Monday, October 13, 2008

Raya Aidilfitri Di Malaysia (Bandar dan Luar Bandar)



Assalamualaikum. Anda berada di Jurnal Raya Hanis Zalikha. Anda bakal dipertontonkan di mana, apa dan mengapa Hanis Zalikha beraya. Harap anda sudah kenyang. Kita mulakan sekarang.



Pagi raya.

Nama tempat: Masjid berdekatan rumah. Tidak begitu dekat hingga mampu berjalan kaki sahaja, tapi cukup dekat untuk bermoreh setiap hari di situ. Heh.




Bapa segak bergaya ketika memandu tanpa menggunakan telefon bimbit.




Masjid indah yang ringkas dan kadang-kala dipanggil surau.





Seterusnya.


Nama tempat: Rumah ibubapa yang juga rumah sendiri buat masa sekarang.


Akibat gelojoh, hanya gambar ketupat yang mampu ditangkap walhal lodeh, ayam merah, rendang daging dan kuah kacang lebih photogenic.





Meminta maaf sambil bergelak ketawa?!





Ibu, harap lebih kusyuk memaafkan pada tahun depan. *Rujuk pada gambar.



Nota (rujukan untuk tahun depan).


Perkara yang dilakukan: Selain makan, bermaafan dan minum air ialah, menerima kunjungan tetamu.


Duit raya: Tidak dapat. Malah akibat telah bekerja sambilan, memberi duit raya kepada adik-adik dan seorang kakak yang masih belajar di menara gading.


Mengapa wajib datang tahun depan: APA SOALAN INIH?!





Seterusnya.


Nama tempat: Rumah Uncle Ali:


Kek Lapis yang harus minta resipi.


Disajikan dengan makanan enak-enak pergh.


Rendang Kupang yang menjadi igauan setiap kali raya.


Nota.

Perkara yang dilakukan: Menerangkan perihal dunia belog kepada orang-orang tua. Membincangkan betapa kita boleh memperolehi wang tanpa keluar rumah pada zaman sekarang.


Duit raya: Tidak dapat akibat tinggi. Eh. Dah kerja.


Mengapa wajib datang tahun depan: Minta resipi kek lapis dan bungkus rendang kupang dalam handbag.


Seterusnya.


Nama tempat: Rumah Sahabat Handai.


Sahabat handai yang memakai baju kebaya, bukan yang tersengih gembira.


Adik-adik sudah lama tidak bertemu buaian besi. Buaian tayar apatah lagi.


Membunuh masa sambil menunggu duit raya.



Kek hebat.

Bapaku dan bapa sahabat handai. Apalah yang digebang bapaku sehingga bapa sahabat handai tersenyum lebar.


Nota.


Perkara yang dilakukan: Bermain teka-teki "Rumah nenek Fiqa di PJ, dan neneknya berada di PJ, raya aidilfitri dia di PJ dan Aidiladha dia balik Kelantan, berapa nenek yang Fiqa ada kalau nenek Cinanya di Sabah?" Takyah jawab.


Duit raya: I refuse to talk about it. Haha.


Mengapa wajib datang tahun depan: Eh siapa kata wajib? Haha kidding babe :P




Seterusnya.


Nama tempat: Rumah Dato Hassan.


Pergh tersergam indah rumah jurubahasa negara.



Juadah yang memanggil-manggil.


"Mari-mari", kata balang kuih ketiga dari kiri.


Nota.

Perkara yang dilakukan: Menonton Spongebob iaitu episod yang dah hafal dialog, pergerakkan dan warna awan berbentuk bunga.


Duit raya: DAPAT! DAN WARNA DUIT YANG HEBAT!


Mengapa wajib datang tahun depan: Sila baca keterangan di atas.




Kami juga sempat ke Ipoh untuk melawat nenek yang pastinya akan meghulur duit raya selagi cucu belum kahwin serta muka cucu masih muda/gebu.


Nama tempat: Rumah Uncle Hasyim.


Ya, inilah rumah beliau. Jangan dangdut di sini.



Seterusnya.


Nama tempat: Rumah Syaf, masih di Ipoh.


Juadah raya tersusun rapi sehingga takut hendak sentuh.



Biksut raya dari Bread Talk, bagi yang belum beli oven.


Nota.

Perkara yang dilakukan: Makan masakan kampung yang lazat oleh emak Syaf.

Duit raya: Dapat. Dua. Angpau. Weh.

Mengapa wajib datang tahun depan: Dilayan seperti raja sehari dan masakan yang dijamu enak-enak belaka. Tapi takde tembikai yang ukir-ukir tulah.



Keesokkan paginya, kami ke Johor, di mana kemeriahan raya yang sebenar dapat dirasai.



Nama tempat: Rumah Nenek Johor.


Nenek saya memang pandai pilih warna dinding.



Kuih raya yang kami selalu habiskan dan tidak isi kembali.

Seperti biasa, setiap kali pulang ke Johor, pasti beraya dirumah orang-orang kampung. Atau bapa selalu panggil, Rumah Burung Wak-Wak (ya ini perkampungan Jawa).



Rumah Wak Yam.

Mahu masuk.


Telah keluar.

Rumah Wak Mat.

Disambut oleh kera yang tidak senonoh.

Gabungan warna pagar yang harus diberi pujian.

Sebab mengapa wajib datang tahun depan.


Rumah Wak Kardi.


Kini anda tidak ada alasan untuk tidak menghantar kad raya.

Kalau tidak patah, telah naik.


Anak itik Tok Di.

Rumah Kenik.

Okay dah penat nak cakap pasal gabungan warna. Ini bukan belog guru seni.

Nota tambahan: Rumah ini hidang F&N Orange.

Rumah Wak Temah.

Rumah paling bersih.


Bertindak jakun terhadap rempeyek mini.

Rumah Wak Sarip.

Tunggu selama 6minit sebelum dijemput masuk.

Baiklah.

Rumah Wak Kasirah.

Menuju ke rumah yang bakal memberi 50 sen dalam kertas berwarna merah jambu. Sangat teruja *tak ini bukan perli.

Maxis anda sudah boleh siapkan draft pemasangan pencawang di sebelah rumah ini.

Sila cari saya. SILA CARI SAYA. Tsk.

Keesokkan harinya, kami beraya di Singapura.

Rumah Cik Normah.

Sangat selesa.

Gambar tiada motif sebegini selalu dijadikan wallpaper dekstop.

Kucing berbadan pendek ini diberi nama Mau Mau.


Makan ketupat atas ini memang thrill.

Pergh panjang gila aku mengomel. Okay itulah dia 3 hari beraya bersama Hanis Zalikha. Harap anda masih membaca haha. Eh tak. Harap anda terhibur dan menjadikan raya anda lebih meriah dan sakan. Sebelum anda keluar belog ini untuk pergi Google Map bagi mengintai rumah bekas tunang, saya hadiahkan anda gambar ini:

Raya takkan lengkap tanpa minuman gas berjenama yang mudah dilupakan.




Update: Okay sebab ada yang tanya, total semua duit raya (keluar dan masuk) tahun ini, berjumlah jengjengjeng, mari kita kira sama-sama.

Duit keluar:

Liana Rm20

Khairi, RM 20

Imran RM10

Hafiiz RM10

Alisya RM10

Duit masuk:

RM 119.

Balik modal?

Ya.

Haha okay bye.

50 comments:

  1. haha tergelak membaca pos ni. selamat belated hari raya!

    ReplyDelete
  2. OMG Hanis, semangat betul beraya, you guys covered a lot of places in that 3 short days! Looks like lots of fun! And btw, tht plate you put the ketupat on.. well, I do have that plate too, dari masa kecik-kecik, sure dah antique rite!

    ReplyDelete
  3. sounds really fun.
    3 hari berjalan ke utara selatan.

    oh, rumah nenek u kat benut ye.
    singgah la batu pahat. dekat je tu kan? haha.

    ReplyDelete
  4. Mau Mau itu berlagak seperti everything is kool. I bet dia ada buat sesuatu kesalahan. Sbb muka dia mcm bersahaja menyembunyikan sesuatu. Atau mungkin dia sangsi terhadap niat kamu Hanis.

    ReplyDelete
  5. hahahahahaha....lawak giler..hahaha U memang insan yang istemewa.. i pun balik kg jawa yang rumahnye warna warni...best bset..keep it up...awak adalah idola no 2 saya selepas nabil si raja Lawak..u will be the ratu lawak...

    ReplyDelete
  6. Gelak sakan aku baca coretan raya ko.. dlm 3 hari, dari utara ke selatan ko redah eh? x penat ke?.. Anyway.. berapa byk tabur duit raya? berapa dpt?

    ReplyDelete
  7. buat open house jangan lupa ajak saya

    ReplyDelete
  8. oh god.. oh god. i am crying. tummy hurts so bad. i need muscle relaxant to cure this cramp

    "kucing berbadan pendek bernama mau mau"

    HA HA

    " Menuju ke rumah yang bakal memberi 50 sen dalam kertas berwarna merah jambu. Sangat teruja *tak ini bukan perli."

    ba ha ha ha..

    ohh btw.. boleh eh burak burak pasal blog dengan warga tua? my blog terlalu kontraversi. hanya cousin-cousin kepala gila sahaja tahu dan dibenarkan membaca blog kurang siuman ku!

    ReplyDelete
  9. oh jap..

    mana bole dapat jenama air aneh capalang itew? terlalu unik dan rare. harus simpan dan jual di EBAY kelak

    ReplyDelete
  10. hahahah tak aci laaa hanis dpt duit raya... tapi suker tgk gambo korg kat kampung... alahaii rindu sgt2 kat kampung halaman T_T

    ReplyDelete
  11. rendang kupang???! bia betissss.... naik menggigil tgn ni nak taip2... malu pulak rasenye

    ReplyDelete
  12. hehehe..one of the longest and most picture of the blog...nice..:)

    ReplyDelete
  13. haha..which part of johore is that?let me guess..bp?pontian?muar?=p

    ReplyDelete
  14. ohhh.....baru gua tau atuk lu tu orang Johor,patut la banyak sangat 'wak'..world!!!!!!!!kata si mawi.
    tapikan..kalo lu nak cuba resepi kek lapis tu,gua cadangkan kek lapis sarawak..fuh..terangkat babe..sehingga menjilat balang..wa cakap lu!all the best..

    ReplyDelete
  15. peh betul punya beraya ni.gua tahun ni beraya dua buah rumah.duit raya,hek eleh tarak!

    ReplyDelete
  16. saya suka ayat tersebut:

    "Nenek saya memang pandai pilih warna dinding."

    kohkehkoehkoekoehkek..
    adehhh... terkeluar kencing setitik mentelaah belog awak...

    *tak pasti ini satu kepujian atau amaran sbb tulisan awak tersangat kelakar...

    ReplyDelete
  17. Probably not a good thing that I decided to go through your blog this morning on an empty stomach. I know you said you hoped we were full but i was DAMN hungry at the start of it and now....I'm just in pain :( Anyway Mau Mau's a cutie

    ReplyDelete
  18. hehe..raya yg menarikkk :D tingin tgk kek cekelat td tuhh..uwaaaa

    ReplyDelete
  19. hahhahahah.... u r sooo cute!!! this entri really make my day... :) selamat hari raya!

    ReplyDelete
  20. OMG sangat lawak. Awak banyak perli org ehhh :p Haha

    ReplyDelete
  21. Eh eh... cantiknya baju raya Hanis! Bagus gabungan... err... tak pe lah.

    ReplyDelete
  22. memang menarik post ni.
    enjoy it.
    well, kamu kuat mkn ke?
    =D

    ReplyDelete
  23. wah beraya sakan la Hanis, sonok la dpt duit raya, sayadah xdpt dah, kesiannnn

    ReplyDelete
  24. Wow.. been to so many places.

    I didn't do any raya visiting this year :(

    ReplyDelete
  25. Hanis, anak dato hasan si mira dan aida tu dah kawen ke belum lama bangat tak jumpa mereka..

    ReplyDelete
  26. Kelakar la kamu ni hanis... tapi memang semangat beraya bila semua tempat dikunjung... itulah hari raya sebenarkan?

    ReplyDelete
  27. wah u tk penat eh jalan raya? i jalan 1-2 rumah dah pancit. balik rumah carik air sarsi pastu tergolek depan tv tgk astro. hehe.

    ReplyDelete
  28. EIIIIIIIIIIIIIIII GORGEOUS! happy belated. lambat sikit sebab baru pulang dari camping! haha. wo ai ni. i'm coming home soon :D

    ReplyDelete
  29. Kenapa kera tak berdosa itu difitnah berkelakuan tak senonoh?!?

    Oh man my BM is soooo rusty... -.- Love all the photos.. Especially the food!! =D

    ReplyDelete
  30. wahh...ni baru betul raya sakan hanis.. hehe..anyway that 'wak-wak' word..i pun sama (sbb i pun jawa) semua pun panggil wak..!

    jeles tgk u punye raya hanis, i thun ni just pegi umah auntie & uncle yg rapat2 jek.. ye la..cuti kejap sgt..x sempat nak raya byk2 tempat..

    so, hanis, mana lagi best..?raya kat kg or raya kat KL..?hehe

    ReplyDelete
  31. I really find this entry funny!!!

    I had a good laugh~

    ReplyDelete
  32. kimberlycun: yeay thank you kimberly cun cun cun!

    kreazi: yes, well my mom suka sangat antik antik! second hand :)

    shahril mohd: ada kena bayar tol tak :P

    penance: oh tapi niat ku baik. oh tidak. biasa dia mau mau!

    buahkranjidalamperahu: wah saya pun suka sama itu raja lawak! haha.

    azzam: :D

    smaelz83: harap telah terjawab. hihi.

    nizam: insyallah.

    obefiend: haha 2comments siap! tewimekaseh. tapi belog kamu best dan berfaedah, tak seperti belog ku. tora pun dah patut start jual kat ebay woh.

    shar83: kalau rindu pergilah halaman rumah. haha. eh tak lawak.

    eireen camelia: sedap gila woh woh woh.

    shafiqshamsuddin: hehe sukakan gambar-gambar ceria.

    ReplyDelete
  33. masa beraya, ada jumpe tuan rumah hidang air yogurt dutch lady tu? atau pun shine ke?

    ReplyDelete
  34. tergelak jugak. kamu memang kelaka la. Caption gamba yang lucu.

    ReplyDelete
  35. eh hanis, benut?
    kita ni bau2 bacang ke?
    asal x nampak pun batang idung.kalau ada i tak prasan.

    jgn lupa satu! kalau kt johor(lagi2 jawa) mesti ada baraan.

    i suka baraan org2 muda yang selalunya lelaki2 kacak dr johor/kota tinggi/s'pore/kl! :))

    well,well. asek2 tengok muka lelaki kl yang "pan asian" je.
    sekali-sekala tgk yang hitam manis dan hidung mancung.wah

    ok dah.. hihi

    ReplyDelete
  36. peh!
    sakan jugak lu raya!
    btw, slamat hari raya yg ke berapa ntah.
    heh!

    ReplyDelete
  37. mademoiselle hana:Pontian! Benut!

    rajarockapak: haha oke lepas jilat sila pergi basuh di sinki. haha saya akan suruh emak saya coba.

    adieo: mau mau bermaksud kucing dalam bahasa cina.

    Amaradona: kena basuh balang kuih baru dapat. haha :P

    ((( ))):haha.

    ~*inilahSShalini*~:ha kan sudah diberi amaran. haha. kucing berbadan pendek itu memang comel.

    QueenWizza: emak sahabat handai yang buat :D

    princessanna: im glad it did! thanks :)

    ayyman rahim: sumpah tak perli sesiapa. semua suci murni.

    Wonger: haha.

    dyana: amat!

    Abby ♥ Aidilfitri: mungkin sebab baby fat dekat pipi saya ini buat muka saya macam budak tingkatan dua. haha.

    ahlost: kenapa tidak pergi ke rumah terbuka pak lah? bahaya ke? haha. tapi memang seronok tau beraya, dapat makan makan makan dan makan :D

    dina: yang sulung dah kahwin rasanya :) yes raya yang sebenar!

    Mrs Imran: tak terasa sangat sebab pergi dengan budak2. haha perangai~

    farahardlina: PLEASE TELL ME WHEN

    Ashleigh: ada juga yang appreciate gambar-gambar, thanks. oh kera itu bersetubuh dengan isteri yang sedang mendukung anaknya, di hadapan adik-adik saya! need i say more?

    Dayah: depends sebab raya kat KL tu first raya, so rumah yang dikunjungi masak meriah2! yang kat luar bandar tuh makan kuih sahaja. hoho. tapi suasana dia pergh :)

    Wan Yian: wah happynya dengar!

    Fiziy: haha i wish! semua air gas yang i tunjuk tuh :)

    Ladynoe: wahah! i ingat i mengomel takde siapa paham.

    Syah Saliman: ha you tak nampak i? you tak balik beraya eh?! haha :P

    DarabDua: yang ke 15 :)

    ReplyDelete
  38. "Rumah ibubapa yang juga rumah sendiri buat masa sekarang."

    =)

    ReplyDelete
  39. ur blog rawks!! cravin for ur entries everyday. Slamat Hari rayaaaa...

    ReplyDelete
  40. aiyoh, just found out that Ninie the yoga girl is Bugis and now I found out that ur kampung in Benut too? So many famous girl from my kampung lah.. ;)

    ReplyDelete
  41. Rupa mcm serious tapi mangkaq rupanya! memang sempoi belog ini. Teruskan dgn caption yg merepek anda ini. You've got a new reader :)

    ReplyDelete
  42. hari raya yang menarik xD siap ada review rumah2.. hahaha. rumah dgn papan tanda alamat adalah kelakar! :P

    ReplyDelete
  43. hahaha br singgah sini, walao terlambat tp sy nk ckp jugak~ gile kelakar part peti surat tu! "baiklah" hahahaha~

    ReplyDelete
  44. <this is where it all begin - burung wak wak - Nice blog, I follow....

    ReplyDelete
  45. hanis, agk trlmbt nengok belog hanis neh.. nk tau r umah arwah nenek kat ipoh tu area mana? kot2 knl ke.

    ReplyDelete
  46. hanis, agk trlmbt nengok belog hanis neh.. nk tau r umah arwah nenek kat ipoh tu area mana? kot2 knl ke.

    ReplyDelete
  47. hanis, agk trlmbt nengok belog hanis neh.. nk tau r umah arwah nenek kat ipoh tu area mana? kot2 knl ke.

    ReplyDelete

No proper ID, no proper comment, down you go the freaking spam drain. Receiving happy vibes!