Sunday, August 10, 2014

Feeling Natural Beauty

Penat daripada menyelam skuba (I finally got my license!) belum habis lagi. Penat dari balik-balik terus kena shoot Raikan Cinta tak habis lagi. Tapi bangun pagi kena buat apa cuba teka?

Kena solekkan salah seorang kawan masa meningkat remaja untuk pertunangan dia! Bagi yang telah lama mengikuti belog Keknis mungkin pernah terbaca entri Pelamin Last Minute  . Keknis memang semangat wehhh benda-benda cemni, memang entah kenapa, tolong kawan, I just loveee to make people happy (Mama tengok Keknis bangun pagi dengan demam-demam pastu dia membebel dah tahu penat tuh sebok nak mekapkan orang semua, and I was like dengan suara sengau, tapi nak buat orang gumbiraaa T_T). 

Kali ini yang bertunang is Wanoy, salah seorang geng sekolah menengah dulu, Angelsz Gurliesz (jangan hakimi kami). She was asking around, mencari-cari make up artist dengan servis harga berpatutan. Harga berpatutan... hihihi tergelak sedikit di situ. Obviously takkan jumpa kan? Bila dia tersedar semua memang mahal ratusan dan ribuan, dia pun mencuba nasib dengan mmmmmmm mungkin kau boleh mekapkan aku? Cair hati I bila orang berikan kepercayaan menadah muka mereka, tak sampai hati nak tolak. 

Dalam kepala otak, kalau dia berani pertaruhkan hari pertunangan dia dengan solekan oleh kawan rapat, mesti dia ni jenis yang rock, yang tak kesah, yang selamba tak cerewet kan?

MEMANG TAK! 
BOY, WAS I WRONG?! SO SO WRONG.
Keknis selalu dengar dan temuramah 'bridezilla' (bakal pengantin berpewatakan dinosaur) untuk Raikan Cinta, tapi tak pernah lagi menghadapinya sendiri. Pagi itu kami on the way ke rumah Wanoy, Iz dah bagitau dah, Wanoy macam bridezilla yang get stressed out over smallest matter, tapi diri ini masih tak percaya, sebab kalau dia cerewet kenapa dia sanggup cut cost terus and biarkan I mekapppp???

Dan drama pun bermula....
Sesampainya kami, Keknis terus masuk bilik untuk siapkan barangan mekap, ceh konon-konon pro siap alaskan dengan tisu kitchen towel besar pastu susun semua berus bagai (bahahaha tiru mekap artis yang selalu mekap kitewww). Pastu diorang sediakan kerusi Wanoy mengadap cermin besar. Keknis angkut dan letak kerusi tuh mengadap tingkap dan jauh dari cermin. 
Kerana 1) Pencahayaan terbaik adalah cahaya matahari, puas hati nak mekap! 
2) Manusia sangat annoying kalau masa mekap dia dapat tengok cermin, semua benda dia nak komen dan betulkan.

Ya Allah itu adalah tindakan paling bernas ever sebab rupanya Wanoy memang bridezilla. Hahahaha kelakar sebab kitorang dah kawan dengan dia bertahun-tahun, and dia memang adalah tersangat sempoi. Walaupun dia kadang-kadang kabut, tapi penampilan dan perwatakan dia memang sempoi. Nampaknya kita memang akan lebih mengenali seseorang waktu dia tengah tekanan tinggi nak bertunang.

Semuanya berpunca sebab dia tidak pernah langsung mekap. Cabut kening sikit pun tak pernah, dan taknak langsung. Awal-awal dia dah cakap dia nak mekap yang paling tipis dan natural. Mekap tipis dan natural adalah sangat susah sebab dalam pada tipis dan natural kau juga nak tampak cantik untuk ratusan photo nanti kan? Dahlah ada pelamin. So Keknis cakap ya, aku mekapkan paling tipis dan natural (tipu, biar dia diam), walhal dah sediakan bulu mata pelesu dah kat tepi LOLOLOLOL. Sesi solekan pun bermula... buat base guna foundation dan shading semua, pastu lupa nak ambil gambar before make up. Terimalah gambar halfway make up.


Waktu ini masih tersenyum lagi, sebab dia belum tengok cermin. Tapi tetiba salah seorang yang ada di situ pergi snap gambar behind the scene, pastu Wanoy sibuk nak tengok. Dan dia tengok wajahnya sendiri di gambar itu. Wajah tengah separuh jalan mekap. Masa tengah separuh jalan mekap, paham tak shading semua masih tebal dan gelap? BERMULALAH SEGALA KEKALUTAN. It was the funniest scene ever. 

Semua benda tak kenaaaaaaa! Sebab dia tak pernah mekap langsung, mekap yang biasa sangat pun dia rasa macam bapuk. Tetiba dia nak padam shading, tetiba dia nak cabut bulu mata, tetiba Iz yang bertanggungjawab stylekan tudung dia pun terkena tempias kekalutan. Kitorang cuba back up each other, namun the bridezilla was winning. 

In the end we had to be firm. 
Keknis terus tegas tanya dia "Aku tak paham apa yang kau rasa cantik di mata kau!"
Wanoy tengah kekalutan pun jawab "Aku taktau! Muka yang tanpa mekap?!"
Keknis meletop "Kau feeling natural beauty?! Kau rasa muka kau bangun tidur adalah paling cantik ever? Nak naik pelamin muka togel pastu pakai tudung bawal selempang kiri kanan je?!"


Sabar je aku. Tangan dah genggam tuh. Jam tangan merah dari Solvil Et Titus (sempat je kan, muah!)



Situasi tergelak dalam kekalutan memang banyak. Kalau teringat balik memang boleh nangis gelak. Nasib baik semua memang kawan rapat yang dah bertahun bersama. Akhirnya selesai jua... Walaupun Wanoy masih ulang-alik tengok cermin dengan muka resah.

Before and after. Make up yang paling minimal sekadar mencuba untuk cantikkan sahaja. I tried my best. Kalau dulu masa mekapkan Aida tak reti buat kening lagi, now dah okay sikit, LOL sorry Aida waktu mekap kau aku tak sempat tambah skill kening.


Makin ramai kawan Wanoy sampai, 
makin lama dia bergaul, 
makin banyak dia bergambar, 
tetiba dia datang hampiri Keknis yang dah tersandar kat katil (kan demam), 
dan berkata "Mmm bila dah lama-lama tengok, betullah weh, sebenarnya cantik mekap nih"
HERGHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHH! NOW WHERES THE NASIK BERIANI ?!



Angelsz Gurliesz minus Hakim dan Ilmi. RINDU KORANG SANGAT! KENA JUMPA AGAIN AND CATCH UP PLEASE! *yang dua orang kat depan tuh baru lepas lega ya, sorang mekap, sorang stylekan tudung* I love you Izdiyani.


Bridezilla yang belum bride lagi pun, baru bertunang. She's back to her normal self and kept thanking me till the end. We are so happy for you Wanoy! After all that you've been through, you deserved to be with a good man. Thanks for letting us be a part of your big day :') A big congratulation and good luck to your wonderful family, The Pauzis. 




The dulang boys and girls, Wanoy's friends.




Ini jer pun yang saya mahukan.

36 comments:

  1. Cantik kot. Haha. Tp time kecoh ² msti klakar gile. Tringat time i tunang dulu. Same gak cm dy, sibuk nak lap makeup tu sbb rase cam over. Hahaha. Hmm, tp kamu tu.. Comot ² pon comel pehal?? Haih.

    ReplyDelete
  2. Comelnyaaa keknisss...untung sape jd kawan kekniss....:)

    ReplyDelete
  3. Comelnyaaa keknisss...untung sape jd kawan kekniss....:)

    ReplyDelete
  4. Hi, :)
    Pic yang last skali tu paling win.
    "ini je yang saya mahukan"... Lol

    ReplyDelete
  5. ni namanya mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasik.. syabas and congrats to your friend on her engagement day ;)

    ReplyDelete
  6. suka gamba last sekali tuuu ...

    nak makan pun comel ... hihi

    ReplyDelete
  7. Gambar last paling epic.. Hoyyeh get well soon yah!!

    ReplyDelete
  8. Nice n simple make up.. well done hanis

    ReplyDelete
  9. Keknis ni dah ler cantik, baik hati pulak tu. Untung kengkawan dapat BFF mcm Keknis =)

    ReplyDelete
  10. congrats hanis!Semakin terserlah bakat awak..suka tengok muka hanis dalam iklan.ikon baru untuk iklan.In shaa Allah.

    ReplyDelete
  11. Comey jer tgk keknis makan...alolorh...kiutnyer...

    ReplyDelete
  12. Demam...comel....beriani...hergh :D

    ReplyDelete
  13. Salam.. Nak tumpang iklan boleh tak kak untuk kebaikan bersama..

    ASSALAMUALAIKUM W.B.T MUSLIMIN ,MUSLIMAT & SALAM SEJAHTERA TUAN2 PUAN2..

    TAHUKAH ANDA
    DENGAN RM25 ANDA BOLEH MENGGANDAKAN WANG DI DLM AKAUN BANK ANDA TANPA ANDA SEDAR/KETAHUI SIAPA YG MEMBERI?

    MUNGKIN INI SESUATU YG ASING DAN PELIK BAGI KITA DI NEGARA DUNIA KETIGA TAPI TIDAK DI NEGARA-NEGARA MAJU.

    MAKLUMAT LANJUT & BAGAIMANA
    UNTUK MENYERTAINYA?

    KLIK DI SINI
    http://www.needjiadi.blogspot.com/

    • IN SYAA ALLAH BERMANFAAT.

    • TIADA PAKSAAN UNTUK
    MENYERTAINYA.100% TERSERAH
    KPD ANDA KERANA
    PERKHIDMATAN/PROGRAM INI
    BERDIRI DI ATAS SIFAT JUJUR
    IKHLAS AMANAH DAN INTEGRITI.

    • FOR A BETTER WORLD FOR OUR
    FAMILY CHILDREN AND SOCIETY.

    TERIMA KASIH KERANA SUDI
    MEMBACA.
    WASSALAM...

    ReplyDelete
  14. Hmm..saya pun suka make up yg natural..tak suka yang tebal-tebal

    ReplyDelete
  15. Sama penyakit la mcm saya..sampai ke sudah rasa x selesa nak make up..masa kawin pun sebab terpaksa..skrg makan suplement je la utk jaga kulit huhuhu

    ReplyDelete
  16. sweetnye~ inilah sahabat sejati..sentiasa ada kala susah senang..payah nak jumpa..

    ReplyDelete
  17. keknis please make up kan I 😭😭

    ReplyDelete
  18. Keknis please make upkan I 😭😭

    ReplyDelete
  19. kesibukan melanda. baru nak korek entri kekniss ^^

    ReplyDelete
  20. Sweet....simple but cantik... 😊

    ReplyDelete
  21. Ikhlas cakap..serius cantik! Nak keknis mekapkan jgk pehlis....T_____T

    ReplyDelete
  22. cumil jee kak nis duduk bersila (: alifpikok.blogspot.com

    ReplyDelete
  23. Simple je hanis , but always pretty. Goodjob sebab dapat makeup kan bestfriend hanis and she does look adorable with your touch! :* more post from you!

    ReplyDelete
  24. Keknis I'm your fan! I'm improving my makeup skill as well. Niat nk makeup muka sendiri time kawen.hehehe. keknis Klau nak beli Mary Kay visit la my page. Saya always give best price. Your support means so much! 😊

    ReplyDelete
  25. Keknis I adore you. Reading your blog makes me motivated again. Kite pon tgh improving my makeup skills. Dengan harapan nak makeup muka sendiri time kawen.hehhehe. keknis klau nk cuba Mary Kay visit la my IG..I give bestprice n free consultation simply because I love sharing with everyone. Nak sama2 cantik. Your support means a world to me😍😍😍😍

    ReplyDelete
  26. Seeking for hantaran fresh flowers service? Follow instagram: hantaranbyj

    ReplyDelete
  27. haha comel je keknis..lepas kalut2 ngadap bridezilla..ini je yg saya mahukan..mmg terbaik..untung kwn2 keknis dpt kwn yg baik

    ReplyDelete

No proper ID, no proper comment, down you go the freaking spam drain. Receiving happy vibes!