Friday, August 15, 2008

Anak gadis ke perlawanan bolanya yang pertama



Okay saya akui. Berbelog dalam bahasa melayu lebih dekat di hati. Dah lama saya dah nak buat, akhirnya tercapai T_T Okay sekarang dah boleh pangkah salah satu perkara dalam
"7 Perkara Saya Harus Buat Sebelum Berumur 30 Tahun". Kenapa saya pilih untuk berbahasa melayu dalam entri ini, anda mungkin tanya (you may ask)? Kerana saya bakal menceritakan pengalaman pertama saya menonton perlawanan bola secara langsung di stadium. Saya dah cuba untuk membebel tentangnya dalam bahasa penjajah (Inggeris, bukan Jepun) tapi gagal kerana ada perkataan yang saya malas nak cari di dalam kamus contohnya seperti menggelecek atau ligat atau yang lebih sukar, menggeliat. Ceit setelah menaip perkataan menggeliat, perkataan stretch mendaftarkan dirinya ke dalam otak saya. Wah fasih juga ya (bangga akan kemampuan diri).

Okay saya tahu mesti ramai orang nak baca tentang pengalaman seorang anak gadis ke stadium yang bukan untuk menonton konsert atau lawatan sekolah, tetapi untuk menonton perlawanan bola antara Chelsea vs Malaysia! Eh, kenapa mesti saya ikut orang lain, kenapa mesti saya taip Chelsea dulu baru taip Malaysia? Kenapa nak agungkan mereka? Atau mereka taip Chelsea dulu sebab ikut urutan huruf ke? Okay lah kalau macam tuh. Ya saya telah menyaksikan perlawanan Chelsea vs Malaysia!



Saya hanya nak bagitahu yang menyaksikan perlawanan seumpama ini memang sungguh menyeronokkan! Saya tidak tahulah perempuan-perempuan dan makwe-makwe korang di luar sana, tetapi untuk perempuan bersemangat waja seperti saya, rasanya tengok bola secara langsung sangat sesuai sebagai temujanji pertama! Okay mungkin bukanlah temujanji yang pertama, sebab nanti terkejut pulak yang laki2 tuh tengok perempuan jerit2 siap bangun2 marah goalkeeper (eceh macam terer), so temujanji ketiga mungkin? Tapi hanya sesuai kalau yang laki2 tuh berbadan tegap dan protective, SEBAB STADIUM BANYAK REMPIT YANG BILA NAMPAK PEREMPUAN NAK BALIK KE TEMPAT DUDUKNYA SELEPAS BELI AIR, MEREKA AKAN WOOO AWEK AWEK. CHE MEK MOLEK COME TO ME. Bangang.



Beginilah pemandangan saya pada malam itu. Terima kasih kepada Fatihin Husna akan tiket VIPnya :) Kadang-kadang saya (tidak tahulah Fatihin bagaimana) malu juga dengan diri sendiri sebab teruja lebih, tetapi saya tak boleh tahan lah. Best sangat sokong negara sendiri! Lagi-lagi warna baju saya sama dengan warna penjaga gol Malaysia (iaitu warna hijau).



Kebanggaan terpancar dari sinaran mata. Haha.


Semestinya sebagai seorang anak jati Malaysia, saya harap nombor tersebut takkan berubah sehingga perlawanan selesai. Malangnya strategi permainan pasukan Malaysia amat teruk, dan sesetengah antara mereka amat sukakan bola maka tidak mahu passing-passing. Tapi lebih malang lagi saya tidak dapat mengalihkan perhatian dari perlawanan yang teruk itu kepada sesuatu lebih indah kerana kelibat Mohd Khairunissam tidak kelihatan. Oleh sebab ini adalah pertama kali saya ke perlawanan bola sebegini, perkara-perkara kecil pun membuatkan saya hairan. Contohnya perihal jurugambar yang pandai dan jurugambar yang nak sedapkan hati pemain pasukan negara sendiri.



Jurugambar yang pandai:

Berkhemah di gol Malaysia.



Jurugambar yang selebihnya:

Di gol Chelsea.

Di mana tidak ada apa-apa berlaku sepanjang perlawanan. Jelas sekali penjaga gol Chelsea malam itu (saya perempuan, mestilah saya tak tahu nama dia) adalah yang paling kurang sekali mengeluarkan peluh. Makan gaji buta. Tapi yang paling saya kagum ialah peminat Chelsea (yang juga warganegara Malaysia) yang bersemangat memakai jersi-jersi biru, juga bersorak apabila penjaga gol Malaysia berjaya menepis bola agar tidak masuk gol. Sayang jugak korang kat Malaysia nih. Aku dah agak dah.



Ramai orang hairan apabila perlawanan berakhir dengan Chelsea 2 dan Malaysia 0. Mereka menfitnah Chelsea dengan berkata yang Chelsea taknak memalukan Malaysia lebih-lebih sangat, hakikatnya, Chelsea tidak mahu memalukan diri mereka sendiri untuk perlawanan akan datang, sebab tulah mereka main dengan penuh berhati-hati kerana keadaan padang bola negara kita yang teruk. Cara yang mana sekalipun, Malaysia malu jugak.



Tapi yang paling hebat tentang perlawanan bola di stadium ialah, perjalanan menuju ke stadium! Best sangat sebab semua orang menuju ke tempat yang sama dengan tujuan yang sama. In a way, macam semua bersatu padu, kerjasama, muhibbah, okay lebih-lebih. Tapi memang tak tergambar, lagi-lagi dengan angin malam menghembus, stadium terang benderang boleh dilihat dari jauh lagi. Nasihat saya, berjalan kaki lah ke stadium. Kalau rumah anda dekat. Dan sebab ini pertama kali saya ke stadium, benda -benda macam ini pun menerujakan saya:



Hehe jakun habis.



Dan kerana saya sendiri cakap yang perjalanan kat stadium itu tak tergambar hanya dengan perkataan, maka saya akan gambarkan dengan gambar.





Bersyukur sangat dapat pergi. Terima kasih Fatihin Husna, dengan itu saya hadiahkan kamu:

Gambar manis kita bersama (cheh padahal semua guna kamera kau).



Penampilan istimewa oleh, Jean Malaysian Dreamgirl.

Happy sangat perempuan ini menepuk bahu saya ketika saya sedang berjalan dan berkata HANIS? OMG! Dan saya memeluk beliau seperti beliau bakal mendukung saya.



OhSoRandom: Anugerah Belog Best diberikan kepada
http://jebonisme.blogspot.com/ kerana berjaya membuatkan saya terkekeh-kekeh sehingga lenguh lesung pipit. Sila lawat, dan jika ianya bagus, sila tinggalkan komen kerana saya rasa, belog yang bagus layak mendapat komen yang bagus. Terimakasih untuk kerjasama semua. Siapa nak kutip link2 belog melayu best yang lain, sila ke entri terdahulu.


61 comments:

leeds said...

hi hanis..

entry ini sangat comel macam tuan punya belog...

teruskan menulis tau!

kreazi said...

The blog you recommended brings good laughter. So the very random just like you :P

Si Kaki Shopping said...

hanis zalikha~
ya allah.. u nie notty dan comel sgt!
sker gile baca blog u..
fav quote for dis post
"....SEBAB STADIUM BANYAK REMPIT YANG BILA NAMPAK PEREMPUAN NAK BALIK KE TEMPAT DUDUKNYA SELEPAS BELI AIR, MEREKA AKAN WOOO AWEK AWEK. CHE MEK MOLEK COME TO ME. Bangang."
yeahhh!!
*rox sign*

=P

Klover said...

"Penjaga gol itu menggeliatkan diri sepenuhnya untuk menampan bola" - mari translate..

Bawak awek gi stadium?..satu risiko yg amat tinggi. Make sure korang pandai buat muka slamber badak bila kena "pheewittt"...

Pasni bley try gi final Piala Malaysia lak...

Kim Ong said...

Demikianlah kata-kata Hanis yang manis. Petikan belog yang bagus. Saya merupakan salah seorang daripada beribu-ribuan peminat belog Hanis. Saya dah mengikuti certa Hanis sejak MDG baru-baru ini. Tahniah sekali lagi sekiranya Hanis terlepas membaca belog saya semasa mengikuti "google alerts - Hanis Zalikha" dalam pertandingan MDG.

IzaD said...

"I'm the happiest when I'm watching footie in a stadium" kata Izad..
tu sbb one of the main reason aku ke uk adalah utk experience EPL secara hands-on..aaahh, sudah pasti aku akan rindukan old trafford dan bramall lane(home of sheffield united)..
sudah tiba masa pulak aku ke stadium perak selepas bertahun tak ku kunjung

jon jonson said...

ditinggalkan komen disini sbb belog ini bagus!...btw sepatutnya Malaysia vs Chelski sbb kita tuan rumah(home), begitu susun atur perkataannya mengikut seksyen 3.7 akta FIFA

shafiqshamsuddin said...

hey hanis...tahniah atas tulisan bahasa melayu mu yang pertama...anda berjaya...saya berbangga dgn percapaian anda..hihih..

jaga diri..:)(senyuman)

PingganRahangRaksasa said...

hehe comel dan kelakar.

Just Jasmine said...

Hanis I miss your English post

Zaini said...

saya ada dua tiket untuk ke perlawanan bola seterusnya.kamu mahu?






haha.

Obefiend said...

oh men! sungguh skema. saudari hanis buat aku tertawa.

bagus

di tepi laluan ( by the way lol!), mat rempit mmg camtu. diorang dapat idea cara ngorat awek lepas tengok filem Gila Gila Remaja lakonan Faizal Hussein. tak caya sila carik VCD dia. gaya ngorat tak evolve langsung since 1985

LOL

first! said...

meh saya cuba komen dalam bm juga.

jean sgt panas panas panas! hahaha
apa dia buat skrg? modelling juga ke?

Kilmy said...

Hahahaha Hanis comeelll tulis dalam BM. Maca kelakar pon ade sebab gune baku. Mesti mase tulis nie jadi meleret-leret kan? :P

-Clare- said...

Hey girl,
just wanna say your BM super rocks!
its those BM when we learn in high skool to write in our essays!

hehehe.. though its weird reading it in BM, keep some of those coming in your posts!
love reading it.

=)

Lynn said...

Thumbs up for http://jebonisme.blogspot.com/

siewkwan said...

Funny la your blog in malay. HAHAHA. But anyway, good work and effort! :)

L-isa said...

hi Hanis :)
been reading ur blog for quite some time
loved ur posts
very cute
very you* ;P

keep up the good work!

af [ R ] ed said...

hey, I'm new to your blog, and the post about ur kucing and DHL tu.. walaweih, serius x tahan gelak.. Keep it up , well the blog reflects u personality. haha. kewlness, add la shoutbox, leyh menjerit jerit

chuel said...

very the funny :)

Azzam?? said...

maybe u should turun lagi next big event.. kedah vs selangor final malaysia cup! semua sibuk tgk bola omputih jee kat tv.. bleh laa u ajak kawan pak guard u tu so that tak kena kacau mat2 rempit xD muahahahha

shahril mohammad said...

glory glory man united~

tapi kawan kamu yg bert-shirt samsung-chelsea tu 'glory' juga. jean ke ape ntah nama dia. hiahiahia. peace-su (^_^)Y

Hanis Zalikha said...

leeds: macam tuan punya belog? nampak sangat tak comel mana entri ini T_T

kreazi: best sangat kan!

sikakishopping: *membalas rock sign dengan peace sign seperti mahu bergambar*

klover: wah bm tahap tingatan 7 tuh kalau sampai kena translate begitu sukar. egege.

kim ong: OMG KIM IS THAT YOU *excited*

izad: ala izad sudah pulang ke malaysia. boo. kalau tidak boleh saya tumpang tengok perlawanan bola merentasi lautan. boo.

jon jonson: terimakasih atas komen itu! terimakasih atas penerangan!

shafiqshamsuddin: *bangga akan diri* *berazam akan menjaga diri*

pingganrahangraksasa: gumbira rasanya dikomen sebegitu.

just jasmine: ala sekali sekala :) nanti i kembalikan english post i untuk u :)

zaini: kalau malaysia lawan negara omputeh je nak :B

obefiend: *membayangkan jika bapa menggunakan cara yang sama kepada emak*

first: saya piker anda mengomen seluar jean yang saya pakai itu trendy, rupa2nya anda bercakap tentang kakak cina saya. ya! dia panas! dia bekerja di merata tempat. sebagai promoter celcom di stadium hari itu juga :)

kilmy: memang! macam taknak stop pun ada :B tapi kang lari pembaca i yang tersayang.

clare: clare! thankyou! happy dengar :)

lynn: so thats my thumbs, your thumbs and everybody else's thumbs!

siewkwan: i was waiting for your comment! :')

l-isa: then you should meet me in person. and find out if i am very my blog! haha okay crapping.

afred: you menjerit di sini pun telah membuatkan hari ku!

chuel: hurei burei!

azzam: ya saya sokong kedah!

shahril mohd: glory jean! gloria jeans!

areif said...

wawa...good as malaysian we should proud of our team...hehe...hmm...mungkin pas ni sports lain lak...pasal mat rempit..mmg memalukan...ish2...

YinYin said...

hehehe..come and have a look again ^^ my hanis still look very nice..Pretty hanis ...you are always the sweetest 1 !!!!!!

The Raving Classmate said...

i love the way you write!! :P

L-isa said...

i so wanna meet you :P
hehe
lets hope
ill be lucky enough to bump into you on the street or at the mall or anywhere :P
lol
we can crap-lah XD

Jack Lingam said...

hi ms zalikha, thank you for visiting our blog. anyways wot do u mean by "anda tercalon"? calon jadi suami ke?

kalau ye, jom la chit chat msn dulu en?

myam said...

okay patutla org suruh i baca blog you sumpah interesting!

Pakcik Luar Otak said...

Rare funny bones.

Azzam?? said...

yayyyy... gang!! i pun sokong kedah jugak!! woot woot~!

Simon Seow said...

Sudah lama perlawanan ini kot.

Hanis Zalikha said...

areif: tah bukan nak sertai sukan permotoran negara.

yinyin: hey princess! long time no see you here babe! you always cheer me up :D

the raving classmate: *take a bow wtf*

l-isa: haha team crapper.

jack lingam: haha comel!

myam: maryam! terkejut i.

pakcik luar otak: tulang yang jarang kelakar.

azzam: kite sokong sebab bapak kite kedah woh.

simon: haha i tau! jangan lah make it obvious yang yg i ni kuat tangguhkan entri (-_-")

Huei said...

>.< saya punya bahasa melayu very bad! heheheh it'll take me a whole day to understand! =P

Senandung K said...

saya suka perempuan cantik dan kelakar gila nak mampus macam awak.
haha!

entri bahasa melayu yang comel.

Madu Warna Biru said...

drg tak nak passing-passing sebab drg nak glamour sendiri.. kalau gol drg punya nama yang kua dalam paper.. ok la tu tak kalah teruk.. hehe=)

Wallace Tan said...

hey, nice to meet you. I saw a post that u r on the runway..nice

Suz said...

its weird reading an entry in bm from u. but its good, hasni. =P

siewkwan said...

Why were you waiting??HAHAHA. This is too funny!!

kimmie said...

Hey Hanis! Eh yalah your sister punya memory canggih. Now only I remember! :) I add you kat Facebook dulu then I add her via you boleh? Thank you so much la, this is exciting! :) Who else does Liana remember from 2H I wonder :)

Arif said...

hey hanis i linked you in my blog already...tapi instead of referring you as hanis...i refered u as 'hasni' instead...haha...

http://arifsblackbook.blogspot.com

Jack Lingam said...

ala tak kan comel je?

anyways kalau nak cit cat bolh la passing msn dekat e-mail junk saya di atas nama

kegunaanmasalapang@gmail.com tapi ini bukan email chit chat saya. saya guna kan msn. awak passing la dari situ pastu saya janji...

1. saya tak kan passing e-mel chit cat awak kat sapa sapa
2. saya bukan seorang pak cik tua yang bermisai tebal dan beranak 5
3. saya akan behave bila berbual
4. tidak akan flirt flirt yang kurang sopan (ringan ringan aje)
5. saya ini seorang yang genial tetapi kurang genius

harap comment ini tak kan di post di comment box anda..

saya akan nanti kan reply anda di email yang di beri di atas.

slamat soreh dan slamat malam

JL- bukan nama sebenar

Suet Li said...

eh i faham semua tau! walaupun bahasa i dalam tulisan hanya ok saje tapi kalau u dengar i cakap, fulamak macam perempuan melayu terakhir tau! wtf

areif said...

btol2...wah2...i never seen u in public...hmmm

ahlost said...

OMG.. JEAN !!! How is she? She ada belog ka?

and Hanis.. I took quite sometimes to read this entry *LOL* So long didn't read BM.. so.. *LOL* But if you blog more, then I think I can improve my BM *LOL*

Jebon said...

tahniah hanis zalikha! sungguh mencabar entri anda kali ini! dan terima kasih kerana mempromosikan belog saya. saya.. saya.. terharu.. tsk :')

myam said...

okay i dah penuhkan masa dengan mmbaca kesemua blog yg u sudah post.masa yg sepatutnye i study tapi i tak suka study tu...ha.and kesimpulannya,otak kau tu serabut penuh dengan rambut udang.kau merepek kuat nak mampus.tapi sebab kau cantik aku tak kisah aku suke.ada yg aku baca gelak guling2 terkentut.aku suka aku suka.

nad do nad said...

belog ber bahasa melayu lah best :)

Fiqa said...

ya ampun... translate: OMG... hahaa.. Jean.....! i rindu sgt sama diaa...... teehee..

Suz said...

eh.. knape masih tak update-update nih?

Iz said...

hahahah.. menerujakan = mengujakan? kelakar ok kau..

LoveyAshLiecious said...

u dan juga belog u comel.:p
btw, ini adalah blog bahasa melayu yang boleh dikongsi bersama.
http://bududanbelacan.blogspot.com
haha. credits to sueannajoe.
jagediri!

Ferdows D. Isaac said...

cayalah!

penanya said...

sfera bodoh yang dikejar2 oleh lelaki2 sasa.huh!

reggaefc said...

hu2..hebat saudari hanis...byk komen kat blog ni...ermm...klu rajin layari blog kami...he2...

tawawfayakof said...

saya pun malas nak baca english. sebab ada je perkataan yg tak tau.. teruk betul statement saya..


p/s - kemeramen tu bukan nak jaga ati pemain malaysia, sebab nak amik shoot gol gol yang gempak. kompom la malaysia xdapek nak gol kan kat gol blah sana...

TEAM B.I.O.N.I.C said...

ada satu caption ko tu tulis JAKUN ABIS... bukan itu kata2 menghina org bangsa JAKUN ka? mana tau sekarang ni org JAKUN tak duduk hutan dah tak mustahil drg ada blog jugak... nanti terbaca caption hehehehe tak bagus la jadi nya... walaubagaimanapun suka baca kalau tulis malay lebih lucu... hehehehehehe hav a nice day.....

chiwox said...

stadium tempat org lelaki lepaskan tension. kalau anak dara melintas, macam macam aksi kita boleh tengok...kalau anggun tahap terlampau penonton akan bangun buat "sembah" dalam bentuk wave.

nampaknya semua lelaki kat stadium tu matanya terseliuh.

he he he !

mebby said...

hye hanis..so cute la u..n mmg besh tau tgk Bola ni..i likeee olso..

XEEA said...

helo hanis
i'm newbie here
belog kamu adalah sangat vesh
mau link kamu, yer

kipidap, gal!

nina mazda said...

fatihin husna ni macam kenal la..
dia dok Shah Alam kan?