Saturday, October 23, 2010

Exams & Fish Diet

Hikhik baru belajar nak buka satu tweet jadi besar sebegini dan screen capture.


Saya selalu rasa kita perlu study untuk kehidupan selepas Universiti, jadi lebih baik kita belajar betul-betul sekarang dan gunakan apa yang kita dah belajar nanti. Kalau kita belajar hanya untuk exam dan bila keluar dewan exam ilmu pun keluar dari otak macam beramai-ramai diangkat ke langit, nanti bila nak kerja, nak gunakan ilmu tuh balik, kena cari textbook semula? Taknak. Baik belajar betul-betul untuk kegunaan masa depan. Bukan semata-mata exams.



Kadang-kadang ada orang score exams bukan sebab dia genius pun, tapi sebab dia terel hafal sebijik-sebijik ayat buku text. Kadang-kadang ada orang fail exams bukan sebab dia bodoh pun, tapi sebab dia lalai dengan potensi sendiri (yang mungkin lebih besar dari penghafal tadi). Jadi result exam sebenarnya bukan ukuran betapa besar gaji awak nanti, ia lebih kepada opportunity-creator. Awak nak peluang lebih besar nanti, jaga result exam awak. Namun kalau result exam teruk, tak semestinya anda bodoh (anda mungkin lebih ke arah praktikal) dan rezeki ada di mana-mana sebenarnya.



Saya kemukakan bahawa result exam adalah opportunity-creator sebagai pembuka kata adalah kerana saya nak tolong sikit sebanyak kalau awak jenis yang menjaga result exam. Saya nak cerita pasa diet ikan yang saya selalu cakap, sampai keluar Berita Harian pun nak membebel pasal diet ikan kah kah kah. Okay.



Saya cuma rasa ikan baik untuk otak apabila dengan pemakanan ikan kita terima omega. Sebenarnya saya sendiri tak tahu sejauh mana kebenaran makan ikan bagus untuk kuatkan memori, sebab malas nak kaji lebih lanjut tapi sebab selalu dengar teori ini, jadi marilah teruskan hidup dengannya sehingga timbul mana-mana makhluk yang dapat menyangkal kukuh.



Ada sebahagian diri saya juga berasa ia adalah sebenarnya psikologi otak di mana setelah makan ikan sahaja selama dua minggu, mulalah berfikir bawah YA OTAK KU TELAH KUAT MARI BACA DAN TERIMA ILMU DENGAN MUDAH. Bila pikir macam tuh maka jadilah macam tuh. Bak lagu jika kau pikirkan kau boleh deng deng deng, kau pasti boleh melakukan. Kiranya otak senang terpengaruh, jadi kita trick dia into thinking dia dah kuat sebab bersalut omega heh.



Diet ikan sebenarnya takdelah saya buat seminggu sebelum exam baru start. Selama satu semester belajar, memang banyak makan ikan. Purata dalam seminggu tujuh hari lunch, 5 hari mesti ikan. Bila dekat exam dan cuak sahaja yang memang tak sentuh ayam betul. Memang pandang pun taknak. Kalau dia goda-goda pun tepis godaan lah! Sebab? Sebab-sebab yang dinyatakan di peranggan terdahululah. Have you not been paying attention??



Tapi ada manusia yang benci benar ikan! Macam siapa tuh? Alaaaa dia tuhhh. Alaaaaa Hanis 4-5 tahun yang lalu tuhhh. Hehe. Jadi macam mana orang yang macam ini? Macam mana dia nak trick otak kata kau dah kuat aku dah salut kau dengan omega?



Cari laternatif lain. Tak semestinya makan ikan seekor setiap hari. Apa-apa yang based ikan, makanlah. Saya suka Laksa Penang, Laksa Kedah, seaweed, keropok ikan, keropok lekor, biskut bentuk ikan, sushi, Fish & Chips, satay ikan kepingan bulat-bulat dari Thailand tuh, Fillet O Fish, otak-otak. Okay sebenarnya saya suka semua makanan, tapi yeah.. itulah yang berasas ikan yang saya tekankan kalau boring dengan ikan lauk. Boleh cuba!



Laksaaaaaaaaaaaaaaa :P


Saya cakap benda ini semua sekadar berkongsi, saya pun tak tahu boleh score ke tak exam kali ini, cuak. Jadi saya doakan kejayaan kita semua. Yang penting tidur cukup bukan berlebihan. Makan sihat. Minta padaNya banyak-banyak tanpa putus.


"Ya Allah ya Tuhanku, kau bantulah aku dan kawan-kawanku menghadapi cabaran ini dengan baik. Kau kuatkanlah daya ingatan kami, tajamkanlah akal fikiran kami, lapangkanlah dada kami, terangkanlah hati kami, bimbinglah kami untuk fokus dan jauhilah kami dari kelalaian dan kemalasan. Kau bantulah kami menerima ilmu dan mempraktikkannya dengan cemerlang. Kau jadikanlah kami manusia yang berguna untuk keluarga kami dan masyarakat kami. Amin amin ya rabbal al amin, engkaulah yang Maha Mendengar lagi Maha Pemalu"



SEDAR DIRI SEDAR DIRI SEKARANG. ANDA MAMPU MENGUBAHNYA. HANIS KAU OFF LAPTOP SEKARANG! Oh yang sedar diri sedar diri tuh you were talking to me ke? Fine.

60 comments:

  1. waaa Hamis pun nak exam ke ? sama la kite . cuak tak hingat ni!

    ReplyDelete
  2. ikan xsedapp...*sigh*
    masih mencuba untuk 'suka gila' dengan ikan.
    :)

    ReplyDelete
  3. smoga berjaya semua. :)

    p/s: mimi suka makan ikan.

    ReplyDelete
  4. betol2.. lalai ngn potensi diri :)

    ReplyDelete
  5. xsuka makan ikan kecuali ikan keli dan bawal.memilih.tp laksa suka gila.makan ikan boleh bg hlg stress nak exxam jugak x? all the best hanis. ;D

    ReplyDelete
  6. Good luck Hanis!
    Okayh,jom makan ikan pasni.
    No more ayam goreng.hukhuk

    ReplyDelete
  7. good luck hanis.......
    hidup ikan..kehkehkeh

    ReplyDelete
  8. in exam mode la ni. laksa tu looks delicious

    ReplyDelete
  9. wah!!!! kene makan ikan hari-hari la kalo macam neh...

    ReplyDelete
  10. tq hanis,
    rasa bersemangat balik nk stady..
    ehehe..
    gud luck ye.

    ReplyDelete
  11. haha, memang lepas baca tips kak hanis terus makan ikan je sepanjang sem. lebih kurg seminggu hari-hari makan ikan.hik3

    ReplyDelete
  12. warghhhh gud tips from hanis! love u!

    ReplyDelete
  13. dah exam.

    27 ini last paper.

    lalalala...

    then unofficially graduate!!! yeay!!

    ReplyDelete
  14. good luck hanis..moga di permudahkan semua paper ye.

    ReplyDelete
  15. dni suka juga makan makanan segera macam yang hanis cakap tu... kalau bosan2 dni makan laksa asalkan ada ikan.. tapi kadang2 dni baham daging. ayam tu jarang dni makan :D hehe..

    Gooluck hanis!

    ReplyDelete
  16. Ikan amatlah memboringkan. lagi2 kalau goreng kosong atau pun rebus. urgh

    ReplyDelete
  17. good luck hanis! all the best for your final exam. :D

    ReplyDelete
  18. gudluck hanis.

    tapi..err..takde ker butang LIKE facebook??heheheh

    "LIKE" entry ini =)))

    ReplyDelete
  19. Hah..ingt org kantoi exam otak leleh ke...btul2..kalo dah makan ikan try la kutip DEKAN..lalala~

    ReplyDelete
  20. Kalau betul mau otak cerdas pandai mmg mnyk ikan itu pilihan tepat tp jgn susahkan diri makan ikan yg dimasak bersma kolesterol bg nmpk dan rasa sedap. Terus makan supplement minyak ikanlah dan minyak ikan terbaik EPA DHA keluaran Elken dan amalkanlah Elken Spirulina.

    ReplyDelete
  21. jum ai banje laksa ikan sekoq kat aloq setaq ni!

    ReplyDelete
  22. en.tikus dah habis final . best woooo . ha3

    ReplyDelete
  23. xsuka makan ikan kecuali ikan keli dan bawal.memilih.tp laksa suka gila.makan ikan boleh bg hlg stress nak exam jugak x? all the best hanis. ;D

    ReplyDelete
  24. Hanis, gud luck for ur final..strat 25 ke?? me start this monday n finish 4th november..semoga Allah permudahkan urusan kita sume nt..amin..

    ReplyDelete
  25. nak exam ,kena makan ikan bnyak2..
    ni first time dengar

    ReplyDelete
  26. i was told to drink gallons of water time nak study.So your volume of blood will be increased and more oxygen carried to the brain. Remember to sit next to WC then.

    Gud luck dear!

    ReplyDelete
  27. Hanis...
    kenapa doa tu ada Maha Pemalu?
    Pemalu?

    Saya confused.

    ReplyDelete
  28. Hi hanis,i shared some of your words here in my blog bcause it is so much inspiring..all the best examm

    ReplyDelete
  29. saya blogger biasa2 saja2 buat berani review blog hanis...=)

    http://hazrilhafiz.blogspot.com/2010/10/follower-ke-11611omg-ramainya.html

    kalau sudi jemput datang=)

    ReplyDelete
  30. Suka makan ikan bakar!;-)

    http://bysandraazwan.blogspot.com

    ReplyDelete
  31. gud luck..
    if u don't mind, boleh tak sis letak blog i dalam bloglist sis?

    ReplyDelete
  32. hanis.. good luck ok? u can do it!!

    take care..

    btw, kak t dh beli set jagaan rambut dove yg 4 set tu.. mcm yg u beli... hehe... mmg sedap pakai shampoo tu.. wangi.. lembut je rasa rambut..

    ReplyDelete
  33. hanis good luck exam..kita nye tips plak..tulis "strive for DL" kat depan meja bila nak study. nak jawab exam pun perkara mula2 bila bukak paper ialah tulis "Strive for DL" kat paper jawapan. Kasi examiner terkejut tengok lalu bagi A.haha..

    sudi2 jenguk -->

    http://kisahnye.blogspot.com/2010/04/score-walaupun-study-last-minute.html

    ReplyDelete
  34. hoih biskut berbentuk ikan pun ada omega ke hahhaha

    ReplyDelete
  35. dulu pun akak tak suka makan ikan macam hanis tapi lama2 lepas kahwin kena la jugak masak ikan

    ReplyDelete
  36. dulu ade mmber ckp mkn ikan cpat gumuk..huhu i dun think so..hanis stuju?

    ReplyDelete
  37. jom mkn biskut bentuk ikan! :D

    ReplyDelete
  38. like this entry! ~ silent reader

    ReplyDelete
  39. ikan yg dari air sejuk lebih tinggi omega or ikan keli lagi bagus... good lakh!!

    ReplyDelete
  40. sangat setuju dgn statement nie.. kadang2 mamat2 / minah2 yg skema nie tak boleh buat kerja terutamanya kalu bidang kejuruteraan & business..

    ReplyDelete
  41. pernah baca ikan mmg bagus untuk memori.. boleh kurang kan risiko nyanyuk! ok. saya sama spt kamu yg benci ikan dulu!

    ReplyDelete
  42. make budu je weh, sebak tuh ore kelate rama panda2.. mcm koala panda!

    ReplyDelete
  43. She wants to start the trend calling 'Allah yang maha Pemalu'. Go ahead. That's so sweet. Dont forget to doa yang sama, mana tau pahala Hanis berganda.

    ReplyDelete
  44. thanks hanis.
    lepas ni memang sentiasa dengan ikan lah. hehehe

    ReplyDelete
  45. yup, gunanya ilmu adalah untuk memajukan hidup,membentuk pencapaian diri jadi semakin baik dari sehari ke sehari.

    ReplyDelete
  46. Hanis sayang nanti kuar result share lagi kat sini yea =)))

    ReplyDelete
  47. this tips, freakingly true ma....hanis, sy ikut diet hanis nie!! huhuu...

    http://yoishme.blogspot.com

    ReplyDelete
  48. Waahhh..nak jadi mcm sis la, suke mkn ikan..bawu otak pon cerdik..hehe

    *winkwink

    ReplyDelete

No proper ID, no proper comment, down you go the freaking spam drain. Receiving happy vibes!