Baiklah walaupun saya tidak puasa, saya nak juga buat Diari Ramadhan. Ah saya tak kira.
Okay kita teruskan. Saya akan dibantu oleh gambar-gambar dari ICANHASCHEEZBURGER.COM. Harap maklum.
4.30 pagi: Terbangun walaupun tidak dikejut kerana terkejut diri sendiri setelah mengunci jam di dalam hati.
4.35 pagi: Perlukan lima minit untuk betul-betul buka mata. Perlukan 15 minit untuk betul-betul bukakan 3 pasang mata yang lain, mata Alisya, Imran dan Hafiiz (nama diletak mengikut turutan kesenangan untuk dikejut).
Karakter Hafiiz dilakon semula oleh kucing kelabu.
4.50 pagi: Tolong emak (comelnya panggil mama emak) menyediakan sahur. Selalu dapat tugas sediakan air atau cedok nasi. Tugasan lain yang tak perlu disuruh merangkumi letak kurma atas meja dan bersahur sekali.
5.00 pagi: Masih bersahur sekali.
5.20 pagi: Jerit "SEMUA MINUM AIR KOSONGGG" agar rumah sebelah pun dengar. Padahal rumah sebelah cina tapi takpe.
5.30 pagi: Duduk di kusyen sambil menonton Hafiiz pasangkan PS2.
5.31 pagi: Duduk di kusyen sambil menunggu Hafiiz passkan controller kelabu. Orang lain semua guna controller hitam, saya sorang special kaler kelabu. Ini rutin kami sementara tunggu waktu Subuh masuk, main game Thrillville atau BloodyRoar (tapi BloodyRoar tak best boleh main dua orang je dah la penat tangan tekan semua butang dalam satu masa sebab tak hafal combination butang apa jadi move apa).
5.43 pagi: Menari gumbira sebab menang MiniGolf. Siapa menang dapat pilih game apa nak main seterusnya.
5.45 pagi: Pilih game MiniGolf lagi.
6.00 pagi: Semua siap-siap nak sembahyang Subuh, saya siap-siap nak tidur. Kalau hari biasa selalu takbleh tidur lepas Subuh sebab nanti syaiton selimutkan dengan kulit babi, tapi bulan ini takpe syaiton kena ikat. (COMELNYA SEBUT SETAN, SYAITON)
9.30 pagi: Sebenarnya dah bangun tidur, tapi emak tidak boleh tahu, kerana perlukan 30minit untuk betul-betul bangun. Alamak emak akan tahu setelah baca ini. Redha~
10.00pagi: Turun bawah setelah mandi pagi. Muka ceria segar sentiasa.
10.30 pagi: Dah tahu kena kemas meja dan basuh pinggan tapi akan tunggu emak suruh juga.
10. 33 pagi: Emak suruh kemas meja dan basuh pinggan. Terasa Deja Vu (sebab semalam emak dah suruh dan esok akan suruh lagi).
{17 minit kemudian}
10.50 pagi: Saya basuh pinggan dan kemas meja. Eh terbalik. Saya kemas meja dan basuh pinggan. Ya interval masa antara 'emak suruh' dan 'Hanis buat' agak jauh, di sini dicatatkan intervalnya hanyalah 17minit walhal selalunya boleh mencapai 55minit.
11.20 pagi: Mengecheck e-mail dan membalas email. Menolak pelawaan buka puasa dan peluang pekerjaan dengan cara baik. Alisya hampiri dan berkata "Kakak Hanis, malam nih kitorang ada pertandingan Guna Muzik Lagu Yang Kitorang Pilih Tapi Tukar Lirik, Kakak Hanis judge". Saya mengangguk. Dah biasa sangat kena jadi judge tak berbayar seumpama ini. Teringat, patutlah bangun2 laptop dah on, ada window Youtube-Fergalicious. Ini mesti kerja Hafiiz, lagu nak lagu Fergie aje. WACHEH GILA.
12.30 tengahari: Emak suruh tolong buat kuih atau kek.
{Interval masa 17 minit}
12.47 tengahari: Tolong emak buat kuih atau kek.
1.00 tengahari: Hafiiz dan Imran tiba dari sekolah. Teruja tunggu Hafiiz pasang PS2 lagi. (Obvious tak yang saya kuat main tapi malas nak pasang ish ish ish padahal reti). Berdoa agar main game MiniGolf.
1.12 tengahari: Menang. Dapat pilih MiniGolf.
2.00 petang: Curi-curi pergi fridge untuk minum air susu cokelat. Harap-harap Alisya tidak perasan.
2.07 petang: Sambung main PS2.
3.40 petang: Terpaksa berhenti main PS2 kerana kena kopek bawang. Kadang-kala teruskan main sambil kopek bawang. (Multitasker siot)
4.20 petang: Berhenti main PS2 completely sebab mahu (eh terpaksa) tolong emak di dapur sediakan juadah berbuka. Tahukah Anda? Puasa kali ini, saya tidak pernah lagi jejak bazaar Ramadhan. Hebat tak hebat?
5.00 petang: In charge buat air minuman dan dadih.
5.01 petang: Membuat pilihan sama ada mahu buat air bandung, air laici atau air bandung laici.
5.05 petang: Buat air teh ais sahaja.
5.20 petang: Jenguk adik yang sedang bergumbira bermain PS2. Duduk kejap. Tengok kiri kanan. Emak sibuk masak. Main satu game kejap. Kalau menang dan dapat pilih game, terpaksa main dua game kejap.
5.49 petang: Buat dadih sebagai pencoci mulut.
6.00 petang: Emak panggil ke dapur untuk rasa masakan sebab hanya saya seorang tidak puasa. Akur dan terus merasa. Suruh tambah garam.
6.30 petang: Sediakan meja makan. Sediakan tuh macam letak pinggan, cawan, lauk semua. Bukannya macam sediakan, buat kerusi, pasang meja, bukan.
7.00 petang: Tonton Upin dan Ipin di TV 9, channel 119 (Jumaat-Ahad) kerana suara anak saudara (Tiah) digunakan sebagai suara karakter Upin dan Ipin. Sejurus selesai cerita tersebut tukar ke channel 715 untuk menonton Dragonball.
7.15 petang: Sambut buka puasa bersama. (Tidak tahu malu). Okay selalunya malulah tapi nanti daddy kata takpe makan je sekali, so malu tuh semua dah hilang dah masuk hari tak puasa yang kedua.
7.30 petang: Lepas makan kitorang semua tengok cerita Yakitate-JaPAN, channel yang sama dengan Dragon Ball. Cerita ini best sebab biasanya saya tak suka cerita-cerita Animax ini semua, gila wannabe tetapi cerita ini tentang roti. YA! ROTI!
7.50 malam: Emak menjerit suruh semua sembahyang Mahgirb tetapi tidak diendahkan sebab iklan kat Animax sekejap sangat. Nostalgia menonton Anak-anak Sidek waktu Mahgrib bermula kembali.
8.20 malam: Semua bersiap untuk ke masjid. Saya sayu bakal ditinggalkan dan tidak dapat bersama-sama tarawikh dan moreh.
10.00 malam: Mereka pulang, gembira kembali kerana akan bermain PS2 sehingga tidur di depan tv.
Hmm I wonder bagaimanakah hari esok? (CHEH PADAHAL ULANG2 JE SETIAP HARI. TAPI MALAM INI DIFFERENT SEBAB PERTANDINGAN GUNA MUZIK LAGU YANG KITORANG PILIH TAPI TUKAR LIRIK AKAN BERLANGSUNG, I CANT WAIT).
OhSoRambang: Kamu pasti wonder kenapa adik-adik saya tidak bermain di luar bersama budak-budak di neighbourhood kami. Kalau main di luar pun main di tasik (memancing) bersama adik-beradik sendiri sahaja. Kalau saya tanya mereka akan jawab "Taknaklah, anak orang depan tuh nakal, selalu petang2 main kat taman pastu calar-calarkan kereta orang lah, pastu spray2 dinding belakang rumah orang guna spray paint lah". Pergh gila nakal budak-budak zaman sekarang. Saya dulu nakal takdelah sampai macam tuh. Tahu tak kuih cina yang macam pau bentuk teratai tuh? Dulu ada display kat Giant, saya masa kecik kalau nakal sangat pun, setakat cucuk benda tuh dengan jari je. Ish ish ish.
rajinnya tolong 'emak'
ReplyDelete..hehe..anak mithali n kakak mithali betul :P
upin n ipin mmg best....folo dr thn lepas lagik
ReplyDelete...
ReplyDeletewhat a long day u have i n having fun with it...enjoy ur rest of fasting month...
take care..:)
haha entry yang menarek..seronok gak bace time boring2 kat opis..
ReplyDeletekeep it up!
regards
HAHAHAHA,terlalu nakal!!!!ishhh. And that picture of cat as dough made me LOL!!! So funnnny!
ReplyDeleteNasib baik sy x duduk belakang rumah awk hanis. Tp kereta sy kena calar juga baru2 ni (park tepi taman). Mungkin budak2 sebaya dengan jiran2 awk yg adik2 awk tanak main dgn diorang tu.
ReplyDeleteHahahaha hanis comel lahhhh, i mean ur style of writing. Oh, tak puasa hehhhh? Haha. Tak puasa pun bangun sahur eh? Baik sungguh anda.
ReplyDeleteLove,
Ayyman R.
wah jgn lupa update pasal petandingan tersebut. oh hanis, 12.30 tu dah masuk tgh hari dah.. bukan pagi lagi, hehe
ReplyDeletesituasi: tgh training kat ofis tp video call je ngn trainer (konon2 nak tambah skill dlm resume)
ReplyDeletesebelum baca blog hanis: mengantuk giler tp nasib baik trainer tak nampak sebab camera dpt cover smpi muka org sebelah jer
selepas baca blog hanis: gelak2 n x ngantok dh tp masih tidak menumpukan perhatian kepada trainer (sama mcm teman2 yg lain)
trima kasih krn wujud di dunia ini.
pehh ... nie journal kehidupan nie ..... penuh dengan aktiviti ....
ReplyDeletebagusnya suka (terpaksa) tolong mak.. walaupon x puasa, just minum air je ke? bagusnya.. anyway.. terjumpa blog ni kat nuffnang, syok gak baca.. salam perkenalan.. hoho...
ReplyDeletehahahahahahhaa ~ketawa terbahak-bahak sampai boleh terbatal puasa~ keluarga cik mmg best! keluarga saya kalau bulan puasa mmg muka panjang mcm kacang panjang and perangai burok mcm kuih batang burok
ReplyDeletelily lotus: hihi comel kamu letak eprostefi (') sebelum dan selepas perkataan emak.
ReplyDeletecapik: saya pun dari tahun lepas juga! sep2.
shafiqshamsuddin: thankyou! anda juga ya!
mohd faiz ariff: eh eh nama anda seperti nama adik saya, ariff dieja dengan dua r!
siewkwan: damn funny right the cat and its caption. can die laughing.
penance: mesti! budak-budak tidak matang yang nak act teenangers haha.
ayyman rahim: terkejut, terbangun. haha.
iz: eh ya allah! mamai sungguh.
nadxoxo: benda yang paling best dalam dunia ialah berupaya membuat seseorang gelak. tapi dengan sengaja lah. kalau tak sengaja macam tiba-tiba terpelecok tengah catwalk memang ah sedih gila. dan benda yang peling best untuk didengar adalah, okay awak telah cakapkannya di ayat last :')
nizam: kehidupan remaja suka duduk rumah.
smaelz83: try juga makan, tapi takde mood lah tengok orang lain berlapar. susu cokelat sudah cukup!
balqiz: haha perumpamaan balqiz gila best. eh kuih itu jangan hina, saya suka. jangan kata buruk. saya panggil batang cantik.
pheww,what a day!
ReplyDeletethere you guys.
ReplyDeleteminute updates from Hanis Zalikha.
it's only been half time but I think it's going to be a good game after all in the 2nd half.
*dah macam tengok bola pun ada dia punya minute updates*
dadih...lame dh tak wat...nk sikit
ReplyDeleteTerasa lapar pula baca blog ni! hee..hee.. anyway selamat berpuasa dan menunaikan solat terawikh.
ReplyDeleteI miss going to ramadhan bazaars :)
ReplyDeletehaha..
ReplyDeleteu r dem funny.. uhuhu!!
eeee tidak puasa! katanya Alisya. she's adorable lah. eceh eceh. buat kek dan air semua.... mai jadi menantu aunty meh. hahaaa. i miss yer mom's dadih..... =)
ReplyDeletekamu kelakar
ReplyDeletejon: pheeeewh okay.
ReplyDeleteober: haha.
areif: dadih letak coffemate sedap woh.
maswafi abd samat: terimakasih anda juga okay.
kreazi: i pun rindu. tapi too much pembaziran lah kalau pergi.
thechroniclesofsindarella: wah thank you!!!
fiqa: ini hari ke lapan i.
hani: HOORAY!!! :)
eh eh si hanis ni tak puaser lagi. betul ke masih ehem.
ReplyDeletehaaa...teruskan entry bahasa melayu sampai Raya...
ReplyDeletewa caya sama lu...
hai hanis...u r so pretty la...!
ReplyDeletei like you in red hair tau.. & ur blog pun sgt seronok dibaca..kelakar maut...
nice to meet u here...mami link urs okey...salam kt adik2 tu yg comel juga
kenapa ada 2.07?sunggoh comel..
ReplyDeletecan i be ur follower... can laa..hehe... got here thru nuffnang... love reading ur entries... very gila2.. hehehe
ReplyDeletebabe, mcmner kamu buat dadih?
ReplyDeletemacam mudah jer bunyi nyer. semudah membuat teh ais itu..
I burst out laughing at your comment on you cucuk the teratai pau display when you were naughty last time. Your kittens looks so cuddly...
ReplyDeleteYou are damn manislahh, Hanis! I followed you on MDG and I'd follow you here too :) Grrreat to see the post below with the other girls. I suka Fiqa, Jay, Jean (she's nice too) and your sayang.
ReplyDeleteStay as you are. You are lovely :)
wah2..
ReplyDeleteeven tak posa, jadual harian ttp pack. baguih2..
pix2 kucing tu buat aku gelak je tgok.
hahaa
ReplyDeletethis one is funny hanis.
cerita puasa + lolcats = WINRAR!
this is the best entry yet.. hahaha
p/s: bloody roar game yang sucky. sila main Tekken atau Street Fighter vs Capcom. lebih sakit jari kerana button mashing!
awwww..the cat pictures are super adorable!!!!!!!!
ReplyDeleteu should do something like that too! =D
Eh? So mean!! You cucuk the mooncake?? =O I love the squishy sweetness of mooncake.
ReplyDeleteWhere do you live? Geez... So terrible those kids! =(
"pagi tadi saya bersahur dengan air suam" kata saya kepada awak.
ReplyDelete"don't worry bour me, just go go"
ReplyDeletehaha. lucu gambarnya
Hanis, kite xtau ape tu malaysian dream girl. never watched before. found ur blog at nuffnang. but i truly like ur attitude. n jokes. n im having fun reading ur blog. keep it up! ;)
ReplyDeletebestnya baca life seharian kamu. ;)
ReplyDeleteooh ini ke die??
ReplyDeleteu rrrooccckks!!
ReplyDeleterajin nye bercerita.. sungguh sronok membaca..
ReplyDeletesiyes nakal budak skarang.. dulu paling nakal pun main guli je.. lastik budak pakai guli.. ngeeeeeeee
1st time masuk blog ni.. nice :) anyway salam perkenalana dari ghimau :) kalau ada masa ziarah lah blog aku :)
ReplyDeletelll: eh benar. jangan diragui.
ReplyDeleteraf: haha i wish i can. but i have non malay readers too :)
mommy lily: awww thanks for linking! okay no problem.
cik siken: kerana teliti. CHEH CHEH.
misz_a: sure just click 'follow this blog' :) glad you enjoyed reading! nuffnang baik.
~chenta~: memang mudah! kalau ada masa boleh share resipi!
joanne: what is it called yeah? its like apom/apam.
eve: awwwww thank you! yeah theyre awesome too.
niss: OKAY JANGAN CERITA. haha. i excited tunggu setiap hari nak tengok. tapi best kaaan?
conan_skywalker: sibuk betul ya saya ini. haha sibuk bermain.
obefiend: lolcats rock! used to play Tekken! and and Streetfighter too. now rosak d.
huei: haha its too funny.
ashleigh: mooncake? is it mooncake? i love mooncake too but is it mooncake? its like a pau/apom/apam pink colour looked like lotus. is it mooncake? (how many 'is it moocake' already)
ahmad: bagus ahmad. atleast awak bangun. kata hanis dengan senyuman yang dia ingat cool.
shahril mohd: i pun suka that gambar gilaaaa.
yazrinayusoff: ala thank you so much. takpe, tidak tahu lebih baik :)
emme: gumbira dahku mendengar.
neo: ler macam ni jer rupernyer. haha.
mrs hussein: mari jadi rockers!
ripsta: nakal yang membimbangkan. hingga termasuk kategori jahat. kita dulu suci je.
ghimau: OKAY!
menarik lah kehidupan hanis ni...
ReplyDeletebest je nampak jadi model...
rasa nak juga jadi model mcm hanis ni...hehe
tapi sygnya saya ni laki...hehe
macam2..
ReplyDeletecomel sungguh! :D
Hello Hanis, this is my 1st time droppin' a comment since this is my 1st visit to yr cute house! XD
ReplyDeleteAhha, u punya diary best okayyy. Semua orang tgk upin ipin-whatever the name is, tp i sorg je yg tk tgk. Best kah? haha.
Btw, exchange link, jom?? ;-))
Oh.. The flouroscent pink one? Poke all you want. I don't like that cake. Hahahaha!!
ReplyDeletenih post yg jujur... sonoks baca!
ReplyDeletejujur dan menarik...
ReplyDeletenice!
cute nyer.. best baca..teruskan...
ReplyDelete" 6.00 pagi: Semua siap-siap nak sembahyang Subuh, saya siap-siap nak tidur. Kalau hari biasa selalu takbleh tidur lepas Subuh sebab nanti syaiton selimutkan dengan kulit babi, "
ReplyDeleteahahahahah! nostalgic koot!
" 6.00 pagi: Semua siap-siap nak sembahyang Subuh, saya siap-siap nak tidur. Kalau hari biasa selalu takbleh tidur lepas Subuh sebab nanti syaiton selimutkan dengan kulit babi, "
ReplyDeleteahahahahah! nostalgic koot!
menarik sungguh diari harian cik hanis nih...
ReplyDeletebest dpt kakak cmnie...hihi
menarik sungguh diari harian cik hanis nih...
ReplyDeletebest dpt kakak cmnie...hihi
hi hanis.1st time comment sini.sonok sgt bace blog ni.mampu mbuatkan daku ceria(x igt post pe)& sedih (tips adikberadik ramai).. keliru+conpius,sampai x tau nak yg mane,walau collection lom ckp.kena wat keputusan gak kan(dilema laptop)
ReplyDeletebetul la 'pasar ramadhan',byk pembaziran.kadang bukan sedap pon.mcm otak² 2 ari lepas,KECEWA tau.x bleh mkn langsung & makan juga krn degil & mendapat sakit perut.haha.eeemm..fatiha tu sepupu hanis kah? thn ni x de ipin & upin kot ek...
teruskan menulis yeh !!
asalamualaikom hanis..
ReplyDeletepeh, interesting jugak beloq u ni ye..banyak tips-tips menarik..
lagi satu, cara u communicate pon memang sooo gooooodddd, terasa macam i sendiri yang bersembang dengan u (macam face to face la)..pastu gelak sekali..(sampai macam tu sekali feel nya..sekali je bukan dua kali tau)..
so nice belog hanis...keep it up!!
ReplyDelete=)
miss ramadhan so mux..cant wait to go home..huu..miss ma mummy too.. =)
lorr, anak sedara hanis ke tiah yg kiut miut tu,, hehe
ReplyDelete