Hebat. Satu perkataan yang sangat saya suka. Satu perkataan yang jarang saya gunakan dan throw around macam itu sahaja. Bukan calang-calang orang boleh saya panggil hebat, bukan aksi biasa-biasa boleh saya pandang hebat, bukan perkara dalam norma boleh buat saya rasa hebat.
Duduk di dalam kelompok manusia, memerhati, mengalami, sering buat saya terfikir. Yang bermain hide and seek dalam kotak fikiran sekarang ialah tentang generasi saya. Hebatkah generasi saya, sehebat generasi atok nenek saya? Sehebat generasi emak emak kita?
Kalau blackout 6jam dan terdengar ura-ura potongan bekalan air di kampus, dah bertempiaran lari balik Kuala Lumpur, sehebat mana sebenarnya generasi saya? Kalau tengok Gossip Girl sekali seminggu dah boleh terikut-ikut, sehebat mana sebenarnya generasi saya? Kalau diteliti pemakaian pemikiran pergaulan dan betapa kita senang terbawa-bawa, sehebat mana sebenarnya generasi saya?
Rasanya jangan tanya mana salah, siapa silap. Tanya apa yang kita dah buat untuk menjadikan generasi kita hebat. Layakkah kita untuk berada dalam satu generasi hebat, dipandang hebat? Jika satu masa tanpa malu tanpa segan, kita boleh terima gelaran generasi hebat kepada generasi kita, mungkin kita sudah sampai tahap itu. Unless kita memang orang yang tanpa segan.
Serius. Kalau nak panggil generasi saya hebat sekarang, memang menyegankan. Dan benda takkan berubah andai kita sibuk dengan yang negatif, yang buruk, yang busuk, yang bawah, yang kuning, yang palat. Generasi hebat, bagaimana nak even jejakkan kaki ke situ? *Tadi rasa macam kata saya susah nak guna perkataan hebat tapi kalau baca balik perenggan-perenggan di atas, haha.
Stay smart. Susah orang nak bodoh-bodohkan orang yang tidak bodoh. Dan orang yang tidak suka diperbodoh tidak mungkin orang yang bodoh. Jaga otak, jaga pemakanan, jaga peminuman (!).
Tingkatkan kepekaan. Senang-senangkan diri untuk rasa tercabar. Contoh baik adalah apabila seseorang bertanya sesuatu di luar bidang ilmu, di luar pengalaman dan rutin kita, dapatkan jawapan untuknya, kerana itu adalah mendapatkan jawapan untuk kita juga. Senang-senangkan diri untuk rasa tercabar. Contoh kedua baik adalah apabila kita sedia terima akibat untuk setiap tindakan, kerana itu seperti menerima cabaran dari diri sendiri.
Be a go-getter. Be a good go-getter. Boleh, semua benda boleh. Boleh, semua benda senang. Boleh, semua benda boleh beres. Orang yang tak boleh tak boleh tak boleh orang yang negative sebenarnya, dan terlalu ramai orang yang macam itu sekarang. Dalam generasi saya T_T
Eksplorasi minda dan jangan selesa dalam zon selesa. Senangkan? Jangan selesa dalam zon selesa. Keep on questioning, keep on exploring minds, not just yours but others too. Be open to new things and be open to different perspectives. Bila kita pilih untuk dengar cakap kita sahaja, kita pilih untuk dengar gema. Dan dengar gema itu adalah duduk di dalam gua. Tak pun tempurung.
Bila ada kesedaran yang kita sebenarnya bertanggungjawab atas nasib sendiri, nescaya lain gayanya cara kita approach life and opportunities. Sesuatu perkara yang dilakukan itu hanya seksi apabila kita tekun, apabila kita ada passion. Saya sahut!
menyahut cabaran tuh..
ReplyDeleteMantap!
ReplyDeleteKata-kata bernas dari orang yang ada otak buat semua yang mahu berfikir.
Bagus Hanis !
ReplyDeleteakak pun mengharapkan rakan sepejabat sama - sama aktif untuk mencuba sesuatu yang baru, bukan sekadar tunggu hari tua dan pencen.
Mari kita menghadapi cabaran sebagai peluang untuk terus maju dan maju lagi...
macam esei CTU. :) hehe. kelakar.
ReplyDeletegenerasi-Y
ReplyDeleteaku setuju ngan ape yg kaw cakap
ReplyDeletesaya suka entry ni
ReplyDeletethank you!
=)
zaman sekarang memang kena jadi all-rounder
ReplyDeletememetik kata-kata you:
ReplyDelete"orang yang tak boleh tak boleh tak boleh orang yang negative sebenarnya, dan terlalu ramai orang yang macam itu sekarang. Dalam generasi saya T_T"
bertambah ramai sebab negativity tu cepat berjangkit, orang positif lama-lama boleh jadi negatif when they're surrounded by too many negative people. been there done that. indeed, it takes a strong willpower to make us 'hebat'
-_-'
ReplyDeletegiler motivational talk ala fadhilah kamsah..
Oh! Aku terkena! Membaca dengan penuh semangat kata kata yang begitu memberansangkan. Akhirnya.... iklan Brands rupanya!
ReplyDeleteaku generasi yang patah hati
ReplyDeletelike this one
ReplyDeletetp mmg slalu org duk muji
nanti xde feel ape2 lak kan?
u tau kan yang ur generation ( sorry to say, mine too) sangat2 la lagho skrg dn cam cam budaya. pokok asas pisahkan agama dengn hidup. ok, mungkin cruel, TERpisah agama dari hidup, sebab tu jadi macam tu. and now if u perhati dunia (not only malaysia) dah ada gerakan untuk naikkan martabat ni. agama allah ni takkan lenyap wlpon penganutnya cam cam.
mgkin u notice kan
as artist
play ur role as a gud astist. hav great atitude and made people admire ur internal more than ur external.
ok ok
may b my last point ni xley nak cakap sbb i dun really noe u, but from ur write i deeply hope my generation will change from not-so-good to dabel-great-attitude. keep blog nice entry
-bile terlalu 'nice' org akan buhsan kan?
Good entry, Hanis :)
ReplyDeleteI suka la baca post ni.. enjoy., kui33 ,. fIGHTHING
ReplyDeleteI suka la baca post ni.. enjoy., kui33 ,. fIGHTHING
ReplyDeletehanis cayalah!hehe.bersemangat!
ReplyDeletehanis zalikha..
ReplyDeletethis is the best entry from you...
bukan sennag nak jadi hebat.
betul lah tuh..malu lah nak ngaku generasi sekarang hebat.
bukan nak kata apa..sekarang umpama melayu itu bukan semuanya islam..
and i like part yg plis accept other's thought too!!jangan duduk seperti dalam gua..
apa pon..
as someone yg famous..
maybe they should run something to change malay's mind...
nice entry..
slame ni jadi silent reader je.
hehe
good job!!
I taknak duduk bawah tempurung, jadi I nak sahut cabaran.
ReplyDeleteI like this one. :)
pergh.ayt bagus oh.betul2.
ReplyDeletemenusuk kalbu tapi kebenaran
hmm, boring :p
ReplyDeletegreat post, really.. it's true tho, our generation is not that great.. mudah dengan benda yg melalaikan..
ReplyDeletewah hanis
ReplyDeletemarbelles!
bagusnya mentaliti!..respek2..Beauty with brain
ReplyDeleteSALUTE!!!!!!!!!!!!!!!!!
ReplyDeleteSALUTE!!!!!!!!!!!!!!!!!
ReplyDeletemelalui pemantauan, overseas students byk yg boleh dikatakan generasi hebat.lelaki most of all.nmpk byk yg mmg think outside the box.yg mmg approach semua segala jenis cabaran yg ada,yg brani lawan mat salleh.yg bsusah payah atur sana sini utk menteri2 dr msia dtg bg talk kt students lain supaya dpt share passion dan kehebatan itu bsama student2 lain.
ReplyDeletebyk.mmg byk.
tapi
byk yg last-last, x blk msia.kerja di luar.
kenapa
sbb bila blk, kehebatan tu xdpt nk teruskan.xdpt nk ubah persepsi org.xdpt nk step outside comfort zone.
sbb
sbb generasi lain pijak.
sbb mentality yg mmg dipupuk dr dlu, susah nk ubah.
tp
xpe
ade jgk segelintir yg sggp lg bjuang.wlaupun susah.
ada.tp x byk.
so mari byk2 kan.
=)
saya pun suka perkataan hebat. dan lagi satu: sayang :)
ReplyDeleteBerbangga utk menjadi generasi hebat, generasi sedar diri pd tgjwb kpd agama dan bangsa.. itu yang kita perlu.. pada kala bangsa kian terhimpit, agama disenda-sendaan, di sinilah generasi muda; spt Hanis dan kawan2 perlu menarajui perubahan ini. gunalah peluang dan keistimewaan Allah berikan kpd kita utk cipta dan oleh generasi muda.. sy juga bertgjwb dlm hal ini.. ayuh hanis..
ReplyDeletewow! inspiring.. :)
ReplyDeletePergh mcm org politician...
ReplyDeleteHebat...Ya, hebat! (tak tau nak sorak apa). Sekali lagi...serius! entri ini sangat panjang berjela-dan hampir menyebabkan hela-an nafas terhenti.
ReplyDelete"Generasi-Hebat-Menyahut-Cabaran?" Ya! Kami Generasi Hebat! Yakin Boleh!
[akupun-tak-tahu-makna-hebat] ;) < balik buka kamus.
we are living in an awesome generation.. tapi susah la nak kate pasal org kita
ReplyDeletesehebat generasi masa kini.. org2 kite nih [org2 Malaysia].. terletak dalam antara golongan paling rendah dalam generasi hebat ni. mmg kite hebat.. but not enuf to give such impact. an impact we cud 'av shown to the world
nothing's original in our generation.. but what we did was we took one from others and we make it our own.. it may be ours but it doesnt originate from us..
so kita termasuk dalam golongan hebat.. but we're not on top of the list.
HEBAT!!! what a thought... bagus la Hanis, u pun HEBAT sebab berjaya tulis entry yg HEBAT utk buat org sedar utk jadi seseorang yg HEBAT...
ReplyDeleteyup, aku mahu hidup dalam generasi hebat.. tapi kat ofis aku ni di kelilingi dengan orang yang suka mengeji dan mengutuk orang lain,senang cakap x suka tengok orang lebih dan aku tertekan dengan keadaan ini.. macammana nak maju..huh.. skang aku buat pekak dengan semua gosip yg ade dan aku buka mata dan lebih senang dan lebih cintakan blog hanis zalikha yang sangat mengujakan dan membuatkan aku berfikir jauh dan positif..dan x menambahkan dosa kering..hak..hak.. i like it.. kredit to hanis zalikha yang canthek..
ReplyDeleteeny pon layan gossip girl;)
ReplyDeleteHebat ke generasi kini?
ReplyDeleteGah ngn kata-kata tapi lemah ngn tindak-tanduk.
Lambat bergerak. Harus di ketuk baru berjalan. Perlu di suap baru berisi.
Malas.
Sangat sinonim (diri ini tidak terkecuali)
Hmmm....
Hebatkah generasi kini?
Hmm...
Jauh sekali....
Those who criticize our generation
ReplyDeleteforget who raised it...lol;P
I LOVE THE RESPONSES TO THIS ENTRY!!!!!!!!! LOVE IT LOVE IT! Thanks everyone for your peice of mind :)
ReplyDeletehebatkan diri sendiri baru fikir generasi.
ReplyDeletesekarang aku dah bayangkan kau ada janggut panjang dan putih macam a samad said.
ReplyDelete