Tuesday, July 30, 2013

Resepi Mee Udang Sedap dan Mudah

Ewah tajuk. Nak bolot keyword search lettew.
Tapi serious aaa sedap, kita guna resepi Mama kita. Dah takmo banyak bunyik terus ke resepinya. Let's jom!


Bahan-bahan (untuk celur dalam air mendidih beberapa minit, pastu letak tepi)
1. Mee kuning
2. Bihun (kalau Mee Udang original ada bihun sekali, tapi lupa beli lulzy)
3. Fishball (atau orang Jawa panggil pisbbol, b tuh pekat sikit sebutan dia k)
4. Fishcake
5. Taugeh
6. Kangkung
7. Tauhu
8. Udang 20 ekor (ini saja yang bukan dicelur tapi direbus asing, jangan buang kepala udang dan air rebusan udang)

Bahan-bahan (untuk dikisar lumat dan ditumis)
1. Cili kering yang dah direbus, dibersih dan dikisar. Dalam 1 cawan (takde sukatan sebenarnya, roughly jer, saya tak suka sukat bila masak, kena feel masa tuh gak)
2. Belacan sebesar ibu jari. LOL boleh tak sukat camni. Ala bolehlah bolehlaaah.
3. Taucu satu sudu.
4. Udang kering dua genggam, kalau genggaman anda kecil seperti Keknis.
5. Bawang merah 3bijik. *maaf tertinggal bawang tadi.
6. Bawang putih 5ulas.

Bahan-bahan lain
1. Air asam jawa sebanyak suku cawan.
2. Air rebusan udang tadi yang dikisar bersama kepala udang pastu ditapis. Ini kuantiti air rebusannya semangkuk besar.
2. Limau kasturi untuk dipotong bontotnya dan letak tepi mangkuk waktu makan.

Langkah-langkah
1. Celur semua bahan yang perlu dicelur pastu letak tepi suruh dia duduk diam-diam.
2. Kopek kulit dan kepala udang pastu sisa kulit dan kepala tuh semua letak dalam air rebusannya tadi dan kisar air udang tuh. Udang yang dah togel tuh letak tepi untuk hias mee udang nanti (garnish).
3. Kisar semua bahan yang perlu dikisar (cili,belacan,taucu,udang kering,bawangs) pastu tumis!
4. Tumis sehingga naik minyak dan bau semerbak satu kampung pastu letakkan air asam jawa, disusuli dengan air rebusan udang yang telah ditapis. Kalau tak tapis nanti rasa ngeres kat lidah bila makan. Ngeres tuh maksudnya berpasir-pasir.
5. Masak masak masak pastu tambah air, ikut kesesuaian texture kuah mee udang, masukkan pisbbol dan fishcake.
6. Tambah garam, ajinomoto dan gula. Sukatan dia banyak gaklah, sebab kuah tuh akan jadi banyak, hampir penuh kuali sederhana besar, maka perasa pun kena banyak. Tambah jugak stok ayam.
7. Godek-godek sampai sedap, pastu hidangkan!

Mari kita zooooooooooom in!



Siap! Bye.


11 comments:

No proper ID, no proper comment, down you go the freaking spam drain. Receiving happy vibes!