Sunday, December 19, 2010

Cinta Tanpa Restu

Saya akan membahasakan diri sebagai 'aku' dalam entri ini. Sebab kalau guna 'saya' untuk bercakap tentang cinta, macam skema ah. Macam tak feel. Macam kau diam sekarang budak nerd. Baiklah.


Aku nak throw korang dalam satu situasi, dan di penghujung nanti korang pilih jalan yang terbaik untuk diri korang. Sebab cinta ialah sesuatu yang semua orang boleh relate to (walaupun yang tak pernah bercinta, tapi kalau dah tengok Cinta Kirana kira dah cukup retilah cinta tuh macam mana). Manakala cinta tanpa restu pula, ramai yang lalui tapi tak semua orang paham situasi dia. Kalau berlaku kat diri dan nak mengadu kat orang pun orang cuma boleh kata "ALAH KAU DENGAR JE AH CAKAP MAK BAPAK KAU". Tak pun, "weh kau kahwin je kat Thailand, pastu balik mak bapak kau dah tak boleh cakap apa". Memang tak boleh pakai punya nasihat.


Begini. Kau finally jumpa satu jiwa yang ngam dengan kau. Kau finally boleh cinta seorang manusia dalam-dalam. Kau finally dapat angkat seseorang dengan begitu tinggi. Kau finally dapat rendahkan ego kau serendah-rendahnya, hanya demi this one bloody man because your heart tells you yes yes YES HE IS THE ONE.


Tapi parents kau simply don't feel the same way *bunyi guruh*.


Selalunya sebab a) Parents kau tak berkenan. b) Parents kau tak bersedia anak dia nak ditukar tangan. c) Parents kau dah ada calon untuk kau. d) Parents kau dah ada 2 calon untuk kau.


Untuk pilihan A. Biasanya mak pak akan claim diorang dah makan garam dulu. Diorang tengok sekali je dah tau boleh buat laki atau boleh buat bini ke tak. Susah nak bantah sebab firasat orang tua selalu betul. (Dan kalau tak betul pun, bila ada masalah sikit dalam hubungan, mulalah guna benda tuh sebagai alasan against each other: My parents dah agak dah you haprak, asal lah I tak dengar cakap diorang *nangis*) Which is unhealthy for your relationship. Tapi kena juga bantah sebab judgment melulu oleh parents kau itu juga unhealthy. Kita kan kena bersangka baik.


Ada parents yang awalnya dah berkenan then lama-lama tak berkenan. Ini lagi parah dari early rejection oleh judgmental parents sebab bila dah ada acceptance in the beginning, hope jadi lagi tinggi. Pikir secara rasional, at least parents ambil masa to get to know your partner and bila diorang tak suka, kira ada solid ground. Kira kukuhlah pertimbangan mereka, jadi jangan emo. Pikir langkah seterusnya elok-elok.


Untuk pilihan B. Parents yang tak bersedia nak serahkan anak dia kat orang lain biasanya melambatkan jodoh anak, according to ceramah comel Dr. Mashitah dengan Dato Fadhilah Kamsah (ini betul, tak main-main macam selalu LOL). Sebab Tuhan tahu niat kita, jadi kita macam menolak jodoh anak sebab kita sendiri yang tak ready. Kalau terjadi kat korang the best way is to doa pada Tuhan minta dia bukakan pintu hati ibubapa. Tapi kalau dia taknak juga? Payah.. payah..


Untuk pilihan di mana parents dah ada calon atau calons untuk kau, pergh nangis air mata darah pun memang susahlah nak ubah. Pelamin anganku musnahlah bagi pasangan kau. Sebab calon-calon pilihan ibubapa nih semua biasanya lagi bagus dari semua segi kalau nak dibandingkan dengan pasangan kau. Sebab tuh parents kau berkeras, DENGAR CAKAP MAK KALAU NAK BAHAGIA. Tapi kalau kau dah cinta & hati kau dah buat pilihan, offerlah Remy Ishak, Fahrin Ahmad, Khairul Fahmi (dan dan..) sekalipun. Takleh go gak. Hati kata aku nak kahwin dengan orang yang aku cinta sahaja.


So how?





Taknak.



Taknaklahh.



Nak ke tak, nak ke tak? KAN ORANG DAH KATA TAKNAKKK!




Itulah kalau dah cinta ... -_-

248 comments:

  1. Hamis Jalikha minat Fahrin Ahmad jugak . HIKHIK ;D

    * good entry, Hanis !

    ReplyDelete
  2. yup2.. memang payah.. kita just boleh doa jela, supaya parents kita setuju ngn pilihan kita... kal0 xjadik jugak... ko nangis la berbakul2, dh xde jodoh, pasrah jela.. setiap perkara ada hikmah nya.. :)

    ReplyDelete
  3. hanis,eka dulu mase kapel dgn first bf,mak ayah tak berkenan pulak....demi mak ayah,eka snggup putus dgn dia...skrg dah jmpa yg mak ayah suka.Alhamdulilah bhgia..betollah,kalau mak ayah tak suka msti ada sebab.sebab org tua lebih mkn garam...kan....

    ReplyDelete
  4. wooooo~best..tapi kalau hati da kate taknak macam mana?susah juga kan?
    huhuhu

    ReplyDelete
  5. Itulah, parents ada sepasang sahaja, lelaki/perempuan ada beribu lemon.

    ReplyDelete
  6. but if calon uh bapak suka , mak plak tak suka . pe mcm ?
    hehe :)

    ReplyDelete
  7. i very loyke kalau cakap pasal kahwin kahwin ni. HAHAHA!

    ReplyDelete
  8. tahniah Hanis masuk Metro!! kalah kan CT tu!!

    ReplyDelete
  9. aik?bakal adik ipar sy punye gmbr pun ade?hehe.sure my sis akan bangga! hee~

    bukan berangan je tau..tgk entry ni--->http://jejariruncing.blogspot.com/2010/11/how-i-met-your-incik-apex-part-2-first.html

    ReplyDelete
  10. org kata cinta itu buta... jadi jgn butakan hati juga... ;p

    ReplyDelete
  11. "Itulah, parents ada sepasang sahaja, lelaki/perempuan ada beribu lemon"

    aku setuju sgt dgn yg ini hanis.. :)

    ReplyDelete
  12. kalo aku trime jer pilihan mak bapak...snang....insyaallah bahagia dunia akhirat...hehehe

    ReplyDelete
  13. aMyErInAiMiE: Really? So cool! Hi Elia, pinjam gambar pakwe LOL.

    ReplyDelete
  14. HAHA betul betul :) mesti nak dengan orang yang kita sayang jugak!

    ReplyDelete
  15. hihi! ala..tu pun bukan personal pic die pun kn?so..sume leh amek ;p

    ReplyDelete
  16. like dis one :)

    cinta tak semestinya dimiliki ;p

    ReplyDelete
  17. Redha nya Ibu Bapak adalah redha allah juga..selagi apa yang parents kita cakap atau nak x melangar hukum islam..kita patut ikut...isyallah kebahagian akan jadi milik kita...

    ReplyDelete
  18. hahaha pilihan cik hanis camne plak?

    ReplyDelete
  19. emh.. mmg pun bila kta dh fall in love ngan org tu, bg la sape2 pun sume xnak.. tp mcm2 mna pun restu org tua ni pnting.. tanpa restu kita xbhagia.. btul x..?? tu lau parents kta x stuju.. hbis lau parents dia plak yg x stuju cam ne ek.?? ish sakit nk trime sume ni..

    ReplyDelete
  20. setuju...payah nak cari yang betul2 memenuhi kehendak mak bapak ni..

    apa2 pon doa yang terbaik..=)

    ReplyDelete
  21. haniz zalikha,.,.awk masuk paper metro yer ini hr..mengalahkan dato ct ;) hehe,.sowy off topic ;p

    ReplyDelete
  22. Hanis, u bangun awal betul.
    pagi dah update blog,
    ya, cinta tanpa restu, ikut cakap parents je weh.
    tinggalkan bf tepi jalan cepat2 kalau parents tak restu.hohoh

    ReplyDelete
  23. alamak! tak penah terfikir pulak klu ibubape tak bersedia nak ada menantu boleh melambatkan jodoh..

    owh! thnks Hanis Zalikha..

    ReplyDelete
  24. Fahrin tu awal awal kau dah reject weh, ally iskandar pemberi top up tu lagilah. Gambar last tu AKU PAHAM SGT.

    ReplyDelete
  25. Bongok kau Iz. Tapi Fahrin paling baik. Gambar last yerrrrr, kau gi scroll comment atas tengok, makwe dia ada belog.

    ReplyDelete
  26. xnak juga..haha


    tahniah yer dapat mengalahkan dato siti dalam carian google di malaysia.
    tempat yg ke6 gitu..

    ReplyDelete
  27. ikut cakap mak ayah.sebab diorang lebih bepengalaman dan lebih banyak makan garam dan dann dannn diorang taklehh ditukar ganti.pakwe leh tukar ganti.. :]


    nanti nak makan garam bebanyak.bagi masin mulut.senang nak nasihat anak2..hiahaha

    ReplyDelete
  28. hanis...DeQdEq sedang mengalami sendiri cinta tak direstui nih..dah mengjangkau 2 tahun pn hubungan kami, tp secara sembunyi...sgt2 perit bila hbgn x direstui, tersekat x bleh nak terus melangkah ke alam perkahwinan...

    ReplyDelete
  29. bley dikaitkan ngan lagu if it's love-train

    ReplyDelete
  30. gmbr last: koyak siootttt!!!hahaha

    ReplyDelete
  31. yang last tu dah ada orang punye...heheheehe

    ReplyDelete
  32. eh ada gmbr boyeperen saya disituh...

    hamis jalika muka kamu di cover metro hari ni..bangun pagi2 terus gi beli paper.. ;)

    ReplyDelete
  33. namo jgak..!! hehe~

    restu ayah bonda tu yg pntg,
    mhon jauhkan la kawen d thai tu,
    clar truk ati dorg t..

    ReplyDelete
  34. HEKHEK..dats totally true hamis jalikha...^^..mornink!

    ReplyDelete
  35. Cinta adalah anugerah yang sangat berharga daripada Allah kepada manusia(bilalah Hanis balas komen aku ni)

    ReplyDelete
  36. hahaahahaah..
    tergelak2 biler tgk gmbr last tu..
    heheehe..
    anyway, cinta itu anugerah.. :)

    ReplyDelete
  37. 5 years with chinese girl finally, mom said, i can't drag this girl to islam... hummm so finally we broke up.. now i got a cancer, so no more LOVE for the rest of my life....

    ReplyDelete
  38. k.hanis masok paper LOL...congrates!!hihi

    ReplyDelete
  39. k.hanis masuk paper..congrates..!!hehe

    ReplyDelete
  40. wahh..boleh jd kaunseling chenta ni.. hehe..btw~ ikut lah kata org tue..=)

    tp kekadng ad je ibu bapa yg nta pape nta...mcm yg kt dlm drama 2.. hehe..

    flow with da bez and may allah bless us..ahakz..

    ReplyDelete
  41. wah.. semua yang gambar dua di atas memang "rasa bahagia bila dapat.."

    ReplyDelete
  42. haha ! kalau da suke mmg xnak org laen..=)

    ReplyDelete
  43. Ammar Yasir, you're absolutely right :)

    Eh rasanya tiga2 lelaki tuh memang dah berpunyalah. Tadi nak letak gambar Aaron Aziz. LAGI LAH.

    ReplyDelete
  44. Dari sudut Islam, kalau mak bapak xbagi, kita xblh kahwin sbb kita kena taat kat mak bapak. dosa derhaka kpd ibu bapa adalah kedua terbesar slps syirik kpd Allah. nauzubillah. sekadar berkongsi. :)

    p/s: wei, hanis, hg lupa letak gambaq aku. hahaha...

    ReplyDelete
  45. Cinta tentang rasa hati.
    Tanyalah hati, dapatlah jawapan.

    Tapi, di dalam hati ada bermacam-macam penghuninya, malaikat ada, setan pun mungkin ada. Jadi, kena ada jauhari yang bantu. Ibu bapa mungkin? Kerana mereka kenali kita dari kecil.

    ReplyDelete
  46. good entry hanis :)
    hahahha. mmg betul.

    ReplyDelete
  47. aduhh! sapa yg xnak fahrin ahmad 2 mmg rugi!! boleh p ketuk2 kepala kat dinding. HAHA ;p

    ReplyDelete
  48. first time sampai blog ni.. menariknye..
    celebrity blog kan?
    nice2..

    :)

    neway, RESTU tu mmg penting dlm relationship.. so, yg ade2 calon sendri tu, pandai2 la amek ati parents..

    mak senang. ayah je.. payah sket kot.

    weee~

    ReplyDelete
  49. best ar k.hanis ni. sempoi je. so adorable. hee..

    urm.. love is misunderstanding & an escape.. boleh x?

    ReplyDelete
  50. last2 tu gune care kekerasan ek..hehe

    ReplyDelete
  51. bhahaha. khairul fahmi is sooooo random ;p

    ReplyDelete
  52. Hanis Zalikha said...

    aMyErInAiMiE: Really? So cool! Hi Elia, pinjam gambar pakwe LOL.

    waahh!! bangga weh hanis ckp ngn i... sure2.. pinjam la.. jgn amik bf i dah la.. xsanggup nk meratapi bila "that girl" is u.. meroyan i nnti..hehehe

    ReplyDelete
  53. Salam, moralnya pilihlah yang berkenan dihati jgn sekadar berkenan dimata.. kerana nilai mata hati amat berbeza sekali dengan nila mata kita.
    Jom Jalan-jalan ke Pahang "Tak kenal, maka tak cinta"

    ReplyDelete
  54. cinta ni kadang-kadang sukar nak dijangka...

    terlalu banyak proses untuk mendapatkan cinta

    dan

    kita akan berhadapan dengan cinta yang mungkin kita tak sangka

    itulah cinta

    TERKINI ENTRY MEMBALAS APA YANG HANS TULIS

    ReplyDelete
  55. kalo abah tak berkenan, terus nak break up je.

    sebab abah is my everything. dia dah payah2 nak bela dari kecik sampai besar. belanja kat u lagi sebulan ribu riban, takkanla nak letak belakang kan.

    ReplyDelete
  56. ehemmm..ehemmm..asyik love story je ni..hope to hear a good news..hehehehheh

    ReplyDelete
  57. eh..knapa gmbr2 semacam je.haha

    ReplyDelete
  58. Pandai lah Hanis ni.umo hang je kecik...tp IQ macam org dah beranak pinak (melampau). Hehe. Kalau kite kes mula-mula parent dia suka lepas tu skang tak suka. Dulu masa dia suka macam2 dia mintak tolong kita. Suh tengok kan anak bujang dia la. Nasihat kan anak bujang dia la. Skang bila tak suka dia cakap macam ni. "Tulah dulu siapa suruh cari GF indon. Family diorang semua kawen kan anak kecik2. Kalau anak bercerai tak amek tahu." Hati siapa tak sedih. Tak sampai hati nak cerita benda ni kat parent kite. Sebab anak bujang dia dgn family kita dah macam anak kandung sendiri. Even parent kita selalu tanya bila nak kawen. Kita cover jugak. Cakap nanti lah tak sedia lagi. Kalau mulut kita jahat kan nak je kita balas balik kat parent BF kita tu camni kalau keluarga kami ni kawen kan anak kecik2 saya ni dah beranak pinak dah. Tak perlu tggu anak bujang awak ni sampai umo lanjut macam skang ni.

    ReplyDelete
  59. ade seseorang muka depan paper hari ni.
    tahniah.

    ReplyDelete
  60. perit mmg perit. tp ikot ckp parents. iAllah Allah akan meredhai kte n kte akn bahagia. :)

    ReplyDelete
  61. u'r in metro today.. love to read it!!

    ReplyDelete
  62. eh tiba tiba ada fahmi goalkeeper malaysia tu haha

    ReplyDelete
  63. Oh! Cinta itu subjektif. Ada cinta yg mmg tulus n blh dibawa ke mati. Ada cinta yg mcm air laut-pasang n surut n lama2, trus lingkup! Yg penting, kita cintalah pada yg benar2 akan membalas cinta kita-Allah s.w.t. Mcm lelaki, kita cinta byk mn pun, if hatinye dh termkn hasutan org len or cintanya pd kita dh pudar, kita suap dgn kemanisan pun xjalan!

    ReplyDelete
  64. sure ke taknak nie..?? ehem2 tetibe cm sukar nak buat pilihan bile tgk gamba2 tu. XD

    ReplyDelete
  65. betul tu. cinta memang gila. tapi kene berpada-pada. apepun. family first.

    ReplyDelete
  66. kalau i, i ikut pilihan my mom. baru mcm cerita koreaaaa. HEHE

    ReplyDelete
  67. Klise tak kalo jawab..."kalo dah jodoh tak ke mana punya..."

    ReplyDelete
  68. cinta.......... kadang2 mak ayah tak suka siapa yang kita cinta ....... hurm .. hanya Tuhan punya kuasa ... jangan kita membantah dengan cara bermaksiat .. pasti ada jalannya .. ewah ewah aku kalau dah bercakap .. ngah3 !!

    ReplyDelete
  69. Everything in this world can be chosen,friends,jobs, partners. The only thing that we can't is our family.
    (tp nasib baik lelaki blh kahwin 4.sapu je semua pilihan mak dgn awek sendiri)

    ReplyDelete
  70. tadi cam taknak komen, tapi bila hati dah kate nak, terkomen jugak....
    khairul fahmi tue sape??? lol~

    ReplyDelete
  71. hahah! comey aa hanis.skli makwe si apek muncul la plak.bru nk feel2 ngn hero no3 tuh..

    ReplyDelete
  72. pengja goal mlysia la ensem!! hihihi cinta klu hati dah TAK NAK..mmg tak leh pksa kn...

    wahhh pagi ni muka depan METRO cita Hanis Zalikha ak..tahniah2!!!

    ReplyDelete
  73. kadang-kadang kita tak nampak baik buruk. bila dah jadi baru sedar. bila ALLAH swt da bukak mata ni luas-luas. dah tunjukkan jalan sebenar-benar jalan. time tulah kita rasa syukur teramat. :)

    ReplyDelete
  74. mcm ade pengalaman plak hanis..
    hehe
    entry ni btol kot untuk saya..

    ReplyDelete
  75. em..em...kite nak kat orang yang sayang kite je...

    sebab..cinta dari 2 belah pihak tu lagi buat dunia rasa berbunga2

    ReplyDelete
  76. Akhirnya hanis telah membalas komenku setelah mencuba beratus kali dekat blog hanis ni(betul ke ratus?)

    ReplyDelete
  77. Kalau bagi pihak lelaki...
    Hanis Zalikha nak ahhh
    *malu malu tutup muka*
    LOL

    ReplyDelete
  78. Salam...kes saya ni mcm mane pulak.Saya kawin dgn suami,mak restu. Tapi, ayah tak restu.Alhamdulillah....bahagia,anak dah 3.

    ReplyDelete
  79. instinct parents hampir selalu nye betul kan. tapi kalau xbetul.. mahu merana juga! =='

    ReplyDelete
  80. Eh,Khairul Fahmi dah jadi lelaki pujaan ramai ke sekarang?haha

    ReplyDelete
  81. saya alami situation B dimana my mon not ready..huuhh..YES! the best way for us is keep saying prayer to HIm.. n now, im married olready..=)

    ReplyDelete
  82. mau tetibe tuko pikiran lau calon2 mereka bertiga ni..kihkihkih~

    ReplyDelete
  83. femesnye hanis..makin betambah-tambah femes bile masuk paper ni..taniahhhh!!

    ReplyDelete
  84. Hanis, I could relate!

    But from my personal experiences, usually our parents ada that inkling of what the guy is really like, sometimes they have an "off" feeling about him but they can't put their finger to it.

    .............and then 2/3 years down the road, you'd find out why.. the hard way.

    So I dont know, right now, I feel its best to compromise with the folks. They know better and they have your best interest at heart. And if you feel ada suitor yang sangat ngam with you, then let him prove himself to your folks and let them be the judge.

    Take care, love!

    ReplyDelete
  85. saya suka entry ini :) dah buat meninggalkan stain dalam hati.

    ReplyDelete
  86. kalau ko sukakan dia, prove pd parents yg dia tu mmg baik/awesome. kalau dah awesome, parents takkan tolak punya :P (moral:jgn bercouple dgn jerks!!)
    :]

    ReplyDelete
  87. Ini memang entri dari hati eh Kak Hanis? Nampak kejujuran disitu :)

    ReplyDelete
  88. haha interestingg, jadik terpaksalaah pilih ustaz amirul a.k.a ashraf muslim. pastu cik ibu dan en bapa setuju benaaar sbb nanti dpt makan lamb chop hari hari. ngeee

    btw, i've been your silent reader(eh tak lah silent sgt sbb da follow blog hehe), tp br sekarang rasa nak komen hehe. good job!

    :)

    ReplyDelete
  89. itu yang saya takut tu.. hati dah suka takut mak ayah tak suka pula..

    ReplyDelete
  90. Muka dan cerita anda di paper hari ini..tahniah..~_^*

    ReplyDelete
  91. i suke entry ni.

    i plak kes parents tak suke. so how? yg sebelah ni mak ayah. yg sebelah lagi kekasih hati. tapi i tetap berdoa supaya hati mak ayah i lembut untuk terima pilihan i. tapi kalau i mmg xde jodoh ngan bf skrg ni, i redha jea.

    ReplyDelete
  92. uih, first time tinggalkan komen ni - berdebar!

    ReplyDelete
  93. hikhik comel je dia cakap tanak ^__________^ ske ske :)

    ReplyDelete
  94. yea.. betol tuh.. buat la per pon.. tak leh jalan gak kann.. so... pastikan si dia amik hati parents dulu.. hoyeehh

    ReplyDelete
  95. Salam kenal dr mamaju. hehe jgn marah mama pun buat N3 Hanis kat blog mama.

    ReplyDelete
  96. hanis zalika.. saya silent reader je before ni...
    congratz ya.. u beat dato C.T

    ReplyDelete
  97. BARU BERANGAN NAK KAWEN DENGAN FAHRIN.. HANIS ZALIKHA SUKA PULAKK.. MELEPASSS
    -_-

    ReplyDelete
  98. kak hanis!!!
    kenape cantek sgt!! ^^

    ReplyDelete
  99. hmmm isu berat... yg penting pandai2 solve

    ReplyDelete
  100. bila baca komen iz n hanis,macam ada sesuatu je...jangan2...hurmmm

    ReplyDelete
  101. mak ai semua gambar dlm position yg agak pelik. huhuhu

    ReplyDelete
  102. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  103. tersalah komen lak.. kekekekek. Rujuk komen yg satu lg yer

    ReplyDelete
  104. Ada hikmah. Macam biasa, Mom knows the very best for her lovely and beautiful daughter kan. Hehe. Doakan shj yg baik baik ;)

    ReplyDelete
  105. kelako la gamba2 jejaka hero melayu tu. yg last tu tak bleh tahan. si fahrin plak terbungkang atas katil. kahkah kahak..!

    ReplyDelete
  106. cinta , macam macam kan..
    haha..tapi mmg agak scary bile mak ayah tak berkenan nan choice kite
    bole frust menonggeng kot..

    ReplyDelete
  107. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  108. Ader gak kes yg kuarga da bekenan tapi die plak xske kuarga die bekenan kat pilihan die sebab terlalu sygkan bakal menantu tu huhu tup2 die cari org len plak..

    ReplyDelete
  109. alhamdullah ku terima pilihan keluargaku ngan besar hati..huhu

    ReplyDelete
  110. ~erm~
    really love ur blog!!!
    (^^)
    nice...

    www.izzlatif.blogspot.com

    ReplyDelete
  111. entri ni best2.istikharahlah mana yang terbaik.insyaAllah :)

    ReplyDelete
  112. just foolow wht our heart je hanis sis hanis ! keh

    ReplyDelete
  113. wah gmbr ambil semua pose baik punya,, hahah,,,

    ReplyDelete
  114. love is just another useless feeling that doesn't benefit anyone... just like hatred

    ReplyDelete
  115. susah la macam ni..tapi kita still kena dengar cakap our parents jugak.kalau tak,mesti tak bahagia :)

    ReplyDelete
  116. betul hanis..kalau dah minat mmg bg la siapa pun yg hensem..konpem dah tak nakkk....

    Hanis Zalikha | Blogger, Pelajar dan Model Cun Yang Famous Dan Meletup

    ReplyDelete
  117. :) ikut ckp parents,,n doang mesti nk yg terbaik utk anaknyer... :)

    hanis...okey2 pic bf sy tuh..haha *pasan* hoho

    ReplyDelete
  118. am so into FA ! huarghhhhhh great entry. part pic FA, 100x tumbs up !

    ReplyDelete
  119. tapi kalau parents bagi iras2 Lee junho 2pm ke iras2 Kaka' ke Fabio Cannavaro ke, kita Onnnnn jaaaa.. hehehe
    i always have to obey wut my parents said,always imagine also, if this thing will happen to me..coz there's a possibility..and for all these while,my parents never wrong..

    ReplyDelete
  120. restu ibu bapa tu penting...ada berkat gitu, tahniah hanis sangat2 popular la ni...so hati2 pilih pasangan nanti :D

    ReplyDelete
  121. ok. artikelnyer pendek je. tp komen2 yg ada bnyk giler.

    ntah la. aku pown x pernah bercinta. tgk cinta kirana pown x. so how?

    ReplyDelete
  122. yup..payah payah. fwen i ada yg mengalami situasi mcm u citer nie. susah jgak ngok diaorang nie

    ReplyDelete
  123. tak boleh nak relate langsung!!
    (tak pernah bercinta..pfft.)
    hahahaah

    ReplyDelete
  124. wah..gambar artis2 je ...mujur la SJ bukan artis..klo x musti pic SJ pon ade..hahaha.. ;p

    ReplyDelete
  125. wa punye hero tu keeper malaysia gmbar last tuu

    ReplyDelete
  126. btoll tue hanis......kalu da xnk, xnk la...hehe =)

    ReplyDelete
  127. hahhah, bercinta juga perlu mengikut konsep dalam erti pencarian. Bkn melalui aspek pandangan mata kasar sahaja malahan merangkumi segenap pengaplikasian dalam menentukan perjalanan hidup yang seterusnya.

    Majoriti meletakkan kriteria pada petak pertama sedangkan terlupa untuk mencermin kelemahan yang ada pada diri sendiri..

    cau cin cau..

    ReplyDelete
  128. Hanis, nanti buat entry tips terbaik bila di dalam kuliah mengikut cara Hanis bole ? kalau pernah buat nak linknya tapi kalau belum buat ahh, taw taw ? =)

    ReplyDelete
  129. wa..dh jd hot plak keeper malysia n klantan nie....

    ReplyDelete
  130. hanis... congrates u jd top ten most fav celebrities google search... n for the news that pop ups in paper yesterday.. keep up hanis!!!

    ReplyDelete
  131. yeah..i've been in this situation..my ex nye mum nakkan ex my exbf untuk anak die..n i terpakse back off untuk kebahagiaan mereka..even it hurt..tp tu la realiti yg kne hadapi

    ReplyDelete
  132. yeah..i've been in this situation..my ex nye mum nakkan ex my exbf untuk anak die..n i terpakse back off untuk kebahagiaan mereka..even it hurt..tp tu la realiti yg kne hadapi

    ReplyDelete
  133. "Kau finally dapat rendahkan ego kau serendah-rendahnya, hanya demi this one bloody man because your heart tells you yes yes YES HE IS THE ONE." >> i like this!! like bnyk2! hik3

    parents ckp pe pn.., tetap TAK NAK! walaupun FAHRIN AHMAD! hik3

    ReplyDelete
  134. haha...walaupun sejak dua tiga hari ni tgk blog hnszlkh...arini baru nak komen sbb entri ni wat saya tercenyum..haha...kelakar...xnak laa..haha..

    ReplyDelete
  135. Hahaha..bunyik semcam jer entri ni. Just follow your instinct kut bila dalam situasi nie..ehh..boleh terima ker..

    ReplyDelete
  136. hanisss!!!!

    respond ini..

    http://www.terbangtinggitinggi.com/2010/12/season-of-witch-is-here.html

    ReplyDelete
  137. saya tak minat fahrin tapi saya minat hanis zulikha..haha
    hanis zulikha

    ReplyDelete
  138. gua rse smue pria2 itu sudah berpunya..
    tp fahrin tu tak konfirm la..

    da mg kantoi hanis cam minat y ni.grrrr

    ReplyDelete
  139. cinta....love entri ni..cinta ni pelik kan.. :)

    ReplyDelete
  140. sblum btul2 serius bcinta,elok tanya parent dulu restu ke x sblom makan x basah,tidur x kenyang,mandi x lena..istikharah dulu..

    ReplyDelete
  141. kalau Faizal Tahir boleh 'nak" kot! haha!

    Saya pun kawin dgn cinta terhalang.. dah 4 tahun pun. ada anak girl yg pintar dan comel umur 3 tahun...

    mmg cabaran bnyk, hampir berpisah pun ada.. tapi satu pantang aku pegang, tak nak mengadu pada mak. MALU. alhamdulillah boleh settle sendiri.

    tapi masa dorang halang dulu, tak pula offer sapa-sapa dgn aku.. tu pasal hati lekat pada dia ni ja, . apalah mak bapa aku ni... hehehe...

    kini kembali bahagia semula. parents aku ok dgn rmhtangga kami bapa ja yg masi ada sisa-sisa tak suka... oleh itu dgrla kata org tua tentang jodoh.

    ReplyDelete
  142. ohh, hanis dilamun cinta ek?! ha ha ha Wish u luck in love ^_^

    ReplyDelete
  143. sy nak yg nombor 2 tu!!!
    sila kasi FREE kat sy..
    muahahaaa...

    ReplyDelete
  144. NASIHAT AHKAK:-
    restu orang tua paling penting.. kalau diorang tak suke, buat jugak sampai dorang suke..pastu nak tanak dia kene restu..huahahha.. dan bile dah kawin kalau pilihan kita tu bagus.. dari tak berapa nak restu..bisa jadi menantu kesayangan! *eh mcm refer kat diri sendiri* *ehem*.. haha

    ReplyDelete
  145. hello hanis...Aku beruang yang boleh bercakap.Nak berkenalan dengan anda bolehh..heeee.Ko amik la `mat bangla` tuh (remmy).heheheh

    ReplyDelete
  146. kenapa ni yg? da jatuh cinta dgn sape ni..hehe...

    for me,jez do like this :- if ur parents x suke then cube buat mereka smpi suke.hati org tua mcm kerak nasi...keras2 pon disiram air lama2 lembut jgk ;-)

    ReplyDelete
  147. betul...kahwin la dgn org yg kita cinta..;-)

    ReplyDelete
  148. Hanis dtg blog i plak k..

    http://phatthegreat.blogspot.com/

    ReplyDelete
  149. as my parents said "I've told u so~!"

    ReplyDelete
  150. penjaga gol malaysia tu suka sujud syukur kalau menang.mungkin dia akan sujud syukur juga kalau bertemujodoh dengan hanis

    ReplyDelete
  151. hukhukhukhuk...
    sedih ble kenang kisah lame..
    entry ni buat i ingt kt someone...
    cinta xdirestui...
    eh xrestu ke???
    yer la, hurm bercinte pny la lame 5thn..
    last2...
    melalak xsudah...

    ReplyDelete
  152. Salam Hanis,
    Wahh, hari ini ada berita tentang Hanis lah di suratkhabar BH Singapura~~ hanis lebih popular dari Siti Nurhaliza~~ woohoo!~~ Congrats dear!~

    ReplyDelete
  153. comel la hanis..imho u are one matured lady for your age~ suke baca entry ini..

    i've been a silent reader for a long time, baru tau jugak hanis pernah sekolah dekat smks9..i was your senior..lol..

    ReplyDelete
  154. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  155. hehhe..
    pilihan-pilihan yang ada tu,
    kalau da namanya cinta dan jodoh..hehe

    ReplyDelete
  156. hehehehe...
    Hanis, bab parents tak bersedia nak let go anak tu, ada juga parents yg nak anak dia kawin but after that baru realised tak bersedia nak let go.

    good entry. good info/guide jugak utk org yg berchenta ni.

    ReplyDelete
  157. hi there...

    talking about love, generally, not just focusing on ur entry's title cinta tanpa restu, hate it when people or even our own loved one saying that

    "kalau dah jodoh, tak kan ke mana"
    "jodoh di tangan Tuhan, kita hanya mampu merancang, DIA yg menentukan segalanya",
    "jodoh kita tak panjang"
    "mencintai dan menyayangi tak semestinya memiliki"
    "if we loved someone, we should let our loved one go"
    "melihat orang yang kita cintai dan sayangi bahagia, dh ckup bahagia utk kita"


    all these cliche statement, will bring no happiness to us if we kept doing so..

    out of ur topic, but, this is just my pov..

    thx thr..

    ReplyDelete
  158. mak ayah satu, kumbang dan bunga merata..kn3

    ReplyDelete
  159. hanis, i think you look better now than when u were at malaysian dreamgirl. skang da berisi comel2 gitu. dulu kurus2 keting gitu... haha, no offense but you ARE beautiful...

    ReplyDelete
  160. nice blog
    sy follow akak
    banyak input best
    =)

    ReplyDelete

No proper ID, no proper comment, down you go the freaking spam drain. Receiving happy vibes!