Selamat pagi, kepada yang suka email tanya bila nak post wajah tanpa mekap, nah. Selamat pagi, para pencinta yang sedia menanti entri, nah. Selamat pagi, kepada para penyayang, yang tak pernah membuka kata, tapi sering sahaja singgah dalam diam, hai!Sunday, November 22, 2009
GOOD MORNING SUNSHINE!
Selamat pagi, kepada yang suka email tanya bila nak post wajah tanpa mekap, nah. Selamat pagi, para pencinta yang sedia menanti entri, nah. Selamat pagi, kepada para penyayang, yang tak pernah membuka kata, tapi sering sahaja singgah dalam diam, hai!Wednesday, November 18, 2009
Masalah muka berminyak?
Anyway, lepas I dah meroyan dekat Facebook sebab tiada siapa boleh teman I shopping beli baju kasut jam tali pinggang, I ditugaskan untuk memasak. Ya memasak. Just because emak nak keluar dengan bapa, dan anak-anak tidak harus kebuluran di rumah jikalau terdapat seorang anak dara di dalamnya. Siapa lagi kalau bukan saya aww!
As usual, we went bimbotic! Marilah melihat journey memasak saya as captured my the little brother Imran. Lauk hari ini, sambal tumis udang dan masak lemak terung.


Oh hai! Sekejap ya, nak berlagak dekat bbm, bagitau suami I'm about to cook *konon gila engkau. Apasal belum start masak muka kau dah berminyak seh.
Apakah wajib bergambar dengan sayuran?
Sekejap-sekejap minum air. Macam penat lelah sangat lah masak dua lauk senang itu. In between masak tengah chat dengan Jay sebenarnya. Dia semangat tanya unveil bahasa Melayu apa selain menyingkap. Dalam otak I dah macam unveil? Tak pakai tudung? Haha. Pastu I pun, oh unveil itu more or less 'mengungkai' :)
Jangan hina sambal udang yang mirip inti karipap ini. Masak lemak terung tak sempat tangkap gambar adik-adik dah serbu :') *Resepi tidak disediakan.P/S: Meor kelakar, dia lagi excited sebab dia kata wah you adalah orang pertama, baya-baya kita yang I tahu pandai masak! Sengaja nak I datang rumah you hantar lauk ke apa (-_-")
Tuesday, November 17, 2009
Tali Hijau
Masa tak sempat study nak exam, telan ini dan harapkan yang terbaik contohnya seperti sewaktu nak jawab soalan exam tiba-tiba teringat explanation guru di papan hitam pergh.
Yang I will demonstrate today is Ekspresi&Menang di mana setiap pembelian satu kotak Brands (satu kotak enam botol), akan dapat sepasang tali hijau a.k.a tali generasi hebat. Dengan tali ini, anda harus menggayakan sekreatif mungkin dan hantar gambar ke alamat yang dia sediakan dekat borang. Tali dia macam tali kasut sneakers dan warna yang sangat susah nak matching! Mencabar betul. Maka tali kasut sneakers kita buat tali kasut high heels, the end. Haha.
Dah macam nak pergi ice-skating dah. Lolz ahakszx!
Okay korang sure boleh buat lebih hebat goodluck!
Friday, November 13, 2009
Buat julung kalinya!
Weh asal tak boleh upload gambar?! Punya semangat tangkap gambar kipas tanpa sawang tak boleh upload. Hish. Bunuh mood nak study cost accounting betul.
Tuesday, November 10, 2009
All Hail The Queen(s)
Kan telah I gembar-gemburkan tentang pertandingan Carefree Queen dulu? Maka telah banyak pun penyertaan video yang mereka terima di www.carefreequeen.com sewaktu penantian tarikh tutup. Sekarang mari kita tengok siapa yang up and against I amboih yang ada hati nak beat I lakukan aksi berjalan bulan (versi bedak) itu. Hmm.
Klik gambar untuk tonton videos.
Okay fine, Brancy ini boleh belly dance. I pun boleh sebenarnya mampu cuma takde kain shiny berjurai-jurai je nak ikat kat pingganggg. Haha emo habis. Tapi serious ah, orang boleh belly dance mesti menang di hati I.
Pergh yang ini lagilah bertahta di hati apabila pandai menari seksi tanpa kelihatan murah dan trashy dan look at me I’m hot. Lagu dah lah lagu Flo-rido. Fuh fuh. Flo-rido ya, bukan Flo-Rida. Bahah. Indians can really dance la weh, tak boleh deny. Teringat my dancing partner Jay. Lama tak buat robotic moves sama-sama :’( Anyway, go Logeswary!
I am jealous! I’ve always wanted my own videoclip hmph. DAH LAH DAH DAPAT 31260 VOTES OKAY! But she deserves it with her Tiara Jacquelina inspired vid. Haha no argument there.
Okay mula-mula ingat pakai minus one sebab itu sedap. Then bila ada part yang patut menari ceria tetapi dia hanya menyanyi koir di situ, I knew it memang suara lunak itu suara dia! Tak suka tau ajak orang macam ini karaoke.
Dan video perempuan ini sebenarnya nothing ah compared to other girls, tapi kalau korang nak vote boleh je teehee :P Ke korang nak I buat belly dance jugak baru nak vote??! Eh tapi dah tarikh tutup penyertaan haha.
Sebenarnya ada banyaaak lagi video tapi I belum sempat check em all out. Kalau ada di antara anda ialah one of the contestants atau nak suggest video yang patut menang maka patut saya vote, ha bagi link ya. Oh nanti ada event the final showdown featuring all of the contestants. I’ll be there untuk cover event itu, see ya when I see ya! Okay back to sleep. I MEAN STUDY. Study. StudzzzZz.
Monday, November 9, 2009
Is this forever and ever? I'm in love, woo!
Lagu apa eh yang first ini? Rindu nak sapu fringe ke tepi haha.
Saturday, November 7, 2009
Generasi hebat.
Hebat. Satu perkataan yang sangat saya suka. Satu perkataan yang jarang saya gunakan dan throw around macam itu sahaja. Bukan calang-calang orang boleh saya panggil hebat, bukan aksi biasa-biasa boleh saya pandang hebat, bukan perkara dalam norma boleh buat saya rasa hebat.
Duduk di dalam kelompok manusia, memerhati, mengalami, sering buat saya terfikir. Yang bermain hide and seek dalam kotak fikiran sekarang ialah tentang generasi saya. Hebatkah generasi saya, sehebat generasi atok nenek saya? Sehebat generasi emak emak kita?
Kalau blackout 6jam dan terdengar ura-ura potongan bekalan air di kampus, dah bertempiaran lari balik Kuala Lumpur, sehebat mana sebenarnya generasi saya? Kalau tengok Gossip Girl sekali seminggu dah boleh terikut-ikut, sehebat mana sebenarnya generasi saya? Kalau diteliti pemakaian pemikiran pergaulan dan betapa kita senang terbawa-bawa, sehebat mana sebenarnya generasi saya?
Rasanya jangan tanya mana salah, siapa silap. Tanya apa yang kita dah buat untuk menjadikan generasi kita hebat. Layakkah kita untuk berada dalam satu generasi hebat, dipandang hebat? Jika satu masa tanpa malu tanpa segan, kita boleh terima gelaran generasi hebat kepada generasi kita, mungkin kita sudah sampai tahap itu. Unless kita memang orang yang tanpa segan.
Serius. Kalau nak panggil generasi saya hebat sekarang, memang menyegankan. Dan benda takkan berubah andai kita sibuk dengan yang negatif, yang buruk, yang busuk, yang bawah, yang kuning, yang palat. Generasi hebat, bagaimana nak even jejakkan kaki ke situ? *Tadi rasa macam kata saya susah nak guna perkataan hebat tapi kalau baca balik perenggan-perenggan di atas, haha.
Stay smart. Susah orang nak bodoh-bodohkan orang yang tidak bodoh. Dan orang yang tidak suka diperbodoh tidak mungkin orang yang bodoh. Jaga otak, jaga pemakanan, jaga peminuman (!).
Tingkatkan kepekaan. Senang-senangkan diri untuk rasa tercabar. Contoh baik adalah apabila seseorang bertanya sesuatu di luar bidang ilmu, di luar pengalaman dan rutin kita, dapatkan jawapan untuknya, kerana itu adalah mendapatkan jawapan untuk kita juga. Senang-senangkan diri untuk rasa tercabar. Contoh kedua baik adalah apabila kita sedia terima akibat untuk setiap tindakan, kerana itu seperti menerima cabaran dari diri sendiri.
Be a go-getter. Be a good go-getter. Boleh, semua benda boleh. Boleh, semua benda senang. Boleh, semua benda boleh beres. Orang yang tak boleh tak boleh tak boleh orang yang negative sebenarnya, dan terlalu ramai orang yang macam itu sekarang. Dalam generasi saya T_T
Eksplorasi minda dan jangan selesa dalam zon selesa. Senangkan? Jangan selesa dalam zon selesa. Keep on questioning, keep on exploring minds, not just yours but others too. Be open to new things and be open to different perspectives. Bila kita pilih untuk dengar cakap kita sahaja, kita pilih untuk dengar gema. Dan dengar gema itu adalah duduk di dalam gua. Tak pun tempurung.
Bila ada kesedaran yang kita sebenarnya bertanggungjawab atas nasib sendiri, nescaya lain gayanya cara kita approach life and opportunities. Sesuatu perkara yang dilakukan itu hanya seksi apabila kita tekun, apabila kita ada passion. Saya sahut!



















