Tuesday, February 24, 2009

Model juga tidak memerlukan ijazah

Terbaru:
Wahai diari (dulu punyai masalah mengeja diary, dairy etc),
Hari ini, seorang yang sangat hebat telah turun untuk meninjau progress Marhaban (okay tipu, padahal budak part 2 kena turun ada perjumpaan di surau maka dia turun padang kerana dia part 2). Turns out, kehebatannya merangkumi skill bermain kompang yang mengiurkan. Dengan jayanya, dia telah mengajar saya teknik pukulan yang mantap. Tiba-tiba saya rasa cuak. Mampukah saya pikul tanggungjawab ini? Mampukah saya memukul kompang ke arah kemenangan? Sedangkan si hebat dengan IQ berpointer 3.98 ini pun perlukan satu bulan lebih untuk menguasai alat muzik bernama kompang, lagilah aku yang kerdil ini. Saya beri diri sendiri tiga hari untuk menguasai skill sebegitu, jikalau tidak berhasil, saya akan tarik diri. Saya tidak mahu menjatuhkan Zamrud di zaman kegemilangannya.

Tidak percaya dia hebat? Nama dia Albaniah. Ha hebat tak hebat.

End of update.


Sambil minum air sirap dan godek-godek isi kandungan doorgift (apa?! bagi gula-gula dan potpourri sahaja?!), saya selalu tengok orang main kompang dekat kenduri kahwin. Amat mengkagumkan, sehingga di mata saya, pemain kompang adalah ibarat petani. Di mana jasa mereka tidak dapat dibayar hanya dengan wang sahaja. Setitik peluh bertani DIAM KAU RAJA FARAH.

Maka dengan bangganya saya ingin announce, saya akan menjadi petani (sambil pangkah salah satu perkara dalam 17 Cita-cita Saya Yang Tidak Memerlukan Ijazah). JENGJENGJENG. SAYA ADALAH PEMAIN KOMPANG UNTUK KOLEJ ZAMRUD :') Dan kakak Liana, sila sebarkan kegembiraan ini dengan menukar shoutout Friendster anda kepada "Adikku akhirnya bergiat dalam Marhaban".

Okay bye nak practice.


OhSoRandom: ADAKAH GATAL JIKA SAYA MEMBELI MAMEE SLURRP KARI BERAPI HANYA KERANA MUKA SAMUEL RIZAL TERPAMPANG DI PLASTIKNYA?! Eh tapi tipu tau, tak berapi mana lah. Sangat tipu iklannya di mana ada abang bomba stand by tepi ketika pembeli melahap Mamee Slurrp. Kalau, betul atleast ada lah alasan nak ajak abang bomba muka macam dari Third Watch, untuk datang ke rumah dan stand by di tepi ketika saya melahap Mamee Slurrp :B

BOIKOT MAGGIE.

35 comments:

  1. ahaha.. so funny la u hanis..

    ReplyDelete
  2. a ah kan..x berapa nak berapi...
    tipuu tauuu..

    ReplyDelete
  3. bila nak kuar album solo? The Best of Kompangs Vol 2.

    kalau bekas Kadet Bomba boleh ke standby? x berapi sgt kan..kadet pun boleh handle..

    ReplyDelete
  4. tp larat ke kamu bertani ni? saye beli beras kat 99speedmart pun dah tak larat... HAHA (alasan tipu bonda, ckp penat. tak larat la tu kan?)

    ReplyDelete
  5. anda sangat kreatip Cik Hanis,
    diperhatikan selalu ada selitan suara2 kecil di dalam entri anda.
    (contoh : suara Raja Farah dalam iklan beras waktu beliau muda belia)

    *ohh saya pengikut anda yang ke 666kot..hehe..ketika komen ini ditulis bilangan pengikut adalah 668.

    ReplyDelete
  6. boikot megi bila ada duit utk makan makanan yg lebih berkhasiat..

    ReplyDelete
  7. cis post ini mengingatkan aku pada kenangan main kompang bersama rakan2 dalam pasukan kompang Ezhar dulu. Mari nyanyi ramai2.. "kompang dipalu, pengantin baru..." (nyanyi mesti kuat2 sampai urat leher timbul)

    ReplyDelete
  8. kelakar hanis ni...

    yap boikot ma--- sl---. tak berapi punnn.

    ReplyDelete
  9. (+_+):dulu pernah jadi pengompang (huh? pemalu kompang lar) untuk kolej mutiara. Sampai biru tangan dibuatnya. Tapi best, menang+dpt lepas tension. Haha

    ReplyDelete
  10. kalau begitu tak perlu makan maggie berapi lagi

    makan saja mee segera GIANT

    lagi sedappppp !!

    ReplyDelete
  11. hi dear.
    u are so funny.love reading ur belog sambil senyum sorang2 :D

    keep writing ye dik!

    ReplyDelete
  12. nape pulak boycott maggi?
    bukankah kecewa dgn mamee?

    lol~ btw, cam tak sameee je petani dgn pemain kompang. tak blh, kne Undo pangkahan itu.

    ;-p

    ReplyDelete
  13. kari berapi punya perasa memang melampau pedas. kalau letak air sikit rasa masin pulak. memang tak tiptop rasa dia. wah main kompang nampak! sunguh bergiat anda di segamat. nanti boleh la dtg rumah nenek i dekat segamat 5 minit je dari sana hehehehehe

    ReplyDelete
  14. jika setitik peluh petani ibarat sebutir beras..

    Maka setitik peluh model ibarat sekeping gambar foto di majalah2 harian.HAHA.


    p/s
    Kasi tips macam mane blog i boleh terkenal mcm u punye?
    Nanti i bayar.haha.

    ReplyDelete
  15. tapi iklan tu creative sangat...antara yg genius tuk 2008 hehehehehe

    ReplyDelete
  16. geheheh lepastu tiba tiba aku tengah demam pegi kol aku. terkejut aku apehal tibe tibe banyak kredit. rupanya tanya macam mana nak pukul kompang. HAHAHAH OMG TENGAH BAYANG KAN KAU COMEL TUDUNG MELAYU TIGA SEGI BROOCH DEKAT TENGAH TENGAH LEPASTU PAKAI JUBAH BIRU HIJAU DENGAN PEGANG KOMPANG SAMBIL BERMARHABAN. AMBIL GAMBAR, AMBIIIIIL

    ReplyDelete
  17. True, true, abang bomba dari Third Watch agak comel tp almost all the guys dlm dat cite are cute! Xtahu nak pilih mana satu utk diusha *air liur meleleh* apabila menonton cerita itu.
    Tazz

    ReplyDelete
  18. tak pedas pon kan...
    kite pon tambah cili padi blender lagi...
    baru layan...

    ReplyDelete
  19. ohh..anda merupakan pemain kompang cantik,yang pertama barangkali?!
    XD

    ReplyDelete
  20. haha.cehh..kirim salam sama nabil.haha.

    ReplyDelete
  21. Hye Hanis,
    sorry i bgtau u dulu b4 i created ur fans group kat Facebook, do check it out k, just search Hanis Zalikha. I will invite u as admin later. Thanx, Study n belakar kompang sungguh sunghuh k, xoxo

    ReplyDelete
  22. api tak api. kalau dah lapar, duit kaput, gua sebat je.

    ReplyDelete
  23. Boikot, boikot!

    Maggi tak sedap kalau masak versi tuang air panas.
    Mamee mantap, rasa pun sedap hahah

    (mengimbau zaman jiwa kental muka kentang kat UiTM dule heheh)

    ReplyDelete
  24. ~~~lagilah aku yang kerdil ini. Saya beri diri sendiri tiga hari untuk menguasai skill sebegitu, jikalau tidak berhasil, saya akan tarik diri. Saya tidak mahu menjatuhkan Zamrud di zaman kegemilangannya.~~~

    kerdil???
    haha...
    awak galah lah bkn kerdil
    =p

    hmmmm
    ala lg 1...
    kalau zamrud nk kalah, kalah gak cam slalu...(sambil xtau pun ada ptndingan kompang mase MITEK)

    p/s:erkkk rasenye statement ini boleh mengakibatkan rusuhan jantina kot ataupun kemarahan ain SR???
    plink2~* ghaibkan diri
    =p
    hidup TS...

    ok la bg zamrud dpt no 2,TS no 1...
    =pp

    ReplyDelete
  25. apa la yg i tlh type tuh, huhu, banyak typo,
    ulangan: kpd semua peminat Hanis, sila la join fanpage Hanis kat facebook k, leh kita gather2, beremasmesra, hehe

    walau blom kawin tak semestinya kita andartu,
    saya tunggu rakan2 kat situ

    :)

    ReplyDelete
  26. Kesian raja farah jadi boneka kelakar. Tapi memang kelakar pun...

    ReplyDelete
  27. model juga tidak memerlukan ijazah?

    hahah~ i'm glad ur not gonna fulfill that cliche.=)

    are you taking your diploma or degree?

    ReplyDelete

No proper ID, no proper comment, down you go the freaking spam drain. Receiving happy vibes!