Sunday, May 5, 2013

Tips Naikkan Berat Badan

Hello Keknis dah janji nak bagi tips naikkan berat badan sebab badan Keknis pernah naik satu ketika dulu jadi Keknis cuba ingat kembali perangai Keknis serta rutin waktu ketika itu untuk dijadikan panduan mahupun tauladan (bagi yang taknak naik berat badan). Tips yang diberikan tidak semestinya sihat.


1. Makan lewat malam.
Wah, terus-menerus bagi tips paling tak sihat sekali mentang-mentang dah tulis disclaimer LOLOLOL. Tapi ini sangat betul. Ada satu masa tuh, I was always working till late for few weeks, balik shooting pun lewat, walau kat set dah makan dinner (nasi) dan supper (biasanya Ramli burger), tapi sampai rumah still akan lapar lagi pastu masak maggi atau nasi putih telur dan kicap pergh pergh pergh gebu berat badan. 

2. Always have food within reach.
Dalam bahasa Melayunya, sentiasa ada stok makanan dalam ruang gapaian. Wah. Seperti Keknis, Keknis memang simpan makanan merata. Dalam almari kat bilik, dalam kereta, dalam handbag ada bread & butter, everywhere. Langkah ini sesuai untuk orang yang malas nak cari makan pada waktu senggang, malas nak turun dapur dan sebagainya. Malas adalah satu penyakit yang bukan hanya membuatkan orang gemuk, tapi membuatkan orang kekal kurus juga, pabila MALAS MAKAN. Jauhi 'malas'.

3. Minum air limau suam/panas.
Keknis kalau makan pastu order air limau suam, memang lepas habis makan still lapar. Teruk gila. Pernah sekali lepak makan nasi daun pisang kat Nirwana Maju sambil minum limau suam/panas, pastu biasalah perangai budak-budak baru nak up kan suka tukar tempat lepak, jadi pergilah pulak Mamak Andersen lepas selesai pekena nasik. Kebulur gila dahku cecah jer bontot kat kerusi terus menggigil tengok menu dan order beef lasagna. Penangan asid sang air limau. Damn mok mok.

4. Bahagiakan diri anda.
Ini tips yang paling orang selalu sebut-sebut (eh dah makin berisi, tengah bahagia lettewww) tapi lupa betapa benarnya ia kepada berat badan kita. Bila kita gembira, mesti kita rasa semua benda best semua makanan sedap selera terus menggunung. It's good :) Tapi bila kita stress, kita cengkung, sebab tak selera makan, emosi terganggu, terlalu pikirkan sesuatu sampai terlepas waktu-waktu meal :( Jangan stress tau :( Tak elok :(

5. Jangan masak.
Satu benda yang Keknis perasan, setiap kali lepas Keknis masakkan untuk keluarga, mesti macam tak lalu makan sangat. Lagi excited nak mengadap diorang makan sambil menatap muka puas memasing (bangga lettew orang makan makanan dia). Diri sendiri plak tak berapa lalu makan sebab 1) Dah tahu rasa masakan itu waktu altering the taste. 2) Dah penat masak. 3) Bau badan sendiri dah macam bau kenduri. 

Jadi kalau nak jaga selera makan dan naikkan berat badan, takyahlah masak. Hahahahaha, sebab masa Keknis busy kerja tuh, Keknis memang tak menyempat nak masak, that's why selera jer makan! Fuh!

 Tak elok sungguh nasihat ini kepada para gadis yang nak naikkan berat badan, tapi sekadar berkongsi. (Secara tak langsung, siapa yang nak turunkan berat badan tuh, RAJIN-RAJIN kan lah diri memasak).

6. Makan 3 course meal. Always.
Pembuka selera (buah-buahan/salad), makanan utama (nasi/lamb chop) dan pencuci mulut (kek/aiskrim/puding/creme brule). Setiap kali. Kadang-kadang takde dessert pun, mesti carik gak biskut dalam tin yang manis-manis. Memang habit.

***

Itu saja buat masa ini. Keknis akan tambah kalau terlintas lagi tips yang pernah Keknis amalkan. Yeay bye! Rindu korangz.


25 comments:

  1. walaupun ini bukan advice yang baik, still nak buat jugak! memang lepas ni jadi habit lah ape yang keknis story neh. dah try minum weight gain still no improvement . my friend pun suruh makan lewat malam bg gemuk. seriously i need to gain weight. orang lain sibuk nal kurus, i nak gemuk. hahaha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. http://mamaasyarafiaina.blogspot.com/

      Delete
  2. aduuu . lawak pulak baca xD kena buat yang sebaliknya la ni . hohoo . keknis takpalah . dah kuruih . >.<

    ReplyDelete
  3. Ye ke minum air limau cpt lpr??owg slalu mnom sbb nk kwuskn bdn,hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. acid daaaa.gula pun acid aaaa

      Delete
  4. Bkn minom limau utk kwuskan bdn ke?xtaw plak boley nek selera mkn,huhu

    ReplyDelete
  5. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  6. Thanks keknis :) da try macam macam tp bdn still x naik... mmg kena cuba ni. Huhu

    ReplyDelete
  7. Minum air limau hakis mknn dgn cpt. So lapar dan lapar dan lapar lg. Jd mkn dan mkn dan mkn lg. Sbb tu leh naik berat bdn. Ngeee

    ReplyDelete
  8. Minum air limau cpt hakis mknn tu. So lapar dan lapar dan lapar lg. So mkn dan mkn dan mkn lg. Jd cpt la gemok. Hihihi

    ReplyDelete
  9. betul tu..limau utk kruskan bdn..plik jugak..hihiji

    ReplyDelete
  10. Tips no 5 memang sangat setuju..lebih selera makan masakan org..kalau sendiri masak mesti kurang makan..btw, saya salah seorang yang obses sangat nk berisikan badan..and berjaya..11kg in 8 months! Weehuu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. http://mamaasyarafiaina.blogspot.com/?m=0

      Delete
    2. .mkn apa smpai naik 11kg ??blh gtau sy sbb sy pn nk gmuk jgk

      Delete
  11. Hai..nak promote my novel blog kt sini..Keknis, do free to view my blog ok?.. ;)

    http://iqaannalia.blogspot.com/2013/05/sinopsis-taman-rindu.html?m=1

    ReplyDelete
  12. good replica watches:

    eternaltimewatchescollection.blogspot.com

    ReplyDelete
  13. hahahaa...gitu yee tips nyee.. :p

    ReplyDelete
  14. Hi sume. Sy ummi. Nnti add blog sy. Ade mcm vid psl diri sy. Jge ade mcm2 pic sy. Hehe hot gitu. Add rmai2 ye. Oh abe j.

    ReplyDelete
  15. Salam..nk bambam pon boleh amek.supplement.. Hheh http://mamaasyarafiaina.blogspot.com/?m=0

    ReplyDelete
  16. I'll try all the tips. I need to gain weight in 10 kg. this is so crazy.

    ReplyDelete
  17. I'll try all the tips. I need to gain weight in 10 kg. this is so crazy.

    ReplyDelete
  18. Tips yang sangat menarik. Thanks untuk perkongsian.

    ReplyDelete
  19. Ni naik berat cara xsihat. Xsusah nak naik berat. Take more calories daily. Klu normal sadentry take 2000kcal per day, take more than that. Etc 2200kcal or 2500kcal. Bkn calories intake je.. Workout kne jugak.. Tolong jgn set ur mind especially yg perempuan, bile workout je bulk. That mitos. Perempuan klu workout, still nmpk perempuan.. Kcuali tlebih hormon lelaki such testetorone. Then take protien 1.0g per body weight utk perempuan. Cth, Klu berat 50kg amik la 50g protien a day. Sbb protien growth muscle. Carbohydrate convert to fat kalau excess. So knp nk put fat dlm badan kn.. Nk cite pnjang susah. Slmt mencuba

    ReplyDelete

No proper ID, no proper comment, down you go the freaking spam drain. Receiving happy vibes!