Sunday, September 7, 2008

Poket penuh sinaran matahari dan mentol bercahaya



Di atas motivasi anda, saya lebih dari gembira untuk menulis dalam Bahasa Ibunda. Eh bahasa Ayahanda (sebab bahasa ibunda yang sebenar, bahasa jawa). Apa-apa sahaja demi pembaca saya, yang menyumbang kepada lalulintas di belog tersayang. Tapi saya tahu, ada segelintir pembaca saya yang tidak tahu langsung berbahasa Melayu, salah satunya kerana beliau orang German (Im sorry Sybille, but this entry has to be in Malay). Jadi apa kata saya didik mereka berbahasa melayu.



Penyedut hampagas: Vacuum cleaner.



Okay dah penat mendidik, mari teruskan entri ini.
Puasa memang kadang-kala membosankan. Tapi ia memang sepatutnya begitu, sebab bulan inilah kita beribadah semampu-mampunya. Satu hari, tahap kebosanan adik-adik saya melampaui batas, mereka mengambil flyer Giant dan mengadakan pertandingan melukis flyer Giant terbaik menggunakan MS Paint. Ya saya terharu kerana mereka seakan-akan berusaha ingin mewarisi kehebatan saya dengan MS Paint. Lawak sangat mereka kerana begitu bersemangat siap ada had masa (30minit seorang) lagi semua. Haha. Tapi setelah beberapa ketika, menampal gambar cili kering dan kubis segar di MS Paint tidak begitu menarik lagi, maka Hafiiz didatangi mentol bercahaya di atas kepala (idea), dan berkata "OKAY JOM KITA LUKIS BANNER BELOG KAKAK HANIS, SIAPA PALING TEPAT AND CANTIK DIA MENANG." Diikuti oleh "SIAPA MENANG HAFIIZ MASAKKAN UNTUK DIA" (sebab risau tiada siapa nak turut serta pertandingan beliau). Haha sayang adik aku.



Pertandingan pun bermula. Tiba-tiba mereka tersedar yang memori mereka tidaklah sekuat mana untuk mengingati setiap butir yang ada pada banner yang saya pernah lukis suatu ketika dulu. Alisya hampir menangis, tapi dimarahi Hafiiz. Fierce gila pertandingan tersebut. Okay saya tahu kamu semua tidak sabar melihat hasilnya.



Mempersembahkan (skema wtf):








Oleh: Alisya.

Kenapa ianya comel: Sumpah tiba-tiba ada arnab besar sebelah handbag.









Oleh: Hafiiz.

Kenapa ianya comel: Ultraman gemuk.







Oleh: Imran.

Kenapa ianya comel: Amat terperinci. Walaupun Hanis nampak macam ngandung dalam baju biru, tapi takpe, keterperinciannya mengaburi segala.



Apa yang lebih lawak, ketika Hafiiz hampir siap lukisannya, dia sedar dia ada peluang untuk menang, maka tiba-tiba sahaja dia "Kakak Hanis kalau Hafiiz menang dapat apa?". Saya yang tergamam pun menjawab "Hafiiz dapat masak untuk diri sendiri, bukan untuk orang lain, isnt it great?!" Haha bangang. Okay ya, saya harus reward mereka kerana kecomelan ini.



TAPI BAGAIMANA SAYA HENDAK REWARD HAFIIZ UNTUK KECOMELAN INI?!



46 comments:

  1. best entry yet.

    aku terus KDK ( ketawa dengan kuatnya = LOL) kerana keskemaan entry hari ini. bahasa ayahanda... that got me laughing so hard

    by the way.. those are some nifty MS paint skills.i think the ultraman one is fab. i always have a weak spot for horned superhero in spandex! ha ha

    how to reward the little dude? i know. next time you go on a fashion show ask all the gorgeous models to kiss the little dude. i'm sure a few years down the line he will be one smug guy!

    "aku dulu model cium banya-banyak"

    HAHAHAHAHAHHA!

    ReplyDelete
  2. haha.. comel gile yg ade arnab tu..
    if o were u i'd choose yg tibe2 ade arnab tu..

    ReplyDelete
  3. HA HA HA.
    Ultraman gemok.
    Gila comel.

    ReplyDelete
  4. OMG my first time burst out laughing reading the ultimate post! haha, i love the wittiness of your siblings and of course, you hani! ;)

    ReplyDelete
  5. haha.entri bes2.

    my vote goes for Alisya.kekiutannye terserlah sgt smpi timbulnye arnab kt ctu.







    heh.

    ReplyDelete
  6. obefiend: okay people mari guna KDK ramai2.

    hadi: sumpah poster spca.

    chika chika: sebab pelukis dia pun kuat makan wahah!

    rachel: haha thanks for reading this malay entry!

    zaini: tiba-tiba gila. okay alisya dapat satu undi.

    ReplyDelete
  7. wat lukis gune paint...mmg tangan doktor...

    ReplyDelete
  8. sumpah aku x perasan ada ultraman kat banner tuh...huhuhu

    ReplyDelete
  9. alisya made the cutest banner!

    ReplyDelete
  10. hahaha.. kelakar la adik2 ko.. i vote for all, boleh tak? alisya for her cute bunny, hafiiz dgn ultraman gemoknye, dan imran dgn tulisan trengkas beliau, haha

    ReplyDelete
  11. Wah mereka sungguh pandai, lebih pandai daripada saya dalam menggunakan paint, saya kagum! Reward mereka ice-cream? Saya tahu, tulis satu entry kat sini, saya promise akan comment! :)

    ReplyDelete
  12. areif: bakal doktor bedah harap-harap.

    raf: ish ish ish.

    anon: what about meeee? haha.

    iz: wokeh bagus undi semua.

    siewkwan: they want a blog o.0

    ReplyDelete
  13. I was bloghopping and I guess its worth it. So cute and funny.

    But awak lupa untuk menterjemahkan "flyer" *keluhan*.

    :)

    ReplyDelete
  14. I don't even know how to use MS Paint to draw :D

    They're 3 smart kids :)

    ReplyDelete
  15. wahh..nak upah adek2 kamu utk buat template belog saye juge :)

    ReplyDelete
  16. Pertama sekali, saya amat terpegun dengan bakat MS Paint mereka. Kecik-kecik dah pandai, bila besar nanti bolehlah jadi designer ye! Lepas tu, memang tidah disangka-sangkakan, ingatan mereka cukup bagus! Saya sendiripun tak dapat ingat seperinci tu.. mungkin sebab dah tua kot? Hahahahaha

    ReplyDelete
  17. bagaimana dpt dikenal pasti itu arnab?
    kucen pun ada kemungkinan.
    musyhkil2.

    imran dan alisya.
    dua2 pun hanis mengandung.
    mgkin mereka mahu ank buah dgn segera?
    persoalan.

    kesemua pun cumel.

    ReplyDelete
  18. adeh,lawak betul.
    lagi yang Hafiiz lukis tu.
    hanis or zali.

    tak tahu anda juga jawa.
    hai sedara jawa.
    tp tinggi saya cuma 166cm je
    bahahah pendek laaa

    ReplyDelete
  19. Penyedut hampagas lol. Hadiah apa? Duit raya lah bagi.

    ReplyDelete
  20. HAHA i suka yg dress biru mcm mengandung. HAHA. sgt kelaka okayhh! miss u !! :)

    ReplyDelete
  21. cik hanis.
    banner blog awak ni adik awak lukis ke dulu? hehehe

    ReplyDelete
  22. hahahaha! diriku ketawa terkekek-kekek membaca entri ini! tahniah kerana telah berjaya meng-post entri dalam bahasa ayahanda!

    terima kasih kerana mem-blog dalam bahasa melayu :) saya mahu lagi! :D

    adik-adikmu sesungguhnya sangat comel.haih! aku rindu akan adik-adikku di kampung~ :( tidak sabar untuk pulang berhari raya..whee~

    ReplyDelete
  23. hola
    this is the first time i visit ur blog...comel nye and u're so funny..semuga berjaya dgn karier kamu ok..!

    ReplyDelete
  24. hahahaha. lawak la. comel gila lukisan Alisya. ader arnab secara tiba-tiba. semua lukisan comel!

    ReplyDelete
  25. First time singgah ke blog ni...
    Huhuhu.. Boleh tahanlah lukisan tu.. Bukan senang nak lukis guna MS Paint ni.. Menggigil2 tangan nak kasi sharp garisan tu....
    Apahal tahniah kerana di feature dalam nuffnang...

    ReplyDelete
  26. kretiff gila adik² nya. apa pulak plan diorg arini smentara tunggu bukak posa?

    ReplyDelete
  27. Bahahah! Semua cute laaa.. Kelakar arnab besar tiba-tiba.. Haih..

    And bahasa ayahanda?!! BDAL!! (Berguling Di Atas Lantai)

    ReplyDelete
  28. cosmic freak: kalau begitu saya juga lupa terjemahkan handbag, fierce, banner dan reward. hehe.

    ahlost: they said thank you.

    kak dee: they said no hal.

    kreazi: comel je you comment dlm bm haha.

    cik papaerdolls: dua-dua cuba nak lukis kaki i yang bengkok haha nampak macam perot bukan?

    syah saliman: haha hanis or zali. nak kena boxing neh.

    liam: eh takderrr lerrrr.

    simon: alright!

    zalikha: saya rindu awak juga! ingat pesan saya!

    shahril: eee orang lukis sendiri lah. hmph.

    nadxoxo: sumpah tiba2 nak pulang raya. haha.

    ichigo: okay thank you so much!

    areif: mungkin.

    kilmy: kan kan kaaaaan!

    zool: thanks for clicking it!

    conan: pergi Giant. sumpah.

    jebon: BDAL?! BDAL comel!

    big boys oven: indeed!

    ReplyDelete
  29. omg. comel sangat ur siblings!
    hahaha..
    i love reading ur bm posts. its so rich in bahasa.
    not like those english translated words to bm.
    keep blogging this wayyy!!

    ReplyDelete
  30. lol. comelnya adik adik youuuuu! kalau adik2 i memang tak pasal lah kan.

    sorry lama tak comment blog you. sgt busy sekarang ni. T_T

    xoxo

    ReplyDelete
  31. KDK jugak...hohohoho..found ur blog at nuffnang,sumpah kelakar tahap gaban.anyway,can i link to ur blog from mine?tx.

    ReplyDelete
  32. Saya pernah menyertai suatu perbincangan mengenai satu tangkapan gambar model. Kami telah berbincang di dalam Bahasa Melayu. Hasil perbincangan, kami berjaya menterjemahkan:-

    spamming = menyepam

    refresh = segaran semula

    sigh = keluhan

    upload = muat naik

    malah kami juga berjaya berlawan pantun.

    http://www.flickr.com/photos/prakashdaniel/2802938822/

    :)

    ReplyDelete
  33. handbag = tas tangan

    fierce = garang

    banner = poster lebar gantungan

    reward = anugerah

    ReplyDelete
  34. haha.

    pegi Giant submit kretiff design diorg ke?

    ReplyDelete
  35. The race to be the most famous blogger in Malaysia is on! Add your blog site to boost your reader count! :)
    http://malaysiablog.gotop100.com

    ReplyDelete
  36. LOL I just couldn't resist commenting. Hafiiz can jadi new GD for Giant account. Mesti best :) nanti dah besar suruh dia masuk advertising.

    ReplyDelete
  37. hahaha your siblings hahahahahah hanis the queen of ms paint O.O lmao

    ReplyDelete
  38. lukisan MS paint tu sgt comey...
    adik2 hanis lukis dgn ikhlas tu..
    reward dengan duit singgit sorang..ok gak!!

    ReplyDelete
  39. u ni mmg hebat buat graphic eh..love ur editted pictures..

    ReplyDelete
  40. hai...salam kenalan..wah.pandai kendali MS Paint cz nmpk jugalah persamaan with ur banner.hehe

    ReplyDelete
  41. tersenyum dan tersenyum....itu yg aku hanya mampu buat sambil baca blog nie...sbb nk tepuk tangan or bg penghargaan xboleh kn...bukan apa,sbb blog nya simple sempoi and sweet..nice story babe...

    ReplyDelete

No proper ID, no proper comment, down you go the freaking spam drain. Receiving happy vibes!