Friday, June 11, 2010

Team Chomel

Hello. Saya ada geng baru. Ingat tak saya pergi Indonesia? Saya mendapat geng baru kerana trip tersebut, trip sempena birthday Garuda Airline Indonesia!


Happy 60th Birthday Garuda Airline from all of us, Team Chomel.



Okay mari saya cerita. Yang sebelah saya ialah Isabelle. Isabelle kerja untuk Garuda. Dia yang uruskan kami semua penginapan, makan, kereta, upgrades. Sayang Isabelle. Isabelle adalah sangat penyabar orangnya, menguruskan 5 jenis kepala, 5 jenis ragam iaitu saya, Nicole, Thomas (cermin mata), Niki (pakai topi Oink) dan Joe (baju pink chomel).



Nicole (ada dalam gambar pertama) ialah princess. Sebab Niki panggil dia princess bila dia datang lambat dan suka kereta beraircond. Dia juga princess sebab cara dia cakap lembut aje, dan muka yang lawa. Nicole tak selalu berada dengan kami sebab dia selalu ada panggilan perlu dibuat dan kerja yang perlu disiapkan untuk belognya.



Jadi, orang yang selalu dengan saya ialah the boys, abang-abang saya. Joe, Niki dan Thomas(Tomtom). Joe yang cadang mereka konon-konon abang-abang saya sebab saya sangat muda dan tak berani lintas jalan sendiri dan penakut tidur hotel sorang-sorang.



Malam-malam selepas semua aktiviti selesai saya dan abang-abang keluar hotel lintas jalan super sibuk dekat Jakarta tuh, untuk cari 7eleven. Pusing-pusing dalam 7eleven lama gila. Diorang pilih arak, pastu kata adik jangan sibuk, adik minum ni *tunjuk air yang bukan arak*. Haha diorang jaga saya lebih dari saya jaga diri sendiri. Kalau ada orang nak makan babi, Niki akan make sure orang tuh tak duduk sama table dengan saya. Atau pinggan babi itu berada di table yang lagi satu. Sukanya abang yang sensitif!



Bila saya nak keluarkan duit sebab dah habis 2juta dalam masa dua hari, Joe tak bagi sebab dia kata nanti bank charge mahal. Dia suruh guna kredit kad dia atau ambik je wang tunai dia. Baiknya abang cenggini! Shopping dengan mereka paling best okay! Semua excited gila saling tolong-menolong siapa nak beli apa etc. Ah rindu dioranggg! Niki dan Tomtom ada semua video aksi kecomelan kami eceh.




Lepas dah beli barang dekat 7eleven terus naik bilik tengok The Nanny ramai-ramai. Lepas tuh sembang-sembang, makan megi. Kemudian sembang-sembang lagi. Banyak betul nak disembangkan. Sampai macam taknak tidur. Tapi esok kena bangun pagi, so pukul 2 pagi semua berangkat pergi bilik masing-masing. Tomtom terpaksa hantar saya si penakut nak balik bilik sampai depan pintu haha. Sebelum tuh Joe dah pesan, Hanis make sure kena mandi walaupun dah lewat, kalau takut bilik hotel, tackle tandas hotel dulu. Pesanan yang I akan ingat sampai bila-bila.




Banyak suka-duka dalam trip ini yang merapatkan kami. I wouldn't change a thing about it :') Okay ini adalah entri pengenalan watak. Entri-entri akan datang bakal menceritakan pengalaman saya di sana bersama Team Chomel! Err nama Team Chomel bukan sebab perasan ke apa eh. Tapi diorang suka mock saya sebut comel sebagai 'chomell'. Pembuli!

37 comments:

  1. chomel adalah nama kedai saya..tu je nak kasitau...lalalalaa

    ReplyDelete
  2. mmg comel la sumenye :)

    ReplyDelete
  3. suka.
    oh..suka bila ur brothers sangat sensitif and caring~

    ReplyDelete
  4. kalau orang chomel tentu senang dapt geng... mmm

    ReplyDelete
  5. wah! bestnyer!! =D

    ReplyDelete
  6. indonesia mmg cbuk...really busy..
    driver kat sana mcm x syg nyawa klu bawak keta...huhu

    ReplyDelete
  7. oh! team comel
    bgs sbb mempunyai orang yang carring dengan kita :)

    u memang hide kan msg fb ke?

    ReplyDelete
  8. nice name..lalalalala..citer2 citer dari a-z kat jakarta tue..im waiting

    ReplyDelete
  9. chomel banget sih...thi hihihi

    ReplyDelete
  10. Diaorang semua tu orang Malaysia jugak ker?

    ReplyDelete
  11. teruja dengan tahap sensitiviti dorg terhadap org yg tak mkn babi.hoho

    Latest Entri : Remy Ishak sebuah gitar akustik

    ReplyDelete
  12. da seswai sgt daname team chomel tu hehe papepn journey 2 cm sgt happning lor ;)

    ReplyDelete
  13. alala..cumel2 dalam team comel nih..hehehe

    ReplyDelete
  14. waah~ kak hanis ade team baru ye...tak sabar tunggu entri Indonesia.. >.<

    2juta?mak oii...shopaholicnye kak. :p

    ReplyDelete
  15. wah wah wah
    bagus nyer...
    hanis tak ada buat kuiz untuk bercuti bersama peminat ker?
    nak join kalau buat yek!

    ReplyDelete
  16. Hanis comel, team pun chomell..partner
    Yang baik hati..

    ReplyDelete
  17. Go Team Chomel! Beats A Team big time!

    ReplyDelete
  18. You are sooo cute! sgt suke ut hair!

    ReplyDelete
  19. x sabar nk tggu yg seterusnya...yehee

    ReplyDelete
  20. bagusnya ur friends alert tentang halal & haram

    ReplyDelete
  21. team Chomel ni team utk apa?? gua tak berapa faham..

    ReplyDelete
  22. woww..memang chomel.berbaloi menjadi Hanis Zalikha-www.mayyaclaasic.wordpress.com

    ReplyDelete

No proper ID, no proper comment, down you go the freaking spam drain. Receiving happy vibes!