhu.. ;p (waa..malunya..!)

    ReplyDelete
  145. wahhh, tips yang sangat menarik. thanks =)

    ReplyDelete
  146. http://dengarisaya.blogspot.com/2012/08/14-tips-blogging-dari-hanis-zalikha.html

    ~thanks , entry yg bermanfaat~

    :D

    ReplyDelete
  147. pasal gambar tuh 100% setuju! normally orang terjah blog tuk tgk gambar2..if gambar macam blur2 jer..sure malas nak tengok~

    ReplyDelete
  148. walaupun komen saya tak pernah berbalas, tapi saya tetap juga nak komen..hehehee.. thanks for the info.. sangat bertuah dapat info sebegini daripada blogger yang memang berjaya

    ReplyDelete
  149. Hebat keknis , great ...thank you so muchhhhhh...

    ReplyDelete
  150. terima kasih hanis... info hanis sangat-sangat berguna buat saya yang berjinak2 dalam kehidupan blogger.. ^_^

    ReplyDelete
  151. thanks for the tips kek nis , sgt berguna untuk sy yg bru nak merangkak ni. muehehehe sadis ~

    ReplyDelete
  152. Thanks kak Hanis untuk tips yg sgt brguna,hihi ^_^. bolehlh sy aplikasikan dlm blog :D

    ReplyDelete
  153. Tq for this tips......Amat berguna pada PokCIk

    ReplyDelete
  154. Wow..hebat..entry lama pun stil ada readers lg..

    ReplyDelete
  155. Memberi tips dengan cara yang santai...memang terbaik, macam jugak anak kecik kalau diajar marah2 susah nak masuk tapi kalau diajar cara yang ada kiasan dan lawak2 sikit cepat masuknya. Sis suka sangat tips ini walaupun dah banyak yang macam ni sis baca tapi rasanya ini yang terbaik dan masuk dalam otak

    ReplyDelete
  156. baru nk buat blog kekabu nie..apepun thanks info nie..

    ReplyDelete
  157. suka dengan tips dari hanis ni...

    ReplyDelete
  158. Thanks for the tips...saya suka tgok awk dalam jodoh..hoho..tetiba..

    ReplyDelete

No proper ID, no proper comment, down you go the freaking spam drain. Receiving happy vibes!