Wednesday, March 11, 2009

Bukan senang nak mengaku cemburu kepada bestfriend sendiri


Tak sangka, teman baik saya masa saya kecil baru sahaja meraikan ulangtahun harijadinya di luar negara. Kenapa nak sampai luar negara wahai spoilt brat? Dia ini memang kaya dah lah semua orang adore sumpahseranah. Dari dulu, dari kami sama-sama bermain waktu kecil dulu pun, saya memang sudah ada sedikit (Hanis tak baik tipu, kata saja banyak/sangat/amat) cemburu pada dia. Yelah, waktu saya masih terima RM1.00 sebagai wang saku ke sekolah setiap hari, dia sudah ada teman lelaki remaja, basikal sendiri, bewarna merah jambu (sengaja nak jealouskan semua perempuan woh) dan juga sepasang kasut roda berwarna merah jambu dan biru. Part kasut roda itu mungkin tak jealous sangat kerana saya pun ada, tetapi kenapa warna kasut roda saya tidak selembut beliau punya? KENAPA SAYA PUNYA BEGITU GANAS DAN BEWARNA HITAM SERTA HIJAU? Fine.

Tetapi dia masih teman baik saya sepanjang zaman. Walaupun perbezaan umur kami yang melampau, dia sentiasa ada untuk guide saya cara-cara mendandan rambut, menjual lemonade tepi jalan dan merawat anjing. Dia jugalah yang sedia rambut dibasahi hingus saya apabila saya sedih dan tidak puas hati terhadap orang sekeliling.

Untukmu Barbie, selamat harilahir yang ke-50. Maafkan dahku ketika memotong rambutmu paras bahu, manalah dahku tahu yang rambut mu akan naik mencacak ke atas semua, umpama Macy Gray.




Baru-baru ini, bagi menyambut ulangtahun kelahirannya yang ke-50, sebuah pusat Barbie terbesar di dunia telah dibina di Shanghai. Walaupun kad jemputan tidak sampai kepada saya memandangkan Barbie tidak ada alamat saya di Segamat (alasan), saya masih dapat meninjau keunikkan tempat ini melalui berita-berita di surat khabar dan internet.

Bangunan Barbie 6 tingkat yang tersergam indah di Huaihai Road itu, dilengkapi dengan restoran bertemakan merah jambu dan hitam serta Gelato Bar (bar aiskrim) di tingkat teratasnya. Bagaimana mahu naik ke tingkat atas? Boleh pilih samada untuk daki tangga putar (spiral) yang dihiasi 875 anak patung Barbie di dalam kaca atau naik escalator canggih dan futuristic yang diterangi lampu-lampu neon. Naik escalator yang dinamakan Pink Tunnel ini, anda akan diperdengarkan dengan bunyi anak-anak perempuan kecil ketawa manja. Seram juga tetapi takpe, think positive.



Kehebatan tangga putar unik.



Apabila penat mendaki tangga putar yang melekakan (sebab terlalu banyak rekaan Barbie dan bajunya yang cantik anggun molek), bolehlah tuju ke spa Barbie di mana anda akan dihidangkan gula-gula kapas di muka (Cotton Candy Facial) sambil kuku anda dirias dan rambut anda didandan. Harap Barbie tidak revenge dan mendandan kita (eh I mean, saya) agar menyerupai Macy Gray.



Anak-anak kecil yang membeli baju Barbie, boleh menggayakannya dengan catwalk di pentas peragaan yang disediakan. Di situ juga akan ada pembantu kedai yang bakal mengajar anak-anak kecil menyanyi lagu Barbie Girl. Menjengkelkan tetapi benar. Bagi orang tua pula, jangan risau, anda juga boleh membeli-belah di sana malah anda pasti rambang mata dengan rekaan hebat dan extravaganza gaun-gaun pengantin dari pereka ternama Vera Wang. Kalau gaun pengantin bukan pakaian seharian yang anda cari, sila teruja kerana di Barbie Mall, Patricia Fields, pereka fesyen untuk siri hit Sex and The City ada memaparkan jenamanya tersendiri.


Kalau yang dewasa adalah se-hot ini(rujuk gambar rajah) juga dibenarkan catwalk ketika try baju ya. Tapi kalau nak belajar lagu Barbie Girl, akan dipertimbangkan.




Ya, tempat ini memang taman fantasi buat si gadis/anak dara/budak perempuan/janda/ibu etc (cubit diri, ini bukan mimpi). Tetapi yang lelaki jangan risau. Tandas lelaki di tingkat 5 ada mempamerkan 1000 jenis kereta Hot Wheels di dinding. Sambil buang air boleh hafal semua design. Atau berangan bila kaya nanti nak buat satu bilik khas untuk bilik mainan atau bandar semut (ngaku je, takpe).



Fantasi bertemakan Barbie adalah fantasi sejagat. Gambar diambil di Argentina.


Kini teman baik saya mengajar cara merawat anjing kepada kanak-kanak cina pula.





Memandangkan Barbie memang gedik (ini terbukti apabila):

Pada sambutan hari lahir saya yang ke-10 (atau 11), jiran saya seorang penyanyi bernama Nora, yang sangat bermurah hati telah menghadiahkan saya basikal untuk Barbie di mana belakang kotak basikal tersebut ada tertulis “Cycling is a fun way to meet up guys”.


GEDIK KAU BARBIE GATAL HABIS, MALU I SEBAGAI SAHABAT, maka di Barbie Mall ada disediakan bar di mana orang boleh bersosial kerana semua orang tahu: ‘Barbies want to talk to Kens’. Dan di bar ini yang juga bertemakan merah jambu, ada menghidangkan Martini Merah Jambu atau Pink Martinis (haram).




Sempat lagi mengamati anak patung hiasan tangga putar sewaktu dalam perjalanan ke tandas tingkat 5.

28 comments:

  1. Wow...sangat melekakan...wish to be there juga

    H
    A
    N
    I
    S

    take care !

    ReplyDelete
  2. Barbie is now 50? That's news. How many Barbies do you have?

    ReplyDelete
  3. ohh..inn agak keliru sikit ngan cerita kamu..xpe..inn sudah faham sekarang :)

    ReplyDelete
  4. Aduhai Toh Puan Seri Datin Paduka yang sentiasa anggun,

    Patek dapat merasakan ke-jealous-sanmu itu terhadap teman baik kamu. Patek berharap apabila Toh Puan Seri Datin Paduka seumur dengan teman baikmu itu, akan ada mall yg lebih hebat daripada yang ada di Shanghai. Moga-moga segala produk bernama Hanis Zalikha akan dapat dijual di situ. hihihi

    ReplyDelete
  5. mula2 memang agak curious nk baca.. sapala yg untung sangat nih.. haha!

    ReplyDelete
  6. haha! siri barbie dan ken. omg

    time kecik aku gelak bila adik aku main diorang.

    time besar aku gelak bila kau mention diorang (B+K)

    ReplyDelete
  7. okay sangat rasa tertipu

    igtkn org, sekali tgk barbie daa~

    haha seriously life Barbie sangat perfect, tapi dia dah divorce Ken kan kan kan? :D

    ReplyDelete
  8. hahhah... ingat saper tadi.. tapi pelik yer, barbie tetap menten slim, cantik dan sewaktu dgnnyer, apa agaknyer rahsia.. (ah merapu dah pagi buta, hehe)

    ReplyDelete
  9. ada pernah terbaca dalam paper cakap barbie doll is actually not giving any benefit towards kids.

    err... tidak membantu perkembangan otak kanak2 secara baik mungkin?

    barbie doll macam anorexia so if semua kids nak ikut macam dia habislaaa >_<

    ReplyDelete
  10. Wahhhh, teruja!
    I have abt 10 barbies when i was 9,
    tapi tatau dah kat mane. Dulu, when my one year younger brother got a remote control car for his birthday, i tend to put my one of the barbie on the car and ikat dgn getah rambut, and let my brother drive her anywhere she wants. Lucky barbie!

    ReplyDelete
  11. bvlgarigirl @ Arianna: kalau masuk pasti takkan keluar selagi tidak 6hari berada di dalamnya.

    Izuan: 23! haha. bangga bangga. some of the names: barbie, amy, catherine, britney. gosh okay dah malu dah.

    inn: cerita ini tentang mall barbie yang seakan-akan mydin.

    Kay Faizal: haha nanti ada Ice Cream Malaysia's Facial.

    badruddin: along bukit beruntung.

    . : rajin gelak lah anda ini.

    chipsmore: kesayangan semua orang kan? kan??

    Fatul Akrul Ramli: tak sangka ia datang dari kamu.

    LIZ: haha. ken dah jadi gay kan? hish. banyak handsome sudah bertukar gay sekarang. why leave us women with no options?! ceh.

    kuizikel: pergh kalau umur 50tahun masih begitu pergh pergh.

    Princess Azi: tapi badan barbie macam beyonce. kecuali perut. perut dia (barbie) sangat tipu.

    haha semangat reply semua orang. full force demi barbie.

    ReplyDelete
  12. Hanis! i missed you and Fiqa in MDG 1. I watch it all over again past 3 days. hahaha. miss your cuteness!

    They should produce a Hanis barbie doll :P I would buy it. hehe.

    all the best! take care!

    ReplyDelete
  13. HAHAHAHAHA. ingat kan siapa lah tadi. rupanya Barbie! hampeh.

    ReplyDelete
  14. Hoho, aku x pernah ade patung barbie. takpe, kalo ade anak pompuan nnt akan ku belikan. Suke tgk yg Enchanted punye version tuh.

    ReplyDelete
  15. omg omg.

    ur enrty buat i gilaaaaaaaaaaaa....

    dah la dah pink addicted, tgk entry u, lg membuak-buak nak tukarkan dunia kepada pink.

    =D

    ReplyDelete
  16. mak kata simpan barbie nanti malam2 barbie jadi chucky.

    cue: buang barbie dalam tong sampah/ bagi dekat anak yatim/ budak2 perempuan yang jahat.

    ReplyDelete
  17. happy 50th birthday, barbie!

    dulu kecil kecil i used to have a lot of barbie since one of my aunties worked in a barbie factory. ingat lagi pernah kerat rambut dia ingat nak kerat sikit je tapi asyik tak potong sama in the end i just make her bald. oh well.

    ReplyDelete
  18. sangat menarik entry ni,coz i was wondering sapelah yg sgt kaya n hot yg dimaksudkan..membuatkan saya tertumpang jeles skali..hehehe..bila dh tau u was talking about BARNIE eh eh BARBIE bertambah la jeles....btw u ada 23 barbie?jeles! jeles!

    ReplyDelete
  19. barbie da 50 thn tapi still awet mude

    hanis tlg tanye sahabat ko ape petue awet mude die

    kikiki

    ReplyDelete
  20. Hanis saya gemar sekali membaca blog awak! Sungguh menghiburkan hati! Sangat melucukan! I like it that you alternate between English & Malay without sounding arrogant! :D

    ReplyDelete
  21. betu la...

    nk kata jeles pada seorg kawan is the hardest thing to do okey???

    ReplyDelete
  22. ingatkan pe benda la..patut la sume yg dia ada tu warna pink..hmm..pandai buat suspen..

    ReplyDelete
  23. BARBIE!! I heard bout this. I'd swim to China if I was still 8. She's also my bestfriend =)=)=) Not yours only!!

    ReplyDelete
  24. waaaa...tingat zmn dlu men ngn barbie...sgt best ok... *riang*

    nk wat entry sal barbie la cmni..terinspirasi plak.. ;p

    ReplyDelete

No proper ID, no proper comment, down you go the freaking spam drain. Receiving happy vibes!