Sunday, September 6, 2009

Sesi Temuramah Hamis

Kerana saya tiada masa untuk hadiri temuramah untuk majalah-majalah hiburan apatah lagi majalah sekolah, marilah saya berangan ada orang nak temuramah saya dengan soalan-soalan panas, pedas dan menarik (macam gambaran masak lemak ketam). Mungkin tak patut panggil temuramah sebab saya bukannya kategori ramah kalau pertama kali jumpa. Temulawak boleh? Atau temujanji? Sebab saya kan janjirock.


Soalan: Lima perkara yang kami tidak tahu tentang anda?
Hamis: Apa ini? Kahwin dengan saya dulu.

Soalan: Apakah perkara yang anda malu untuk mengaku bahawa perkara tersebut buat anda sangat teruja?
Hamis: Bila lecturer kata "Okay saya nak bagi kamu assignments". Atau bila terasa nak buang air besar. Eh termengaku pula. Delete delete. BACKSPACE SEKARANG.

Soalan: Apakah perkara yang anda kadang-kala kesali kerana tidak memilikinya?
Hamis: Kemahiran untuk menipu. Emak selalu kata saya tidak pandai menipu (sebab bila dia merajuk dengan bapa, dia nak saya mainkan peranan). Kemahiran menipu saya sungguh lame sehingga kalau Brad Pitt ajak rompak bank, saya akan jadi karakter pertama yang mati dulu dalam Ocean 14.

Soalan: Apakah soalan lazim yang anda selalu tujukan apabila dibawa keluar berjalan?
Hamis: Kepada ibu bapa, "Ini jalan apa?" (Semangat nak hafal jalan sebelum ambil lesen. Amalan terpuji). Kepada sesiapa yang bertanggungjawab ke atas saya waktu kerja, "Is this place halal?". Kepada rakan taulan, "Agak-agak berapa jam lagi sampai?". Kepada pemandu bas atau LRT, "Dah boleh turun ke?".

Soalan: Ciri-ciri lelaki idaman anda?
Oh okay, maaf temuramah/lawak/janji terpaksa dihentikan kerana Hamis nak cuba baca buku. Sehingga berjumpa di isu keluaran depan!

44 comments:

  1. hanis,
    soklan last tu
    mcm nak larik jer
    bunyik jwpn tuh...?

    apekah???

    ReplyDelete
  2. im 1st? hehe..i kne baca balik sesi temuramah ni. ahax!

    ReplyDelete
  3. Kalau yang menerumah tu abang rambut ketak atau michelle melodi, dah tentu soklan last tu akan terpaksa dijawab juga.

    Mereka tu adalah golongan wartawan yang tak kenal erti takut ditempeleng tau. Hihi.

    ReplyDelete
  4. ahaha..
    agak-agak berpae jam lagi nak smpai..
    konfem tido je sepanjang jalan

    ReplyDelete
  5. la...setakat itu jer temuramahnya...
    bila nak sambung lagik...

    ReplyDelete
  6. agak2nya bila ye isu keluaran depan akan disiarkan? hihi

    ReplyDelete
  7. hehe.. x sabarla nk tggu keluaran akn datang ;p

    ReplyDelete
  8. Hanis-hanis...tsk tsk tsk.. Eh, kalau 5 pekara tuh org lain nk tau, pastu kena kahwin dgn awk, isk sy rs ramai yg cancel le niat nk kahwin dgn awk. Hahahhaha..... Mesti burukznyeee..

    ReplyDelete
  9. ok, baiklah.. org yg pertama comment
    (kerana blog anda sy 'buka' 24/7)
    *sila percaya...

    Lg sorg wartawan datang menyibuk nak tny..(soalan klise)

    Q: Betolkah anda digosipkan dgn seorg pelakon lelaki in?

    ~ini adalah soalan kategori merapu meraban

    ReplyDelete
  10. ooo kena approval dulu.. hahaha.. sorry2..

    ReplyDelete
  11. I akan tunggu keluaran yg akan datang tu.. hek3 ;D

    ReplyDelete
  12. drpd ko buang peluh msk MDG tu, aku rse lg baik ko try raja lawak plak la

    ko ngn iz same je, pompuan cntk yg klakar, sgt limited edition

    ReplyDelete
  13. hahahahah.
    pakailah krim temulawak.
    ada2 saja hanis ni :D

    ReplyDelete
  14. ingat nak tanya gak soalan yang last tu.hehe...


    salam singgah

    ReplyDelete
  15. hey.
    you look a bit similar with Meisa Kuroki. Hee. oh man. this is so random. :p

    ReplyDelete
  16. kat pemandu lrt camne kamu mahu tanya samada boleh turun ke tidak semek hamis oi..

    ReplyDelete
  17. Oh, kalau betul ada interview macam ni mesti heboh satu Malaya dengan jawapan kamu, hoho.

    ReplyDelete
  18. hik hik hik... kelakar la...

    im enjoy reading your blog...

    ReplyDelete
  19. Ala...Hamis sambung ler lagi temuramah/duga/lawak/janji yang Part 2 pulak, sikit sangat ler, tak puas acik baca nih.

    ReplyDelete
  20. oh tidak tidak tidak. rupanya bukan saya yg pertama. sedikit malu di sini. HMM.

    ReplyDelete
  21. hey hanis, dont forget to visit my cheap blogshop:

    www.shopherepeople.blogspot.com

    btw,nice blog!

    ReplyDelete
  22. hahaha...lawak bangat..huhuhu..allo guys.don't forget follw myblog k..

    ReplyDelete
  23. kenapa Hamis pastu Hanis pastu Hamis
    pastu Hanis..
    adakah Hanis ini hamis :p
    tak kan..

    ReplyDelete
  24. salam dik....bleh tak akak nak link kan blog adik lam blog akak?

    thanks.

    ReplyDelete
  25. lawak...lawak.
    Sempoi gyler, jawapan. lawak..hahaha....

    ReplyDelete
  26. jom melawat ke blog sy.boleh memuatturun movie dan lagu2 secara percuma.. http://arenafreedownload.blogspot.com/
    p/s:- cik hanis,kalau boleh tlg la promo my blog ni.tq.. :)

    ReplyDelete
  27. noticed your blog kat nuffnang awards nominee... klaka la weh.. keep up gurls.. :)

    ReplyDelete
  28. Kahwinnn??? Nak, nak, nak...*sambil tersenyum* Nis takmau reject ah nanti I terkecewa. Hehe...

    ReplyDelete

No proper ID, no proper comment, down you go the freaking spam drain. Receiving happy vibes!