Friday, December 25, 2009

Tidak semua seperti yang kita mahukan

I macam dah agak dah banyak benda akan berubah kalau adik I, Khairi masuk sekolah berasrama penuh. Dulu kami sangat rapat. Dan dia sangat pintar. Budak baik. I jadi pengawas selalu kena jaga kelas dia. Kadang-kadang tak kena jaga pun, buat-buat jaga bila nampak takde cikgu dalam kelas. Pastu main Roda Impian dekat papan hitam dengan classmate Khairi. Taktau Khairi malu ke tak dapat kakak macam ni. Okay lets not focus on me walaupun ini belog saya, bukan ini belog Sharifah Aini *tiba-tiba.



Dia memang handsome. Dalam adik-beradik muka dia paling mirip I. Ceh cuba gabungkan dua ayat tadi dengan kata hubung 'kerana'. Bahahah diam Hanis. Kira dia adalah Hanis Zalikha versi lelaki. Kurus-kurus, tinggi-tinggi, hitam-hitam. Oh dulu dia putih! I DAH AGAK MASUK SEKOLAH ASRAMA JADI HITAM T_T Tsk. Masa dia muda ramai gila peminat. Budak-budak yang selalu main Roda Impian dengan I, suka jerit "KAKAK KHAIRI KAKAK KHAIRI HAIII" bila I lalu luar kelas diorang. Ada ke nak mengampu macam tuh. Belikan lah I keropok lekor ke apa. Ish.



Anyway, Khairi selalu jadi best student. Sebab dia memang nerd pandai handsome. Sentiasa nombor satu. Ini masa sekolah rendah lah zzz. Oh tiba-tiba I teringat Khairi datang kelas I masa waktu Matematik, pastu Puan Too kata "Hanis, its your brother", I tengok luar kelas dia tengah nangis. Apakah?! Malu aku. Rupanya bekal dia tumpah. OMG LAGI MALU, NANTI MASUK KELAS KAWAN TANYA KENAPA ADIK KAU NANGIS, NAK KENA JAWAB BEKAL MAKANAN TUMPAH. Sungguh lame T_T



Seperti dijangkakan, si cemerlang ini berjaya memboloskan diri ke asrama penuh. Mula-mula dia taknak, mati-mati dia taknak pergi. Benci betul dia dengan sekolah asrama. Setiap kali hantar dia pulang asrama jadi sayu sebab dia sangat rapat dengan keluarga. I seorang diri bantah hantar dia pergi asrama. Takde siapa nak dengar. I punya alasan, nanti dia tak rapat dengan keluarga, nanti siapa nak jaga dia kat sana, nanti rumah sunyi etc. Sigh so sad.



Lagi sedih apabila memang betul dia semakin tak rapat. Sekarang kalau I duduk dengan dia berdua pun takde benda nak sembang. Dia diam, I yang cuba untuk tak diam pun, lama-lama join diam. Paling sedih apabila, he's no longer the nerd handsome menangis kalau bekal tumpah Khairi. Dia jadi ketua pembuli dekat sekolah. Kawan dengan budak nakal. Stok yang selalu kena tangkap hisap rokok. Tapi cikgu dia kata Khairi seorang je tak hisap. Still..



Paling lawak masa bulan puasa. Semua baru balik dari rumah masing-masing. Biasalah semua mak akan bekalkan juadah buka macam kenduri kahwin pada anak-anak yang pulang asrama. Maka dia dengan kawan-kawan makan sehingga gendut. Pastu bila kawan dia kata "Eh jom nak gi tarawikh tak?", dia si ketua nakal pergi lead operasi "Eh takyahlah pergi, lepak jelah". APA JADI PADA ADIKKU?! Waktu lepak dalam bilik bacaan, dia main bola sepak (ya dalam bilik), kawan-kawan dia main karom, seorang lagi tidur. Tiba-tiba salah seorang mereka ternampak kelibat manusia berkopiah a.k.a Ustaz. Lari lintang pukang masuk dorm yang gelap sorok bawah katil. Bajet ustaz tak perasanlah padahal masa lari bising gila terlanggar-langgar loker, terlanggar katil. Khairi je nyorok dalam loker. Ishishish.



Ustaz pun suruh diorang semua turun bawah pergi surau. Tapi bukan untuk sembahyang no no no. Untuk teruskan apa yang diorang buat tadi, tapi kat luar surau. So Khairi kena teruskan main bola ngan kawan dia, yang sekerat lagi teruskan main karom, yang tidur tadi kena baca buku (sebab Ustaz tanya dia buat apa tadi, dia tak cakap dia tidur, dia kata dia baca buku). Hahaha buruk gila kalau dia kena teruskan tidur luar surau. Bila semua pelajar dah habis sembahyang tarawikh, ada free show kat luar surau hahaha. Semua cheer Khairi main bola "Woo goal goal goal!" (-_-") Memalukan betul.



Bila dia PMR, I tekad I cakap kat mama ngan daddy, keluarkan dia dari sekolah itu. Masa I dan kakak Liana ajar dia Matematik pun, kitorang rasa dia macam memang dah lost gila dalam pelajaran. Banyak Bs dan Cs tapi kurang As dalam report card dia sigh. Tapi dia berkeras nak stay juga kat sekolah tuh. Fuish. So buat deal paling senang, kalau result best, dapat stay, dapat result busuk, keluar dari sekolah itu sekarang jugak!








Okay fine dia dapat 9A's semalam.

115 COMMENTS NOW:

Amer. said...

Woa tahniah Khairi walaupun kau selalu tak reply YM aku hahaha!

Snowwhite Zone said...

9A? waaa congratulate to khairi

♫♫Remaja Komputer♫♫ said...

haha...laki mmg sahut cabaran la...ehem3..haha

NUR ILIA AFFENDY said...

fuyoh congrats Khairi!

As-Sahrah said...

Adik you memang fotostat you..

Sejibik..

Fatul Akrul Ramli said...

hamis jalikha versi lelaki

ain fathihah said...

tahniah.
hanis n adik-beradik,
alhamdulillah semuanya cemerlang..

insyaAllah, cemerlang dunia dan cemerlang akhirat..

seronok baca psl famili kamu, hanis.

فطره عريفين said...

hoho:D congrats.

Adil said...

wow congrats adik hanis!

Anonymous. said...

congrates adik hanis! :-)

no'0n said...

alahye,, so sweet,, :))

[z@ck] said...

wah..
tahniah!
hebat gila adik Hanis..
n memang betul la Hanis versi lelaki..

hahaha

iqa said...

hanis stay at sbp mmg camtu.
time i skola sbp dulu.pergh my meber laki memang nakal and ketua buli la.gantung pn ada..but result in the end memang gempak.school has nothing to say to them. boys nie suka try lots of thing.so just guide him k

Zayana Yusof said...

heyt! =)

dah lama da usha ur blog. tp duk usha tp tingkap je, xbagi salam..

closer gile. (-.-")

nice entry. im experiencing it too with my big bro. semakin lama semakin senyap. dengar bunyi cengkerik je :(

hannamaruku said...

i rase biar la adek u stay kat sane. kalau dia nakal pun, bia die rase and experience everything sekarang. sebab jadi nakal zaman sekolah is the bestest kenangan for guys i think. sbb nnty bila dorang besar and dorang sedar yg mase sekolah dulu dorang sangat nerd, mesty dorang akan rasa hampa gila and WEH LOSERNYE AKU, AKU SEORANG NERD DULU?


nnty die dah habes skolah, mesty boleh rapat blk. lagi 2 thn je hanis ;)

nadiah norzemi said...

awesome!

congratulation Khairi! :D

wanfatinsarah said...

congrats!!!!
arabic sya dpt c jew
huhuhu

NadNod said...

congrats :D masih pandai even nakal ;p

Hanis Zalikha said...

Kan?! Kakak dia tak pernah merasa A sampai sembilan biji. Suka suka! Okay asalkan dia happy dan tak memalukan keluarga (malah membanggakan seperti ini), then it's okay, and I'm happy for him. I pun rasa dia dah besar baru rapat balik, insyallah.

misz_A said...

adehhh..penat bace... tp best.. congrats!

enyheartsdiamond said...

i pon ada adik lelaki..he is ernie syafika versi lelaki :)

niesah la! niesah!! said...

nice!! congrats to khairi..

Nabil Aizat Abdul Rahman said...

tahniah khairi...betul2..khairi version kaw lelaki..yes2.khairi sorunk je.harap maklum..

Farid said...

tahniah dari dato farid

i Pakcik Zharul said...

huh.
baru ku tahu kewujudan khairi tu.

congratulations adik mu. haha

♥Hernee Nazir♥ said...

waaa..congrats to khairi..sjuk prut mama hanis mngndungkn ank2 yg bjak..

nasazfrog... said...

tahniah... good boy!

Cherrie Pie Sweety said...

9 eh?? maknanya adik Hanis sekolah agamala kan??

zahidahazman said...

aww loving the entry! kasih seorang kakak aye? i pun ada adik asrama gak. sedih sgt dah x rapat mcm kecik2 dulu. dia pun mcm keep a distant je tau. huhu. anyway, congrats khairi!

[thah] said...

congrate same adik kak hanis..btw..boys are like that..specialy bdk sbp..nakal tahap gaban tpi result tetap gempak =)

CripsyCaiHong said...

whoa congratulations

sueMY said...

hanis..u n adik beradik sungguh bijak n pintar..share rahsia or petua apa yg mama n daddy u teach sampai cemerlang gitu..anw congrats to khairi

farysa said...

wuuuu
congrats for ur family
=)

noor afzan said...

tahniah to khairi..
tapi tang nakal tuh memang umur baya dia normal la macam tuh kot..

Cik Rara said...

mst bgge adik dpt 9a kn..gud2.. :)

zulaikha said...

biasalah zalikha, kalau mempunyai adik beradik yang ramai paling kurang 4 atau 5, pasti ada seorang yang sleek. means, bukanlah sleek tu tahap hanco sampah masyarakat. tapi mesti ada yang nakal.

Dan bagi i, memang x bes kalo duduk asrama xbuat nakal. lagi2 adik u lelaki. biasalah tu. hee ;D

and kalau u nak rapatkan balik hbgn u dengan adik u, u cuba kongsi2 cerita u dekat uitm and tnya dia mcmn dia kat hostel. saling bkongsi cerita. sebab i buat dgn adik laki i mcm tu sebab dia la paling batu dalam kepala dlm adik badik i.

btw cogratz to adik u. dia amek bahasa arab juga ye sebab result dia 9As? tahniah again ;)

*i tulis panjang. sorry. isk =_="

syukrina othman said...

Alf mabruk untuk si khairi adik si hanis! Totally photocopy muka awak hee!

QeMz said...

boys will b boys. thats wat i learnt spjg mmbesar dan spjg satu sekolah asrama ngn spupu lelaki i. tp spm die kantoi r sket sbb penerimaan 'hidayah' die utk berubah dtg lbt -_-"

btw. congrats to ur bro! ^_^

Mya Zulkifli said...

congrats to him. =)
nakal2 kalo pndai xpe.

nomethayati said...

i dulu boarding school...budak laki yang jahat2 ni slalunya yg dapat result power...serius=p...

Asu said...

Owh hanis dear..Let boys be boys.At least he still excel in his studies.Btw, Tak best la kalo nerd sgt kat sekolah..At least ada memory yang he can remember smpai bila2..Cuma kena bantu agar tak terlepas menyimpang.Im pretty sure that you guys can cope 2gether later on..Air dicincang takkan putus kan??Tahniah Khairi..Muka kamu mmg sama..Love it

Asu

nabihah said...

wow.. congrats...
sumer pandai2... :p

jept said...

hahha..bagos khairi..nape xisap rokok? xasrama la xisap rokok...
start form 4 isap rokok k..kalo xnk,jd tokan rokok..haha

Schalfyzcha said...

congrats adik Hanis!

Biela Jailani said...

tahniah

Biela Jailani said...

tahniah

y@n@ M!B said...

yup he's handsome..tahniah2! =)

hani syahida said...

wow..sama2 pandai

~e f f m i a ~ said...

whoooaaa!!!hebat3...

hanis,
dok asrama klu jd skema rama mmg xbest.dlu time i dok asrama pn slalu je fly, pnjat tembok.sume tu kenangan.
adk u laki.bia nakal jangan jahat.nway,tahniah kepada dia.hebat3..

Voluptuous Vixen said...

adik sy nama khairi jugak n die pon slalu kene tangkap sbb slalu ponteng kelas n slalu "fly" hostel.. ustaz suka aim die sbb die suka bwk hp, speaker, mp3 sgala mak nenek ke boarding school. tp SPM die dpt 8A1 2A2 :) org bernama khairi ni mmg pandai kot.

eJAI said...

congrats to khairi..

citer yg u post ni mcm cerita i masa sekolah asrama dulu la,sebijik kot..haish..teringat kenangan lame...

syafawani said...

muka cut n paste..hehe

dobot said...

Cool ok jadi nakal kat sekolah, tapi result gempak nak mampus!
:D

taufiq said...

9a?
sbp integrasi ke?
sbb skolah sains maximum 8 je.

EduardoGFeinstein said...

這麼優的部落格一定要持續下去!..................................................

Zool Blogger said...

Baguslah tu.. Harap2cemerlang pelajaran dan juga sahsiah diri..

Zool
http://ligakampung.com

rainbow skit, said...

budak lelaki memang macam tu ,main lebih tapi result gempak !
congrats khairi

je who? said...

SBP itu best okay... jangan keluarkan.. SBP is different unlike lame daily schools.. hahaha.. sorry.. ahhh rindu time kat sains muar dulu ...

miss faten said...

huhuw.
bestnya dengar berita kejayaan orang:)
anyway, congratx to your brother:D
and entry neh kelakar ah.
diselitkan emosi hanis.
best best~:D

ChesterChaz said...

hahaha... punye laa berjela2 tulis pasal xpuas ati ngn khairi.. last2 dpt 9A.. hehehe..

so nk congrats kt die and nk pity kt u.. hehe

Athirah Ibrahim said...

yep. budak lelaki memang macam tu. that's why bila orang cakap perempuan lebih banyak dekat U, saya tak berapa setuju isu ni diperbesarkan. sebab budak budak laki yang sikit tu lah result gempak walaupun selalu ponteng kelas atau berjoli sehingga ke pagi hari. respek woh.

joegrimjow said...

mantap mantoya
budak skrg da smkin pandai
jeles!

NaniRostam said...

Khairi tu sbp intergrasi.jadi 9 A tu termasuk bahasa arab.

Akak ni memang tak tahu sangat perangai khairi sbb dia terlalu pendiam..terlalu..kecuali bila para cikgu mengadu yg dia baik tetapi berkawan dengan paling nakal di sekolah itu.

Jadi cuti ni akak belasah dia cukup cukup.Bukan belasah dengan kayu, belasah dengan kata-kata nasihat sampai menangis-nangis. Bukan dia yang menangis, akak yg menangis.

Amy said...

Congrats Khairi, adik hanis yg handsome! :)

mybreakfastclub said...

Liana grad dalam kursus ijazah ukur bangunan, Imran mendapat 5A dalam UPSR, Hanis dengan CGPA 3.94 dan hari ini Khairi mendapat 9A dalam PMR.

TAHNIAH!!!!! HAPPY NEW YEAR 2010 HANIS ^____^

SaiyidahAisyah said...

haha. meremang tengkuk bace entry nih.
igt nak kelua kan die dari asrama tadi. cihhh.
laki gitu la. nakal2 pun. blaja pandai. cihh haha

lia lousy said...

mama pun suka belasah adik adik dgn kata kata nasihat beserta air mata.
tapi, adik adik hati batu :(

Nur Syaza Azrudin said...

heh.duduk sbp mmg cmtu.
mmg rugi kalau x nakal sekrang.
baik nakal skrg.

CPM diyana said...

skola sbp integrasi mane ek???

rapheydhillo said...

tahniah khairi adik hamis!!!

Amy Amalina said...

Dearrie sister Hanis ,
Haha . Gila rock steady okay you punya adik dapat A Arab (':

msanne said...

woah ! nice. dint know u ade lg sorg adik taw hanis.

arsyafiq said...

x macam muke taiko pun~~~~
cam budak skema jer ak usha...

Sutera Batik said...

Hahha.. hanis mmg pandai wat cite jd best..

k h a y said...

congrats adik hanis! =D

nakal2 pon still melatop jgk! hehe

kupu-kupu_cinta said...

congrats to ur brother...

PinQib said...

gilak geniusss

AzFaR said...

the best post ever.hehe sweet je.tahniah khairi

Tenux said...

wah...adik hanis yg nakal tapi hebat :D

sayefaez said...

rindu tyme sekolah.. laaa..
*tetibe.. haha~

MEDIHA OMAR said...

cool lah khairi! ;)

The Bored Blogger said...

Hanis cakap kat Khairi...Congratulation...

Filla ~ Kasih Aleeya said...

*gulp* 9As... pandainyerrrrr... congrats!!!!

strawberi said...

touching jugak sbnrnya..coz mcm2 u igt psl adik u..hehe
tahniah khairi

nuraimyasmin said...

wahh bad boy yang pandai. stok disukai ramai. c(;

Ridzwan Hafidz said...

Pergh result gila gempak. Aku dapat 5A3B je dulu kot..haha

mint. said...

DAH CAKAP DAH KALAU MASUK SERAMA PENUH MESTI CAMNI
(hihi bangga)

lily lotus said...

congrates!

nurayunni said...

tahniah..

Izyan said...

SBPI mane eh?
btw, congrates :)

b o g i said...

wah, canggih creative betul lah minah becok sorang ni menulis! :D terhibur baca.. kekeke! tak duli pun adik u dapat berapa A benarnya; tulisan ni ingatkan ending with sad story, e.g. budak jadi penyangak kes disiplin ke apa ke tadi, tiba2 drastic happy end! Leh tulis skrip untuk tarantino u nih! :p

mohd said...

tahniah khairi...tp kaki 2 kena jg lg...jgn buas sgt...hehehe...

nn said...

congrates congrates. n he really does look like u :)

AzzamAzhar said...

Woahh congrats your brothers , i pun dpt 7A2B je :D

@Erlinda Mikal a.k.a. Miss Little Town@ said...

wahhhhhhhhhhhhhh!!!!!

Haziq Zainal said...

wow. congrats to hanas zalikha. hee
:p

Yanne said...

Fuuhh.. nak sampai ke point result Khairi tu panjang betul.. I tak benti bace smpi abes.. heheh.. Life in SBP mmg camtu.. (waa.. tibe2 rindu kt sekolah..)

Anyway, congratz to Khairi..

Razrin said...

subjek ke-9 arab ke? hebat2..heehee

boughtwithlove said...

congrats....now open this for cheer up http://ohgosiphangat.blogspot.com/

TSYA'Z (~_^) said...

stropy yg sgt pnjg...lama btol nk bc....rupanya dpt 9A....congrrtaz adek kpd hanis zalikha...spm ambek A lgi eh....

.ziera. said...

hi hanis..
adik u betul2 mcm u versi lelaki
hehe
btw i bru je follow blog u setelah sekian lame jd silent reader..
selamat berblog :)

muhammad fakhruddin said...

Ha ni senior Khairi dtg melawat,he3x

btw,congratz Khairi dpt 9A!

raenIsMyName said...

OMG OMG OMG OMG!!!!

I Couldn't believe this!

ok first skali I've just known for like 12 sec ago, from surat khabar m'layang ntah mana hala ntah datang nya.

secondly, ur lil' brother a.k.a. khairi, is my (ex)junior.... And I was there to watch him play that nite futball thinging...
*sigh* sian nyer waktu tue...

NEway, congratz for striving khairi. Show that to Ustaz Kamal! (^o^)

cliEjoker said...

whoa!bes r blog u..ak bru wat.so xtaw sngt..n cngrate untk adk anis..ak pun dak asrama..adik awk cam ak r..bese r tu dak hostel..huhu..bgi j r dyer stay kt situ..

ewan said...

Mintak adik ko ajar camner nk jadik ketua pembuli tapi dpt 9a.

harrymia said...

wow,congratulation!that awesome!

cadbury_blackforest said...

tahniah khairi..k0 pun cam dak skola aq gak..

amierulrieza said...

la..kakak khairi rpenye..ha3..khairi2...tahniahla...wlupun ko berkaki 3...he3...

deatH_luVer said...

n3 neh buat diriku gelak di tengah malam...

Ahmad Luqman said...

Ini entri paling best! Sungguh!

hanapi said...

hahahak.... lawak gler adek ko ni... ustaz aku pn dlu cmtu gak... PMR je pon... xde hal la straight... hahha...

Tihara said...

perpisahan lumrah kehidupan..mase pantas berlalu..yang berpisah pastikan bersua kembali..

aida cy said...

its wat we call street smart la babe!!

hehe
congrates!!

Izyan Masri said...

MUKA SEBIJI MCM SIS HANIS ;D

Izyan Masri said...

HENSEM HENSEM :D