Friday, October 30, 2009

Boneka Segala

Pengumuman:

Fashion booths untuk

Big Bang Carnival

Taman Tasik Titiwangsa

8 November 2009

6am-9pm

hanya tinggal 3 lot sahaja ya.

Hubungi 012-6938365 untuk sebarang pertanyaan. Sekian :)


_______________________________________________


Saya adalah orang yang sangat menghargai mainan. Kalau dulu waktu muda dulu, ala tahun 90an gitu, saya sungguh teruja apabila hadiah hari lahir adalah mainan.


Waktu tiada wang untuk membeli mainan, saya akan cipta mainan sendiri. Berbekalkan kotak ubat loya Scott's Emulsion, saya balut guna kertas A4 dan gunting kan dua pintu untuk menjadikannya sebuah lemari es (peti sejuk) untuk kegunaan anak patung Barbie saya. Kemudian saya akan mencari manik-manik kecil atau lukis sendiri magnet untuk peti sejuk tersebut. Apabila membeli piza dari Pizza Hut dan mendapat stand kecil berwarna putih di tengah-tengah pizza, saya jadikan ia side table untuk katil Barbie saya, katil Barbie yang di perbuat dari kotak tisu berbalut kain perca berbantalkan batu seremban yang kakak Liana jahit. Itulah mainan-mainan saya waktu kecil yang saya sangat bangga apabila kawan datang rumah dan lihat sendiri bahahah. Bila semua orang baya-baya saya ada rumah Barbie yang mahal dan lengkap, saya guna rak buku sebagai rumah apartment untuk Barbie saya. Hmph engkau dua tingkat aja beli kat Toys R Us. Aku punya 3 tingkat (lepas letak semua buku dan Kamus ke tepi).


Makanya adalah reaksi spontan untuk saya menjadi teruja apabila Uniquely Singapore Tour membawa saya ke MINT Museum Of Toys Singapore. Walaupun seperti mahu tidur hotel sepanjang vacay itu setelah hari yang panjang semalamnya (akan di cerita di entri lain), aku gagahi jua.



Good morning there! I'm your tour guide of the day! Pakailah celak banyak mana, kalau dah sepet memang sepet. *Kredit kepada flash dari camera untuk kemulusan kecerahan kulit yang tidak hakiki.





MINT Museum Of Toys Singapore



Eceh ya ya je tadi ku gagahi jua etc. Bila dah jumpa mainan terus macam nak terbang. That's me Hanis The Tour Guide mocking Astro Boy.



Permulaan tour membawa anda ke tingkat di mana semua mainan adalah mainan angkasa lepas!





Kalau anda perasan, kebanyakan mainan zaman dulu adalah hand-painted dan berasaskan aluminium/tin. Even kotak mainan tersebut adalah unik kerana setiap satunya dicat menggunakan tangan. Diberitahu bahawa kalau mainan ini dikopak satu persatu akan nampak perkataan Horlicks atau Jacobs kerana ia adalah daripada tin-tin yang dikitarsemula. Wah mereka kitar semula dah 100tahun yang lalu. Kita baru terhegeh-hegeh nak start sekarang.




Kemudian tour membawa anda ke tingkat Childhood Favourites!


Untuk membezakan produksi mainan Mickey Mouse dari England dan dari America, Mickey dari England ada gigi.




Teddy bears yang terawal berdiri seperti beruang sebenar.



Ia seakan-akan memandang kita. Comel!








Seronok melihat setiap satu mainan ada sejarah masing-masing.
Dulu Darlie dipanggil Darkie di mana orang hitam digunakan untuk menunjukkan kontra terhadap gigi yang putih setelah menggunakan ubat gigi mereka.



Dulu tidak mengapa jika mereka digelar nigger.




Antara Barbie yang terawal. Lama juga patung Barbie wujud hanya dalam versi kulit putih. Zaman sekarang baru ada kulit hitam dan kulit kuning (Asian).




Betty Boop suatu ketika dulu adalah seorang perempuan yang muscular hahahaha.


Kereta untuk budak kecil dibuat teliti dan siap berlapik tempat duduknya. Semua menyerupai kereta sebenar, pintu aja tak boleh buka. Kereta budak kecil zaman sekarang berwarna-warni extravaganza (-_-")




Mainan juga melambangkan sesuatu negara. Ini adalah contoh mainan dari German.


Mainan di sana di jual dalam satu set yang mengandungi item-item kecil yang banyak seperti di atas. Tapi boleh di lihat betapa mereka tak compromise dengan kualiti, setiap satunya dibentuk elok dan dicat teliti menggunakan tangan. Detailings dan kualiti yang memang superb.








Pengajaran? Belilah kereta dari German. Berkualiti.




Kadang-kadang ada juga mainan yang kita lihat macam tak make sense. Contohnya yang ini. Tapi mainan kanak-kanak memang supposed to be that way sebab mereka terlalu imaginative.


Lagi satu.



Bila belajar tentang sejarah mainan, ada juga mainan yang dihasilkan untuk tujuan menyebarkan propaganda. Contohnya yang ini di mana budak lelaki di China diajar membenci Westerners.

Ini ialah your regular squeaky toys. Except dibuat dalam rupa budak cina memijak kepala orang putih berhidung mancung.


Red Postman yang berwarna hijau.



Mengikut model kapal perang di waktu itu.



Liberation Truck.



Child Shooting. Percaya atau tidak ini adalah mainan yang dijumpai diproduce dan dijual di Segamat dengan harga RM5. Owner museum ini terus borong semua yang ada untuk menjaga nilainya, dan kini ia bernilai USD200 setiap ketul. Haha ambil kau aku bold perkataan Segamat terus.



Mainan lain adalah seperti kenderaan kotak mancis di atas.



Sebelum mengakhiri tour ini, marilah kita mengamati mainan dari Malaysia dan menghargai khazanah negara kita. Jual kat ebay mahal woh.


Tsk :')



Dan kami pun beransur pulang. Okay tipu sebenarnya kami pergi banyak tempat lagi thanks to Uniquely Singapore dan Nuffnang. But that's all for this entry :) Akan blog waktu ada kelapangan. Ya ini ialah final exam week saya dan amboi amboi sempat pergi Singapore teehee.




Anak terpotong emak.



Saya tebus dengan gambar ini.



Bye!

61 COMMENTS NOW:

izzahfarhana said...

I suka entry u ni.bermaklumat!
suma entry pun I suka Hanisss =)

aNiSa hANg tUaH said...

eii.
comel2 la gmbr mainan tu

erm
bile tengok gmbr2 bear tu.
cm tgok cite princess hours lak.
:)

hanis cantik sgt2.

C!kpuanmuda said...

hoh! mak macam kawan.. kagum sungguh.. anak beranak cantek..

nazat said...

ur mom?? macam rakan sebaya jer...

nway.

sangat fun tgk these pics.. i pulak mcm teruja nak pegiiii... woohoo..!

~farahsyeefa~ said...

lawanya mak hanis :)

Legasi Piston Pecah said...

sungguh kreatif hanis ek...
bleh jd duta mainan kot..
ad lg ke collection 2???

joegrimjow said...

percaya kamo akan jadi baik nanti

-macam skrg jahat, haha-

mcjayn said...

Haha. Tak sangka Hanis juga buat mainan sendiri. Dulu masa kecik saya pun buat camtu juga. Kotak Darlie a.k.a. Darkie jadi rumah lady bug. Even tulang toilet roll guna jadi mainan (oops). Bila kata macam tu, cam kesian sangat. Tapi mainan kami disimpan (out of reach) sebab mak sibuk and malas nak tidy up lepas kami main and sepah-sepahkan mainan. Hehe. Nice post :)

cujen said...

mak hanis cantiknye!!!!!!!!
hanis ngan mak mcm adik ngan kakak..hanis kakak, mak adik..hehehe

Kimie said...

As salam,

Singgah sebentar disini terpandang plak banner you... kiut lar sangat

Teringat pulak lukisan2 masa bebudak kecik dulu...

Lukisan-lukisan tuh, lukis sendiri ker?

fazemy said...

Cantiknya mak Hanis.Nampak mcm adik beradik dah.

Filla ~ Kasih Aleeya said...

uiiii..mmg suke toys eh hanis? tp dlm byk2 gambo ni kan.. mak hanis cantiknyeeeeeeeeeeee.. kem slm kat mak yek..

tia said...

betty boop..
sangat suka dengan betty boop

Bulan Boolat said...

hot mummy.chantek!
like daughter like mummy.

bspotgurl said...

Emak Hanis mmg comel laaa...

HaNa NyoTa uHArA said...

mama awak cantik

y@n@ M!B said...

bestnyee g kedai toys ^_^

Aida Narina said...

mesti mereka bermain, berkuda, berkereta suka hati di malam hari. :)

Alin said...

miahahahahaha

normal la, I dlu, barbie beli yang couple sbb nak bagi kawin. hahahahahaha

siap ada jiran apa nth aah lgi.
bengong~.
(-_-")

PAP said...

anak mak yang manja tapi matang.
mak kamu tak nampak macam mak.macam kakak.serius.sangat 'awek muda'.

nadhirah nasser said...

WOW.. nice.... what a nice trip.. teringat pernah jumpa ubat gigi darkie dlm kotak "harta karun" ayah masa nak pindah rumah dulu....

sitijamilahazmi said...

gorjes sangat mami you! :)

wanfatinsarah said...

bez nyee dpt tgok toys....

wanfatinsarah said...

bez nye dapat tgok toys!!!!
:)

YobSumO said...

emak cun. kirim salam kat makcik.

chykeenzachary said...

haha..org pertama komen. i saw ur klip dalam remaja cover dpn liyana jasmay.

btw..gud luck final.sy sudah 2 paper

zeemi said...

OMG, banyaknya mainan ala 70's. Soo freaking cute brings back memories.

And your mom look so young so 'pandai'. Some ladies can be epic fail wtf but your mom... wow.

OK, quota pujian emak orang sudah penuh... :)

zAkiAh_AbDuL said...

hanis, ur mom cantik lah. :)

JuLia d BuBbLes said...

hanis
kat penang pon ade toy museum tau. ive been there like 4 to 5 times jugak lak, sbb bwk org yg berbeza2 dtg. plus mmg sgt suke toys lg2 ade toys zaman kita kanak2 90an nih ;p

check this out (from my travel blog) kalau sudi hehe

http://travelwithbubbles.blogspot.com/2009/02/toy-museum-penang.html

tAiN said...

mak yg lawa dan xmacam mak
tp macam kakak!
=)

tAiN said...

mak yg lawa dan xmacam mak
tp macam kakak!
=)

NieSah said...

siyes mak u awet muda gile gile gile..mcm x caye..r u sure she's ur mom?
ape rahsia kecantikannya??

chipsmore said...

perghh..kirim salam dengan mak anda ;)

Puteri said...

sy ade koleksi sylvian families.. n anak patung dr besar sampai kecik.. bl kumpul2 payah lak nk bw pindah.. huhuhuhu

Hanis Zalikha said...

heh heh heh orang kata heh heh yang kalau kita nak tengok heh heh macam mana rupa heh heh heh seorang perempuan itu bila tua heh heh heh tengok emak heh heh dia heh

eynda said...

Hanis kalau pegi penang jangan lupa singgah toys museum kat sana tau...best jugak...dulu2 ada jugak kat the summit USJ...tak sure sekarang ada lagi ke tak...

mybreakfastclub said...

saya pula suka gigit kepala patung askar yg kecik2 sampai putus dan kunyah2 mcm chewing gum cuma tak terus mkn.

Nabil Aizat Abdul Rahman said...

eh gambar mak kaw chomeyl kot...permainan kelehatan antique dan chomeyl..suka

Akichan said...

Hanis, lawa la gambar toys tu. You dit ke or memang camera tu automatic bagi efek ala lomo gitu? Suke.. :)

Naniko says Ho Ho Ho! said...

hanis, heh heh heh. iklan tu sgt takleh blah ye. heh heh heh. ape ni?
anyway, u're so lucky sbb dpt g toys museum tu... wooo bestnye!

tAiN said...

hoh hoh hoh anda pasti hoh hoh hoh hanis zalikha hoh hoh hoh best blog hoh hoh hoh anda hoh hoh hoh

afiqah said...

wah2 bestnye!!
unfortunately im in egypt now:(
mahu pegi jua
hanis.u cantik sgt!!!:)

"iEkYn said...

canteknye mak u..mcm sisters jek..

TSYA'Z (~_^) said...

sy pun pnah buat rumah untuk barbie sy....haha...sgt cumel mainan kecik2...

itu ur mum???mcm kakak kamu...sgt cntik dn muda....

ashieBee said...

1. ur mum nampak soooooo muda :)) ape rahsia? heheheh

2. hahahah the betty bermuscle itu sangat funny ok! :P

Atiqah said...

wow x mcm mak u..gorgeous

zeemi said...

"heh heh heh orang kata heh heh yang kalau kita nak tengok heh heh macam mana rupa heh heh heh seorang perempuan itu bila tua heh heh heh tengok emak heh heh dia heh" - Hanis Zalikha.

OMG, subliminal message yang puji diri. LOL. Good one. I agree.

Liana Ezzana said...

kenapa dulu rajin buat batu seremban? nak sambung buat batu seremban lah.lalalala~

CripsyCaiHong said...

i love mainan so much !

anna said...

apa yang saya boleh kata kan mak awak tersangat2 cun...patut la anak2 pun cun2 belaka....ape rahsia mak awak eh...orang jawa kan suka makan jamu..bagi la tips sikit...i consider u seorang yang tidak kedekut ilmu..hihihi...bole la bole la ..sori cam budak2 sikit..hihi..tapi whole family cun2 aar...suka saya tengok...

~cici fasha~ said...

mak hanis umo bp je?
mcm sgt mude je..
=)

Ida Athanazir said...

mom look like ur sis!

Koishie said...

aku pun suka buat mainan sendiri. Pernah buat permainan sahibba dan saidina sendiri.. klakar tp best.

ilyia nur ab rahman said...

hanis..nape mak awak agi cantik..i adore her..nak jadikan kkk angkatla camni..hehehe

Arielle Antoinette said...

Hi Hanis...

I want to actually really apologise to you for not coming up to you to talk to you guys in Singapore. I was actually in your tour group with the Aussie bloggers, and I was SUPER starstruck by you, i as so so scared to even say hi. SOOORRrrrryyyy... um also, I don't quite read/speak Malay so I just look at your pics.:) BUT i did watch M'sia Dreamgirl which is how I knew of you. :) Sorry again. Maybe I'll catch you NEXT year ya? AND hopefully I'll be brave enough to talk to you. Sorry again...

Wahidah said...

btol ke tu ur mum..she looks so youngggg

Marisa said...

masyaAllah.... cantik banget your mom. How old is she? So beautiful just like u.....

mfo said...

omg..no wonder.
it's in your DNA.

betul kata dafi..hehe :)

NurLeeYana said...

ehhh. ur mum sungguh lawa (:

farenova said...

mak ngan anak sama cantik dan muda..

mOlliE said...

bestnye pegi jalan2!!
hmmm...very-the-cantik-ur-mom!!!

okeh.

:)