Wednesday, September 15, 2010

Pengalaman pertama ke sebuah konsert musik

Tajuk sebegitu ceritanya patut tulis dalam diari dengan pen ink wangi, tetapi di zaman moden serba mendedahkan ini, haruslah ditaip di belog, diupdate di Twitter, dimuatnaik di Facebook dan sebagainya.



Bunkface di atas pentas.




Terima kasih BFF, Marlisa Halidi nama diberi (cute tak guna 'nama diberi'? Ada macam speaker Melayu tak?) atas peluang ini, membawa dahku ke MTV Worldstage di Sunway tempoh hari. Tempoh hari mungkin patut di tukar kepada tempoh bulan, kerana sungguh kelembaban mengupdate hal tersebut.




Kerana ia merupakan konsert pertama, pastilah teruja mahu pakai apa, mahu eyeshadow warna apa, mahu hafal lagu mana sebab siapakah Tokio Hotel? Lagu apakah Wondergirls bakal nyanyi selain Nobody? Sudahlah lagu Nobody hanya hafal part NOBADI NOBADI BATCHU. Nasib baik ada Katy Perry juga, jadi bolehlah menggerak-gerakkan mulut konon fanatik beli album original.




Marlisa pesan atmosfera rumah hijau akan jadi sangat panas maka mekap tidak perlu tebal tetapi ibu pula berkata sinaran UV bakal memancar kalau taknak gelap seperti zaman gelap satu ketika dulu, sila lumur bedak asas setepek. Hamis yang berbelahbagi hanya bersolek seperti di atas.





Marlisa Halidi nama diberi. Pada mulanya cuaca hujan maka semua kebasahan dan kesejukan. Kami diberi baju hujan lutsinar a.k.a beg plastik bentuk baju ada hood. Saya lebih suka masa hujan kerana sejuk dan semua di sekeliling tiada bau badan. Bayangkan waktu hujan dah reda. Bayangkan sekarang. Sekarang.





Tokio Hotel merupakan sebuah band dari German yang sungguh hebat persembahannya. Walaupun tidak tahu satu lagu mereka pun saya tetap teruja, mereka sungguh bertenaga. Marlisa peminat nombor 1 mereka juga sungguh bertenaga. Sungguh bertenaga mengajak saya melompat sama. Sungguh bertenaga.





Kami pergi sekumpulan bersama teman Marlisa yang lain tetapi gambar-gambar yang ditangkap mereka tidak sampai kepada saya maka terimalah kualiti talipon bimbit masuk air.





Waktu untuk nobadi nobadi batchu telah tiba. Setiap seorang daripada mereka keluar dari sangkar burung yang besar. Seronok juga ya konsert pertama saya. Waktu mereka menyanyi lagu selain daripada lagu Nobody, saya lihat sekeliling tiada siapa cuba-cuba untuk menggerakkan mulut bersama. Baguslah kalau begitu, tiada guna berpura-pura.



Kegemaran bersama, Katy Perry. Dengan prop couch Banana Split. Setiap satu artis bawa props masing-masing sungguh comel. Tokio Hotel tadi bawa motor besar, lupa nak habaq. Katy Perry bubbly comel sangat, nyanyi pun beriya-iya.





Konsert diakhiri meriah dengan bola besar di lepaskan ke penonton dan mercun bunga di letupkan ke udara. Adakah semua konsert seseronok ini? Saya tidak sabar untuk konsert seterusnya iaitu KONSERT PARAMORE OMG OMG OMG.



“Tune Talk Mobile Prepaid Presents Paramore Live in Kuala Lumpur”
Tiket RM358 untuk Rock Zone free standing dan RM268, RM168 & RM98 setiap satu untuk Free Seating. Pintu bakal dibuka dari 7.00pm & show starts at 8.30pm. Baca sendiri kat sini, www.rockthisjoint.com.my .

Dapatkan tiket online dari AirAsiaRedTix di www.airasiaredtix.com and TicketPro at www.ticketpro.com.my , atau dari kaunter Rock Corner and TicketPro outlets.




Ada ke yang tak kenal Paramore? Siapa tak kenal Hayley rambut merah? Sekarang band ini adalah band antara band Amerika yang paling panas. Lagu pertama saya pernah dengar dari mereka ialah lagu yang jerit-jerit tuh saya lupa nama dia. Takpe nanti dekat konsert dapat dengar lagu lama dari album Riot! dan lagu baru dari album Brand New Eyes. Yang lagu korang duk You are the only exception you are the only exception tuh Paramore punyer ler.



Saya berpeluang pergi Rock Zone free standing bersama seorang kawan (obviously nak bawa Marlisa Halidi nama diberi). Nanti saya pergi konsert ini saya update k?

31 comments:

  1. cool! tak pernah pergi konsert.kalau pergi mungkin perasaan teruja sama mcm hanis dlm entri ni.

    ReplyDelete
  2. mesti pegi konsert paramore. sume lagu dia hafal. !~ jom jom .

    ReplyDelete
  3. event mtv stage tue bukan dah lama kea ? btw, paramore tue tak sabar nak pergi. hehe ;)

    ReplyDelete
  4. Misery business yg nyanyi sampai terjerit2 tu? Hahaha

    ReplyDelete
  5. mtv world stage juge konsert pertame sy!!! sgt excited tgk wondergirls & katy perry terkinja2..haha..2nd konsert,the orianthi..sgt cool dgn gitarnye :)

    ReplyDelete
  6. u pun pegi mtv world stage tu ke??
    bes kan even though tpakse diri almost 6hours kat sesak2 org tu..
    ::ur ex-brassbandmate::
    haha:)

    ReplyDelete
  7. ni yg dah lama berzaman punya konsert ni
    haha
    hebat2

    ReplyDelete
  8. omg omg! sangat jeles. saya suka diorang....
    sila update untuk tempoh hari ye kak hanis. jangan jadi tempoh bulan. ;)

    ReplyDelete
  9. Bestnyer dpt tgk konsert. Dua tahun lepas dpt tgk konsert Coldplay sempena pelancaran album terbaru diaorg, Viva la Vida kat sini, terbaiklah!

    Teringin nak tgk konsert band Creed, my fav band ever...

    ReplyDelete
  10. sy juge suka lagu² tokio hotel!! tp tak bli cd original pon..download kt tenet je..huhuhu~

    ReplyDelete
  11. wuwuu hamis angel sudah menjejakkan kaki ke konsert (T_T

    ReplyDelete
  12. hai hanis. this is my first commnt at ur blog. i sangat suke u punya olahan dan cara you smpai kan msg to people. walaupun u just trnslate but it cool and funny to me. i baru je rajin update blog lately ni. dah lama ada blog tp baru sekarang update. hehe.

    come to my blog.
    http://qilarazak.blogspot.com/

    my blog shop pula(jual tudung je)
    http://eternityhijjab.blogspot.com/

    bole la u'all commnt2 cara tulisan i .:)

    ReplyDelete
  13. hanis,

    jom pg konsert adamlambert,14th October.:)

    He's great,i guarantee u will enjoy his concert!Lets!\

    and he;s hotttttttt!!!

    ReplyDelete
  14. Never been to a concert before...never like the crowd!

    Btw you look gorgeous as usual regardless of how crowded and hot it was there im sure! ;)

    ReplyDelete
  15. heyy! i am going tooo! and i'll be in the Rock Zone free standing as well! i'll say hi to you teehee :-)


    xxoo

    ReplyDelete
  16. Marley mmg big fan Tokio hotel since they first came out.. OMG, nk gi gak konsert aritu tp x dpt.. huhu :((

    ReplyDelete
  17. wow...paramore! lagunye best2 semuanya. antara my fav - the only exception, decode, misery business, boring by the boring brick...kalau ada link utk download semua lagu tu skali lg bagus, blh dengar byk kali lps ni..eerr...ada tak? hehehe

    tokio hotel mcm baru sgt kat m'sia ni. lagu automatisch, the world behind my wall antara yg saya tau..

    waaarrggghhh!!!!

    ReplyDelete
  18. ok x aci dpt pegi free standing, dh la hari selasa. xde kelas ke ritu?

    ReplyDelete
  19. salam hanis...lupa pulak..

    nk mintak izin tuan rumah utk follow ur blog.sorry,dah lama follow br mintak izin..hehehe...

    ReplyDelete
  20. wah..mestilah teruja kan..konsert dlm ujan gitu..hehehehe

    ReplyDelete
  21. oh...saya suka sama itu wonder girls...tell me..tell me..te...te..te..te..tell me...

    ReplyDelete
  22. Eh , Marlisa tak gembira pulak jumpa Boyyfiee dia, Tommy Tokio Hotel tu? haha :D

    ReplyDelete
  23. bestnye dpt pergi..
    nk tanye, mcm mana you putihkn muka balik?

    ReplyDelete
  24. visit JUNK website for more great info on concerts.
    ;)

    ReplyDelete
  25. WAAAA !!
    TAK DAPAT NAK PERGI CONCERT PARAMORE !!
    SEBAB ADA FINAL SEM EXAMINATION !!!

    *tapayah amik exam boleh tak rase nyerr ??*

    huhu .
    ;P

    ReplyDelete
  26. tips pilih concert :
    jangan pi concert free.gile tak best walaupun performer best sebab org tak tentu arah datang sama & lompat2 mcm gilo.pastu terpaksa berundur jauh2 sket sbb kdg2 org pakai drug nak lompat laju3.
    venue pon kne pikir jugak sbb kdg tempat sampai org overflow & kdg nak terkucil punye la susah nak cari jalan kuar ke bilik kucil.
    bawak lerrr air botol besar seketol.ujan3 pon tetap panas.fuh~
    make sure makan dulu sebelom pi sebab nnt leh pengsan in the crowd.malu kot.& takot dah jatuh kena pejak pulak.hehe.& pakai kasut tutop.pakai selipo gerenti kene pijak kaki oleh kaki busuk lain.HAHAHA

    sekian berita terkini.

    ReplyDelete
  27. nice blog nampak happening jemput visit n give komen to my blog at

    terengganumyheritage.blogspot.com
    tq

    ReplyDelete

No proper ID, no proper comment, down you go the freaking spam drain. Receiving happy vibes!