Tuesday, June 2, 2009

Tentang Adam

Sebenarnya hari yang mama kena hantar daddy outstation tuh, daddy sepatutnya jalan kaki je pergi Petronas tunggu kawan dia kat situ. Tapi sebab dia tengok kitorang nak keluar dia pun buat muka mengendeng (maksud mengendeng itu macam 'menceceh nak jugak'). So dalam kereta ada Hanis (nak pergi photoshoot), Hafiiz (nak pergi hospital), daddy (nak pergi airport), dan mama (bawa kereta). Comel sangat kalau mama yang bawa kereta, daddy duduk sebelah :')



Tapi kitorang kena singgah sekolah Hafiiz dulu untuk ambil surat sekolah, supaya pergi hospital tidak perlu bayar, ya kerajaan ada peruntukkan untuk benda macam ini, gunakan sepenuhnya. Macam kalau masuk toilet RM1, jangan kencing je.



Berbalik kepada cerita tadi, maka mama pun turunkan daddy kat sekolah suruh dia pergi pejabat ambil surat tuh. Mama nak suruh Hanis tapi sebab dah lambat, tak boleh lah nanti kang Hanis buat pengembaraan dalam sekolah tuh sumpah lagi lambat. Makanya, Hanis, Hafiiz dan mama duduk dalam kereta depan foyer sekolah tersebut.



Kitorang tengah cakap pasal kenapa budak-budak bersepah berfoya-foya di koridor kelas dan tiada siapa kisah (eleh macam masa kita muda dulu juga :B). Tiba-tiba ada seorang budak berlegar-legar ke hulu ke hilir. Muka tak bersalah tapi nakal. Geram pula tengok budak ni buat sekolah tuh macam dia punya. So Hanis pun cakap lah "Ha tengok budak nih, bukan nak masuk kelas". Hafiiz yang bersekolah di situ dan lebih arif menjawab "Oh budak tuh orang panggil budak gila". Kenapa? Kenapa sampai orang panggil dia budak gila? Apa lagi dia buat?



Hafiiz pun buka cerita setelah ditemuramah oleh kakak yang kepochi, eh I mean, prihatin.



Nama budak itu Adam (bukan nama sebenar). Adam selalu pergi kantin dan sepahkan kantin. Dia kalau nak makan dia gaul-gaul makanan itu dan ambil je sesuka hati dia, taknak orang cedokkan, dan takkan bayar. Air pun ambil sendiri, berapa banyak yang dia nak. Bukan orang kantin tak marah, malah dah banyak kali dah marah, tapi memang tak lut. Adam samada buat tak dengar, atau dia memang tak paham orang marah dia. Mungkin Adam sudah hilang harapan untuk dunia ini.



Dia anak yatim piatu.



Dua tahun lepas Hafiiz cerita, sekolah ada buat pengumuman (waktu ini Adam darjah 2), mak Adam mati dalam kemalangan ketika ayahnya hidapi kanser. Kini Adam sudah kehilangan kedua-duanya. Adam anak tunggal.



Tidak pasti tentang saudara-mara terdekat, tetapi Adam sekarang tinggal di rumah anak yatim. Mengalir air mata Hanis terkenangkan Adam waktu-waktu pulang sekolahnya, dah tiada siapa kisah homework dia, Adam waktu-waktu minggu cutinya, dah tiada siapa kisah nak menghiburkannya, Adam waktu-waktu sahurnya, dah tiada siapa kisah sah kah bacaan niat puasanya, Adam waktu-waktu rayanya, melawat pusara ibu dan ayah menyesali What Is Done dan mengenang What Could Have Been.

Mungkin akan ada yang kisah, tapi takkan ada yang sehebat ibu dan ayah kita sendiri :'(





Dalam Islam ada menegaskan jangan makan harta anak yatim. Waktu kutipan untuk Adam dibuat, I'm sure tabung Adam mendapat jumlah yang banyak, tetapi Adam masih terlalu muda untuk memegang sendiri tabung itu. Jumlah yang dikutip, hanya orang yang bertanggungjawab yang tahu. Sebab itu dalam Islam kata jangan makan harta anak yatim. Kerana itu sahajalah yang mereka ada, mereka takkan dapat create environment kehidupan beribu berayah yang sebenar. Dan tak kira betapa kayanya mereka sekarang, atau betapa berjayanya kehidupan mereka di masa akan datang, mereka takkan boleh cakap "Saya dibesarkan oleh sebuah keluarga sempurna, macam awak".




Sebab perlakuan Adam tidak dapat difahami kanak-kanak lain, Adam tiada kawan. Terbayang betapa kosongnya hidup seorang anak kecil yang masih membesar dan perlu mengenal dunia. Yang masih banyak benda yang perlu dipelajari samada dari keluarga atau rakan taulan. Betapa kalau kita tidak kisah, kita tidak akan tahu keadaan hidup seseorang, dan senang-senang kita boleh buat andaian, kita boleh menghukum. Sedihnya terkenangkan Adam.



They (his, yours or mine) may not be the best parents in the world, but to lose them both forever, that's indescribable. Hargailah orang disekelilingmu dan keluarkan hanya perkataan yang baik-baik.



Hanis sempat berpesan kat Hafiiz "Lain kali kalau Hafiiz dengar ada budak panggil Adam gila, stand up for Adam".



*Kisah benar yang digubah sedikit untuk melindungi watak dalam cerita dan mewakili semua kisah anak yatim piatu yang lain.

73 comments:

  1. ngee. sayu pulak bile bace.. :(
    semuge adam pilih jln yang baik untuk teruskan idup.
    muge di elakkan dr sebarang musibah juge.

    ReplyDelete
  2. salam.
    hi hanis.
    hurm.. tersentuhnya baca entri ni.
    :'(

    ReplyDelete
  3. yeah maybe dia tak diberi layanan yang cukup dengan kasih sayang sebab tu dia jadi camtu.

    lagi orang panggil dia gila, lagi dia rasa hopeless. kesian nyaa kat adam tu :'(

    i berdoa ahh dia membesar dalam penuh kasih sayang and tak terbiar.

    ReplyDelete
  4. hurm..sedihnya....nice story..selalu riang2 je, now entri emo pula..but nice all the same

    ReplyDelete
  5. nape hanis x babysit si adam tue.. sian dia...

    ReplyDelete
  6. fuyo tough gila daddy kamu.heheh.
    cis kenapa ada lagu sedih time baca entri ni.

    ReplyDelete
  7. I'm crying over this entry..
    bagus Hanis advice Hafiz utk stand up for Adam..
    rasa kosong ketika masih kecil,masih memerlukan perhatian dan kasih sayang mak ayah,itu menyakitkan..
    masih belum terlambat untuk Adam explore kt dunia ni,bahawa walaupn tiada org yg akan care pasal dia gile2..org yg ada kt keliling patutnya bagi dia support..
    tunjuk kita concern..shower him with love..
    mungkin dia act mcm tu coz dia nk attention atau revenge..ntah,saya pn tak tahu..cuma ckp2 aja..kalau salah,abaikan..=)
    kita kena tunjuk kt dia that he is not alone in this world..
    May Allah bless Adam..

    ReplyDelete
  8. aduh gila sedeh.
    kesian gila adam tuh.

    Thanks for writing this entry in such a beautiful way

    ReplyDelete
  9. yeay dah approve maknenya Hanis bace komen saye.. *suke*

    ReplyDelete
  10. Sedih :(
    Yes, to loose someone dearest in our life is very hard to imagine. Kesian Adam. Kecik lagi dah lalui dugaan berat mcm ni. My pray for him. And yes Hafiz pls stand for him.

    ReplyDelete
  11. oh ya,Adam bukan gila atau gila2. He's traumatized after the sudden and big change in his life. Maybe he is still not able to cope with it. I wonder whether his school has offered counselling and guidance for this pitiful boy?

    ReplyDelete
  12. Your last sentence, the part that u asked Hafiz to stand up for Adam, that almost made me cry..T.T..Adam will definitely feel happy if he knows there are people who stand up and fight for him..

    i think Adam is in 'denial..he still can't believe all those things that happened to him..so he's hurting from inside..

    Semoga Allah melindungi Adam...

    ReplyDelete
  13. hanis jahat, buat aku nanges baca n3 nih....n3 lain2 salu aku ketawa ;(

    aku tak bleh dengar baca lihat pasal anak yatim, cepat sgt aku dah jatuh kasihan. semoga Allah lindungi semua anak yatim sebagaimana Allah menjaga Nabi Muhammad SAW kiter...

    nih dah laa aku tgh dgr lagu 'albi nadak', baca plak n3 nih... (-_-")

    ReplyDelete
  14. owhh...sedihnya kisah hidup adam. me too dah takde ayah dan ibu tapi saya sudah dewasa ketika itu. adam yg masih kecil masih perlukan kasih sayang orang2 di sekeliling. kalau lah saya boleh ambil adam menjadi sebahagian dr keluarga saya, dan memberikan kasih sayang kepadanya....alangkah indahnya.

    ReplyDelete
  15. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  16. can i count on ur hafiiz to look after him? i mean, bkn laa baby sit. tp just tgk2kan aje. at least adam wont feel lonely anymore.


    aku adelah super emo sbb adam tu nama anak aku!

    ReplyDelete
  17. im so glad to read this from u...
    hargailah mereka yang disayangi sementara hayat masih di badan...

    ReplyDelete
  18. Sedih...! Kesian Adam...

    Maybe cara dia macam tu sbb kurang kasih sayang..*sambil peluk Adrianna*

    ReplyDelete
  19. kesian gile sama adam. :(
    bersyukur saya masih ada parents. ayah dan ibu.

    hope bila dah besar dia tak jadi org tak spatutnya.

    Allah sentiasa memberkati kehidupan anak yatim piatu kan.

    adam oh adam. jadi la manusia berguna bila dewasa nanti. (dengan harapan adam membaca)

    hanis, if you put lagu ayah dan ibu nyanyian sudirman tuh dalam entry ni kat bawah skali mau berjurai mate pembaca2 u. hahaa

    ReplyDelete
  20. hafiz kawanlah ngan adam :(

    btw hanis, say thanks to ur mum. kek haritu sangat sedap!

    ReplyDelete
  21. so touched with your entry today babe ='(

    can we do something for Adam ?

    ReplyDelete
  22. yup! hafiz, stand up for adam!

    ReplyDelete
  23. :'(

    sumpah rasa sedih kesian sampai nak nangis.

    ReplyDelete
  24. hafiiz pon kesian mase cikgu announce kat perhimpunan dua tahun lepas. masa darjah 4 macam nak kawan ngan dia . Ingatkan dia dah pindah sebab tiba - tiba dah tak nampak dia langsung sejak hafiiz hampir nak masuk darjah empat. tiba-tiba masa nak ambik surat sekolah baru nampak dia kat bookshop. habis dia kelas mana? macam mana nak jumpa dia?jarang jumpa dengan dia. tapi dia kalau orang (murid) nak cakap dengan dia nanti dia lari. nanti masa rehat hafiiz try cari dia.

    ReplyDelete
  25. masih tulis balik kejadian ini pun, menangis balik.

    ReplyDelete
  26. imagine a young kid his age handling all those grieves... the school should do something about it

    ReplyDelete
  27. wah, hamis jalikha membawa pesanan khidmat masyarakat. syabas hamis..
    entry kali ni sgt menyentuh perasaan

    ReplyDelete
  28. To Hanis:

    You are such a good sister. Very proud of how you always show very good examples to your lil borthers and sisters (and to the babies you're babysitting too, I believe). :)
    Very honest entry bout Adam. Im sure somebody is taking care of Adam's well being right now. But psychologically? I dont think so. I'm a teacher. Urm. Well, traineee teacher. And we've been learning things about children psychology for a while now.
    Someone has to stop him from being traumatized as soon as possible or else, he might grow up with such horrid memories and god knows what else could happen to him. Poor lil guy. He need as much love as he could get.
    And I'm perplexed to know that he's been loitering around in the school compound unsupervised by his teachers?? *sigh*
    Perhaps I should ask my lecturers about this.

    To Hafiiz:
    You are such a good boy! Listen to your big sis. Adam's still having a hard time as you can see, right?
    Be a good friend to Adam. Try to listen to him and yes, stand up for him. A good friend like you might help him up back one day. Good luck Prince Charming! :)

    p/s: Sorry if this is the longest comment ever. Something about a broken child takes my greatest concern as a teacher. Thank you Hanis. :)

    ReplyDelete
  29. Kesiannya dia. A good piece Hanis!

    ReplyDelete
  30. pesanan khas khidmat masyarakat ini
    dibawakan oleh inibelogsaya.blogspot.com

    syabbas beti! sebab
    mampu buat post yg menyedarkan
    kite semue..

    isk2
    *nak pelok abah dan mama lah*

    ReplyDelete
  31. its so sad for ADAM,mayb die jadi camni sbb takde parents cares bout him,mayb die nk attention org spy die tak feel lonely.

    hope teachers wil advice him and curah kasih sayanG:P

    ReplyDelete
  32. yup!! kesian dia... moga ada yang dtg membela

    ReplyDelete
  33. sedihnya dengar kisah adam.. kesian dia.. pasti ibunya yg menanti di syurga sedih dgn org2 yg memanggil anaknya gila.. sedihnya

    ReplyDelete
  34. sedih pulak baca entry ni. haiz.

    ReplyDelete
  35. everything happens for a reason.
    kesian adam.

    ReplyDelete
  36. Adam tu cool jugak.

    rilek je sepahkan kantin.

    otai siot.

    ReplyDelete
  37. Wakakaka...apa la Adam...gangster la lu.Eh...nie cite sedih ker?...nape starting mcm lawak?

    ReplyDelete
  38. sianye kat adam tu..

    sedey dgr cite camneh

    we should appriciate what we have now
    :D

    ReplyDelete
  39. alamakk!! leleh air mata plak..sedeynye... semoga adam tabah dalam hidup..kita doakan dia sesama ekkk

    ReplyDelete
  40. FOR THOSE WHO BACA CERITA "TENTANG ADAM " NIE.... APA KATA KITA SEMUA SEPAKAT DO SOMETHING UTK ADAM.... AT LEAST SOMETHING WILL MAKE HIM HAPPY N INGAT SAMPAI BILA2... KITA TAK TAU BERAPA LAMA KITA NAK IDUP MAY BE ESOL ALLAH AKAN AMIK KITA... N APA AKAN JADI TO OUR CHILDREN (FOR THOSE YG ADA ANAK)... JOM KITA FIKIRKAN NAK BUAT APA UTK ADAM.... KALU HANIS TAK KEBERATAN MINTAK HANIS JADI HOST UTK BENDA NIE ... SAPA SETUJU SILA E MAIL SAYA : jue_fendi@yahoo.com .... (saya sangat sedih and touching baca cerita adam)....

    ReplyDelete
  41. sedih baca pasal adam ni, adam takde ke adik beradik yg lain hanis? for your info hanis, i pon anak yatim, and i dah umur 25 years old and the eldest sister. so, i need a role model figure,someone yg btol btol ikhlas nk tolong and ajar kite in everything kite buat or bgtahu wat right or wrong or mebi just support what am doing.. kdg2 rasa sgt takot nk hadapi dunia, and fikir masa depan.. and even till now i still cried if no one watching or during sleeps.

    and as for me ,its really hard living without seorang ayah, and i just dont know how adam survive dgn kehilangan ibu bapa,... doakan adam kuat smgt and ade insan yg terima dia sbgai keluarga angkat nanti.. insya allah.

    ReplyDelete
  42. *meleleh*
    *insaf dan bersyukur dengan apa yang ada*


    hopefully adam will find his own happiness someday. MAy Allah bless him.

    ReplyDelete
  43. I actually cried reading this post. The poor child. Don't schools have guru kaunseling?

    ReplyDelete
  44. sian adam. hanis kalau mama hanis dapat bela adam kan pasti dia boleh jadi budak yg menghargai kehidupan sebab korang full of love. huhu. semoga dia dilindungi Allah swt.

    ReplyDelete
  45. tsk tsk tsk

    *duduk kat bucu bilik dan duduk memandang dinding sambil menangis*

    ReplyDelete
  46. hi hanis... first timer..(to comment i mean)

    that's the truth of life kan? setiap hamba Allah dikurniakan dengan rezeki dan dugaan masing-masing. Adam dan rezeki dia sebagai hamba kat bumi ni dengan dugaan di usia yang masih muda. harap Adam tabah, dan semoga Allah sentiasa merahmati Adam.

    ReplyDelete
  47. Hanis Zalikha ni reti juga buat org rs nak menangis eh..despite making people laugh...huuu~~

    ReplyDelete
  48. bertuah la sesape yg memiliki gadis ini..ehemm..dah la cantik,ada sense of humanity pulak tu (^_^)

    ReplyDelete
  49. anyway hanis,
    apa nama sekolah adik u tu?
    =)

    ReplyDelete
  50. kesian adam,kecik lagi.
    moga Allah selalu memerhatikan anak kecik nie.
    amin ;)

    ReplyDelete
  51. line me ya hanis
    thebibies.blogspot.com

    ReplyDelete
  52. sedih! teringat lagu ayah & ibu by allahyarham sudirman..wah seriyes mmg sedih..bersyukurlah dgn apa yg kita ada.....alhamdulillah..

    ReplyDelete
  53. nak jumpa adam...

    ReplyDelete
  54. saya menangis baca entry nie uhuks.."sob..sob"

    mmg terasa kekosongan di jiwa adam :(

    ReplyDelete
  55. yeahhh...
    stand for adam...


    gud girll...

    ReplyDelete
  56. sedihnya... sayu btl baca pasal adam. semoga dia dpt menerima takdir ini..

    ReplyDelete
  57. yupp.. stand up for Adam...

    betapa bertuahnya kita dalam pada kita merasakan diri paling malang.. ermmm...

    tq hanis.. kerana berkongsi sesuatu yang mengingatkan..

    ReplyDelete
  58. that's why kita tak payah nak judge the book by it's cover... disebalik ke'gila'an ADAM, ada kisah disebaliknya... Moga hidup ADAM terpelihara sentiasa... amiiin....

    ReplyDelete
  59. sayunya...kesian adam, harap ada yg masih sayang pada nya...

    ReplyDelete
  60. I enjoyed the story...*TOUCHING*...

    ReplyDelete
  61. sedey nye dgr cte adam... huhuhu

    ReplyDelete
  62. da lame bace blog ni tapi baru nak letak comment ;D

    samelah, mengalir air mate bace pasal adam. ingat kite tade bapak ni pon da miserable, tengok org laen lagi drama, sob. sob.

    blog yang best!

    ReplyDelete

No proper ID, no proper comment, down you go the freaking spam drain. Receiving happy vibes!