Thursday, April 2, 2015

Pasal Toujours Advanced Collagen Shots

Oke hai. Berasa sangat terpanggil nak update belog pasal Toujours Advanced Collagen Shots sebab TERLALU RAMAI yang terpengaruh dan cuba dan puas hati, TAPI segelintir masih berkira-kira nak cuba ke tak kan? Sebab Keknis selalu mengomel pasalnya dekat Instagram tapi dalam berlainan post pastu korang pun tak dapat semua input kan? Come, let me help you here. Samada korang patut teruskan pembelian dan cuba atau tak perlu. Semua Keknis terangkan sini dalam  satu post.

Apa itu Toujours Advanced Collagen Shots? Kotlah tetiba ada yang blur setelah sekian lama ahahaha mungkin setiap kali Keknis mengomel pasal produk magik ini kat Instagram, time tulah quota tenet kau dah habis, time tu lah Nora Danish tengah spam live update (hai Kak Nora!), time tu lah jari kau basah so kau terscroll laju melepasi gambar I pasal Toujours Advanced Collagen Shots, kiranya kau memang tak tahu betul langsung zero point pasal produk magik ini, meh Keknis habaq mai.


Toujours Advanced Collagen Shots adalah:
Produk magik. Collagen paling magik dalam hidup yang taktau camne nak cakap. Yang siapa pakai mesti datang balik dan dah cerah sekata. Yang hitam kusam tetiba cerah berseri, yang cerah bertambah putih, tak kira lelaki perempuan. Padahal baru try satu box. Itu tak kira lagi yang bertemu jodoh dan sebagainya. Oke over.

Produk itu macam mana:
Dalam satu box, ada 30 sachets Collagen Shots dalam bentuk cecair manis sedap. Sachet itu adalah plastik yang boleh dikoyak dan terus minum. Takyah bancuh takyah kemam semua takyah. Paham tak takyah?! Paham tak orang nak bagi kau cantik cepat?! Kalau letak dalam fridge lagi nikmat Ya Allah. Rasa berries sebiji tastes like candy. 

Pastu dalam Toujours Advanced Collagen Shots ni penuh ekstrak buah-buahan yang ko takkan berjaya makan semua untuk dapat khasiatnya dalam sehari. Mahal kot nak makan semua buah-buahan ini setiap hari. Phew nasib baik ada Toujours Advanced Collagen Shots. Jimat duit dapat khasiat everythinggg iaitu: Epal, Strawberry, Blueberry, Lemon, Acai Berry. Tambahan ada makanan sunnah : Delima, Madu & Kurma. Ini semua dalam bancuhan kolagen gred yang TINGGI. Sebab itu Toujours Advanced ini bold gila boleh claim nampak perubahan dalam 3 hari. Sebab kualiti bahan dia yang tinggi dan aktif.


Saya berkira sebab... HARGA:
Ramai yang kata "omaigosh RM199 untuk satu box is mahal I is student only but I want to look flawless also omaigosh #nofilter #iwokeuplikethis". Kenapa pula mahal? Janganlah terbandingkan dengan harga kolagen lain yang lebih murah bilamana dalam satu box cuma ada 15-20 sachets (hoh tahan tak sampai sebulan). Janganlah terbandingkan dengan harga kolagen bancuh yang tahan lebih dari sebulan tapi kesan dia slow sebab guna kolagen gred lebih rendah.

Dah enough. Toujours Advanced Collagen Shots, 30 sachets, tahan sampai sebulan, cuma RM199, dapat nampak hasil dengan cepat, tinggi khasiatnya untuk kesihatan; HARGA SANGAT BERPATUTAN daripada membaziaq-baziaq duk try macam-macam produk penjagaan kulit bertahun-tahun tapi masih lagu tu jugekkk. Keknis taknak dengar lagi semua ni cukup, minum je produk magik ni.


Saya berkira sebab... BETUL KE BERKESAN:
What is this?! Berapa banyak lagi testimonial ko nak. LOL. Pergi cari hashtag #ToujoursTesti kat Instagram dan belek sendiri kebagusan Toujours. Boleh nangis terharu you know. Ramai betul yang berpuas hati. Toujours ni lagi obvious kesannya kalau orang tu memang tak pernah minum produk kolagen, lelaki lah selalunya! Effect dia memang berbaloilah menepis tohmahan orang kata jambu minum kolagen. LOL. Klik sini untuk Testimonial Orang Lain Yang Minum Toujours .


Okay, saya dah nak beli dah ni, nak tahu HASILNYA:
Di sini Keknis akan kongsi personal experience terus.



Keknis selalu sangat travel dan sunburnt pastu nak pulih balik jadi kulit yang asal lambat sangat. Sudahlah saya ini figura awam yang selalu kena berhadapan dengan orang, dan shooting pun takkan tunggu kita pulih dari sunburnt, terus shoot saja. Jadi orang selalu macam eh Hanis nih kejap cerah kejap gelap mende siot. Tapi lepas jadikan Toujours Advanced Collagen Shots sebagai minuman rutin dua kali sehari, senaaaaaang sangat dan cepaaaaaaat sangat nak pulih dari sunburnt. Serious alhamdulillah. Bersyukur jumpa produk yang mampu buat apa yang dia cakap. Pipi sentiasa merah jambu, kulit kering dah takde dah, dark circles bawah mata hilang terus (sebab Keknis punya tak teruk sangat), tompok-tompok kecil panau di tubuh badan terus hilang poof (Keknis ada eczema), semua ni macam iklan yang cliche yang kita selalu kata yelah tuuuuuh. And apparently, memang ya rupanya. Itu semua perihal kulit.

Untuk tubuh badan pula, energy memang bertambah dan rutin tidur sangat terjaga (senang tidur dan senang bangun pegi, I love this so much). Bila kita minum kolagen gred tinggi, ia boleh merangsang penambahan kolagen di tempat-tempat yang memang ada kolagen. Tempat yang memang ada kolagen untuk wanita ialah pipi, buah dada, dan punggung. Tak boleh nak describe keanjalannya apatah lagi tunjuk bukti bergambar. Keknis just harap wanita yang cuba Toujours Advanced Collagen Shots ini, perhati dan amati perubahan positif dekat bahagian-bahagian itu. Macam geram tau taktau nak cakap camne, cubalah please. Ramai dah cakap benda sama. Lagi-lagi bakal pengantin kan yang excited lebih, cute gila bontot naik. HAHAHAHAHA oke tu je. Pastu boobs macam pejal-pejal HAHAHAHAHA oke dah.

Perubahan positif dalam aktiviti seharian pula adalah, Keknis jadi makin rajin minum air kosong. Dulu tak serajin ini hergh. Tapi bila ambil makanan tambahan macam kolagen ni, memang kena banyak minum air, terus latih diri minum 2-3 liter sehari. Toksik badan semua keluar melalui kencing dan yakk. Your body feels so light and clean. Minumlah air banyak, serious.

Dalam pada minum air banyak, ada ekstrak lemon dan acai berry tau dalam Toujours Advanced Collagen Shots, so... bagi yang memang obses dengan turunkan berat badan, korang tahu kan dua bahan ini memang powerful nak hapuskan lemak dan naikkan kadar metabolisma? Keknis hilang 3kgs sebab Toujours, saya tak suka sangat this part sebab Keknis kurus kot zzz. Nasib baik tambah kolagen kat tempat-tempat I likeee. Hahahahahahaha cukup. Honestly, I love my body even more now. Baru yakin nak kahwin. Eh? Bye.


Omg, adakah saya akan alami SEMUA HASILNYA:
Terpulang sistem badan masing-masing. Ada yang alami lebih lagi (benda yang Keknis takleh rasai sendiri sebab tiada jeragat atau kedutan). Ada yang alami kesan sebahagian daripada yang pengguna lain alami. Ada yang dapat kulit sekata, tapi tak dapat turun berat badan. Biasalah kena cuba dulu baru tahu keserasian produk. Apatah lagi ini produk detox. Produk detox akan keluarkan toksik badan dan doktor kata kita detox melalui a) kencing/berak/peluh atau b) kulit . 


Mungkin sendiri rasa lain, orang LAIN RASA APA:
Okay selain Keknis, Hairul Azreen adalah tikus makmal untuk produk magik ini. Keknis ingat lagi dulu dia pernah cakap "Kenapa kulit I tak macam artis? I kan artis" Hahahahahahahaha betul memang dia cakap camni. Sebab kulit lelakikan kusam dan dia plak jenis main sukan terdedah panas, so kulit dia memang bercapuk-capuk adalah tompokan cerah bahagian kiri pipi, pastu overall memang tak macam kulit yang boleh dibawa ketengah untuk impress sesiapalah. Kemudian Toujours muncul dalam hidupnya. Tak lama, sekejap je lepas dua bulan SEMUA ORANG TANYA KENAPA DIA GLOWING. First time dia muncul di khalayak ramai lepas jadi tikus makmal produk magik ini ialah masa Anugerah Lawak Warna. Dia ada bagi satu anugerah alongside Nad Zainal dan Arja Lee. Time ini memang kulit dia macam 'kulit artis' (BAHAHAHAHA) yang dia dambakan. Kat backstage RAMAI GILA tanya dia inject apa. Tak inject, cuma minum Toujours. Itulah yang dia bebelkan bangga betul masa cerita on the phone LOL. Nasib baik Keknis sempat tangkap gambar nak tunjuk his skin journey. 

Nampak tak? Dahi paling obvious. Bagi Keknis ia sangat drastik sebab I mengadap this face everyday I knowlah LOL. Dia sangat puas hati sebab kulit sekata! Kulit sekata tuh susah nak dapat!


Akhirnya, setelah baca semua yang di atas, saya dah memang teramat sangat nak cuba. Saya nak cuba sekotak dahulu. CARA BELI TOUJOURS ADVANCED COLLAGEN SHOTS:
Hanya whatsapp stokis dan agen berdaftar dan mereka akan bantu anda dan jawab semua soalan yang anda tanya dan uruskan pembelian dan hantar produk sampai ke depan pintu anda. Klik di sini untuk Senarai Penuh Stokis Toujours Advanced.




Semua info lanjut dan testimonial orang lain boleh layari sendiri, www.toujours.com.my :) 
Maceh kerana sudi membaca. Kalau ada produk bagus / produk magik lain kita kongsi lagi!


Wednesday, December 24, 2014

Miliki kecerahan pada V dengan rumusan semulajadi susu

Budaya kita akan mencorakkan jenis penjagaan kecantikan kita. Contoh: orang India sangat menjaga rambut sebab rambut mereka lebat, orang Indonesia sangat suka makan jamu sebab nenek moyang diorang amalkan, orang Brazil suka cukur bawah sebab itu adalah gaya hidup hygienic dan seksi untuk mereka. Kan?


Kita pula di sini? Apa yang penting dalam pandangan masyarakat kita, itulah yang mendapat perhatian oleh diri kita. Kita tertekan untuk cantik di mata orang, biar luar tampak cantik, dalaman yang tersorok itu, nanti kira. Sebab itu untuk kita, muka datang dulu, sibuk menjaga T-zone berminyak tepek bedak sejuk, tapi V-zone tak pernah nak jenguk dan rapikan. Eew bleghhh. Ya ini adalah post tentang penjagaan intim wanita, teruskan membaca kalau anda wanita prihatin dengan tubuh badan. Yang lain, haip! I said haip! Stahp.



Berapa ramai yang benar-benar menjaga V-zone untuk kebersihan diri sendiri? Yang jaga supaya tidak serabai, tidak berbau, tidak berkulit gelap dan tidak dijangkiti bakteria? Berapa ramai yang diajar sejak mula menstruasi bahawa perapian V-zone adalah teramat sangat penting sebagai seorang wanita sejati yang hakiki yang tulus gebu? LOL memang tak ramai. 



Perkara macam ini, yang off-limit nak bincang dengan orang lain selain BFF, memang nampak gayanya kita kena belajar sendiri. Pencuci apa nak guna kena research sendiri yang paling lembut untuk kulit tetapi tetap wangi dan halang bakteria membiak? Waxing macam mana yang tak buat kita menangis dan kenapa kena pulak waxing? Apa yang patut ada dalam beg seorang wanita yang menjaga V-zone mereka? Nak jadi wanita itu kan? Let's start now.



Bahagian tubuh yang mempunyai rambut kan memang memerlukan penjagaan lebih. Bahagian ada rambut cepat berminyak dan berpeluh, kan? Sebab itu lebih baik botak licin dan tidak terkepam. Macam mana nak botakkan bahagian intim?



'Waxing' adalah kaedahnya, 'Brazillian wax' adalah area rujukannya (V-zone) dan 'gel/chocolate/soft waxing' adalah bahan yang anda perlu request di waxing place terpilih. 



Disarankan gel waxing sebab kurang sakit dan proses paling pantas. Ia tergolong dalam 'hard wax' sebab gel akan disapu dan mengeras, lepas itu ia dikopek sekali dengan rerambut. Tak sakit sangat. Kalau soft wax, madu panas disapu, pastu kain akan ditampal ke atas rerambut untuk dikoyak sekali bersama, ouch! Jangan bayangkan dua-dua. Pergi alami sendiri.



Bila dah botak (even kalau nak skip part membotakkan sebab ko kecut), wajib menjaganya dari berbau, berkulit gelap dan dipenuhi bakteria. Waktu inilah pencuci vajajay anda comes in handy, hello! Macam mana nak pilih pencuci untuk bahagian intim kakak-kakak dan adik sekalian? Taknak sebut adik-adik sekalian nanti ada yang perasaan satu geng, INGAT EH PEREMPUAN JE TERUSKAN MEMBACA. Stahp.



Pilihlah pencuci yang berasaskan susu. Seperti ini...




Lactacyd sudah lama jadi pilihan wanita seluruh negara. Inilah pilihan utama yang terbaik dalam menjaga dan mewangikan bahagian yang sering anda leka untuk jaga. Beli ini dan gunakan untuk cuci dan cebok pasti anda lebih gembira!

Depending on your need, anda boleh pilih variant yang berbeza untuk memenuhi keperluan anda. Sebagai contoh, kalau kakak adik sekalian mementingkan process Whitening dalam beauty regime anda, bolehlah anda sekalian pilih Lactacyd White Intimate. Variant ini membantu bahagian intim kakak-kakak adik-adik sekalian menjadi lebih putih dalam masa 4 minggu. Tambahan pula, bahan-bahan yang digunakan dalam produk ini seperti Actipone-B dan Algowhite adalah bahan-bahan semulajadi. Diformulasikan bersama susu semula jadi lactoserum dan asid laktik, Lactacyd White Intimate mampu membantu pengguna untuk mengekalkan pH balance bahagian intim pengguna sekalian.


Seterusnya, setel part waxing, setel part pencuci, eyyy korang ni pergi toilet boleh tak bawak tisu? Tahu kan kat Malaysia ni tak semua toilet sediakan tisu (again, not a part of our budaya hergh). Kenalah usung tisu sendiri. Pandai-pandailah lepas kench lepas berry dan cuci tu, pandai-pandailah capai tisu dan keringkan. Hee-yewww. Kering: Bakteria tak membiak. Tu je cerita dia.


Kalau anda sekalian ingin mencuba produk Lactacyd ini, bolehlah anda semua membeli Lactacyd di Watsons seluruh negara. Dengan pembelian Lactacyd White Intimate 150ml pada harga RM17.90, anda akan mendapat Lactacyd Revitalize 60ml secara percuma sementara stok masih ada.

Ataupun layari website Lactacyd (http://bit.ly/lactacydhaniszalikha) untuk dapat pek percubaan secara percuma!

Be fast! =)

Sunday, August 10, 2014

Feeling Natural Beauty

Penat daripada menyelam skuba (I finally got my license!) belum habis lagi. Penat dari balik-balik terus kena shoot Raikan Cinta tak habis lagi. Tapi bangun pagi kena buat apa cuba teka?

Kena solekkan salah seorang kawan masa meningkat remaja untuk pertunangan dia! Bagi yang telah lama mengikuti belog Keknis mungkin pernah terbaca entri Pelamin Last Minute  . Keknis memang semangat wehhh benda-benda cemni, memang entah kenapa, tolong kawan, I just loveee to make people happy (Mama tengok Keknis bangun pagi dengan demam-demam pastu dia membebel dah tahu penat tuh sebok nak mekapkan orang semua, and I was like dengan suara sengau, tapi nak buat orang gumbiraaa T_T). 

Kali ini yang bertunang is Wanoy, salah seorang geng sekolah menengah dulu, Angelsz Gurliesz (jangan hakimi kami). She was asking around, mencari-cari make up artist dengan servis harga berpatutan. Harga berpatutan... hihihi tergelak sedikit di situ. Obviously takkan jumpa kan? Bila dia tersedar semua memang mahal ratusan dan ribuan, dia pun mencuba nasib dengan mmmmmmm mungkin kau boleh mekapkan aku? Cair hati I bila orang berikan kepercayaan menadah muka mereka, tak sampai hati nak tolak. 

Dalam kepala otak, kalau dia berani pertaruhkan hari pertunangan dia dengan solekan oleh kawan rapat, mesti dia ni jenis yang rock, yang tak kesah, yang selamba tak cerewet kan?

MEMANG TAK! 
BOY, WAS I WRONG?! SO SO WRONG.
Keknis selalu dengar dan temuramah 'bridezilla' (bakal pengantin berpewatakan dinosaur) untuk Raikan Cinta, tapi tak pernah lagi menghadapinya sendiri. Pagi itu kami on the way ke rumah Wanoy, Iz dah bagitau dah, Wanoy macam bridezilla yang get stressed out over smallest matter, tapi diri ini masih tak percaya, sebab kalau dia cerewet kenapa dia sanggup cut cost terus and biarkan I mekapppp???

Dan drama pun bermula....
Sesampainya kami, Keknis terus masuk bilik untuk siapkan barangan mekap, ceh konon-konon pro siap alaskan dengan tisu kitchen towel besar pastu susun semua berus bagai (bahahaha tiru mekap artis yang selalu mekap kitewww). Pastu diorang sediakan kerusi Wanoy mengadap cermin besar. Keknis angkut dan letak kerusi tuh mengadap tingkap dan jauh dari cermin. 
Kerana 1) Pencahayaan terbaik adalah cahaya matahari, puas hati nak mekap! 
2) Manusia sangat annoying kalau masa mekap dia dapat tengok cermin, semua benda dia nak komen dan betulkan.

Ya Allah itu adalah tindakan paling bernas ever sebab rupanya Wanoy memang bridezilla. Hahahaha kelakar sebab kitorang dah kawan dengan dia bertahun-tahun, and dia memang adalah tersangat sempoi. Walaupun dia kadang-kadang kabut, tapi penampilan dan perwatakan dia memang sempoi. Nampaknya kita memang akan lebih mengenali seseorang waktu dia tengah tekanan tinggi nak bertunang.

Semuanya berpunca sebab dia tidak pernah langsung mekap. Cabut kening sikit pun tak pernah, dan taknak langsung. Awal-awal dia dah cakap dia nak mekap yang paling tipis dan natural. Mekap tipis dan natural adalah sangat susah sebab dalam pada tipis dan natural kau juga nak tampak cantik untuk ratusan photo nanti kan? Dahlah ada pelamin. So Keknis cakap ya, aku mekapkan paling tipis dan natural (tipu, biar dia diam), walhal dah sediakan bulu mata pelesu dah kat tepi LOLOLOLOL. Sesi solekan pun bermula... buat base guna foundation dan shading semua, pastu lupa nak ambil gambar before make up. Terimalah gambar halfway make up.


Waktu ini masih tersenyum lagi, sebab dia belum tengok cermin. Tapi tetiba salah seorang yang ada di situ pergi snap gambar behind the scene, pastu Wanoy sibuk nak tengok. Dan dia tengok wajahnya sendiri di gambar itu. Wajah tengah separuh jalan mekap. Masa tengah separuh jalan mekap, paham tak shading semua masih tebal dan gelap? BERMULALAH SEGALA KEKALUTAN. It was the funniest scene ever. 

Semua benda tak kenaaaaaaa! Sebab dia tak pernah mekap langsung, mekap yang biasa sangat pun dia rasa macam bapuk. Tetiba dia nak padam shading, tetiba dia nak cabut bulu mata, tetiba Iz yang bertanggungjawab stylekan tudung dia pun terkena tempias kekalutan. Kitorang cuba back up each other, namun the bridezilla was winning. 

In the end we had to be firm. 
Keknis terus tegas tanya dia "Aku tak paham apa yang kau rasa cantik di mata kau!"
Wanoy tengah kekalutan pun jawab "Aku taktau! Muka yang tanpa mekap?!"
Keknis meletop "Kau feeling natural beauty?! Kau rasa muka kau bangun tidur adalah paling cantik ever? Nak naik pelamin muka togel pastu pakai tudung bawal selempang kiri kanan je?!"


Sabar je aku. Tangan dah genggam tuh. Jam tangan merah dari Solvil Et Titus (sempat je kan, muah!)



Situasi tergelak dalam kekalutan memang banyak. Kalau teringat balik memang boleh nangis gelak. Nasib baik semua memang kawan rapat yang dah bertahun bersama. Akhirnya selesai jua... Walaupun Wanoy masih ulang-alik tengok cermin dengan muka resah.

Before and after. Make up yang paling minimal sekadar mencuba untuk cantikkan sahaja. I tried my best. Kalau dulu masa mekapkan Aida tak reti buat kening lagi, now dah okay sikit, LOL sorry Aida waktu mekap kau aku tak sempat tambah skill kening.


Makin ramai kawan Wanoy sampai, 
makin lama dia bergaul, 
makin banyak dia bergambar, 
tetiba dia datang hampiri Keknis yang dah tersandar kat katil (kan demam), 
dan berkata "Mmm bila dah lama-lama tengok, betullah weh, sebenarnya cantik mekap nih"
HERGHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHH! NOW WHERES THE NASIK BERIANI ?!



Angelsz Gurliesz minus Hakim dan Ilmi. RINDU KORANG SANGAT! KENA JUMPA AGAIN AND CATCH UP PLEASE! *yang dua orang kat depan tuh baru lepas lega ya, sorang mekap, sorang stylekan tudung* I love you Izdiyani.


Bridezilla yang belum bride lagi pun, baru bertunang. She's back to her normal self and kept thanking me till the end. We are so happy for you Wanoy! After all that you've been through, you deserved to be with a good man. Thanks for letting us be a part of your big day :') A big congratulation and good luck to your wonderful family, The Pauzis. 




The dulang boys and girls, Wanoy's friends.




Ini jer pun yang saya mahukan.

Tuesday, July 15, 2014

How it happened - Karnival Teratak Glam Raya


Banyak perkara yang dah hilang macam tu je, hanya wujud sekuat memori yang banyak makan makanan tak berkhasiat ini (sobs), bilamana Keknis tidak lagi menulis belog. Paling-paling pun hal-hal ini ada didokumenkan di Instagram tapi kalau nak cari kena skrol sebijik-sebijik sebab Instagram tiada 'search engine' --- satu sebab yang akan mengekalkan belog sebagai satu benda yang relevan for quite sometime. And that is why, here I am, on my blog writing this. LOL. Pushed myself sebab I really need to document my first Karnival Teratak Glam journey; Karnival Teratak Glam RAYA. Okay meh Keknis cerita meh, behind the scene of pre-production.


Ya memang Keknis yang mulakan hashtag #sayajual untuk instashop sejagat. Memang pernah berangan nak letak semua instashop yang manfaatkan #sayajual di satu tempat fizikal, mungkin di kedai, di mall, di garage sale depan rumah. Sampai situ saja keberanganan itu. Tapi yang terpikirkan untuk buat karnival ialah; Mama.


Mama dengan keyakinan diri yang jitu dan teguh bahawasanya anak dia nih famos amos sampai mampu menarik ratusan vendors untuk kerjasama buat KARNIVAL, she was like "kan instashops semua sayang Hanis sibuk nak bagi gifts". LOL. Gifts. Gifts Mama, sponsored gifts. Gift lain tau, budget bagi gift rendah je, dan zaman sekarang hampir semua 'gift' didatangi dengan niat yang sedikit sebanyak melupuskan makna dan fitrah 'gift' itu sendiri. Iaitu niat untuk dihargai dipromote. Tak sama langsung dengan kemampuan jual tapak berniaga untuk buat karnival omg. Mak aku ambitious omg.


Tapi sebab Mamalah penggerak segala perjalanan kerjayaku, I believe her instinct. Marilah kita buat karnival. Cara cakap 'mari buat karnival' macam senang je kan macam nak buat lempeng je kan. Phew. Yang pertama sekali, nak kena cipta nama karnival tersebut. Keknis sangat sangat teliti dan cerewet dengan nama sesuatu, it has to be perfect. Kena bunyi yang catchy dan juga kena satu nama yang orang baca sekali terus tahu apa benda yang kita offer. Nak dijadikan cerita, kecerewetan diriku ini melembapkan proses pencarian nama. Suatu hari yang hening, Mama dan Kekna (Kekna adalah kakak saya Liana) pulang dari SSM (tanpa diriku sebab Keknis busy shooting) dengan berita "Hey nama karnival kita ialah Karnival Teratak Glam Raya lol sebab nama jalan rumah kita kan Jalan Teratak lol pastu dah nervous dekat kaunter nak letak nama apa so letak jelah nama teratak, tapi bukan sebarang teratak, kita adalah teratak yang glam!" *nada bangga**apakah*.


OKAY FINE AKU CUBA SEDAYA UPAYA MARKETKAN NAMA KARNIVAL YANG SEPERTI TERCIPTA SEWAKTU SEGEROMBOLAN PONDAN BERDISKUSI T_T Teratak Glam hello....


Namun after awhile, I began to really like the name. I like how we have 'Karnival' at the front, ingat tak Keknis suka nama yang describe the whole product terus, jadi bila ada perkataan 'karnival' orang terus tahu ia adalah sebuah karnival. Orang Malaysia kan pemalas nak baca menyeluruh so we needed that. I like 'Teratak' because it means humble home, it's nothing extravaganza but still so appealing. I like 'Glam' when combined with 'Teratak'. Sebab teratak tuh walaupun humble tapi macam beria daifnya lol, jadi kena tambah glam so semorang boleh bayangkan sebuah pondok yang ada lampu liplap. And then perkataan Raya dekat belakang supaya orang tahu itu jualan hari raya. Karnival-Teratak-Glam-Raya ; karnival kecil yang intim dan meriah. Sempurna begitu. Terima kasih naluri pondan nervous memasingz masa dekat kaunter SSM.


Dari trip Mama dan Kekna itu, ianya bagai termaktub sendirian bahawa Mama dan Kekna adalah admin yang menguruskan pendaftaran lesen segala. Keknis dari awal memang dah ditugaskan untuk buat marketing and pr sebab diploma in business management jangan disia-siakan kata kau. Daddy buat logistik sebab kerja-kerja camtu memang so tak fabulous so kerja bapak-bapak. Khairi bersaudara di appoint sebagai HR dan floor planner sebab satu-satunya manusia tunggal di dalam rumah ini dengan skill auto-cad iaitu software nak buat floor plan yang so techno techno semorang malas nak explore. Pastu dia HR sebab dia bawak masuk manpower di kalangan kawan-kawan dia lima orang selaku our Glam Crew. Nama je Glam Crew tapi jangan bayangkan diorang pandai berzapin atau berikan orang makeovers ke apa, memasing adalah tegap dan gagah. Imran, Hafiiz dan Alisya selaku Oompa Loompa / Minions, atau nama lainnya buat-je-apa-kitorang-suruh. Hafiiz juga bawa masuk kawan dia Syahmi yang banyak membantu buat Nutella Pod untuk jualan booth Baking Brothers diorang. Jadi GLAM CREW ADA 18 SAHAJA SEMUANYA TERMASUK BIBIK LOL. 18 sahaja, itupun mostly kerja on event day itself.

Hafiiz & Syahmi dah balik SBPI when this picture is taken, sedih sangat. And Hairul dekat Sabah tsk.


Ya, ia memang projek adik-beradik dan ibu bapa tapi yang pulun tak tidur malam dan berjaga lepas sahur cuma Keknis dan Kekna. So perangai kakak-kakak. Kekna handle admin and finance. Dia kena deal dengan ratusan ragam dengan seribu satu soalan manusia aka our potential vendors. Tambahan plak di bulan puasa yang serba kelaparan memasing, semua nak emo memanjang, I seriously adore ketabahan Kekna. She was so calm and collected. 


Keknis pula kena come up dengan marketing gigs with all the marketing promo kit. 'Marketing gigs' tu macam perkara-perkara yang menarik orang datang ke Karnival Teratak Glam Raya. Keknis pilih kawan-kawan selebriti untuk meriahkan karnival dengan jualan mereka sebab diorang ada peminat tersendiri, dan peminat-peminat ini akan berniat untuk shopping Raya sambil berjumpa dengan mereka. Yang cantik tentangnya adalah, selebriti sebagai pelaris namun tidak akan memonopoli jualan hari itu, semua akan adil dan saksama rezeki masing-masing, I really wanted that for my vendors. And I was so happy the fans also gave amazing sale for all my celebrities with a cause. Keknis pilih rakan-rakan selebriti yang terdekat yang tunjuk minat berniaga, mula-mula Elfira Loy and Neelofa, pastu Scha dan Awal sebab diorang pun excited tak pernah join bazaar, pastu Lisa because she's the closest one to me tapi dia takde produk tersendiri jadi we came up with the idea untuk dia jual barangan terpakai dia. Tetiba dia kata nak suruh Yusry join juga *kedengaran sorakan peminat tegar KRU*. Keknis waktu itu tengah shooting dengan Diana Danielle and kepala kitorang sama gila, terus Keknis cadangkan dia join sebab dia pun ada Raya Collection dengan Melinda Looi. Hairul Azreen selaku bestfriend saya yang turut tolong buat marketing with me, kata Achey Bocey nak join. Just nice sebab Keknis pun baru tanya kalau Zara Zya nak join, now we have both Artis Baru Lelaki and Wanita Popular gracing our carnival. Sebabkan Emma pun baru launched Hijab by Emma Maembong, Keknis talked to Zizan about it and they were more than happy to be apart of Karnival Teratak Glam Raya. Also Yana Samsudin sebab Yana Super Cookies adalah sedap.


'Marketing promo kit' pula ialah bahan-bahan yang digunakan untuk menarik minat orang. Mula-mula kena cipta logo, warna pop orange dipilih sebab ia warna yang fiesty and warm at the same time. Maksudnya warna meriah yang selesa, ia sangat menarik perhatian. Logo tuh Keknis godek-godek je guna Phonto app dekat iPhone sebab si buta IT ini mana reti adobe dekat komputer semua bagai. Adik-beradik sorang pun belum master kemahiran grafik design shiz so yes, buat logo guna phone sahaja. Jadi bahan-bahan yang Keknis sediakan adalah poster, instavideo (siap ada lagu Hari Raya, terasa bersalah apabila awal sangat berlagu raya sebab promo kicked off selepas sehari berpuasa, we had too, the timespan macam tu), dan juga some countdown materials untuk anticipate the big day macam hashtag #5HariLagi dan #EsokWeh. Semua aktiviti juga tertumpu not only on my social media account, tapi di akaun khas instagram @karnivalteratakglam . Di akaun ini juga Keknis sebagai admin sedaya upaya bantu vendors yang bakal berjualan nanti dengan promo-promo mereka. 


Yang paling kelakar, untuk poster betul, mana boleh design2 guna phone je, nanti pecah pixel terus kabur, jadi yang tolong buatkan balik poster dengan hi-resolution ialah my good friend, Incik Januar Haikal. Dia stress sebab dia tak dapat berkarya sangat, Keknis minta design yang paling kekampungan sebab yang kampung itu adalah yang menarik di zaman serba moden ini. Jadi semua design haruslah straight-forward dan MS Paint sangat! Orang akan dapat baca mesej yang disampaikan terus tanpa perlu menghargai sebarang kesenian yang cuba dipaparkan. I like!



Selain designkan poster, Januar Haikal telah menjual diri Keknis kepada www.ideamaster.com.my seperti seorang stagemom yang berjaya. Dia jual punya jual dan akhirnya mereka setuju untuk menjadi sebahagian daripada Karnival Teratak Glam Raya. Jadi semua poster yang super cantik berkualiti tinggi dan baju Glam Crew dan button bagdes untuk vendors, semua hasil kerja tangan Idea Master. Superb gila I was so happy with their work! Visit www.ideamaster.com.my untuk tempahan poster, baju dan lencana butang anda dengan harga murah dan kualiti tinggi!


Medium awal Keknis memang sasarkan online social media semata-mata. As someone who started off from the online world, I believe in the power of internet. Namun mungkin sebab Keknis (ya Allah susahnya nak sebut perkataan ini) adalah ermm 'selebriti' juga (uwek tersebut gak), jadi dapat liputan meluas pulak di luar alam maya. Di TV dan radio alhamdulillah. Terima kasih H!live and Radio Era and Meletop and Instamag and lain-lain heboh-hebohkan!


Kemudian, bermulalah tak tidur malam dengan segala pengurusan booth dan vendors. Setiap hari lepas balik shoot I dived straight into all this. Sebab diri ini agak perfectionist, susah nak delegate task kepada orang lain. And I have the tendency to micro-manage everythinggg. Masalah betul lah perangai camni. Kadang-kadang menyusahkan diri sendiri tapi takpe sebab puas. Oompa Loompas helped me here and there pastu masing-masing dah sibuk dengan Baking Brothers. Kekna dah pesan takyah perfectionist sangat dengan booth placement and category barangan tapi I cannot help it! I suka senangkan semua orang. I bayangkan a great shopping experience for all.


Keknis kategorikan semua vendors mengikut produk yang dijual, dan juga setiap kategori ada kuota masing-masing supaya takdelah semua jual barang yang sama saja. Setiap kategori akan berada di tempat yang sama, berkumpul, kalau kasut semua booth kasut saja, sebab best! Meriah! Terpikir tak kenapa shopping dekat Jalan TAR best? Sebab kalau tudung, tuduuuuuuuuung jer satu jalan tuh! So you can survey and get the best deals! And I tak suka kalau peniaga mark up harga sesukati hati pastu kalau orang dah beli kasut tetiba dia jalan ke depan jauh sikit tetiba jumpa kasut sama yang harga murah lebih banyak. Maka kalau Keknis letak semua penjual kasut dekat satu bahagian, semua dapat bersaing secara sihat. Takde yang mark up harga sensorang. Kalau produk mereka sama, they have to offer the best promo deals beli 3 free satu atau beli RM100 percuma sebalang mini popiah. You know? Stuff like that, it's healthy competition and senang untuk para pengunjung Karnival Teratak Glam nak shopping :) Dan planning camni lah gave me extra work but so worth it.


I also have my right wing, my assistant to keep me sane. To remind me walaupun my life at the time revolved around carnival and shooting sahaja, tapi kena juga take a breather. She was the person that understood how much I juggled with everything.


Jangan lupa the highest power. Jangan. Tengok tuh punya busy sampai whatsapp pun jarang reply lol sorry people.

Antara sebab yang paling buat kami nervous dan anxious, apakah cukup kuat segala marketing strategy ini (kerja Keknis lettew, omg so besar tanggungjawab yang digalas) untuk drive in crowd? Karnival Teratak Glam Raya satu nama baru yang girlish pondz pondz ehemz dalam event business. Berbaloi tak vendors bayar tapak diorang dengan crowd yang bakal datang nanti? Keknis selalu tak dapat tidur lena pikirkan semua ini. Sebagai organiser, menjadi tanggungjawab kami untuk kembalikan pelaburan setiap vendors yang join. Memang rezeki masing-masing, tapi usaha kena ada. Dan kami sangat berusaha. Ya Allah permudahkan. Oh Ya Allah dah panjang sangat ceritanya. Maybe boleh sambung part 2? Nak part 2 ke? 

Wednesday, June 25, 2014

Saya nak menjemput.

Nervous. Tapi excited. Tapi nervous. Akhirnya apa yang diidamkan bakal menjadi kenyataan. Selama ini bantu orang dengan hashtag #sayajual , sekarang nak bawakan semua #sayajual itu ke satu tempat. Intashops dan peniaga barang raya bakal bergabung di bawah satu bumbung, bumbung STADIUM TERTUTUP MELAWATI SHAH ALAM, pada 5 & 6 JULAI ini untuk KARNIVAL TERATAK GLAM RAYA!

Yang paling best, ALMOST ALL my celebrities friend are joining the event. Super thankful for that, malah diorang yang lebih-lebih overthink nak hias booth terutama Lisa Surihani and Elfira Loy LOLOLOL. Kat sini, Keknis nak menjemput semua yang sedang baca ini, jom datang ket event Keknis, my first baby, KARNIVAL TERATAK GLAM RAYA. SAVE THE DATE 5 & 6 JULY. STADIUM TERTUTUP MELAWATI SHAH ALAM.

Hanis Zalikha- Penganjur.

Hairul Azreen-PATUTNYA JUAL HEALTH SUPPLEMENT TAPI DIA ADA OUTSTATION SHOOT PLAK. BYE.

Scha Alyahya – Jual baju dan aksesori dari butik terkenal dia Schapoholic.

Awal Ashaari- Jual baju dan aksesori lelaki dari jenama Lawa by Awal.

Yana Samsudin- Jual Yana Super Cookies yang memang HOT setiap tahun.

Elfira Loy- Jual scarf dan aksesori handphone direka sendiri jenama Twinkle by Elfira.

Zara Zya- Jual kuih raya dan tudung Zya by Zara Zya collection.

Achey Bocey- Jual Kek Cokelat Kintang Kintung.

Emma Maembong – Jual instant hijab koleksi Hijab by Emma Maembong.

Neelofa- Jual kanta lekap jenama sendiri, Lofa Lens yang menjadi kegilaan ramai.

Diana Danielle- Jual baju-baju raya gorgeous harga berpatutan dari kolabrasi Melinda Looi bersama Diana Danielle.

Lisa Surihani turut serta- Jual barang terpakai Lisa dan juga suaminya Yusry dan kutipan akan disumbangkan kepada persatuan MERCY bagi membantu golongan yang memerlukan. 

Tetiba, Liyana Jasmay pun nak jual baju2 dia yang terpakai aka pre-loved aka omg baju LJ!!!

DAN RAMAI LAGI CONTOHNYA JENAMA @zawara @bbytlcs @seqoci @psychedelicstore @bokkitahijab @nurulwonderwardrobe @furbyandsugar @bakingbrothers @youmeandshoes @kree_my @wirdawina eh beratus lagilah nak list sini! Datang je! Baju kebaya kurung jubah tudung, baju melayu & jubah lelaki, baju kurung kebaya dress kanak-kanak, kuih raya biskut raya kek lapis raya semua ada k thanks bye! Rugi tak pergi tuh jer nak cakap. Ajak mak bapak sebab diorang banker k bye.



Thursday, April 10, 2014

Satu Saat Di Hadapan


Malam tadi, seperti biasa, baru nak mengemas baju ke dalam bagasi, masih dengan perangai ‘last minute packing’. Walaupun setiap kali nak terbang, setiap kali itu akan kabut tanpa persiapan awal, tapi tak pernah belajar. Sibuk mencari di mana stoking, mana barang mandian, mana seluar, bila tak sempat lipat, ada yang disumbat, dan pelbagai ragam lain yang memang menjadi kebiasaan sebelum satu-satu ‘trip’ luar negara. Pukul 2 atau 3 pagi baru dapat tidur, itu pun tak cukup lena memikirkan 3-4 jam saja sisa masa yang tinggal sebelum perlu bangun kembali dan bersiap untuk ke lapangan terbang.


Dalam kereta masih sibuk dengan checklist, di mana passport, mana cermin mata gelap, mana spray muka takut kulit kering atas kapal nanti. Sampai lapangan terbang KLIA,10-15 minit terlewat—tak pernah cukup dua jam dari masa berlepas (standard procedure untuk penerbangan antarabangsa). Senyum meleret di kaunter check-in dan berjaya check in semua, bagasi dan diri ini.


Ahli keluarga yang turut menghantar pasti dikerah tangkapkan gambar ala ‘candid’ konon-konon sedang tarik bagasi, tanpa pandang kamera. Tak pun beraksi tengah belek passport sambil pakai cermin mata gelap, ya, dalam bangunan— gaya itu penting. Sebelum bersalaman dan berpelukan, satu seflie wajib memuatkan muka semua orang sambil berlatarbelakangkan papan tanda ‘Pelepasan Antarabangsa’. Kegembiraan dan kekecohan lazim sebelum berangkat pergi.


Turun escalator menuju ke pintu berlepas rasa sepi menyelinap hati, sendirian, tanpa riuh tawa mereka lagi. Tapi takpe sebab dah biasa. Memang suka perasaan sedang berdikari, terasa diri dalam pesona Evelyn Salt dalam filem Salt. Berani, macho dan seksi. Sambil berjalan sambil belek-belek gambar tadi, yang mana cukup cantik ‘angle’nya untuk di Instagram dengan hashtag nama negara destinasi.


Melangkah masuk ke kapal terbang diberi pilihan akhbar yang mana satu untuk jadi teman dalam kapal nanti sambil semerbak bau ‘lemon’ penyembur udara menyegarkan ruang kokpit, pilihan bau yang tak pernah berubah seingat dari kecil menaiki kapal terbang. Perlahan-lahan cari tempat duduk sendiri yang memang boleh diagak betapa belakangnya ia, melihatkan pada harga tiket dibeli tempoh hari. Sebelum sampai ke tempat duduk, berdoa-doa mengharap agar orang sebelah berbadan kecik, dan tidak tamak ruang meletak tangan ‘arm rest’. Tiba di tempat duduk, simpan bagasi di ruang atas kepala, dan mula mencari selesa punggung. Ambil nafas, dan sandar.


Pintu pesawat ditutup rapi, sambil kapal bergerak, sambil itulah para pramugara dan pramugari cuba imbangi diri berdiri beria memberi demonstrasi keselamatan yang lebih separuh isi kapal jarang sekali ambil sepenuh perhatian. Bagaikan sudah boleh dihafal agaknya, topeng oksigen jatuh dari atas, jaket keselamatan ada bawah kerusi, pintu kecemasan dua depan dua belakang, kalau turun slide air waktu pendaratan kecemasan nanti jangan bawa apa-apa barang peribadi dan pastikan tidak memakai kasut tumit tinggi, dan bla bla bla. Dan seterusnya bla bla bla dan bla bla bla.


Tak sangka bla bla bla itu tadi adalah bebelan paling penting pernah didengari sebelum semuanya berlaku. Betapa kita takkan pernah tahu intipati walau satu saat di hadapan.



#PrayForMH370 semua menjadi ketentuanNya.




*Artikel di atas adalah artikel tulisan saya dalam suratkhabar Berita Harian empat minggu lepas. Jarang sekali saya publishkan kembali di sini, ini konon teaser apa yang saya tuliskan di kolum Hanis Zalikha selang setiap Sabtu untuk Berita Harian. Hope you enjoy it, every alternate Saturday ya, only in Berita Harian :)

Tuesday, April 1, 2014

Fesyen Meletop

Antara benda paling best yang Keknis buat sepanjang kerjaya Keknis, inilah dia, make over kan orang! Segmen Keknis iaitu segmen Fesyen Meletop di Astro Ria setiap hari Selasa jam 10malam adalah salah satu segmen tersayang dalam rancangan Meletop hosted by Neelofa dan Nabil. Sebab dalam segmen ini ramai yang submit entry apabila mereka bermasalah dari segi keyakinan diri dan pemakaian. Best gila dapat tolong orang dan sponsor (baju/salon/beg etc) yang masuk pun semua best-best! Kalau korang ikuti segmen ini, tengok ekspresi diorang lepas mendapat makeover, its so priceless dan paling best bila mereka sungguh-sungguh menghargai effort Keknis dan Team Fab Meletop, walaupun dialog diorang tak berapa lancar dan scripted sebab diorang camera shy.

Kalau korang belum pernah tengok segmen Fesyen Meletop, Keknis sertakan beberapa klip Youtube yang ada. Cuba usha dan semoga korang menjadi pengikut tegar segmen ini! More wonderful life-changing makeovers to come! Yang paling cute, samada diorang akan submit sendiri entry untuk mendapat makeover atau kawan / sepupu-sepapat yang tolong submitkan, amboi entah-entah dia pun perlu di-makeoverkan LOL so sweet.

Segmennya pendek tapi impak yang terkesan dekat hati Keknis is beyond words. Diberitahu ada yang selalu kena buli sebab tak bergaya. Takde keyakinan diri nak mula berubah cara pemakaian, tapi once diberi sentuhan oleh Team Fab Meletop, diorang realise their strength. Sometimes diorang tak sedar rupanya muka dia cantik kalau rambut tak asyik ke depan, rupanya bentuk badan sesuai kalau nak pakai dress, rupanya warna-warna yang teringin dipakai selama ini sesuai dengan kulit sawo matang, rupanya handsome kalau kurangkan pakai animal prints. Kan. I LOVE MY JOB.









dan baaaaaanyak lagi! Nantikan segmen Fesyen Meletop dalam rancangan MELETOP setiap 10malam Selasa di Astro Ria! Have fun watching!


*siapa nak sertai boleh email butiran diri beserta gambar di alamat mynameisellma@gmail.com atau wechat saja id ELLMV_RHVMVNS . Selamat mencuba dan ingat, dare to dream!

Tuesday, February 11, 2014

Tahun Baru Masa Untuk Baju Baru *goda*

Rasanya www.seqoci.com telah menjadi nama yang tidak asing lagi untuk online shopping. Keknis pun banyak kali dah pakai produk diorang dan menyukainya. Service laju dan friendly, barang pun cecantiks dan banyak pilihan. Keknis nak share dengan korang pilihan Keknis dari Seqoci yang paling latest. Ada skirt panjang merah, dengan corak di bahagian pinggang.



Ada baju hoodie diperbuat daripada satin dan seluar warna ceria (biru) yang ada warna fuchsia jugak.




Ada cardigan labuh tutup punggung dengan lengan yang super panjang.



Ada dress corak tengkorak yang super comfy super super comfy cantik jatuh di badan please please beli yang ini.
Ada t-shirt dress yang boleh jadi smart casual atau santai habis golek-golek kat rumah.



Oh dah jumpa gambar seluar warna ceria versi fuchsia dipadankan dengan outer putih yang boleh pakai dengan tank or tube top.



DAN BANYAAAAAAAK LAGI!!! www.seqoci.com mari membeli baju baru untuk tahun ini. Sebab apa? Sebab Keknis dah tolong korang dapatkan diskaun, guna kod ini dekat checkout nanti tau, nah : KEKNIS20 
*diskaun RM20 untuk pembelian RM50 ke atas 
*valid sepanjang bulan Februari



I love all of you! Jangan lupa mengundi Hanis Zalikha untuk ABPBH, sedang berlangsung sekarang. Dapat borang dalam Berita Harian pastu menang banyak hadiah menarik :)

Sunday, January 19, 2014

Real Toys Real Joy


Keknis memang suka suka-suka masuk Toys R' Us every now and then. Masa kecil Mama and Daddy selaluuuu bawak kitorang pusing Toys R Us. Kadang-kadang je dapat beli, most of the time, sebelum keluar cuma dapat beli aiskrim Digimon or gula-gula dekat kaunter bayaran tuh just nak sedapkan hati kitorang LOL. Tapi kalau ada pencapaian yang bagus or birthday mesti Daddy belikan mainan dan itulah hari-hari paling best dalam kehidupan kanak-kanak kami.

Minggu lepas usha lagi Toys R Us untuk tengok mainan yang pernah dibeli, dan imbau kembali mainan yang tak pernah kesampaian nak beli sebab takde siapa nak layan. Sekarang Toys R Us tak semeriah dulu, tak ramai orang dan tiada lagi aura bingit anak-anak kecil. Namun satu yang tak berubah, muka budak-budak kat situ bila mak bagi pilih mainan. I managed to snap this.

That is pure excitement. Kudos to the parents for bringing up the child like this. Bagi real toys for real joy.

Writing this, Keknis sebenarnya tengah sedih baca berita budak-budak bertingkah-laku orang dewasa. Tak perlu terdedah jauh, internet yang ada di handphone dan tablet mereka sudah cukup untuk mengajar mereka macam-macam tanpa had. Memang boleh dikawal, tapi seberapa jauh saja kan, dan seberapa banyak saja waktu-waktu yang ibu bapa ada di samping anak itu?

Belum lagi masuk sindrom-sindrom anti-sosial. Ada anak-anak yang so engrossed dengan gadget masing-masing sampai tak bersalam orang. Kalau salam pun pastu blah and masuk balik dunia dia sendiri. Dekat restaurant kalau anak nangis, ada parents yang terus capai gadgets nak diamkan diorang walaupun on the dinner table. Ada anak-anak yang jenis berlagak, sebab ada gadget taknak cakap dengan budak-budak lain yang takde gadgets. Children are naturally curious, so bila budak yang takde tab or smartphone ini cuba usha, mesti ada aura-aura kedekut berlagak dari budak yang bergadget. My God.

Juga, macam makin ramai budak yang bersindrom lambat belajar atau bercakap. Kalau dulu, seperti hanya satu dalam 6 orang (contoh terus dari adik-beradik Keknis sendiri), sekarang macam MOST of budak yang Keknis dengar sendiri parents dia sembangkan. Bila bawak jumpa pakar, mesti pakar akan tanya berapa kerap anak itu didedahkan dengan gadgets? Nanti kita tengok pula seawal mana anak-anak kita akan rabun. Gasp!

Beza parents dahulu kala, dengan parents moden adalah; Parents zaman sekarang terlalu awal berusaha untuk menjadi BFF anak mereka. Kalau dulu masuk remaja atau dah dewasa baru parents kita berhenti mendisplin dan mula berBFF. Now, not anymore. Keluar perut terus AMAGAD WE'RE BFFFFFFFFFFFFFF!

Keknis tak rasa Keknis akan lari jauh dari menjadi parents moden bilamasa Keknis sendiri pula ada anak. Ini semua timbul sebab terkenangkan perasaan sendiri bila masa kecil tak dapat itu ini, dan dimarah itu ini, walhal semuanya telah menjadikan kita siapa kita hari ini. Tulisan ini moga menjadi peringatan buat Keknis sendiri, di masa akan datang. HANIS KAU KENA INGAT SEMUA INI!!! LOL. Back to Toys R Us, wow lama benar berdiri di sudut Barbie dan terpikir semua ini. 





MY CHILDHOOD. Tapi Mama Daddy cuma belikan Barbie dan baju sahaja. Jadi kena kreatif buat rumah sendiri guna rak buku, buat peti sejuk guna kotak Scott's Emulsions, meja side table guna that small plastic stand kat tengah-tengah pizza dalam kotak, buat katil guna kotak tisu dan bantalnya guna batu seremban. I was so proud of my creations, setiap kali orang datang mesti ajak masuk bilik nak suruh tengok walhal bila ingat balik hodoh gila kahkahkah.


Adik saya Khairi memang gila Hotwheels. Banyak gila kereta nih kat rumah kitorang untuk diterpijakkan dan mengamuk. Daddy layannnnn je Khairi dulu, beliiiiiiiii jer Hotwheels setiap kali. Harap Khairi pula akan layankan Daddy kembali bila dah ada duit dengan membeli sebijik besor kereta hot.


This was our thangggg! Rajin kami berPlay-Doh sampai terlekat tergumpal-gumpal dekat karpet. Mama tak pernah marah plak part tuh hmmm :')


Untuk perjalanan jauh, inilah peneman kitorang dalam kereta!!! Main macam-macam game lukisan dengan ini. It was our everything. Suka tengok serbuk magnet bergerak-gerak ikut pen tuh.



Simple stuffs that made us powerful explorers dekat garden Mama. Dapat belalang je ponnn. Kalau dapat ladybug kira dah professorlah, pastu letak dalam bekas and tengok progress guna kanta. Pastu tetiba satu hari ladybird dah kejung, patutlah tak jadi professor dah bila besar :(



I HAVE ALWAYS WANTED THIS. NAK GILA-GILA! Tapi ini mainan orang kaya, dalam hatiku. Kecik-kecik dah boleh pikir sendiri kahkahkah. Kalau takleh pikir sendiri sure tergolek dog menggelupur kat situ sebab nak jugakkkkkkkkk! Macam adikku Hafiiz setiap kali pergi Toys R Us. Huh! Memalukan! Lul.


Duplo comel! Tak pernah beli tapi comel! Wonder why Alisya tak pernah mintak ini.



Ini best! Macam bela jentik-jentik je pun. Tapi dia punya excited, kalau dah beli balik terus nak buat Sea Monkeys pastu dah buat, semangat setiap hari balik sekolah mengadap nak tengok dia membesar. Ingatkan jadi monyet, takde pun :(



Cheap outdoor thrills! Bubble makers!!! Main dekat luar je boleh sebab pernah main dalam rumah pastu kena marah lantai licin LOL.


Ini lagi satu mainan orang kaya yang tak pernah berani nak mintak. Kalau pergi Toys R Us mesti feeling-feeling pusing-pusing dalam nih. Berebut-rebut dengan budak-budak lain. Pastu siapa dapat rumah display paling cantik, siap ada gelongsor kat tepi etc. Tapi masa pergi tempat nih sekarang, takde budak langsung kat situ hmm.



Tak pernah reti guna binatang nih hergh.



Bila dah besar sikit, dah tak buat benda-benda kejam macam bunuh ladybird dah. Kita dah matang, kita main Jenga.



INILAH MAINAN YANG SEMUA ADIK-BERADIK DAPAT MAIN DAN BERGADUH DALAM SATU-SATU MASA HAHAHAHA. KEKNA, KHAIRI, IMRAN, HAFIIZ AND ALISYA, JOM MAIN LAGIIIII?



Feeling cashier kalau dapat main benda nih. Sangat teruja lagi-lagi kalau bunyi teet bila scan barang, pastu drawer duit bunyik kaching bila bukak. Tapi Mama Daddy tak pernah belikan. Dia nak anak jadi professor je kot. Sobs. 




Lagi mainan orang kaya. Cuma mampu tengok dalam bekas kaca sambil tinggalkan kesan bibir dan jari-jemari.



Mama Daddy juga pandai nak diamkan kitorang dengan ini. Lagi satu keterujaan murah. Bowling plastik. Tapi after awhile penat weh nak susun sendiri pin tuh cantik-cantik.



Ya. Itulah dia sedikit sebanyak perkongsian yang moga-moga dapat menyedarkan kita kembali, perasaan seorang anak kecil, what it was like being a kid. We didn't have tabs smartphone etc then, but we turned out AWESOMEEEEE. No, bukan suruh campak terus gadgets anak-anak anda, tapi everything needs to be in moderation. Itu saja. Gila jugak weh kalau anak-anak zaman sekarang tak dapat macam anak-anak lain di sekeliling mereka. Kesian plak. (Rasanya ada defensive parents yang tak mengerti ayat cadangan ini. Saya maksudkan, budak kecil zaman sekarang PERLU ada gadget untuk mereka main, kepunyaan parents atau diri sendiri, supaya tak ketinggalan plus peer pressure. Cuma harus dikawal ketat dan dikurangkan penggunaannya. Takmo emo-emo dah). P/S: Kalau pemahaman bacaan kita awal-awal lagi sudah terhalang dengan negativity dan defensiveness, whatever we read after that are just noises. Sebab tuh anda terlepas mesej perenggan akhir ini.





Tapi kalau nak tegas sangat, taknak bagi gadgets gak, nah ambek nih.


#RealToyRealJoy

SELAMAT TAHUN BARU 2014. OH HOW MUCH I'VE MISSED YOU GUYS!!! SEMOGA BAIK-BAIK SAJA UNTUK TAHUN INI YA :')