Saturday, November 1, 2008

Senarai Kesyukuran dan kenapa semua orang wajib wujudkannya.



Senarai Kesyukuran Hanis Zalikha.



1.Saya bersyukur atas kewujudan broadband di rumah.

2.Saya bersyukur saya dilahirkan sempurna fizikal dan mental. Sihat walafiat.

3.Saya bersyukur saya dah timba banyak pengalaman dalam usia yang muda.

4.Saya bersyukur saya selalu didatangi kesedaran untuk berhenti modelling.

5.Saya bersyukur saya tak anti-sosial mahupun batak-sosial.

6.Saya bersyukur kucing saya gebu dan bulu tidak gugur dan melekat di bibir saya apabila cium.

7.Saya bersyukur saya tidak menghidap penyakit kronik.

8.Saya bersyukur emak memberi nama Hanis dan bapa memberi nama Zalikha. Instead of Sofea Natasya yang mereka hampir beri. Pergh.

9.Saya bersyukur saya boleh duduk paling belakang dalam kelas, dan tak perlu ke depan setiap kali nak menyalin sesuatu (tajam penglihatan).

10.Saya bersyukur saya dapat kongsi senarai kesyukuran saya dengan raaamai orang.

11.Saya bersyukur belog saya boleh diterima ramai.

12.Saya bersyukur followers saya ada 129 orang.

13.Saya bersyukur fashion sense saya at least boleh digunapakai.

14.Saya juga bersyukur sense of humour saya atleast boleh digunapakai dan sesuai untuk semua lapisan masyarakat.

15.Saya bersyukur saya boleh kata didikan ibubapa saya bagus.

16.Saya bersyukur adik-adik lelaki saya masih suka bercerita perihal sekolah kepada saya setiap kali pulang dari sekolah, dan suka dengar nasihat saya tentang yang mana boleh kawan dan yang mana bakal pengaruh buruk.

17.Saya bersyukur saya reti hargai makanan enak-enak dan mampu makan tanpa risau berat badan.

18.Saya bersyukur jerawat hanya selalu timbul di dahi, bukan di hidung dan badan.

19.Saya bersyukur emak hias bilik Alisya sangat cantik dan girlish macam saya idam masa kecil dulu tapi tak mampu, maka sekarang suka sleepover di situ.

20.Saya bersyukur bapa belum/tidak kahwin empat.

21.Saya bersyukur hidup saya penuh dengan cinta dan kasih sayang.

22.Saya bersyukur ibubapa memberi peluang bagi saya mencuba benda-benda baru dan memberi kepercayaan kepada saya untuk menjaga akhlak.

23.Saya bersyukur kakak saya pemurah dan suka belanja McD breakfast.

24.Saya bersyukur saya pernah pakai pemeluk/pendakap gigi.

25.Saya bersyukur umur saya baru 18 tahun.

26.Saya bersyukur dalam keadaan kesempitan wang, emak hebat mengolah bahan makanan dan setiap hari still mampu makan sedap-sedap.

27.Saya bersyukur Mohammad Khairi seorang yang lawak.

28.Saya bersyukur ps2 boleh main empat controllers.

29.Saya bersyukur saya pernah masuk Malaysian Dreamgirl dan timba pengalaman, dan jumpa ramai orang yang best.

30.Saya bersyukur dapat duduk di kawasan perumahan yang amai damai, di mana semua jiran saling kenal-mengenali, bertukar-tukar makanan, kunjung-mengunjung dan bergosip.

31.Saya bersyukur walaupun saya tak berapa cantik, tapi masih ada angle muka saya yang boleh digunapakai bagi bergambar untuk tontonan umum.

32.Saya bersyukur walaupun bibir saya dan pipi selalu kena gigit nyamuk, tapi saya tidak hidapi demam denggi.

33.Saya bersyukur saya dapat kongsi kisah hidup di belog ini dan pembebelan saya masih dilayan.

34.Saya bersyukur masih ada orang di luar sana yang ambil masa seketika untuk menghantar email-email menceriakan hati saya.

35.Saya bersyukur saya ada tempat untuk mengadu dan berkongsi suka-duka.

36.Saya bersyukur saya berpindah ke sekolah Seksyen 9 dan di tempatkan di 5 SC 2.

37.Saya bersyukur ditemukan dengan The AGz, iaitu kumpulan rakan-rakan saya yang alim, pandai, baik tetapi lawak dan havoc dengan caranya tersendiri.

38.Saya bersyukur saya seorang yang pemaaf.

39.Saya bersyukur Allah letakkan ketakutan dalam diri saya.

40.Saya bersyukur saya masih tinggal di Malaysia dan mempunyai kewarganegaraan Malaysia.

41.Saya bersyukur saya masih dara.

42.Saya bersyukur dilahirkan dalam keluarga Islam.

43.Saya bersyukur mempunyai bapa yang sangat reasonable, rasional dan wise.

44.Saya bersyukur kita boleh ke hotel-hotel di Malaysia tanpa risaukan pengeboman.

45.Saya bersyukur akan kewujudan Nor Marlisa dan Nur Izdiyani.

46.Saya bersyukur Fatihin Husna dan saya sudah suka chat tengah malam.

47.Saya bersyukur ada 6 orang adik beradik dan dapat melancong dengan begitu meriah hanya dengan keluarga.

48.Saya bersyukur saya pernah menonton Ada Apa Dengan Cinta untuk berasa bangga mempunyai datuk warga Indonesia.

49.Saya bersyukur dengan memori saya yang agak kuat (walaupun pendek) dan mampu skor peperiksaan dengan baik walau hanya belajar satu malam.

50.Saya bersyukur emak saya seorang yang gigih dan suka belajar. Kami untung sebab ibu kalau cuba apa-apa makanan baru, pasti dia pulang ke rumah dan buat yang lebih baik.

51.Saya bersyukur tiada cikgu yang pernah palang saya atau baling buku saya ke luar kelas yang mungkin akan membuat saya benci alam persekolahan.

52.Saya bersyukur saya seorang perempuan. Boleh pakai make up tanpa dicemuh.

53.Saya bersyukur rambut saya wavy/berombak? Dan rambut bangun tidur saya boleh dibawa ke majlis.

54.Saya bersyukur walaupun saya gemar gila menyakat adik perempuan saya, dia masih cari saya untuk tidur malam.

55.Saya bersyukur belog-belog yang saya suka, rajin diupdate.

56.Saya bersyukur dengan tubuh badan yang saya miliki.

57.Saya bersyukur ramai orang rajin layan kerenah saya.

58.Saya bersyukur yang saya bersyukur saya seorang perempuan dan tidak memberontak dengan rambut cacak serta suara kasar.

59. Saya bersyukur anda masih membaca.

60. Saya bersyukur saya selalu berpeluh kerana saya tahu badan sedang berfungsi dengan baik mengeluarkan toksin.

61. Saya bersyukur saya pernah bekerja di Marc by Marc Jacobs di bawah manager dan supervisor terhebat di dunia yang belanja makan setiap hari dan selalu belikan jajan dan benarkan orang bawahan bermain salon2 di dalam setor ketika pelanggan tiada dan belikan saya high-waisted jeans yang berharga rm200 dari Pull and Bear bila saya nak berhenti kerja. Oh belanja makan sekali pada malam terakhir saya, di The Loaf. WALAUPUN BARU KERJA 3BULAN.

62. Saya bersyukur saya selalu bersyukur.

63. Saya bersyukur saya tidak boleh nampak benda ghaib.

64. Saya bersyukur saya tidak tinggal di tepi loji lagi dah. Eh pernah ke? Takpe bersyukur je.

65. Saya bersyukur benda yang saya masak selalunya boleh dimakan.

66. Saya bersyukur yang saya sebenarnya ada banyak lagi benda untuk bersyukur walaupun dah penat nak tulis. Harap dapat selalu buat Senarai Kesyukuran Hanis Zalikha dan kongsi bersama awak.


Andaikata saya diuji dan salah satu dari nikmat di atas ditarik dari saya, saya bersyukur saya masih boleh kata, atleast saya masih ada 65 perkara untuk disyukuri. Kongsi kesyukuran anda kerana kesyukuran anda mampu jadi inspirasi untuk orang lain. So, apa yang anda syukuri?

87 comments:

areif said...

bgus la...walupun awk kat dunia model tp awk sentiasa ingat Allah tuhan yg satu

meamizuno said...

gembira membaca tentang org yg suka bersyukur =)

adakah anda peminat sailormoon sewaktu kanak2?

Cicadasx said...

Quite inspiring at the end.
Keep it up girl.
Nice work there.
:)

Kareem Mohammed said...

hanis kenapa ada double entry?...:)

xXPheOniXx said...

haha.. sempoi..
you should list 100..
bagi penat orang nak baca.

Ann said...

knapa perlu ada 2 entry yg sm hanis?yeahh..klau kita rasa kita kurg sesuatu,lihatlah apa yg telah kita ada dan org laen takde..hidup ni adil..xsmua perkara yg kita nk itu adalah keperluan utk kita..He knows what is the best for us.

momoe said...

u post twice?if im not mistaken. i also bersyukur belog yang saya suka baca sering juga di update! im in indonesia blogs are my mere entertaiment haha. one more things just asking
apakah cita-cita hanis zalikha? mau jadik apa maksud saya?dokter lawyer majistret haha?

Suet Li said...

awww so sweet T_T

Jumping Jane. said...

adoi. baik buat until 100 ke.

Obefiend said...

TL:DR

lol

sofea natasya? now that is a name fit for a low budget, badly acted sinetron on TV1

really. is that even a usable name on reak life? these kind of name is only usable in drama.

like Effi Nazrel Saharudin. is that even a real name.. oh wai.... thats my real name.

actually like you i am grateful for getting that JEWISH name. no one else in the world have the exact same name as me! terasa macam diriku sungguh bermakna ?( macam maybelline la pulak)

my mom and dad wanted to give me the name Mohammad Nazri. then an uncle got his baby first and gave him the name Muhammad Nizam. Dad wasn't too hot on giving me a simmilar name to a cousin thus now i am stuck with this unique name

yes.. aku baru masuk bakul angkat sendiri macam David Blaine. haha. then again kalau diri sendiri tak bangga dengan nama sendiri, siapa lagi kan nak bangga?

betul tak hanis?

lindosh said...

alhamdulillah. kamu miliki semua itu :)

Hanis Zalikha said...

areif: alhamdullillah.

meamizuno: minat! saya perasan saya yang kaler hijau tuh, jupiter ke ape tah :)

Cicadasx: harap2 inspired you :)

Kareem Mohammed: sebab excited.

xXPheOniXx: dah torture mereka dengan 66, cukuplah.

Ann: sebab excited. haha. betul betul betul.

momoe: nak jadik ape eh? nanti kita fikir lagi.

Suet Li: taste it taste it *fergie singing*

Jumping Jane.: memang nak, tapi risau got carried away sampai 130.

Obefiend: SANGAT BETUL, Effi Nazrel Saharudin. takkan jiran kita nak bangga dengan name kita pula.

lindosh: alhamdullillah :)

Hanis Zalikha said...

oh semua yang comment di entry lagi satu, terima kasih, saya bersyukur. sorry sebab terpost dua entry atas dasar teruja.

MyAishah said...

hanis..
suke bace belog kamu..
saya link kamu ye!!

*pasni nak buat list kesyukuran cam hanis jugak la*

:)

Nizam said...

Saya bersyukur bapa belum/tidak kahwin empat.


hahahah ... nie yang best ...

saya jugak bersyukur masih boleh baca blog hanis

AM said...

comel sungguhlah!

I especially like your conclusion :D

inspired lah nak buat juga senarai 66 kesyukuran :D

Jane said...

saya bersyukur kerana awak menulis blog sambil bersyukur :)

Ladynoe said...

nak kena buat entri pasal kesyukuran gak ke?

Ashleigh said...

Woah!! Panjangnye your list!! =D But very inspiring! =)

Putera Emas said...

Saya bersyukur saya jumpa belog yang best dibaca. :)

ili syazwani mk said...

Sume orang kne buat entri mcm hanis ke?

The Yoga Instructor said...

Kalau sekrang hati kita tak marah dan tenang, sekarang jugak kita buat senarai kesyukuran. Nantilah, tunggu 7 November. Remember, remember the 7th of November.

By the way,
list Hanis no 41 paling mahal.

And knowing you are 18 makes me feel 40.

Semoga Hanis tiada cita-cita jadi '40-year-old-virgin'.

[nurulooney] said...

owh nak jugakla buat post ni. boleh kannnnn

yazrinayusoff said...

hey, saya bersyukur kerana i found ur blog. betul!

zool said...

Saya bersyukur yang saya jumpa blog ini..
Dan diharap dapat menambah kenalan serta menarik pembaca blog ini ke blog saya,,
Boleh ke Haniz??

ying said...

yeap yeap..agree with u..i think everyone should be grateful with what they got. But kadang2 ada gak la time2 bile kita asyik complain about this and that kan..But I'm just glad i was born is this world to to witness and experience lots of stuffs. *thanx to God, Mum n Dad who bring me to this world*

*cheers* =p

aini said...

you are a good example of one who has received good parenting. your parents must have been a hell of a great one! keep being grateful coz that defines a person. =D

Star said...

good! i admire u :)

MeeRebus said...

Saya bersyukur Hanis Zalikha masihhh hidup jadi saya boleh baca belognya

Zaini said...

"Andaikata saya diuji dan salah satu dari nikmat di atas ditarik dari saya, saya bersyukur saya masih boleh kata, atleast saya masih ada 65 perkara untuk disyukuri."

pemikiran mendahului zaman eh usia.

betul-betul terharu.


=)

x0x0 said...

i <3 this post!!
keep on posting gr8 entries

cheerss

Sarah said...

4.Saya bersyukur saya selalu didatangi kesedaran untuk berhenti modelling.

Why do you wanna stop modelling? You're so pretty T__T

Arif said...

sumpah aku suka this post...macam nak buat kesyukuran list je...

kyrea said...

belog anda sungguh menghiburkan...(skema sungguh)...hehe

K.Jah said...

belog ini best. saya ingin mengelink kamu. terima kasih!

maryjane ke miyabi ke whatever. said...

ciss patut la pun. ahahaha

tak kira, nk ckp lagi skali gak.

saya bersyukur Hanis Zalikha dah update!

wahahaha.

p/s: classmate i ckp dia satu skolah ngn u dulu. o_O ok xda kena mengena ok byeee

Aisyah Rozi said...

bagus. tahniah. tapi saya jeles sbb awak kurus. hahah. ;p

Ilya Malik said...

hey hanis.

been reading this blog since you started.

u added me on facebook awhile ago (even though confirm you tak ingat pasal mesti add secara rawak).

lol.

i like this post particularly!
gonna do one too.
cheers!

-ilya-

epitz said...

Awak mmg byk idea.. Your blog is full interesting thing and you of many of that to tell.. unlike my wordpress blog yg sudah hampir mati tu :)

rosealley said...

banyak sangat yg perlu disyukuri, tapi biaselaa, macam cakap tun chedet, manusia mudah lupa, saya sangatla lalaii:(

so inspired by ur entry, nak wat entri kesyukuran gak la leh x??as a reminder for myself:)

i lap ur belog, muaahss

Neo Lee said...

:) showing how grateful n thankful we r is quite hard sometimes-dont u think? *reply it in my blog,it'll b easier 4 me :)

Aku Tak Bisa Luluhkan Hatimu.. said...

it's nice to know despite your glamorous life, you're still a normal 18 years old. ade geng sekolah apa semua. Teringat zaman dulu my friends and I named our gang Slymer Club (remember ghost buster?)Siap buat t-shirt tuuu hihi!

Selalu kantoi and kena denda. Jalan itik la, berdiri depan perhimpunan la, kena stapler tudung la..

tapi..sekolah tetap best bcos it was full with people who never failed to make you laugh :)

mclarenna said...

Saya suka anda..
dan saya bersyukur saya jumpa belog anda
w00t w00t

smaelz said...

wah.. tahniah la cik adik sbb masih mempunyai nilai murni sebegini.. teruskan berkekalan seperti ini mudah-mudahan cik dirahmati Allah..

Adil said...

what hanis do, people wanna do B)

dina said...

aduss... hidup kamu sangat sempurna dik...
akak bersyukur sekali kerana mengenali kamu menerusi belog ini...

Abby ♥ said...

saya bersyukur kerana saya ader kemudahan internet, pas2 boleh tahu kewujudan belog kamu, hasil dari nukilan orang yg kelakar macam kamu. u make my day Hanis :)

Eireen Camelia said...

well donee.. nak menitik air mata ni hah!

Nizam said...

Hanis ... saya bersyukur juga ,,, yang Hanis minat Ultraman Mebius ...


you Roxxx beb

Syarifah Hadli said...

Okaaayy, baiklah.

Soalan: kenapa kamu berbaju seragam SMA Indonesia?

Oooh.
Jeles, jelesss.

Anonymous said...

Saya bersyukur ade blogger macam awak yg mampu beri kesedaran pada org lain.. :)

Nurul Harun said...

good job hanis.
take care.
(=

once said...

nama zalikha sangat sedap. ex saya pun nama zalikha. dia cantik. saya rasa semua yg bernama zalikha cantik.. terbukti dgn melihat hanis zalikha

Chang Ah ki said...

Maksud cik diatas (Tag's tu). Saya pun berkelayakan utk do TAG?

Maswafi Abd Samat said...

Hmm.. apa salahnya dengan nama Sofea Natasya??? sound great, what!!!

anster said...

hanis zalikha, anda telah membuka mata saya supaya sentiasa bersyukur atas segala nikmat yang Allah kurniakan, walaupun sekecil-kecil nikmat pun. Thanks Hanis Zalikha, model yang sgt bersyukur. Bagus!

siewkwan said...

Hanis, it's good to have gratitude over everything than to complain about everything! you are a great example!

Zaini said...

"Kongsi kesyukuran anda kerana kesyukuran anda mampu jadi inspirasi untuk orang lain.

So, apa yang anda syukuri?"



http://sayabersyukur.blogspot.com/

=)

AzuraNizam said...

hi hanis yg comel..saya bersyukur bertemu dgn blog awak..blog yg best.

AzuraNizam said...

hi hanis yg comel..saya bersyukur bertemu dgn blog awak..blog yg best.

kentuthalus said...

hehheheeh...ada org suruh gua tgk blog lu...dan gua terhibur...terima kasih...blog anda melenyapkan unsuur benci...peace n cheerss!!

pjoe said...

saya bersyukur sebab dapat baca blog cik hanis yang semulajadi menghiburkan

((( ))) said...

salam,

bila baca posting awak kali ni rasa macam kita rasa di pagi hari raya aidiladha.. tak percaya cobalah ingat nanti.. dalam kita bersyukur, adalah sebab kita juga berkorban dan oleh itu dapatlah kita bersyukur di atas segala pemberian tuhan.. sekian dulu tazkirah kultim buat kali ini..

aeryn said...

Saya suka syukur nombor 61 awak tu.tak tahu kenapa. huhu

anyway, awak CANTIK la, bukan 'Tak berapa cantik'. Ok?

;)

aeryn said...

Saya suka syukur nombor 61.

Anyway, awak ni CANTIK la, bukan "tak berapa cantik" ok?

huhu

nice belog ;)

xmindfreakx said...

yeay...grateful to Allah..

the best thing i've read from the list:
saya bersyukur saya masih anak dara...

mik'yal said...

saya bersyukur dpt membaca entri ini lantas ingin membuat nya jua.

juliana said...

dulu ade join satu training and kene tulis 100 blessed list :) tapi dah 2-3 tahun yang lalu.. bila dah di kemas kini kan akan di update kan di belog saya okay :)

keep up the spirit sweet one!!

Wawa said...

Saya bersyukur..setiap saat, minit dan jam kerana masih bernafas sebagai muslim..

redanna said...

very inspriring entry!

lala g* said...

datin, i tag you lah ! :)

i n - c h a n said...

saya sangat bersyukur saya jumpa orang yang positif macam kamu!

fitto said...

besok akan ku post 'kesyukuranku'. thanx 4 inspiring..=D

supermummy said...

saya bersyukur awak sangat kelakar dan membuat saya tersengih2 sendiri sambil membaca blog awak setiap pagi

Anonymous said...

ehhh!
u must have great parents.
I hope u'll forever be this way.
:)

Anonymous said...

aii...

menarik ttg u yg manarik tok dkongsi n menarik tok i tertarik ngan blog u.

ahaks....
huh bersyukur sgt i dpt baca senarai kesyukuran ni...
sbb sedarkan diri sndiri beb.

Anonymous said...

sori la mcm penceroboh uma org plak i yg u tak kenali lgsg ni..

tp i jumpe blog u dr FINGERTIP FS BLOG.

HANA bUdaK cEkElAt said...
This post has been removed by the author.
nur liyana said...

besh lak tengok c's hanis punya belog..
kesyukuran..?///
hurm..
memang perlu bersyukur walau ape pun keadaan..

mintak izin ya c's nak buat jugak kat belog..

thankx c's cantik.jelita.anggun.

eida said...

Saya terbaca blog awak. Saya pon dah berjaya buat senarai kesyukuran seperti awak cadangkkan. Suke baca senarai kesyukuran awak.. awak sgt suci hatinyer..

Adil said...

sy dh menyahut cabaran anda!(cabaran???) Tgk2! sini!
Hanis you rock. Simply becos you're at the top, but still down-to-earth. Should be more people like you ;)

nurul said...

comelnye entri ni..nak buat jugalah nanti.. :D

sy bersyukur sbb terjumpa blog hanis zalikha dan seterusnya terjumpa blog emak hanis zalikha yg sgt best itu..hihi

UnaChenta said...

saya bersyukur dapat jumpa blog awak..bagi inspirasi dan blog emak awak betul2 mcm bagi nasihat dgn saya..god bless ur family..

silasdaninja said...

hello hanis.. may i ask how come u're wearing indonesian school uniform??

Y I E N J R said...

saya juga bersyukur berjumpa dengan belog hanis zulaikha ini...senarai kesyukuran itu saya buat utk myself kat blog saya...u gave me inspiration!


gud lux :-)

ayoi84 said...

lawak gilwe.. x leh bla no.41, 28...

ayoi84 said...

lawak giler.. x leh blah no.41, 28..