Sunday, January 19, 2014

Real Toys Real Joy


Keknis memang suka suka-suka masuk Toys R' Us every now and then. Masa kecil Mama and Daddy selaluuuu bawak kitorang pusing Toys R Us. Kadang-kadang je dapat beli, most of the time, sebelum keluar cuma dapat beli aiskrim Digimon or gula-gula dekat kaunter bayaran tuh just nak sedapkan hati kitorang LOL. Tapi kalau ada pencapaian yang bagus or birthday mesti Daddy belikan mainan dan itulah hari-hari paling best dalam kehidupan kanak-kanak kami.

Minggu lepas usha lagi Toys R Us untuk tengok mainan yang pernah dibeli, dan imbau kembali mainan yang tak pernah kesampaian nak beli sebab takde siapa nak layan. Sekarang Toys R Us tak semeriah dulu, tak ramai orang dan tiada lagi aura bingit anak-anak kecil. Namun satu yang tak berubah, muka budak-budak kat situ bila mak bagi pilih mainan. I managed to snap this.

That is pure excitement. Kudos to the parents for bringing up the child like this. Bagi real toys for real joy.

Writing this, Keknis sebenarnya tengah sedih baca berita budak-budak bertingkah-laku orang dewasa. Tak perlu terdedah jauh, internet yang ada di handphone dan tablet mereka sudah cukup untuk mengajar mereka macam-macam tanpa had. Memang boleh dikawal, tapi seberapa jauh saja kan, dan seberapa banyak saja waktu-waktu yang ibu bapa ada di samping anak itu?

Belum lagi masuk sindrom-sindrom anti-sosial. Ada anak-anak yang so engrossed dengan gadget masing-masing sampai tak bersalam orang. Kalau salam pun pastu blah and masuk balik dunia dia sendiri. Dekat restaurant kalau anak nangis, ada parents yang terus capai gadgets nak diamkan diorang walaupun on the dinner table. Ada anak-anak yang jenis berlagak, sebab ada gadget taknak cakap dengan budak-budak lain yang takde gadgets. Children are naturally curious, so bila budak yang takde tab or smartphone ini cuba usha, mesti ada aura-aura kedekut berlagak dari budak yang bergadget. My God.

Juga, macam makin ramai budak yang bersindrom lambat belajar atau bercakap. Kalau dulu, seperti hanya satu dalam 6 orang (contoh terus dari adik-beradik Keknis sendiri), sekarang macam MOST of budak yang Keknis dengar sendiri parents dia sembangkan. Bila bawak jumpa pakar, mesti pakar akan tanya berapa kerap anak itu didedahkan dengan gadgets? Nanti kita tengok pula seawal mana anak-anak kita akan rabun. Gasp!

Beza parents dahulu kala, dengan parents moden adalah; Parents zaman sekarang terlalu awal berusaha untuk menjadi BFF anak mereka. Kalau dulu masuk remaja atau dah dewasa baru parents kita berhenti mendisplin dan mula berBFF. Now, not anymore. Keluar perut terus AMAGAD WE'RE BFFFFFFFFFFFFFF!

Keknis tak rasa Keknis akan lari jauh dari menjadi parents moden bilamasa Keknis sendiri pula ada anak. Ini semua timbul sebab terkenangkan perasaan sendiri bila masa kecil tak dapat itu ini, dan dimarah itu ini, walhal semuanya telah menjadikan kita siapa kita hari ini. Tulisan ini moga menjadi peringatan buat Keknis sendiri, di masa akan datang. HANIS KAU KENA INGAT SEMUA INI!!! LOL. Back to Toys R Us, wow lama benar berdiri di sudut Barbie dan terpikir semua ini. 





MY CHILDHOOD. Tapi Mama Daddy cuma belikan Barbie dan baju sahaja. Jadi kena kreatif buat rumah sendiri guna rak buku, buat peti sejuk guna kotak Scott's Emulsions, meja side table guna that small plastic stand kat tengah-tengah pizza dalam kotak, buat katil guna kotak tisu dan bantalnya guna batu seremban. I was so proud of my creations, setiap kali orang datang mesti ajak masuk bilik nak suruh tengok walhal bila ingat balik hodoh gila kahkahkah.


Adik saya Khairi memang gila Hotwheels. Banyak gila kereta nih kat rumah kitorang untuk diterpijakkan dan mengamuk. Daddy layannnnn je Khairi dulu, beliiiiiiiii jer Hotwheels setiap kali. Harap Khairi pula akan layankan Daddy kembali bila dah ada duit dengan membeli sebijik besor kereta hot.


This was our thangggg! Rajin kami berPlay-Doh sampai terlekat tergumpal-gumpal dekat karpet. Mama tak pernah marah plak part tuh hmmm :')


Untuk perjalanan jauh, inilah peneman kitorang dalam kereta!!! Main macam-macam game lukisan dengan ini. It was our everything. Suka tengok serbuk magnet bergerak-gerak ikut pen tuh.



Simple stuffs that made us powerful explorers dekat garden Mama. Dapat belalang je ponnn. Kalau dapat ladybug kira dah professorlah, pastu letak dalam bekas and tengok progress guna kanta. Pastu tetiba satu hari ladybird dah kejung, patutlah tak jadi professor dah bila besar :(



I HAVE ALWAYS WANTED THIS. NAK GILA-GILA! Tapi ini mainan orang kaya, dalam hatiku. Kecik-kecik dah boleh pikir sendiri kahkahkah. Kalau takleh pikir sendiri sure tergolek dog menggelupur kat situ sebab nak jugakkkkkkkkk! Macam adikku Hafiiz setiap kali pergi Toys R Us. Huh! Memalukan! Lul.


Duplo comel! Tak pernah beli tapi comel! Wonder why Alisya tak pernah mintak ini.



Ini best! Macam bela jentik-jentik je pun. Tapi dia punya excited, kalau dah beli balik terus nak buat Sea Monkeys pastu dah buat, semangat setiap hari balik sekolah mengadap nak tengok dia membesar. Ingatkan jadi monyet, takde pun :(



Cheap outdoor thrills! Bubble makers!!! Main dekat luar je boleh sebab pernah main dalam rumah pastu kena marah lantai licin LOL.


Ini lagi satu mainan orang kaya yang tak pernah berani nak mintak. Kalau pergi Toys R Us mesti feeling-feeling pusing-pusing dalam nih. Berebut-rebut dengan budak-budak lain. Pastu siapa dapat rumah display paling cantik, siap ada gelongsor kat tepi etc. Tapi masa pergi tempat nih sekarang, takde budak langsung kat situ hmm.



Tak pernah reti guna binatang nih hergh.



Bila dah besar sikit, dah tak buat benda-benda kejam macam bunuh ladybird dah. Kita dah matang, kita main Jenga.



INILAH MAINAN YANG SEMUA ADIK-BERADIK DAPAT MAIN DAN BERGADUH DALAM SATU-SATU MASA HAHAHAHA. KEKNA, KHAIRI, IMRAN, HAFIIZ AND ALISYA, JOM MAIN LAGIIIII?



Feeling cashier kalau dapat main benda nih. Sangat teruja lagi-lagi kalau bunyi teet bila scan barang, pastu drawer duit bunyik kaching bila bukak. Tapi Mama Daddy tak pernah belikan. Dia nak anak jadi professor je kot. Sobs. 




Lagi mainan orang kaya. Cuma mampu tengok dalam bekas kaca sambil tinggalkan kesan bibir dan jari-jemari.



Mama Daddy juga pandai nak diamkan kitorang dengan ini. Lagi satu keterujaan murah. Bowling plastik. Tapi after awhile penat weh nak susun sendiri pin tuh cantik-cantik.



Ya. Itulah dia sedikit sebanyak perkongsian yang moga-moga dapat menyedarkan kita kembali, perasaan seorang anak kecil, what it was like being a kid. We didn't have tabs smartphone etc then, but we turned out AWESOMEEEEE. No, bukan suruh campak terus gadgets anak-anak anda, tapi everything needs to be in moderation. Itu saja. Gila jugak weh kalau anak-anak zaman sekarang tak dapat macam anak-anak lain di sekeliling mereka. Kesian plak. (Rasanya ada defensive parents yang tak mengerti ayat cadangan ini. Saya maksudkan, budak kecil zaman sekarang PERLU ada gadget untuk mereka main, kepunyaan parents atau diri sendiri, supaya tak ketinggalan plus peer pressure. Cuma harus dikawal ketat dan dikurangkan penggunaannya. Takmo emo-emo dah). P/S: Kalau pemahaman bacaan kita awal-awal lagi sudah terhalang dengan negativity dan defensiveness, whatever we read after that are just noises. Sebab tuh anda terlepas mesej perenggan akhir ini.





Tapi kalau nak tegas sangat, taknak bagi gadgets gak, nah ambek nih.


#RealToyRealJoy

SELAMAT TAHUN BARU 2014. OH HOW MUCH I'VE MISSED YOU GUYS!!! SEMOGA BAIK-BAIK SAJA UNTUK TAHUN INI YA :') 

17 comments:

  1. Totally agree with you keknis. I already see this in front of my eyes watching my niece and nephews spent their times with gadgets all the times. Sampaikan diorang bela kura² pun mati sebab into gadgets sangat.

    ReplyDelete
  2. Walaupn sy boys tp sgt suka dgn silvanian families tu smpai skrg wlaupn dh ada duit still terpk 2-3 kali nk beli sedeyy huhihu

    ReplyDelete
  3. haha. sangat setuju with keknis :D part design Barbie's stuff tu tak boleh blah ...hahaha XD

    ReplyDelete
  4. Ooohhh keknis u make me remind my ohsemm childhood tu xtrmsk ag yg tradisional bgai..nway nice writing keknis

    ReplyDelete
  5. Saya suka Barbie dan Playdoh.. sampai sekrg..tapi sekrg malu le nak beli..nanti suami kutuk..huhu

    ReplyDelete
  6. Hihi. I just agree with all these facts from experience. I miss my childhood.

    ReplyDelete
  7. Guess what? Up till now kalau nak treat diri sendiri, I mesti masuk toyrus ni though I'm 24! Self in me would never grew up LOL

    ReplyDelete
  8. Beli je barbie tu pn munira. Hehe. Till now my hubby n I akan masuk toys r us everytime kiye pegi mall. And baru sekarang terhegeh2 nak collect lego. Dulu nak mintak kat parents.. tp takut. Sbb mahal. But its ok, we understood certain values from there. Now we buy it ourselves. Belanja diri sendiri. Hehe.

    ReplyDelete
  9. Yes, dulu selalu main panas. Tak terperuk dalam rumah saja. Kadang2 tak payah mainan kat atas nie semua, dapat main dgn jiran tiap petang pun dah happy. Contohnya, main police entry. Syok wei! Rugi zaman sekarang tak dapat merasa main semua tuh. Hee :)

    ReplyDelete
  10. Tak pernah berani masuk kedai tu...sebab kami susah dulu, sampai dah ada anak pun tak berani bawa anak g sana, takut dia buat hal...hahahaha

    ReplyDelete
  11. My daughter pun buat sendiri barang2 itu barbie. Dia tgk youtube for ideas. Lebih kreatif begini daripada semuanya dibelikan.

    ReplyDelete
  12. So true..bdk2 skrg enjoy dgn gadget. Tak explore keseronokan bermain yg sbnr. Klo zaman kte dlu susah nk dpt beli mainan jd alternatifnya main la permainan yg x memerlukan ongkos. Batu seremban ke baling selipar ke tangkap pepatung...etc

    ReplyDelete
  13. i'm a mother dear & totally agree with u. saya xajar anak tgk gajet inside the car for long distance travel nor bribing them on dining table. ko nak melalak pun melalak la sepuas hati. that is kids. we only allow them to use ipad once a week tuh pun dlm 1-2 hour on sharing basis. i asked them to go the pool, pastu time balik kg main pasir dgn tangan. wat pape la dgn tangan & tools. bkn dgn ipad. bawak diorg g toys r us suh pilih sendiri nak ape (once a year only la) laen2 beli kat cheap toys market sudah. yg ptg kids have to be kids. 1 point that maybe relevant is budak2 skrg xnak involve physical activities. cer pegi sekolah rendah, brp ramai budak obes / gemuk?? compare zaman dulu nak carik yg gemuk is rare. my 2 cents la.

    ReplyDelete

No proper ID, no proper comment, down you go the freaking spam drain. Receiving happy vibes!