Tuesday, October 20, 2009

Terbaru! Ciri lelaki idaman hati dan deria!


Cirinya pasti berbeza setiap satu di antara kita, menjadikan perjalanan menemui cinta sesuatu yang sukar untuk digambarkan. Mungkin ada yang lucky in love dalam hidupnya, mungkin ada yang tak pernah merasai cinta sebenar up till now, dan mungkin ada menyalahkan diri sebagai loser in love setiap kali kecundang. Tapi ada satu quote yang I gemar sekali, yang tidak pernah gagal memberi harapan tika menghadapi waktu-waktu sukar dalam hidup I. Quote itu berbunyi “In the end, everything will be okay, if it’s not okay, then it’s not the end”. Jelaskan kata-kata itu? Bagi sesetengah orang, kebahagian adalah sesuatu yang you have to work for. Well, you gotta admit, the victory is sweeter that way.


Kalau bercakap tentang ciri lelaki idaman, memang akan berbunyi seperti amboi amboi nak yang perfect aja. Well, everyone is on the same track I’m sure. Bolehlah salahkan input-input dari buku fantasi, neraca kisah benar, telemovie, novel-novel chic-lit beli dari MPH, senarai 10things women love about men, sesi gossip emak serta makcik-makcik, iklan perfume murah dan sebagainya.


Pertama, perempuan mesti suka nak cari pasangan yang macam bapa dia. Sedikit sebanyak mesti nak ada persamaan juga. Dan kalau macam Daddy I, hehe mestilah tinggi. Tinggi yang bila I pakai kasut platform heels pun tak tergugat. Sebab bila tinggi nampak kuat. Bila tinggi rasa safe kalau menyorok belakang dia kalau dalam bahaya. Bila tinggi, boleh dukung bawa masuk kereta waktu dah nak terberanak. Kalau tak tinggi I tak kisah KALAU dia tidak kisah. Kiranya walaupun dia tak tinggi, tapi dia suka I pakai high heels. Cun sangat macam Usher dengan Naomi dulu. Fuh.


Ciri lain ialah lebih matang dari pasangan perempuan. Matang banyak dari I! Matang pemikiran, bukan umur atau bahagian bawah mata. Haha. Atau perut (-_-“) I dari kecil memang Daddy yang guide, so dengan pengalaman, I boleh rasa yang I cuma benarkan orang yang matang sahaja guide I. Kalau agak-agak orang itu sama taraf dengan I, fuh memang banyaklah “Eh kenapa tak macam ini?” “Hoh you sure ke??” “”Taknaklah teori you tak konkrit” “Tapi I belajar dulu lain” dan sebagainya.


I adore lelaki sepet! My goodness ini ciri paling seksi dalam list I okay. Lelaki sepet sangat hesh kenapa seksi sangat nak describe pun kehabisan vocab sebab asyik nak guna perkataan seksi je.


Sentuh bab agama obviously nak lelaki yang beragama kuat (dalam doa selepas sembahyang selalu Ya Allah kau temukanlah aku jodoh dengan lelaki yang beragama, berharta, bijaksana dan rupawan). Rupawan, ish sungguh gatal. Berharta, ini ustazah yang suruh. Bijaksana, for obvious reason. Tapi seriously, I nak lelaki yang boleh bimbing ke arah kebahagiaan yang ultimate. Nak lelaki yang tak batak social, yang terlalu duniawi. Nak lelaki yang pulang dari kerja terus sayang jom jemaah dengan I. Pastu bila suami I nak ajar anak I mengaji tapi anak I liat, kena rotan ngeh ngeh.


I tak suka sweet talker yang dengan semua perempuan dia smooth gila sampai bila dengan yang dia betul-betul sayang pun tiada beza.


Apabila tua wajah dan kedutan harus menyamai (amboih menyamai, taknak setel dengan 'iras-iras') George Clooney. Apabila lebih tua harus resemble Clint Eastwood. Lebih baik, Mustapha Maarof.


Pembersih. Tak boleh tengok sepah-sepah. Bila nampak mekap I berterabur tak boleh tahan pastu terkemaskan. Pastu insist nak hantar anak dekat Tabika Kemas.


Lelaki yang kelakar adalah lelaki yang bagus sebab gelak boleh membakar kalori dan saya kuat makan. Kita juga haruslah ada sense of humour yang lebih kurang di mana bila salah seorang menyanyi Geli Mat, yang seorang lagi tidak jadi merajuk malah ingin membelasah sahaja pasangannya.


Hobi kami juga harus similar iaitu makan, membaca dan shopping. Haha dalam senarai itu tadi rasa-rasanya hanya membaca layak dipanggil hobi dalam karangan berformat. Okay takpe, lelaki harus boleh melayan saya buat tiga benda itu. DIA TIDAK BOLEH DUDUK LUAR KEDAI MASA SAYA BELI BAJU SEBAB NANTI SAYA SALAH PILIH BAJU TAK HOT DIA JUGA YANG AKAN TENGOK SAYA PAKAI BAJU ITU UNTUK BEBERAPA BULAN OF HIS LIFE. Dan makan adalah seronok maka kita harus cuba semua tempat yang halal dalam dunia. Membaca pula, kan indah kalau pagi-pagi yang dingin, kami berdua diam sahaja di atas katil mendalami buku masing-masing dan menjadi tua selepas itu dengan mengadakan sesi book review.


Suka kucing dan budak/kanak/bayi. Walaupun kadang-kala saya lebih menyukai anjing daripada kucing kerana mereka tidak buat bodoh apabila kita baling barang dan kata “catch”, tetapi saya tetap setia terhadap kucing. Pasangan saya harus juga menyayangi kucing yang bakal kami bela nanti. Apatah lagi bayi yang bakal kami bela nanti (-_-) JANGAN BILA NAK BELA KUCING DIA CAKAP OKAY BOLEH BELA TAPI YOU SORANG JE CUCI TAHI DIA, FUH TAK BEKERJASAMA BETUL.


Rendah diri.


Pandai masak. I love chefs! Bila dua-dua dah berada di dapur, dapur menjadi seperti ingin mengadakan buffet aww so sweet. Pastu bila dalam pantang takdelah makan makanan bungkus setiap hari tsk. Kena pandai masak char koay teow, asam pedas dan nasi kandar lah at least. At least.


Reti menyesuaikan diri dengan majlis (pemakaian, pergaulan, limitations). Sesetengah lelaki takde ciri yang ini kan? Rugi. Kalau I ada majlis keramaian dan event-event, dia mestilah nak kena ikut kadang-kala supaya boleh “This is my husband, Ive been bragging about”. Haha.


Eh kenapa ciri ini semua macam bukan ciri lelaki idaman, tetapi ciri husband idaman, fuh sungguh advance.


Rambut kacak badan tegap.


Seterusnya, fluent English speaker dan writer sebab I tak terel sangat maka dia kena betulkan sekali-sekala. Tapi dia tidak boleh annoying mentang-mentang terel, semua benda nak betulkan even bila I tengok kekejaman dan kata “That’s mean”, dia sibuk “That means lah sayang”. Allah..


Geliga otak. Sebab I suka membebel off track dan tanya soalan pelik yang kalau jawapan tak memuaskan I takkan diam. Serious I takkan diam. Makan budu untuk geliga otak. Oh nanti I dapat orang Kelantan :B


Masih anak teruna just because we are better off experiencing exciting new things together insyallah.


Sayang ibubapa dan ahli keluarga (milik sendiri dan milik saya). Boleh enjoy raya, birthdays, kenduri di dua-dua belah pihak :’) Tackle me you tacle my family too lebih kuranglah.


Puitis. Maka kita boleh bukukan journal perjalanan kita dan turunkan kat anak cucu cicit untuk mengatakan true love does exist. Selain sepet, puitis adalah seksi. HABIS KALAU SEPET DAN PANDAI BERPUISI?! UISH UISH UISH. Bak datang.


Rajin bersukan. Sepak takraw omg!


Good manners. His every move must be in respect of me. Hisap rokok masa isteri mengandung kat sebelah. Tengah dinner, duduk macam apek, sumpah tak menjadi teladan dan tauladan kepada anak-anak I yang gemuk-gemuk. Haha anak I gemuk-gemuk so cuteeeeeee.


Rockstar.


Tapi ini hanyalah list yang semua orang ada walaupun berbeza kan? Sebab bila cinta datang, semua ciri kena tendang. Its true. Love and sex appeal is complicated. I can have a guy with everything on this list, but if I cant feel it, I cannot fake it. And I can have a guy with nothing crossed from this list, but its a scary chemistry, you cant really explain.


BUT! Ciri yang wajib ada ialah kebolehan melayan I tanpa sempadan. Kena dodoikan bila I terjaga malam, tak boleh gelak lama sangat kalau I mengigau, kena tahu bila nak buat-buat kalah bila main Xbox. Bila duduk berdua dia kena layan sepenuh hati, dia tak boleh biar je I sorang-sorang bebel “Sayang I tak paham kenapa kita wajib tahu tarian poco-poco dalam hidup kita” and the discussion goes on...

167 COMMENTS NOW:

zeemi said...

I love you too! Made my day sbb you kata sepet ciri paling seksi.

Mad Maureen said...

Wow, lelaki fantasi tuh.. especially part 'tau bila nak buat2 kalah bila main Xbox'..

Intan Noorazlina said...

hmm.. this is too good to be true kan... kalau dapat apa yg di idamkan, wahhhh, mmg puck dicita la... however, life must go on, no matter siapa yg jadi our life partner, hadap je la seumur hidup.. btw, good luck Hanis... (",)

ain fathihah said...

moga hanis dpt lelaki yg boleh seimbangkn diri kamu dan dia..

dayah samsudin said...

bila dah jumpa dia hanis, u'll just know, heh. cliche...but true, pastu akan rasa mcm 'where have u been all these while? nyorok dlm stor ke?' dan akan rasa eee...sayang betul dan rasa eee...benci betul tapi cinta jugak..maka, kita boleh nyanyi satu bas lagu faizal tahir BENCINTA...*teet*

isabelle said...

astaga..what a long list!
anyway, good luck in finding one.
in the meantime, keep in mind...we have to compromise bcoz everybody comes in a package.
we ourselves are lacking in many ways that people might not know, but we do.

diya said...

bnyk yg sama dengan ciri2 idaman i juga Hanis ;)

Nurul Harun said...

wahh. :D

zariq daniel said...

Wah byk betul ciri-ciri dia ,
good luck finding one :)

khairierahman said...

ok berpeluh-peluh baca entry ne.. serius..

uYa said...

the greatest list i've ever read!!! harap hanis akan bertemu jodoh dengan orang ini. Amin... :)

all about life said...

yeah..nice 1... tp its life kan xsume yg kt nak kt ble dapat n we have to work on that and complimentary is important in rship kalo sume sama sgt agak boring nnti... kt nk life yg adventure kan kan kan..but im sure u'll have a wonderful n ALMOST perfect guy (nobody perfect kan)

RJ said...

mak aik
byknye
selamat mencari idaman hati.

[-AnR-] said...

u really make my day laaaa Hanis Zalikha...

setelah lama menjadi silent reader, hari ni nak kasit komen..sebabbb.....

kamu ni memang sangat kelaka melantun lantun, sehingga saya tidak boleh membiarkan diri ini tidak memberi komen....

semoga kamu mendapat lelaki yang kamu idamkan.....insya-ALLAH....

psstttt kamu ni dahlaa kelaka pastu kendu serta bijaksana pula...keep up ur great writing okeh...

AIDA MANAP said...

Hanis Zalikha, kamu sungguh comel tahu tak??
And saya doakan kamu bertemu jejaka err husband idaman kamu.. cuma nak brag dan berlagak sikit, part mata sepet tu saya dah ketemu dulu dan officially sekarang menjadi encik suami saya.. ngeee..

tapi dia tidak seksi...bagaimana??

peej said...

haha so cute..tiba2 poco2.

oh i so love mata sepet..sangat sexy kan. contoh mata kesukaan ialah mark wahlberg, richard gere, marcell,josh duhamell.. hoh semua sexy dan nak.

n agree last tu. but once kita in love, semua ciri2 tu akan kena tendang. hmmmm *nak berangan*

a8jnme said...

haha..sepak takraw mmg x leh belah..tekong ke apit yg bleh libas2 tu?
ke main sepak raga depan rumah,t-shirt pagoda,ikat kepala dgn towel gd morning..

bukan last time, mention nk oghang utagha like ur father ke??

nadhirah nasser said...

hahahaha..ur a funny one Hanis.... bagus, pjgkan lagi list nie.... coz lelaki sekarang kurang detail jaga diri n nak siapkan diri sendiri sebelum jaga anak dara org...hahhaha

Dilala said...

feww!
panjang..tp i baca dgn penuh serius
;p

*dilala

oveNMummy said...

kak seri suker baca kata-kata Hanis.. biler baca macam tengah dengar hanis berceramah..musti mulut hanis sangat comel bila sedang bercakap dan hanis juga sangat cantik..semoga berjaya dalam study.. dulu adik kak seri pon blaja kat UiTM Segamat..(hihi sajer jerk beritau.. takder kena mengena pon..huhuhu)

f.i.e.z.a said...

omg pjg nya list lelaki idaman tp mostly semua pun i yg i nak camtu,hehe..
esp pndai masak n suka sembang apa2topik pun.my mum penah pesan 'be w the guy dat can listen to u n talk to u cos he's the one dat u grow old wif'..awwwwwwww ;)

Yot | is | Yati said...

ihiks. hanis ni kelakar gile.comel plak tu. means and mean. ya two diff thing. hehe

[z@ck] said...

waah...lelaki sepet memang sweet..sy pn suka..bhahaha =)

n 1 more thing..harus tinggi..setuju dgn u..klu dpt laki yg kurang tinggi..rasa macam jalan2 ngn adik sendiri...Tskk

Suzie said...

sbb n3 ni la menjadikan i follower ur blog yg ke 2891..yeeehaaa.. :-D

Hanis Zalikha said...

WEHHHHHHHHH! TAKDE SIAPA PERASAN KE I EJA TERER SEBAGAI 'TEREL' KE?? TAK ANNOYING KE??? Penat I sengaja annoying.




Annoyance fail.

-ilyannur- said...

wow! panjang list tp i also agree, kalau dh suka sure ciri2 yg kita nak letak tepi kan. gud luck Hanis

yatiyahya said...

hebat entry ni.dulu i selalu berangan nak kawen dgn josh hartnet just because of his eyes...sepet.dah dapat pon lelaki bermata sepet dalam hidup i...tapi tak derlah tegap mcm yg diimpikan..but at least..i've got him..:)

joabdullah said...

fuh..susah giler nk cari pemilik tulang rusuk i kalo dia suka wat list out mcm ni.hahah

marinahunny said...

wakakaka what a lawak la baca senarai lelaki idaman u ni dek...hehehe akak doakan jmpa la org mcm tu ye..n the most important is he can be himself..

Legasi Piston Pecah said...

xlps la cmnie...
tiada ciri itu...

JajaOHgon said...

semoga bertemu apa yang diidamkan... :D

weezered said...

hands down, the most comel entry by you hanis.

serious comel.

yuyun said...

waa.. tekejut sebab most of ciri2 tu adelah ciri2 idaman i jugak.. lebih2 lagi:

1. sepet itu seksi. exactly same macam ape yang i 'perjuangkan'.. haha.

2. tinggi dari i. pun same. im 168.5cm. and i nak pakai high heel mase kawen. yeay!

3. better english. sebab i pun tak terel sangat dan boleh tolong betulkan bile i sebut 'letius' kepade 'letes' (lettuce)

kebetulannye kite. (still tekejut)

Izuan said...

Anda masih gagal menggunakan apostrophe mark dengan betul. Okay sudah terkeluar dari senarai secara automatik tsk bye.

Just_najmiE said...

hanis, terel ka terrer?.. misspell ka?.. hehehe..

out of ur list, I agree with a few.. ok la, a lot!.. lagi2 mata sepet!.. haha..

tp soalan... kenapa u suka guys yg main sepak takraw?.. (^^,)

ღn0n0iღ said...

Saya kenal seorang yang berciri seperti dalam entry. HEHEHEHEE (gelak sopan) =P

Edriena Hazelina said...

ups.. 95% ade ciri2 tu kat my sayang.

cume die tak mate sepet n xpandai masak.

yang lain sume ade..

nyway.. xpasan pon word "terel" tu la hanis..

terlalu konsentrate bace.. haha!!!

NIMI said...

puitis n sepet??
i macam spot someone yang macam suka dekat u yang puitis n sepet..he's an actor kan?kan?

*drools

hannamaruku said...

hanis, i pun suke lelaki sepet!

haa? i pun eja terer as terel. tu yang rase tak plek pon? hee :P

enyheartsdiamond said...

i perasan lah yg 'terel' tu hanis..i br baca entri ni hari ni;)

~bila i tulis ttg lelaki idaman..ada je x anonymous x puas hati..feminist la sgt..

bila hanis tulis..semua sukaaa;)

raudhatul ain rosni said...

ayooo..sumpa u klaka hanis!

Siti Nornadiah said...

nak baca terel mmg annoying..

ceh ptt lah..ingat kan pelat ke pe tadi..:P

cujen said...

betul la hanis, bila datang cinta, abes sume list2 tah kemana.. hehehehhe... tapi, semua yg u list kan tu of course la sume pompuan pun nak camtu... paling suka bab masak bersama... harap2 i dapat lelaki yang boleh masa bersama i atau lebih tepat lagi dia masakkan tuk i sebab i tak pandai masak.. hahahaha

cujen said...

i perasan u eja terer tu sebagai terel... but i like it..hihihi.. sebab kadang2 i pun tersasul cakap terer tu terel..memang sungguh annoying pun..hahahha

Naiji said...

hamba pun nak cakap wow .. tapi dah ramai dah cakap wow .. jadi terpaksa cakap wiow !! ..
kalaulah senarai hanis ni sama dengan senarai barang barang nak dibeli ketika ke pasar, alamatnya pukul 7 pagi pegi, pukul 3 petang baru balik.

okinokiyo said...

i rasa nak gelak ni sbb one of it tu u ckp nnti leh celebrate birthday eh.ada dulu mamat nak usha i ni dia camtu la sayang family.sekali besday adik i dia kasik birthday card la cecece bagus, my dad & mom dia call selalu, sekali dia tatau bila my birthday..so terus ciri2 begitu ada terms and condition yer..hahah

and last but not least..good luck dear

ZaLIkHa Fan said...

Tahniah....Pilihan yg bagus....

Paling Sy tertarik..Paling sy Suka...Ajak SEMBAHYANG BERJEMAAH...Impian Sy,..Sejuk Je hati bila Dengar...

Tp..tak ada manusia yg sempurna dlm dunia nie....tp adakah lelaki tersebut cuba utk menjadik seorang yg sempurna untk hanis zalikha.....?
kalau ia....dialah yg terbaik...

murn!e said...

i setuju ayat u yang last "bila cinta datang, semua ciri kena tendang"

last time, i nak cari laki pandai main gitar, my hubby main gitar dalam game reti la dia. i nak hubby pandai berpuitis..aikh..same la macam u..hehee..tapi dia fail. sampai gadoh2 bile i mintak dia bagi i satu ayat romantik. then tak lame lepas tu..i dapat sms "im not a romantic hubby, mayb im not ur prince charming or ur mr nice guy but im ur knight who willing to sacrifies and protect u 4 eva,dunia akhirat"

so tell me..am i a very lucky wife or not? hahahha

gud luck in finding ur true love.
:)

BulinG said...

its gonna b bore if notim to argue on...

Afra Yuri said...

aha thats a long list.hope u'll find ur dream guy as i have :)

btw i ask for lelaki mata redup tapi mata dia redup sebab bulu mata mcm bulu mata unta yehawww

iman_qaisara said...

kamu sangat2 comel hokeyyy hehehehehehe

tia said...

kelakar la..relax..kamu muda lagi,
and idaman tu..
susah nak ditafsir.

mybreakfastclub said...

tak tau nak cakap apa, terpegun. nice one hanis. :')

joegrimjow said...

tinggi
176

sepet
bleh sepetkan

agama
stakat nak jd imam boleh boleh

sweet talker
lepas kawen ubah ;)

bila tua
skrg pon amek antiageing punya produk tau

pembersih
mau tgok my room?

makan baca shopping
tambh internet stu lagi =)

masak
creampuff pon tau buat tau

rambut
xpernah simpan rambut pnjang

syg family
semua laki syg je fmly

fluet english
ada 2 taun ag kat sini, balik mesti fluent la

anak gemok?
xpe, i pengedar herbalife. lalala~


borang j

CripsyCaiHong said...

hahaahaha i pun nk teruna guy but its just a drop in the ocean of guys are virgin isnt it.haha

btw,i wish for a MUSIC CONDUCTOR guy after wagtching nodame cantabile and beethoven virus,hahahahaha

anisizatyA.J said...

OMG I PON SUKA LELAKI SEPET! haha

Eyra said...

i perasaN!! betul2!! ingtkan typo! hahaha! :) anyway yup2 mata sepet mmg cun! eh kacak..pastu tinggi, bdn tegap! i found mine!!!! :) oh hanis.. ur invited to my wedding tau.. but my house agak jauh so u g belah my fiance je.. kat shah alam tu.. your sis nye bf tau... dorang g gym same2! haha..
anyway... kelantanese hot tau! coz ade tempiase2 siam sikit.. den ciri2 mata sepet tu ade!

TEREL x i pilih? hahaha nk annoying gak!

http://www.eyrarizal.com

Eyra said...

i perasaN!! betul2!! ingtkan typo! hahaha! :) anyway yup2 mata sepet mmg cun! eh kacak..pastu tinggi, bdn tegap! i found mine!!!! :) oh hanis.. ur invited to my wedding tau.. but my house agak jauh so u g belah my fiance je.. kat shah alam tu.. your sis nye bf tau... dorang g gym same2! haha..
anyway... kelantanese hot tau! coz ade tempiase2 siam sikit.. den ciri2 mata sepet tu ade!

TEREL x i pilih? hahaha nk annoying gak!

http://www.eyrarizal.com

NenekPenne said...

samakan...

i nak:
yang pandai masak
yang pembersih
yang tak suka sepah barang
yang picit ubat gigi mulakan dari bawah
yang kelakar lagi cute or sedap mata memandang..
yang bila i tanya itu dan ini, dia ada jawapan pada persoalan yang i tanya instead of 'tak tahu' punya jawapan
yang lebih terror dari i
yang lebih tinggi dari i dan tough
yang sayangkan i sampai bila2 (bukan mcm yang telah lepas)
yang boleh lead i sembahyang jemaah bersama (i longed for this)
yang suka jalan2
yang suka cuba masakan berbeda2
yang ada taste dalam fashion
yang suka shopping tapi takdelah sampai shopholic...

semua diatas adalah impian i... sumpah i tak tiru u ok...

i suka puppy, nak bela satu tapi sista tak kasi... sedih kan....

teRi said...

lol. ingt terel tu perkataan urban. so kiteorg semua diam je la. segan nak tego. just angguk2..

1412 said...

what's so sexy about sepak takraw. cet.

MSS said...

Babe read here. My response to your wishlist. Agak2 ada chan lagi tak?

http://mohdshaza.blogspot.com/2009/10/melepass.html

Azzam?? said...

last paragraph tu.. just about anybody pun boleh.. kalo dah sayang.. dia automatik laaa..

Queen B said...

I perasan la Hanis. First baca, macam tak faham jugak. Tapi bila dah baca elok2, baru faham 'TEREL' tu TERER. Tapi tak annoying pun. Comel je. HAHA :D

Macham Iz Punye said...

YES I AM SO PROUD OF YOU COMING OUT WITH THE WHOLE LOT NEW LIST OF NEW BOYFRIEND WHICH IS KAU SELALU KATA I WANT TO BE SINGLE FOR A VERY LONG TIMEEEE AND AKU AKAN KATA, LONG TIME KAU BIASANYA TIPU HANYA SEBULAN DUA ATAU SEMINGGU. LEPASTU NANTI BILA DAH DAPAT AKU HAPPY UNTUK KAU SELALU NYA LAH KAN PENAH KE AKU TAK HAPPY UNTUK KAU? AUDY DAH BERANAK PUN AKU HAPPY TAHU. PENAT AH MACAM NI SELLAU TENGOK HAPPY TREE FRIENDS.

panda said...

I like this part very much - DIA TIDAK BOLEH DUDUK LUAR KEDAI MASA SAYA BELI BAJU SEBAB NANTI SAYA SALAH PILIH BAJU TAK HOT DIA JUGA YANG AKAN TENGOK SAYA PAKAI BAJU ITU UNTUK..

Jobino said...

panjangnya list. tapi percayalh sometimes apa yang kita mahukan tidak semestinya kita akan dapat semuanya.

Boneca Chill said...

saye suke entri ini.:)

Intaneo! said...

sepet dn pandai puisi? Uishh zahiril adzim laa kan. Haha bak datang bak datang! ;DD

Safri said...

panjangnya komen korang semua!

sepet dan puitis? mcm watak filem saje, good luck untuk ketemu dgn lelaki idaman hati!

ps-manusia berubah, list pun blh berubah, jadi tgk lah dua tiga kali hehehehe =P

Mr. DanSa said...

sorry hanis, i'm taken already. hahahaaaaa..

che'puan Idot said...

ya betul..lelaki sepet adalah seksi!
berlari lah akak nak bagitau laki akak lepas ni...hehehehehe

@km@r. said...

saya cadangkan cik hanis hantar hasil tulisan cik hanis ke majalah2 seperti eh! in trend ke,untung2 tersiar dapat sagu hati

@km@r. said...

saya juga mencadangkan kepada cik hanis utk menceritakan pengalaman menggunakan black berry.supaya menjadi panduan kepada org ramai yg baru nak beli

ZaLIkHa Fan said...

kepada lelaki2 diluar sana....mari sepetkan mata....ramai gadis2 sekarang berminat dengan mata sepet...(untung la org cina.)hehehe

Bewilder said...

alamak! boyfriend i sepet! kena sorok boyfriend i ni. :p
but nasib baik dia x suka pets n sports n quite social havoc. these things buat i rasa 'alaaaaaaa! apsal dia mcm ni?'. other than that, he is perfect. according to your list la. hehe

and i do agree dgn your last sentence. semuanya dtg dr hati.

EyEdA said...

mmg pnjg entri ni..
sbbnye..
impian pmpuan utk bkhwin tu sbnrny dr kecik lg..
x spt llaki..
sbb tu pmpuan bykkk psg impian dlm mdptkn hubby idaman..

girlfriday said...

cantekkkk sangat kesimpulan di hujung karangan hanis! :)))

ismah saibudin said...

tapi selalunye ape yg kite impikan kite xkan dapat.. tapi dapat yg lebih better!!! :)

Fatul Akrul Ramli said...

i pun suka lelaki sepet (-__-")

Don said...

lelaki camtu exist????

fadhil khalid said...

(-_-")..
tu je ikhlas dr hati..

Naim Husni said...

Hanis, lawak gile. I baca 10 kali tau pagi tadi, n still gelak sampai malam neh. hahaha!!! =)

Filla ~ Kasih Aleeya said...

haha..kelaka laaa...berangan mmg best... tak salah pon..mana lah tau..untung2 dpt apa yg hanis nak kan?.. konpom beribu nak gi operate mata bagi sepet..huahaha...
terel... hehe..budak2 kecik suker ckp terel...

tictactoe said...

cm sgt inlove jer lately~

Ain Hamid said...

weh, tak citer pun kat aku.. betul betul ke dah break nih??

mya said...

Hanis, nnt da jumpe jejaka idaman malaya jgn lupe bgtaw ktorg k~!
^^

-best of luck-

shalyafzan said...

hanis,
i pinjam quote2 u...hehehe

tq

b o g i said...

lajunya manusia komen kat your belog eh? apehal diorang ni semua, takde keje baca belog je ke.

anyway,
1) mata sepet time normal ke time ketawa atau senyum?
2) xbox kalu tak reti main kira camna lak? shopping tu pegi le dgn kwn2, apesal nak redundant 2 org beli 1 org punya baju? ihh
3) that means? that's mean la oi.. adehhh sapa lah komen style guru yahya tu?
4) apa lagi, poco2 tu amende?
5) u know what, kalau i ada anak, anak idaman i mcm u, petah dan comel!! haha, boleh isi borang jadi bapak angkat u tak? :))
6) masak? order dominos je la, 2 tahun lagi ada mamak delivery time tu order roti canai or tosei je bekpes in bed :)

peluncur angin said...

saya rasa saya pun nak cari wanita yang matching.......tapi saya terfikir dunia sebelum kawin dengan selepas kawin amatlah berbeza...dan apa yang kita angankan x semua nya tercapai...saya terfikir saya akan jadi suami dan bapa yang memimbing tapi 5,6,7 tahun selepas tu adakah still sama dengan awal kawin?.....mmm...."x semudah yang kita janji kan..."... bait suatu lagu...oleh kopratasa...

aniem an said...

hanis meh i tambah lagi satu ciri lelaki idaman walaupun list you dah cukup panjang memang nak tick sampai bile pun xkan habis :p

lelaki yang sanggup menahan diri dari ke toilet walaupun bladder dah full giler nak meletup saat si isteri tertidur kadang2 sambil buat peta di pehanye owhhh sungguh malu!

SAYE SAYANG ENCIK SUAMI SAYE :)

aQieYa said...

hahaha funny la u ni!!
i agree... bila dh jumpa semua list tendang ketepi.... i dulu ade list...n i got what i want, but mmg kalau hati tak terpikat... tak boleh jugak. so after that i asked (doa lah tu) for someone yang menyenangkan hati i dan i menyenangkan hati die, yang sayang i and i jugak sayang die. yang share the same values with me (referring to ur previous2 post). N Allah is great... I lebih bahagia sekarang. (^_^)

but of course ada jgk i mintak yang lebih tinggi.. hahaha kalau tk mmg susah la nk pakai heels.

p/s: sy setuju mustapha maarof masih good loking n charming!! ahhhhh

fatin itu saya said...

hanis hanis hanis.

ahah. i have my dream. tp sebanyak ini sebab i pujuk2 hati saying that i dont deserve that kind of men.

taaaapppiiiii...syukur alhamdulillah...jumpe men yg..peh,more than i could ask for.

lupa dah segala dream. true true true...bila chemistry itu ada..segala senarai tolak tepi kebabom masuk longkang.

and you just can feel it...that the chem is there.

afirah said...

u are much in love. rite honey??

best of luck...enjoy all of it..

to whoever guy that ur admiring...plss realize that hanis likes u...

peridot sepi said...

senarai macam tu, ssh nak jumpe lar...

yg paling penting, setia, jgn main kayu tiga, kalo tak, kayu hoki hempukkan kat kepala dia...

fatin itu saya said...

oh ye. i posting something similar to yours. err..mintak izin.kang kata ciplak idea..eheh.tengs.

Donna said...

a fun read. as usual.

:)

Zaini said...

"bila I tengok kekejaman dan kata “That’s mean”, dia sibuk “That means lah sayang”. Allah.."


Terbalik tu.

(yes 1 down, 24 more to go)

Oyis said...

i had a list like this, but when i met my hubs, terus list ghaib! when the perfect man comes, there will be no need for a list. he will just perfect for you. *sighs dreamily and feels 17 again!*

but yes, i agree psl mesti ada sipi2 cam kita nyer bapak. x rupa, perangai. lg best2 dua2 skali mcm daddy kita :D

Nabil Aizat Abdul Rahman said...

sah2 aku dah terkeluar list kaw bler ckp mata sepet..haha....Semoga kaw cepat kawen spt yg kaw slalu impikan..amin..

bspotgurl said...

Fuhh, panjang giler wishlist & komentor pun tak kurang pendeknya... topik paling hot ni..
Anyway.. semoga hanis bertemu dgn jejaka idaman yea

ini belog NINA said...

hanis...

i ade wt satu entri yg lebih kurang sama dgn u..

bout my lelaki idaman..

i gtaw la cz xnk la nnt org kate i copy/pirates idea u..

nice post btw..[n_n]

cikhajar said...

tapi nabil.. akak rasa kenapa ciri2 tuh banyak kat nabil... bila abes baca entry ni terasa, nabil yg sesuai utk hanis.. jeng jeng jeng... cinta sudah berputik yaaaaaaa??????

Ayumieza said...

Wow banyak betul garis paduan ciri lelaki idaman awak ye hehehe...macam tulah jugak dengan i..tapi i mengambil masa genap setahun kenal terus kahwin kerana gentlemannya membuatkan i terus terpikat..sebenarbya ini yang i tunggu sebelum ni iaitu siapa berani jumpa family i orang itulah yang i akan pilih now see orang yang membuatkan i lemas satu ketika dulu dah menjadi my husband...i doakan u jugak akan mendapat bakal suami yang u idamkan aminnn..

SePuLaH said...

Takkan dapat...Nobody's perfect Hamis.Hahaha

Well good luck to you. Just started following your blog last week. Simple 'capub' blog but interesting.
(^^,)/

puan serie syasha said...

emm sumer pompuan akan ada list yg berjela2, tapi
sumer tu hanya tinggal list sahaja sbb mr right will always be mr not so right,huhu..
kalau ada 50 ciri, mgkn 40 ciri lagi terpaksa dilupakan..atau mgkan 45 ciri..ohhh...

p/s: link ur's already tau...

JuLia d BuBbLes said...

yes, layanan tanpa sempadan la yang paling di impi2kan. ;)

hanis rajen2 singgah la blog saya. hehe

MX said...

wow...
panjang btol ye explanation of ur deram husband...
i guess...
hehehe...

fathinn said...

aku paling suka part "bila tengok kekejaman kita cakap that's mean annoying nak betulkan that means." hahaha aku rasa tak ramai faham part ni barangkali.

btw, kenapa kau tak masuk project alphaaa. tak puas hati. :\

mieyzaihana said...

hanis, tgk tak the ugly truth.. u kene tgk!! :)
btw, agree dgn last phrase tu, kdg2 bile cinta dtg ada ciri dalam list yang kene tendang..:)

-inay- said...

mcm tgh bercenta sajek nih

shafri said...

love ur quote so much.. thanks.. bwu buka mata ckit dari terpejam lama nih.. emm.. semua yang berakal berlumba2 mngejar keinginan sendiri.. ada yang berjaya jejak kaki kt petak akhir.. ada yng gagal.. tp.. based on ur quote.. gagal xbermakna kecundang lagi kan.. so.. kejar laa smpai berjaya.. nothing is imposible ryte.. emm.. same goes to me.. jalan i masih panjang.. banyak onak rona kena tempuhi agi.. emm.. selagi masa berdetik.. selagi tue mentaliti manusia ini berubah.. sama ada berubah menjadi matang atau sebaliknya.. hanya DIA sja yg tau.. emm.. aneway.. for me.. list idaman hati ni.. lmbat agi nk smpurnakn.. sbb i stil study.. xdak msa nk senaraikn.. hehe.. tp.. bla turbelent turn to laminar.. bwu wat kot.. wakaka.. entry yg best.. suka sgt22.. wakaka

cik ainil said...

I can have a guy with everything on this list, but if I cant feel it, I cannot fake it

have to agree. kacak macam baru keluar magazine cover pun, kalau hati x vibrate, xde maknanya..

erina_z said...

I once had my own criteria, but like you said, cinta tendang byk ciri-ciri. Now I'm happily with my bf for 3 yrs dah, alhamdulillah.

Bila tengok2 balik ciri2, byk gak yg lain. Haha.

All the best to you. Harap2 Tuhan makbulkan doa :)

Take care dear. Keep writing.

Bewilder said...

girls who have a close relationship with their father usually also end up with partners who share many of their father's traits

budleee said...

lol... byk ciri2 tuh..

but no harm in dreaming right...

Brader Diego said...

Wow...

That guy must have come from another galaxy. There's nothing wrong dreaming about a perfect being, but u might want to trim some points from the list, so that:
1. u r not disappointed when the guy u love is less than perfect
2. that guy is actually exist =)

peace!!

soul krasty said...

soul was here

saja saja nak tulis said...

jgn risau... spesis ini maseh wujud!! :)

s.c.h.u.l.t said...

seperti mencirikan ciri-ciri lelaki perfek yang tidak boleh didapati dimana-mana kecuali mimpi!

HOHOHOO

sharman said...

one of the memorable quotes i've heard instead is, "kalau jodoh takkan ke mana". i think that gives me hope for the future quite sufficiently.

p/s im tall. WAHAHAHAHA... *kulit tebal*

YobSumO said...

ha-ha-ha (gelakan sin chan)

too much hanis! too much!

kalo kecik2 dulu sepet buleh? besar dah kurang.
fluent english? buleh2 tp broken punya la, kisah?
bijak? dun worry blogger lelaki selalunya bijak2...

hahaha...

pandai buat nasi kandar ngan asam pedas? walamak! org penang ngan melaka je la ada chance!

AfIqAh^^AiSyAh said...

hahaha!!! this list is so funny!! tapi mmg normally orang nk laki yang of course kne lagi matang n boleh jaga kita so that kite always rase secure kan. stuju jugak yang the guy has to be a family person, or else, whaaa~ sgt susah!! =)
oh, n i would love to have someone yg pandai masak juge.. wee~~ life would be so great! great 4 the stomach.. =P

emy zairah ahmad said...

lawak giler..terhibur jgkla i yg tgh sangap kt rumah ibu mertua nie..

LIZ; said...

Masih anak teruna just because we are better off experiencing exciting new things together insyallah.

gelak besar baca line nih.
oh this part memang penting haha!

Ainul Ishak said...

gila banyak ciri idaman kalbu.

haziQah said...

lelaki idaman..wanita idaman..he evryone pun msti ada satu..

but..

i pcaya quotes ni

" lelaki baik utk perempuan yg baik, perempuan baik utk lelaki yg baik"

Jangan mengharap lelaki sehebat Saidina Ali Karamallahu Wajhah andai peribadimu tidak
semulia Saidatina Fatimah Az-Zahra'

kdg2 kte x leh nk expect mcm2 dr psangan kite sbb kite pun x smpurna..ble dia ada lah jodoh kite, itu la saling mlngkapkan satu sma lain mcm entry ur mum pnah buat

Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya dan dijadikannya di antara kamu kasih sayang. "( Ar Rum : 21 )

huhu i respek u nak kawen awal.. :)

fariza azwa muhibah said...

25 ciri wah bukan main lagi.
kalo ade laki yg cukop 25 ciri2 ni skali die gay lak.
adoi perit skalilah nk trime hakikat ngoh3.

haniekunie said...

hai hanis!!

ni salah satu post paling hot! banyak betul comments..

list husband idaman ni buat ramai orang tengok balik diri die sendiri..

for me: tinggi, muka bersegi.. boleh bayang tak? tapi all in all, harap2 die macam my father.. hehe

part yang paling tertanya2 sekali .. is.. mata sepet, puitis.. ha.. i macam boleh terbayang je sape.. hehehe.. mungkin pandangan i jer..

:p

-ed said...

"Tapi dia tidak boleh annoying mentang-mentang terel, semua benda nak betulkan even bila I tengok kekejaman dan kata “That’s mean”, dia sibuk “That means lah sayang”. Allah.."

- intented pun?
you're hard to read hanis.

oh, great write up

Tengku Nor Azah said...

haha i just recently posted something about men saying "THAT'S MEAN" when it's suppose to be THAT MEANS. that's my benchmark, senang je kan? :p

Did my sister e-mail you asking for help to support "Make Roly a Doctor project"?

The blog is "http://makerolyadoctor.blogspot.com" please read his story, I promise you won't waste your time reading about this hardworking boy.

Fairul Azri said...

kategori hensem single & tinggi. tidak mencari gadis, sentiasa filter pilihan yang ada.
facebook search - burn akuma. ym - MMAKERS@yahoo.com
no fon - 01* 3575871. Ini untuk kategori bermata sepet.

Yg kuat agama rajin sembahyang, suara macam Jamal Abd, muka macam Arjun Rampal. ym - nd_joshbeck@yahoo.com no fon: 01* 6861816

maklumat lanjut - www.pyoison.blogspot.com

meraka pelajar tersohor di uitm segamat. fin deg part 5.

syukrina othman said...

Salam hamis,
All the best dalam pencarian awda hamis,
Lelaki yang baik pasti bersama dengan perempuan yang baik..
No worries!!
Banyakan berdoa ye..

Ahmad Nawawi Yaakob said...

Hanis, jangan terlalu perfect utk memilih lelaki, cukuplah 3 - 4 ciri yang ada tapi mesti caring dan 'agama' juga. Kalau banyak ciri sangat, nanti susah dapat.. kan kita dah bincang dalam kelas ttg ni..

d said...

(suke juge yg sepet).. macam cerite SEPET

penyelamat dunia said...

cis sebab engkau hanis zalikha aku kene pura-pura kalah kekadang, kau takkan tak tahu aku suka sentiasa menang supaya sentiasa boleh buat lagak brush the dirt off my shoulders.

MiLd™ said...

... May you dream come true one day ... Keep praying! :D who knows?!?

~ n0ra ~ said...

Always enjoying myself reading ur postings. Kelako giler! thehehehe

[[[]]] said...

suka sepettt -_-

.rda. said...

Hanis, this is my first time to read your blog. and of course i love it. you comellll. suka entry ini especially part sembahyang jemaah, sebab I pernah berangan sampai mimpi2. haha.

Nurul_Zaty said...

hehe..i love ur list.
sy pon impikan camtu gak..

smoga hanis bjaya dpt pe yg diimpikan kan..hee

hab said...

May find your happiness from the one. And may Allah bless always. :)

.nina.z. said...

suke ayat yg ni -->

"Masih anak teruna just because we are better off experiencing exciting new things together insyallah."

susah nk cari. tp mungkin ada :)

IkanStim said...

part "pandai masak nasi kandar, at least ."
ini part paling lawak
haha

The Bored Blogger said...

Serius! Entri ini tersangat lah panjang. Tapi bila sudah habis baca rasanya berbaloi-baloi. Doakan aku, kamu dan Hanis dapat jodoh 'perfect' seperti dalam description masing2.

blogerm said...

salam wrt.

maaf menyibuk di sini tapi saya cuma nak cakap berusahalah untuk menjadi, bukannya mencari.

Wanita-wanita yang keji adalah untuk laki-laki yang keji, dan laki-laki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula). Mereka (yang dituduh) itu bersih dari apa yang dituduhkan oleh mereka (yang menuduh itu). Bagi mereka ampunan dan rezeki yang mulia (surga).

An-Nur 24:26

mTech said...

ya rabbi...pnjgnye nak baca nii...hehe(tapi dah abis dah baca,sbb takda kerja..huhu)..hmm..elok2...smoga dapat nnti...

lastly-i ade add u in fb buttttt.....hmmm...i just know u because of u satu uitm ngan i..haha..saje nak tambah kwn...k..take care..nite

JaJa anak Pakcik Usop said...

wah! selalu sangat buat post begini sekarang.. adakah encik hanis sudah terjatuh? haha..

wutever it is, wishin u all d best in life k=)

Yoo said...

ntah papela.....
xbaca pun....
hmm..

jj said...

dlu dlm list i nak yg tinggi,hidung mancung n nampak macho mcm model tu kan..but now i deeply fall in love with this guy which is hidung kembang n fat but tinggi(the only ciri yg i ble tick dlm list)..hihi..that's L.O.V.E

En. amirul said...

seriously (menunjukkn terer bhs inggeris) sy pttnya baca blog anda sejak dahulu lagi..sgt menarik dan sedap mata (yg sepet) memandang..seperti membaca sonnet 18 (menunjukkn ilmu puisi...ding ding ding..kalau tak dpt full marks,tak tahu la sy;p)..anyways uve gt a new fan..keep it up..yoshh!

En. amirul said...

seriously(terer english) sy rasa blog anda sgt sedap utk dibaca dan dipandang mata (yg sepet)..kenapalah sy tak jumpa blog anda sejak dahulu lagi..cara penulisan anda mengigtkn sy pd sonnet 18 (ade ilmu puisi)..kalau anda free bila-bila, sy blh ajr anda main sepak takraw (ding ding ding..complete package)

anyways,uve got a new fan..ME!!..keep it up!;)

Chuck Say So said...

haha.. sangat perfek choice u.. seronok membaca..
hopefully u get what u want!!

big thumbs up: to this post..

solero..... said...

jemput kamu2 sume dtg mlawat belog sye...
belog br r tapinye..
xde pape sgt..
http://belogdancheritaaku.blogspot.com/

the-sylver-shooter said...

tk tinggi tkpe kan?
tk masuk dlm list kan??

cik dila said...

haha...betulla ni ciri suami idaman...
tp ada 2 part yg i pun nak jugak tau selain kuat agama la...
1-mustafa maarof..still hensem walopn dh tua kan...
2-sepak takraw...aduu..macho sggh tgk org terer lipat2 nih...

bart said...

maaf..

kurang 3..

(ada salah eja tackle dlm tu..gi ar carik)

jannahrais said...

part pembersih.."terkemaskan
'..hihihih...anyway sis..keep searching..n try to get a wonderful family in the future..bukan senang nak senang..bukan susah nak susah..

miss hav0c said...

baek tambah lagi satu..

seorang lelaki itu haruslah pandai mengurut untuk mengeluarkan setiap angin yang ada di dalam badan tidak kirela angin itu keluar dari atas atau bawah oopss!!

AGC7000 said...

i can clean your kittens' poo.

(betui ka grammar nieh?)

^_^

+ akatsuki + said...

saya terel jugak. agagaga

greenflower said...

hanis, i tag ur blog as my fav today jut becoz of this post. I love it especially the second last paragraph. You know what you are talking about.

Good luck in finding the man. Or have u already found him?:)

Niena Ismail said...

HAHA hanis :) perasan perasaan u salah eja "terel". haha :)

ururules said...

puahaha! klaka as people said u be..

but seriously.. either u're ignorance of your english or.. something else?

u typed:
" kata “That’s mean”, dia sibuk “That means lah sayang”. Allah "


"That's mean" are the right words..

ururules said...

and owh!.. u were looking for me?

nashensem said...

mu takda bf ka skang? hahaha cm tak caye je

Berusaha n tawaqal!! said...

Assalamualaikum..
untuk dapat yang terbaik..semestinya diri sendiri mesti berubah untuk jadi yang terbaik..janji Allah itu pasti..
“Wanita-wanita yang keji adalah untuk laki-laki yang keji, dan laki-laki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula)”. (An Nuur : 26)..
Bila ingin mendapatkan jodoh yang baik, ideal yang kita harapkan, maka perbaikilah diri. Hiduplah sesuai ajaran Islam dan Sunnah Nabi-Nya.Tinggalkan segala yang dilarang dan lakukan segala suruhannya, Jadilah laki-laki yang sholeh,dan jadilah wanita yang sholehah. Semoga Allah memberikan hanya yang baik buat kita. Amin.