Sebab belum order kuih raya buat keluarga dan mertua... Hehehe ala jangan marah.
Taken from my mom's blog...
Assalamualaikum
Ada ketikanya ada perkara yang kita kena lepaskan sedikit sedikit agar terhurai tekanan yang menekan. Macam saya dulu semua benda dalam hidup saya nak lakukan sendiri. Sampai memotong rumput pun saya mahu lakukan sendiri.Pergi kedai hardware, beli mesin rumput dan bagai. Rumah nak cat sendiri, kuih muih lauk pauk setiap kali nak masak sendiri, semuanya saya nak buat secara DIY.
Kalau betul saya suri rumah tangga tidaklah rasa teruk sangat. Ini saya berkerja, mengandam, membaking, mengurus hal ehwal berniaga. Jadi mana kehidupan sebenarnya. Semua mahu dikejar, mahu digapai, kalau akhirnya diri sendiri yang tersadai, siapa yang rugi, bukan orang lain, diri sendiri juga yang merasai.
Sampai ada satu masa, bila hanis menasihati saya bahawa kalau kita nak berjaya bukan kita yang berkerja. Tapi orang yang berkerja untuk kita.
Maka sedikit sedikit saya lepaskan. Strawberry Moist Choc cake saya lepaskan business pada Liana. Saya tumpukan pada kek pavlova sahaja.
Dulu kerana gemar nak mencuba skil memasak maka setiap masakan yang ada direstoran, saya ingin memasaknya sendiri di rumah. Sekarang saya rasa lebih santai kerana berfikir bahawa nikmatilah hidup ini seadanya...kalau mampu buat, kalau tak mampu kita biar orang lain ambil alih.. Selepas itu saya sudah tidak lagi bersungguh, bertekun, menghabiskan separuh hidup menyediakan semua menu untuk keluarga. Kalau sempat atau ada kelapangan baru saya cuba masak istimewa atau masak biasa. Jika tidak saya bawa anak-anak makan dan bergembira di luar.
Alhamdulillah sejak itu kehidupan saya lebih ringkas dan tenang. Dapat rehat lebih, keluar dengan keluarga, kawan kawan dan adik beradik. Saya banyak masa untuk diri saya sendiri.
Sama kaedah dengan penyediaan kuih muih hari raya. Bertekun membuatnya bukanlah sesuatu yang menyeronokkan sebenarnya. Kerterujaan membuatnya hanya pada waktu mahu memulakan. Tetapi apabila berada di pertengahan jalan, kita akan mudah rasa jemu dan keletihan. Selain daripada kena ambil extra effort untuk membeli barangan di kedai, mengemas peralatan yang mengotori dan membuat dapur tunggang langgang dan bahan bahan membuat kuih yang berlebihan belum tentu akan kita gunakan dan akan banyak pembaziran di situ.
Maka buat anda semua, jalani hidup ini dengan lebih santai. Jangan persediaan kuih raya memberatkan lagi bahu kita walhal puasa dan hari raya itu adalah hari untuk kita lalui penuh kerehatan dan kegembiraan.
Mengapa tidak sahaja sediakan budget rm100-rm200... order sesuka hati sesedap selera. Tak perlu berasak-asak di kedai Bagus mahupun Bake With Yen, yang bahan bahan buat kek semakin tahun semakin mahal, sebab ramai sangat orang kita semua nak cuba skil masing-masing maka tokeh tokeh ni naik harga bahan-bahan sewenang-wenangnya.
Sungguhpun begitu saya tak kisah walau makin tahun untung berkurang asalkan kuih raya saya jual dapat sambutan apatah lagi saya usahakan semakin tahun semakin sedap namun harganya tidak berubah sama sahaja.
Tahun ini saya tambah sedikit kuih-kuih baru yang memang superb. InsyaAllah memeriahkan raya anda.
KUIH RAYA PALING DISYORKAN MENGIKUT TURUTAN 1 - 16
1. Snow White
2. Glamarous In Cup
3. Pop Nuts
4. Classy Pandan
5. Samperit
6. Sunny Cruncy
7. Romantik Hazel
8. Nestum Rasberry
9. Choc Crumpy
10 Prada Passion]
11.Rollin In The Deep
11.Rollin In The Deep
12 Jem Tart Gulung
13. Beautiful Blueberry
14. Biskut Arab(Gambar BelumUpload)
15. Chocolate Rice(Gambar Belum Upload)
16. Gorgeuos Peanut (Gambar belum upload)
PENERIMAAN ORDER BAKAL DITUTUP HUJUNG MINGGU INI!!! TAKE ACTION NOW!
Sebelah kiri diberi nama Pop Nuts yang sungguh cruncy, penuh dengan kekacangan yang mengasyikkan dan Almond London yang sebiji kacang badam yang bersalut biskut rangup dan dicelup coklat yang lemak manis. Harga setiap balang rm28 dan isinya 50 keping.
Dari kiri, sesuai dengan namanya Snow White, yang sungguh bersalju, rangup, berkacang dan kuih raya paling top setiap tahun. ...Manakala, yang sebelah adalah pandan samperit yang bernama Pandan Classy, rangup, lembut bersalut coklat putih berhias manik. Kegemaran setiap kanak-kanak.adalah pasti....salah satu kuih yang paling laku setiap tahun. Berharga setiap balang rm28 dengan isi 50 keping di dalamnya.
Beautiful Blueberry nama diberi, enak berserat penuh khasiat, segala cereal semua dimiliki, apa yang penting ianya sesuatu yang sihat. Harga sebalang rm28. mengandungi 50 keping.
Dari kiri biskut Glamarous In Cup, sungguhlah sedap, sekali makan pasti nak order, paling tengah ada kacang, lepas kacang ada biskut, lepas biskut ada coklat, lepas coklat ada pastri yang cruncy. Harga sebalang rm28 50 keping.
Sebelah kanan tak perlu diwar-war biskut dahlia, Biskut Samperit tapi yang ini lain sikit, hancur di tangan cair dimulut, masuk mulut jangan kecoh nanti bersembur, Dahlia kak nani siapa tak kenal, Sedapnya tak boleh dilupa. Harga sebalang rm28 isinya 50 keping...
Dari atas Pretty In Love, segalanya kacang dan cereal ada terkandung, Yang tengah Choc Crumpy, memang terkenal setiap tahun, dalam biskut, luarnya coklat, bersalut pulak serbuk roti, ranggupnya ya ampun sedap sekali, Paling bawah Choc Guilty, biskut coklat rangup tidak berinti cuma berhias kacang badam sebiji sebiji. Harga semuanya sama. satu balang rm28. 50 keping isi di dalam.
Yang ini tak usah cerita, Nestum Rasberry kegemaran semua, setiap tahun dia ada, Yang dua tu Tart Nenas Gulung Dan Tart Nenas Inti Atas, tart gulung, pastrinya gebu dari susu tepung, jem nenas nya pula, dimasak sendiri manis belaka, tart inti atas , pastrinya sedikit rangup lemak mentaga amat terasa, sekali rasa mesti nak order. Harga tetap sama. Bertahun bertahun itu juga rm28 sebalang isi 50. Mehla order, tak kan menyesal punya, malah bersyukur, inilah tart nenas yang diidam-idamkannya.
Yang paling popular tahun ke tahun, pastilah Chocolate Shortbread, siapa yang lupa. Harga sama rasa pun sama,. Yang bawah pula, sungguhlah cun. namanya pula Rolling In The Deep. Peanut sebiji ditengah-tengah. Disalut biskut, dicelup coklat, diroll roll pula dengan nestum...Harganya masih lagi sama.rm28 50 keping semuanya.
Yang paling atas adalah Romantic Hazel, kacang hazel bersalut biskut dan celupan coklat serta hiasan yang mengiurkan, sedap dan sesuai diberikan pada sidia. Yang paling bawah Sunny Cruncy nama sendiri, penuh kuaci rangup dan bersusu, cantik dihiasi coklat putih. Yang merah jambu pula biskut Strawberry Kisses. Rangup dan enak sekali. Harga tetap sama rm28 50 biji sebalang.
Yang paling atas adalah biskut paling sensasi sebab sekali rasa pasti jatuh hati, namapun Prada Passion, dalam biskut, luar coklat bersalut serbuk milo dan serbuk koko. Di tengah itu biskut Crush Bites Almond dan yang bawah terambil gambar dua kali, Keterangan dah ada di atas tadi. Semua harga biskut sama rm 28 sebalang ada 50 keping...
BYE ORDER DAH TUTUP LOL.
wah kuih raya
ReplyDeletePEH!!
ReplyDeleteSangat2 menyelerakan..
Kene beli ni..
oh no! lapar gile tgok..
ReplyDeletesaya dah order..7 jenis gituuu :D
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteola. kalau order from swk? mcm mane ek? :)
ReplyDeleteim not a hantu kueh raya. tetiap thn bli kueh raya utk hidang kt tetamu n utk bg kt mertua je.
ReplyDeletetp lps tgk picca kueh2 ur mom ni (especially at IG), haihh rs nk try sgt. like seriously.
oh haritu ada bc entri ni kat blog mama hanis..tula akak pon jenis x penyabar dan malas nk tgk dapor bersepah..order je senang hehe
ReplyDeleteslm sis, sy ade war2kan ttg biskut ini di fb sy. tp sy duduk di srwk. blh ke nnty kalau ade yg order, dan sy order terus dr sis? harap sis blh email sy di majenahm@sarawaknet.gov.my atau sms 0136103667. TQ
ReplyDeletetergugat tengok nie >__<
ReplyDeletesedapnye rupa
ReplyDelete~ kalo order..posting brape u charge eh..?
ReplyDelete~ eh..posting plaks..postage brape..ehehe
ReplyDeletesalam.
ReplyDeleterumah hanis kt mana ek?
;)
kuaih yg yummmieeee
ReplyDeleteKuih rupa pun dah tau sedap... Kalau raya nak gi rumah hanis boleh?
ReplyDeletebeautyfull blueberry tu. pergh...
ReplyDeletenampak sedap!
ReplyDeleteomaiiii.. sodappp nyooo ! blurpp
ReplyDeleteSedapnyaaa :)
ReplyDeletenyum2.. kuih yg menggugat keimanan nafsu makan...
ReplyDeletehttp://mohdfaizulosman.blogspot.com/2012/07/sentap-ramadhan-aurat.html
nyum2 . hehe
ReplyDeleteNice opening utk promosi..
ReplyDeleteU should be a politician someday..
baru laa negara harmoni..
ada lalat dekat gambar number 5 :)
ReplyDeleteada lalat dekat gambar number 5 :) saw this in your mom's blog too.
ReplyDeleteyou can delete this comment afterward. it's ok.
so cantek biskut orang KL :)
ReplyDeleteIda Kuching
kalau boleh pos, konfom nak oder ;)
ReplyDeletekalau bole pos, konfom nak order ;)
ReplyDeletewow..opening pun dah menarik..blum tgk gambar lagi..best la!
ReplyDeletesedapnye... sangat menyelerakan... saya pun belum tempah kuih raya... dkat nak raya baru beli..hehehe
ReplyDeletejom kwn2 ke blog saya
http://rawsoulart-photos.blogspot.com
jom follow... korang mmg best.
Nyummm nyumm tgk sedap nih ;)
ReplyDeletewah sedapnya :)
ReplyDeletehttp://oh-sembangsembang.blogspot.com/2012/07/patutkah-suami-teman-isteri-bersalin.html
biskut coklat sebelah biskut semperit ade lalat lah... heheheee :p
ReplyDeletebiskut coklat sebelah biskut semperit ade lalat lah... heheheee :p
ReplyDeletealaaaaaaaaaaaaa....
ReplyDeleteudah tutup le yek? keciwa..
alahaii terliur tengok... tolong!! tolong!!! tapi apa ke daya, i was far far away. if dekat, confirm aku order *telan air liur*
ReplyDeleteAlamak..saya nak buat pembayaran tapi no acc dah tak ada kat sini..
ReplyDeletesaya ada masalah nak bayar semalam dan harini guna maybank2u..then tadi nak try cimb pulak tapi no acc dah tak ada..boleh bagi no acc? :)
I nk order blh x? Sbb i btu nampak page u nie. Pleaseeeee
ReplyDeletecamana eh, nak beli takut tak sedap, nak rasa posa lak, boleh dtg taste rasa malam2 ke lepas buka? buat tak malu
ReplyDeletecamana eh, nak beli takut tak sedap, nak rasa posa lak, boleh dtg taste rasa malam2 ke lepas buka? buat tak malu
ReplyDeleteKuih modern.. (Baru tau nama saintifiknye)
ReplyDeleteAku bole ingat almond london, tat nenas, bahulu gulung (kuih tradisional aje)
Kuih orang moden
ReplyDeleteAda lalat on the 5th picture! :p hahahaha thats so funny & cute!
ReplyDelete