Friday, February 13, 2009

Pilihan Pemakaian Jururawat/Misi




Kasut amat penting dalam kehidupan seharian kita. Haha yang sengaja nak start boring macam karangan contoh UPSR ni kenapa. Mari teruskan. Sebelum keluarga meninggalkan saya sendirian di UiTM Segamat, kami ke bandar nan indahnya untuk membeli belah. Saya pun membeli kasut flat berwarna cream yang berharga RM16. Ya bila guna duit sendiri kasut pun hanya RM16 yang saya pilih. CUBA KALAU BAPA YANG NAK BELIKAN MESTI PILIH JENAMA LAKOSTE ATAU BURBERRIE ATAU COUCH. Haha cikai juga. Okay maka pastilah tidak tahan lama, maka hanya pakai sebulan.

Teringat lagi masa roommate tercinta menyatakan rasa jengkel terhadap rupa kasut ku dengan cara baik seperti "Hanis, kenapa kasut Hanis agak.. usang?" Usang itu pun dah kira word paling baik dah yang dia boleh guna. Terima kasih atas usaha anda mencari alternatif kepada perkataan lunyai, gombal dan gonjeng *tepuk belakang roommate*.

Pencarian kasut di Bandar Segamat pun bermula! Ditemani Syakira sebagai bonzer kegemaran, Hanis cari atas bawah dan terjumpa sebuah kedai kasut comel dimiliki seorang nyonya Cina.

Pelbagai jenis kasut dijumpai namun tiada yang menarik hati, yang menarik budget memang banyak. Maksud menarik budget adalah mahal. Okay asal semangat terangkan.



Sepatu Gladiator yang menjadi kegilaan ramai suatu ketika dulu. Siapa nak kirim boleh, RM45.00 sepasang. Sila tulis nama, saiz kasut dan hobi di borang J.


Bila sudah tiada pilihan, terpaksa menjenguk-jenguk di ruangan stok 1997 *cipta*.

Kasut ini macam hanya sesuai untuk orang yang tidak makan malam, selalu plan nak jogging petang Sabtu tapi tak jadi, kedekut bedak sejuk dan suka lagu-lagu Sixth Sense.



SO AKHIRNYA BELI KASUT RM20.00 YANG SANGAT SUCI MULUS *excited nak tunjuk*



Excited gila kot, siap curi karpet roommate (dari tadi panggil roommate je taknak panggil Shika bahaha) untuk dijadikan background.


Berjenama Linda! Linda Onn pasti bangga :'). Tun Hussein Onn bangga sekali tak? Jaafar Onn? Zaiton Sameon??!


Macam kaki manequein kan?


Budak-budak kelas semua excited sekali masa first day I pakai kasut ini :') Ia berjaya melakukan grand entrance. Bagus Linda.


Perihal Linda:
1. Putih mulus susah nak jaga.
2. Mungkin kasut bertuah sebab dapat masuk final Public Speaking dan disebut berulang kali oleh Tuan Haji Ros Hasri tentang Span of Management's presentation kami (Hanis dan Ramizah Ramli) yang menurutnya, up to expectation dan dapat markah lebih dari yang lain :')
3. Sebab ia bertuah dan ada 'ong', mungkin tidak keterlaluan untuk menggelarnya Linda Ong.




Kakak Jual Nasi Ayam mesti kecewa I tak beli kasut ini.





OhSoRandom: Gombal adalah kain buruk dalam bahasa Jawa. See? I belajar for you :)



45 comments:

  1. i thinks it more down to berkat Linda Jasmin kawin

    linda sudah tidak ong

    ReplyDelete
  2. haha sangat kwajja la pulak part kasot seploh hengget tu.

    tolong tambah: pegi kuliah mesti asal boleh nak mekap mantap2.

    ReplyDelete
  3. hmm.. i suka personaliti u ni, sgt humble dan merendah diri (eh bukan sama maksud dia ke?). x kisah shopping di mydin, kamdar dan pakai kasut linda! rasa makan kat mamak tepi longkang pun x ada hal kan.

    kalau model or celeb lain (pompuan2 biasa yg poyopoyopoyo pun sama) x adanya nak mengaku beli barang2 murah. barang2 diorang konon2 yg branded2 sahaja padahal replica banyak boleh jumpa.

    kalau genuine pun barang tu, orang bodoh dan riak je beli kasut@beg harga ribu2! biar murah, janji bergaya dan kita tak lapar kan?

    :$

    nanti dah popular jangan lupa diri, teruskan jadi hanis yg kami suka ni tau. (hahahaha apasal kena bagi nasihat plak ni) :D

    ReplyDelete
  4. hahaa..siot je..sempat jugak nk kenakn akk nasi ayam tu ekk! haha..

    ReplyDelete
  5. Ramizah Ramli?? eh sounds familiar la. Is she a year older than us?

    ReplyDelete
  6. waaaaaaaaa....
    kasut baru...
    :D
    putih..

    ReplyDelete
  7. I enjoy reading your writings - you do sarcasm (in Bahasa Melayu) very well. Keep writing!

    ReplyDelete
  8. Kasut last hello kitty tu pujaan kot...weih..kaw nak gak kan ckp pasal jaafar onn..aperkah...

    ReplyDelete
  9. heyyy..love ur attitude!
    bagos2..org mcm nih mmg slalu epi& lucky =)

    ReplyDelete
  10. 'Linda Ong' is definitely a suitable name. Let's hope they bring more luck to you :)

    ReplyDelete
  11. whoaahhh. cool gle doe pkai kasut camnieh je. gle low profile la.

    ReplyDelete
  12. hanis, mahalnya sandal Gladiator kat Segamat? RM 45? Mahal..but anyway, cantik la kasut Linda tu...Mesti designer dia nama Linda...ceh nak taruk gak 'designer'.. :)

    ReplyDelete
  13. Hanis..at first when i saw your white shoes photo like "Oh soo cute la that shoes.."

    But then after I realized the brand name Linda I laughing out loud coz it is my name!!

    Tak pernah lagi jumpa kasut kiut jenama Linda lagi coz konon eksyen beli kasut kat Hush Puppies la..Nine West la..padahal kasut jenama nama sendiri pun okay juga huhu!!

    ReplyDelete
  14. oik8...
    zaitom sameom...
    ku trlimtas lagu i2...
    dem...

    ReplyDelete
  15. u'r so cool girl.. cute gilos kasut putih tu.. nak nak di pakai oleh seorang model.. silap2 pas ni kasut tu jadi trend kat uitm segamat..

    ReplyDelete
  16. hahaha..terselit gak KAKAK JUAL NASI AYAM..ekekeke

    ReplyDelete
  17. hmmmm
    rasenye kasut tu akan dipakai pada hari depan kot...
    hehe...
    kelakar2 la awk ni...
    tp muka lau selisih serius je...
    mgkin itu membuat awak lg kelakar la sya igt...
    =p
    adumayai...
    jgn nilai org dari rupa...
    im sory...

    p/s;hmmm adakah shika (dalam post yg maner x igt) adalah shafiqa abdul shukur?

    ReplyDelete
  18. haha..(hanya mampu tergelak bce ayat gambar kasut yg last)..haha

    ReplyDelete
  19. Kenapa kasut Hanis agak usang? hahaha.

    ReplyDelete
  20. hey2! lunyai kasot cream dibelasah kamu..nak kirim flats jugak!!!

    ReplyDelete
  21. tuh bukan kasut jururawat doh tuh perempuan suci belum kena raba punye kasut. tapi by the time aku jumpa kau dekat rumah mesti dah kaler kepam macam kaler bulu audy dulu. dan berhabuk. eh teringat kucing jack nama habuk.

    hahahaah kedai apa ni sial. semua tempat uitm mesti ada kedai paling best dalam dunia macam ni. aku pun ada weh. sepatu yang last tuh kalau kau beli hadiah hari jadi, memang disayangi tapi akan dibedal dan dibalas dengan hadiah hari jadi yang lebih teruk lah kan kan.

    ReplyDelete
  22. haha takutnya kasut yang last tu!

    boleh membunuh. xP

    ReplyDelete
  23. hik hik hik... ingatkan entry ni hanis nak ckp pasal hanis skodeng kasut meksi kat sepital segamat.. tersasar jauh rupenye tekaankusss...!!

    ReplyDelete
  24. love your blog, it never fails to make me smile =)

    btw, cute shoes! kudos to you for being good at budget shopping, I'm hopeless at it. Any tips?

    ReplyDelete
  25. Berkat Linda Jasmine lah :p Haha, kasut akhir yang kakak jual nasi ayam tu sangat tak boleh blaaaa! Haha

    ReplyDelete
  26. love ur shoes! dun think i can get those in spore though....

    anna

    ReplyDelete
  27. wah..hanis dah belajar perkataan jawa. yeah..johor memang dilikungi masyarakat jawa. lepas ni giatkan lagi belajar bahase lain tau. banjar, bugis..semua etnik kat jhr tu laa

    *tepuk tangan utk hanis*

    ReplyDelete
  28. betul2 koyok kasut misi la hanis :)

    (koyok=macam .. tapi sila jgn sebut spt koyok tampal di kepala.. sila rujuk rakan jawa anda..heheh)

    ReplyDelete
  29. HAHAHAHAHA utk komen kak hanis sal kasut2 RM10 tu,hahah... XD

    (em, mcm keji laks.. ;p)

    ReplyDelete
  30. hanis, gombal in indonesia means
    "mulut manis"
    :)

    ReplyDelete
  31. sy pon pnah pakai kasut Linda ni

    slesa ape

    hehe

    ReplyDelete
  32. eeeeeeeeee
    i love gladiator!!!
    and and kasut yg white colour tuh gile cool!!
    kat mane u beli??

    ReplyDelete
  33. dear hanis...
    penah dengar pasar pagi??
    dibuka tiap hari jumaat only dr 8-12am i think..a lot of baju collection..not bad la..lebih kurang bugis street kat singapore.area kat ngan area upwell.dpn tu ade sekolah cina rite?dalam2 2.can't remember name tempat 2.try go there.jalan segamat xkan sesat punye..upss jgn ponteng clas dah la...

    ReplyDelete
  34. banyak nyer komennnn!

    mane x banyak nyer kan.. lawak tul la cik hanis nihh..

    bgs bgs.

    i suke cara awk bercerita.


    :P

    ReplyDelete
  35. kaki manequein ....pe tu?? hehe

    link me jomm..

    ReplyDelete
  36. salam....
    kakak jenguk blog kamu sebab nak tahu camner rupa kasut gladiator. Ia diceritakan dalam novel AKU BUKAN BILLY MILLIGAN oleh NORHAYATI BERAHIM. Thanks a lot. Jaga diri baik-baik.

    ReplyDelete
  37. gombal..
    ehem lagu sixth sense yg rayuan gombal tu maksud dia rayuan kain buruk ke?
    hahaha...

    ReplyDelete
  38. Kami adalah pengedar berdaftar kasut kesihatan Medifeet. Sesuai untuk jururawat.. Lawati http://www.facebook.com/medifeetnano

    ReplyDelete
  39. Kami adalah pengedar berdaftar kasut kesihatan Medifeet. Sesuai untuk jururawat.. Lawati http://www.facebook.com/medifeetnano

    ReplyDelete

No proper ID, no proper comment, down you go the freaking spam drain. Receiving happy vibes!