Tuesday, November 4, 2008

Kawan baik perempuan sepet itu



Pernah tak saya cerita tentangNor Izdiyani. Rasanya pernah beberapa kali. Tentang bagaimana Nabil Dambaan Pilu minatkan beliau sebelum kewujudan saya, etc, dan hari ini, saya akan ceritakan tentang beliau yang cool lebih lanjut.


Kamu mesti terfikir, siapakah yang begitu cool sehingga dapat tidur sebantal dengan saya, meletakkan saya dipangkuannya pada waktu2 sejuk dan berpeluang melihat saya menangis sehingga hingus terkeluar 2cm??? Ya inilah beliau.




Hesh comelnya saya ini, kawan baik saya adalah perempuan molek bertudung di atas.



Kami sangat berlainan tapi kami sangat serasi. Dia perempuan molek bertudung yang mantap dan tidak tinggi, tetapi saya sebaliknya. Tapi kami share satu benda, sense of humour. Okay lah tipu je share satu benda, padahal share tilam, kucing, brooch dan rumah tapi yeah you know what I mean. We complete each other.



Salah satu contoh, saya ingat lagi masa sekolah menengah dulu, ada satu ketika, pengusaha kantin sekolah ingin menonjolkan kepelbagaian maka beliau memperkenalkan Air Batu Campur dalam menu. Ah tentunya si gemuk berdua ini menerima baik berita tersebut. Maka setiap hari kami akan ke kantin untuk beli benda yang sama, ABC. Kami tak pernah beli dua ABC berasingan, mesti nak share, sebab kami memang jimat, sebab takde duit tapi berangan nak main futsal, maka kena saving untuk bayar court.


Jenis saya, kalau makan ABC mesti makan part AB sahaja (iaitu Air Batu) dan dia lah yang akan makan part C (iaitu crap/serdak) menjadikan kami, partner sejati makan ABC sekolah. Ingat lagi dulu, setiap kali sebelum beli ABC sama-sama, mesti kami gelak-gelak dulu sebab saya sememangnya tak boleh nak beli ABC dan deal dengan Abang Takde Expression, sebab terlalu lawak situasinya, maka Iz lah yang selalu beli ABC, saya teman. Sebelum beli, baca bismillah supaya tak gelak besar kat kaunter. Abang itu amat melawakkan. Dia takde ekspression, tak kira apa yang terjadi di hadapan beliau. Dah lah ada tahi lalat besar dan leper di pipi kiri. Iz kau pasti sedang gelak aku tahu. Oh we read each other's mind too.


Cakap pasal tahi lalat, teringat kat kampung, saya tengah duduk-duduk berangan sementara Aunty Nana sibuk memasang ubat nyamuk. Secara tiba-tiba Aunty Nana menjerit "HANIS HANIS PUKUL TUH DEKAT LEHER HANIS NYAMUK BESAR", saya yang bendul baru habis berangan ini pun memukul nyamuk di leher saya sekuat hati atas dasar geram, dan bertanya "Dah?" kepada Aunty Nana. Kemudian dia jawab "Lah Hanis ada tahi lalat kat leher??" Ha ha l a w a k. Bunuh saya sekarang.


Berbalik kepada topik sebenar, saya dan Iz sangat rapat sehinggakan rumahnya menganggap saya penghuninya sendiri. Setiap kali saya datang pasti gate tak berkunci (haha padahal Iz memang tak pernah kunci gate ke hape ntah). Dan saya dan Iz begitu rapat sehingga saya telah tertukar nama kucing beliau dari Lady/Laydee kepada Emperor secara permanent. COMEL SANGAT KUCING GEMUK GEBU BESAR MACHO KALER OREN DINAMAKAN EMPEROR. Nama Lady sangat bapuk, dahlah kucing tuh jantan. Identity crisis gila. Kami juga sangat rapat sehingga Iz akan melayan kerenah saya seperti terjaga tengah malam dan meminta Maggi. Atau kejang lutut seperti warga emas dan meminta urut. Iz selalu panggil saya tua. Saya pun tidak tahu mengapa. I mean orang muda pun ada kejang lutut, hilang ingatan dan sakit belakang kan? Kan?? Pernah sekali kami bergurau Iz tercubit saya lalu saya menangis. Saya pun tidak tahu apa motif saya beritahu anda itu. Nak tunjuk softer side saya ke? Hmm.


Kami begitu rapat that recently we got married to each other. Tapi Iz je sempat pakai inai sebab kami kahwin sambil berlari. (Kahwin lari) (Lame joke)



Walaupun Iz muslimah dan bertudung anggun, dan saya pula brutal dan berambut gerbang, tapi kami still guide each other on our personal style. Selalu kami MMS each other untuk fashion consultation.


Contoh MMS.

Subject: Skarf baru oleh yang tersayang!


First slide: Memakai skarf petak-petak piknik sebagai tudung.


Second slide: Tapi style aku pakai beginilah.



Third slide: Untuk mengubat hati kau yang luka, kau bakal terima selendang di atas. (Waktu ini Iz sedang bersedih atas pemergian selendang kesayangan beliau kepada kakak senior pembuli).



Fourth slide: Ini masa aku lawak, baru start nak stylekan first-first, geleber bodoh.

End of MMS.


Dan kami selalunya jujur kepada diri masing-masing dan membalas MMS dengan ayat2 seperti:

Tua gila kau bertudung guna karpet piknik.
Atau.
Apa dah jadi dengan kau Iz?


Sayang betul saya kepada Nor Izdiyani Musawir. Saya terlalu banyak memori lawak dengannya tetapi kalau saya nak share semua, harus dedicate satu belog untuk beliau. Dan belog itu mungkin kami berdua sahaja yang baca.

Anda ada gambar cool begini dengan sahabat handai anda?




59 comments:

  1. *smiles*
    this is so sweet of u!
    *more smiles*
    i love the fact that u guys complete each other!

    ReplyDelete
  2. that is why best fren coz it complete each other...why u where tudung looks like arab...hhehe...serius ly

    ReplyDelete
  3. comelnyer korang. mcm cupcakes!

    ReplyDelete
  4. hahaha...the tahi lalat part...sumpah takleh tahan...

    ReplyDelete
  5. wahh sangat mengharu-birukan haahah kiddin Hanis. Overwhelming la... It is nice kalau ade kawan yang boleh share laughter and tears sekali dengan kite... I think i am going to write an entri pasal ni.

    sangat mengharukan nyaris menangis dan meleleh hingus 2 cm setengah~

    ReplyDelete
  6. bertuah si Iz ada kawan cam gini.. jeles2.. kalu laki2 berkawan.. kitorang bertumbuk-tumbuk dan main maki2.. pastu gelak2.. biasa la.. lelaki suka berjenaka cara ganas..

    Lawa la ko pakai tudung tuh.. jd cam org lain plak.. huhu~~

    ReplyDelete
  7. err,Nor Izdiyani ni dah berpunya ke?berkenan pulak gua kat dia ni..

    ReplyDelete
  8. kelaka giler... slumber ...
    tergelak jgk i bc story u n iz.
    ayat u bersahaja...
    bosan pun boleh tergelak kalau bc. tq

    ReplyDelete
  9. hehe so saweet. walaupon kamu berdua berbeza, tapi tak jadi masalah utk berkawan baik kan?

    comel giler kamu bertudung

    ReplyDelete
  10. how sweet!
    klakar la akak nih..hiks

    ReplyDelete
  11. saya ada teman rapat yang saya benar2 sayang

    isteri sayaSiti Fatimah Abdul Aziz. comel orangnya, gebu pipinya, manis senyumnya, baik budinya dan huduh ketawanya!

    well you can't win them all! she is my friend ,confidant and ears when i need someone to listen to my incomprehansible babble.

    saya seorang kera sumbang di sekolah. maka dia sahajalah teman rapat!

    ReplyDelete
  12. harharhar. saya pun ada beberapa kawan baik yg saya rapat gila. itulah kwan mencuri, menipu, menggila, melawak, bergambar, bersetan, dan sebagainya. hoho.

    best kan ada kawan baik? =)

    ReplyDelete
  13. u both mmg best! Appreciate her since die masih ade... jrg dpt tgk kwn dedicate blog cam u da buat.
    c0ol!!

    *best=Serasi! ;)

    -Star

    ReplyDelete
  14. comel jugak hanis bertudung ...

    ReplyDelete
  15. Ada...ada...dia ialah sahabat sehidup semati saya...wahhhhhh...best kan ada best friend mcm ni yang hanya dier faham kebodohan kita...TENGSSS

    ReplyDelete
  16. "we complete each other"
    kdg2 kita bley jd rapat dgn some1 tu bkn kerana kita punya persamaan, tp lbh pd perbezaan..sbb tu akan jd serasi sbb rs ada org dpt complete kn part yg opposite dr kita.

    ReplyDelete
  17. oh. kamu amat comel la hanis bertudung. well, both of u looks great together.
    :)

    ReplyDelete
  18. best ada kawan begini, kan?
    i have one gud fren named Siti Zainab which is still my good and best fren till now.
    we look up for each other and advise each other a lot... hmmm, how i miss my school days..
    hanis oh hanis..

    ReplyDelete
  19. eh, cantikla selendang yg nak diberi pada IZ tu!

    ReplyDelete
  20. hahhahaa...sangat sweet! Kamu berdua sangat serasi untuk bersahabat. Jangan khianatinya okey! Kerana bila kamu kehilangan sahabat itu, kamu tidak akan dapat pengganti yang lebih baik...

    ReplyDelete
  21. Hi Hanis,

    I've been following your blog silently. Hanis pakai tudung pun nampak cantik. Betul. Oleh kerana saya rasa saya di kalangan ramai orang maka saya telah merajinkan diri membuat perkara-perkara kesyukuran saya. Tapi tak sehebat anda!

    ReplyDelete
  22. saya sgt jeles sbb takde kwn baik yg btul2 rapat.. (heh?)

    take care! :)

    ReplyDelete
  23. Sayang sungguh anda terhadap best friend anda.

    Saya faham perasaan itu, kerana saya juga menyayangi best friend saya seperti itu.Terlalu.Sayang.Sangat.Sangat.

    Entry ini sangat sweet Hanis.

    ReplyDelete
  24. haha.
    :D
    sgt comel.
    makan ABC ada part2 plak.

    ReplyDelete
  25. chanteknya dia pakai tudung kaler turqoise tu hukhukhuk kawannya juga chantek

    ReplyDelete
  26. hye----> hanis
    wah..buddy yg best..
    saya juga punya seorang..<---tibe2 jadi skema..

    ReplyDelete
  27. tentu ada. hehe.

    Hanis bertudung molek pun comel!

    ReplyDelete
  28. kita pun ada best friend. dulu time sekolah share sirap (nasi lemak tak share,sbb masing2 lapar) pastu dlm kelas tak dok sama2 sebab tau akan buat bising so kita dok dpn,dia dok blkg kita..
    skrg dia dh kawin, anak nak masuk 2 (kita lom kawin) tp kami mcm dulu2, w/pun tak share air, kami masih berbincang tentang apa nak makan waktu lunch di YM dan tahap kebengangan dia bile anak dia sepahkan barang mainan..
    BFF hanis and iza!

    ReplyDelete
  29. Hye Hanis..best kan kalau ada kawan commolut yang sanggup berketawa dan bersedih bersama..

    Jangan jadi mcm sy..sobsobsob..

    (Saje meluahkan perasaan mengada-ngada di sini..:))

    ReplyDelete
  30. jihan: kan? smiling smiling.

    areif: haha arab nyerrr.

    K.Jah: dengan cream merah jambu ceh.

    arif: wahah!

    Zulkarnain: wow begitu panjang (merujuk pada hingus)

    smaelz: transformer wo.

    Amaradona: maaf. sila cuba tahun depan.

    ndlaw: sama-sama bebeh!

    lindosh: benar!

    Nad Eusoff: malu akak.

    Obefiend: awww huduh gelaknya. sungguh bahagia.

    Aisyah Rozi: amat menggumbirakan hidup.

    Star: haha yeah!

    ahmad: terimakasih darab empat.

    Nizam: yeay!

    mclarenna: kehodohan juga!

    Ann: very true.

    dyana: hihi shy.

    umi ameer: awww semoga berkekalan adabi. eh. abadi.

    redanna: dia punya yang hilang tuh, lagi cantik, so kesian.

    dina: *dengar nasihat anda*

    My Spirit Finger: thankyou so much!

    MarlissaMusa: hihihihi tewimekaseh.

    jon jonson: sila ambil bunga telur di pintu masuk.

    dalila: bakal suami?

    reena: sanyagilah bestfriend anda *kempen jom*

    i: seperti susu pekat manis kah?

    adel: makan ayam kunyit pun.

    momoe: tak cantik tak kawan. haha kidding.


    ~::kAziRa::~: baguslah!

    Marliza Radzi.: yeay! hargainya (pujian itu)!

    suz: nak jadi macam itu jugalah!

    Doly John: ahaha tepuk belakang anda.

    ReplyDelete
  31. bertuah kamu ada kawan yg baik begitu. dah la tu masing2 comel je

    ReplyDelete
  32. hello hanis.sila link aku.anyways comel kaw bertudung.awww, u guys do complete each other.

    ReplyDelete
  33. oh saye ade banyak EX-kawan baik hehe. mase skola, setaun kwn bai8k ngan budak ni, setaun budak ni plak. ceh.

    so, skang, dh maintain ngan 3 org skali gus & yep, we do have lots of cool piccas together ailaik

    btw hanis, u sgt cute gilababeng pakai the tudung biru itu

    send my slm to ur kwn baik!

    ReplyDelete
  34. hey hanis. omg, best gile you ade kwn mctuh. but to me, i don't believe in bestfriends, they end up backstabbing you or talk behind your back. yeah, i'm that unlucky. =S Am I being too picky, or too independent, or too paranoid about trusting people or what? Anyway. keep on writing great posts. =)

    ReplyDelete
  35. penyampaian yg berkesan! rasenya spm BM awak boleh dpt A ni.

    jeles tgk u all. tp takpe, i pun kamceng jugak dgn member yg lain. sgt kamceng. ur story actually hampir2 same dengan je dgn i. HEHE

    ReplyDelete
  36. blog kamu menarik. oh, beruntung mempunyai kawan yang baik, memahami, sekepala, blabla :)

    ReplyDelete
  37. jikalo di amerika atau liverpul memang korang dah buleh kawin dengan sah..

    tahniah, bentuk kepala awak mmg cantek untuk bertudung...

    ReplyDelete
  38. HAHAHAHAHAHAHAHHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAH!

    (cant setop laughing(setop itu saje wat2 macam kiut salah eja like ur BELOG ;p)

    hey u r soooooooooooo funny!tak sangka ok ade model yg senget mcm ini budak!!hahah!

    keep on blogging!n kirim salam to ur mom coz dia sgt anggun n comel mcm i okie!(hahah perasan)

    ReplyDelete
  39. cantik orangnya,harap hati pun cantik

    ReplyDelete
  40. Baru perasan muka u dgn best friend u SEBIJIK!

    ReplyDelete
  41. apekah ini. siape izdiyani ni. *ehe ehe ehe ehehehehhehehehehhehehheeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee

    ReplyDelete
  42. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  43. seperti saya dan kakak kamu? =)

    ReplyDelete
  44. haahahahahahahhaha.sirius lawak gilerrrr.amat bez krn pmpuan mst ad kwn yg amat rpt cmni.urm.*stat dgki ngan pmpuan*

    ReplyDelete
  45. koni pun panggil aku tua.haih.

    ReplyDelete
  46. kalau ada gambar saya dengan kawan saya macam tu. mesti saya difitnah oleh mereka yang homophobic kat sini. padahal diorang tak tau, aku lelaki ulung yang tulen. haha

    ReplyDelete
  47. haha apa jadi dengan korung semua tah? dua dua budak pandai kan weh!

    saya nampak Encik Musawir semalam? haha

    ReplyDelete
  48. Hai hanis, cute la u nie...

    ReplyDelete
  49. nice fren,,,

    saye xde p0n fren serapat cm 2,,,=(

    ReplyDelete
  50. was wondering mane ur lovely bestie beli tudung die hoho totally unrelated but i rlly HAVE/NEED to know :D thanksie

    ReplyDelete
  51. sy takde kawan baik...isk216...tlg la sy adik hanis...

    ReplyDelete

No proper ID, no proper comment, down you go the freaking spam drain. Receiving happy vibes!