Thursday, June 7, 2012

Why Ladies Need To Be Very Afraid.

Fuh dah makin menjadi-jadi kes orang hilang/orang nak kena culik/hampir dirogol/dirogol. Antara yang terbaru dan paling menonjol ialah berita perempuan yang hampir diculik dekat carpark The Curve, sebab diceritakan sendiri oleh mangsa, jarang kita dapat insight from the survivor themselves. Ada lagi satu berita yang perempuan terlepas dari penculik, dan dalam van tersebut dia kata ada 4 lagi perempuan tengah menangis. Dia terdengar yang driver van tuh cakap nak jual wanita nih semua, oh.. my.. God.


Okay sekarang... Kita letak polis, masyarakat, kerajaan, management carpark The Curve, NGO, rukun tetangga semua ke tepi dan pikir sendiri, macam mana diri ini nak sentiasa selamat? So ladies... my word of advice would be:


BE AFRAID. BE VERY AFRAID.

Kenapa? Kenapa kau suruh orang hidup dalam ketakutan wahai Hamis? Apakah yang cuba diketengahkan di sini?!! Baiklah, biar saya beri pencerahan kenapa saya suruh semua perempuan di Malaysia supaya takut/cuak/paranoid.

Bila kita takut, kita takkan berlagak terel. Takdelah berlagak yang wanita boleh buat semua benda seorang diri, kononnya Miss Independent. Jadi bila kita penakut, kita mesti sentiasa nak berteman. Bagus begitu.

Bila kita takut, kita jadi aware of surroundings. Dalam kepala otak sentiasa terngiang-ngang berita penculikan/perogolan. Setiap pelosok kita usha, terutama waktu nak masuk kereta / sebelum keluar kedai / sebelum lintas jalan. Paranoid lah katakan.

Bila kita takut, kita jadi gelabah. Bila gelabah, kita pun menjerit terpekik terlolong andai ada yang grab kita. Kajian yang dibuat oleh Must read: The Caring Project, perogol/penculik tak suka wanita yang menyusahkan/yang melawan balik/yang buat bising. Bagi diorang wanita macam nih akan makan banyak masa/tarik perhatian orang awam. Diorang cuma nak easy target (perempuan lembik). MAKA, JADILAH SI PARANOIA MENGGELABAH BINGIT DAN JANGAN JADI EASY TARGET. Bagi yang kuat melatah, sedarilah bahawa ia weapon anda rupanya.

Bila kita takut, kita akan bersangka buruk pada semua orang. Jadi bila kita nampak orang naik motor, kita kepit handbag kuat sikit. Bila kita nampak orang berkeliaran kat parking kereta kita, kita masuk balik mall, tunggu kawasan jadi selamat. Bila ada motor pura-pura accident tercedera, kita bersangka buruk, buka cermin tingkap sikit dan campak duit (kalau kesian) kemudian speed laju-lajuuuu cari balai polis. Ini sajalah masa untuk bersangka buruk kat orang.

Bila kita takut, kita sentiasa bersedia. Sebelum keluar rumah baca ayat Kursi. Sebelum mulakan perjalanan kunci pintu kereta. Sebelum sampai dekat parking kereta, kita dah genggam kunci kereta (bukan waktu sampai kat pintu kereta baru terhegeh-hegeh nak godek handbag black-hole hang tu). Selepas baca artikel ini terus beli pepper spray/pisau kecil/payung. (Oh kajian itu kata lagi, penculik tak suka perempuan bawa payung, sebab takut dipayungi -_-).

Bila kita terlampau takut, kita tak kisah nak nampak hodoh dan bodoh. Kalau nampak van parked sebelah kereta kita (driver's seat punya side), silalah masuk ikut pintu passenger sebab terlalu bahaya kalau ditarik dari dalam van nak struggle apa pun dah tak sempat. Takpe nampak bodoh masuk dari pintu lain pastu tertonggeng-tonggeng dalam kereta, asalkan selamat. Pastu kalau terasa diekori, nak lari pecut ke apa silakan. Lebih baik malu seminit dari mati selamanya.

Dan bila kita takut, kita sentiasa beringat nak call emak/ayah/suami sebelum keluar rumah. Dapatkan restu dan inform destinasi tujuan. At least perjalanan diberkati dan juga, kalau apa jadi senang diorang ada info. Jangan lupa nak cakap kita sayang diorang. Takut itu panggilan terakhir kita :'(




Akhir kata, jom ramai-ramai jadi penakut. Dan belajar kickboxing.

122 comments:

  1. takut tu buat seseorang perempuan menjadi tak taff . aw~ ahaaha

    ReplyDelete
  2. great info Hanis! kene jadi penakut la pasni..hehe

    ReplyDelete
  3. baiklah.saya setuju dgn entri awak ni

    ReplyDelete
  4. ini yang patut wanita lakukan. expect for the worst. peringatan yang baik. kena sentiasa la aware

    ReplyDelete
  5. yes ! sekarang semua tempat tak selamat ! jom belajar muay thai ! hehe :D

    ReplyDelete
  6. hahahahaha....
    cara yg berkesan untuk membantu masyarakat sekeliling

    ReplyDelete
  7. setuju ngan kak hanis,, bila takut,, fikir perkara negative..bak kata ayah saya perlu ada "future thinking" and jgn sentiasa anggap orang and situasi baikk jer yang kita jumpa..just untuk berhati2..menakutkan kes2 kat tempat parking ni huhu

    ReplyDelete
  8. waacchhhhhaaaaa !! nak belajar jugak seni mpertahankan diri pasnii. heheh ..

    ReplyDelete
  9. : that's helping ! seriously . noted ;)

    ReplyDelete
  10. wow..great entry ! hehe :) congratz!

    ReplyDelete
  11. menakutkan la baca entry keknis nie...

    ReplyDelete
  12. Betul tu hanis :) perempuan tolonglah pergi mane2 berteman

    ReplyDelete
  13. nice advises..jadi takut biar kena tempatnya, same goes to nak jadi berani..

    ReplyDelete
  14. i thought of how bout girls equip with a tazer..just for self defense..its not a big deal..or just pepper spray...cheaper

    ReplyDelete
  15. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  16. Saya doakan keselamatan kita semua insyaAllah :')

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terkejut coz met u in IKEA today while testing those bulbs ;)... Im sure u parked in IKEA... not Curve .. ;))))

      Delete
  17. Lagi satu tips: Toksah la dok pakai high heels 12 inci, pakai la kasut yg selesa seperti kasut sukan. Senang nak lari kalau ada apa2 hal..

    ReplyDelete
    Replies
    1. atau,pakai high heels 12 inci dan pijak kaki orang jahat dan cucuk mata dia pakai heels.(pijak testis bagi pecah pun boleh)

      sila pakai cucuk sanggul juga.
      atau gelang punk yang tajam tajam.
      simpan kuku panjang untuk mencakar.

      Delete
  18. hoooyeehhh...harus ditubuhkan kelas seni mempertahankan diri untuk perempuan secara free...hahaha..wajib!!

    ReplyDelete
  19. "ini je lah masa untuk bersangka buruk dengan orang lain"

    LOL but betul sbb bertempat :)

    ReplyDelete
  20. interesting la tip neh, nice share..:)

    ReplyDelete
  21. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  22. mmg takut dgr byk2 kes kat tv,paper semua tu huuuhh

    ReplyDelete
  23. true.tak boleh sentiasa nak tunjuk terer :)

    ReplyDelete
  24. Useful tips, Hanis :)

    I should be grateful because I'm really really really paranoid. I tend to look around almost all the time and eyeing people suspiciously until they get scared.

    Sometimes, I even sing (badly) a song out loud while look around so they think I'm crazy (cause nobody kidnaps crazy people).

    Another thing, I always park my car really really near to the entrance (yang ni kena datang awal lah). And then, kalau barang banyak, I either campak kat dalam or masuk sekali dengan barang2 tu. And then, bila masuk kereta lock terus.

    ReplyDelete
  25. nice one. suka entry ni :)

    takut itu berguna :D

    ReplyDelete
  26. nasihat yg bagus..tapi tergelak2 bila baca sambil imagine tergolek2 dalam kereta :p


    Hati-hati semua!

    ReplyDelete
  27. And sentiasa bawak screwdriver/pisau lipat dalam handbag..weapon in desperate hours..:)

    ReplyDelete
  28. okeh....kene jd penakut lah pasni...

    ReplyDelete
  29. umi saya ajar, sentiasa baca ayat ni

    bismillahhi tawakkaltu alallah walahau lawala kuata illah billah..

    kita bertawakal dengan allah dengan apa yang terjadi dekat kita dan sentiasa minta allah menjadi pelindung kita.. insya allah akan selamat. dan berasa takut itu penting.. :)

    ReplyDelete
  30. Ok. Saya memang penakut orangnya... (:

    ReplyDelete
  31. Setuju2 :D hee. nice sharing sis ^_^

    ReplyDelete
  32. so true hanis..ladies should beware from anything out there..thanks for the info..bguna utk ladies2 cm kite..:)

    ReplyDelete
  33. Boni setuju je dengan keknis, kipas susah mati keknis katakan, haha

    btw keknis, good advice for women out there =D

    ReplyDelete
  34. betul!! sangat banyak kes2 melibatkan pompuan. sentiasa kena alert dgn surrounding, beware dan jadi PENAKUT! =)

    ReplyDelete
  35. okay hamis.. saya nak jadi penakut jugak walaupun saya lelaki. haha

    ReplyDelete
  36. buat sy nak jadi lebih berhati2 lepas nie .thank you !

    ReplyDelete
  37. hehe.nice info.
    anyway, mmg kne be afraid nowdays.
    but msti ade berani sikit.
    so girls,lps ni pergi blaja tae kwan do or lg best,blaja SUMOlah..hehe

    ReplyDelete
  38. dah macam kempen kesdaran ok?? hahaha

    ReplyDelete
  39. Good info hanis! Nak2 tang masuk kereta dari passenger door tu. Tak pernah terfikir. Thanx!

    ReplyDelete
  40. Hamis... Nice entry, really. u forgot to mention about high heel. kekeke. perlu juga takot utk pakai high heel krn ia membawa risiko kpd kesulitan yg lebih sulit.

    ReplyDelete
  41. come on people,

    dalam Islam sendiri dah diajar.
    TAKUT PADA ALLAH SWT.

    so, kalau takut pada Sang Pencipta, semua bnda buruk xkan terjadi. Semua org takut nak berdosa.

    in this case,(I just mentioned one to make an example) yang kene tarik masuk van, ada 4org lg dlm van tu mesti yang pakai baju seksi2 kalau xseksi atau pakai tudung sekalipun, mesti cara dia jalan tu yang membuatkan penculik tu rasa "masyuk ni kalau aku culik budak ni buat jual"

    so, kalau awk keluar pakai tutup2, longgar2, xde nye org tertarik nk rasa body tu. kan kan kan. jgn salahkan Allah kalau awk keluar dh baca ayat kursi sekalipun, tp kene ragut ke, na'uzubillah.

    apa2pun, in this SHORT LIFE, FEAR ALLAH than, nothing we can be feared anymore. TAQWA is the main key. sesungguhnya takde yang terjadi kat dunia tanpa HIKMAH dan itu semua adalah petunjuk dan pengajaran yang Allah nak bg pada kita secara langsung mahupun tidak langsung.

    did u get what im try to say ?

    ReplyDelete
  42. Saya mmg sudah semulajadi penakut :)

    ReplyDelete
  43. come on guys,

    dalam Islam sendiri dh ajar TAKUT PADA ALLAH SWT

    in this case,( i just take one as an example) yang kene culik pastu dlm van tu ada 4org lg yang nangis2, mesti diorg pakai seksi, kalau xseksi atau pakai tudung pun mesti cara diorg jalan atau apa2 yg membuatkan si penculik fikir" masyuk ni kalau aku culik. boleh jual"

    kalau awk2 pakai baju xseksi, longgar2, jalan elok2, tangan tak lentik2, punggung tak tonggek2 syaitan tak bwk mata org jahat ikut pergerakan awk2.

    so, in this SHORT LIFE, FEAR ALLAH than nothing u have to be feared anymore. jgn salahkan Allah kalau awk2 keluar rumah baca ayat kursi sekalipun kalau still pakaian xterjaga, atau niat keluar rumah tu xbetul. sesungguhnya apa yang terjadi tak pernah tanpa HIKMAH dan itu the way Allah nak bg petunjuk dan pengajaran pada kita UMAT AKHIR ZAMAN secara langsung mahupun tidak langsung. maknanya, bila org tu pakai mcm ni, dia kene mcm ni. kalau dia buat mcm tu, dia kene mcm tu. bukan nya awk2 asyik nak sangkal yg bukan salah awk2 yg berpakaian seksi, sesungguhnya kami wanita insan yang lemah, lelaki tu yg jahat or whatever kata2 sekalipun. tp sedarlah, ALLAH xpenah lupa utk bg petunjuk dan hidayah cuma manusia yang tak sedar dan anggap hidayah tu bila dia start pakai tudung. ?????

    hm, did u get what im trying to say ?

    ReplyDelete
  44. and yes, girls, u need to know how to pertahankan diri.. tak kisahlah gusti sekalipun.haha. but to get people to be araid with each other, the world has become very strange ! what we have to be afraid is actually the Watcher, the Observer !

    crimes have been happening all the while here in Malaysia already, but mostly with adults or teenagers. But now, with children also. Nau'zubillah ! jom perbaiki diri masing2 dulu ^^

    ReplyDelete
  45. Okay Kimi Bryan al-Faris. But I don't think that you should judge the victims.

    ReplyDelete
  46. yeah kdg2 jd penakut bgs jugak sbb kita akan sentiasa aware dgn benda sekeliling. tp sy selalu buat2 berani. xtau la sy ney optimis sgt ke apa xnak syak org sesuka hati. kalau lelaki pndang2 pon sy akn ckp dlm hati "alah dia x pndang aku pon. bknnya aku cun." lol mcm vodo je. pasni kena lebih b'hati2.

    oh btw Kimi Bryan, "ada 4org lg dlm van tu mesti yang pakai baju seksi2 kalau xseksi atau pakai tudung sekalipun, mesti cara dia jalan tu yang membuatkan penculik tu rasa "masyuk ni kalau aku culik budak ni buat jual" ".. well mcm mana pulak dgn kanak2 yg kena culik kena rogol etc? adakah cara jln mereka gedik2? ya i get it wat r u trying to say. tp jgn la judge mangsa2 tu. sy suke dah baca komen awak kat atas tp sampai part mangsa tu, hmm kita x kena lagi jd jgn cpt buat kesimpulan. kita takut Allah. jd jgn buat kesimpulan yg mdatangkan fitnah dn sekaligus m'bawa kpd kemurkaan Allah. ;)

    ReplyDelete
  47. Buat-buat berani adalah harus! Jalan konon-konon tegap, walhal dalam hati dah gundah. Selalu sangat.

    ReplyDelete
  48. i didnt judge the victims. rilex.

    i already said :
    maknanya, bila org tu pakai mcm ni, dia kene mcm ni. kalau dia buat mcm tu, dia kene mcm tu.

    ok, i'll explains this. hm, nk tulis satu2 ni xpe je lah bg I.
    maksud saya, kalau buat jahat, dibalas jahat. buat baik dibalas baik.
    kalau magsa pakai cmtu, pemgsa tertarik. kalau pmgsa buat bnda tu, dye kene hukum. tidak di dunia(kene tangkap atau ditembak), tp di akhirat.,

    tidak kah anda boleh berfikir lebih jauh lg itu pun adalah salah satu petunjuk ?

    kalau tidak dihukum di dunia, di akhirat itu pasti. yg diculik, pasti akan terus2 memohon keampunan, berdoa. segala macam. xgitu ?

    and to kathy rospin,
    i also said:

    crimes have been happening all the while here in Malaysia already, but mostly with adults or teenagers. BUT NOW WITH CHILDREN ALSO.Nau'zubillah ! jom perbaiki diri masing2 dulu ^^

    i mean why must the children ? i didnt get the answer. the world has become so strange ! Nafsu dah tak kira keadaan bila syaitan dh menguasai diri.

    im sorry for anything. i just stand for my opinion.

    ReplyDelete
  49. Agree.Sekarang ni even budak2,nenek,makcik2 sekalipon boleh kena culik.yg diorang nak,janji PEREMPUAN.so the victims should not be blame here.

    ReplyDelete
  50. Sebab tu syariat Islam dah buh pasal hak wanita pe sume. Nik aziz pun dah cakap, pakaian kalo tutup aurat sebetul2 nya iAllah selamat. Nih pakai tak pernah cukup kain, nak tayang segala bagai pastu kena rogol. Memang sendiri mintaklah, lelaki nih memang bangang sikit bab nafsu nak dicontrol, jadi pandai2 lah pk. Perempuan la nih melayu jaaa, takda islam sangat pun. Tengok diri tt sendirilah, buat blog tayang wajah tubuh segala,memang lah jadi attention lelaki2 buas kat luar tuh.

    ReplyDelete
  51. woahhh ! nice tips , ahaha :D

    ReplyDelete
  52. seramss plak..zaman skrg ni mcm2 blh t'jd..tq keknis atas tips2 di atas :)

    ReplyDelete
  53. Good advice! :)

    Can I add 1 more? One advice from my dad whom is a police officer, kalau kereta tu, jgn la buat kereta nmpk sgt mcm kereta perempuan. Mcm segala bnd nak letak with all the fake fur and girlish accessories. Sbb dari jauh org bole nmpk "oh, this is a girl's car". Make you a very easy target.

    This helps when you always travel long distance alone b/c there are cases which a guy purposely hit your car and then ask you to stop. Please don't. Just take the plat number.

    ReplyDelete
  54. jangan lupa buat muka garang..biar la org kata apa pun..haha..biar tak laku dimata orang ramai asalkan tak laku langsung kat mata penjahat

    ReplyDelete
  55. Hanis,
    bagus nsihat ni, tp knpa tidak kita ad no phone polis dlm hp, and bila terasa x selamat cepat2 kol polis. Bhya tak kira tmpt, dpn msjid pn pun boleh jadi. Pstikan hp ad dlm poket seluar. Better bila keluar sorg2 pkai jeans jgn la pkai skirt kembang bagai. Lain la keluar beramai-ramai kan..
    Sekarang ni, nak berfesyen pun kena pada tempatnya.. Tempat yang sememangnya 'black area' rentikan lah nak bervoguey de vas kan..
    So, mulai sekarang haruslah belajar muaythai..heheheh..sekian..

    ReplyDelete
  56. Okay. I'm already paranoid as it is, so i've always thought..What if. WHAT IF kita jerit-jerit terpekik terlolong lepas orang tu jadi takut lepas tu dia jadi sangat marah lepas tu dia nak kita diam lepas tu dia cucuk pisau? TIDAKKKKKK!!!

    ReplyDelete
  57. kadang kadang muka kene wat bengis banyak bukan sikit baru tak ade org berani kacau kaum hawa nih ..

    ReplyDelete
  58. thought i'm the only who very penakut anytime & anywhere. actually it's more like 'langkah berjaga2' seblum terkena. bad people watching you all the time whenever u think no one is watching. get it?

    ReplyDelete
  59. selalu nye mmg akn crik park yg dekat ngn entrance biar terpakse pusing 20juta kali(hiperbola sgt..haha)..

    lg 1, jge pakaian dan tgkah laku jugak..mgkin ade yg akn kate ala bdak2 yg xde pape ag pn kne culik/rogol gk..tp yg meransang nye permpuan dewasa, yg lemahnye kanak2..huhu

    ReplyDelete
  60. yuna - penakut ! ini tidak adil tidak adil bagi ku...Saya dude..tak takut ..hahahhahaa

    ReplyDelete
  61. Me always had a knife in the car huhu

    ReplyDelete
  62. Me always had a knife in the car huhu

    ReplyDelete
  63. ye betul tu .. harus sentiasa waspada .. sy selalu kalau balik kerja lewat .. mmg buat2 selekeh .. tudung herot berot pastu muka masam mencuka supaya takde orang yang tertarik .. xpe nampak hodoh asalkan diri selamat ..

    ReplyDelete
  64. hanis... akk buat semua tu...and ianya terbukti menjadi...

    ReplyDelete
  65. SELALU BACA X PENAH KOMEN.. ARI NI BACA NK KOMEN PERTAMA KALI...

    SGT SETUJU AND SELALU BUAT APA YG HZ CKP.. HEHE.. bersangka buruk demi keselamatan diri..

    ReplyDelete
  66. saya mmg penakut dan memang buat apa yg hanis ckp tu. tp ari ni dpt extra pengetahuan part van parking sebelah kereta kita tu, mmg selama ni tak aware benda tu. thanks for sharing! pas ni akan lebih carefull akan kenderaan sebelah!

    ReplyDelete
  67. bgs n3 ni
    menjerit..terpekik terlolong tu bgs..penculik x suka perempuan yg menyusahkan tp akk takut kalo dia terus tembak nk bg diam..sbb kebengangan...hehe seramnya nk imagine kn

    ReplyDelete
  68. Betol2...zaman sekarang manusia semakin rakus..sudah hilang arti kemanusian..

    ReplyDelete
  69. tepat sekali kata2 hanis tu. everytime nak balik dr mn2 pun sy akan msg family&husband beritahu nak bertolak pulang. lps tu kalau jln kat sidewalk mesti pegang beg arah berlawanan dgn jalan raya. masuk kereta 1st thing adalah lock kereta dulu baru start engine etc etc. marilah kita mewaspdakan diri yeahx!! (dan baca ayat kursi tu mmg wajib!) ^^ thx hanis for the entry!

    ReplyDelete
  70. saya selalu buat2 berani padehal takut! :(

    ReplyDelete
  71. hanis! lepas hanis tweet hari tu tentang ni kan terus kita dah lebih beware..ni hanis tulis plak kt blog..err for sure will BE AFRAID.. BE VERY AFRAID..
    thanks darling for the info, lets spread the words women! xoxo

    ReplyDelete
  72. info yg sgt berguna..sy selalu amalkan msg parents bila nk balik cuti sem/ g memane.stiap tmpat bhenti tu musti gitau wpun cam leceh je.tp mende tu mungkin dpt membantu lau jd pe2...

    ReplyDelete
  73. btol2..thankz hanis..kadg2 kte x terpikir ni smua.... skrg kene lebh berhati2..laki ke pompuan ke..sama je.

    ReplyDelete
  74. Taku dan paranoid dah sebati dah dalam jiwa ni. Nampak kete slow sikit mulelah gelabah cari orang ramai-.-"

    ReplyDelete
  75. Thanks sooo much!! Mmg ni nasihat yg patut sme org praktikkan..heeeya!!

    ReplyDelete
  76. Agreed.

    Skarang ni banyak sangat kes-kes di mana perempuan menjadi mangsa.

    How scary. Sometimes saya risaukan kawan-kawan dan family perempuan, selalu pesan itu ini.

    Good write up, hanis! bak kate Hanis, jadi penakut (bertempat) + belajar kickboxing!

    Bagi inspirasi lak nak buat write up about self defense for girls in my blog. Thanks, Hanis! :D

    http://ayezisawesome.blogspot.com/

    ReplyDelete
  77. entri Hanis ni kelakar! i mean, ayat2 yg Hanis guna. Hahahah marilah ramai ramai jadi penakut! Hahahahah thanks for sharing Hanis! :)

    ReplyDelete
  78. good advice la :)keep it up sis :D

    ReplyDelete
  79. saya sangat bersetuju.

    nak minta izin untuk copy links nih..

    :)

    ReplyDelete
  80. learning self-defence is a must. takde ruginye pun. and blaja la silat. for ladies, i recommend silat cekak malaysia. tekniknye ringkas dan even pakai baju kurung ataw sedang mengandung pun boleh jatuhkan musuh. i follow the lesson utk stahun stengah je dan skrg dah berani bersedia ngan apape kmungkinan pun. siryesly, tak rugi pun blaja.

    ReplyDelete
  81. dunia sekarang, bukan sahaja wanita, lelaki pun kekadang boleh jadi mangsa. jadinye, be extra careful peeps...

    p/s: please visit my blog ikeenismail.blogspot.com :)

    ReplyDelete
  82. Nice entry!! thanks hanis entry yg sangat berguna ... nk copy n paste dekat blog ye. :=)

    ReplyDelete
  83. tibe2 sy jd takut pas bca blog kak hamis, sbb slalu sy kluar sorg2 bli barang, shopping. erk!

    ReplyDelete
  84. yes. memang patut rasa takut ! masuk kereta terus kunci pintu dulu sebelum start enjin ke apa. penjahat merata-rata dah sekarang -__-"

    ReplyDelete
  85. kita kene merasa takut.. ia lebih mengingatkan kita supaya berhati2...

    ReplyDelete
  86. Bagus berkongsi ilmu salah satu cara untuk protect diri.

    Very basic and simple to follow.

    Can apply to all women out there, tak kisah pakaian macam mana pun.

    Jangan lupa kisah orang tudung labuh kena rogol dalam bas suatu ketika dahulu.

    Baju seksi ke, baju longgar ke kita mesti ada sense nak protect diri.

    ReplyDelete
  87. memang kene berjage2.. thx for the info

    ***FYI: the other day I saw ur mom, she came to my in law's house to collect ur letters! I was... "aunty ni mak hanis eh?" ceeewwwaaahhh!
    turn out to be aunty shina is a good friend of MIL!

    www.diyanamarissa.com

    ReplyDelete
  88. thanks hanis for the tips.very useful indeed. i like the part...Be Afraid, be Very afraid' yes it's true. take care all the girls/ladies/mums/aunts!

    ReplyDelete
  89. Nice... Hehe. Boley jadikn peringtan utk smua.

    ReplyDelete
  90. salam..

    wanita harus sentiasa berhati-hati skrg.

    ReplyDelete
  91. kikiki,kelakar la pulok c charlie v boutique..cucuk yer bahahah..

    ReplyDelete
  92. That's exactly the problem with girls nowadays. Semua nak berlagak kuat, semua nak berlagak independent. I mean, it's good ada initiative nak jadi independent, but ladies, c'mon, you can hardly lift your heavy handbags, let alone handle serial killers, especially when they're not alone. Accepting the fact that you are not as strong as a man physically does not make you weak. Itu mmg lumrah alam yg perempuan kudratnya lemah daripada lelaki, nak-nak lelaki yg kepala dah masuk air. Rata-rata taknak terima hakikat tuh, kononnya diorg kuat, sebab selalu buat house chores. The fact is, according to studies, the strength of a 25 year old woman is equivalent to the strength of a 75 year old man. Think wisely. Yg teruknya bila nasihat mesti ckp "tahu lah jaga diri sendiri, jgn menyibuk." Don't you understand girls? Once you become the victim, there's probably no more 'jaga diri' for you, there's probably no more second chance for you. So please, jgn degil. Don't go out alone. In fact don't go anywhere alone, and yes that includes the loo.

    ReplyDelete
  93. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  94. errr... can i share this post?

    ReplyDelete
  95. Takut = Takwa.
    Sedaya upaya nak cuba takut pada Allah S.W.T namun iman setipis kulit bawang. Manusia sering takut pada manusia pada alam tapi sering terlupa takut pada TuhanNya...

    ReplyDelete
  96. sepatutnya woman/girls kene belajar seni pertahankan diri nih -_-

    ReplyDelete
  97. dgn kate laen, sape yg single tu cpt2 la carik pakwe, sng jln berkepit ade teman

    ReplyDelete
  98. I luv you Hanis.. u make me laugh though am in pain.

    ReplyDelete
  99. "campak duit sikit kalau kesian" bodo la kau ni hamis..hahaha!

    ReplyDelete
  100. "campak duit sikit (kalau kesian)" kahkah!bodo la kau ni hamis...kahkah!lawak!

    ReplyDelete
  101. "campak duit sikit kalau kesian" bodo la kau ni hamis..hahaha!

    ReplyDelete
  102. cik blogger ni kalu tutop awrat lagi cun...leh juga selamat dari bahaya buka awrat

    ReplyDelete
  103. Takut yang dimaksudkan hanis tu adalah supaya kita sentiasa berwaspasa selalu...jgn dah terleka baru nak beringat...hujan dah turun payung x bawak, naik kereta minyak tak isi, dah terhantuk baru nak mengaduh...haaihh

    ReplyDelete
  104. Thanks for the tips, Hanis!
    I just looove the humour you added in. This made my day! <3 :)

    ReplyDelete
  105. Interesting laa Tips ni ha ha..nice reading free free meh lawat blog saya , Tak hebat cam awak semua...jom support saya yg baru ni mu ha ha, Jadi follower pun ok gak, LIKE kan fb sgt berterima kasih, Blog tentang Nutrition, Kesihatan, Diet, Penyusuan, Fitness (kecergasan)serta Vitamin. Ni linknya:

    http://coozlife.blogspot.com/

    ReplyDelete

No proper ID, no proper comment, down you go the freaking spam drain. Receiving happy vibes!