Wednesday, December 30, 2009

Give me give me give me!



Ceritanya begini. Emak selama ini mendapatkan material belog dengan kamera Kekna (short for Kakak Liana). Namun kamera Kekna telah dicuri oleh housekeeper di tempat kursus kerja beliau, GEMS. Kini emak sedih akibat ketiadaan kamera dan seringkali waktu I bergayut dia akan datang dan berkata “Hanis nak BB, nak tangkap gambar something”. Kamera Blackberry I dah lah 2megapixel dan tanpa flash. 10 markah kesian di situ.



Maka bila Kraft Cheese suruh cekidaud Roadshow Kalau Keju Mesti Kraft mereka, di mana ada pertandingan makan dan hadiahnya ialah Kamera Digital Samsung, IT’S ON BEBEH! Ceh.



Kami pilih untuk ke roadshownya (among all the roadshows) yang di Subang Jaya, kedai mamak bernama Hassan di SS15. Kami sampai awal, dalam pukul 9malam. Lepak-lepak dulu, waktu itu tak ramai orang lagi, maka kami yakin boleh menang tanpa bertanding (-_-“)


Bersedia untuk menang tanpa bertanding?



Sementara tunggu mereka setting, I datang dekat booth mereka dan sebutkan slogan “Kalau Keju Mesti Kraft, Kasi Satu Roti Kraft “ lalu menerima roti cheese secara percuma *wtf tiba-tiba je datang sebut slogan, creepo engkau*. First time woh makan roti cheese yang guna Kraft Cheese.

Roti cheese! Gimme gimme gimmee.




Bagus.



Kemudian bila banner sudah naik, semakin ramai masuk Hassan dan okay fine marilah bertanding beramai-ramai hmph. Okay perhatikan baju biru yang kanan sekali, dia bakal menang T_T



Saya sudah cuba sedaya upaya bersorak “Gomo Kelate Gomo” untuk dia, namun kombinasi roti cheese dan kuah dahl sungguh memualkan maka kami tidak dapat bawa pulang kamera digital Samsung untuk mama :’(

Asal mascot ini menari macam Beyonce sekarang?




Dulu dengan bear A&W tak pernah bergambar bersama akibat cuak T_T



Okay pencarian hadiah mama bermula sekarang zasss.





Monday, December 28, 2009

Kita jumpa di kampus!


Perasan tak setiap kali cuti semester, kau akan keluar dengan orang yang sama dan takkan jumpa sahabat handai kongsi bantal kongsi penyangkut baju kongsi liquid paper waktu di kampus? Sigh.


TIDAK! CUTI SEMESTER IS COMING TO AN END! Tapi yang lebih TIDAK! lagi ialah fakta yang menyatakan, jikalau mengikut tahun dan bukan mengikut bulan, lagi 3hari masuk tahun 2010, umur saya ada angka 2 di hadapannya. Rasa macam baru minggu lepas saya tiup lilin 7batang (maksud daku, umur 7 tahun, bukan 16 tahun di mana malas nak cari 16 batang lilin, guna sahaja satu lilin campur 6 lilin jadi 16, wah panjang betul explanation macam nak minta markah dekat examiner di akhir kertas jawapan)



BOO UMUR 20TAHUN BOO! TUA BOO!

Friday, December 25, 2009

Tidak semua seperti yang kita mahukan

I macam dah agak dah banyak benda akan berubah kalau adik I, Khairi masuk sekolah berasrama penuh. Dulu kami sangat rapat. Dan dia sangat pintar. Budak baik. I jadi pengawas selalu kena jaga kelas dia. Kadang-kadang tak kena jaga pun, buat-buat jaga bila nampak takde cikgu dalam kelas. Pastu main Roda Impian dekat papan hitam dengan classmate Khairi. Taktau Khairi malu ke tak dapat kakak macam ni. Okay lets not focus on me walaupun ini belog saya, bukan ini belog Sharifah Aini *tiba-tiba.



Dia memang handsome. Dalam adik-beradik muka dia paling mirip I. Ceh cuba gabungkan dua ayat tadi dengan kata hubung 'kerana'. Bahahah diam Hanis. Kira dia adalah Hanis Zalikha versi lelaki. Kurus-kurus, tinggi-tinggi, hitam-hitam. Oh dulu dia putih! I DAH AGAK MASUK SEKOLAH ASRAMA JADI HITAM T_T Tsk. Masa dia muda ramai gila peminat. Budak-budak yang selalu main Roda Impian dengan I, suka jerit "KAKAK KHAIRI KAKAK KHAIRI HAIII" bila I lalu luar kelas diorang. Ada ke nak mengampu macam tuh. Belikan lah I keropok lekor ke apa. Ish.



Anyway, Khairi selalu jadi best student. Sebab dia memang nerd pandai handsome. Sentiasa nombor satu. Ini masa sekolah rendah lah zzz. Oh tiba-tiba I teringat Khairi datang kelas I masa waktu Matematik, pastu Puan Too kata "Hanis, its your brother", I tengok luar kelas dia tengah nangis. Apakah?! Malu aku. Rupanya bekal dia tumpah. OMG LAGI MALU, NANTI MASUK KELAS KAWAN TANYA KENAPA ADIK KAU NANGIS, NAK KENA JAWAB BEKAL MAKANAN TUMPAH. Sungguh lame T_T



Seperti dijangkakan, si cemerlang ini berjaya memboloskan diri ke asrama penuh. Mula-mula dia taknak, mati-mati dia taknak pergi. Benci betul dia dengan sekolah asrama. Setiap kali hantar dia pulang asrama jadi sayu sebab dia sangat rapat dengan keluarga. I seorang diri bantah hantar dia pergi asrama. Takde siapa nak dengar. I punya alasan, nanti dia tak rapat dengan keluarga, nanti siapa nak jaga dia kat sana, nanti rumah sunyi etc. Sigh so sad.



Lagi sedih apabila memang betul dia semakin tak rapat. Sekarang kalau I duduk dengan dia berdua pun takde benda nak sembang. Dia diam, I yang cuba untuk tak diam pun, lama-lama join diam. Paling sedih apabila, he's no longer the nerd handsome menangis kalau bekal tumpah Khairi. Dia jadi ketua pembuli dekat sekolah. Kawan dengan budak nakal. Stok yang selalu kena tangkap hisap rokok. Tapi cikgu dia kata Khairi seorang je tak hisap. Still..



Paling lawak masa bulan puasa. Semua baru balik dari rumah masing-masing. Biasalah semua mak akan bekalkan juadah buka macam kenduri kahwin pada anak-anak yang pulang asrama. Maka dia dengan kawan-kawan makan sehingga gendut. Pastu bila kawan dia kata "Eh jom nak gi tarawikh tak?", dia si ketua nakal pergi lead operasi "Eh takyahlah pergi, lepak jelah". APA JADI PADA ADIKKU?! Waktu lepak dalam bilik bacaan, dia main bola sepak (ya dalam bilik), kawan-kawan dia main karom, seorang lagi tidur. Tiba-tiba salah seorang mereka ternampak kelibat manusia berkopiah a.k.a Ustaz. Lari lintang pukang masuk dorm yang gelap sorok bawah katil. Bajet ustaz tak perasanlah padahal masa lari bising gila terlanggar-langgar loker, terlanggar katil. Khairi je nyorok dalam loker. Ishishish.



Ustaz pun suruh diorang semua turun bawah pergi surau. Tapi bukan untuk sembahyang no no no. Untuk teruskan apa yang diorang buat tadi, tapi kat luar surau. So Khairi kena teruskan main bola ngan kawan dia, yang sekerat lagi teruskan main karom, yang tidur tadi kena baca buku (sebab Ustaz tanya dia buat apa tadi, dia tak cakap dia tidur, dia kata dia baca buku). Hahaha buruk gila kalau dia kena teruskan tidur luar surau. Bila semua pelajar dah habis sembahyang tarawikh, ada free show kat luar surau hahaha. Semua cheer Khairi main bola "Woo goal goal goal!" (-_-") Memalukan betul.



Bila dia PMR, I tekad I cakap kat mama ngan daddy, keluarkan dia dari sekolah itu. Masa I dan kakak Liana ajar dia Matematik pun, kitorang rasa dia macam memang dah lost gila dalam pelajaran. Banyak Bs dan Cs tapi kurang As dalam report card dia sigh. Tapi dia berkeras nak stay juga kat sekolah tuh. Fuish. So buat deal paling senang, kalau result best, dapat stay, dapat result busuk, keluar dari sekolah itu sekarang jugak!








Okay fine dia dapat 9A's semalam.

Tuesday, December 22, 2009

Carefree Queen Event


I've promised you girls I was going to cover the Carefree Queen Search 2009 in Crowne Plaza Hotel after I wrote about the competition right? Well, whadya know? They called me up and told me I was one of the top 10 finalist. At first I was a lil bit reluctant so I asked them what's in it for me andaikata I membolehkan diri dan melapangkan masa untuk join, mereka jawab, RM1000 cash baby! FUISH TERUS I KATA BOLEH BOLEH BOLEH MALAYSIA BOLEH. Hanya dengan join final event dah dapat RM1000 :') Cover event plus jadi finalist, sambil menyelam minum air hehe.



Hello I'm your undercover finalist for the day.


Jemput masuk. Gambar yang ada watermark dari camera I dan Nabil. Gambar yang clear dan tiada watermark seperti di atas ialah gambar dari event photographer. Heh.


Cantik okay venue.



Mula-mula I had to attend the rehearsal, where the catwalk gurus taught us how to walk like a model. Semua jadi excited macam giddy schoolgirls XD After that off to do our make up and hair for the big event.




All the finalist had to invite all their friends and family to support them. I got my family and The AGZ to meriahkan keadaan.

Carefree buat event sangat tak kedekut di mana waktu make up pun bagi makanan berat, untuk guest pun bagi dinner berat instead of finger foods yang menjadi trend event masa kini! Hish.

Wah tingginya awak.



Moving on, for the opening, we had to do a little walk. Yeah come on girls, just like we practiced!
Eleleleleleleleleh control macho eleleleleleleleh.


Followed by a short interview by Farah Fauzana. She did superb emcee-ing for the night :)
Kau tengok muka aku serious. Bahah.


KEMUDIAN MAIN CHARADE OMG FAV GAME EVER MEMANG BOLEH SCORE BANYAK. Lagi-lagi bawa Marlisa dan lil bro Imran on stage to guess what I'm acting out. The perfect team ah.



Alolololo comelnya buat Sleeping Beauty Zzzzz diam kau.



Macam mana nak lakonkan Tiara Jacqueline?! Fuh gila ah Marlisa dapat teka woh!



Ini waktu segmen aksi spontan. Bila time nak malukan diri kena ajak bestfriends sama-sama supaya semua malu sekali bahah. That's what bffs are for okay hahaha. Love love Iz and Marlisa *peluk*

Sebahagian judges malam itu. Irma dan Anne. Fuh fuh mereka cantik, fuhh.



Waktu kami kena keluar beratur nak umumkan pemenang kena catwalk berdua-dua. That's me and Rachel!




Drumroll please *dududududududududummmm*

I diumumkan dapat nombor 3 y'all!


TAK BOLEH BLAH SEMPAT LAGI PANDANG NABIL KATA NOMBOR TIGA BABY!



Ini masa umumkan tempat kedua dan pertama. Kau tengok aku kat belakang tak reti behave T_T



Tada. Congrats Shila for winning first and Linda, second. Shila dapat laptop woh dengan duit RM5000 woh woh woh! Dan juga bekalan pantyliner Carefree setahun serta barang kemas Poh Kong (ini kami pun dapat heh).




This is by far the best event I've covered, seriously. Havoc dan happening dan ada kawan-kawan dan family best, thanks mom and oh kakak Liana. Tsk :') THANKS CAREFREE!


Happy seh korang datang.



Okay okay dah dah, naik lift sekarang.









AWESOME NIGHT ADIOS AMIGOS.

Oh Afra Iknowyouwantmeh suruh selitkan alamat belog dia hehe, www.afrayuri.blogspot.com.

Birthday Lunch with 2 Sexy Ladies

Two sexy ladies tuh yang kat belakang. Yang si depan nih beban je, nak kena belanja dia plak birthday dia dua bulan lepas. Pilih tempat nak The Apartment, The Curve aje.





Ein, sexy lady pertama.



Asha, sexy lady kedua. Asha, please belajar buat gaya sexy lady. Order makanan bukan caranya.



Macam ini gaya sexy, buat muka macam kau baru lepas pakai botox, so kau takboleh senyum. Ha macam I buat ni. Sexy tak nyah?



The food and my Strawberry Cooler. Overall it was good. But entah kitorang tiga macam high expectation ke ape tah. Lagi2 si Ein, keluar-keluar kedai pun masih mengomel suruh makan dekat The Cave kat mana tah.


Rambut belah tepi yeaaaahhh!!! Wtf camwhore sorang2. Then off we went to One Utama sebab I nak cari jeans.


Bila malu camwhore sorang-sorang cepat-cepat ajak orang lain nak cover.



Waktu kat traffic light co-driver terus ajak driver camwhore sekali. Ha gambar nilah yang Ein tengok terus terasa nak pakai lipgloss! Then kemudian pastu..(annoying tak ayat ni)



Dia pun mengambilnya dari dalam beg dan tanpa menyedari perlahan-lahan brek dilepaskan. TERUS I MENJERIT EINNNNNNNN. Bam! Langgar kereta depan ha cuak-cuak. Dahlah kami semua perempuan, kereta yang dilanggar itu lelaki, ha cuak-cuak. Fuh nasib baik cuma tercium bumper dia aja. Tak calar langsung tapi dia minta nombor phone Ein. Ein yang gelabah terbagi nombor phone balak dia. Haha comel.



Setibanya di One U, Ein yang gelabah terus ke Guardian untuk memberi air mineral kerana telah dehydrated daripada drama itu tadi ceyyhh.




Touch up sket.





Pergi Guess untuk cuba try test jeans (vavi ayat ni paling annoying). Seperti biasa Daredevil punya range menawan hati.



SEMUA MUKA BERLEMUIH, MELEKIT, SEREMBIH, SELEBET LEPAK DEKAT DELICIOUS ZZZzzz. Okay bye nak pergi makan kat Ikea dengan The OMGs. Fuh sempat aku update pagi-pagi ini. Hehe byee!


Oh! Before I go, masih ada lagi segelintir teman-teman yang berniat untuk belanja I makan sempena birthday I dua bulan lepas (-_-") , maka minta jasa baik anda untuk cadang tempat makan yang syok! Sila-sila..