Thursday, September 10, 2009

Anda tak semestinya cool kalau main game yang cool

Dan anda tak semestinya tak cool kalau tak main game yang cool. Eh apa I mengomel ini? Sungguh comel seorang diri.


I suka main game. Sangat suka. Kalau diberi pilihan antara suntikan punggung untuk hilangkan senggugut, dan main game untuk lupakan senggugut, I rasa, semua orang akan pilih pilihan yang kedua. Walaupun diorang lelaki dan takde senggugut. Eh apa ini tiba-tiba.


Tahap minat dan cinta I kepada game amat tinggi sehingga I ingat lagi dulu, waktu kami adik-beradik giat dan galak bermain Playstation. Kami akan dibawa ke kedai CD oleh Daddy untuk beli game nak main dekat PS. Semua kena pilih game yang 2players haha kalau tak kena smash. Tapi I pilih juga The Sims Hospital sebab semua pun sebenarnya suka The Sims. Maka CD yang I pilih, semua orang akan gilir-gilir main dan akhirnya terciptalah persaingan sihat antara kami. Semua ingin sampai ke Level 10 dahulu, dan dengan itu, kami kena gigih bermain dan mengendali hospital dengan baik. Dan kena hire doktor yang diligent, hard-working and friendly je. Yang lazy, accident-prone semua boleh blah.



Gambar ihsan dari Yahoo Image wii.net




Setiap kali habis satu level, TheSims akan keluarkan code untuk password nak pergi next level. Code combination ini memang ada satu je, maksudnya kalau orang nampak code anda dan try nak guna untuk game dia memang sangat boleh. Sangat boleh.


Nak dijadikan cerita, semua masih hegun-hegun kat level 6 dan 7, I dah sampai level 9. Semua tengok je I main level 9 dan discover penyakit dan mesin-mesin baru. Semua tengok je I rawat pesakit-pesakit. Semua tengok je I susun-susun vending machine dan plant.SEMUA TENGOK JE BILALAH I NAK MENANG LEVEL INI DAN CODE NAK KELUAR EWJFKSDCMXIJCXV SEMUA DAH TUNGGU DENGAN PEN FUIGEDJNVCMJEOIFSDLKCZX.


Tarik nafas. PASTU MEMANG BETUL FIRASAT I, BILA I MENANG SEMUA MATA TERBELIAK TUNGGU CODE, NAFAS SEMUA TERHENTI MATA TIDAK BERKELIP. I terus berdiri depan TV halau semua orang. Halau-halau. Diorang buat perangai nyamuk. Nak kena spray baru lari kot T_T I berdiri je tekad taknak berganjak. Betul-betul nak cover code itu. Usaha penat lelah I okay, balik sekolah terus main makan minum tak ingat, mandi tak basah, senang-senang je diorang buat perangai nyamuk dekat I. Sampai ke sudah diorang tak berganjak, sampai I nangis halau-halau. Okay masa ini I muda lagi, so tak buruk sangatlah rupa nak buat macam tuh. Ceh muda lah sangat padahal tingkatan berapa entah. Sumpah godang hodoh berdiri depan TV nangis-nangis halau nyamuk.


In the end diorang pun mengalah, tak sanggup tengok kehodohan I agaknya. So I salin cepat-cepat code tersebut dan simpan baik-baik. Simpan baik-baik di sini bermaksud bawa pergi mandi ya. Ya Allah betapa penyamunnya adik-beradik I. Hahaha rinduuuuuuuuuuuuu. Kalau I boleh turn back time, I nak berada kat zaman itu balik. Walaupun buruk perangai, tapi takpe. Kitorang adik-beradik comel sangat, okay yang hodoh seorang je.


Sebenarnya topik ini terlintas bila I teruja tengok semua adik -beradik I sign up Facebook just because nak main Pet Society, Farmville dan Restaurant City. Diorang tengah have fun berlumba-lumba, dan bila I online FB mesti salah seorang tengah online, pastu tegur tanya sahur makan apa, buka makan apa, pastu sambung main game T_T That was Alisya okay. Sigh. I AM DYING TO TRY IT. But I know, it'd be taking a big portion of my precious time sebab I senang addict dan dan sangat susah sebab nak jaga pelajaran dan pekerjaan. Dahlah dah nak final, kenapa tiba-tiba I terpikir benda ini?


Sayang, kan best kalau tiba-tiba datuk you yang kaya gila, bagi kilang kerepek dekat you, pastu sampai bila-bila you takyah kerja, pastu kita beli kondo atau semi-D yang kecil sahaja, pastu kita main game je setiap hari. Tekken atau Streetfighter. Tak pun Bloody Roar. Kalau boring kita pergi backpacking kat Andalusia. Eh tak tak, kalau boring kita racing jadi Crash Bandicoot dengan Dingodile dulu, baru pergi backpacking kat Andalusia.

54 comments:

  1. nak kilang kerepek jugakkkk supaya boleh main game dan tido jeee

    ReplyDelete
  2. tekken best..tapi...




    salu kalah ngan adik yang darjah 6..

    rase cam mangang je..aish..

    ReplyDelete
  3. hahaha. i pun sgt suka main game. addicted dulu2 tp skrg dah boleh kawal. ingat lg dulu sblum ada PS, main game Mario, Sony, yg cartoon dia leper je x 3d pun. lepas tu kalau nak beli 1 game je dah mahal gila, boleh bila 10 cd utk main PS. kena lah kumpul duit adik beradik. ok x, tipu je tuh. pau ayah suda. tp sgt addicted kan main game!

    ;DDD

    ReplyDelete
  4. lebih kurang lah kita, addict main game samapi lupa segala..hahaha

    ReplyDelete
  5. Hanis.. Sims Hospital tu memang mengimbau kenangan lama.. Hahahaha.. Kami adik beradik memang suka berlumba-lumba kalau pasal game ni.. huu.. Harvest Moon la, The Sims la..

    Tapi kalau game cam Broken Sword, The Fatal Masque dan sewaktu dengannya tu kami bekerjasama plak. Sorang main, yang lain tengok ramai-ramai cam tengok movie je. Hahahaha.

    ReplyDelete
  6. suke jugak maen the sims!!my fav..skrg main the sims 3 kat comp..blik umah bru leh maen kat PS2..

    ReplyDelete
  7. haha :D kelakar la...
    ur entry buat I teringat masa time I skolah dulu ..huhu~

    ReplyDelete
  8. hahahaha~~ game freak!

    i as well easily addicted dgn games okay,,so x berani nak discover banyak2 game takot jadi mcm zaman sekolah,,memang mengadap the sims je kejenya,,skrg men farmville pon sebab ada kawan beria2 promote (padahal nak add kite jd neighbour kan),,i baru maen sebulan kot~ skrg da level 27,,huhu,,mcm org gile pegi shopping baju raya n resah gelisah takot strawberry mati~huhu

    ReplyDelete
  9. barn buddy sangat addictive.
    tiaptiap hari sanggup bangun awal untuk menuai hasil sebelum kena curi dan sempat juga mencuri hasil orang lain yang mencuri saya punya hasil tanpa rasa bersalah. haha.

    ReplyDelete
  10. wah...bersungguh betul dorg nak salin code password tu.cm comel je sume tggu dgn pen!ahaha

    ReplyDelete
  11. hanis
    u main the sims jugak ek?
    mind to share pasal the sims hospital tu x?
    i main the sims 2 n 3 je
    sims hospital xpnah try lg

    ReplyDelete
  12. hehe..suke bace entry ni..
    sangat comel..

    ReplyDelete
  13. meh ah jadi jiran i dalam farmville. tak rugi.i kasik u kuda eh.

    ReplyDelete
  14. hanis..fina pon suka men the sims hospital tuuu~
    rindu weh...hahaha..suka bila ada penyakit baru nak di ubat..
    dahla nama penyakit dia pelik2..
    tp bila buat pinjaman bank byk sgt sbb nk beli mesin baru, lama2 mesti muflis..hahaha..best giler the sims hospital..
    nak tanya hanis, penah x men game the sims tower?
    best giler bina tower tinggi2 sampai beratus2 tingkat pastu siap underground train lg..huhuhu...
    hanis, thanks sbb ingatkan saya zaman seronok men game itu..huhuhu..
    salam ramadhan..

    ReplyDelete
  15. dulu pernah juling mata sekejap main game the scruffs..
    huhuhu..

    ReplyDelete
  16. yer sy sgt suka main game fesbuk heheee

    tmbah2 bulan posa..dlu ms buta comp..family suka main saidina xpun sahiba..bes jek heee

    ReplyDelete
  17. kite pun ske men gem gak!! haha
    FB? sumer game kite dah cuba.
    Bersaing juga ngn adik.
    tapi adik menang restaurant city :'(
    hahahaha dia lg markah highh maa..!
    wakaka...

    p.s. dok hostel, line cam ciput, mmg la adik akan menang (dok umh streamyx. 24 jam on9) hahaha

    ReplyDelete
  18. zaman saya kecik-kecik dulu tak merasa pun main ps ker, x box ker...mungkin orang yang cipta game tu belum lahir lagi kot...kot tak, mesti saya jadi macam awak jugak cuma tak der la sampai simpan code bawak pegi mandi...huhuhuh

    ReplyDelete
  19. tapi sangat comel zaman maen game.

    zaman dulu..lagi dulu dari zaman ps, kiteorang main permainan video yang macam pakai kaset tu..lagi klasik. ahaha

    ReplyDelete
  20. huahahahhaha..entry yg ni plg kelaka.. halau nyamuk sampai nangis2..nasib nyamuk tu pegi.. bawak code gi bilik air.. hahah.. nsb aku dah tua..

    ReplyDelete
  21. dude, i LOVE that game! haha. yepyep zaman dulu, time aku, akak aku, dan mak aku berlumba main TheSims. semua jenis TheSims yang leh di capai beb!

    farmville addicted, but dia ada time for tanaman membesar. if nak main n takot2 addict sgt, sila tanam tanaman yang makan masa 2-3hari baru siap. haha

    ReplyDelete
  22. hahaha, ngomel comel..

    sy pon tak brani start main game kat facebook tu, takut sgt jd addicted.. nnt la, start cuti sem.. hahaha..

    ReplyDelete
  23. I tau main Tekken jer. Tapi skrang da makin tua dunno if my fingers can still cope or not.

    ReplyDelete
  24. aahahahha!i pon suka gila main game sim hospital ni..
    sampai skrang pon ada lagi kot cd dia..
    addict gila!
    my father pon addict game tapi dia addict main game tanam tanam sayur..
    haa da ingat da nama dia HARVEST MOON!!

    ReplyDelete
  25. bloody roar..tekken..crash bandicoot..
    wah3..

    same2..
    rndu jgk..(-_-")

    ReplyDelete
  26. pet society tu i maen january lalu. 1 bulan tu i addicted p.S ..pastu...fb camharam pelik2 jer..so, fed up. terus delete fb. puas ahti ku. hahaha

    ReplyDelete
  27. berebut main game dari game guna game tape pc ps pc ps2...
    main sampai game suma rosak..
    pastu kena marah ramai2..

    ReplyDelete
  28. I pun pemain tegar Crash Bandicoot..pemain pilihan untuk racing ialah si tiger yang besar gedabak itu..apa nama dia yeh..lupa lahhh..hehe tapi dia sentiasa jadi kegemaran dan kesayangan i..:)

    ReplyDelete
  29. i was ur silent reader n now im not :) mmg all the games in fb tempting, dgn all invitations frm friends lg tp kna belajar, skrg study penting kalu tak xlet pursue degree. u pun sama la ok?

    ReplyDelete
  30. sims hospital ke theme hospital eh?

    ReplyDelete
  31. Hah The Sims Hospital tu hampir serupa dengan Yoville kat FB. Gigih tau tiap 6 jam pegi amik gaji sbb tak sabar nak beli perabut nak hias rumah sambil meleleh2 airlir berangan pastu nak beli baju yang cantik & nak menunjuk2 dgn avatar member yg lain haha!

    I'm addicted already. Jangan try Yoville Hanis, skali try susah nak berenti.

    ReplyDelete
  32. Hahahaha!! Im enjoying reading this post.. OMG. those games really reminds me of such sweet moment dedulu kan... pastu main Twisted Metal pulakk... Mcm2 laaa... Heheeh!

    ReplyDelete
  33. waah suka ngegames juga. games the sims hospital sama persis seperti theme hospital hanya saja nama na yang berbeda.. baru tw wa

    ReplyDelete
  34. haha! theme hospital ni pun my feveret game~ sangat addicted once dah start main, hoh0ho~

    ReplyDelete
  35. kamu nampak comel
    bercerita tentang
    game hari neh...

    teehee...

    ReplyDelete
  36. nak buat pengakuan yang saya gila main the sims jugakkk. even kat pc cabuk saja tp tetap tekun.

    addicted sgt kan benda alah tue.. haihh bole lupa tidoq sebab ghalit main kekeke

    ReplyDelete
  37. Ohw game...game...
    memang best. Kat FB, budak opis ni semua addicted to it. FarmVille, BarnBuddy, Aquarium-lah. Sometimes klakar jugak tengok budak-budak berebut tolong harvest-kan orang lain punya farm. Haha...

    ReplyDelete
  38. haha comel je.
    hanisssssssssss! raya dont forget my open house ya :)

    ReplyDelete
  39. eh,saya pun ada game nih! salah satu game PS1. =) n dulu pun pernah gila2 maen game ni.Suka curi code yang abg saya simpan.haha!

    Rindu nak tengok kepala meletup.Nak tgk org mati.then roh dorg terbang.orang muntah2.yang invisible pun ade.hihi! Kenangan lama seh.

    ReplyDelete
  40. Oh, I suka Sims Hospital - lama gila tak main. Dulu main asyik guna cheat! :P

    ReplyDelete
  41. skrg dah ade the sims 3 dekat pc.

    best gileeee :)

    ReplyDelete
  42. baru terbaca thread yang ini... TheSims antara game komuniti yg top satu masa dulu... hehehe tapi pernah hanis teringat kartun-kartun lama... during your era??

    i don't if you still remember J.E.M. or M.A.S.K. or Wacky Race and even CareBears? just dropping to ask u this... have a nice day...

    ReplyDelete
  43. I am currently still playing this Theme Hospital. Sebab gigih jugak nak abeskan SEMUA levels before I die (hopefully later rather than sooner). Because before this sebelom sempat abeskan either life or computer perlu diformat telah interrupt my playtime. Huhu.

    My little brother nampak aku duk gigih build new rooms untuk doktor dan pesakit kalian, die remarked "Hoiii! Game dah lapuk pon still main!"

    ReplyDelete
  44. theme hospital nm game tu act. bes gk. suke pesakit yg kepala besar cam belon. haha.

    ReplyDelete
  45. Hanis, orang Johor, segamat tak banjir lagi kan? Good. :)

    Read an old entry of yours about spello mellow spelling. Ntah camner ntah sampai kat situ, i think it was a 2008 entry kot.

    Anyway, do you know even RTM is still using Johor Baharu? Mangkuk tingkat tak? Gomen. Ermm.

    Salam Aidilfitri.

    ReplyDelete
  46. hi..hanis~ again..ur post has been copied paste..check this http://my-sensasi.blogspot.com/2009/12/celoteh-anda-tak-semestinya-cool-kalau.html

    no wonder la bila terbaca..ku rs cam pnah baca ini semua..huuu~

    ReplyDelete

No proper ID, no proper comment, down you go the freaking spam drain. Receiving happy vibes!