Monday, November 17, 2008

Kisah cinta terhebat







Semalam menangis lagi, sedih sangat. Ini semua salah Babuji yang lambat call menyebabkan saya godek-godek talipon bimbit hingga terlihat videoklip adik-adik. Hujung tahun ini nak pergi belajar dah. Tinggalkan rumah, membawa harapan, membawa impian dan membawa baldi. First time seh travel bawak baldi. Mari raikan.



Waa cakap merapu-rapu pun tak dapat hilangkan kesedihan saya! Tolong! Sedih gila tak dapat melihat setiap saat tumbesaran/perkembangan adik-adik. Tak dapat nak siapkan steps lebih lanjut tarian Low Flo Rida dan T-shirt. Eh T-Pain. Tak dapat nak gelakkan Alisya sama-sama bila dia perasan Ming Lee padahal lubang hidung serupa Aoki Lee. Perangai lagilah. Tak dapat nak nasihatkan Hafiiz "Ala kawan sekolah rendah tak bawa ke mana" atau "Hafiiz takyah nak buat Facebook, tuh untuk orang besar je". Tak dapat dah nak puji tulisan Imran cantik atau rasa masakan lazat-lazat oleh adik kakak yang berbakat ini. Akan rindukan Bun Roti Yakitate yang korang selalu buat. Banyak benda yang kakak Hanis akan miss out dan rasa kesal sangat tak dapat paham benda-benda baru nanti contohnya yang sekarang kita-kita je paham iaitu pencuri gonggeng, Ayam KLG, wababu dan terahu.





Tarian Low untuk mengaut duit raya.



Dari kiri: burger_deal@yahoo.com, peneraju Ayam KLG, perasan Ming Lee.




*mutiara jernih membasahi misai*



Bila kakak Hanis dah jauh nanti, jangan selalu gaduh-gaduh, sebab nanti kakak Hanis dah takde dah nak marah siapa yang salah atau nak selesaikan dengan menyuruh OneTwoJus. Kalau makan atau minum jangan lupa basuh pinggan dan gelas korang sendiri sebab bila kakak Hanis dah takde takkan nak suruh mama. Hafiiz jaga Agustus jangan biar dia kencing tepi grandfather clock. Alisya kalau balik sekolah terus naik salin baju jangan nak tunggu Dragonball start. Jangan nak tinggal beg sekolah pink yang Amirah hadiahkan tuh merata-rata sebab kakak Hanis dah takde nak sangkut beg tuh kat leher Alisya sambil membebel-bebel. Imran next year dah nak UPSR. Belajar elok-elok dan ingat, jadi contoh dekat adik-adik. Imran tuh abang, so selalu mengalah. Ajak Hafiiz liat gemuk tuh sembahyang sekali bila Imran nak sembahyang. Alisya takyah ajak pun memang sembahyang, suka sangat telekung Barbie dia. Alisya kalau pergi sekolah ikat rambut tinggi-tinggi, jangan suka ikat rendah-rendah kampuang tuh. Kalau Zainina kata jangan kawan Zainab takyah dengar. Zainina yang gedik ada dua boyfriend padahal darjah 2. (Omg darjah 5 nanti 5 boyfriend? Wah.)

Oleh Zainina.


Hafiiz ingat tak Hafiiz gaduh dengan Abang Im pastu stress2 nangis kat dapur, then kakak Hanis cakap dengan adik-beradik takyah gaduh, sayangkan adik-beradik, kawan tak selamanya kawan tapi adik -beradik akan selamanya adik beradik. Lepas tuh Hafiiz degil nangis-nangis lagi sambil salahkan Abang Im. 7MENET SELEPAS ITU KORANG BUAT ROTI SAMA-SAMA SAMBIL GELAK-GELAK. SANGAT POYO DRAMA DI DAPUR TADI. Kakak Hanis suka lah macam tuh. Gaduh setakat gaduh je, tapi tak dendam. Alisya pula takyah nak kuat jealous dengan adik-beradik, tak elok. Apa yang adik-beradik kita dapat, kita juga yang untung dapat kongsi. OH MAIN PLAYDOH YANG KAKAK HANIS DAN BABUJI HADIAHKAN JANGAN LUPA KEMAS.




Harap-harap Abang Khairi jadi tukar sekolah kat KL so dia dapat duduk rumah, takdelah korang sunyi sangat bertiga. Kalau jadi, Alisya belajarlah bahasa Arab dengan Abang Khairi supaya tak loser sangat Bahasa Arab dapat 48%. Teringat malam-malam peperiksaan korang. Kakak Hanis ajar semua sekali go dengan harapan semua dapat absorb dalam satu malam. Tahun depan taknak last minute macam tuh lagi dah tau. Belajar rajin-rajin siapkan semua homework. JANGAN JADI MACAM ZAININA GEDIK SURUH ORANG BUATKAN HOMEWORK DIA, EEE TOLONG SIKIT SURUH AH BOYFRIEND DIA BUAT, DAH LAH ADA DUA, TAK GUNA BETUL DUA-DUA. Pastu selalu practice English korang sebab kalau tak, nanti lawak macam Alisya cakap I hate it when Abang Khairi fart at we. Haha. FART AT WE??! Haha. PASTU JANGAN NAK DENGAR CAKAP ABANG KHAIRI GEDIK YANG NAK MENG-INGGERISKAN SEMUA PERKATAAN SAMPAI CICAK JADI CAICERK.



Bila kakak Hanis dah takde, rajin-rajinlah bagi makan Monster Jambu, so kakak Hanis boleh tengok perkembangan dan cerita terbaru tentang korang dari jauh :') Jangan berebut nak post dan jangan lupa post pasal Alisya cakap 10 THINGS THAT I HATE dan salah satunya I hate it when Abang Khairi fart at we. HAHA.



Kakak Hanis sayang korang semua dan akan sentiasa ingat korang dalam jaga dan tidur kakak Hanis. Tidur pun akan ingat sebab ada satu masa Hafiiz tidur kat katil kakak Hanis pastu kakak Hanis buat benteng tinggi dengan bantalbantal sebab khuatir Hafiiz akan kencing. Esoknya Hafiiz memang kencing pun, pastu benteng tuh useless haha. Alisya kalau malam-malam nak tidur, dah takleh cari kakak Hanis, cari kakak Liana pula, lagipun kakak Liana rajin pasang ubat nyamuk. Okay dah banyak gila membebel tapi memang patut pun sebab korang akan rindu bebelan ini. I LOVE YOU KAKAK LIANA, KHAIRI, IMRAN, HAFIIZ, AND ALISYA. I love you guys so much and I'm gonna miss you. Pergh sedih gila seh.



72 comments:

lindosh said...

oh hanis! nak kemanakah kamu?

lindosh said...

pesanan buat adik-beradik kamu memang syahdu habis lah. mesti meleleh air mata mereka baca apa yang kamu tulis ni.

Brenda Ang said...

Khairi is?

lindosh said...

jauh ke pergi belajar tu?

amy said...

hoho. i like ur post.
sweetnye kakak hanis ni

HANA bUdaK cEkElAt said...

dont worry hanis..
they will be fine..
nak g blajar dah ye..
all the best, jaga nama baik family, and keep struggle

;p ;p

fallen angel said...

kemanakah kamu ingin pergi?
wah sebak sehingga tekak baca post kamu ini.
u're so thoughtful.

Anonymous said...

hanis seorang kakak yg baik.....ayat mau selamba. hahaha
mesej bersahaja...tp penuh nasihat.
btw, where r u goin hanis? study?

ndlaw

[izzie_heart]* said...

kak hanis...
(ni 1st time comment huhuhu)
so sweet and touching...
tak taw nak gelak ke nak nangis
but they'll be fine
i know because i left my one n only brother at home cause i have to go away to study too x'(
anyway, good luck in whatever u r pursuing okay!

cikgu jane said...

salam,

nak blaja dah ya...beshnya. !

Azzam?? said...

leaving home eh? =)
take care.. it's a wild world out there

Ms BinX said...

siblings will always, always be siblings....

GOOD LUCK WITH UR STUDIES!

jangan lupa update belog walau di mana anda berada..(sambil ibu jari menuding ke arah hanis zalikha)

Invisible_authoR said...

nak pegi blajar di mana tu? siap sempat tinggal kan watikah utk adik2 dan sahabat handai.


[-_-]

Nissie said...

sambung study kt ne? :)

nazminabdullah said...

hahahanis. sobsob.

kakak liana memang suka babbab ubat nyamuk dari kolej mawar lagi. bygon ke ape tah. wakaka

cikhajar said...

kakak hanis.. sabarlahh kay.. nnt balik cuti jgn lupa oleh2 utk adik2mu.. uhuks... jgn lupa update belog selalu.. sampaikan salam utk ibumu yg manis dgn ucapan,.. auntie updatelaa walau sepatah ayat

fatin itu saya said...

been there done that. hard to leave them kan.

they'll be fine and they'll love u more than ever, wherever u go.

take care.

BaLQiz said...

ish sedih nye...... belajar rajin2 hanis! good luck!

Nad Eusoff said...

sodeh la baca entry kali nih...
tak berani nak gelak lebey...
g blajar mane kak?

Putera Emas said...

Selamat mengejar cita-citamu.

dZuHRiAh said...

wahh.. such a nice sister, hanis.. alangkah bestnya kalau aku dapat jadi adik hanis (tak sedor dah tua, hihi), bleh le buat pertandingan lukis banner lagi.. ;p

Onion said...

Aww that has to be one of the most sweetest post ever. :)

Anonymous said...

hanis
i recently watch MDG at utube. OMG, i can't believe i watching it.. haha..so stupid.. LOL..
btw kn, apasal enk u pg ckp mlyu kt situ? that keeps me wondering, adakah sume entri english u,u yg tulis sndiri.. :P sbb kt dlm tu u ckp cm xreti btl ckp omputeh.. :P
sekian

Liana Ezzana said...

sedih la pulak..

1.sangkut beg kat leher alisya sgt kejam..

2.hafiiz kalau gaduh pastu wat drama air mata memang sebak kalau ditonton.

3.nazmin kenapa hang ingat semua itu~

kHaLwAnIeY AiSyA said...

1st time bce blog nie..
sedih larh..
haaaa (ToT)

kakak hanis nk tgal adek2?
nk pegi mane?

btw,
ur three little monsters' blog memang cute abes!

aisya pown da terfalling cinta nerh..
huhuhu.

Adil said...

Hey-- gdluck with whatever wherever you're pursuing. Msti adikbradik akan rindu kakak mereka juga..

Suet Li said...

1. where are u going?
2. omg it's been agessss since i last heard the word 'gedik' hahahahhaha
3. u're sooo funny and sad i feel like crying now T_T i want 4 young bros and sis too!

adib said...

kamu artis?

My Spirit Finger said...

ooooo...hanis dah nak sambung belajar. Di mana tu? you really a good sister. terharu membaca segala nasihat dan pesanan tu.

dina said...

tak memasal akak nangis pepagi indah ni bila baca pesanan kamu pada mereka. kamu kakak yang baik. harap kamu belajar dengan tekun... pasti adik2 rindukan kamu!

Abby ♥ said...

Hanis,

selamat menempuhi perjalanan baru, semoga tabah k
cewahh skema lak aku
apa apa pon, walau di kolej mana pon jgn loper update belog yer
nanti kami akan kebosanan yg amattt

J u l i a 。.゜✿ said...

Oh hanis nak belajar ke mana ni ? selamat belajar. jangan berenti membebel2 di blog ok ?

seronoknya ramai adik beradik. adik2 hanis bertuah sebab mendapat kakak yg sgt cool =D

family yg best !

ahmad said...

wow...macam kisah klasik untuk masa depan....

Ladynoe said...

nak gi mana Hanis?

[ LADYKiKi] said...

hye hanis slm kenal..


i suka baca belog u ni

Obefiend said...

kawan saya dibelakang ini bertanya

kakak kamu single kah hanis.

sumpah tak tipu. kawan tanya.

Ey3~Zha said...

huhu..sob3...waaa,samela kite but im goin abroad feb nxt yr....waaaa,reading ur blog makes me harder to leaves all my beloveds in msia...papepun gd luck kayy!!!loves reading ur blog....

cik siken said...

hanis,kamu sangat baik.nak jadi adik2 kamu jugak boleh??(adik ke..rasanya hanis lg adik dr aku kot)..hihihhi

Owners of Monster Jambu said...

I Love u Kakak Hanis. Belajar elok-elok sampai berjaya! I wish good luck for u.

Love Hafiiz.

Hanis Zalikha said...

Nanti saya akan reveal saya nak ke mana. For your kind words, thank you so much. Saya akan jaga diri elok-elok macam selalu. Yang nak jadi adik saya itu, sila belajar buat roti dulu. Yang tanya kakak saya single ke tak, saya taknak hampakan kamu tapi terpaksa. Yang tanya siapa Khairi, dia ialah adik saya yang mempunyai nama yang sama dengan pakwe kakak saya yang tidak singlet itu. Eh tidak single. Untuk yang tertanya-tanya entri english saya siapa yang tulis, TAK KELAKAR AH MANAP. NGADA KAU. Untuk semua yang sedih baca entri ini, sila lap hingus bersama. Tsk.

ndlaw said...

hanis zalikha mcm angelina jolie la...
good luck anis, tp u study bidang ape? so tell us more in your next post.

LoveyAshLiecious said...

whats more to say, i love ur writing.
i really do.
semoga berjaya.wee.tak sabar nak tahu kamu kemana selepas ini.
ehee.

Mohamad Aizat bin Mudzafar said...

i like to read ur blog hanis..
anyway where r u going??
nnt nk bwk baldi nk mintk tolong x??haha

Cicadasx said...

Hmm teharu.
Good luck for ur future then.
All the best.

shahril mohammad said...

all the best cik hanis.
jangan merapu di dalam kelas.
nanti kena baling duster. :p

rara said...

sangat suka baca blog kamu.

every post byk sgt cerita pasal ur siblings. love that part.

*i've link urs to mine*

:)

nekopachi said...

Hi! Dah lame jadi silent reader kat sini =) Found ur blog thru Jebon's blog.

Saya suke baca ur stuff so I've linked ya! ;)

Star said...

u are great as always! They'll be fine.

=)

adib said...

kamu artis x?

dyana said...

hanis, take care dan selamat menyambung pelajaran. nasib baik saya dua beradik je, so tak perlu kasi pesanan banyak-banyak.
:)

.the girl. said...

hye.u hot la.

; Rara wanna get famous and take over the world said...

Babe, by end of this year? UiTM I suppose? Wherever it is, just take care of yrself and yr family's pride! We are both 18 and we need to study but I'm lucky that I do not need to leave home for that. Kalau tak tahan, balik sini je tau! xD

Just bought the latest Remaja. Cuba teka I nampak siapa dlm mag tu jd model wearing TL Girl kat Tasik Shah Alam? Clue; she's a real skinny mcm Moss!

torres said...

eheh..ur funny!awesome!

Shah said...

Hi there. Nice Blog. Enjoyed the Ugly Bedah post. hahaha so original.

NSMY said...

ouww..what a lovely sister they have... shhuwit sgt...
btw, walau ke mana cik hanis pegi... jgn lupa keluarga, jgn lupa semayang, jgn lupa kami pembaca setia blog anda yea!

cikKakisaizLapan said...

cemburu pada kamu...
;P
kekalkan kasih sayang..
gud luck untuk hidup baru

Amin Ahmad said...

suka aku baca kasih sayang dlm keluarga ni. tumpang kita hidup apalah sangat kan?

Anonymous said...

oh hanis...where u go?? I miss u so..it seems like forever u will goo..please come back home

idajer said...

hi hanis. salam perkenalan. g futher study kat ne?

FaRaHaINa said...

hiye hanis..
sy suka baca blog anda..
sy dah link kan ur belog kat my blog tau..
btw,terbaca..kalau nak jadi ur adik kena pandai wat roti dulu..
kebetulan,semalam baru je wt roti n dh post pon kt blog..rajin2 la menyinggah ye..
kire bole la jd ur adik ni?
hahah memain je..
im older than u la..
k jgn sedih2 sgt..
air dicincang takkan putus..cewah!

Anonymous said...

i read your blog from time to time... your latest post is sweetest i've ever read :) you have a big heart girl.

afuan16 said...

pelik

Senotip Synte said...

Hanis

Anda telah diberikan AWARD
sila la ke blog saya untuk amik award yg cumel itu

P/S : nanti dah sambung study jangan lupa update belog nih tau

ama banana said...

CAICERK?hahaha apa kenapa hanis adik kau seperti macam sengal mcm kau jugak ok walaupon xkenal kau tp menurut cerita si jamshaik tu kau boleh tahan sengal so aku assume je la kan.

Anonymous said...

ur brother khairi tu how old is he?

missbellachicaboom said...

imran & hafiz? wow! nama dik2 kita samelah! sep! sep!

Senoritas. said...

omg sweet gila.
i know the feeling of leaving home. :(

Hann said...

OMG, I love to read your blog, d way you write and express things, satu je word to describe it - cool!

Natalia Ishak said...

Awww *peluk ketat2 cium takmau lepas* Haha.
Hanis, ini Diba. Masih igt tak? Lol. Are u still using the old number? I've switched num dah tau.
And, u nak sambung study kat mana?

MiSs^iJa said...

sweetnya la entry ni~ :D

nerVosa. said...

i plak yang sedih bace post u neyh.

nerVosa. said...

i pulak yang sedeyh bace post u neyh