Thursday, February 4, 2010

Hati. Bukan liver tetapi, heart.

Hari ini I nak bercakap tentang hati cepat terubat. Perihal hati ini memang bukan perkara main-main. Kita takkan pernah dapat control apa hati kita rasa, apa hati kita mahu, apa hati kita jelek. Cuma setiap hari yang sebaiknya, apa boleh kita buat adalah bersihkan hati kita sebelum tidur. Kalau kita jaga hati kita baik-baik, kita selalu bersihkan hati kita elok-elok, susah untuknya dijangkiti penyakit hati. Aduh Tuhanku, minta dijauhi ya penyakit hati. Dan minta diubati penyakit hati orang lainnya yang ada berdengki, berhasad. Penyakit hati yang ada cemburu, ada dendam, ada iri.


Hm. Bagi kita menyuci hati, caranya memang banyak. Kalau nak disentuh, pelbagai aspek boleh sentuh. Aspek agama, aspek civik, aspek psikologi. Tapi cara membersih hati yang paling universal ialah tidur dalam keadaan tersenyum. Maksudnya bukanlah sebelum tidur kau cuba sedaya upaya ukirkan senyuman di bibir, bukan, tapi buang semua dendam, maafkan semua taulan, minta ampun pada Tuhan. Kalau yang Islam sudah tentu berzikir demi al-Tazkiyah (maksudnya penyucian, wah mentang-mentang sudah belajar Arab), kerana waktu berzikir kita memuji kebesaran Allah, waktu itu kita terasa kecil, bila kita kecil kita tidak besar, dan bila kita tidak besar, kepala kita juga tidak besar, maka apabila kita tidak besar kepala, ego kita juga saiznya boleh diterima akal, dari situ sifat pemaaf akan sebati dalam diri. Senang kan? Okay maaf, ayat saya yang buat ia nampak complicated tapi ia memang senang sebenarnya. Biar saya ringkaskan. Kepala kecil=Ego kecil=Pemaaf.


Macam dibicara permulaan tulisan tadi, nak sentuh tentang hati yang senang terubat. Hati saya. Hati saya senang terubat. Sangat super duper senang memaafkan. Bila senang memaafkan, hati pun tiada dendam. Bila hati tiada dendam, hati pun rasa ringan. Bila hati ringan, senang orang nak lambung-lambung. Kemudian hati kembali kepada fasa memaafkan. Paham maksud saya?


Ahh what happens next, cycle itu bermula kembali. Hati dilambung-lambung, dan sekali lagi (yang wujud dalam cycle itu juga) kemaafan diberi. Diberi okay. Tidak diminta atau tidak ditagih dari peluka dan pengecil hati. Kemaafan diberi waktu sebelum tidur (sebelum tidur memaafkan memaafkan memaafkan). Kadang-kala (okay bukan kadang-kadang tetapi sangat selalu) orang sekeliling akan rimas. Sebab cepat sangat berbaik semula dengan orang. Cepat sangat berkata tak mengapa. Cepat sangat terlupa sakit apa yang pernah singgah kat hati sendiri. Tapi nak buat macam mana, hati senang terubat. Sekali lagi diingatkan kita tak mampu control hati kita. Kita juga tidak mampu control kadar kepantasan ia sembuh (terubat).


Maka kalau ada di antara darah daging atau rakan taulanmu yang mempunyai hati sebegini, tolong biarkan mereka, jangan banyak menyoal memaksa. Hargai, malah.


72 comments:

  1. akhirnya first to comment kot!! love u hanis!! take my hati!!

    ReplyDelete
  2. wat if si penyebab kemarahan tuh membuat sesuatu yg sgt menyakitkan ati seperti melukai hati kite.?hump.

    ReplyDelete
  3. Saya bertuah ada otak yg bleh di manipulate..kalu ada benda buruk terjadi dan nak lupakan, before tido saya setkan otak tanak ingat dah. Esoknya bila dah bangun, nak refresh balik pe yg terjadi terus tak ingat apa dah hehehe thanks god so that i can live happily!


    Tips Pilih Hadiah untuk LELAKI!

    ReplyDelete
  4. best! saye pon same mcm hanis..kjap sgt lupe ape yg org tu da wat kat kite..lagi2 kalo org tu pandai amek hati..

    i think its good which makes our hati ringan, we also feel more kind..i like this nature of behaviour

    but sumtimes memakan diri..yup when we realize that we're in a cycle and keep forgiving but those things that u wanna see them change still doesnt change and makes us frustrated in the end..

    thats why we have to protect our heart also.. :)

    ReplyDelete
  5. hanis,

    bagus lah jika hati senang terubat..
    tiada dendam kesumat tersemat di jiwa.. hidup pun harmoni kan :)

    ReplyDelete
  6. same goes to me. senang marah, senang memaafkan. orang sekeliling pun dah naik bosan. dengan saya dan dengan orang yang dimaafkan..

    ReplyDelete
  7. Have to say we have smthg in common here..tp x i se"instant" u... bergantung pada apa kesalahan yg org lakukan pada kita, bila dah cool & pikir serta berdoa moga2 suatu hari nanti org yg melakukan kesalahan tu akan berubah dan melayan kita dgn lbh baik..

    ReplyDelete
  8. wahh sronok ye ada hati cmni.
    dlu akk pn ada gak hati cmni tp selalu je kne buli.
    lupakn kesalahn org pd kita tp org tu ulang2 je bt pkara yg sme, xke tu mnyakitkn ati? last2, akk abaikn je org cmtu.

    ReplyDelete
  9. wish to be like u hanis..
    *praying*

    ReplyDelete
  10. i'm totally agree with this post!

    ReplyDelete
  11. "tidur dlm keadaan senyum"
    tq sebab mengingatkan

    ReplyDelete
  12. so kene jaga2 dgn hati kite..unexpected

    ReplyDelete
  13. owh..hanis...saya juga sedemikian rupa..tapi cepat marah dan cepat cool...

    ReplyDelete
  14. salam.
    wah senangnya awak memaafkan kan.
    kalau macam sayalah, aduwai sangatla susah. ntah knape. macam....kalau kata takpe tu, separuh hati kata mana boleh takpe.mesti balas balik.
    cume possibility utk balas balik tu bergantung pada the next time dia buat sy sakit hati lagi.
    haa...
    bahaya betul.
    sbb aktiviti mengungkit tu mcm in the air gitu.
    thanx fr this post. sy cam tgh blaja anger managemt ni.huhu. wish me luck :D

    ReplyDelete
  15. hmm.. mmg btol

    mcm hati i jugak

    sangat mudah untuk memaafkan orang yang da lukakan hati saya dengan maha dahsyat.

    tp bila berulang balik kesalahan yang orang yang sama luka kan hati i..i tertanya knapa hati i di layan mcm tu skali

    mereka yang x da hati ker or i yg x der hati??

    hmmmm

    susah jd baik lagi susah kalo x jadi baik

    ReplyDelete
  16. =)suka post kamu ttg hati...yey....read3x...

    ReplyDelete
  17. hanis awak sangat baik kalau begitu, sebab saya sangat susah memaafkan, tapi lebih hebat buat muka donno. ok saya akan ikut awak. maafkan orang sebelum tidur

    ReplyDelete
  18. tazkiyatun nafs
    penyucian jiwa

    xmo jiwa koto
    buruk sangat

    ReplyDelete
  19. trigt yg ur mom png tulis kt blog, kena slalu urut kn dada bila marah, supaya terbelai hati tu...;)

    ReplyDelete
  20. assalamualaikum kak hanis .. saya pengikut setia belog akak .. sesungguhnya, saya sangat tertarik dengan entri belog akak pada kali ni .. kemaafan adalah penawar yang terbaik, kerana sebagai manusia biasa kita sering kali melakukan kesilapan x kira secara sengaja ataupun tidak .. btw,, belog akak sangat fun & saya enjoy ketika mengunjunginya .. peace yaww (:

    ReplyDelete
  21. bila baca entry u about memaafkan untuk membuang dendam, i teringat drama Manja Lara. sekejam2 Sahara tu boleh Lara maafkan orang yang bunuh parent dia ek? agak2 di dunia realiti ada tak orang yang mcm tu?

    ReplyDelete
  22. yerla sapa la diri kita utk tentukan balas kpd org yg org yg lukakan hati kita..
    biar kuasa tuhan yang balas.
    tak salah maafkan orang.


    =)

    claraemilycancer.blogspot.com

    ReplyDelete
  23. hati yang suci sukar dicari...(quote dalam iklan sabun pencuci)
    syabas hanis!!!really love the post..

    ReplyDelete
  24. I say Hanis.. Gaye cam ade org komen psal u jer kat mana2 u brada pasal sapa2 jer yg u maafkn tu.. Am I rite am i rite am i rite???

    I like it, content speaking, but den I dun like the way it felt, coz it seems like ur feeling (T_T) and it makes me wanna (ToT)too.. Jgn nanges isk isk isk sreeeett*lap hingus*....

    ReplyDelete
  25. http://mimshinyatoha.blogspot.com/2010/02/suka-baca-belog-diahari2-juga-bacasudah.html

    ReplyDelete
  26. paru lak apa ek..liver gk ke? ow...

    ReplyDelete
  27. hehe totally setuju dengan hanis. btw i have an entry yang lebih kurang pasal hati jugak.

    http://nur-fazlina.blogspot.com/2010/01/10-tips-hilang-resah.html

    maybe kita boleh share the same thoughts. hihi.

    :)

    ReplyDelete
  28. best..:)

    untuk para pendengki sedunia.

    ReplyDelete
  29. baju boleh dicuci,tp hati yg suci sukar dicari.
    ops. tetibe letak ayat iklan sabun TOP.haha.b

    ReplyDelete
  30. thanks for sharing.. hati kena bersih.... kalau tidak dari luar kita boleh nampak ketidakbersihan seseorang dari segi personaliti...

    Siapa Nak Promo Blog???

    Anda Penyelesai atau Pembawa Masalah??

    Apakah Mimpi Terbaik?????

    ReplyDelete
  31. memaafkan senang, tp melupakan susah...kadang pikir, tak ikhlas kah memaafkan sampai tak boleh melupakan? ermmm... ikhlas..ikhlas... cuma tiap kali tak leh melupakan, buat keje lain yg boleh 'mengurangkan' ingatan.. complicated eh??? gi makan ikan lebih lagi..ngeh ngeh...

    ReplyDelete
  32. i like this post.Thanx Hanis dear.. memang u lebih matang dari usia. Take care dear...

    ReplyDelete
  33. jom same2 jage hati k ;))

    ReplyDelete
  34. ohh,percaya atau tak, sy sedang train hati sy unt jadi keras sikit.
    sebab bila kita terlalu senang memaafkan, org seakan buat tak kisah dgn hati kite. and i hate that!

    ReplyDelete
  35. pentingkan hati yang bersih dari segala sifat PHD....

    ReplyDelete
  36. kalau org daripada kategori cepat lupe (me) memang senang nak maafkan org. sebab kita mudah lupa apa org buat kat kita. tapi bila igt balik..haha.tiada maaf bagimu pulak.tapi biasanya tiada maaf bagimu hanya utk si jelik. setakat sakit sakit hati biasa alah normallah. manusia tak buat silap tak funlah hidup ni.

    ReplyDelete
  37. Tahniah! Cik Hanis Zalikha kerana berjaya mengunakan medical term untuk membezakan di antar hati dengan 'heart".

    Rambut sama hitam tapi hati lain-lain. hahhah untuk renungan bersama dalam kehidupan seharian kita.

    ReplyDelete
  38. setujusetuju
    hati yang tiada dendam pasti akan tenang :)
    mari bersihkan hati

    ReplyDelete
  39. memang sangat susah bermain dengan hati :)

    ReplyDelete
  40. hanis....selalunye kite golongkan org yg demikin 'lembut hati'.....bukan mudah utk memaafkan setelah hati dilukai....syahdu je n3 hari jumaat ni....bagus hanis.....akak suka.

    ReplyDelete
  41. yeay! suka entri ni sangattttt. jangan berkira sangat la kalau hati kita lagi sakit berbanding itu, ini. yang penting chillll. insya Allah hati tu sejukkkk je selalu tiada dendam tiada hasad :D

    ReplyDelete
  42. my first post ever, coz this post related to me recently. seseorang telah mengkhianati saya n msh cuba utk memaafkan tetapi gagal. akn cube lagi...yeah

    ReplyDelete
  43. cara bersihkan hati x lain xbukan hanyalah dgn berzikrullah ..selain tu sentiasa amalkan "Husnu Zhon"
    (bersangka baik)

    semoga Allah bersihkan hati kita sentiasa amin

    ReplyDelete
  44. hati hati ketika melintas jalan :P.

    back to your entry,

    mmg bagus utk forgive and forget. biasnya kalau kita maafkan org, org pun maafkan kita. kadang2 situasi tak sapa salah, so better maafkan.

    segalanya berpunca dari hati. hati bersih, luaran pon bersih jgk

    ReplyDelete
  45. A good entry. And thank you for reminding me. Kita manusia mudah lupa, jadi kita perlu selalu dedahkan diri pada perkara² yang boleh tolong ingatkan kita. Kadang-kadang bukan niat kita nak berdendam, kita tau sakitnya hati bila berdendam dan membazirnya tenaga bila kita berdendam. Tapi kita tetap susah nak maafkan sebab kita lupa apa sebab kita harus memaafkan dan melupakan.

    Kalau ada sticky note yang boleh tampal di belakang tangan, tidak akan tanggal ketika mandi, makan dan tidur, tentu kita akan tulis 'kenapa kita perlu maafkan dan lupakan' supaya tidak tergelincir dari memori.

    Jadi, entry ini adalah satu daripada perkara-perkara yang mengingatkan saya. Again, thanks. ;)

    ReplyDelete
  46. owh..u are so kind...tapi saya akan terus terang apa yg tak suka..than hati terus melupakan..

    "Hatimu untuk Siapa!"
    ~novel Dr Tuah Iskandar~
    ~suggested to read!~

    ReplyDelete
  47. JANGAN lar marrrahh(dalam keadaan sengau yek)...
    hanis, mana entry yang kelakau lagi,SAYA mahukan!!!!

    korg sume, datang lah blog sy!!

    ReplyDelete
  48. i forgive but i dont forget.

    hehehe.

    ReplyDelete
  49. wah, sangat mendalam entri itu..
    nak kene try nih..=)

    ReplyDelete
  50. hati terkenang mulut menyebut, huhuu...

    ReplyDelete
  51. YUP...memaafkan. perkataan yg senang di ucap..tp, jarang di amalkan.. walaupun susah, tp tak mustahilkan?? blajarlah utk memaafkan sekiranya kita sedar kita pun tak terlepas dr membuat silap...

    credit to Hanis..do posting sumthin like dizz again so that ppl can learn sumthin from ur "thinking"..

    ReplyDelete
  52. hye.sy silent reader sblum ni.amat suka post2 kamu.huu.do reply me!xoxox

    ReplyDelete
  53. memg mudah meaafkan...tp kdang2 bile org tu ulang sakiti hati kite lagi...e2 yg leh jdik dendam tuh...huh...payah2

    ReplyDelete
  54. memaafkan & tidak mengungkit = resepi gembira dalam hidup.
    Hanis, kamu memang selayaknya jadi popular. =)

    ReplyDelete
  55. hati mmg boleh memaafkan, tapi akal fikiran sukar melupakan... cam ne tuh?

    ReplyDelete
  56. sya suka entri ni...sucikan hati, ubat awet muda yg mujarap ;)

    ReplyDelete
  57. bahasa melayu ni agak memalukan bila sampai bab hati liver heart ni la.. dulu selalu baca tafsir qur'an sebut pasal hati, tapi bila relate dgn biologi masa sekolah menengah hati maknanya benda lain jadi amatlah bangang kerana DBP atau mereka2 di kalangan sasterawan malaysia tidak dapat berbuat apa2 pun selama berpuluh2 tahun merdeka ni untuk membetulkan kekeliruan dan kelemahan dalam bahasa, berkenaan hati liver heart ni! #$^& kepada mereka2 berkenaan yg bertugas menjaga Bahasa Malaysia di Malaysia ini. Sekian!

    ReplyDelete
  58. Salam!!! muda2 dah pandai bersihkan hati. Eloklah hati kita juga dirawat supaya senang kehidupan kita, segala-galanya mudah bila hati dah bersih.Silalah lawat blog saya yangazmah.blogspot.comilalah lawat blog saya <a href="http://

    ReplyDelete
  59. i love tis entry...yup kadang2 org byk mempersoalkan..bila kite cepat sgt mengubat hati sendiri..org kate kita ni buat2 baik or watever...susahkan, bila buat baik beribu2 lemon pun bkn dihargai mlh dikutuk..bile skali kite buat jahat,org akan keji sampai mati..huu..complicated btul manusia ni..neway,hamis>_< juz b urself!!! dun care bout mereka2..

    ReplyDelete
  60. Cantik Kasutu...
    http://hisha,80.blogspot.com

    ReplyDelete
  61. Blog yang sungguh menarik

    http://hisham80.blogspot.com

    ReplyDelete

No proper ID, no proper comment, down you go the freaking spam drain. Receiving happy vibes!