Tuesday, February 17, 2009

Maaf, untuk jadi teman sebilik saya, anda harus seksi

Saya sepatutnya sedang menelaah untuk kertas Management malam ini. Tetapi mengapa pula saya sedang secara senyap menggunakan laptop (dan hotspot!) Shika ketika dia tidur? Hehe jangan risau, saya bukannya pencori, secara senyap bermaksud menggunakan laptop dengan sopan santun dan tidak menghidupkan radio yang telah disimpan di tempat rahsia kerana tidak memiliki sticker elektrik setelah mendengar ura-ura spot check oleh UPK.

Ingat tak dulu ketika saya seminggu tidak ada teman sebilik dan terpaksa tidur memeluk yassin? BUKAN LELAKI BERNAMA YASSIN YANG HANDSOME DAN WANGI YA TETAPI BUKU YASSIN YANG DIHARAP DAPAT MELINDUNGI DARI GANGGUAN BEKALAN AIR. Eh eh. Gangguan makhluk menyerupai perempuan yang bertenggek dihujung katil. Ha masa itu saya dah sayu dah kenapa tiada roomate? Tiada siapa nak sebilik dengan saya kah? Tapi saya dah bawa karpet Ikea untuk kita bersama menjamu selera di atas nyaaa T_T

Turns out, budak yang sepatutnya sebilik dengan saya, tukar bilik untuk bilik dengan kawan dia. Meaning memang tak sempat bertemu pun. Tiada jodoh. Mungkinkah dengan Yassin saya ada jodoh?? Eh eh biasa dia!

Di satu hari yang indah, ditakdirkan, kawan Ain Senior (panggil dia Ain Senior sebab terlalu ramai kawan bernama Ain, maka dalam phone terpaksa save number dia sebagai Ain Sr. MAKSUDNYA AIN SENIOR EH BUKAN AIN SEMPANA RIAU *nama kolej lelaki, jenaka dalaman) datang untuk menjenguk bilik kerana dia claimed biliknya terlalu dekat dengan tiang yang monyet selalu buat pole dance pagi-pagi. Katanya lagi, Ain Sr yang syorkan bilik ini kerana TELAH MENJADI BUALAN RAMAI PIHAK BARANGKALI ATAS KESUNYIAN HANIS ZALIKHA (cheh padahal dia yang pergi daftarkan diri dekat ruangan sahabat pena Komik Kawan) tsk T_T

Akhirnya doa ku setiap malam untuk dikurniakan teman menjamu selera atas karpet Ikea bersama dimakbulkan. Bermula Adventure Hanis and Roommate The Movie. Soalan pertama yang saya tanya "Shika bawa iron tak?". Haha hampa seh dua-dua takde iron rupanya, lepas itu tiba-tiba Ain Sr dan Kak Sha dengan baiknya memberi iron (seterika, bukan zat besi) kepada kami sebab mereka claimed roommate mereka dah ada iron. Last-last sekarang ada sorang satu. Haha tapi dah pulang ah, guna satu je. Haloba gila nak dua-dua pastu taknak bayar sticker.

Ingat lagi masa first-first jumpa dengan Shika, comel nak mampus. Dah lah lawa muka kacuk Melayu India. First time jumpa dia dah cakap, "We're gonna have so much fun!". Ingat dia bawa lava lamp ke kerusi urut ke apa, rupanya sebab personaliti dia yang fun dan keserasian kami.

Dah lah dia ni suka gelak dan gelaknya sangat comel macam anak kecil, pastu gedik suka panggil saya Nanis bajet macam anak saudara yang pelat dan selalu makan cokelat comot. Yang paling penting untuk jadi roommate terhebat, adalah seksi, eh eh salah, pemurah. Tapi seksi pun kena. Serious setiap kali ada orang ketuk pintu bilik jual makanan mesti Shika nak belikan. Dadih cokelat lah, sausages lah. TAPI YANG KETUK PINTU JUAL TSHIRT TAK PERNAH BELANJA LAGI, SILA CONSIDER INI SHIKA I KNOW YOURE READING THIS. Haha gurau garau.

Hanis rindu sangat mama, tapi terpaksa saving-saving call sekali-sekala. Mama pun busy sangat dan penat, so Hanis taknak merengek-rengek cerita benda remeh. Banyak benda nak cerita kat mama, instead cerita kat Shika. Sebab best sangat cerita perkara sehari-hari dekat dia. Sebab dia dengar betul-betul dan ingat dan respon dengan best! Tapi paling penting dia ingat. Tak payah penat nak describe balik siapa yang mana dan apa yang dia buat heh. Tapi tak tak, still tak sebest mama jangan risau mama (padahal dia yang risau mama dah taknak call). Haha.

Shika.. Shika.. kalau saya lelaki, saya dah rampas awak
dari kekasih awak dengan cara memberi kek cokelat buatan emak (kelemahan Shika!). Hint kepada boyfriend Shika yang saya selalu nampak gambarnya di dekstop (dulu lah, sekarang wallpaper Shika sumpah merapu ada gambar dengan sari kata And Ive been waiting for him for a long time): Belilah kek cokelat buatan emak saya bila birthday Shika. Nescaya awak dapat bertunang dengan dia.

Ingat lagi masa kami sama-sama membasuh baju di tengahari yang terik. Sungguh menyeronokkan (ada cerita tidak menyeronokkan di sebalik My First Time With The Self Service Washing Machine, but itu untuk hari lain ya?) kerana saya masih ingat setiap detik yang kami lalui. Ceh dah sebab berlaku semalam memang ah masih ingat. Dah ah siap bergambar.






Kalau gambar ini buat wallpaper dekstop pun lagi smart dari gambar bersari kata And Ive been waiting for him for a long time tuh.




SHIKA SAYANG! Tak, dia lagi cantik dalam kehidupan sebenar, ini dia pakai seluar busuk pastilah selekeh.





Tapi berseluar busuk-busuk pun ada hati nak panggil I apek, sebab I tucked in tshirt ke dalam seluar semata-mata nak jemur baju. Haha.


OhSoRandom: Mama kata Dewa dah besar! Next post I nak berlagak tunjuk gambar-gambar Dewa yang indah :P

74 comments:

  1. Heppy jer awak skang nie.... nice too have u happy back from the "dengki" people....

    ReplyDelete
  2. haha.rajinye basuh baju.xde dobi eh?

    ReplyDelete
  3. adalah baik kiranya Anis lebih berani daripada mahluk yg bernama syaitan dan jin itu ...

    jika dia muncul, anis katakan ... jangan kacau saya .... saya hidup dalam dunia saya dan awak hidup dengan dunia awak, biarlah ia sebegini ... lepas tu anis takbir dalam hati banyak banyak

    ReplyDelete
  4. raNdoMnisaSaTiON :

    cmane hanis dgn test management? ada ok?

    ReplyDelete
  5. oh riang sungguh membasuh baju.....

    ReplyDelete
  6. hanis kiut..
    saya letak link awak kat belog saya ok!

    ReplyDelete
  7. hah
    ada senjata sulit rupanya
    kek coklat mama
    mesti tngkap kepala makan kek tu
    nti nk test pwr kek tu leh??
    seksi=seksa =P

    ReplyDelete
  8. hanis! cant wait to read ur next post ;D

    ReplyDelete
  9. dear hanis,
    wpon dh ada rumet, sile tdo peluk yassin lg sbb itu makhluk perempuan bertenggek di tepi katil x takut pon dgn rumet yg seksi..eh silap2..pemurah..hehehe...
    (cubaan utk menakut2kan)

    ReplyDelete
  10. Ahaks...

    amek la gmbar time yg proper. nk gak tgk seksi Shika.

    How a great name =) i loikeee

    HAHAHA~

    tido smbil pegang buku Yassin sgt chumel.

    ReplyDelete
  11. hahaha..bgos laa tu ade jgk peneman skrg selain YASSIN..
    ekek;))

    ReplyDelete
  12. hahaha..bgos laa tu ade jgk peneman skrg selain YASSIN..
    ekek;))

    ReplyDelete
  13. tuck in baju pun masih kelihatan jelita!

    ReplyDelete
  14. hahahaha mesti kecoh that room these days hehe

    ReplyDelete
  15. hye shika!!!! eh... hye hanis!!!

    ReplyDelete
  16. huhu..bestnye dapat rumate yang macam tuw...tunjuk lah gamba dia di blog kamu...teringin nak tengok muke dia yang "comel" tuw ea?

    ReplyDelete
  17. Camna tau suar Shika busuk? Sayangkan Shika sampai cium suar dia ke? Or memang busuknya ya ampun...Jgn marah Shika!Hahahah!

    ReplyDelete
  18. aku igt shika tuh engkau tadi. macam tinggi dan lawa dohhh.
    bile nak tunjuk gmbr betul betul?

    rambut lu masih hot ah bai bai bai cibaii.

    ReplyDelete
  19. betul!.room mate harus best!.i miss matriculation years. my room mates are the best!

    ReplyDelete
  20. musti bilek kowang glemer sbb isi dalamnya cantek2 belaka. len kali kau snap gambar idung shika. aku nk tengok! ;P

    ReplyDelete
  21. haha..lawak sungguh kamu ini ya..kalau jmpe mesti x sangka ITU KAMU bak kata ESTRANGE..betul x?hehe

    ReplyDelete
  22. Saya masuk sembang cet dalam pukul 11 mlm tadi di alamak cet http://malaysia.alamak.com

    glamernya Hanis bila sebut nama awak ramai yg kenal .huhu di bawah perbualan pendik pasal Hanis tak mengumpat..



    [eSc] hanis zulaikha lah
    [hubbyShah] ii zoy..hehehe
    [eSc] hehe
    theDuke] sapa HANIS ZULIKHA tu kicap? meh kenaKkan dgn aku..
    [zoy] wsalam pgasie
    [eSc] hahaha bang kicap.. hampeH!!
    [eSc] hanis zulaikha lah
    [eSc] hehe

    [
    [theDuke] ada tak yang macam Rozita cheWan? aku stimm tengoK senyum dia
    [eSc] Duke.. x de ah. budak lg tu.. balak2 dia lom ada masa lg. biziiii heheh

    ReplyDelete
  23. adehhh suka lah baca ekekeke.. menghiburkn saya di pg2 buta ini.. ;p

    hi, saya link blog awak kt blog saya ye.. =)

    ReplyDelete
  24. sure tak study lagi lepas habis tulis entry kali ni...

    ReplyDelete
  25. che hanis.. ko rajin2 la tulis pasal kehidupan ko kat hostel. seronok aku baca. dok teringat zaman aku dolu2.. hahaha~

    ReplyDelete
  26. stry about rumate ea.
    so sweet
    skang i da tamen rumate2 da.
    men housemate plak..
    lg best..
    haha

    ReplyDelete
  27. peewitt.
    model sidai baju.
    hahha.
    humble la kamu, hanis.
    bgus.
    wait.
    i dun say u r humble cuz u sidai baju tau.

    ReplyDelete
  28. hanis.....
    menarik la baca blog u... huhuhuh....
    tnya mama awak cam no nak beli kek masih tiada respon.. mungkin mama awak bz kot..
    ehehe tanya anak nyer laa..
    mcm na nak order kek coklat mama awak?? email me please.... cecara nak contact mama kesayangan awak.. heheheh
    ehh ehhh....

    ReplyDelete
  29. hai hanis.. sudah tau cecara mau order.. tak perasan ada no tepn di tepi... wweeewaaaaa

    ReplyDelete
  30. Hi Hanis..
    Im ur silent reader actually (skang bukan lagi)..teruskan mengPOST cerita2 yang lawak kerna ia pasti menceriakan hati saya..
    take care..UiTm di hatiku..

    ReplyDelete
  31. bestnya hanis dah ada member sebilik, hilang sunyi ek

    ReplyDelete
  32. hahaha...tengok gamba ni hanis teringat akak masa dok asrama dulu...sidai baju macamni la...bila petang nak amik baju seluar dalam/ baju dalam mesti hilang!!!

    ReplyDelete
  33. upssss...salam kenal...akak kagum ngan u & ur mom...

    ReplyDelete
  34. hahah.. love ur posts..
    suke baca..

    Ripsta
    htpp://ripsta.studios.my

    ReplyDelete
  35. nape shika tu masuk lambat?

    huh teringat roomate dulu bdk kokdiang yg kuar gi bandar kajang beli cincin emas rega 900 lepas sehari dapat duit ptptn

    ReplyDelete
  36. saya seksi...mempunyai ukur lilitan atposphera sebanyak 31-30-32..agak2 layak x menjadi teman sebilik hanis...muahahahahahaha....terimabs kembali kenangan menduduki hostel serta menjadi hantu hostel...

    akceli hanis ni ambek akaun ker???

    ReplyDelete
  37. dear adik hanis, when i read your entry, suddenly teringat my uni days in uitm shah alam! sgt best! haish..miss those days! btw, study smart. ~~UiTM dihatiku~~

    ReplyDelete
  38. hahaha. hoi mmg lawak tuck in baju begitu.

    ReplyDelete
  39. aku tak sexy...
    tapi aku nak jadik roomate ko...

    boleh..?
    (^_^)

    ReplyDelete
  40. Kehilangan budak itu yang tukar bilik. Dia tak tahu ada model terkenal masa depan tinggal di bilik itu.

    ReplyDelete
  41. heheheheheh!!!
    swonoknyer ade room mate yg sekapla g2

    ReplyDelete
  42. sis hanis , idk why , but i really do loooooooooove your blogs ! haha and oh , sis mmg cantek and gojes gila :))

    ReplyDelete
  43. hi!!! love reading your blog ika..hahaha

    ReplyDelete
  44. hoh! tak disangka2 model zaman skang da pandai wat lawak.. bole la masuk raja lawak 4 pasni.. ;p sesungguhnya saya amat terhibur membaca karangan2 anda yg amat menawan.. cewah bodek kuat je.. hehe

    p/s- mula2 usya blog ni sbb tgk owner dia cm cun tapi terus jatuh hati dgn blog ni sbb karangan2 yang terisi dalamnya amat best.. hehe.. teruskan berkarya!

    ReplyDelete
  45. haha, cerita bestlah hanis :)

    ReplyDelete
  46. wah sgt cute citer awk! teruskan menulis hanis~!!!!! :) no seriously.

    ReplyDelete
  47. berikut adalah komen saya yg pertama kt blog awk.......
    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


    hmmmm
    rasenye kasut tu akan dipakai pada hari isnin depan kot...
    hehe...
    kelakar2 la awk ni...
    tp muka lau selisih serius je...
    mgkin itu membuat awak lg kelakar la sya igt...
    =p
    adumayai...
    jgn nilai org dari rupa...
    im sory...

    p/s;hmmm adakah shika (dalam post yg maner x igt) adalah shafiqa abdul shukur?

    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
    persoalan terjawab...
    betol la telahan saya name rumet awk shafiqa abdul shukur...

    kek coklat rasenye maseh xcukup nak rmpas jd kekasih die...
    org mcm die rasenye bg kilang coklat bru cukup...

    sape2 ada kilang coklat boleh la usul borang kat hanis...

    hahahaha...

    credit:cika still x brubah...hantu coklat...

    ReplyDelete
  48. kekal lagi rupanya nama sempena riau dan taming sari tu...

    ingat dah tak pakai lagi dah...

    ReplyDelete
  49. kalo nk oder kek coklat
    leyh anta umah ke?

    hokk...ske nye mkn kek ceklat

    ReplyDelete
  50. Hi i am pradeep i read your article and it is really cool and awesome. Your Blog seem to be cool and Good theme too...This is my FIRST entry in having a blog I want to make new friends from all over the country and share my new experiences that i am going to have in my upcoming whole life.I think we can share everything and know more about each other….PLEASE HELP ME IN MAKING YOU AS MY FRIEND….hahaha… :lol:i have added your link kindly visit my blog and add my link.

    ReplyDelete
  51. teringat lak zama dok asrama dolu2.... sekarang asrama dah best ..basuh kain pon dah ade mesin..cuma masuk duit jerr....

    baguslah Hanis dah ade kawan ...dok sengsorang amatlah membuhsan kan...

    ReplyDelete
  52. ehhee... jack black pun seksi ape?

    ReplyDelete
  53. Firstly,
    Hanis...#(*&$
    cheh, hampagas tol kamu yer.
    haritu study lewat malam,
    then nak turun gi dapur buat air kopi,
    terbayang plak perempuan bertenggek.
    terus seriau.
    walaupun tahu kat uk ni tak de hantu,
    still seram. hampagas kamoo. chet.

    ReplyDelete
  54. ok. i dont know u and u dont know me. but bahasa melayu u menarik. hehe. i jadi x paham. ;D which utim heh..

    ReplyDelete
  55. hari membasuh nampaknye hanis :-)

    best kalau ada roomate satu kepala.

    but for me... tak...:-(

    ReplyDelete
  56. uh huh,uh huh

    kekasih saya memang comel

    n seksi, jgn lupe.

    anis, sila show off gambar die yg proper sket, maka saya selaku kekasih die bole berlagak secara terang2an...ehh.

    looking forward for our 1-year anniversary.bole bagi kek cokelat mama anis bnyk2 sampai die muntah2... :P

    ReplyDelete
  57. Salam hanis. Nak tnye sket. Kat uitm segamat tu amek kos pe? Tempat pnyidai kain kt luar ek- sng cpt kering bju. Mcm ktrg kt uitm shah alam ni, tmpt sidai kain nye kt dlm bgunan. So, lmbt sgt kering

    ReplyDelete
  58. masuk ksatria tak?
    uniform kaler pelik tu masih wujud?

    ReplyDelete
  59. weyh stiker tu rm10 je la. pastu fotostat byk2... hehe

    ReplyDelete
  60. name ku juga syika cik hanis!
    (: same.....

    ReplyDelete
  61. sila lah alert apabila menyidai baju.agak2 baju kesayangan sila sidai di dalam bilik..
    maklumlah i ada pengalaman jemur suar jins kesayangan..masa nak angkat tgk2 tinggal penyepit je.
    :'(

    ReplyDelete
  62. hello hanis...Ingat tkde post pasal entry kehidupan kat hostel segamat..baru terjumpa ni..hanis duk kolej baiduri ke...miss UiTM Segamat...ada gangguan air lagi tk skrg ni...mandi berkemban kat bwh,rebut2 tadah air kat lori JBA...funny entry :) senior Uitm Segamat...

    ReplyDelete
  63. kalau saye nk jadi roomate awk ? omg saye takreti jadi seksi !!
    kim salam Shika :)

    ReplyDelete

No proper ID, no proper comment, down you go the freaking spam drain. Receiving happy vibes!